Zahid ingatkan Ismail agar tak kekalkan Zuraida dalam kabinet


Sementara itu, Umno mengingatkan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak lagi berkompromi dengan pihak yang melompat parti dan mengekalkan jawatannya dalam kabinet. Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ramai lagi ahli parlimen yang setia terhadap parti wajar dipertimbangkan untuk menggantikan Zuraida.


Episod Zuraida ‘pengajaran bagi pengkhianat’, kata Saifuddin



Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan episod Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin keluar daripada Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM) adalah satu “pengajaran bagi pengkhianat”.




OOOOO...FAHAM FAHAM...CINTA BANYAK SEGI..TAPI SEGI TIGA DAPAT LESEN.....OWH...

 

Hilman kekasih ‘budiman, pembantu ambil kesempatan’, wanita beritahu mahkamah





Seorang wanita memberitahu mahkamah dia tertarik kepada ADUN
 Gombak Setia Hilman Idham kerana berperwatakan menarik dan
 pintar.

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang mendakwa dirogol pembantu Hilman Idham, memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia melakukan kesilapan apabila jatuh cinta dengan ADUN Gombak Setia itu.

Katanya, dia terpikat dengan perwatakan menarik Hilman dan menyifatkan ADUN itu sebagai kekasih “budiman” yang meminta “kebenaran” apabila menidurinya.

Wanita itu berkata demikian apabila menjelaskan hubungannya dengan Hillman dan apa yang berlaku pada malam dia didakwa dirogol pembantu Hillman, Mohamad Zulfahimin Mahdzir pada Dis 2020.

Menurut wanita itu, dia jatuh cinta dengan Hilman manakala Zulfahimin mengambil kesempatan ke atasnya.

Ads by Kiosked

“Satu-satunya kesilapan saya kerana jatuh cinta dengan ahli politik (Hilman). Saya tertarik dengan daya penarik dan kepintarannya. Beliau sangat mengambil berat. Dia mengambil berat terhadap diri saya dan membuatkan saya rasa istimewa. Saya tidak menyangka beliau menganjurkan sambutan hari jadi saya sebanyak dua kali.

“Saya jatuh cinta dengannya, tiada kepentingan politik,” katanya ketika memberi keterangan di mahkamah.

Wanita itu berkata demikian dalam pemeriksaan oleh Timbalan Pendakwa Raya Zilfinaz Abbas, sama ada dia membawa kes dakwaan rogol terhadapnya kerana kepentingan politik.

Wanita berusia 33 tahun itu mendakwa, dia dibawa ke sebuah bilik di Dorsett Hartamas ketika mabuk dan mendakwa dirogol Zulfahimin, selepas parti hari jadi pada 5 Dis 2020.

Wanita itu menegaskan kejadian berlaku pada malam itu antaranya dengan Zulfahimin bukan sukarela dan menyatakan ia berbeza dengan Hilman.

“Setiap kali sebelum saya tidur bersama Hilman, beliau akan pastikan saya sedar kami tidur bersama. Beliau budiman dan akan mendapatkan kebenaran saya dulu.

Ads by Kiosked

“Namun ketika itu (pada malam kejadian), saya melihat Zul (Zulfahimin) sebagai pembantu Hilman dan Hilman sendiri tidak menyebut apa-apa berhubung tempahan bilik. Apabila saya terjaga (pada malam kejadian), saya tahu saya diambil kesempatan,” katanya.

Katanya, dia kemudian mengetahui rakannya yang hanya dikenali sebagai “Mai” meninggalkannya dengan Hilman, pada malam berkenaan.

Wanita itu membuat laporan polis pada 5 Dis 2020, namun menarik semula laporan terbabit tiga hari kemudian selepas mendakwa dia menerima “ugutan” daripada “orang” Hilman.

Susulan itu, dia membuat satu lagi laporan polis pada Jan 2021 selepas mendapat semula kekuatan dan berjumpa dengan kaunselor daripada Pertubuhan Pertolongan Wanita.

Ditanya bagaimana dia bertemu Hilman, wanita itu mendakwa rakan Hilman yang dikenali sebagai Zaki memperkenalkannya dengan ADUN itu di “cigar lounge” yang dipanggil Cohiba Atmosphere. Kedua-dua mereka kemudian saling bertukar nombor telefon menerusi Instagram.

Perkenalan itu berlaku pada 2020, kata wanita itu.

Ads by Kiosked

Perbicaraan di depan hakim Norhasniah Abdul Razak bersambung pada 21 dan 22 Julai, dan 10 hingga 12 Ogos.

BIARLAH WALAU HIDUNG TAK MANCUNG ..PIPI TERSORONG SORONG..KITA SONDOI DEMI JAWATANG. SEBAB KALAU TAK BERBAIK SENDIRI DAH TAK KUAT....KENA JUGA LAH SODOL..

 


Hadi mahu PAS kekal hubungan baik negeri lain walau Umno Selangor saja ‘mesra’






PAS kekal dengan pendirian mengekalkan hubungan baik bukan saja di
 Selangor, malah di negeri lain demi mengelak pertembungan kerusi
 pada pilihan raya umum. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PAS akan terus mengekalkan hubungan baik dengan negeri lain walaupun hanya Selangor yang menunjukkan “kemesraan” dengan parti itu, kata presidennya Abdul Hadi Awang.

Katanya, parti itu akan mengusahakan kerjasama bagi mengelak pertembungan kerusi pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Beliau berkata, PAS akan terus berusaha mempertahankan Muafakat Nasional (MN) dan Perikatan Nasional (PN).

anuari lalu, Ketua Umno Kelantan Ahmad Jazlan Yaakub, berkata Umno negeri mengambil keputusan tidak lagi bersama PAS negeri itu menerusi MN, berkuat kuasa serta merta.

Pada November tahun lalu, Ketua Umno Terengganu Ahmad Said, terlebih dulu mengambil pendirian menolak kerjasama dengan PAS negeri menjelang PRU akan datang.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perlis Azlan Man pada 23 Mei lalu berkata, Umno dan BN negeri bersedia bergerak solo tanpa membabitkan kerjasama PAS, sambil menegaskan tiada kerjasama politik antara BN dan PAS di negeri berkenaan.

Ketika ini, Umno Selangor saja yang menunjukkan “kemesraan” dengan PAS. Ketuanya, Noh Omar, mahu kerjasama dengan parti itu diteruskan, namun menyerahkan kepada pucuk pimpinan bagi keputusan muktamad.

Sementara itu, Hadi ketika ditanya berhubung pengagihan kerusi berkata, PAS mempunyai formula bagi mengelak pertembungan pada PRU.

Secara dasar, katanya, perbincangan pengagihan kerusi itu telah dilakukan, namun masih belum dimuktamadkan.

“Justeru, PAS akan terus terus memperkukuhkan PN dan dan MN,” katanya memetik laporan Astro Awani.


SEBUT SAHAJA RASUAH, DI MALAYSIA ,,, HAMPIR SEMUA SEKTOR DIKATAKAN TERLIBAT ?


KENAPA RAKYAT PERLU PERSOAL ELAUNS YANG DIBAYAR KEPADA WAKIL RAKYAT ??? SILA BACA KENAPA RAKYAT PERLU PERSOALKAN.

 



222 orang ahli Parlimen mendapat elaun yg begitu lumayan sekali. Senang je depa suruh rakyat ikat perut la, beri bantuan 2-3 sebulan drp RM350 sehingga RM2,000 dua tiga kali setahun tetapi kebanyakan elaun yg depa terima memang tidak masuk akal.

Soalan :

1) ahli Parlimen dibayar gaji sebanyak RM16,000 sebulan. Kenapa mereka dibayar RM400 sehari utk menghadiri sidang Parlimen? Bukankah penghadiran sidang parlimen merupakan sebahagian drp skop kerja dorang? Seperti juga di mana mereka dibayar elaun sebanyak RM300 sehari utk menghadiri mesyuarat atau bengkel agensi kerajaan yg sepatutnya termasuk dlm skop tugas mereka.

Kalau seorang rakyat biasa itu dibayar gaji RM3,000 sebulan, adakah dia dibayar elaun khas utk masuk pejabat?

2) Mereka diberi elaun keraian sebanyak RM2,500 sebulan. Elaun keraian adalah elaun yang diberi kepada anggota sektor awam untuk menampung peningkatan kos sara hidup dan juga bertujuan memberi imbuhan kepada pegawai- pegawai yang menjawat jawatan strategik dalam perkhidmatan awam.

Boleh dikatakan bahawa ahli2 Parlimen nampaknya dilindungi drp impak kenaikan kos sara hidup manakala rakyat dinasihatkan utk menanggung segala beban yg datang drp kos sara hidup yg menaik. Kita perlu faham juga yg sebahagian punca kos2 meningkat adalah disebabkan oleh kerja taik yg menteri2 buat.

3) kenapa ahli Parlimen dibayar sebanyak RM1,500 kalau dorang bukan anggota pentadbiran? Maknanya, pembangkang mendapat duit ini sebab dorang bukan dlm kerajaan? Masuk akal tak?

Bolehlah rakyat biasa drp badan korporat atau persendirian mendapat elaun drp kerajaan atas sebab mereka bukannya penjawat awam?

4) elaun perjalanan sebanyak RM1,500 sebulan ini masih ada tak semasa lockdown?

5) kenapa ada elaun bahanapi sebanyak RM1,500 sebulan padahal dah ada elaun perjalanan?

6) elaun tetap pemandu kereta sebanyak RM1,500 sebulan. Kenapa ahli Parlimen tidak memandu kenderaan dgn sendiri? Kalau mereka tak pandai bawa kereta, bayarlah gaji pemandu drp gaji sendiri

7) mengapa Ahli Parlimen diberi RM2,000 setiap dua tahun utk membeli telefon bimbit? Rakyat pun beli dgn duit sendiri.

8 ) kenapa Ahli Parlimen diberi elaun telefon sebanyak RM900 sebulan sedangkan ada beberapa pakej langganan bulanan drp sykt2 telco yg murah?

Pakej Maxis : RM98 hingga RM188 sebulan

Pakej Celcom : RM80 hingga RM188 sebulan

Pakej Digi : RM40 hingga RM135 sebulan

9) kenapa diberi elaun sehingga RM6,000 utk pembelian komputer? Duit sendiri tak boleh pakai ke?

10) Ahli Parlimen diberi RM1,000 sekali dlm tiga utk membeli pakaian black tie. Duit utk baju pi function pun kerajaan kena beri ke? Hangpa tak malu ka?

11) RM1,500 diberi utk pakaian rasmi istiadat, tak malu kah kerajaan kena tanggung pakaian korang?

12) elaun pakaian panas???? Kat Malaysia cuaca sejuk ke?

13) Lesen kenderaan motor percuma manakala rakyat kena bayar. Lesen biasanya dibaharui setiap lima tahun. Itu pun korang tak mampu bayar ke?

14) perjalanan pernebangan di mana Ahli Parlimen diberi tiket percuma kelas bisnes. Kerusi kelas ekonomi tak sesuai ke bagi buntot Ahli Parlimen? Lagi2 ada diberi dua pas keretapi kelas satu.

15) RM400 semalam utk hotel diberi kepada Ahli Parlimen jika mereka bertugas melebihi jarak 32km drp rumah dorang. Kalau masa off peak, perjalanan 32km mengambil masa hanya 30 minit dan ahli2 Parlimen ini tak mampu memandu atau dipandu balik selama 30 minit?

Rakyat pun biasa travel 50-100 sehari utk bertugas di tempat kerja dorang

16) elaun hidup sebanyak RM100 semalam semasa bertugas. Habis, gaji RM16,000 tu utk apa? Elaun utk cepat mampos?

17) elaun makan kat overseas sebanyak RM340 sehari. Biasanya bila Ahli2 Parlimen bertugas kat oversea, ada macam2 jamuan dan function depa pergi. Makanan pun dapat free.

18) wad kelas hospital satu diberi secara percuma manakala rakyat kena bayar utk wad yg paling haprak.

So, benda2 macam kos ayam, telur, sayur, beras, minyak hanya satu alat permainan dlm mulut ahli2 parlimen ini. Adakah mereka menghadapi impak macam rakyat?

Kalau elaun2 yg tak masuk dipotong sepenuhnya, ahli2 Parlimen ini masih nak jadi wakil rakyat ke? Masih mampu buat kerja “demi rakyat”?

 

SABAR..SABAR..KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT....JANGAN BEKERJASAMA DENGAN PAS...NANTI BANYAK PULA RAKYAT PERSOALKAN

 

Noh Omar cabar portal dedah sumber dakwa dipantau pucuk pimpinan






Noh Omar menyifatkan laporan sebuah portal mendakwa beliau dipantau oleh pucuk pimpinan Umno sebagai tidak bertanggungjawab. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Ketua Umno Selangor Noh Omar mencabar sebuah portal supaya mendedahkan sumber laporan yang mendakwa beliau dipantau kerana sebilangan pemimpin tertinggi parti itu berkecil hati dengannya berhubung kerjasama Umno dan PAS negeri melalui Muafakat Nasional (MN).

Menyifatkan laporan itu sebagai tidak bertanggungjawab, Noh yang juga menteri pembangunan usahawan dan koperasi mengulangi pendirian Umno negeri menyerahkan kepada pucuk pimpinan tertinggi parti dan PAS pusat berhubung kedudukan MN.

“Kalau setakat dengar khabar angin dari tepi jalan mungkin itu lebih menarik dan itu yang lebih mudah. bila sumber tak pasti, sumber tepi jalan menaburkan fitnah itu yang rakyat tertarik. tapi saya nak bagi tahu (tanya) sumber itu daripada mana?

“Itu bukan ‘level’ saya untuk respons standard (portal) punya laporan. Saya cabar bagi tahu sumber daripada mana,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Perpustakaan Tan Sri Noh Omar di Institut Koperasi Malaysia, di sini.

Semalam, sebuah portal memetik sumber melaporkan tingkah laku ahli Parlimen Tanjong Karang itu di Selangor sejak akhir-akhir ini kurang disenangi malah menyebabkan sesetengah pemimpin tertinggi Umno berkecil hati.

Laporan itu menyebut beberapa sumber dalaman Umno yang dekat dengan kepemimpinan negeri dan pusat mendakwa, Noh dipantau kerana tidak disenangi selepas mengadakan perbincangan dengan parti lain di luar Barisan Nasional, selain bertindak mengikut pertimbangan sendiri.

Menafikan tuduhan itu, Noh berkata, kepimpinan Umno negeri sedar bahawa ia tidak mempunyai sebarang autonomi untuk membuat keputusan hala tuju kerjasama politik menjelang pilihan raya umum ke-15.

“Kita (di) Selangor bukan ada autonomi. Tak payah tanya. Takkan saya tak reti bahasa kot. Yang ada autonomi Umno ni Sabah saja. Selangor tiada autonomi, itu pandangan kita. Apa saja keputusan oleh pucuk pimpinan, kita kena akur,” katanya.

“Sama juga dengan PAS, walaupun PAS Selangor nak MN…esok kalau PAS Malaysia kata tiada, tiadalah. Ini pandangan kita di peringkat negeri. Apa pun keputusannya, terpulang kepada pusat.”


KATAK MEMANG TAK BOLEH BERDIRI. MAKA LOMPAT ADALAH CARA YANG SESUAI.RAKYAT MEMANG TAK PERCAYA PUN DAN MENGENALI PEMIMPIN YANG MELOMPAT UNTUK DIHUMBAN.



Zuraida ‘lompat’ lagi, Zahid gesa segerakan RUU anti-lompat parti






Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa sahaja.

PETALING JAYA: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mahu Rang Undang-Undang (RUU) anti-lompat parti disegerakan susulan tindakan Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin keluar Bersatu untuk menyertai Parti Bangsa Malaysia (PBM), hari ini.

Beliau berkata, tidak mustahil jika pindaan itu tidak disegerakan, berkemungkinan krisis kepercayaan terhadap sistem demokrasi dan institusi politik akan menyebabkan kadar peratusan mengundi akan semakin rendah pada pilihan raya umum akan datang.

“Apabila Zuraida yang pernah keluar daripada PKR kemudian menyertai Bersatu dan kini keluar pula untuk menyertai PBM, ia memberikan (gambaran) seolah-olah sangat mudah kepada wakil rakyat di negara ini untuk bertukar parti mengikut selera dan cita rasa sendiri.

“Tindakan lompat demi lompat sudah pasti mengecewakan rakyat dan menunjukkan tiada kawalan terhadap wakil rakyat dan bebas buat apa-apa sahaja,” katanya di Facebook, hari ini.

Zahid berkata, tindakan lompat parti akan menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap wakil rakyat dan parti politik semakin terhakis kerana ia seolah-olah mempermainkan undi rakyat.

Terhadulu, Zuraida mengumumkan keluar Bersatu selepas mengambil keputusan menyertai PBM, dan beliau akan bertemu Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat untuk membincangkan peletakan jawatannya daripada Jemaah Menteri.

Justeru, Zahid menggesa Ismail tidak lagi berkompromi terhadap ahli Parlimen lompat parti yang kemudian kekal sebagai menteri Kabinet.

Menurutnya, ia sebahagian tanda sokongan terhadap ketegasan menangani isu lompat parti dalam kalangan wakil rakyat menjelang pelaksanaan undang-undang anti lompat.

“Ramai lagi ahli Parlimen yang setia terhadap parti dan tidak melompat parti wajar dipertimbangkan untuk mengisi jawatan menteri yang dipegang oleh Zuraida,” katanya

SPRM MESTI KEMBALIKAN DANA NEGARA DIROMPAK


ELOK LA TOLAK PUN....MASUK PUN SAMA SAMA KHIANAT SAHAJA

 

Saya tolak jemputan Zuraida sertai PBM, kata pemimpin Bersatu







Redzuan Md Yusof menasihatkan Zuraida Kamaruddin, yang ketika itu
 ahli Parlimen Bersatu supaya menjauhkan diri daripada pelancaran
 Parti Bangsan Malaysia (PBM) Disember lalu.

GEORGE TOWN: Seorang pemimpin Bersatu mendakwa menerima jemputan daripada Zuraida Kamaruddin menyertai parti baharu, Parti Bangsa Malaysia (PBM), namun menolaknya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Redzuan Md Yusof, berkata tawaran itu dikemuka kepadanya ketika di luar sidang Parlimen, Disember lalu, iaitu bulan sama ketika parti itu secara rasmi dilancarkan.

“Zuraida kata…beliau mahu tinggalkan (Bersatu) selepas hilang keyakinan dengan Bersatu dan pimpinannya,” katanya kepada FMT.

“Katanya, ‘Pak Wan, saya mahu keluar Bersatu untuk mempengerusikan PBM. Dia juga ada menjemput saya menyertai, tapi saya kata ‘no way’ kerana saya pengasas bersama Bersatu”.

Redzuan berkata, beliau menasihati Zuraida agar tidak mendedahkan rancangan secara terbuka susulan beliau merupakan sebahagian daripada Kabinet. Katanya, tidak lama selepas itu, pimpinan Bersatu mengadakan perbincangan berhubung laporan pembabitannya di sebalik PBM.

Beliau berkata, Zuraida mendengar nasihat diberikan dengan menjauhkan diri daripada terbabit dalam pelancaran PBM, namun Zuraida bertindak mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi parti itu, yang mana diketahui Bersatu, sekali gus parti mengeluarkan surat tunjuk sebab kepadanya

Redzuan berkata, PBM sedang melakukan persiapan menawarkan “dinamik” dalam politik negara menjelang pilihan raya umum ke-15 (PRU15), yang diramalkannya tidak akan didominasi satu parti tunggal sahaja.

“Jadi, saya fikir sejumlah orang sedang meletakkan diri pada kedudukan (termasuk) menubuhkan parti untuk mereka menguasai jawatan kanan,” katanya.

“Mereka akan menyatakan sokongan kepada mana-mana kerajaan yang akan terbentuk, dan saya fikir mereka boleh menggunakan platform itu untuk mendapat jawatan dalam pentadbiran (baharu). Itu sahaja yang dapat saya katakan.”

Zuraida yang juga bekas naib presiden PKR, menyertai Bersatu selepas dipecat susulan Langkah Sheraton, pada Nov 2020.

Spekulasi Zuraida akan meninggalkan Bersatu untuk menyertai PBM berlegar sejak hujung tahun lalu, dengan beliau dikatakan akan menerajui parti itu yang kini diketuai Ahli Parlimen Julau, Larry Sng, bekas ketua PKR Sarawak.

Sementara itu, Setiausaha Agung PBM Nor Hizwan Ahmad, mengesahkan menerima borang permohonan Zuraida menyertai parti berkenaan.

“Permohonan Zuraida akan mengikut proses seperti ahli lain seperti mana ahli lain yang mengikut proses termasuk kelulusan dalam biro politik sebab kita ada beberapa ribu lagi permohonan menjadi ahli yang tertangguh,” katanya.

Beliau berkata, parti belum membuat keputusan berhubung kedudukan Zuraida dalam parti itu.

“Belum, kita selesaikan isu status permohonan dahulu dan bincang status jawatan yang sesuai berdasarkan pengalaman yang akan dibincangkan dalam mesyuarat nanti,” katanya sambil menambah Zuraida mampu menguatkan serta memberi nilai tambah kepada PBM.


KEH..KEH...SIAPA LA YANG BEKERJA DI PMO....INIKAH YANG DI SARANKAN PERUNDING IMEJ...TAK MALU KA APA ?


 

Letupan bom, berbalas tembakan di sempadan Tak Bai


#BuletinBernama : Beberapa siri letupan bom berlaku di Pekan Tak Bai dalam Wilayah Narathiwat, Thailand selain kejadian berbalas tembakan dekat Tumpat, Kelantan, malam semalam. Kejadian berlaku kira-kira pukul 9.40 malam (waktu Malaysia) turut didengari dari arah Pengkalan Kubor yang terletak seberang dengan Pekan Tak Bai.


Tak Bai meletup



Satu kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di Tak Bai, wilayah Narathiwat, Thailand yang bersempadan Tumpat, malam 25 Mei. https://www.hmetro.com.my/mutakhir/20...


Peletakan jawatan Zuraida tak jejaskan PN-owhh negara demokrasi....bukan negara isleng ?


Peletakan jawatan Datuk Zuraida Kamaruddin sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi tidak menjejaskan Perikatan Nasional (PN). Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, Pas yakin sokongan rakyat adalah kekuatan seterusnya menjadi penentu kepada kejayaan sesebuah parti. Beliau berkata, sesiapa sahaja bebas membuat keputusan memandangkan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi.

'Tengku Zafrul perlu jelaskan sama ada masih ahli Umno atau tidak'



Beberapa ahli Parlimen pembangkang meminta Tengku Zafrul Abdul Aziz menjelaskan sama ada beliau menyertai Umno sebelum pelantikannya sebagai menteri kewangan semasa pentadbiran Muhyiddin Yassin. Ini selepas Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mengesahkan bahawa senator itu sememangnya seorang ahli Umno sejak sekian lama.


PENGKAGUM ATOK SAKA SARAN ANWAR LEPASKAN JAWATAN


 

Seorang bekas duta bernama Dennis Ignatius yang sering menulis Hal Ehwal politik Malaysia telah menulis sepucuk surat Terbuka kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim bertarikh 24 Mei 2022.

 

Dalam surat Terbukanya itu, beliau menggesa supaya Anwar Ibrahim meletakkan jawatan demi memberi laluan pemimpin-pemimpin muda seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Hannah Yeo dan Syed Saddiq.

 

Surat Terbuka yang ditulis dalam Bahasa diplomatic itu lupa Satu hakikat, atau sengaja buat tidak nampak.

 

Kalau Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sekarang dalam Parti Keadilan dan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), sudah pasti akan wujud vakum atau kelompangan dalam Blok Pembangkang.

 

Dennis Ignatius seorang liberal yang mengkagumi Tun Dr Mahathir Mohamad tentu tidak naif dengan cadangannya minta Anwar Ibrahim meletak jawatan.

 

Pagi ini Anwar Ibrahim meletak jawatan, misalannya, tengahari nanti akan muncul semula Tun Dr Mahathir Mohamad menawarkan diri untuk mengetuai Blok Pembangkang.

 

Adakah ini yang Dennis Ignatius impikan?

 

Hassan Abdul Karim

Ahli Parlimen Pasir Gudang

26 Mei 2022 (Khamis)

 

KRISIS AYAM: JANGAN BERHARAP KEPADA PAK MENTERI!

 


KRISIS AYAM: JANGAN BERHARAP KEPADA PAK MENTERI!






ZUNAR CARTOONIST FAN CLUB