SILA TEKAN > UNTUK BERITA AWAL PAGI
AMANAH PATUT LEBIH FOKUS PANTAI TIMUR
Aku sebenarnya dari sebelum PRU 14 berpandangan, Amanah tak perlu sibukkan diri bertanding di Sarawak dan Sabah, Tapi kalau boleh dapatkan konsensus bersama 1 kerusi di Sabah tu Ok lah...
Aku lebih melihatkan potensi Amanah di Kelantan, Amanah sepatutnya memberi tumpuan di negeri Kelantan..Sebab Amanah berpotensi menjadi parti teras di Kelantan seperti mana Warisan di Sabah jika betul strateginya...walaupun mungkin memakan masa, Tapi tidak ada yang mustahil dalam Politik..
Suatu masa dulu, Johor pernah dikatakan kawasan yang karat Biru, totok UMNO..pada PRU 14, atas Ketokohan Muhyidin Yasin.. Johor Tumbang.. Di Sabah.. PBS pernah jadi parti besar dan Kerajaan di Sabah sebelum dikuasai UMNO.. akhirnya atas sebab Ketokohan Shafie Afdhal.. Sabah tumbang..
Dan tidak mustahil, jika Amanah dapat memperkenalkan Ketokohan pemimpin masa depan Kelantan.. Husam Musa dan Nik Omar Satu gandingan yang baik.. jika ramai Tokoh Agama dan Profesional diperkenalkan di kelantan..mungkin lebih baik.. jangan buat strategi memperkenalkan Nik Omar saat akhir seperti PRU 14..cuma perlu strategi yang tepat..
Amanah perlu segera tangani dan mengatur strategi awal atas sentimen Perkauman Agama yang selama ini menjadi azimat PAS seperi isu RUU355 dan sentimen Agama..
Mana lah tahu, atas tindakan PAS bersama UMNO.. gunakan lambang BN.. ia menjadi kelebihan bagi Amanah.. ada ketika Allah menatur yang lebih baik buat kita.. :)
Ipohmali
Aku lebih melihatkan potensi Amanah di Kelantan, Amanah sepatutnya memberi tumpuan di negeri Kelantan..Sebab Amanah berpotensi menjadi parti teras di Kelantan seperti mana Warisan di Sabah jika betul strateginya...walaupun mungkin memakan masa, Tapi tidak ada yang mustahil dalam Politik..
Suatu masa dulu, Johor pernah dikatakan kawasan yang karat Biru, totok UMNO..pada PRU 14, atas Ketokohan Muhyidin Yasin.. Johor Tumbang.. Di Sabah.. PBS pernah jadi parti besar dan Kerajaan di Sabah sebelum dikuasai UMNO.. akhirnya atas sebab Ketokohan Shafie Afdhal.. Sabah tumbang..
Dan tidak mustahil, jika Amanah dapat memperkenalkan Ketokohan pemimpin masa depan Kelantan.. Husam Musa dan Nik Omar Satu gandingan yang baik.. jika ramai Tokoh Agama dan Profesional diperkenalkan di kelantan..mungkin lebih baik.. jangan buat strategi memperkenalkan Nik Omar saat akhir seperti PRU 14..cuma perlu strategi yang tepat..
Amanah perlu segera tangani dan mengatur strategi awal atas sentimen Perkauman Agama yang selama ini menjadi azimat PAS seperi isu RUU355 dan sentimen Agama..
Mana lah tahu, atas tindakan PAS bersama UMNO.. gunakan lambang BN.. ia menjadi kelebihan bagi Amanah.. ada ketika Allah menatur yang lebih baik buat kita.. :)
Ipohmali
KAH....LEBAI
Jamzuri Ardani
Nik Zawawi ni ada hati nak hentam DSAI kononnya guna hujah ayat Quran tak rujuk ulamak. DSAI tu ulamak satu dunia dia rujuk. Ulamak PAS saja yang dia tak rujuk sebab dia tahu ulamak PAS ni jenih tak boleh pakai.
Kamu tu dah terciduk keluar kenyataan yang merosakkan hubungan antara rakyat sampai terpaksa polis buat siasatan.
Bila ada orang tegur tu jangan lah sombong seolah-olah kamu sahaja yang tahu bab agama. Ini tak pasal-pasal hentam DSAI dan tak tentu pasal kaitkan pulak dengan DAP.
Akai ada?!?
BUKA LA SAMPAI 2 PAGI...
Maz Nah
Pergghh
182 kes Covid 19 arini, semlm 45, kelmarin 24, sebelum tu 100...
Mulai mlm td pula Mail Beri benarkan waktu operasi kedai makan dan kedai serbaneka dilanjutkan sehingga jam 2 pagi.
Mail sihat ke tak sihat ni?
Mail Beri nampak tak pola gelombang ke 2 ni?
6, 62, 100, 24, 45, 182
Bahaya ke tidak nak buka itu ini sampai pukul 2 pagi?
Tajuk Filem : peneroka haram hutan simpan Raub mahukan hak pemilikan tanah.
Irwan Sanae
TRIVIA -
Tujuan penerokaan : tanaman komersil durian spesis Musang King.
Tempoh ceroboh : 60 tahun.
Nama Kempen : Save Musang King Alliance (Samka).
Sponsor : DAP.
Pelakon Pembantu : pentadbir dan penguatkuasa Melayu yang saban hari memaki DAP dan melaungkan azan “Hidop Melayoooo!!!”.
*
Bes filem ni. Elok sediakan popcorn saiz L. Seperti biasa, nangoi ikan bilis sahaja yang disabit bersalah dan akan dihukum. Barracuda dan Jerung kekal berenang bebas. Menjarah tanah baru untuk dirogol tanpa belas.
Bisa rasuah kes Samka ini berpunca dari ubun-ubun kepala merebak ke buku lali. Penyakit kronik tanpa penawar. Harus ditembak mampos.
Ini bukan makan kecik-anak. Kenyangnya panjang. Boroinya membulat jelek.
Peneroka Cina ini pensubahat mereka siapa kalau bukan pelakar dasar Melayu, pelaksana hukum Melayu dan penguatkuasa undang-udang Melayu?
Ini epitom kepada budaya rasuah Malaysia diumpan Cina kapitalis dimakan Melayu pemalas yang berniaga dengan sedikit kuasa.
Ini Malaysia.
Irwan Sanei
Tweak Automotive
Cosworth Malaysia
Tweak Lamborghini
Saudagar Ikan Kacak
5,000 ekar ++ selama 60 tahun, tak kan tak perasan kot woi??
PAS DISINGKIRKAN SEBAB ARAK DAN BIBLE ?
Sebenarnya PAS boleh jer dapat 2-3 Kerusi di Sabah.. takda Masalah.. Jika PRN ini berlangsung 2 Bulan lepas, dah pasti sekurang kurangnya PAS dapat 3 Kerusi...
Tapi apa sebabnya disingkirkan ? Sebabnya Kenyataan Bodoh Ulama PAS Si Zawawi salleh di dalam Parlimen dalam dana menghina tentang arak dan Bible... Ya! Akhirnya PAS disingkirkan hanya kerana isu arak dan Bible.. Jadi Siapa lebih anti Islam ?
Bukan hanya Parti Sabah.. hatta MCA yang dapat 4 Kerusi di Sabah pun mahukan PAS disingkirkan.. Isu Kristian, Bible dan Arak cukup sensitif di Sabah dan Sarawak.. disana ada perayaan keamatan berkait dengan arak..Kalau nak tahu itulah bayangan PRU 15....
DAP selama ini, PAS mainkan sentimen Agama, Isu Hudud.. Kononnya DAP anti Islam..Tak pernah langsung DAP kacau kawasan PAS bertanding di kawasan Melayu..tak kira di Sabah.. tak kira di Sarawak.. tapi DAP dituduh anti Islam..
Hari ini...Bayangkan Allah Zahirkan, PAS adalah khadam sebenar kelompok anti Islam seperti MCA.. Bagi PAS.. apa pun Ok..Janji bukan DAP.. Janji dapat puaskan nafsu serakah kuasa dan kebencian Presiden dia..Sanggup jadi broker dan Barua UMNO, Jadi Boneka UMNO bak kata Almarhum Tok Guru Nik Aziz..
Belum apa apalagi dah disisihkan..Tapi takda kami nak kata PAS jadi khadam kelompok Kuffar atau orang Kafir.. Kalau Sabah lagi tersisih..apalagi kalau di Sarawak.. :)
Ipohmali
DEMI DAKWAH PAS MESTI UGUT UMNO/MN UNTUK KERUSI DI SABAH
Sehingga kini sah Pas tidak diberikan sebarang kerusi untuk ditandingi dalam PRN Sabah, walaupun sebelum ini lebih awal menyatakan keinginan mahu bertanding 10 kerusi.
Bagi Pas, bertanding dalam pilihanraya bukan saja untuk menang dan menjadi wakil rakyat, tetapi ia juga sebahagian kerja-kerja dakwah Islamnya.
Sebab itu, Pas tak kisah sama ada kalah atau menang kerana dalam apa keadaan sekali pun, kerja-kerja dakwah tetap dapat dijalankan.
Sebab itu, bertanding adalah penting bagi Pas sebagai sebuah parti Islam.
Dalam PRN Sabah pada 26 September depan, kedudukan Pas lebih istimewa kerana ia bermuafakat dengan UMNO dalam Muafakat Nasional serta dalam masa yang sama menyokong Bersatu dan Muhyiddin Yassin dalam gabungan baru Perikatan Nasional.
Sebagaimana yang diumumkan semalam, UMNO akan bertanding 31 kerusi, manakala Bersatu bertanding 19 kerusi.
Dalam keadaan Pas berada bersama MN dan PN sekarang ini, jika parti itu diperuntukkan kerusi untuk bertanding, peluang Pas untuk menang tentulah lebih cerah kerana disokong oleh UMNO dan Bersatu.
Apabila menang, tentulah kerja-kerja dakwah dan meninggikan syiar Islam oleh Pas menjadi lebih mudah dan meluas lagi.
Kalau kalah pula, dakwah sudah pun dilaksanakan sewaktu berkempen dan ia merupakan sebahagian daripada perjuangan yang dituntut Tuhan.
Dalam hal ini, demi kepentingan dakwahnya, Pas mesti berani bertegas terhadap UMNO dan Bersatu agar mereka mesti diberikan kerusi yang sewajarnya untuk bertanding di Sabah.
Pas tidak sepatutnya bersikap reda dan dan tidak apa lantaran tidak diberi kerusi kerana kerja dakwah dan menegakkan syiar Islam tidak harus ada tolak ansur.
Kalau 10 kerusi yang diminta, UMNO mesti beri 5 dan Bersatu juga mesti beri 5 dan kalau dua kerusi saja misalnya, UMNO dan Bersatu mesti sedia memberi masing-masing satu kerusi kepada Pas.
Jika tidak, tiada gunanya Pas bermuafakat dengan UMNO dalam MN dan bekerjasma dengan Bersatu serta menyokong Muhyiddin dalam PN.
Malah, baik UMNO atau Bersatu, kedua-duanya juga harus diperingatkan bahawa tanpa sokongan Pas, bukan saja UMNO sukar berkuasa semula, malah Muhyiddin tidak mungkin dapat duduk di kerusi Perdana Menteri.
Demi kerja-kerja dakwah dan untuk Islam, Pas malah sepatutnya berani mengugut UMNO dan Bersatu berkenaan peruntukan kerusi untuk parti itu.
Sekali lagi diperingatkan, Pas mahukan kerusi bukan semata-mata kerana seronok bertanding seperti amalan parti sekular, tetapi kerana dakwah dan demi Allah.
Kiranya UMNO dan Bersatu tidak sedia bertolak ansur, lebih baiklah Pas keluar saja daripada MN dan PN kerana terbukti kedua-dua parti itu tidak menyokong kerja-kerja dakwah Pas.
Lebih baiklah Pas bergerak bersendirian seperti sebelum ini kerana walaupun tidak menang jika bertanding, namun kerja dakwah dan tuntutan Tuhan tetap dapat dilaksanakan.
Memang cukup memalukan, berada dalam MN dan PN, tetapi ruang untuk Pas berdakwah semakin terhimpit jadinya.
Dengan tidak diberikan kerusi dan kerja Pas hanya memasang poster dan memacak bendera orang lain saja, apa dakwah yang Pas dapat lakukan di Sabah?
Dan lebih penting, dalam keadaan begitu, bagaimana Pas yang menjawab dengan Allah di akhirat nanti? (Shahbudindotcom 11/09/2020)
BN CARI PENYAKIT KETEPIKAN MUSA AMAN DI SABAH
BN cari penyakit ketepikan Musa Aman di Sabah
Penganalisis menjangka Barisan Nasional akan menghadapi masalah dalam pilihan raya negeri Sabah pada 26 September ini kerana mengetepikan bekas ketua menteri Musa Aman.
Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, penyokong Musa mungkin akan membalas dengan meletakkan calon Bebas untuk memecahkan undi.
Beliau beritahu FMT bahawa wujud kemungkinan Musa sendiri akan bertanding sebagai calon Bebas.
Sementara itu, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, BN menolak sokongan kewangan untuk kempennya yang mungkin datang daripada kumpulan penyokong Musa.
Katanya, ada juga kemungkinan penyokong Musa beralih kepada PPBM.
Pengerusi jentera pilihan raya BN Sabah, Bung Moktar Radin, yang juga memimpin Umno negeri itu semalam mengumumkan bahawa Umno akan bertanding di 31 kerusi.
Musa adalah antara beberapa pemimpin Umno negeri yang tidak termasuk dalam senarai calon.
Selain beliau, yang dilihat berpihak kepadanya, termasuk ahli Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan, Ketua Wanita Umno Papar Rosnah Abdul Rashid Shirlin dan Ketua Wanita Umno Sabah Jainab Ahmad Ayid.
Pada sidang media parti itu Bung berkata, Umno menghormati semua pemimpin, termasuk Musa, tetapi menambah bahawa bekas ketua menteri itu tidak pernah meminta untuk menjadi calon BN.
Azman berkata, Bung memperlihatkan keberanian untuk tidak memasukkan nama Musa dalam senarainya, tetapi percaya Bung mengambil risiko.
“Ini kerana semua orang tahu Musa adalah ‘panglima perang’ yang sangat kuat,” katanya.
“Musa perlu dibawa ke meja perbincangan dan ditempatkan dalam posisi yang strategik untuk mengelakka beliau berasa tidak gembira.”
Tetapi beliau juga berkata, Musa lebih dilihat sebagai calon untuk jawatan gabenor Sabah dan adalah lebih baik sekiranya beliau tidak terlibat dalam pilihan raya pilihan raya dan membiarkan muka baru muncul.
Lee berkata, kebanyakan calon yang disenaraikan adalah pendatang baru dan nampaknya Umno mahu menyuntik darah muda ke dalam persaingan itu.
“Saya rasa sudah tiba masanya untuk bergerak dan meletakkan muka baru, beri lebih banyak ruang kepada pemimpin muda,” katanya.
Azman bersetuju dengan berkata, terlalu banyak pemimpin lama boleh “menimbulkan kekacauan” apabila mahu menentukan siapakah ketua menteri jika BN memenangi pilihan raya.
Beliau berkata pemimpin seperti Rahman dilihat sebagai pesaing kuat Bung untuk menjadi ketua menteri berikutnya.
Beliau berkata, Rahman baru-baru ini mengetuai sekumpulan pemimpin bahagian Umno Sabah untuk membantah pelantikan Bung sebagai pengerusi jentera pilihan raya BN Sabah.
“Rahman tidak akan mendapat sebarang bantuan daripada Bung keranausahanaya untuk menguasai politik,” katanya.
“Juga, karier politiknya terhalang kerana kalah dalam pilihan raya umum lalu. Jadi suara beliau dianggap kurang relevan.”
Lee berkata bekas menteri persekutuan Salleh Said Keruak, yang akan bertanding di Usukan dengan tiket BN, juga merupakan calon yang berpotensi untuk jawatan ketua menteri.
INIKAH BALASAN DIATAS KESUDIAN MENJADI KHODAM?
Nizam Aka.
Setelah Pas berkorban segala-galanyanya untuk Umno dan PN/MN,adakah ini balasan dari UmnoP BN atas pergorbanan yang dilakukan oleh Pas itu?Mereka sanggup membawa dan mengebar bendera BN yang mereka amat benci dan seolah-olah haram untuk dipegang satu ketika dulu.. Mana pergi semangat Melayu Islam dalam MN?Mca yang bukan Melayu Islam diberi 4 kerusi utk bertanding,sedangkan Pas yang dikatakan bawa Islam,tidak mndapat sebarang kerusi,malah wakil Pas pun tidak dijemput dalam majlis pengumuman calun?
BODO LA..BERITA DAH TAHU FITNAH KONGSI BUAT APA...SAJA LA KAN DUIT BANYAK
Kongsi berita fitnah, Razman terpaksa hadap saman Guan Eng
Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa beberapa hantaran yang dimuat naik dan dikongsikan oleh Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria menerusi akaun Facebooknya menunjukkan Lim seorang yang tidak menghormati agama Islam.
Lim ketika memberikan keterangan dalam kes saman yang difailkannya terhadap Razman berhubung satu pautan imej palsu di Facebook itu berkata hantaran yang dimuat naik Razman adalah satu fitnah, menyinggung perasaan serta suatu perkara yang mengelirukan dan tidak benar.
“Pernyataan fitnah yang dibuat itu menjejaskan kedudukan dan reputasi saya, bukan sahaja dari sudut saya sebagai individu, tetapi juga saya sebagai ketua menteri Pulau Pinang pada ketika itu, bahawa saya menyokong dasar pekerja hotel Muslim dilarang memakai tudung ketika bekerja,” katanya ketika membaca pernyataan saksinya di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Amarjeet Singh.
Lim berkata beliau juga tidak pernah membuat sebarang kenyataan selaku ketua menteri Pulau Pinang yang menyokong dasar pekerja hotel wanita beragama Islam dilarang memakai tudung semasa bekerja di kaunter penerimaan tetamu.
Bekas Menteri Kewangan itu juga berkata defendan sebagai seorang ahli politik berpengalaman yang memegang jawatan tinggi dalam partinya, seharusnya tahu akan akibat buruk yang mungkin timbul daripada pernyataan fitnah tersebut.
Pada 22 Jan 2018, Lim memfailkan saman terhadap Razman, mendakwa pemimpin PAS itu telah memuat naik suatu imej palsu di laman Facebook dengan memuat naik pernyataan dan paparan yang berunsur fitnah, palsu dan berniat jahat terhadap Lim bertarikh 18 Nov 2017.
Paparan kata dalam akaun Facebook Razman itu dibaca: “Doa moga ini tidak betul.Kalau ia benar pertimbangkanlah jika anda sudah terlajak bersama PAN (Parti Amanah Negara), “Larangan bertudung itu hak pengusaha hotel, Pulau Pinang sokong sepenuhnya” “Guan Eng” dan “Pulau Pinang sokong larangan bertudung”.
Dalam pernyataan tuntutannya, Lim mendakwa paparan dalam laman Facebook itu merujuk kepada dirinya dan paparan di akaun Facebook milik defendan tersebut adalah menerusi sumber yang tidak sahih dan bertujuan merosakkan reputasi dan mencemarkan namanya serta melambangkan plaintif seorang pemimpin yang langsung tidak menghormati kehendak agama Islam dan budaya orang Melayu.
Lim memohon ganti rugi am, teruk dan melampau, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah selain memohon satu perintah untuk menghalang defendan mengeluarkan, menyiarkan dan menerbitkan paparan dalam laman tersebut.
Mahkamah menetapkan 5 Nov ini untuk pihak-pihak memfailkan hujahan lisan.
— BERNAMA
51 DALIL KENA TOLAK PAS
TINTA MERAH
Ayuh Rakyat Kelantan & Perantau Kita Tukar PAS :
Dalil dah hujah kenapa rakyat Kelantan Wajib tukar kerajaan Pas
kepada BN/ Umno.
PAS diawalnya cukup manis, merdu dan lembut alunan suara tarinya
sehinggakan ramai yang asyik dan tergoda. Sekarang, Hadi sebagai Presiden Pas,
cukup bernafsu tergilakan jawatan Menteri Kabinet dan Timbalan Perdana Menteri.
Sebab dan Asbab mengapa dan kenapa rakyat Kelantan Wajib untuk
menukar PAS ;
1. Janji Pelaksanaan hukum Hudud diKelantan - Pas dizaman
kempimpinan Hadi sekarang terbukti telah melacurkan hukum Hudud dan RUU 355
sepertimana penjelasan Hadi di prk Tanjung Piai bahawa Hudud mustahil dapat
dilaksanakan di Malaysia kerana faktor masyarakat majmuk. Sememangnya
masyarakat majmuk berbilang kaum dengan pola Melayu & Bumiputera 62% , Cina
25% dan India 6.8% daripada keseluruhan 32juta rakyat Malaysia yang ada
diMalaysia dan akan wujud sehingga ke hari kiamat.
Untuk rekod juga, DUN Kelantan sudah 3 kali dengan perkenan
Tuanku Sultan Kelantan meluluskan RUU 355 untuk dibawa ke parlimen untuk
dibentangkan.
Namun Hadi telahpun sebanyak 3 kali menangguhkan perbentangan
RUU 355 usul persendirian diparlimen dengan tiada sebab dan alasan. Ruang
pembentangan diParlimen telah diberikan oleh BN dan sekutu pembangkang PAS pada
waktu itu tanpa ada bangkangan daripada DAP & PKR.
Terkini , Timbalan Menteri Agama daripada PAS sendiri iaitu
Ahmad Marzuk Shaary wakil rakyat parlimen di Pengkalan Chepa Kelantan
mengatakan secara bertulis didalam parlimen bahawasanya RUU355 yang ingin
diubah adalah bercanggah dan bertentangan dengan Perlembagaan Negara Malaysia,
hakikatnya sememangnya Perlembagaan Negara Malaysia adalah diwarisi daripada
Penjajah Toghut British.
Setelah PAS menjadi kerajaan memerintah kalian ada mendengar
pemimpin PAS atau Menteri Undang Undang iaitu Takiyuddin Hassan juga wakil
rakyat Parlimen Kota Bharu, Kelantan ingin membentangkan semula diParlimen
sebagai wakil daripada Kerajaan ?
2. Janji Air Paip Bersih - PAS berjanji kepada rakyat Kelantan
iaitu mulai tahun 1995, setelah memerintah Kelantan selama 2 penggal untuk
mengantikan kesemua paip paip air yang telah berkarat usang dizaman Umno
digantikan dengan paip yang baru dan berkualiti serta pembinaan tangki air
secara bersepadu dibandar Kota Bharu dan diKelantan. Kontrak asal ratusan juta
ringgit air ini telah diberikan kepada pihak syarikat luar negara yang
berkelayakan pada asalnya atas nasihat Istana Kelantan namun akibat sesetengah
pihak dalam PAS yang tamak untuk menguasai pengurusan air diKelantan maka
kerajaan negeri menubuhkan Air Kelantan Sdn Bhd walaupun kerajaan negeri tiada
pengalaman.
Sehingga kini syarikat yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ini
tidak pernah mencatatkan keuntungan. Apatah lagi air yang dibekalkan juga
seperti air kencing dan selalu keluar angin menerusi paip paip air berkarat
yang lama.
Masalah ini diakui sendiri oleh Menteri Alam Sekitar daripada
PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man iaitu wakil rakyat parlimen Kubang Kerian, Kelantan
, memberitahu wartawan semasa perjumpaan rasmi dengan MB Kelantan bahawa
kerajaan Negeri PAS Kelantan memerlukan masa sehingga 30 hingga 40 tahun lagi
untuk selesaikan masalah air paip berkarat ini.
Hmmm...rupanya Kelantan dibawah pemerintahan PAS masih dizaman
awal awal negara kita mendapat Kemerdekaan atau dizaman 70an rupanya untuk
mengantikan serta menyediakan kemudahan asas seperti paip paip air bersih
terawat.
Tanyalah perkara ini kepada rakyat Kelantan, melainkan setelah
lama menunggu paip paip daripada AKSB ditukar namun tiada kesudahan maka
kebanyakannya rumah milik rakyat kelantan telah menggunakan tangki simpanan
sendiri serta mengunakan kaedah telaga Boring dan generator elektrik.
Di Kelantan sahaja negeri yang tidak memerlukan atau diberi
kelonggaran,dimana tiada pihak berkuasa 'Air' seperti dinegeri lain untuk
memberikan sokongan kelulusan pelan bangunan dan CCC kepada rumah rumah yang
dibina diKelantan...cuma kelulusan TNB sahaja diperlukan daripada pihak berkuasa.
Kebanyakannya 90% rumah rumah diKelantan tiada meter air.
Hebatt bukann... disebabkan hebat sebeginilah pembangunan
ekonomi dan bidang bidang lain seperti perhotelan, perkilangan dan lain lain
diKelantan terbantut.
Malah satu satunya hotel 6 bintang, Rennaisance Kota Bharu yang
Gah suatu masa dahulu, yang ada di tengah bandar Kota Bharu telah bungkus
akibat masalah air dan tiada sambutan yang baik serta ketiadaan bantuan
daripada kerajaan negeri dalam membantu sektor perhotelan dan pelancongan juga
akibat dasar kerajaan negeri PAS yang jumud dan menutup pintu.
Sehinggakan data terkini Menteri Hal Ehwal Ekonomi iaitu Radzi
Jidin, senator dari Kelantan pada tahun 2019 menyatakan Kelantan antara negeri
paling termiskin di Malaysia selepas Sabah dan Sarawak.
Hakikatnya, Sabah dan Sarawak miskin akibat faktor bentuk muka
buminya / geography serta faktor kepulauan Borneo.....
Sedangkan Kelantan menjadi lebih miskin daripada negeri Perlis
yang tiada apa apa untuk ditawarkan dan dibangunkan, sungguh ajaib bukan.
3. Janji Lebuhraya Rakyat - Asalnya Lebuh Raya Kota Bharu ke
Kuala Krai ini adalah projek milik Kerajaan Persekutuan dan BN Kelantan.
Setelah Umno tumpas pada tahun 1990 maka pembinaan tertangguh.
Demi janji Pas Kelantan untuk memenangi hati pengundi rakyat
Kelantan dan perantau Kelantan maka PAS telah berjanji kepada rakyat Kelantan
semasa pru-13 jika mengundi PAS, maka PAS akan melaksanakannya sekaligus bagi
mengurangkan kesesakan lalulintas akibat terkandas sehingga 4 hingga 5 jam
setiap kali tiba waktu musim perayaan.
Akhirnya kerajaan negeri PAS tidak berdaya untuk melaksanakan
serta membina Lebuhraya Rakyat ini.
Pembinaan Lebuhraya Rakyat ini telah diambil alih oleh kerajaan
Persekutuan dengan fasa pertama pembinaan telah siap sehingga wakaf Che Yeh ke
Kadok dan ketereh.
Jika harapkan PAS setakat papan tanda projek aje yang mampu
dibina...paroppppsss sengoti...ginihh..
4. Tanah Percuma 2 ekar kepada Persara Tentera - Antara janji
PAS kelantan semasa PRU. Janji PAS ini adalah bagi menarik pengundi dikalangan
anggota ATM - PAS gagal tunai janji.
5. Rumah Mampu Milik berharga rm35,000 sebuah Kepada Rakyat
Miskin Kelantan. Sehingga kini sebiji rumah mampu milik tersebut tidak nampak
tiangnya. PAS gagal tunai janji.
6. Menyediakan Lebih banyak Peluang Pekerjaan diKelantan - Dalam
isu ini sememangnya PAS gagal menyediakan peluang pekerjaan diKelantan, tarikan
pelabur untuk membuka kilang kilang diKelantan, lantaran itu ramai perantau
Kelantan keluar mencari rezeki dinegeri lain. Sehinggakan pada musim perayaan
utama sahaja, berjuta perantau kelantan pulang ke Kelantan untuk berhari raya -
PAS gagal tunai janji.
7. Bantuan Bulanan Rm100 Kepada Warga Emas - tiada bantuan
diberikan Pas kelantan sehingga kini. PAS gagal tunai janji.
8. Menghapuskan Bayaran Tempat letak kenderaan - Antara janji
PAS semasa Pru-13 dan Pru-14. Malah PAS telah mengunci/ kepit tayar kereta yang
parkir di kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu seperti yang viral sebelumnya -
PAS gagal tunai janji.
9. Menghapuskan Cukai Pintu . Ini juga manifesto PAS yang
dijanjikan kepada pengundi rakyat dan perantau Kelantan akibat serangan yang
hebat dilakukan oleh UMNO Kelantan untuk merampas Kelantan melalui gerakan
Gelombang Biru dikala PAS cuma berbeza satu kerusi DUN sahaja.
Namun sehingga kini Cukai Pintu masih ada dan dinaikkan kadarnya
kepada rakyat Kelantan - PAS gagal tunai janji.
10. Saguhati sebanyak rm10,000 kepada setiap keluarga akibat
Bencana Alam dan Kematian ahli Keluarga - PAS gagal tunai janji.
11. Tiada kenaikan Cukai / Premium Tanah - Pas gagal tepati
janji semasa PRU, malah janji PAS dicapati apabila mula menaikkan kadar cukai
premium tanah secara diam diam kepada pemilik tanah tanpa ada hebahan rasmi
selepas Pru-13 & Pru-14. PAS gagal tunai janji.
12. Penghapusan Cukai Bakul - Pas gagal dalam isu ini untuk
menolong rakyat Kelantan yang berniaga dipasar malam sepertimana janji PAS
semasa Pru. PAS gagal tunai janji.
13. Janji Tiada Kenaikan kadar kos Urusan Tanah - Setelah lebuh
raya rakyat diambil alih oleh kerajaan pusat, maka Pas Kelantan telah menaikkan
kadar antara 20% sehingga 500% bayaran urusan seperti carian rasmi drpd rm80
kpd rm120, gadaian pinjaman perumahan drp rm370 kpd rm2000, pendaftran PA drp
rm200 kpd rm500, salinan geran tanah drp rm60 kpd rm80, daftar pindah milik drp
rm180 kpd rm250. Akibat ketiadaan hasil lain maka PAS telah menekan rakyat
kelantan melalui kenaikan secara diam diam tanpa hebahan dan persetujuan
daripada rakyat Kelantan. PAS gagal tunai janji.
14. Jambatan Palekbang & Penambang - Projek jambatan ini
telah janjikan pada tahun 1995 sebagai usaha kerajaan negeri mempercepatkan
jarak perjalanan antara Bandar Kota Bharu dengan Kampung Laut, Palekbang, Pasir
Mas, Tumpat dan sekitarnya serta bagi mengurangkan kesesakan lalulintas
diJambatan Sultan Yahya Petra. Ia dimasukkan kedalam Manifesto rasmi PAS semasa
Pru-10 pada tahun 1999 sebagai projek mega kerajaan PAS Kelantan untuk
memenangi hati pengundi rakyat Kelantan pada tahun 1999.
Pada tahun 2004 PAS telah menjemput Sultan Kelantan merasmikan
perletakan batu asas projek Jambatan tersebut.
Ajaibnya sehingga ke hari ini, walaupun Sultan Kelantan telah
bertukar Takhta Namun sebatang tiang jambatan pun belum mampu Kerajaan PAS
Kelantan membinanya, cuma batu asas konkrit sahaja yang kerajaan Pas Kelantan
mampu membinanya. PAS gagal tunai janji.
Akhirnya kerajaan PH juga yang membantu membina jambatan
tersebut sepertimana 5 projek ECER diKelantan yang telah diluluskan kosnya oleh
kerajaan PH.
15. Bandar Baru Pengkalan kubur -PAS gagal tunai janji.
16 . Bandar Baru Pulai Chodong - PAS gagal tunai janji.
17. Bandar Baru Rantau Panjang - PAS gagal tunai janji.
18. Bandar Baru Bachok - PAS gagal tunai janji.
19. Bandar Baru Islam Tok Bali seluas 140 hektar - PAS gagal
tunai janji.
20. Bandar Baru Wakaf Mek Zainab - PAS gagal tunai janji.
21. Bandar Baru Tunjong seluas 2000 ekar gagal dibangunkan. Kes
Saman mahkamah kerana gagak ikut perjanjian -PAS gagal tunai janji.
22. Projek Airport City diPengkalan Chepa seluas 200 ekar. PAS
gagal tunai janji.
23. Projek Kandis Eco Tourism di Bachok seluas 7 ekar. PAS gagal
tunai janji.
24. Projek Kelantan Biotech corp. di lojing - PAS gagal tunai
janji.
25. Projek Bachok Perdana seluas 10 hektar - PAS gagal tunai
janji.
26. Projek Solar Park Danau Tok Uban di Pasir Mas - PAS gagal
tunai janji.
27. Pembinaan Stadium Baru diTunjong dan Bukit Merbau - PAS
gagal tunai janji.
28. Pembinaan Tebatan Banjir di Sungai Kelantan bagi
mengurangkan fenomena banjir sepertimana pihak Thailand telah siap membinanya -
PAS gagal tunai janji.
29. Pelabuhan Pantai Seri Tujuh diTumpat - PAS gagal tunai
janji.
30. Projek AFTA City di Rantau Panjang - PAS gagal tunai janji.
31. Projek Bazar Tok Guru - walaupun sudah siap tapi tiada
penyewa yang menyewa.
32. Projek Madhinatur Raudhah di Kota Bharu - PAS gagal tunai
janji.
33. Projek MPKB Highrise Tower diatas tapak asal Pasar Malam
Parit Dalam - PAS gagal tunai janji.
34. Projek Batutta Villa di Telipot - PAS gagal tunai janji.
35. Masjid Baru Tunjong - PAS gagal tunai janji.
36. Masjid Baru Kampung Sireh - PAS gagal tunai janji.
PAS gagal tunai janji.
37. Masjid Baru Tok Bali - PAS gagal tunai janji.
38. Janji Pemberian WIFI percuma kepada rakyat Kelantan -PAS
gagal tunai janji.
39. Janji Pendidikan Percuma kepada rakyat Kelantan - PAS gagal
tunai janji.
40. Janji Bas sekolah percuma kepada setiap keluarga miskin -
PAS gagal tunai janji.
41. Melupuskan hutang PTPTN - PAS gagal tunai janji.
42. Memberikan bantuan one off rm2000 kepada setiap wanita
sebagai modal perniagaan - PAS gagal tunai janji.
43. Memberikan bantuan pinjaman wang ringgit dan tiada cukai
eksais bagi pembelian kereta pertama dibawah 1.3liter - PAS gagal tunai janji.
44. Mengurangkan harga rumah mampu milik diantara harga antara
rm50 ribu sehingga rm180 ribu. ( Harga asal rm 200 ribu hingga rm350 ribu ) -
PAS gagal tunai janji.
45. Membuka semula rancangan pembangunan tanah kepada golongan
muda sebagai satu usaha memilik tanah kerajaan negeri melalui bidang pertanian
- PAS gagal tunai janji.
46. Membangunkan penempatan baru mampu milik untuk generasi ke2
dan ke3 warga FELDA - PAS gagal tunai janji.
47. Memberikan bantuan makanan asasi kepada golongan miskin
secara tetap bulanan -
PAS gagal tunai janji.
48. Mewujudkan pentadbiran Malaysia yang bebas rasuah selaras
dengan tuntutan syarak menerusi konsep tadbir urus berkonsepkan Ubudiyah,
Mas'uliyyah dan itqan ( UMI ) - PAS gagal tunai janji.
49. Menyemak kembali nisbah anggota keselamatan berbanding
populasi setempat untuk mengurangkan kadar jenayah setempat -
PAS gagal tunai janji.
50. Mestrukturkan semula kadar bayaran TOL untuk mengurangkan
kos hidup rakyat menerusi semakan semula perjanjian konsesi TOL yang melebihi
15 tahun -PAS gagal tunai janji.
51. Membina Hospital Pakar baru selaras dengan nisbah penduduk
sepertimana yag disarankan oleh PBB - PAS gagal tunai janji.
Lihatlah janji janji PAS wahai mereka yang celik dan tidak
pekak, satu pun janji PAS diatas PAS tidak mampu laksanakan dan ditunaikan
sehingga ke hari ini.
Sedangkan janji Janji manifesto Kerajaan terdahulu seperti
kerajaan BN dan PH separuhnya telah dilaksanakan ..
Gelaran raja "Hanceng" sebenarnya adalah milik PAS sejak berpuluh tahun lamannya.
TINTA MERAH .
KITA HASUT MELAYU BENCI PAS..SEBAB JUAL AGAMA DAN KUAT TIPU
http://wrlr.blogspot.com/2020/09/kita-hasut-melayu-benci-passebab-jual.html
http://wrlr.blogspot.com/2020/09/mengapa-wajib-tukar-kerajaan-kelantan.html
Wei Zuhdi, nak bagi tau pada hang la..Kalau Bn ka Pn nak menang di Penang n jauh la. Negeri rakyat celik..Yang dok sembang penang apa tarak tu, sampai pun tak pernah dan dengar cakap orang. Nak menipu tanya orang yang pernah ke Penang la woiii.
Tanah melayu lingkup bukan DAP , Ada ka Melayu tinggal kat kandang sampah atau reban lembu di Penang. Rasa aku tak ada kot..Kisah bab air ni 40-50 tahun dulu dah kot selesai, lambat pickup la weiii
HARI MERDEKA, KOMUNIS DAN CHINA
Hari merdeka, komunis dan China
Oleh: Pentadbir
Dari hari sambutan Merdeka.. ada saja cerita pasal Negara China dan Komunis.. Samada menyentuh soal hubungan Diplomatik atau Ekonomi.. ? Hubungan Diplomatik dan Ekonomi itu perkara biasa bagi sesebuah Negara.. Cumanya itulah fitnah PAS dan UMNO dulu… Mainkan Sentimen Komunis… Sekarang Lihat balik apa yang mereka fitnahkan dulu…
1- BAJU KOMUNIS..
Sebenarnya baju dan pakaian seragam rasmi berwarna coklat muda itu bukan kali pertama diperagakan.. sejak zaman Najib lagi..Tapi bila Timbalan Menteri DAP Pakai..Dikata menghina Askar Diraja Melayu.. Kononnya, Itu pakaian Komunis.. Habis dihasutnya PAS dan UMNO pada orang Melayu…..
Akhirnya 31 Ogos 2020 Baru Baru ini..Berjemaah Menteri hatta Pemimpin PAS pakai Baju seragam yang depa dulu tuduh Komunis…
2- KOS ECRL NAIK RM 6 BILLION…
Baru baru ini satu Portal Berita pada 6 Sept dedahkan kemungkinan Kos ECRL akan bertambah kepada RM 6 Billion selepas Menteri MCA menukar kembali Laluan dan jajaran ECRL..
Dulu Kerajaan PH, Bersusah payah berunding dan menukar Jajaran untuk jimatkan Rm 20 Billion Kos ECRL, Salah satu sebabnya adalah Perangkap Hutang China..
Lebih Tinggi hutang..Lebih kuat kita diikat dengan Hutang atau Riba(Ah Long China).. Nampak tak, Kerajaan tebuk Atap ni depa bukan peduli Soal Hutang.. Depa hanya nampak peluang dari projek dan Duit didepan mata… Tambah si MCA yang cukup mengkagumi pemimpin Komunis China..
3- FIRMA CHINA BINA PROJEK BERSKALA BESAR DI JOHOR..
Tak cukup dengan Projek Forest City yang didedahkan Tun Mahathir dan orang ramai dengan Penyertaaan Kontraktor dan Pekerja China.. Pada 7 Sept Berita Harian melaporkan.. Firma China melebarkan Projek mereka Ke Wilayah Iskandar..
Dilaporkan skandar Waterfront Holdings (IWH) akan membangunkan projek hartanah berskala besar di tanah komersial seluas 60 hektar di Skudai, Johor dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan RM8 bilion.. Projek ini lebih menakutkan dari cerita tanah durian Musang King…
4- KEHADIRAN MENTERI PERTAHANAN CHINA DIRAHSIAKAN ?
Semalam sebahagian Portal Media mempertikaikan kenapa kehadiran Menteri Pertahanan China, Wei Fenghe ke negara ini bertemu Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dilaporkan media tempatan..
Pelik kan.. satu Upacara dan peristiwa Besar, tetapi disorokkan dari media..Apa yang Cuba dirahsiakan..Apa yang cuba disembunyikan.. ? dengar cerita bukan hanya Menteri Pertahanan..Ada delegasi China juga turut serta…apakah selain isu Laut China Selatan, Apakah ada kakitan dengan 2 Projek diatas. Pertama ECRL.. kedua IWH ?
5- HUTANG AHLONG CHINA.. BELAJAR DARI SRI LANKA…
Hutang itu adalah Riba yang mengikat penghutangnya… Jadi kita kena belajar dari Sejarah bagaimana Sri Lanka terperangkap dengan hutang dengan China …Merekadiikat dengan hutang dalam pembagunan Pelabuhan dan Lapangan Terbangnya….
Soal ECRL, IWH atau Forest City bukan soal Projek itu berdaya maju atau tidak.. samaada Maju atau tidak China tetap Untung… Ingat COVID-19 itu sendiri adalah satu Scam Ekonomi.. China tak pernah kisah hutang itu boleh dibayar atau tidak… depa sama seperti Ahlong..Kerana tanah dan Projek itulah cagarannya sepertimana yang berlaku di Sri Lanka…Yang Lebih teruk suatu hari nanti Kedaulatan itu sendiri menjadi taruhan…
Nampaknya hari ini Kerajaan cukup lemah… Pelabur Asing berlumba keluar dari dalam Negara.. kita bakal menghadapi kemelesetan Ekonomi.. Kita akan berhadapan dengan hutang yang tinggi.. dah pasti Kerajaan hari ini terdesak untuk menerima Pelaburan dan Hutang… Akhirnya esok sapa yang jadi Mangsa… Hak dan Kedulatan Negara..
Masa tu takda lagi Alasan… Apakah mahu Salahkan DAP ?
PH Kedah tidak terjejas akibat pengkhianatan puak kartel
Meskipun pengkhiantan dua ADUN
KEADILAN menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah tumbang pada bulan
Ramadan lalu namun perkara itu sebenarnya tidak menjejaskan kekuatan gabungan
tersebut pada masa hadapan.
Hal itu ditegaskan oleh Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Kedah, Datuk Johari Abdul.
Menurut Johari, kerajaan Perikatan
Nasional (PN) di Kedah akan mempunyai masalah untuk menghadapi pilihan raya
akan datang dari segi keutuhan gabungan. Timbul persoalan, apakah PN sebuah
pakatan yang padu atau adakah kerjasama itu tidak mempunyai masalah dengan
masuknya puak kartel ke dalam Bersatu? Semua itu, katanya, akan terjawab
menjelang Pilihan Raya Negeri dua tahun akan datang.
"Saya tak tahu adakah Muafakat
Nasional atau PN akan bertanding satu lambang. Adakah penyatuan mereka itu
jitu. Kerjasama dengan Bersatu adakah real, kemasukan
Azmin adakah real?
"Macam-macam hal dan masa hanya
ada dua tahun. Adakah dalam dua tahun ini semua itu dapat diselesaikan?
"Di peringkat PH pula kita solid tak ada masalah kerana KEADILAN dikenali dan
telah berusia 22 tahun, api reformasi juga masih menyala di Kedah. Kedua, DAP
juga lama di Kedah. Amanah walaupun parti baru tetapi orang kenal sebab
personaliti dalam Amanah itu orang Pas yang dihormati.
"Jadi saya rasa kombinasi antara
KEADILAN dengan komponen PH dan penonjolan anak-anak muda dikira mantap. Saya
sendiri yang membawa (obor) KEADILAN di Kedah selama tiga penggal sebagai Ahli
Parlimen dan sepenggal menjadi ADUN. Adunan ini membuat kita solid di di negeri ini," katanya kepada Suara
Keadilan.
Kata Johari lagi, Kedah merupakan
negeri yang unik kerana kerajaannya silih berganti. Pernah diperintah BN,
kemudian Pakatan Rakyat pada 2008 hingga 2013 dan hari ini PN.
Tidak mustahil, menurutnya, rakyat
akan memilih PH kembali pada pilihan raya akan datang berdasarkan rekod
perkhidmatan yang cemerlang.
"Kedah unik seperti Kelantan,
Sabah dan yang lain. Di mana orang Kedah tidak bergantung kepada parti
pemerintah.
"Orang Kedah asasnya pertanian
dan padi. Keputusan-keputusan yang mereka buat lebih kepada rasional dan
kekuatan pemikiran pengundi, khususnya petani.
"Di sini parti bagi mereka tidak
penting tetapi wakil rakyat yang penting. Kamu boleh datang lambang mana pun
tetapi mereka nak tengok siapa wakil rakyat yang service mereka.
"Oleh itu, sebagai pengerusi
KEADILAN Kedah saya rasakan yang penting sekali ialah calon-calon kita mesti
bekerja. Sebab rakyat nak tengok siapa kamu.
"Saya lihat apa yang akan
berlaku di Kedah ialah rakyat nak tahu siapa yang bertanding (orang yang buat
kerja) dan atas tiket apa," katanya lagi.
Politik Kedah mungkin kelihatan
tenang kerana rakyat tidak menunjukkan kemarahan ketika kerajaan 'tebuk atap'
PN mengambil alih. Namun harus diingat Pas sebelum ini yang menerajui Kedah
tidak pernah memerintah lebih sepenggal kerana kelemahan mereka mencari
pelaburan dan mewujudkan peluang pekerjaan.
Rakyat menolak Pas pada Pilihan Raya
Umum ke 13 kerana kerajaan negeri terlalu bergantung kepada hasil bumi seperti
mineral dan balak. Apabila Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengambil alih
pemerintahan, pelaburan langsung asing mencurah-curah masuk.
Dalam pilihan raya akan datang faktor berkenaan juga akan
diambil kira sebelum rakyat keluar mengundi memilih kerajaan.
PRN Sabah: KEADILAN dan Warisan capai kata sepakat, setuju bertanding 7 kerusi
KEADILAN akhirnya mencapai kata
sepakat dengan Warisan bahawa parti itu bersetuju akan bertanding di tujuh buah
kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Pengerusi Majlis Pimpinan
Negeri KEADILAN (MPN) Sabah, Christina Liew berkata keputusan itu dibuat
selepas mendapat restu Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan
Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang menyokong
penuh keputusan pemimpin negeri demi kepentingan Sabah.
Dalam kenyataan juga, Christina
berkata Anwar bersetuju dengan pandangan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie
Apdal yang mahukan KEADILAN mementingkan agenda untuk memenangi PRN Sabah.
“Kami gembira dapat bergabung
dengan Warisan, DAP, Upko dan Amanah bagi memastikan kami menjadi unit yang
strategik, stabil dan bersatu mempertahankan kehendak dan mandat rakyat.
“Walaupun menggunakan logo
sendiri, kami berharap pengundi Sabah akan terus memberikan sokongan kepada
gabungan ini," katanya.
Christina juga menyatakan
bahawa KEADILAN tetap menyokong penuh kepimpinan Shafie untuk menerajui Sabah
di masa akan datang.
“Kami berpegang teguh pada
kepercayaan dan kerjasama yang terjalin dalam komponen pakatan ini dan kami
menyokong kepemimpinan Shafie Apdal yang akan memimpin negeri ini ke arah
kejayaan," katanya.
Tujuh kerusi yang akan
dipertandingkan oleh KEADILAN adalah Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Inanam,
Api Api, Klias dan Sook.
DUN Klias merupakan kerusi
Warisan sebelum ini, manakala DUN Sook adalah kerusi baharu.
Lima kerusi lagi adalah kerusi
yang dipertandingkan KEADILAN pada Pilihan Raya Umum Ke-14.
Secara keseluruhan, Warisan
akan bertanding 54 kerusi, UPKO bertanding 12 kerusi, DAP 7 kerusi, KEADILAN 7
kerusi dan AMANAH bertanding 1 kerusi iaitu Tanjung Keramat.
DAP dan AMANAH bersetuju untuk
menggunakan logo Warisan dalam PRN kali ini, KEADILAN dan UPKO akan menggunakan
logo masing-masing.
Hari penamaan calon akan
berlangsung pada 12 September, diikuti dengan hari mengundi awal pada 22
September manakala hari mengundi umum jatuh pada 26 September.
Subscribe to:
Posts (Atom)