Lori bantuan Ebit Lew diarah patah balik kerana langgar undang-undang
Tiga buah lori yang membawa bantuan misi kemanusiaan daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew antara yang diarahkan berpatah balik di sekatan jalan raya (SJR) Bentong pada awal pagi Selasa.
Tindakan itu berikutan tiga buah lori tersebut tidak mempunyai dokumen kebenaran.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.
Menurut beliau, tiga buah lori seberat tiga tan membawa barangan muatan bagi misi kemanusiaan Ebit Lew ke pantai timur itu tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, lori terbabit dalam perjalanan ke Kuantan, Terengganu dan Kelantan.
“Mengikut SOP MKN, mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu mendapatkan kebenaran daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri untuk pergerakan bantuan bencana atau misi kemanusiaan, namun lori terbabit diarah untuk berpatah balik kerana tiada sebarang dokumen bagi tujuan tersebut,” katanya.
Zaiham berkata, kesemua pemandu akur dengan arahan tersebut dan tiada kompaun dikeluarkan.
Ditanya jika ada menerima panggilan atau pertanyaan daripada pasukan pendakwah terkenal itu, Zaiham berkata, sehingga jam 5 petang Rabu tiada sesiapa daripada pihak terbabit menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong.
Sebelum ini, dalam laman sosial Instagram milik Ebit Lew ada memuat naik status sebanyak 10 buah lori bantuan bergerak menghantar keperluan asas seluruh Malaysia dengan klip video berdurasi 26 saat beberapa hari lalu.
Terkini! Ebit Lew buat laporan polis, sedih anak bini menangis
Ustaz Ebit Lew membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini bagi membersihkan namanya.
Akhir-akhir ini namanya telah tular berikutan kemasukannya ke Palestin bagi memberi bantuan kemanusiaan di sana.
Kata beliau, semua yang diperkatakan sejak akhir-akhir ini adalah tidak benar sama sekali dan fitnah.
“Saya akan bagi tahu hal sebenar sikit masa lagi, semua saya akan bagi tahu, saya tidak takut pun, bukti-bukti semua saya ada,” ujarnya kepada pemberita sebentar tadi.
Kata beliau, dia sedih apabila melihat isteri dan anak-anak menangis apabila membaca pelbagai fitnah yang dilontarkan di media sosial mengenai dirinya dan misi ke Palestin.
Sebelum ini penyanyi rap, Caprice mendedahkan di media sosial mengenai misi Ebit Lew di Gaza yang menghulur bantuan termasuk perkongsian gambar memberi hadiah kepada kanak-kanak Palestin.
JANGAN BUAT BODO YA- IBUBAPA NAK KEPASTIAN SOAL ANAK ANAK KE SEKOLAH - Zaid gesa Radzi beri penjelasan isu mansuh UPSR, vaksin, pengambilan guru .
By Manzaidi Mohd Amin - 21 July 2021
KUALA LUMPUR – “Apabila saya tegur dan
kritik, sepatutnya Menteri Pendidikan jawab, bukan guna cybertrooper untuk
menyerang saya,” kata bekas Menteri Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim.
Katanya, beliau ada menegur Senator Datuk Radzi Jidin supaya
nyatakan apakah silibus baharu bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah
Rendah (UPSR) yang dimansuhkan mulai tahun ini.
Selain itu, beliau juga mempersoalkan
kenapa lembab sangat untuk vaksinasikan guru, kakitangan sekolah dan pelajar
supaya mereka mempunyai imun dan dapat belajar secara bersemuka.
Zaid juga turut bertanya 150,000 komputer riba yang dijanjikan
setahun lalu, tetapi belum diedar kepada keluarga yang memerlukan.
“Saya ada kritik dan tegurnya pasal beberapa isu yang dianggap
gagal ditangani Menteri Pelajaran itu, tetapi reaksi dari pejabatnya dan
penyokong siber beliau ke atas saya agak panas.
“Malah, Faisal Ismail Aziz dan
kawan-kawannya mempersoalkan saya, katanya seorang bekas Menteri yang tidak
melakukan apa-apa pun.
“Serangan peribadi terhadap saya tidak menguntungkan Radzi. Saya
bukan nak bertanding di Ketereh ataupun di Putrajaya. Saya hanya mengemukakan
pertanyaan orang ramai. Jalan paling baik ialah memberi penjelasan,” katanya
menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Menurut bekas Ahli Parlimen Kota Bharu itu, beliau tidak mahu menteri yang ada pangkat tinggi dalam parti, tetapi tidak mampu menjalankan tugas dengan baik dan mengapa guru tidak dapat vaksin sepenuhnya?
Bukankah, ujarnya, guru dan kakitangan
sekolah perlu divaksin sepenuhnya secepat mungkin supaya pelajar dan murid
dapat kembali ke sekolah?
“Mengapa janji hendak membuka sekolah secara berperingkat?
Adakah kerana hendak menutup kelemahan perancangan?
“Kita tahu, soal pembelajaran melalui internet telah menyusahkan
anak-anak dan ibu bapa, tetapi Menteri belum ada penyelesaiannya dan cara
terbaik ialah buka sekolah supaya pelajar dapat bersemuka dengan guru,”
katanya.
Mengenai UPSR, kata Zaid, memang mudah bagi menteri untuk
membuat keputusan memansuhkan peperiksaan itu, tetapi apa gantinya dan siapakah
yang akan membuat keputusan di mana dan kelas mana anak-anak akan ditempatkan
di sekolah menengah nanti.
Untuk masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) pun perlu jalani
ujian dan peperiksaan untuk menentukan kebolehan pelajar yang memohon, tetapi
hendak masuk sekolah biasa tidak perlu kepada ujian.
Di negara lain, mereka tetap ada ujian atau checkpoint untuk
pastikan pelajar dapat dimasukkan ke kelas yang sesuai dan secocok dengan
kebolehan masing-masing.
“Tetapi di Malaysia, hanya Menteri Pelajaran yang tahu cara
penyelesaiannya. Orang lain dan pegawai kanan tidak perlu tahu.
“Malah, bulan Julai akan berakhir tidak lama lagi, selepas itu
kira-kira 19,000 guru dan ahli akademik baharu dari projek luar biasa akan
diserapkan ke jawatan sebagai pendidik.
“Mereka ini direkrut sebagai pendidik dan guru tanpa mempunyai
apa-apa pengalaman atau pengetahuan dalam hal pendidikan. Inilah kebolehan luar
biasa Menteri Pelajaran kita,” sindir beliau.
Zaid menjelaskan, di negara lain hendak menjadi guru dan
pendidik mesti menjalani kursus serta kelayakan yang mantap dan kemas, bahkan,
pengalaman perlu ada dan ilmu yang sesuai mesti ada untuk pelajar mendapat
manfaat.
KPM, KPT perlu bentang situasi pendidikan di Parlimen – Dr. Maszlee. jangan main hentam saja nak buka sekolah.....
KUALA LUMPUR – Rakyat telah hilang
keyakinan kepada kerajaan kerana Kementerian Pendidikan (KPM) dan Kementerian
Pengajian Tinggi (KPT) ketika ini dilihat hilang arah serta hala tuju dalam
menguruskan sistem pendidikan negara.
Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) dalam kenyataan
berkata, ini berpunca daripada tiadanya pembentangan isu dan permasalahan
berbangkit dari dua kementerian berkenaan pada sidang Parlimen 26 Julai ini.
Menurut Pengerusinya, Dr. Maszlee Malik,
tindakan yang diambil kerajaan itu akan menguatkan lagi pandangan negatif
rakyat terhadap KPM dan KPT.
“Kita mengambil maklum Persidangan Khas Parlimen bermula Isnin ini
sebagaimana notis atur mesyuarat yang dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat.
“JKPPH amat dukacita kerana pembentangan dalam bentuk penerangan
Menteri mengenai perancangan kerajaan terkait dengan Program pencegahan
Covid-19, Program Vaksinasi, Darurat, dan Pelan Pemulihan Negara sahaja yang
dijadualkan.
“Dalam tempoh lima hari persidangan khas
ini, tidak ada pembentangan mahupun perbahasan berkaitan keadaan pendidikan
negara di bawah KPM dan KPT,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu turut ditandatangani Ahli Parlimen Setiawangsa,
Nik Nazmi Nik Ahmad; Tampin, Datuk Dr. Hasan Bahrom; Kulai, Teo Nie Ching;
Sekijang, Natrah Ismail; Nukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong; dan Tangga
Batu, Rusnah Aluai.
Jelas Dr. Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam,
sidang itu penting untuk rakyat mengetahui perancangan kerajaan berhubung isu
pendidikan melalui pembentangan situasi pendidikan negara dan perancangan yang
telah dirangka oleh KPM dan KPT.
Beliau berkata, isu pendidikan negara
sama ada melibatkan sekolah mahupun universiti di kala wabak Covid-19 sama
pentingnya dengan kesihatan, keselamatan dan ekonomi serta harus diangkat
sebagai agenda dalam persidangan khas itu.
Sehubungan itu, katanya, JKPPH menuntut agar Persidangan Khas
Parlimen itu memasukkan pembentangan perancangan KPM dan KPT sebagai antara
agenda mesyuarat.
“Ahli Parlimen perlu diberikan ruang untuk bertanya, berbahas dan memberikan pandangan terhadap perancangan yang telah dibentangkan oleh KPM dan KPT bagi menghormati peranan Parlimen sebagai badan semak imbang tertinggi negara,” ujarnya. – MG
Tabung Haji bukannya bank – Asyraf
KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH)
tidak wajar diletakkan di bawah seliaan Bank Negara Malaysia (BNM) kerana ia
bukannya bank yang menjalankan aktiviti menawarkan pinjaman mahupun insurans
atau takaful kepada orang ramai.
Malah, ia juga tidak terdedah kepada risiko kredit iaitu risiko
yang terkait dengan keberangkalian peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman
yang menjadi fokus BNM
TH bukannnya bank yang jaminan ke atas
wang-wang pendeposit hanya dijamin sebanyak RM250,000 oleh Perbadanan Insuran
Deposit Malaysia (PIDM), sebaliknya di bawah Akta Tabung Haji 1995, setiap sen
wang pendeposit dijamin oleh kerajaan tanpa had dan bukannya bank yang mana
kadar hibah bank-bank dikawalselia oleh BNM supaya tidak terlalu jauh nilainya
agar wujud padang yang sama rata, bagi mengelakkan pendeposit mudah berpindah
dari satu bank ke bank lain.
Sebaliknya, tegas Datuk Asyraf Wajdi Dasuki, TH bebas menawarkan
hibah berasaskan keuntungan selepas tolak zakat selagi mana tidak melanggar
akta dan dipersetujui oleh lembaga pengarah dan diluluskan Ketua Audit Negara.
Jelasnya, aktiviti utama TH adalah menguruskan hal ehwal operasi
haji, selain menguruskan dana-dana pendeposit untuk dilaburkan sama ada dalam
bentuk jual-beli saham/sekuriti, terlibat dalam aktivisi perkongsian dan
perusahaan, ataupun dibenarkan menubuhkan anak syarikat untuk terlibat dalam
pelbagai bentuk perniagaan seperti perladangan, hartanah, perhotelan, minyak
dan gas serta lain-lain.
TH bukan bank yang hanya fokus aktiviti
memberi pinjaman, sebaliknya terlibat dalam banyak bentuk perniagaan selaras
dengan mandat Akta Tabung Haji yang jelas di luar skop kawalselia dan kepakaran
BNM.
Lagipun, BNM sebagaimana peranan Bank Pusat di seluruh dunia
tidak mempunyai kepakaran mengawal selia aktiviti perniagaan selain
pinjaman/insurans yang terdedah kepada pelbagai risiko lain selain risiko
kredit, seperti perladangan, hartanah, perhotelan, minyak dan gas dan
lain-lain.
Sebaliknya, TH adalah insitusi seperti syarikat pengurusan dana
yang lebih sesuai dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti berbanding BNM.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda UMNO itu
memberi beberapa cadangan sekiranya aspek tadbir urus TH menjadi asas
pertimbangan untuk dikawal selia BNM.
Yang pertama, Sektor Pengurusan Dana yang bertanggungjawab
menguruskan wang simpanan bakal haji dan ditadbir secara profesional oleh pihak
pengurusan dana yang bertauliah dan berlesen mengikut garis panduan dan
peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Manakala Sektor Operasi Pengurusan Haji yang bertanggungjawab
sepenuhnya perihal pengendalian kebajikan dan urusan jemaah haji daripada aspek
sebelum menunaikan haji (kursus, dokumentasi) sehinggalah pengurusan manasik
haji sepanjang berada di Tanah Suci yang menjadi kelebihan dan kepakaran utama
TH sejak awal penubuhan.
Kedua, pembahagian dua sektor ini bagi memastikan mereka yang
mengurus dana dan membelanjakan dana adalah daripada dua entiti yang berbeza,
sekali gus dapat meningkatkan lagi tahap keberkesanan dan kecekapan tadbir urus
korporat TH.
Cadangan ketiga, Lembaga TH adalah badan induk yang mengawal
kedua-dua sektor ini dengan lembaga pengarah dan pengurusannya masing-masing
dan tidak boleh berlaku pertindihan personaliti mahupun tanggungjawab bagi
memastikan wujud kemandirian antara dua sektor yang terlibat dengan pengurusan
dana dan penggunaan dana dalam bentuk operasi haji.
Keempat, pemilihan ahli Lembaga TH dan lembaga pengarah
kedua-dua sektor di atas boleh dilakukan oleh sebuah Jawatankuasa Parlimen yang
bertindak memilih calon-calon yang benar-benar berkelayakan, profesional dan
mempunyai kepakaran khusus yang diperlukan mengikut keperluan aktiviti
perniagaan yang TH terlibat.
Terakhir, pemilihan ahli Lembaga TH dan lembaga pengarah
kedua-dua sektor di atas mesti bebas daripada mereka yang berjawatan dalam
mana-mana parti politik.
Katanya, amalan ini boleh diambil manfaat daripada Garis Panduan
Tadbir Urus Institusi Kewangan oleh BNM yang mensyaratkan antara kriteria Ahli
Lembaga Pengarah Bank tidak boleh menjawat jawatan parti politik.
”Seharusnya apa jua tindakan untuk memperkemaskan dan menambah baik aspek tadbir urus TH mestilah bersandarkan kefahaman holistik mengenai tabii dan sifat organisasi tersebut yang unik dan istimewa bagi mengelakkan sebarang pendekatan simplistik yang dilihat terburu-buru hingga bakal mengorbankan matlamat penubuhan TH yang selama zaman BN menunjukkan prestasi kewangan yang amat baik dan diyakini oleh rakyat,” ujar beliau. – MG
CONFIRM!! - MUHYIDDIN Bakal "TUMBANG" 26 JULAI | UMNO Mulakan Langkah!
JANGAN LAGI TIPU RAKYAT
HAMZAH RIE NA
Dalam keadaan negara tenat, rakyat hidup makin susah, masih lagi
nak menipu kencingkan rakyat?
SR
KEMENTERIAN PENDIDIKAN DIINGATKAN JANGAN BUAT LAGI KERJA BODOH- IBU BAPA BOLEH SAMAN KERAJAAN.
Jika ikut unjuran KKM 1 Sept tu kes baharu Covid diramal
tertinggi antara 21,000 hingga 23,000 kes, tapi KPM umum buka sekolah ?
Jadi, ibu bapa kena percaya pada KKM atau KPM ?
Anda sanggup pertaruh nyawa anak anda atas kegagalan kerajaan
tebuk atap urus tadbir negara ?
SR
APA SALAHNYA BANTUAN DILIHAT TULUS MULUS JIKA LAPORANNYA DIAUDIT.....
KAK IDA ABDULLAH
Ustaz2 tulis mengenai bantuan Gaza dan juga minta laporan
kewangan yang diaudit. Kan bagus camtu, tidaklah orang-orang jahil tapi ingin
tahu kebenaran diserang penyokong.
Menanti para ustaz bersatu menegur pemimpin-pemimpin khianat
mandat rakyat yang dari mereka terhasil pelbagai salah laku dan penipuan
dikalangan rakyat tak terkecuali mereka yang menggelar diri mereka ustad.
Demi keselamatan dan kesejahteraan ummah, tolong lah tegur
pemimpin yang tidak amanah. Rakyat dahagakan kebenaran dan keadilan tertegak
dan siapa paling layak jika bukan ulama?
At some point of time in our lives...
Kita mesti berpengalaman di tipu. Penipuan biasanya ialah wang
ringgit. Tambah orang biasa, yang kerja kuat, jujur dan kumpul sedikit, demi
sedikit untuk masa kecemasan. Kemudian kita diuji dengan orang yang datang ajak
kita invest la, berniaga la.... Macam-macam ayat digunakan 'mengetuk minda'
untuk kita berpisah dengan wang kita untuk keuntungan lebih banyak.
Ada juga sesuatu tugas yang kita beri tetapi wang diambil dan
tugasnya tergendala. Tapi...
Dalam banyak-banyak penipuan, penipuan orang-orang yang menipu
atas nama agamalah yang paling mengecewakan. Dengan penipu biasa, kita marah
kerana rasa bodoh. Tapi dengan mereka yang mempunyai latar belakang benar-benar
bermain dengan keyakinan kita mengenai kebaikan dan pahala. Kita bantu mereka
kerana pahala yang ingin kita raih. Dari mulut mereka juga sentiasa berkata
menderma kepada mereka, tahfiz mereka, duduk bersama mereka akan mendapat
ganjaran berganda-ganda. Namun apabila mereka tergamak menipu wang kita dimana
agaknya semua nasihat dan peringatan mereka?
Saya telah merasa sakit dan peritnya ditipu apabila telah yakin
100% malah membayar habis pembinaan rumah saya melalui orang-orang yang saya
kenali puluhan tahun lamanya. Apabila wang kita diambil seakan kita menjadi
total strangers kepada mereka. Semua kenangan bersama, kebaikan kita dilupa
begitu saja. Saya menjadi fobia dan serba salah apabila ingin menderma melalui
mereka yang mempunyai penampilan wara dan suci mulus ini. Serik belum reda.
Sehingga saya memujuk diri, "tak apalah mereka mengambil wang yang tidak
pernah menjadi milik saya, sekadar diberi Allah untuk menikmati saja. Bila-bila
masa Allah ingin menguji, ia akan terpisah dari simpanan saya."
Cuma sedihnya ukhuwah sebagai seorang Muslim tercalar kerana
wang dan ia serendah-rendah nilai pada sesuatu persahabatan atau pertalian
darah. Kita memang boleh memaafkan tapi tidak mungkin melupakan.
Dalam setiap penceritaan ada 2 sisi. Satu pemangsa dan satu lagi
pemangsa. Walau sedih dan sakit ditipu mereka, HARUS bersyukur kerana kita
adalah mangsa yang akan mendapat belas kasihan Allah SWT. Sementara pemangsa,
masa mereka pasti tiba, tidak di sini, di sana.
Yang paling JAHAT adalah penyokong yang kerana taksub akan
memberi segala alasan untuk melindungi kesalahan mereka. Hatta ibu bapa mereka
sendiri. Sebenarnya penipu menganiaya diri kerana pengampu sekeliling mereka
BUKAN pemangsa mereka. Seorang ketua yang menipu tetapi diberi alasan seperti #maluapabossku
oleh penyokongnya tentu tidak merasa berdosa dan tidak akan insaf malah sudah
mendapat lesen dari penyokong untuk meneruskannya. Seorang ibu atau ayah yang
mahu melindungi penipuan anaknya juga sedang menganiayai anaknya.
Semua manusia melakukan kesalahan kerana memang itu sifat yang
dikurniakan supaya ALLAH MAHA PENGAMPUN tertegak dalam dada orang beriman.
Namun kerana penyokong merelakan, maka sipenipu lalu menjadi sombong dan enggan
mengaku dan bertaubat kesalahan. Malah diwujudnya alasan untuk menyembunyi
semua kekhilafan.
Allah sayang semua ciptaan Nya. Namun adakah ciptaan Allah
menyayangi diri agar tidak sombong dengan NYA? Maka nikmat mana yang sering
didustakan. Tatkala datang bala, sedangkan yang menjemputnya adalah manusia?
Wallahu'alam
Beberapa Adun Bersatu di Johor akan lompat ke Umno? iANYA MUSTAHIL AKAN BERLAKU
Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian mengingatkan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi supaya tidak mencampuri urusan Bersatu sebaliknya menjaga ‘rumah tangganya’ sendiri dalam UMNO.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Badan Pimpinan Negeri (BPN) Johor berkata, Mohd Puad tidak perlu sibuk dengan hal dalaman parti lain sedangkan UMNO sendiri sedang berdepan masalah.
Tegasnya, tiada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen Bersatu Johor yang berhasrat menyertai UMNO seperti didakwanya.
“Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut dan menyifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.
“Segala yang dikata adalah tidak benar, tiada dengar apa-apa (ADUN dan ahli Parlimen Bersatu mahu masuk UMNO) tetapi ramai dalam kalangan parti-parti lain nak masuk Bersatu, bukan kita yang nak keluar,” kata ADUN Kempas itu.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan lembu korban kepada masjid dan surau sekitar kawasan Kempas di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas di sini pada selasa.
Baru-baru ini Mohd Puad yakin ada beberapa ADUN Bersatu Johor yang sudah bersedia meninggalkan parti itu untuk menyertai UMNO dan perkara tersebut bukan lagi rahsia selain mendakwa mereka menunggu masa yang sesuai sahaja.
Mohd Puad juga mencabar empat ADUN Bersatu Johor yang sebelum ini mengancam akan menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) Johor untuk berbuat demikian.
Mengulas lanjut, Osman yang juga bekas Menteri Besar Johor berkata, Mohd Puad membuat kenyataan itu kerana mahu menutup kepincangan yang berlaku dalam UMNO ketika ini.
“Jaga bahagian sendiri dan UMNO sahajalah buat apa kata rumah tangga Bersatu. Nak keluar ke nak masuk ke…itu belum kira lagi berapa ramai lagi orang UMNO masuk Bersatu,” katanya.
Beliau juga menafikan dakwaan Bersatu sedang bergolak kerana tiada bukti berlaku demikian sebaliknya mengatakan UMNO lebih teruk apabila kini terpecah kepada tiga kumpulan.
“Apa buktinya (Bersatu bergolak), ini hanya cakap-cakap di kedai kopi. Bersatu di Johor tiada sebarang perpecahan di semua 26 bahagian seluruh Johor, tiada masalah,” katanya.
Malah katanya, semua jentera di peringkat bahagian sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Kematian tinggi: Strategi kerajaan PN tangani Covid 19 di Kedah perlu dikaji semula
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digesa mengkaji semula pendekatan
yang diambil menangani Covid 19 di Kedah berikutan peningkatan jumlah kematian.
ADUN Suka Menanti, Ir Zamri Yusof berkata, jumlah kes positif
sejak 18 hingga 20 Julai lalu yang mencatat 2,112 orang dan kematian sebanyak
22 mangsa mewajarkan pendekatan lebih tepat dan komprehansif diambil oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kerajaan Negeri Kedah sendiri.
"Kajian kes boleh membantu menilai pendekatan semasa (sama
ada sesuai atau tidak). Juga daerah yang berisiko tinggi dan punca penularan.
"Sasaran imunisasi vaksin juga boleh dilihat semula. Kelompok
mana yang perlu dilindungi secepat mungkin.
"Jumlah kematian 22 orang dalam 48 jam, wajib segera dikaji
kelompok usia, jenis penyakit latar dan pendedahan (kepada Covid). Kajian mampu
menghalang kejadian seterusnya," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Zamri lagi, rakyat semakin letih melihat kegagalan demi
kegagalan kerajaan pusat dan negeri untuk menangani Covid 19.
Katanya, kerajaan sepatutnya menunjukkan hala tuju yang jelas
dalam kempen yang dilakukan, bukan mengekalkan strategi sedia ada yang tidak
berhasil.
"Rakyat dah letih nak komen. Tiada pendekatan khusus bagi
Kedah ketika kes mula melepasi 400 sehari. 500 sehari. 600 sehari. Dan la ni
700 sehari jadi normal.
"Kerajaan PN Bersatu, Pas, Umno mentadbir Kedah dari 90 Kes
(Mei 2020) 15 bulan yang lalu, hingga kini 33,000 kes dan 956 kes positif.
"Kita tunggu apa depa nak buat," katanya lagi.
Untuk rekod, Kematian pesakit Covid di kedah yang mencatat 8
kematian pada 18 Julai, dan 14 kematian pada 19 Julai baru-baru ini mengejutkan
rakyat kerana jumlah kematian di negeri itu sentiasa rendah sebelum ini.
PM boleh solat bersama 300 jemaah tetapi takut berkumpul 220 Ahli Parlimen?
Perdana Menteri (PM) Tan Sri Mahiaddin Yassin dikecam warga net
kerana menghadiri solat sunat Aidiladha semalam bersama 300 orang jemaah tetapi
tidak mahu membenarkan 220 Ahli Parlimen bersidang serentak pada sesi Dewan
Rakyat, 26 Julai ini.
Antara yang menyindir PM ialah Ketua Wanita KEADILAN, Fuziah
Salleh yang mempersoalkan apakah bezanya jemaah 300 orang dan Ahli Parlimen 220
orang dalam isu Prosedur Standard Operasi (SOP) Covid 19.
"Tiada alasan Parlimen tak boleh masuk 220 Ahli Parlimen
sedangkan PM berjemaah dengan 300 orang di masjid negara," ciapnya dalam
twitter.
Berkongsi isu sama, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar
yang bertanya apakah diperbolehkan semua Ahli Parlimen masuk serentak ke dewan
kerana tiada masalah PM bersolat dengan 300 jemaah.
Persoalan jumlah yang boleh hadir ke Dewan Rakyat merupakan
kontroversi terbaharu berhubung sidang Parlimen 5 hari bermula 26 Julai ini.
Hal itu terjadi susulan kenyataan hanya 80 Ahli Parlimen
dibenarkan masuk ke dalam dewan. Pemerhati politik berpendapat hal itu tidak
sewajarnya berlaku kerana semua Ahli Parlimen telah divaksin.
Namun strategi tersebut boleh menjadi penyelamat kepada kerajaan
PM Mahiaddin kerana anggota Parlimen Umno boleh beralih tempat duduk ke
lingkungan pembangkang pada waktu sidang untuk menunjukkan kepada Yang
di-Pertuan Agong kerajaan Perikatan Nasional telah kehilangan majoriti.
UMNO KENA MAIN LAGI JIKA IKUT CADANGAN INI....PADAN MUKA..
Sebenar-benarnya
cadangan ini nak bagi UMNO menang besar atau nak pastikan Mahiaddin kekal lagi
sebagai PM??
Maklumlah baca al-Quran pun setakat surah Yassin sahaja, sindir ulama Pas . JOM ULANG SEMULA LIHAT LEBAI NI - MUNGKIN SEBAB BACA BANYAK JADI MACAM GINI.
Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama
Pas, Mokhtar Senik mempertahankan pendekatan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang menggunakan binatang sebagai perumpamaan dalam siri artikelnya.
Mokhtar
bahkan secara menyindir menganggap pihak yang mempersoalkan hal tersebut
sebagai hanya membaca surah Yassin sahaja.
“Lalu
apa peliknya jika TGHH (Tuan Guru Haji Hadi) mengunakan kalimat binatang
sebagai perumpamaan?
“Orang yang berasa pelik kerana
mereka tidak bertemu ayat-ayat begitu dalam al-Quran.
“Maklumlah
kerana baca al-Quran pun setakat surah Yassin sahaja. Namun, mulut gatal nak
buat ulasan,” sinisnya dalam hantaran di Facebook.
Sebelum
ini, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang umum dikenali kerap menggunakan
pelbagai jenis nama binatang sebagai perlambangan terutama ketika menyerang
musuh politiknya.
Antaranya,
membandingkan golongan pengkritik kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan tupai
dan kera.
Kata
Hadi, tupai dan kera memilih buah-buahan yang baik tetapi ada manusia yang
mencari buah-buahan yang buruk untuk dijual.
Mengulas lanjut, Mokhtar yang
juga Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat itu mempersoalkan mengapa perlu ada yang
terasa sambil turut menggunakan binatang sebagai perumpamaan dilihat meniru
Presiden partinya.
“Pastu yang
mereka terasa sangat tu kenapa? Mungkin kerana ada bulu angsa atas kepala kut?”
perli pemilik Pondok An- Nuur di Kampung Kuala Penor, Kuantan itu lagi.
Jelasnya,
orang yang selalu membaca al-Quran tidak akan berasa hairan jika banyak ayat
Allah menyebut pelbagai jenis binatang sebagai perumpamaan.
“Dalam
pengajian Balaghah kalimat perumpamaan (At-Tasybih) memainkan peranan yang
penting untuk mencapai kefahaman yang lebih jelas.
“Di
dalam Al-Quran perkataan babi (khinzir) disebut sebanyak lima kali, anjing
(kalbun) sebanyak lima kali, lembu (baqoroh) empat kali, keldai (himar) dua
kali, unta (al-ibil) dua kali dan kera (qirdah) sebanyak tiga kali.
“Manakala
serangga pula disebut di beberapa tempat. Labah-labah (al-ankabut) dua kali,
nyamuk (ba’udhoh) dua kali, semut (namlah) sekali dan lebah (an-nahl) sekali,”
kata Mokhtar lagi.