PAS CARI ALASAN HINDARI KERJASAMA – BERSATU

Pas tidak lagi lantang londeh kepincangan Umno, dakwa pemimpin Bersatu



Wan Mohd Shahrir Wan Abd JalilWan Mohd Shahrir Wan Abd Jalil
Pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa Pas tidak lagi lantang melondehkan kepincangan Umno-BN.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Wan Mohd Shahrir Wan Abd Jalil berkata sikap Pas mutakhir ini tidak banyak membantu usaha rakyat untuk menumbangkan parti penindas itu.
"Saya pun tidak pasti apa sebenarnya pendirian kepimpinan Pas pada masa ini.
"Tapi secara peribadi, saya melihat Pas tidak lagi lantang bercakap tentang kepincangan Umno-BN.
"Kalau dulu dalam isu Felda, Pas ada Mazlan Aliman (Pengerusi Anak) tapi beliau kini sudah menyertai Amanah.
"Walhal, dalam keadaan sekarang, mana-mana (parti) yang tidak bersama Pakatan Harapan dan Bersatu, maka dia tentunya sudah sebelah sana (BN)," tegasnya ketika ditemui Malaysia Dateline pada Konvensyen Warga Felda di Shah Alam hari ini.
Saifuddin Nasution Ismail (kiri) menerangkan sesuatu kepada Mazlan Aliman (tengah) dan Wan Mohd Shahrir di Konvensyen Warga Felda, Shah Alam hari iniSaifuddin Nasution Ismail (kiri) menerangkan sesuatu kepada Mazlan Aliman (tengah) dan Wan Mohd Shahrir di Konvensyen Warga Felda, Shah Alam hari ini
Mengulas keputusan 37 undi yang diperoleh Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Aziz yang bertanding jawatan Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa semalam, beliau berkata, itu satu isyarat dari akar umbi parti tersebut terhadap pemimpin mereka.
"Kita boleh anggap ahli-ahli Pas sudah jelas menyampaikan mesej penting menolak pemimpin mereka yang mesra Umno-BN," ujarnya.
Sehubungan itu, Wan Shahrir berharap kepimpinan Pas kembali fokus kepada usaha menjatuhkan Umno-BN termasuk menjalin permuafakatan dengan rakan-rakan parti pembangkang.
"Mungkin selepas muktamar mereka April depan, ada sinar lebih baik tentang pendirian dan kerjasama yang lebih jelas daripada Pas.
"Memanglah pimpinan Pas tak bercakap terus-terang menjalin hubungan dengan Umno-BN tapi semua orang boleh nilai bagaimana sikap Pas pada masa ini," jelasnya.
Mengulas lanjut, beliau tidak menolak kemungkinan berlakunya pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) jika Pas masih tidak jelas pendirian.
"Kita mungkin terpaksa bersedia untuk pertandingan tiga penjuru. Ya. Kita (Pakatan Harapan dan Bersatu) masih ada peluang untuk menang.
"Tetapi tentunya peluang lebih mudah kalau hanya satu lawan satu," ujar Wan Shahrir lagi.
Konvensyen Warga Felda 2017 anjuran kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dan Pakatan Harapan adalah lanjutan daripada konvensyen pada 2012.
Turut diadakan di Shah Alam, Konvensyen Hala Tuju Felda anjuran Gerakan Selamatkan Felda ketika itu diadakan di Universiti Selangor (Unisel).

NGO dakwa FGV undang bencana kepada peneroka


Mazlan Aliman membentangkan kertas kerja di Konvensyen Warga Felda di Shah Alam hari iniMazlan Aliman membentangkan kertas kerja di Konvensyen Warga Felda di Shah Alam hari ini
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman menyifatkan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) membawa bala kepada peneroka.
"Saya sejak awal bantah cadangan penyenaraian FGV tapi bila berlaku juga pada 28 Jun 2012, Felda hilang dua punca pendapatan utama.
"Ladang Felda seluas 360, 000 hektar hilang kepada FGV dan KPF (Koperasi Permodalan Felda Malaysia Bhd) dijual kepada FGV.
"Malangnya, FGV gagal meraih untung hingga mengundang malapetaka kepada peneroka," tegasnya dalam Konvensyen Warga Felda bertemakan 'Kelansungan Felda melalui pengupayaan dan pendidikan' di Shah Alam hari ini.
Akibatnya, beliau yang juga Naib Pengerusi Amanah Johor berkata, Felda mengalami masalah kewangan kritikal sekaligus menjejaskan pendapatan peneroka.
Mengulas tentang isu perumahan kepada generasi kedua peneroka, Mazlan menegaskan kerajaan pusat bertanggungjwab untuk menyelesaikannya.
"Bukan Felda yang kena siapkan sebaliknya kerajaan pusat perlu sediakan peruntukan untuk selesaikan masalah rumah generasi peneroka kedua yang terbengkalai.
"Projek rumah Felda paling bermasalah adalah di Pahang. Projek Sentuhan Kasih di tiga kawasan juga bermasalah. RM120 juta duit peneroka lebur tapi tiada hasil.
"Peserta-peserta yang duduk di rumah itu sudah mula hantar memorandum kepada Shahrir (Pengerusi Felda) persoal mana projek pertanian moden," ujarnya.
Sementara itu, peguam Ahmad Nizam Hamid menyifatkan pendekatan Felda pada masa ini menyebabkan peneroka terperangkap dalam kemiskinan.
"Felda sudah buat sistem padi kunca. Tiba-tiba peneroka menanggung banyak hutang.
"Felda tujuannya untuk hapuskan lintah darat tapi yang berlaku sebaliknya. Felda dilihat sebagai cek kosong kepada Umno-BN," tegas Ahmad Nizam lagi.

GABUNGAN BERSATU – PH PALING MANTAP HADAPI PRU 14, KATA AKAR UMBI

*TEGAKKAN ISLAM DENGAN MAKI HAMUN DAP*






Image result for dap kianat





Di Kelantan, DAP takde. Dalam Dun Kelantan, semua Adun Islam sokong untuk luluskan Hudud termasuk dari Adun Umno. Jamil Khir janji kerajaan akan tunaikan hasrat kerajaan Pas Kelantan. Maka, Nik Amar kata kalau kali ini Umno masih nak menipu, Pas akan tamatkan gencatan senjata dgn Umno. Ertinya, dalam isu ini DAP  tak timbul pun, jauh lagi la Amanah kerana waktu itu Amanah pun tak wujud lagi.

Terbukti, akhirnya janji tak ditepati. Ertinya kena kencing lagi. Mahfuz Omar mengamuk sorang-sorang  dalam Parlimen menuntut Jamil Khir tunaikan janji. MP yg lain dari Pas sorokkan muka bawah meja dan biarkan Mahfuz Omar bertegang urat dengan Jamil Khir. Akhirnya, Mahfuz Omar dihalau dari dewan hanya kerana ingin menuntut janji Jamil Khir dan ingin memelihara maruah Pas agar tidak dikatakan kena kencing lagi. Sekali lagi, DAP tidak terlibat dalam perbalahan ini.

Ok, lupakan hudud. Pas bawa pula pindaan RUU Akta 355. Kali pertama Hadi baca tajuk, dia terus duduk minta tangguh ke siri Parlimen akan datang untuk menghuraikan lebih lanjut tentang pindaan itu atas alasan mahu kasi ramai faham dulu.


Sesi parlimen seterusnya tiba. Ramai yg tertunggu-tunggu apa yg Hadi nak bawa. Di luar Parlimen, ratusan budak-budak pondok berdemo bawa plakad menyokong pindaan RUU Akta 355. "WAJIB SOKONG RUU AKTA 355' dan macam-macam lagi ayat-ayat syurga yang tertera. Begitu teruja mereka menanti Hadi bangun sebagai Mujahid dalam Parlimen. Apa yg berlaku? Kali kedua Hadi bangun, sekali lagi dia baca tajuk dan apabila Speaker bertanya "adakah Marang mahu huraikan?". Hadi jawab, "Mohon tangguh" kerana ramai lagi yang tak faham. Waktu itu, MP Shah Alam bangun dan berkata " Kami mahu huraikan sekarang dan bahas kerana ini isu yang dikatakan teramat penting dan mendesak". Hadi buat tidak tahu dan kekal dengan keputusannya untuk minta tangguh. Waktu itu, tiada seorang pun wakil dari Dap yang bangun dan bersuara. Ertinya, DAP tidak juga terlibat dalam isu ini.

Di luar Parlimen, Hadi dengan wajah agak kusam menyatakan kepada wartawan, " Kita minta tangguh sebab mahu buat himpunan raksasa". Pulak. Maka, himpunan raksasa pun dijalankan dan mengikut laporan Harakah lebih 100K yang hadir yang hanya berhimpun di Padang Merbok. Jamil Khir pun datang. Tok Peti Wilayah pun datang. Seret Ustaz Azhar Idrus sekali, termasuk beberapa artis yang dah bertaubat.


Kesimpulannya, DAP tidak memainkan peranan pun untuk mempengaruhi Hadi dari meneruskan usulnya. Yang mahu berdebat dalam isu ini adalah Dr Rozaimi, itu pun setelah Khairudin At Takiri dalam ceramahnya mencabar sesiapa saja untuk berdebat dalam isu tersebut. Dr Maza pun mengajak Hadi berdebat dalam isu ini. Kedua-dua mereka bukan orang politik, jauh sekali dari DAP atau Amanah. Salah seorang pimpinan Pas nasihat Hadi agar jangan berdebat. At Takiri sanggup ke rumah Dr Maza iaitu Tok Peti yang mahu 'disekehnya' dan selepas itu menyatakan isu debat dengan Hadi selesai. Bab debat tak debat ini pun tiada kaitan dengan DAP dan Amanah. Kamu yang tidak mahu berdebat.

Adakah walaun-walaun di bawah tahu apa yang pimpinan mereka telah lakukan? Apakah walaun-walaun yang kuat panjat pokok pasang bendera bulan itu tahu siapa menjadi punca susah sangat hudud yg dulunya, atau RUU Akta 355 yang sekarang ini mahu diluluskan?

Mereka tidak tahu. Apa yang mereka tahu adalah DAP dan Amanah itu anti Islam dan pengkhianat.

"Islam tidak boleh ditegakkan dengan menyelit di celah-celah sistem yang zalim dan "Kleptokrasi". " Bahkan, wajib dimusnah dahulu sistem perosak ini.


*oleh :   WFAUZDIN NS*

Ke mana agaknya arah tuju PAS?



Selepas bertelagah dengan PH, Pas setuju BN pula bentang RUU 355



Saya dapat membayangkan bagaimana rentan dan berkecamuknya hati penyokong tegar PAS apabila dikhabarkan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedang atau mungkin telah membahagi-bahagikan negeri untuk diperintah antara parti Islam itu dan seteru (lama?) iaitu UMNO yang kini di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Razak.
Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Hadi Awang di hadapan podium dengan penuh yakin dan ‘tawaduk’ berkata:
“Terengganu, Kelantan, Kedah, Perak, Selangor. Biar PAS memimpin. Negeri lain UMNO nak lagi biarkan dia. Biarkan dia,” ujar Hadi Awang yang ketika itu berserban dan berjubah putih dalam majlis pelancaran jentera pilihan raya PAS di Alor Limbat dekat Marang.
Mungkin hadirin yang mendengar ucapan Hadi Awang ketika itu ada yang tersedak atau tercekik kuih, atau terus membatalkan niat untuk meneguk air atau tak kurang juga yang mungkin menarik nafas lega memanjatkan syukur ke hadrat ilahi atas kurnian rezeki kerana impian untuk menyatukan umat Islam-Melayu akhirnya menjadi kenyataan.
Bagi yang percaya dan menyokong Hadi Awang, kisah penyatuan PAS-UMNO ini seolah-olah syurga dunia yang tidak boleh ditepis lagi, di hujung mata terlihat buah anggur melambai-lambai.
Dalam bayangan itu, segala skandal yang lahir dari perut UMNO seperti 1MDB, Felda, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Tabung Haji dan banyak lagi yang melibatkan institusi Melayu bukan lagi satu isu ‘panas’ bagi PAS. Kerana matlamat yang lebih penting adalah untuk menyatukan umat Islam-Melayu yang terpisah sejak sekian lama.
Tapi dipisahkan oleh apa? Ideologi? Politik? Ini yang sering gagal dijawab ‘puak penyatu’ dengan tuntas dan secara saintifik malah penuh bertamadun.
Namun saya percaya, masih ada penyokong PAS yang waras dan sedar tentang permainan Hadi Awang yang sememangnya dilihat seolah-olah ‘gila kuasa’ apabila cuba membahagi-bahagikan negeri seperti dialog dua penyamun dalam filem Nujum Pak Belalang karya Allahyarham P. Ramlee: “Satu untuk kau, satu untuk aku” ketika membahagikan hasil curian mereka di sebuah gua.
Cuma berapa peratus penyokong PAS yang ‘menolak secara diam’ Hadi Awang, Allahu Alam, tidaklah diketahui oleh saya mengenai itu. Yang pastinya pilihan raya umum dan keputusan PAS dalam pembahagian kerusi akan menentukan jatuh bangun parti Agama paling lama bertapak di Malaysia itu.
Persoalan yang perlu dijawab kini, dan harus disegerakan oleh penyokongnya adalah ke mana arah tuju PAS selain menegakkan RUU 355? Adakah menjalin kerjasama dengan UMNO yang korup atas dasar ‘politik matang’ atau bersendirian dan kesunyian melawan segala ketirisan yang berlaku?

Menteri UMNO jangan bohong, DAP bela rakyat Pulau Pinang


Ketika merasmikan satu program pergigian di Masjid Negara, Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya telah mendakwa bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya DAP “tidak membantu golongan miskin dalam bandar menyebabkan jumlah mereka semakin bertambah.”

Kenyataan sebegini ternyata ketandusan fakta, lagi-lagi kalau keluar daripada seorang menteri, hanya menampakkan beliau sebagai kurang boleh dipercayai. Terang lagi bersuluh, beliau cuba mereka cerita bagi membuat persediaan untuk pilihan raya yang dijangka akan tiba tidak lama lagi. Rakyat Malaysia sebenarnya sudah biasa dan jelak dengan momokan seperti ini.

Sebagai seorang anggota Parlimen di Pulau Pinang, sudah tentu Dr. Hilmy sudah menyaksikan dengan mata sendiri bagaimana kerajaan negeri telah menambah baik mutu kehidupan rakyat negeri ini.

Sejak 2008, kerajaan negeri di bawah pimpinan DAP telah mengilhamkan pelbagai jenis program kebajikan untuk membantu golongan miskin, tua, ibu tunggal, pelajar dan kumpulan-kumpulan lain. Walaupun berdepan dengan kegawatan ekonomi, pada tahun 2016, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah berjanji akan memperuntukkan RM61 juta untuk meneruskan program-program kebajikan tersebut.

Agenda Ekonomi Saksama, salah satu program yang dizahirkan kerajaan negeri, bertujuan meringankan beban kewangan keluarga miskin di mana kerajaan negeri akan menambah mana-mana yang kurang bagi pendapatan seisi keluarga tiap-tiap bulan sehingga genap RM790.

Bagi memastikan keberkesanan program ini, beberapa syarat telah diletakkan di mana para penerima perlu memberi perhatian kepada faktor-faktor kesihatan dan terutama sekali, pendidikan anak-anak mereka. Syarat-syarat ini penting bagi memastikan tiadanya salah guna kuasa dan sebarang penyelewengan.

Sehingga ke akhir tahun 2016, seramai 1375 isi keluarga telah merasai manfaat program – 81 peratus daripada penerima terdiri daripada orang Melayu, 11.35 peratus daripada orang India, dan 7.05 peratus orang Cina.

Dr. Hilmy juga menyatakan bahawa ramai pengundi Cina kini kian tidak puas hati dan hilang kepercayaan kepada kerajaan negeri kerana isu-isu ekonomi. Mungkin beliau merujuk kepada penutupan syarikat Amerika Syarikat, Rubicon Sapphire Technology (M) Sdn Bhd di mana 6 ribu pekerja kehilangan pekerjaan.

Walaupun Dr. Hilmy cuba mengelirukan rakyat Malaysia, hakikatnya, Pulau Pinang terus mendapat kepercayaan dan keyakinan para pelabur tempatan mahupun asing. Ini ternyata apabila dalam masa 7 tahun (dari 2008 ke 2014), jumlah pelaburan langsung telah meningkat sebanyak 93 peratus kepada RM48.2 bilion berbanding RM24.9 bilion dari tempoh 2001 ke 2007 – semasa pentadbiran Barisan Nasional. Pada suku pertama tahun 2015, Pulau Pinang telah berjaya menarik sebanyak RM4.33 bilion pelaburan, manakala pada suku pertama tahun 2016.

Sebagai seorang menteri Persekutuan, Dr. Hilmy harus memahami prinsip asas ekonomi iaitu permintaan dan penawaran. Penutupan kilang-kilang seperti Rubicon Sapphire Technology (M) Sdn Bhd sebenarnya dipengaruhi faktor-faktor seperti kos penghasilan dan kos buruh, yang sebenarnya amat dipengaruhi oleh dasar kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional.

Selama ini, DAP konsisten dalam mengamalkan dasar kerajaan yang berpegang kepada CAT iaitu cekap, akauntabiliti dan telus. Tiada mana-mana kaum yang ditinggalkan atau dianaktirikan di Pulau Pinang. Hujah-hujah tidak masuk akal yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sebenarnya merupakan usaha untuk menutup keadaan seadanya, di mana mereka mengaut keuntungan besar daripada amalan rasuah dan kronisme.

Sejak mengambil alih Kerajaan Negeri Pulau Pinang, DAP telah terbukti lebih membantu rakyat dan mereka yang berada dalam keperluan, tanpa mengambil kira bangsa atau agama. Barisan Nasional pula, masih terperangkap dalam politik yang menjaja ketakutan. Sekiranya Barisan Nasional ingin dilihat prihatin kepada rakyat, maka sudah tiba masanya mereka melakar dasar yang memanfaatkan rakyat dalam jangka masa panjang.
*Syerleena Abdul Rashid adalah Penolong Setiausaha Publisiti Negeri DAP Pulau Pinang merangkap Penolong Setiausaha Publisiti DAP Wanita Kebangsaan dan Ahli Majlis di Majlis Bandaraya Pulau Pinang

Pemuda Pas dakwa DAP parti cauvinis, biadab


Pas menjadikan lidah rasmi parti itu, Harakah untuk menyerang DAPPas menjadikan lidah rasmi parti itu, Harakah untuk menyerang DAP
Menjelang Muktamar Tahunan Pas ke-63 di Kedah pada April nanti, Pemuda parti itu secara terbuka menyerang DAP.
Sikap sayap parti Islam berkenaan dapat dilihat pada paparan muka depan Harakah keluaran terbaharu.
Naib Ketua Pemuda Pas, Khairil Nizam Khiruddin dan Ketua Dewan Penerangannya,  Ahmad Fadhli Shaari mengambil tempat di halaman hadapan lidah rasmi parti itu.
Khairil yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menganggap DAP semakin biadab dan menggelarnya sebagai parti cauvinis.
Sementara itu, Fadhli yang juga Ketua Pemuda Pas Kelantan menuduh DAP mempunyai motif terselindung terhadap agama Islam.
Akhbar tersebut tampil dengan tajuk utama 'Semakin biadab!' dengan mendakwa DAP sebagai mencampuri isu umat Islam.
Reaksi berang Pas itu ekoran dakwaan DAP menentang pindaan Akta 355 dan campur tangan dalam isu penempatan guru Pendidikan Islam dari Semenanjung ke Sarawak.
Dua halaman berikutnya turut memaparkan pendirian dua lagi pemimpin muda parti dikepalai Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Mereka adalah Ketua Pemuda Pas Sarawak, Arifiriazul Paiji dan Pengarah Jabatan Penerangan Pas Pusat, Ahmad Amzad Hashim yang berasal dari Terengganu.

SELEPAS BERTELAGAH DENGAN PH, PAS SETUJU BN PULA BENTANG RUU 355

AMBOI...DAH ADA KAWAN BAHARU, SAMPAI TAK KISAH HILANG KAWAN LAMA!!



Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan memutuskan untuk membentangkan sendiri pindaan Akta 355 pada sidang Parlimen kali ini.

Kata beliau, perkembangan itu memperlihatkan kerjasama kerajaan BN dengan 'rakan baharu' yang pernah menjadi musuh politik untuk sama-sama memelihara kesucian agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan kepentingan agama serta bangsa lain.

"Insya Allah dengan doa untuk kita menyatukan orang-orang Melayu, biarlah  kita kehilangan segelintir 'kawan' kita tapi kita akan dapat 'kawan baharu' yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita.

"'Kawan baharu' kita ini mungkin dulu musuh politik kita tapi mereka telah faham untuk sama-sama tangani masalah bersama (berkaitan agama Islam) dengan tidak mengenepikan agama lain," ujarnya lagi.

Amboi...UMNO dan BN sampai dah tak kisah hilang kawan lama semata-mata kerana sudah ada 'kawan baharu' yang mahu bersamanya.
Dengan Zahid membuat perakuan bahawa 'kawan baharu' itu lebih besar kumpulannya, sudah  tentu hubungan itu akan dimanfaatkan tidak sekadar untuk Akta 355 saja, bahkan juga untuk perhitungan mengekalkan kuasa dalam pilihanraya.

Dalam hal ini, tidaklah sukar sebenarnya untuk mengenalpasti siapa 'kawan baharu' yang dimaksudkan Zahid Hamidi itu. 

Ia tentunya tidak lain ialah Pas yang sebelum ini diberi laluan membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Akta 355, meskipun mengikut amalan biasa, sebarang pindaan berkaitan apa juga rang undang-undang akan dibawa sendiri oleh wakil kerajaan yang sedang memerintah.

Secara tidak langsung Zahid mengesahkan Pas kini adalah 'rakan baharu'  bagi UMNO dan BN.

Umpama kata pepatah, "sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi," UMNO dan kerajaan kini seperti tidak kisah lagi dengan kehilangan kawan lama yang tidak setuju dengan pindaan Akta 355 itu.

Ini kerana seperti yang yang disebut Zahid, "biarlah kita kehilangan segelintir kawan kita, tetapi kita akan dapat 'kawan baharu' yang kumpulannya lebih besar akan bersama-sama kita."

Sekali lagi, tidaklah juga sukar menelah siapa kawan lama yang bakal ditinggalkan itu. Ia tentunya antara lain ialah MCA, MIC, Gerakan dan komponen dari Sarawak yang terang-terang menentang Akta 355 kerana beranggapan ia laluan awal kepada perlaksanaan hudud, selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Benarkah UMNO dan BN sanggup kehilangan kawan lama yang sudah sekian lama bersama mereka demi menatang 'kawan baharu' yang dianggap lebih besar lagi kumpulannya?

Benarkan Pas lebih besar dan lebih bernilai kepada UMNO dan BN berbanding gabungan MCA, MIC, Gerakan serta komponennya di Sarawak?

Apakah ini membuktikan UMNO dan BN benar-benar mahu menghadapi PRU 14 akan datang dengan semata-mata bergantung kepada pertolongan  daripada Pas saja?

Bagaimana Pas mahu mengelak lagi daripada dikaitkan ada hubungan dengan UMNO dan BN? (ShahbudinHusin 18/03/2017).