KEADAANNEGARA YANG CACAMARBA.


 Keadaan politik dan pentadbiran kerajaan kita hari ini perlu di akui tidak stabil


Selama ini dari merdeka sehingga 2018 malaysia di takbir oleh BN dan setiasa mendapat mejoriti yang besar di parlimen sehinggalah tahun 2008 dan 2013 dan akhirnya 2018 BN tidak lagi menjadi Kerajaan


PH satu pakatan baru walaupun Perdana Menteri adalah orang lama dapat membentuk kerajaan dengan jumlah sokongan yang besar dan tidak sepatutnya tergugat


PH pula bernasib tidak baik kerana ada dua pemimpin utama yang telah bermusuh sakan selama 20 tahun,akhirnya permusuhan itu kembali semula dan berpecah...menjadi kerajaan dalam keadaan curiga antara dua pemimpin akhirnya hancur berderai


Ujud pula satu pakatan baru iaitu PN dan BN walaupun tidak stabil tetapi mereka telah berjaya memanjangkan umur pemerintahan mereka dalam keadaan kelam kabut tetapi di selamatkan oleh virus covid 19...


Tetapi kita perlu ingat di dalam PN dan BN musuh antara mereka lebih lama antara dua pemimpin dalam PH...iaitu tun dr m dan Anwar...


Pas dan Umno bermusuh sejak dari sebelum merdeka sehingga lah 2019 mana mungkin permusuhan itu mudah di tangani tambahan pula di tengah permusuhan mereka adanya musuh kepada Umno iaitu Bersatu,jadi jika mereka berpecah dan tidak se ia se kata pun sangat logik dan tepat,maka akhirnya mereka juga berpecah dari segi parti...terbukti mereka tidak boleh bersama....


Rakyat melihat semua perkara yang berlaku ini,dan negara kita terutama pemimpin politik di malaysia baru nak belajar menerima bagaimana untuk membentuk sebuah kerajaan campuran yang telah menjadi trend di mana mana negara di luar sana. Tetapi bagi negara kita ianya perkara baru.


Kerana kerajaan campuran baru bermula pada tahun 2018 tahap kematangan itu belum berlaku dan kita faham sangat masalah itu.


Pilihanraya ke 15 akan datang lagi pada bila bila masa dari bulan ogos dan sepatutnya rakyat dan pimpinan politik akan lebih matang kerana kita telah di beri tunjuk ajar dalam tempoh tiga tahun ini bagaimana jika kerajaan tidak stabil. Negara rugi rakyat juga rugi


Tapi persoalannya pemain pemain lama ini masih ada dan kekal mencatur politik negara kita. Kita tidak ada tokoh baru selama 35 tahun ini...kita masih di catur oleh orang yang sama mencatur politik negara dari 40 tahun dulu...


Tun Dr M kabarnya akan bertanding lagi,kerana jika beliau tidak bertanding parti beliau dan anak beliau akan berkubur...meraka akan guna lambang parti warisan untuk bertanding. Pertembungan tidak dapat di elakkan.


Dato Seri Anwar Ibrahim sudah tentu masih ada kerana dia presiden parti dan ini lah buat pertama kali dalam sejarah hidup Anwar mengetuai Pilihanraya sebagai Presiden Parti sebelum ini beliau hanya Ketua Umum atau ketika dalam umno hanya timbalan presiden sahaja


Haji Hadi Awang masih kekal dan tetap akan bertanding dalam Pru kali ni buat sekian kalinya dan kali ini buat pertama kali juga dia berada dalam kerajaan pusat dan mengetuai Pru dalam keadaan dia Kerajaan,walaupun beliau pernah berdepan dengan pilihanraya negeri selaku kerajaan dan MB tetapi tersungkur di bucu katil pada tahun 2004


Lim Kit Siang saya jangka akan terus menawarkan diri lagi kali ini,cuma ahli politik cina ini lebih bijak sana sembunyikan agenda mereka berbanding orang melayu. Lim kit Siang tidak tonjolkan diri beliau melampau ketika anak beliau sedang berkuasa,dia jadi MP biasa sahaja. Berbanding Tun Dr M dia PM dan Anak pun jadi MB


Tan Sri Muhyuddin Yasin atau nama sebenarnya lain sikit sudah tentu mahu kekal sebagai PM dan ini juga buat pertama kali bagi beliau dan kekal sebagai calun PM bagi PN dan menariknya pertaruhan beliau dan PN ialah setahun lebih pemerintahan beliau yang macam macam hal berlaku dan beliau berjaya kekal jadi PM itu satu perkara ajaib yang ada pada beliau dan jangan pandan ringan pada jawatan PM dan kuasa yang ada


Zahid Hamidi dan Najib tun Razak dua nama yang sedang di pertikaikan oleh musuh dan kawan di luar parti dan di dalan parti. Jika rakyat mempertimbangkan mengundi atas dasar sejarah perjuangan parti maka Umno dan Bn ada harapan besar dan masih di perlukan. Tetapi jika rakyat lupa tentang umno tetapi mengambil kira nama pemimpin umno maka nama zahid dan najib tidak cukup kuat untuk mengajak rakyat menyokong umno dengan kuat dan luar biasa. Walaupun begitu jika Pru ke 15 Najib dan Zahid masih ada di pasaran dan bukan di Penjara bagi saya Najib masih ada aura sebagai penghujah bagi pihak Umno dan Bn nampaknya populariti beliau sekarang meningkat tetapi bukan sebagai calun PM tapi sebagai seorang yang mula di katakan bekas PM antara yang bagus dan berjaya kecuali tentang hal 1MDB


Jadi saya menjangkakan keputusan pru ke 15 masih lagi memerlukan kerajaan campuran yang mana peperangan itu hanya di lihat oleh parti GPS di serawak dan Sabah pula lebih menarik lagi kerana politik sabah ini pemainannya boleh di tolak campur dengan senang yang penting boleh kongsi harta kekayaan...


Hamdan taha


PILIHANRAYA TIDAK AKAN BERLAKU KETIKA INI

 Asalamualaikum sahabat


Saya ni suka menulis tapi sahabat andai semua jangan anggap tulisan saya ini sangat berasas atau tidak ada asas,anggap saja satu bahan bacaan tambahan sahaja...dan nilai kebenarannya selepas ini,kerana ada banyak juga tulisan saya menjadi kenyataan bukan secara kebetulan tetapi kerana maklumat yang saya ketahui dan di terjemahkan melalui tulisan.


Perkiraan saya sekarang ini Tan Sri Muhyuddin bersama Azmin Ali,Hamzah Zainuddin dan Hisham juga Annuar musa juga team mereka termasuk Pas sedang berusaha keras melakukan sesuatu supaya PRU ke 15 tidak berlaku awal sebaliknya kekal sehingga akhir penggal. Mereka menyebut bersedia adakan pilihanraya pada bila bila masa itu adalah pilihan terakhir.


Perkiraan saya Team kerja Muhyuddin ini sedang melakukan perundingan dengan tiga pihak untuk mengantikan team umno di sebelah Zahid dan Najib


Mereka sedang adakan perundingan dengan Tun Dr M atau Pejuang dan Muda supaya bersama warisan kemudian berada di dalam gabungan PN menutup jumlah 10 ahli Parlimen yang menyokong Zahid dan Najib 


Saya tidak terkejut jika syed sadiq dan Mukriz mempertimbangkan menyertai Warisan dengan syarat warisan membenarkan melebarkan sayapnya ke semenanjung. Ketua pemuda warisan di serahkan kepada Syed Syadiq dan Tun M di lantik penasihat atau pengerusi kepada warisan


Kumpulan Hisham,KJ dan team mereka dari Umno mengambil sikap terus menyokong PN untuk kekal memerintah dengan sokongan dari warisan maka jawatan menteri akan ada penambahan dari warisan kemungkinan juga jawatan Timbalan Perdana menteri boleh di serahkan kepada Warisan...


Jika berjaya percaturan politik ini Muhyuddin boleh terus kekal dan umno sifatnya tergantung sehingga Hisham dan teamnya berjaya mendesak umno mengadakan pemilihan ketika Zahid dan Najib sudah di jatuhkan hukuman


Kita tunggu dan lihat apa akan berlaku,yang pasti warisan akan di gunakan sebagai alat baru untuk Tun Dr M.



KISAH KETUANAN MELAYU YANG SUDAH LAMA TERGADAI

 


May be an image of text that says "Anak kecil main api... Terbakar hatinya yg sepi... Airmata darah bercampur keringat... Bumi dipijak milik orang... 'Sebenarnya Ketuanan Melayu Sudah Lama Tergadai'"



Selesai baca buku Riwayat Lim Goh Tong, bertajuk CERITA SAYA. Berjaya menjadi pemilik Gunung Ulu Kali selepas memohon daripada kerajaan Pahang 4,940 hektar dan Selangor 1,110 hektar. Tanah tanah itu, dia dapat percuma dengan status hak milik kekal dengan bantuan Tan Sri Noah, bapa mertua 2 Perdana Menteri. Dia juga berjaya dapat subsidi kerajaan sebanyak RM 900,000. Zaman itu, jumlah itu sangat lumayan nilainya.

Lesen Kasino pula diluluskan oleh kabinet hanya selepas 6 jam permohonan di hantar sebelum mesyuarat kabinet berlangsung. Kementerian kewangan pula membenarkan bayaran Lesen dibuat secara ansuran.

Kelulusan Lesen kasino pantas dan sebulat suara dalam mesyuarat kabinet membuatkan Taukey Kasino di Macau Stanley Ho pun tak percaya bagaimana lesen kasino di Malaysia diluluskan begitu cepat. Mendapat taraf perintis 5 tahun + 1 tahun (pengecualian cukai selama 6 tahun).

Kita semua pasrah hanya dengan nyayian lagu anak kecil bermain api dan semestinya ada pihak yg dikambing hitamkan atas tergadainya semua ini.

#HidupMelayu

_*Suhaimi Md Saad*_

 

DUA DUA BANGGANG SEBENARNYA

 


Panas! Shahidan kata Tajuddin bangang!

Panas! Shahidan kata Tajuddin bangang!

Pengerusi Umno Perlis, Shahidan Kassim membidas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Tajuddin Abdul Rahman yang menggelarkannya sebagai ‘bodoh’ kerana mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama Umno dan Bersatu.

Tajuddin mengulas kenyataan Shahidan baru-baru ini yang berkata, meskipun MT Umno telah membuat keputusan, namun yang menentukan sama ada sokongan kepada kerajaan PN ditarik balik ataupun tidak adalah ahli parlimen BN.

“Keputusan MT selama ini semua saya ikut, keputusan terbaru juga saya ikut kerana (putus hubungan dengan Bersatu) hanya akan dilaksanakan pada waktu menjelang pilihan raya umum (PRU).

“Cuma dalam perkataan saya sebut ‘kalau boleh’ (keputusan dibuat ahli parlimen). Tidak boleh tidak mengapalah. Putus, putuslah,” katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Perhimpunan agung Umno (PAU) baru-baru ini bersetuju memberikan mandat kepada majlis tertinggi parti itu untuk menentukan bilakah tarikh yang tepat untuk menarik diri daripada kerajaan PN susulan keputusannya untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu.

Bagaimanapun, Shahidan membuat kenyataan yang disifatkan bercanggah dengan parti setelah menyatakan keputusan itu terletak di tangan wakil rakyat Umno.

Beberapa pemimpin Umno tidak bersetuju dengan pandangan ahli parlimen Arau itu, yang juga merupakan ahli majlis tertinggi Umno.

Mereka sebaliknya menuntut agar semua anggota parlimen daripada Umno menghormati keputusan majlis tertinggi.

Tajuddin semalam menggesa ahli-ahli parlimen Umno yang tidak setuju dengan keputusan parti agar membuat keputusan sama ada mahu kekal bersama Umno atau sebaliknya.

Dia juga mempersoalkan kenyataan Shahidan yang digelarkannya sebagai “bodoh”.

“Yalah, ahli-ahli parlimen tu dia orang apa partinya? Jadi ahli parti mana? Umno BN-lah. Apa bodoh sangat Shahidan tu?” katanya.

Sementara itu, Shahidan menyifatkan kenyataan Tajuddin itu sangat tidak wajar, dan membidas kembali dengan menggelar ahli parlimen Pasir Salak itu pula sebagai ‘bangang’.

“Jadi apa dia (Tajuddin) kata itu tak wajar sebagai pengarah pilihan raya sampai nak panggil saya bodoh.

“Saya pun tak pernah jumpalah pengarah pilihan raya bangang macam Tajuddin,” katanya.





Ahmad Said isytihar UMNO tanding semua kerusi Parlimen dan DUN di Terengganu

 

Ahmad Said isytihar UMNO tanding semua kerusi Parlimen dan DUN di Terengganu

UMNO Terengganu meneruskan hasrat untuk bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang, sekali gus tidak memberi laluan mudah kepada Bersatu mahupun Pas.

Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Said berkata ia sekali gus menolak kerjasama di antara parti Bersatu dan Pas di negeri itu.
Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal itu berkata parti itu juga optimis untuk merampas kembali kerusi yang kalah pada pilihan raya umum lalu.

“Insya-Allah kita akan menang kembali. Kita kalah baru ni sebab empat, dah terang-terang kalah kerana calon kita.

“Kalah pula 4 undi, 55 undi, bukan besar 300 undi.

“No way, cukup sampai di sini sayang,” kata Ahmad.

Luahan bekas Menteri Besar Terengganu itu bukanlah kali pertama kerana sebelum ini Ahmad telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan UMNO akan bertanding di semua kerusi Parlimen dan DUN pada PRU15.

“Saya terpaksa isytihar sebab apabila exco Pas Hanafiah (Mat) sebut di Kemaman dia akan pertahanan 22 daripada 30 kerusi, kemudian Menteri Besar pula sebut di Dungun Pas akan pertahan enam daripada lapan kerusi Parlimen.

“Dah apa yang tinggal… maknanya tak ada pilihan, lawan semualah,” kata Ahmad.

Terengganu mempunyai lapan kerusi Parlimen dengan enam daripadanya dimenangi Pas iaitu Marang, Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Dungun dan Kemaman.

UMNO memenangi dua kerusi iaitu Besut dan Hulu Terengganu, namun kerusi Hulu Terengganu kemudiannya berpindah menjadi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) setelah Datuk Rosol Wahid isytihar keluar parti dan menyertai Bersatu.

Manakala bagi kerusi DUN, Pas memenangi 22 kerusi manakala 10 kerusi lagi dimenangi BN dalam PRU14.






Anwar tempelak Hishammuddin, gelar China ‘abang’ penghinaan buat negara

 


Panas! Anwar tempelak Hishammuddin, gelar China ‘abang’ penghinaan buat negara


Ketua pembangkang Anwar Ibrahim menyifatkan kenyataan Menteri Luar Negeri Hishammuddin Hussein yang menggelar sebagai China “abang” kepada Malaysia sebagai satu penghinaan terhadap pendirian tidak berpihak negara ini.

Anwar berkata, meskipun China negara sahabat dan segala usaha perlu dibuat bagi meningkatkan kerjasama perdagangan serta pelaburan dengannya, bahasa sebegitu tidak sepatutnya digunakan dalam diplomasi dan hubungan antarabangsa.

“Apa yang menghairankan adalah tindakan Hishammuddin sewaktu pertemuan dengan rakan sejawatnya, Wang Yi yang menyifatkan republik itu sebagai ‘big brother’ kepada Malaysia.

“Ini bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia kepada hanya sebagai boneka asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hishamuddin yang selesai melakukan lawatan dua hari ke China, menggelarkan China sebagai “abang” kepada Malaysia dalam satu sidang media bersama rakan sejawatnya Wang Yi.

“[…] You will always be our elder brother (anda akan sentiasa menjadi abang kepada kami),” katanya.

Wan Yi membalas kenyataan itu dengan berkata “Kita adik-beradik (We are brothers)”. Kata-kata itu dilaporkan oleh media nasional China.

Anwar berkata tindakan Hishamuddin itu bertentangan daripada pendirian diplomasi antarabangsa yang diamalkan Malaysia sejak berdekad lamanya.

“Sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, kenyataan beliau itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara kita sendiri.

 “Menteri Luar harus segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia lantas menarik balik kenyataan hambar tersebut,” katanya lagi.

Meskipun hubungan Malaysia dan China semakin erat, beberapa isu penting masih menjadi perselisihan dua negara.

Antaranya, pencerobohan berkali-kali oleh China ke dalam perairan Sarawak yang diiktiraf di bawah undang-undang antarabangsa.

China bagaimanapun tidak mengiktiraf Zon Ekonomi Eksklusif yang mentakrifkan sempadan maritim antarabangsa dan mendakwa hampir keseluruhan Laut China Selatan adalah miliknya.


SEMBUNYI NAMA MAHIADDIN – TERTIPUKAH KITA SELAMA INI?



 Tidak pernah surut dengan deretan pertikaian yang bertali arus berkaitan dirinya sejak bergelar Perdana Menteri setahun yang lalu, Mahiaddin Md Yasin sekali lagi menyerlahkan dirinya kepada perlakuan yang cukup memalukan.

Kali ini, disebabkan menggunakan nama glamour Muhyiddin Yassin, perintah tahanan yang ditandatanganinya ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri telah diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Berikutan keputusan tersebut, pesalah dari Sabah yang ditahan berkaitan pengedaran dadah telah dibebaskan.

Pesuruhjaya Kehakiman, Norsharidah Awang ketika membuat keputusan, membenarkan permohonan habeas corpus oleh Awang Sari Lasikan kerana penggunaan nama lain itu melanggar Akta Fungsi-fungsi Menteri dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas).

Peguam Zafran Zafri Mohd Zaini berkata, mahkamah membatalkan perintah tahanan terhadap Awang Sari dan mengarahkannya dibebaskan serta-merta.

Persoalan paling besar di sini, dengan memegang menteri puluhan tahun sebelum ini dan Perdana Menteri sejak lebih setahun lalu, sudah berapa banyak arahan, perjanjian, MOU atau lain-lain dokumen yang ditandatangani beliau atas nama Muhyiddin Yassin dan bukan Mahiaddin Md Yasin sebagaimana yang tertera dalam kad pengenalannya?


Jika penahanan seorang pesalah dadah boleh diputuskan tidak sah kerana menggunakan nama yang bukan tertera pada kad pengenalan, mungkinkah yang lain-lain turut tidak sah juga?

Apakah selepas ini lebih ramai akan tampil menuntut keadilan di mahkamah jika mereka ada terbabit dalam sebarang perkara yang melibatkan Mahiaddin, tetapi ditandatanganinya dengan menggunakan nama Muhyiddin?

Bagaimana pula dengan kemenangan beliau dalam PRU kerana sejak sekian lama ia juga menggunakan nama Muhyiddin, bukan Mahiaddin?

Bahkan dalam PRU14 pada tahun 2018 lalu, Mahiaddin sendiri ada meminta SPR tidak menggunakan nama sebenarnya dalam borang pencalonan untuknya bertanding, sebaliknya mahu diletakkan nama Muhyiddin.

“Nama yang saya minta dalam borang percalonan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin, itulah nama yang saya gunakan sejak dahulu lagi.

“Jadi saya hairan bagaimana dalam laman web SPR mengemukakan nama Mahiaddin bin Md Yassin.

“Saya telah minta agar ia diperbetulkan atau saya akan buat bantahan rasmi. Kerana kalau tidak nanti ada pihak yang keliru,” katanya dipetik dalam laporan sebuah portal bertarikh 29 April 2018.

Dalam hal ini, kenapa Mahiaddin tidak mahu menggunakan nama yang diberi oleh kedua ibu bapanya sendiri iaitu Mahiaddin, tetapi lebih seronok menggunakan nama lain yang kononnya kelihatan lebih glamour dan moden.

Apakah ini bermakna Muhyiddin malu dengan nama sebenarnya yang diberi oleh ibu bapanya itu?

Yang nyata, hanya dengan satu kes tahanan yang terbabit dengan pengedaran dadah telah dilepaskan akibat penggunaan nama glamour itu, Mahiaddin benar-benar telah memalukan seluruh rakyat dan negara dengan tindakannya itu.

Tidak pernah kita ada seorang pemimpin, apa lagi Perdana Menteri, yang tergamak menggunakan nama lain sejak sekian lama yang mana nama tersebut telah diterima umum sebagai namanya yang sebenar, walhal kita seolah-olah telah kena tipu selama ini.

Ada yang berkata sinis, kalau nama sendiri pun ditipu, bagaimana dengan kejujuran yang lain?

Apakah janji dan kata-katanya kepada rakyat, khusus ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri sejak setahun lalu, dijamin boleh diterima sebagai jujur dan bukan tipu juga? (


Shahbudindotcom 03/04/2021)






SAH KE TIDAK NI?


RAZEEF RAKIMIN

Surat Santhara ditanda tangani oleh Muhyiddin, bukan Mahiaddin..

Adakah cuti 55 hari dia ke New Zealand tidak sah..?

 

 May be an image of ‎text that says "‎2. Untuk makluman YAB Tan Sri, saya sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan berhasrat untuk memohon cuti rehat selama 55 hari berkerja daripada 28 Disember 2020 hingga 20 Mac 2021 bagi membolehkan saya melawat keluarga yang berada di Auckland, New Zealand. Pemohonan cuti selama 55 hari berkerja seperti di LAMPIRAN A. Aras B petzluan Pejabat Timbalan Menteri Kementerian Perskun Blok 2, Menara Wilayah. ۔ sekutuan, Presint 2 Putrajaya Te:0380911s8 www. wp. ALMA cUиDEC 2020 tas스 ENTERI a‎"‎

((PANAS)) LOKMAN MENGAMUK SERANG PRESIDEN PAS!-BARU UMNO TAHU BAHAWA PAS NI PENTINGKAN DIRI

VIDEO :KERAJAAN PALING PENAKUT


Selain itu, menurut Shazni pihaknya akan terus mengadakan perbincangan dengan badan-badan bukan Kerajaan, seperti BERSIH 2.0, serta parti politik kerajaan untuk melihat apa lagi pilihan yang boleh digerakkan bersama agar Undi18 dapat dilaksanakan segera. Sebelum itu himpunan aman yang dianjurkan Sekretariat Himpunan Tuntut Undi18 telah disertai lebih 200 anak muda yang kebanyakannya bukan dari kalangan ahli politik, tetapi melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan aktivis.



'PH tadbir Selangor 3 penggal, pastikan negeri lain bersama kita'

 


Ketua Wanita KEADILAN Selangor, Rodziah Ismail menyeru agar wanita Selangor memainkan peranan lebih agreasif dalam memastikan kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum (PRU) ke 15

Katanya, meskipun Selangor telah ditadbir PH selama 3 penggal namun wanita juga perlu berusaha untuk rakan-rakan di negeri lain, agar ditadbir oleh PH selepas PRU akan datang.

"Selangor mantap 3 penggal kita jadi kerajaan.Selain kita rasa bertuah ada juga cabaran yang kita hadapi. Kita kongsi benda seronok tetapi benda tidak seronok juga banyak. Cabaran pentadbiran, cabaran dalam diri dan sebagainya.

"Bagaimanapun kita ambil cabaran sebagai penguat semangat. Kita ingin jadikan kawan-kawan kita sebaik kita di Selangor. Tolak semua benda remeh temeh. Tiga penggal Selangor kita berkuasa takkan kita nak biarkan kawan-kawan kita di negeri lain.

"Kita nak menang sekali lagi di Putrajaya. Kita jangan main-main, kuasa yang diberi adalah satu amanah dan perlu berjalan dengan baik," katanya dalam program Lawatan Kerja Ketua Wanita KEADILAN yang melibatkan Wanita Selangor dan Wilayah Persekutuan, malam tadi.

Menurut beliau lagi, sejak 7 bulan menjadi Ketua Wanita Selangor, misi beliau untuk mengatasi kelemahan wanita KEADILAN Selangor yang mempunyai 22 Cabang hampir berjaya.

Bagaimanapun, menurut beliau, Wanita perlu memastikan kuasa dan jawatan tidak menyilaukan mata dan kekal dengan prinsip dalam melaksanakan kerja kemasyarakatan.

"Saya nasihatkan jangan berani untuk pecahbelahkan wanita Selangor.

"Saya tak suka kita masih ditakuk lama. Bergerak, ke depan, jangan lagi kita bangkitkan benda-benda tidak menambah nilai.

"Saya lihat ucapan wanita Umno di Perhimpunan Agung Umno dan mereka mula bercakap politik berasaskan nilai (dasar KEADILAN). Kalau mereka dah sedar tetapi kita pula lupa diri, takut jadi terbalik nanti," katanya lagi

 

11 peratus? Jumlah penduduk Sabah daftar vaksin Covid-19 masih rendah

 


Kerajaan negeri Sabah digesa memperhebatkan lagi usaha agar orang Sabah mendaftar ke Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, kerana didapati sebilangan besar penduduk negeri itu masih belum mendaftar.

Naib Ketua Pemuda KEADILAN Sabah, Fahrid Arastam berpendapat walaupun Sabah berada di kedudukan kelapan dalam senarai negeri yang paling banyak mendaftar iaitu 323,556 setakat ini, tetapi dari segi peratusan penduduk, negeri Sabah hanya mencatatkan jumlah pendaftaran sebanyak 11.03%.

"Tidak sampai 12% rakyat Sabah mendaftar dan ini mengecewakan.

"Kami tidak mahu penduduk Sabah di pedalaman ketinggalan untuk mendapatkan vaksin ini.

"Kerajaan perlu meningkatkan usahanya untuk mengenal pasti mereka yang belum mendaftar, terutama dari daerah pedalaman dan pedalaman yang tidak memiliki akses internet.

"Kerajaan tidak boleh bergantung pada NGO atau badan lain untuk melakukan proses pendaftaran," katanya dalam kenyataan.

Fahrid juga mencadangkan kepada kerajaan supaya mencari inisiatif untuk melakukan perjalanan melalui lawatan dari rumah ke rumah, terutama di lokasi terpencil.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV), negeri dengan pendaftaran terendah selepas Sabah adalah Kelantan (17.05%), Terengganu (23.04%), Pahang (23.68%) dan Kedah (24.01%).

Putrajaya mempunyai kadar pengambilan vaksin tertinggi dengan 82.2%, diikuti Kuala Lumpur (41.02%), Selangor (40.87%), Pulau Pinang (36.45%) dan Negeri Sembilan (35.54%).

 

Pertumbuhan ekonomi 7.5% 2021 unjuran Menteri Kewangan tidak realistik - AMK

 



Sasaran pertumbuhan ekonomi yang diunjur oleh Menteri Kewangan sebanyak 7.5% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2021 terlalu tinggi dan mungkin bersifat kosmetik.

Bagi Ahli Parlimen Johor Bahru, Akmal Nasir, Menteri Kewangan sebelum ini telah pun tersasar daripada realiti apabila mengunjurkan pertumbuhan ekonomi pada 2020 sekitar - 4.5, sedangkan faktanya penyusutan yang diumumkan sebanyak - 5.6%

"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat begitu terdesak dalam memaparkan imej baik mereka kepada rakyat walaupun ia sama sekali tidak menggambarkan realiti sebenar terhadap apa yang berlaku mutakhir ini.

"Terbaru, Menteri Kewangan sekali lagi mengeluarkan kenyataan berhubung peratusan KDNK yang dijangka berkembang hebat sekitar 6.0 – 7.5 % bagi tahun 2021, walaupun banyak pandangan-pandangan lain yang menyangkal unjuran tersebut," kata Akmal dalam satu kenyataan.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN itu, mengingatkan banyak teguran dan nasihat telah diberikan menyangkal unjuran Menteri Kewangan berkenaan pertumbuhan KDNK 2020 lalu, antaranya oleh Ketua Pembangkang supaya angka -4.5 % itu diteliti kembali.

Kenyataan itu turut disokong unjuran yang dikemukakan oleh organisasi antarabangsa seperti Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF (-5.8 peratus), Bank Dunia (-5.8 peratus) dan Bank Pembangunan Asia (-6.0 peratus).

Namun, kata Akmal, teguran dan nasihat oleh Ketua Pembangkang serta pakar-pakar ekonomi dipandang sepi oleh Menteri Kewangan dan Kerajaan PN. Kini, sekali lagi dengan angkuh menteri membentangkan kepada rakyat angka yang masih lagi menjadi pertikaian iaitu dengan unjuran KDNK pada kadar 6.0 – 7.5 peratus.

"Menyingkap kondisi semasa ekonomi negara yang tidak menentu dengan merujuk kepada beberapa faktor seperti pelaburan langsung asing yang terjejas teruk, kadar pengangguran yang menghampiri 700,000, serta nisbah bebanan hutang isi rumah yang menganjak hingga 93.3 % kepada KDNK, turut menambahkan lagi keraguan terhadap unjuran Menteri Kewangan.

"Sebelum ini inflasi yang diunjurkan menguncup oleh kerajaan PN pada tahun 2021 juga meleset apabila inflasi terkini dijangka melepasi paras 5 % pada suku kedua nanti.

"Ini sudah pasti mencalarkan kredibiliti Menteri Kewangan yang dilihat tidak cekap menguruskan kewangan negara ditambah dengan kegagalan kerajaan untuk membentangkan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang telah meletakkan negara dalam dilema luar biasa dari sudut pengurusan ekonomi dan kewangan.

"Secara realistiknya, penyusutan KDNK - 5.6% pada tahun 2020 ditambah dengan kondisi semasa ekonomi negara tidak memungkinkan suatu lonjakan luar biasa KDNK pada tahun 2021," katanya lagi.

Oleh itu, Akmal menyeru agar kerajaan meneliti dan mengkaji kembali angka-angka yang dilihat tidak lebih dari sekadar “alat solek” bagi mencantikkan imej kerajaan walaupun hakikatnya Malaysia sedang berada dalam krisis ekonomi yang begitu membimbangkan.

Menurut beliau, sindrom penafian perlu dihentikan dan perlu diambil sikap lebih jujur, prihatin serta bertanggungjawab dalam menyalurkan informasi kepada rakyat yang berhak mengetahui hakikat sebenarnya ekonomi negara.



Panas! Guan Eng kata PAS hipokrit

 


Panas! Guan Eng kata PAS hipokrit

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan pendirian PAS yang menyokong penangguhan penurunan umur layak mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun, sebagai hipokrit.

Lim berkata, pendirian itu tidak selari dengan PAS yang menerima ahli parti semuda 13 tahun.

Katanya lagi, parti itu juga tiada masalah dengan usia perkahwinan bawah 18 tahun.

Terdahulu, Presiden PAS Abdul Hadi Awang menyuarakn sokongan terhadap penangguhan Undi 18, antaranya dengan mengatakan penetapan kelayakan mengundi pada usia itu berpandukan konsep demokrasi ciptaan Barat.

“Jelas Hadi tidak jujur ketika dia mengundi pelaksanaan Undi 18 dalam Parlimen dan kemudian membuat pusingan U dengan mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) demi politik.

“Pada masa sama, golongan muda dianggap sudah cukup matang untuk memandu dan malah berkahwin di bawah usia 18 tahun. PAS dan Hadi tiada bantahan dengan remaja lelaki dan perempuan bawah 18 tahun untuk berkahwin…Usia itu dianggap sudah cukup matang untuk berkahwin tetapi tidak untuk mengundi.

“Apa yang lebih hipokrit adalah PAS terima ahli semuda 13 tahun, yang boleh mengundi dalam mesyuarat parti,” katanya dalam kenyataan.

Pada 25 Mac lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan pelaksanaan Undi 18 serta pendaftaran automatik terpaksa ditangguhkan sehingga selepas Sept 2022 atas dasar persediaannya terjejas akibat perintah kawalan pergerakan (PKP).

Ini bermakna warga berusia 18 hingga 20 tahun tidak akan dapat mengundi pada PRU15 jika ia dilaksanakan pada Ogos ini, iaitu selepas tamatnya darurat.

Sebelum ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri Takiyuddin Hassan juga pernah membayangkan dasar itu akan dilaksanakan selewat-lewatnya Julai tahun ini.

Akhir bulan lalu, sejumlah aktivis mengadakan bantahan di luar bangunan Parlimen berhubung penangguhan itu. Beberapanyak ini dalam siasatan polis.

Lim berkata, semua ahli Parlimen yang menyokong Undi 18 sebelum ini perlu menyuarakan bantahan terhadap sebarang siasatan pihak berkuasa.

“Kesemua ahli Parlimen yang mengundi di Dewan Rakyat pada 16 Julai 2019 untuk meminda had umur mengundi kepada 18 tahun perlu menentang siasatan polis terhadap perhimpunan aman tersebut.

“Anak muda kecewa kerajaan PN yang tidak menepati janji untuk melaksanakan Undi 18 pada Julai 2021, namun ditangguhkan pada September 2022 seperti diumumkan oleh SPR,” katanya.







Gempar! MIC isytihar sokong Muhyiddin di Perhimpunan Agung parti

 

Gempar! MIC isytihar sokong Muhyiddin di Perhimpunan Agung parti


Seminggu setelah Umno membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Bersatu, MIC hari ini mengumumkan akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sementara menunggu keputusan muktamad dibuat Majlis Tertinggi BN.

Presiden MIC, S Vigneswaran dalam ucapan dasar di Perhimpunan Agung Tahunan ke-74 parti itu di Klang hari ini juga mengucapkan terima kasih kepada Muhyiddin yang turut mengikuti perhimpunan itu melalui platform dalam talian Zoom.

“Umno pada minggu lepas telah memutuskan untuk menoktah hubungan dengan PPBM (Bersatu) pada PRU yang akan datang. Bagi MIC kita menghormati keputusan atas semangat setiakawan Barisan Nasional.

“Bagaimanapun, MIC pada masa sekarang akan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan akan berkerjasama dengan parti Bersatu hingga suatu perkembangan baru dalam keputusan majlis tertinggi BN.

“Biar kita tunggu dan lihat pergerakan politik untuk jangkamasa terdekat ini,” katanya yang juga bekas speaker Dewan Negara.

Pada masa yang sama, Vigneswaran juga menzahirkan keyakinan bahawa Umno dan Bersatu boleh menyelesaikan perbezaan pendapat antara kedua-dua parti itu.

“Ingin saya menegaskan di sini, saya cukup yakin Umno dan PPBM dapat menyelesaikan perbezaan mereka sama seperti Umno dan PAS menguburkan masalah mereka walaupun saling bermusuhan selama 40 tahun,” katanya.

Dalam ucapannya Vigneswaran juga berkata MIC diperuntukkan jawatan menteri oleh PN, walaupun tidak dicalonkan oleh sekutunya dalam BN.

Begitu juga, katanya, BN juga tidak mencalonkan pemimpin MIC untuk jawatan timbalan menteri atau Senator.

“Namun Demikian, secara ironi, kita masih dalam MIC,” katanya.

Presiden MCA, Wee Ka Siong juga dilihat duduk di pentas utama bersama pemimpin MIC hari ini.

Sementara itu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi, menyampaikan ucapan pada perhimpunan itu melalui persidangan dalam talian.

Pendirian MIC mengenai hubungan dengan Bersatu dan PN susulan langkah yang diambil Umno juga dibangkitkan dalam perhimpunan sayap parti itu semalam.

Timbalan Presiden MIC, M Saravanan berkata, jika keputusan dibuat untuk mengikut langkah Umno, parti itu mesti bersedia menjadi pembangkang dalam menghadapi PRU akan datang. 







SAYA PRESIDEN, SAYA TAHU APA STRATEGI TERBAIK UNTUK MENANG PRU15, ZAHID HAMIDI TEMPELAK APIT LEMPANG UMNO

 


Perhimpunan Agung UMNO 2020 pada Sabtu dan Ahad lalu menjadi saksi kepada sebuah perjuangan tanpa gentar.

Pemimpin dan para ahli UMNO sebulat suara menolak kerjasama dengan Bersatu dan PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Nah! Apa lagi mahu dipersoalkan wahai kluster apit lempang cencang galang, kluster broker, kluster oportunis? Cukup-cukup sudah.

Sebelum ini mereka tuduh saya Presiden UMNO memandai-mandai. Konon akar umbi mahu bersama Bersatu dan PN.

Kini mereka berhujah pula tanpa kerjasama Bersatu, mustahil UMNO boleh menang PRU15 dan menjadi kerajaan.

Hujah ini sedang gigih dicanangkan ketika ini. Namun ada banyak persoalan di sebalik hujah-hujah itu.

Persoalan pertama, bagaimana mereka begitu yakin UMNO akan tewas dan tidak mampu membentuk kerajaan tanpa Bersatu pada PRU15?

Kluster apit lempang cencang galang, kluster broker, kluster oportunis telah bertukar kepada ‘kluster pak nujum’ sekelip mata.

Begitu lemah jati diri selepas ‘lena diulit intan’. Seperti saya pernah katakan UMNO tahu apa yang UMNO perlu lakukan untuk menang PRU15.

InsyaAllah kita ada strategi terbaik. Cuma ia bukan lagi strategi jika terdedah kepada lawan politik.

Rakyat pun sudah belajar dari ‘dua siri pengalaman’ sejak PRU14 dan mengerti betapa fitnah yang telah menumbangkan UMNO.

Yang sebenarnya, tanpa UMNO mustahil Bersatu mampu menang PRU15 dan terus menjadi kerajaan. Bukan sebaliknya.

Persoalan kedua, wajarkah kita bekerjasama dalam sebuah kerajaan yang tidak menguntungkan rakyat dan negara?

Tidakkah kluster-kluster ini membaca segala rintihan dan keluh kesah yang dihadapi rakyat ketika ini?

Tidakkah mereka membaca laporan dalam dan luar negara mengenai ekonomi Malaysia yang terus merundum?

Maka tidakkah UMNO dikira berdosa jika melanggar amanah serta janji menjaga rakyat dan negara semata-mata mahu jadi sebahagian daripada kerajaan?

Persoalan ketiga, perlukah kita berada dalam sebuah kerjasama yang tidak jujur dan hipokrit, yang mahu ‘mendaulatkan’ individu tertentu?

Perlukah bekerjasama dengan musang berbulu ayam yang cuba menelan, menikam dan menguasai UMNO dalam diam?

Hukum akal mengajar manusia supaya bijak dan cermat berfikir. Mengapa UMNO mahu dibawa meredah kolam penuh buaya?

Persoalan keempat, siapakah yang akan mendapat keuntungan peribadi di sebalik kerjasama itu? Jangan malu jangan segan sila nyatakan.

Pemimpin dan ahli UMNO seterusnya sebulat suara memutuskan tiada kerjasama dengan DAP dan Anwar pada PRU15.

Presiden UMNO sendiri dengan tegas mengumumkan NO ANWAR, NO DAP di pentas perhimpunan.

Tidak ada perbincangan dengan mana-mana parti tersebut sama ada secara rasmi mahupun tidak rasmi.

Maka saya berkira tamatlah dakwa dakwi yang bukan-bukan oleh kluster broker tentang perkara ini. Ada masa boleh datang minta maaf.

UMNO juga mahu kekal jati diri sebagai parti tunjang orang Melayu bukanlah suatu keputusan yang melebih-lebih atau pentingkan diri.

Ini keputusan yang berpaksikan kepada kebenaran dan hakiki. Berlandaskan sejarah panjang perjuangan UMNO untuk bangsa agama.

Malah sejarah menyaksikan UMNO tidak pernah sekalipun sanggup bekerjasama dengan DAP. Walau kalah terus melawan.

Parti yang mereka puja-puja itu yang pernah bekerjasama mutlak dengan DAP untuk menumbangkan UMNO. Berpelukan dan bergandingan bahu.

Parti yang mereka agung-agungkan itu yang sanggup menarik sokongan beberapa pemimpin DAP yang terpalit dengan isu moral baru-baru ini demi mahu kekal berkuasa.

Justeru, tidak keterlaluan dikatakan tiada parti lain lebih Melayu berbanding Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. UMNO ‘The real’ Melayu Bersatu.

Tetapi ini tidaklah bermakna UMNO rasis atau assobiyah. Buktinya boleh dilihat sepanjang lebih 60 tahun BN mentadbir negara. Lihatlah sekeliling. Jelas UMNO menjaga kepentingan semua.

Sehubungan itu, nasihat saya pulanglah ke pangkuan UMNO dalam erti kata yang sebenar. Persona itu mengasyikkan. Tetapi maruah dan jati diri tiada galang ganti.

AHMAD ZAHID HAMIDI

Presiden UMNO.





DEMO BERSIH 6 SEKIRANYA KERAJAAN TERUS NAFIKAN UNDI 18?


PROJEK KABEL GOOGLE, FB SISIHKAN MALAYSIA, PELABURAN ‘SELEKTIF’ BERJAYA?