Posted By: Redzuan RF8 Mediaon:
ANWAR TOLAK TUDUHAN PEMERINTAHAN KERAJAAN PERPADUAN DIKTATOR
Anwar tolak tuduhan pemerintahan Kerajaan Perpaduan diktator
on:
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak dakwaan sesetengah pihak mendakwa beliau menjalankan Kerajaan Perpaduan secara pemerintahan diktaktor.
Menjawab kritikan pembangkang mengenai perjanjian kerjasama dengan komponen parti dari Malaysia Timur dibuat selepas Kerajaan Perpaduan terbentuk kerana pentadbirannya tidak kukuh, Anwar berkata perkara itu diperlukan untuk kestabilan politik.
“Perjanjian itu diadakan dalam kerajaan (kerana) ketika itu majoritinya ketika itu terlalu kecil,” jelasnya.
Presiden KEADILAN itu turut mengulas mengenai usul undi percaya terhadapnya di Dewan Rakyat baru-baru ini yang cuba diremehkan musuh-musuh politiknya.
Beliau menegaskan usul keyakinan itu dibuat kerana pembangkang sendiri telah mencabar dan mempersoalkan kesahihan sokongan yang diperoleh.
“Usul undi percaya ini (kerana) dicabar oleh pembangkang. Mereka berkata Anwar tidak mempunyai sokongan… dan dalam sistem demokrasi, cara terbaik untuk membuktikannya adalah melalui undi percaya atau undi tidak percaya.
“Jadi, saya kemukakan (usul) ini dan alhamdulillah kami mendapat sokongan padu. Jadi persoalan saya, di mana diktatornya? Adakah saya melanggar undang-undang?” soalnya pada program ‘Naratif Khas Bersama Perdana Menteri’ malam tadi.
Sementara itu, Anwar turut menjawab dakwaan beliau akan mengiktiraf komuniti LGBT (lesbian, gay, biseksual, dan transgender), konsep negara sekular dan ideologi komunis seperti didakwa beberapa pemimpin pembangkang sebelum ini.
Menyifatkan dakwaan itu sebagai satu pembohongan, Anwar menegaskan ia tidak mungkin akan berlaku di bawah pentadbirannya.
“Kadang-kadang ahli politik ini kedangkalan. Itu nyata, umpamanya ada yang mengatakan bahawa jika Anwar menjadi Perdana Menteri maka Islam akan hancur, sekularisme dan komunisme akan bertapak, dan LGBT akan diiktiraf.
“Ini hanya igauan siang hari. Sudah tentu ia tidak akan berlaku dan inshaAllah di bawah pentadbiran saya ini tidak mungkin akan berlaku,” katanya.
Ditanya mengenai saman yang difailkannya terhadap beberapa individu, Anwar berkata ia adalah kerana tuduhan mereka menyentuh kuasanya sebagai pemimpin.
“Beribu-ribu tuduhan dibuat, fitnah dilemparkan dan sudah berpuluh tahun saya terima tetapi jika saya rasa terlalu banyak kerana mereka mempersoalkan kewibawaan dan kredibiliti saya sebagai pemimpin, maka mereka harus diajar bahawa kebebasan ini bukan kebebasan memfitnah.
“…kita guna agama, lepas tu fitnah, qazaf (tuduhan), saya nak minta guru-guru mereka, ustaz (Pas), ajar dulu sebelum ajar orang lain,” katanya lagi.
RAKYAT ADA IMUNITI TERHADAP COVID VARIAN BA.5.2 DAN BF.7
Rakyat ada imuniti terhadap Covid varian BA.5.2 dan BF.7
Rakyat Malaysia tidak perlu terlalu bimbang mengenai keputusan kerajaan mengekalkan pembukaan sempadan Malaysia di tengah-tengah kebimbangan berhubung lonjakan kes Covid-19 di China.
Nasihat itu diutarakan bekas Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye, sambil menegaskan beberapa varian yang dilapor dikesan di China sebenarnya sudah berada di dalam Malaysia dalam beberapa jangka waktu, dan keputusan membuka atau menutup pintu sempadan kepada pelancong dari mana-mana negara tidak memberi kesan besar kepada penularan wabak itu.
“Dalam isu ini ada beberapa perkara yang perlu ditangani, sama ada kita patut bimbang dengan varian itu dan yang kedua sama ada kita perlu bersedia?
“Jika kita lihat apa yang berlaku di luar negara atau di Malaysia, kebanyakan perintah sekatan telah ditamatkan.
“Di Malaysia, sejak lebih 9 bulan lalu tidak berlaku jangkitan serius yang ketara. Rakyat Malaysia telah terdedah kepada Covid-19 dan ramai terima vaksin. Kedua-dua ini menyumbang kepada perlindungan imuniti dalam masyarakat.
“Sama ada (varian) Omicron ini akan menjejaskan orang awam secara serius, saya rasa tidak,” katanya dalam satu bual bicara kendalian portal berita SumberKini.
Di sebalik pandangan agar rakyat tidak terlalu bimbang dengan keputusan kerajaan terus membuka pintu sempadan, Dr Lee menganjurkan orang ramai untuk terus mengambil langkah pencegahan seperti ditetapkan sebelum ini, selain menggesa pengambilan vaksin penggalak terhadap wabak tersebut.
Pada Isnin, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dipetik berkata, Varian BA.5.2 dan BF.7 Covid-19 yang sedang menular di China sebenarnya telah dikesan telah lama berada di Malaysia.
Setakat 31 Dis 2022, terdapat 4,148 kes jangkitan BA.5.2 dan tiga kes BF.7 di negara ini, tiada data untuk mengaitkan kes serius atau kematian kepada kedua-dua subvarian berkenaan.
Kabinet yang bermesyuarat pada Rabu pula memutuskan tiada sebarang larangan atau sekatan dikenakan terhadap pelancong China ke negara ini.
Sementara itu dalam bual bicara yang sama, Pakar kesihatan Awam Dr Farhan Rusli menegaskan tidak timbul persoalan apakah kerajaan telah membuat keputusan yang betul atau tidak berhubung isu sama ada perlu terus membuka atau menutup pintu sempadan kepada mana-mana pelancong dari negara tertentu.
Ini jelasnya kerana rakyat mempunyai tanggungjawab sendiri melindungi diri dari dijangkiti Covid-19, selain dari hanya bergantung kepada langkah-langkah yang diambil kerajaan.
“Saya setuju dengan Dr Lee bahawa kita tak perlu takut kepada Covid-19, kita dah tahu bagaimana penularannya. Kalau nak melaksana sesuatu itu mesti berasaskan sains dan data.
“Asas pertama adalah untuk mengelakkan diri kita daripada terkena Covid dengan mendapatkan vaksin dan kemudian mematuhi SOP seperti memakai pelitup muka dengan betul dan menjaga penjarakan fizikal.
“Keutamaan yang harus diberikan bukan hanya melihat kepada apa yang kerajaan lakukan betul atau tidak, sebaliknya diri kita sendiri. Kita yang sebenarnya melindungi diri kita dahulu dan barulah selepas itu kerajaan melaksana pemantauan dalam skala besar,” kata Ahli Majlis kesihatan Negeri Selangor itu.
BILA NAK KRITIK ANWAR?
Ketika pulang ke kampung menghadiri kenduri sempena cuti awal tahun baru-baru ini, saya telah dilontarkan satu soalan oleh beberapa saudara-mara yang membuatkan saya masih teringat-ingat mengenainya sehingga sekarang.
Saudara-mara saya yang majoritinya penyokong Pas itu menyoal – bila lagi saya nak menulis mengkritik Perdana Menteri, Anwar Ibrahim?
Kata mereka, sebelum ini semua Perdana Menteri saya tegur, kritik dan hentam, takkan Anwar terlepas pula daripada kritikan saya?
Di selang waktu yang tidak jauh berbeza sebelumnya, ramai juga kenalan dan mereka yang selama ini mengikuti tulisan saya mulai melontarkan soalan yang sama.
Kata mereka, dengan banyak isu yang yang tidak memihak kepada rakyat yang muncul sejak kebelakangan ini, berdiam diri bukanlah pilihan yang baik buat saya sebagai seorang penulis.
Ada pula rakan-rakan penulis senior tidak terkecuali mahu saya mula menegur, mengkritik, malah menghentam kerajaan baru ini, termasuk jika perlu Anwar sendiri jika didapati melakukan sesuatu yang tidak wajar dari segi kepentingan rakyat.
Hujah mereka, mengkritik dan menegur bukan bererti tidak lagi menyokong, tetapi lebih bertujuan untuk memperbaiki dan agar kesilapan yang lama tidak diulangi, walaupun pemimpin itu diusahakan sebelum ini untuk dinaikkan.
Mereka juga mengingatkan bagaimana teguran, kritikan dan hentaman saya terhadap Perdana Menteri, bermula dengan Najib Razak, Tun Mahathir Mohamad, Mahiaddin Md Yasin dan Ismail Sabri Yaakob sejak 2011 lalu.
“Takkan nak berhenti mengkritik bila Anwar sudah jadi Perdana Menteri,” ujar mereka dengan nada sedikit menghasut.
Sebagai penulis, memang menegur dan mengkritik, apa lagi jika yang ditegur dan dikritik itu seorang Perdana Menteri, ia sebenarnya amat-amat memberi kepuasan.
Tambah memberi kepuasan, mungkin juga hanya kebetulan, semua Perdana Menteri yang saya kritik dan hentam itu pula jatuh akhirnya daripada jawatan mereka.
Menyokong pemimpin amat memberi kepuasan ketika mereka di luar kerajaan dan sehingga beroleh kuasa, tetapi setelah beroleh kuasa, sokongan yang dilakukan lebih mudah ditafsir dengan gambaran kurang enak iaitu mengampu dan membodek untuk tujuan mengharap sesuatu imbuhan.
Sebab itu, saya sebolehnya cuba mengelak untuk keterlaluan dalam menyokong dan mengangkat Anwar dalam keadaan dirinya sudah jadi Perdana Menteri sekarang ini, walaupun sebelum ini saya memang berusaha melalui penulisan dan terbitan buku-buku untuk melihat beliau akhirnya berjaya menerajui negara ini.
Mana kerja baik yang dilakukannya memang patut disokong agar diketahui rakyat bahawa beliau sentiasa berusaha melaksanakan tugasnya dengan sebaik mungkin demi rakyat.
Tetapi, sudah tentu setelah menjadi kerajaan, apa yang rakyat mahukan ialah hasil atau nikmat yang boleh mereka rasai melalui kuasa dan jawatannya itu kerana itulah akan memastikan sokongan berkekalan.
Kemeriahan di sambut ketika bersolat Jumaat dan makan di medan selera misalnya, tidak akan kekal lama jika berbulan-bulan selepas ini harga ayam masih mahal, telur kekal tiada dan harga barang tidak turun dengan sewajarnya.
Dalam hal ini, Anwar jangan lupa beliau pernah berkata, banyak janji PRU14 lalu tidak dapat ditunaikan kerana beliau ketika itu bukan Perdana Menteri.
Namun, selepas PRU15 ini, tiada alasan lagi untuk hujah demikian kerana selain menjadi Perdana Menteri, beliau juga adalah Menteri Kewangan yang bermakna kuasa “kun faya kun” itu lebih besar ada dalam tangannya demi kepentingan rakyat yang menaruh harapan tinggi kepadanya.
Selepas tempoh 100 hari, Anwar dan kerajaan baru ini tiada pilihan lain melainkan harus berusaha sebaik mungkin menunaikan apa yang pernah diungkapkannya ketika berkempen dahulu.
Video-video janji ketika berkempen sebelum jadi kerajaan sebelum ini hendaklah ditonton semula dan jangan sampai rakyat sendiri memuat-naiknya semula serta membandingkan dengan apa yang dilakukan setelah berjaya menjadi kerajaan.
Di waktu ini, selain beberapa kelemahan ketara muncul berkaitan kerajaan ini, saya juga turut menerima banyak rungutan serta keluhan pelbagai pihak.
Ia bukan saja melibatkan menteri-menteri tertentu, malah juga berkaitan Perdana Menteri sendiri.
Saya percaya, daripada semasa ke semasa, luahan dan keluhan tidak puas hati itu akan terus saya terima, sudah tentu tujuannya untuk saya tulis dan dedahkan melalui tulisan saya.
Bagaimanapun, sebagai kerajaan baru, perlu difahami mereka memerlukan sedikit masa untuk menyesuaikan diri dan memahami tugas dalam kerajaan sebelum benar-benar dapat melaksanakan apa yang pernah diungkapkan.
Tetapi, jika mereka dalam kerajaan sendiri tidak berubah, tidak sedia untuk berubah dan tidak mengambil iktibar daripada keseronokan pertama kali jadi kerajaan selama 22 bulan sebelum ini – mampukah saya terus mengelak daripada menegur dan mengkritik, bahkan menghentam kerajaan ini? – ShahbudinHusin 08/01/2023.
JANGAN SUKA MENYAKAT WALAUN
Ada yang mesej saya,
minta henti kan untuk mengusik walaun . Saya kata, Un ini bukan berfikir di
luar kotak, selalu nya mereka berfikir di luar otak. Jadi jawapan untuk orang
yang macam ini adalah bersesuaian dengan tahap intelektual mereka.
MMMS
LANGKAH LONDON DAN JAKARTA TERKANTOI*
PERIKATAN NASIONAL masih tidak berputus asa cuba untuk
mempengaruhi sekali lagi MP UMNO supaya menarik sokongan agar menjatuhkan
Presiden dan Timbalan Presiden UMNO semasa pemilihan UMNO pada 17 Januari
depan.
Kami difahamkan juga pertemuan yang diadakan di London dikatakan
telah gagal malah terkantoi ini berikutan pendedahan yang dibuat oleh pemimpin
UMNO sendiri yang memaklumkan menerusi sidang media.
Ujarnya, pemimpin UMNO mendakwa bahawa tidak ramai MP UMNOBN
hadir semasa perjumpaan tersebut diadakan di dua lokasi berasingan iaitu satu
di London dan satu lagi di Jakarta.
Rancangan jahat yang ingin menggagalkan kepimpinan DSAI turut
didalangi oleh Mahiaddin Yasin dan Presiden PAS sendiri seolah-olah mereka berdua
ini tidak langsung menghormati amalan sistem demokrasi berpelembagaan malah
bertindak berani membelakangi titah YDPA supaya menerima kerajaan perpaduan.
Subscribe to:
Posts (Atom)