SEBAB TU ORANG KATA PAS NI SESAT. ISLAM DULU ATAU PAS DULU.. KALAU JENIS BODO MEMANG TU LA DIA.

 

Isaac Stone



𝙆𝙖𝙡𝙖𝙪 𝙖𝙠𝙪 𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙥𝙪𝙖𝙠² 𝙋𝙖𝙨 𝙣𝙞 𝙨𝙚𝙨𝙖𝙩....

𝙃𝙖𝙣𝙜𝙥𝙤 𝙬𝙖𝙡𝙖𝙪𝙣 𝙠𝙖𝙩𝙚 𝙖𝙠𝙪 𝙟𝙖𝙝𝙞𝙡 𝙥𝙪𝙡𝙖𝙠...

𝙎𝙤𝙖𝙡𝙖𝙣 𝙖𝙠𝙪 𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙨𝙖𝙝𝙖𝙟𝙖 𝙠𝙚𝙥𝙖𝙙𝙖 𝙝𝙖𝙣𝙜𝙥𝙤 𝘼𝙪𝙣𝙨..

𝙄𝙨𝙡𝙖𝙢 𝙙𝙪𝙡𝙪 𝙖𝙙𝙖 𝙙𝙞 𝘿𝙪𝙣𝙞𝙖 𝙞𝙣𝙞 𝙠𝙖𝙝 𝙖𝙩𝙖𝙪 𝙥𝙖𝙧𝙩𝙞 𝙋𝙖𝙨 ??



RAMAI DAH PESAN. GAK SEDAP MASAK JANGAN JUAL.

 

Media Bumi


Isu makanan dijual di Bazar Ramadan. Masing-masing struggle cari duit. Lainlah petik daun jadi duit.




𝗗𝗬𝗠𝗠 𝗦𝗣𝗕 𝗬𝗗𝗣𝗔 𝗧𝗜𝗧𝗔𝗛 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗔𝗣𝗜-𝗔𝗣𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗨 𝗦𝗧𝗢𝗞𝗜𝗡𝗚 𝗗𝗚𝗡 𝗞𝗔𝗟𝗜𝗠𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗟𝗔𝗛



DYMM SPB YDPA telah menitahkan supaya jangan lagi mengapi-apikan isu stoking dan kalimah Allah kerana tindakan undang-undang telah diambil. 


"𝗞𝗲𝗺𝗮𝗿𝗮𝗵𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗿𝘂𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮. 𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸, 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴".


“𝗔𝗷𝗮𝗸𝗹𝗮𝗵 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 𝗸𝗲 𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗮𝗱𝘂𝗮𝗻, 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗽𝗲𝗰𝗮𝗵𝗮𝗻. 𝗜𝗻𝗶𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗺𝗮𝗵𝗮𝗺𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗮𝗶𝗸 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗷𝗺𝘂𝗸, 𝗮𝗴𝗮𝗿 𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝗿𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗴𝗶𝗻𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗹𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗴𝗶", TITAH TUANKU.


Nampak Tuanku begitu rasional dan bukan macam sesetengah pihak menunggang isu ini utk kepentingan politik peribadi dan parti. Yg terpaling-terpaling tu memalukan diri sendiri je. Kalau nak dilihat derhaka teruskanlah tindakan melampau-lampau. KP UMNO pula elok cermin muka dia kot jenis TAK tahu malu sbb TERPALING menunggang bangsa.


Pada saya sape nak boikot lantak pi lah, org taknak boikot kalu, jangan marah. Hak masing-masing. Secara peribadi saya sendiri dah 4 tahun tak pernah beli apa-apa di KK Mart, so boikot pun no hal pada saya. Tapi jangan le panjang-panjangkan isu ini sehingga menggugat ketenteraman awam. Kita masyarakat majmuk, berpada-pada lah.


Tapi GERENTI 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗴 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗗𝗘𝗥𝗛𝗔𝗞𝗔 𝗱𝗴𝗻 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂. Puak KHAWARIJ bukan setakat tidak hormat pada Raja kerana mereka keluar dari ketaatan terhadap pemerintah, puak 𝗣𝗡𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁 𝘁𝘂 𝗧𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗧𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗨𝗡. 


𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 kalau rukyah mau lari bertempiaran, 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 kalau rukyah pun depa tak lari. Bulan Ramadhan hantu 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡 kena tambat langau-langau 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 lah ganti. Perangai tak ubah mcm 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗡.


Wallahualam.


- Zus Din 

28032024


News link : https://www.malaysiakini.com/news/700892



BETUL KATA RAFIZI, KRITIKAN DR PUAD TERHADAP PADU HANYA KERANA PERIBADI

 

Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjawab kritikan Speaker Dun Johor, Dr Puad Zarkashi terhadap Padu atau Pangkalan Data Utama.

Menurut Timbalan Presiden PKR itu, kritikan Dr Puad adalah semata-mata bersifat peribadi.

Katanya, apa yang dilontarkan Dr Puad itu adalah gambaran rasa tidak puas hati dengan tindakannya yang lantang mengkritik isu syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebelum ini.

“(Orang politik) yang bising sangat ini Dr Puad saja, kalau Malaysia kaya-raya pun dia tetap tidak setuju dengan saya kerana dulu saya bawa isu 1MDB ketika dia Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

“Selepas itu beliau kalah pilihan raya dan terpelanting dari kerajaan, ini semua berkaitan dengan isu peribadi.

Rafizi berkata lagi, beliau tidak mahu memberi perhatian sangat kepada kritikan yang hanya membabitkan kumpulan kecil terutama yang bersifat peribadi.

Beberapa hari lalu, Dr Puad menyifatkan sistem Padu sebagai gagal kerana sistem kerja, komunikasi dan imej Rafizi yang didakwanya tidak diyakini rakyat.

Meneliti kenyataan Rafizi berkenaan Dr Puad, kita pasti tidak dapat mengelak daripada bersetuju dengannya.

Sejak UMNO hilang kuasa, Dr Puad memang selalu menujukan ktitikannya terhadap Rafizi.

Setelah Rafizi menjadi menteri, meskipun UMNO adalah sebahagian daripada kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim, apa saja berkaitan Rafizi hampir tidak pernah terlepas daripada kritikannya.

Paling kerap beliau melabel Rafizi sebagai Raja Formula yang gagal.

Mengulang-ulang label yang sama, di sampingnya minatnya yang lebih tertarik untuk mengkritik Rafizi, tentulah tidak dapat dinafikan ia hanya bersifat dendam peribadi semata-mata.

Dr Puad bukan saja berdendam dengan Rafizi kerana keaktifannya mendedahkan skandal 1MDB telah menyebabkan UMNO hilang kuasa, bahkan menunjukkan kegagalan tugasnya selaku Ketua Pengarah Jasa ketika itu.

Sudahlah UMNO hilang kuasa, dia pula hilang kerja…mana tak marah beb!!

Tapi agak pelik kali ini, sebelum ini bila ada saja serangan yang ditujukan terhadapnya, biasanya cepat saja Dr Puad menjawabnya balik melalui media sosialnya.

Namun, semakan dalam media sosialnya setakat pagi ini, Dr Puad masih belum lagi memberi respon terhadap apa yang Rafizi kata terhadapnya.

Kenapa masih senyap?

Tengah koyak teruk ke? ShahbudinHusin 28/03/2024.

 


Kerajaan Selangor buat laporan polis, ambil tindakan lelaki cerca sultan


 

Kerajaan Selangor bertindak membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi diraja dalam media sosial.



Exco Perumahan Borhan Aman Shah (gambar, dua dari kanan) berkata, berkata laporan terhadap N Ganesparan, 42, juga dibuat kerana mempersenda Islam dengan mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai penipu selain tidak perlu bersolat.



Beliau berkata lelaki tersebut turut menyebut perkataan kesat dan memalukan terhadap Sultan Sharafuddin, raja-raja dan mufti.



"Menerusi video diterima malam tadi, (kenyataan disebut) boleh menimbulkan keguasaran awam dan membangkitkan sensitiviti yang berisiko mengakibatkan pergolakan dan perpecahan kaum.



"Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Menteri Besar bersetuju untuk membuat laporan polis," katanya dipetik.



Turut serta Exco Belia dan Sukan Najwan Halimi dan wakil Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan Persatuan Anak Melayu Selangor dan Wilayah.



Borhan menegaskan laporan itu dibuat bagi membolehkan pihak polis menyiasat termasuk bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) supaya lelaki yang menetap di luar negara sejak 2017 itu diheret ke muka pengadilan.



"Tanggungjawab kita untuk membuat laporan agar perkara ini tidak dipermainkan. Tindakan undang-undang perlu dibuat supaya martabat institusi diraja dan agama Islam sentiasa dijaga," katanya.



Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dipetik sebagai berkata pihaknya membuka 21 kertas siasatan terhadap Ganesparan berikutan kenyataan didakwa menghina Sultan Selangor dan agama Islam.



Menurutnya, siasatan awal mendapati lelaki tersebut kini dipercayai berada di Hamburg, Jerman selepas kali terakhir keluar pada 2 November 2017.



Dalam video lebih dua minit itu, lelaki tersebut mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman dan keagamaan selain mendakwa isu 3R (agama, kaum dan raja) hanya untuk orang bukan Islam.



*Kredit foto: Selangorkini

 

Sedia semak saham Farhash, terbukti Anwar PM telus



 


Oleh: Noraini Nordin



ULASAN BERITA: Kenyataan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu menyemak dengan Perbendaharaan berhubung pemilikan saham bekas Setiausaha Politiknya, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak dalam syarikat HeiTech Padu Bhd dan kaitannya dengan kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion, adalah suatu sikap yang terpuji.

Hal itu sekaligus memperlihatkan Anwar sentiasa berpegang kepada ketelusan dalam kerajaan pimpinannya.



Mengulas mengenai dakwaan terhadap Farhash yang baru-baru ini dilaporkan membeli kepentingan 15.9% dalam HeiTech Padu yang mana syarikat itu dikatakan dalam senarai pendek untuk kontrak dengan Jabatan Imigresen bernilai RM1 bilion, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau akan menyemak perkara itu dengan Perbendaharaan terlebih dahulu.



Tegasnya, beliau hanya akan mengeluarkan kenyataan selepas memperolehi maklumat lanjut mengenai perkara itu.



"Saya akan semak butiran dengan Perbendaharaan dan akan keluarkan kenyataan kemudian," katanya.



Semak butiran dengan Perbendaharaan



Pertama, apabila Anwar ingin menyemak dengan Perbendaharaan, ia bererti pembelian saham oleh Farhash dalam Heitech Padu itu adalah di luar pengetahuan beliau, jauh sekali merupakan pertolongan daripadanya.



Hal itu dengan jelas menunjukkan urusniaga pembelian saham adalah atas daya usaha Farhash sendiri yang memang sebelum ini merupakan seorang ahli perniagaan.



Kontrak kerajaan



Kedua, berhubung dakwaan pembelian saham HeiTech Padu itu dikatakan ada kaitan dengan kontrak kerajaan bernilai RM1 bilion, Anwar secara jelas menunjukkan ketelusannya dengan ingin menyemak terlebih dahulu perkara tersebut.



Bermakna, Anwar ingin mengetahui fakta terlebih dahulu tentang dakwaan yang dibuat terhadap bekas pegawainya itu.



Yang ketiga, janji Anwar akan mengeluarkan kenyataan media setelah memperolehi segala fakta berkaitan, tidak lain merupakan suatu bukti ketelusan dan tidak ingin menyembunyikan sebarang rahsia daripada pengetahuan rakyat.



Segala kenyataan yang bakal dikeluarkan PM nanti semata-mata berdasarkan fakta yang dibekalkan oleh Perbendaharaan kepadanya.



Hakikatnya, selain menunjukkan ketelusan, Anwar juga membuktikan dirinya berpegang sistem tatakelola yang baik dalam menguruskan pentadbiran kerajaan dan tiada perkara perlu disembunyikan, terutama berkaitan pemberian kontrak kepada syarikat-syarikat yang dipertikaikan.

_________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.



 

RENTASAN 1576 | RAKYAT KEMAMAN DIARAH BUAT SOLAT HAJAT, BERDOA SERUPA DO...




MENARIK DALAM RENTASAN 1576
1. DOA LAKNAT UNTUK PM DAN TPM, NEO KHAWARIJ SEMAKIN MEMBARAH 2. KEBIJAKAN DASAR EKONOMI MADANI TARIK PELABUR 3. INIKAH HARGA YANG PERLU DIBAYAR?








[bongkar] PENDEDAHAN MANTAN HEAD STAFF OF FINANCE KEDAH AGRO! SANUS1 GE...



KENYATAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Muhammad Sanusi Md Nor yang menyifatkan anak syarikat Perbadanan Menteri Besar (MBI), Kedah Agro Holdings Berhad (KAHB) seperti lintah mengundang kemarahan ramai. Sebelum ini, Sanusi menganggap Kedah Agro sedemikian kerana tidak mampu menjana pendapatan di samping mempunyai masalah pembayaran gaji sehingga menerima teguran daripada Ketua Audit Negara pada 2016. Menurutnya, mana-mana anak syarikat kerajaan negeri (GLC) yang ditubuhkan tidak boleh menyumbang kepada kerajaan perlu ditutup. "Saya punya polisi jelas, dah diumum pada 2020 iaitu mana-mana GLC yang tak boleh menyumbang kepada kerajaan, hisap darah kita tutup tapi tak ditutup. "Tujuan tubuh GLC untuk berniaga, dapat projek kerajaan untung pulang balik kepada kerajaan. Kalau ada 30 orang kerja dalam itu makan kedarah, sumbang tak pernah, tapi kikis lagi itu bukan GLC. Itu lintah, saya tak mahu bela lintah," katanya. Disebabkan itu, ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kata-kata Sanusi sehingga ada yang mendakwa bahawa menteri itu sengaja memburukkan nama Kedah Agro. Menurut seorang pengguna Facebook Zuraini Ab Ghani, Sanusi membuat satu tuduhan tidak berasas terhadap pekerja Kedah Agro dalam membangkitkan isu pembayaran gaji itu. "Terlalu keterlaluan, waktu Kedah Agro Industries, hangpa nak buat Kedah Agro Group of Companies. Overhead tak sampai RM20,000 sebulan disebabkan ada had sampai RM100,000 sebulan. "Kedah Agro ada income, tapi MBI ambil. Kedah Agro ada pekerja, MBI curi staf, hangpa lantik CEO daripada kalangan hangpa yang asyik bazirkan duit rakyat. Akhirnya, staf pula yang salah?. "Kes tak dapat gaji ni bukan baru bulan ni ya, dah lama. Tapi kenapa dari dulu tak tutup? Sebab masih ada ruang untuk berbahagi habuan kan?," luahnya.Dakwaan dilontarkan oleh Zuraini itu sekali gus mendapat perhatian dan maklum balas daripada Sanusi. Membalas kembali, Sanusi berkata, ia satu tuduhan keterlaluan yang tidak boleh diambil remeh serta bertindak mahu memfailkan saman terhadap individu terbabit. "Haaa, jumpa dah tukang reka cerita karut sejak belasan tahun dia bersembunyi di sebalik muka manis. Okay, jom tengok dia boleh pertahankan atau tidak tuduhan keterlaluan dia kali ni. Sila duduk jangan lari. See you in court!," katanya menerusi Facebook pada Selasa. Terdahulu, Kedah Agro dikatakan mula mencatat kerugian apabila pentadbiran negeri bertukar kepada PAS pada 2008 selepas berjaya meraih keuntungan ketika pemerintahan Barisan Nasional (BN). Manakala, Ketua Penerangan Umno Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, Kedah Agro mencatat keuntungan antara 2005 hingga 2008 ketika Datuk Seri Mahdzir Khalid menjadi Menteri Besar. Nama Sanusi juga tidak berhenti menjadi bualan kerana beliau dikatakan sering menyalahkan pihak lain apabila perkara itu berlaku. — Majoriti


[terkini] BERITA BAIK BUAT DS ANWAR! MAKIN RAMAI SERTAI PKR SABAH!




KES ABAH COW JANA WIBAWA

 


𝗔𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜 - 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗞 𝗡𝗨𝗖 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗠𝗬...😅


 𝗔𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡𝗨𝗦𝗜 - 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗞 𝗡𝗨𝗖 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗞𝗜𝗧𝗔𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗗𝗔𝗥 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗡𝗚𝗢𝗥 𝗠𝗬...😅




Dulu saya dah kata NuC ni pakar 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗣𝗜𝗔𝗤, banyak sungguh alasan. Semua org termasuk PMX, Menteri Ekonomi dikatakan salah, sedangkan dia tak pernah mengaku salah. ANDA perasan tak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 anggap diri depa ja betoi??


𝗞𝗘𝗟𝗘𝗣𝗜𝗔𝗤 cukup pandai. Boleh baca artikel saya yg dulu : 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗣𝗜𝗔𝗤 𝗦𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗜𝗡𝗜, 𝗧𝗘𝗚𝗛𝗘𝗝𝗨𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗢𝗤?? Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid0nnmpvM9iE8YxtY7a8bYiYNHUHPKS7uGtgxBnn723aQXWbSmDqXNW95WDrn7RVDQJl


Sikap NuC berterusan tapi terus dipuja puji dan disokong walaun & untit 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 khususnya di KEDAH. Tunggu menjelang 2027. Saya percaya lama-lama, jika berterusan seperti masalah Kedah Agro, malah khabarnya Kedah Tourism dan INSANIAH Holdings pun org dok persoalkan, nak bayar gaji kakitangan kerajaan negeri pun nanti bakal jadi masalah?? Tidak mustahil itu boleh berlaku.


Di Kelantan mereka ada masalah membayar gaji dan mengharapkan bantuan Kerajaan Persekutuan seperti didedahkan sejak era DS Najib Tun Razak PM6 lagi. Di Terengganu jumlah pendapatan negeri tak mampu bayar gaji tanpa wang ihsan dari Kerajaan Persekutuan. Itu FAKTA. Baca : 


Masa tu siapa pulak yg punya SALAH? Kita tunggu je lah. Tapi semua org tahu bila puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 memerintah negeri akhirnya akan ada pelbagai masalah seperti masalah air, pendapatan yg kurg, byk walaun & untit makan gaji buta mcm Duta Khas Timur Tepi, masalah kewangan, masalah selenggara sampah, isu tatakelola GLC negeri dll. Problem sesaja.


Firman Allah SWT yg bermaksud :


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗶, 𝗱𝗮𝗻 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗯𝘂𝘁 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗽𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗶. 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂𝗹𝗮𝗵 𝗷𝘂𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗺𝘂𝗹𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗶, 𝗱𝗮𝗻 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂𝗹𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗘𝗻𝗴𝗸𝗮𝘂 𝗸𝗲𝗵𝗲𝗻𝗱𝗮𝗸𝗶. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.


[Surah Ali 'Imran Ayat 26]


Tapi apa boleh buat 𝗠𝗔𝗝𝗢𝗥𝗜𝗧𝗜 𝗱𝗶 𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶-𝗻𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 itu jadi walaun & untit tegar takdak otak mereka tidak anggap penyediaan air utiliti asas, tatakelola yg baik, pemimpin yg beradab dan berintegriti juga adalah sebahagian dari tuntutan Islam.


Wallahualam.


- Zus Din 

28032024



YB KARIM RISAU DIBOGELKAN ?

 






Iswardy Morny


Yb Karim risau dibogelkan data rakyat Sarawak disebabkan padu tetapi lupa sekali lagi Sarawak pay yang kini berdepan masalah apabila dbazzar apps mereka tidak membenarkan Penggunaan mengeluarkan duit yang sepatutnya boleh dikeluarkan dari apps.


Selepas masalah demi masalah berlaku dalam dbazzar apps, SAINS dan syarikat yang membangunkan Spay menyatakan bahawa mereka tidak ada kena mengena dengan Dbazzar.


Untuk makluman semua juga, Sarawak pay pun meminta number akaun peribadi untuk transaksi jugak.


Jadi alasan sebenar bukan akaun peribadi, atau security tetapi.... Data harta 🙄



KEPALA BAPAK HANG

Zunar  artoonizt Fan Club

Apabila pekerja-pekerja Kedah Agro dilabel sebagai lintah!
#kedahagro


NEGERI MANA BAYAQ BONUS. HARAP NEGERI PAS....


 

TENGOK LAH NEGERI PEMBANGKANG.


 

ANDA PERCAYA KAKI FITNAH ? KALAU PERCAYA BAB EMAS NI MEMANG NAK MELINGKUP LA.


 


Che Ibrahim


 Sentimen kebencian kaum terus dibakar, kalau tidak dibendung dengan segera, keharmonian hidup di negara berbagai kaum dan agama ini tidak mustahil akan terbakar.


 1?



MESYUARAT JAWATAN KUASA DASAR FISKAL

 





Semalam saya telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Fiskal (FPC) yang membincang dan meneliti senario terkini ekonomi Malaysia serta unjuran jangka pendek dan sederhana kedudukan fiskal negara. 


Turut hadir Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Menteri Ekonomi, Menteri Kewangan II, Ketua Setiausaha Negara, Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Gabenor Bank Negara serta pegawai kanan Kementerian Kewangan.


Saya maklum bahawa langkah reformasi fiskal ini adalah sesuatu yang berat bagi kita semua, namun usaha ini perlu dimulakan untuk merancakkan semula ekonomi negara yang tidak berkembang sejak lebih 20 tahun lalu.


Hakikatnya, dengan hasil cukai sebanyak 11.8 peratus sahaja daripada KDNK, Kerajaan punyai ruang terhad untuk melabur dalam aspek pembangunan rakyat dan memberi bantuan sewajarnya kepada golongan rentan serta yang memerlukan.


Bagi mengorak langkah Malaysia menggapai tahap ekonomi berpendapatan tinggi yang bersandarkan nilai manusiawi, Kerajaan perlu melaksanakan pembaharuan fiskal agar ia bertunjang di landasan yang mampan dan utuh. Pembaharuan fiskal akan ditumpukan kepada penyasaran subsidi dan memperluaskan asas hasil bagi mewujudkan ruang fiskal yang dapat diagihkan bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.


Kerajaan MADANI juga akan menoktahkan gejala ketagihan kepada hutang bagi memulihkan keyakinan pelabur luar. Dalam mesyuarat FPC hari ini, ahli jawatankuasa senada untuk memperkukuhkan Pejabat Pengurusan Hutang (DMO) bagi menambah baik pengurusan hutang Kerajaan serta memperkemaskan peranan Pejabat Perhubungan Pelabur (IRO) di bawah Kementerian Kewangan, yang menjadi pusat rujukan utama untuk pelabur pasaran.


#MalaysiaMADANI



𝗪𝗔𝗥𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗨𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗔𝗟𝗠𝗔𝗥𝗛𝗨𝗠 𝗨𝗦𝗧𝗔𝗭 𝗔𝗭𝗜𝗭𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗘𝗗𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗔𝗜 𝗡𝘂𝗖


************


https://www.facebook.com/share/p/3TAZTamCWGh5jUN8/?mibextid=oFDknk



WARKAH UNTUK YANG AMAT BERHORMAT MENTERI BESAR KEDAH


Bismillahirrahmanirrahim.


Segala puji-pujian untuk Allah selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.


Assalamualaikum W.B.T saya ucapkan kepada Y.A.B Menteri Besar.


1. Pertama sekali saya ingin memperkenalkan diri saya memandangkan Y.A.B MB sudah terlupa siapa saya, nama saya Ahmad Faiq bin Azizan iaitu anak ketujuh daripada Isteri Pertama Arwah Ustaz Azizan.


2. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk memberi teguran dan peringatan khususnya kepada Y.A.B dan pimpinan PAS Kedah amnya. Sebelum saya membuat teguran saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli-ahli dan pendukung-pendukung PAS serta penyokong-penyokong arwah ayah saya sejak beliau mula mengaktifkan diri dalam bidang politik bermula dari tahun 1978 sehinggalah kematian beliau pada tahun 2013.


3. Y.A.B MB, suka saya ingatkan disini selepas Y.A.B MB menjadi Menteri Besar hasil rampasan kuasa kerajaan PN di negeri Kedah, ramai pihak-pihak dan individu-individu menghubungi saya dan juga ibu saya dan memohon kami membantu mereka untuk berjumpa dengan Y.A.B MB. Perkara ini disebabkan, selepas kematian Arwah ayah saya, Y.A.B MB telah menjaja dan menjual diri Y.A.B sebagai anak didik Ustaz Azizan. Malah, tagline “Kedah Sejahtera Nikmat untuk Semua” adalah tagline yang sama digunakan semasa Arwah ayah saya menjadi Menteri Besar.


4. Malangnya, pihak-pihak dan individu-individu tersebut tidak mengetahui bahawa keluarga kami hanya mengenali Y.A.B MB selama lima tahun semasa arwah ayah saya menjadi Menteri Besar. Malangnya mereka juga tidak mengetahui bahawa selepas kematian arwah ayah saya pada tahun 2013, dan selepas Pilihanraya Kecil DUN Sungai Limau, kami sekeluarga telah diabaikan sepenuhnya oleh pihak Y.A.B MB. Walaupun kami sekeluarga telah memberikan sokongan penuh kepada calon PAS sehingga beliau memenangi Pilihanraya Kecil tersebut. Malah ibu tiri dan adik-beradik sebapa saya sanggup keluar dari rumah yang disewa oleh arwah ayah saya sejak tahun 1995 kerana pihak Y.A.B MB ingin menjadikan rumah tersebut sebagai markas untuk menempatkan petugas-petugas pilihanraya walaupun pada ketika itu, ibu tiri saya masih di dalam tempoh Iddah ketika itu.


5. Pada bulan Jun 2020, pihak Y.A.B MB telah bersetuju untuk bertemu ibu saya di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur, pihak Y.A.B MB bertemu kami di lobi dan kami menyampaikan ucapan tahniah dan memaklumkan bahawa ramai pihak telah bertemu dengan kami dan memohon bantuan kami untuk mengaturkan perjumpaan dengan Y.A.B MB. Pada masa itu, saya tidak pasti samada Y.A.B MB dengan sengaja ataupun tidak sengaja telah menghina keluarga kami.


6. Pada bulan September 2020, satu program wawancara telah dianjurkan oleh The Ummah Talk dengan kerjasama Sinar Harian untuk memperingati Arwah ayah saya. Di mana panel jemputan pihak penganjur adalah Dato’ Seri Mukhriz, Dato’ Taulan Rasul (bekas ADUN PAS dari tahun 1999-2013) dan diri saya sendiri. 

Saya telah menghadiri program tersebut, dan malangnya saya telah dimaklumkan bahawa pihak Y.A.B MB ada mengganggu ibu saya kerana saya telah hadir program tersebut.


Saya ingin menegaskan disini, bahawa pihak yang dijemput adalah saya dan bukannya ibu saya. Tindakan Y.A.B MB menganggu ibu saya adalah tindakan kebudak-budakan dan sangat tidak matang. Saya seorang dewasa yang mana saya boleh berfikir sendiri dan seharusnya Y.A.B MB boleh menghubungi saya secara terus.


7. Yang Amat Berhormat MB, saya dengan rasa rendah diri dan hina, memohon Y.A.B MB memohon maaf secara terbuka atau tertutup kepada saya dan ibu saya. Ibu saya bukanlah orang politik tetapi dia hanyalah isteri orang politik.


Kedua, saya memohon Y.A.B MB menasihatkan pimpinan PAS Kedah khususnya Pesuruhjaya Ustaz Ahmad Yahya untuk memohon maaf kepada saya secara terbuka kerana telah mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah di Harakah pada 27 September 2020, “Pas Kedah kesal dengan sikap individu tertentu yang cuba mengambil kesempatan di atas ketokohan Ustaz Azizan walhal ketika hayatnya pihak berkenaan menjadi penentangnya.”


https://harakahdaily.net/index.php/2020/09/27/dulu-lawan-perjuangan-ustaz-azizan-ahmad-yahaya/


Seharusnya pimpinan-pimpinan PAS Kedah datang berjumpa dan bertanya kepada saya sendiri, bukan dengan cara menyerang saya secara fitnah dan memalukan parti yang mendakwa membawa perjuangan Islam. Saya ingin menegaskan disini, saya hanya menyertai forum mengenai arwah ayah saya, bukanlah saya meninggalkan agama Islam.


8. Tujuan saya menulis warkah ini adalah untuk memberi teguran dan peringatan kerana itu adalah hak saya sebagai rakyat Kedah, sebagai anak Ustaz Azizan dan saya masih sayangkan ahli-ahli PAS yang sanggup menghabiskan masa, harta dan tenaga untuk memperjuangkan parti, tetapi malangnya bagi ahli-ahli tersebut kerana mempunyai pimpinan-pimpinan atasan PAS Kedah yang seolah-olah riak dan bongkak setelah menjadi kerajaan negeri hasil rampasan kuasa. Semasa ayah saya menjadi MB, pelbagai lapisan masyarakat termasuklah orang UMNO datang menziarahi arwah ayah saya dan beliau cuba sedaya upaya untuk melayani mereka. Sikap Y.A.B MB sebegini membuatkan Y.A.B MB tidak layak digelar anak didik Ustaz Azizan. 


9. Kepada rakyat Kedah, sekiranya saya sekeluarga waris arwah Ustaz Azizan telah dilayan oleh Y.A.B MB sebagai “paria”,  saya yakin Y.A.B MB hanya akan melayan dan membantu rakyat sekiranya dapat memberi kepentingan politik kepada Y.A.B MB.


10. Saya memohon maaf sekiranya warkah ini kasar dan mengguris hati Y.A.B MB, tetapi saya mengambil prinsip berani kerana benar dan saya tidak mahu sikap dan tindak tanduk Y.A.B MB merosakkan nama baik arwah ayah saya.


11. Yang Amat Berhormat MB, ingatlah ayat ini; Surah Al-Imran ayat 26 yang bermaksud “Say: ‘O Allah, Lord of all dominion! You give dominion to whom You will, and take away dominion from whom You will, and You exalt whom You will, and abase whom You will. In Your Hand is all good. Surely You are All-Power-ful.”

    

Sekian, terima kasih. Semoga pihak Y.A.B MB bertaubatlah sebelum bertemu dengan Maha Pencipta.


Ahmad Faiq bin Azizan


#FaiqAzizan



SETELAH KES DIBAWA KE MAHKAMAH, KINI GILIRAN DR AKMAL TUNJUK ISLAM ITU PEMAAF


Pelbagai pihak kini mula bersuara agar Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh menghentikan kecaman dan pemboikoitan terhadap KK Mart.


Ini berikutan pihak berkuasa sudah bertindak terhadap mereka yang terbabit menghina kalimah Allah, termasuk mendakwa di mahkamah tauke KK Mart dan pembekal stoking bertulis kalimah Allah itu.


Saya sendiri sebelum ini menyokong tindakan Dr Akmal dalam isu kalimah Allah ini atas sandaran itulah yang sepatutnya dilakukan oleh orang Islam dalam mempertahankan kesucian agama Islam daripada sebarang penghinaan.


Tetapi kini, setelah semua tindakan yang wajar telah diambil oleh pihak berkuasa, saya juga ridak terkecuali merasakan kecaman dan pemboikotan tidak wajar diteruskan lagi rerhadap KK Mart.


Dr Akmal harus berhenti mengecam dan menyeru pemboikotan yang berpanjangan terhadap KK Mart.


Meneruskan kecaman dan menyeru pemboikoitan diteruskan terhadap KK Mart lebih menunjukkan Dr Akmal ingin memperlihatkan Islam itu agama yang tidak pemaaf dan ingin bermusuhan dengan bukan Islam sampai ke liang kubur.


Saya yakin bukan begitu ajaran Islam dan keindahannya yang diajar kepada kita kerana salah satu ciri penting dalam agama itu sendiri saling maaf-memaafkan.


Lagi pula, setelah tauke KK Mart dan pembekal stoking itu didakwa di mahkamah, manakala sebelum ini mereka sudah pun meminta maaf, apa lagi yang dimahukan oleh Dr Akmal daripada mereka itu?


Kalau berterusan mengecam dan memboikot KK Mart, apa untungnya kepada kepada agama Islam?


Apa juga untungnya kepada UMNO?


Sekarang Dr Akmal harus lebih berjiwa besar dengan turut memikirkan nasih lebih 60 peratus pekerja beragama Islam yang bekerja dan mencari rezeki dengan KK Mart.


Isu stoking kalimah Allah ini sudah dikira selesai sekarang apabila beberapa tindakan telah diambil oleh pihak berkuasa, khususnya mendakwa tauke KK Mart dan pembekal stoking kalimah Allah di mahkamah.


Tiada tindakan lebih daripada itu boleh dilakukan ke atas KK Mart, pembekal dan mereka yang terlibat dalam menghina kalimah Allah.


Memanjangkannya lagi hanya akan memburukkan hubungan antara Islam dengan bukan Islam dan Melayu dengan bukan Melayu di negara ini.


Yang penting, untuk terus ke depan, Islam itu mesti diperlihatkan bersifat pemaaf dan Dr Akmal kini berfanggungjawab memuliakan semula kedudukan Islam dengan menunjukkan sikap pemaaf dan menghentikan semua kecaman serta pemboikotan terhadap KK Mart.


Dr Akmal sudah dikira berjaya dalam perjuangannya, malah kita bangga dengan ketegasannya sebelum ini.


Tetapi kini masa untuk berhenti sudah tiba dan jangan dutangguhkan lagi.


Semua kita, termasuk bukan Islam sudah belajar daripada isu ini dan kini kita semua perlu membina semula negara ini melalui kepelbagaian yang sedia ada dengan penuh harmoni seperti sebelumnya. – ShahbudinHusin 27/03/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/03/27/setelah-kes-dibawa-ke-mahkamah-kini-giliran-dr-akmal-tunjuk-islam-itu-pemaaf.html



KEH.. KEH.. KEH.. MAN LOMPAT



 Ooo..MP PN rupanya jadi pengarah Kedah Agro Holding..padan lah lingkup...

Heheheee...

😆😆😆😆



JANGAN PUSING WAHAI NUSI


Najib Bakar




 Bekas staf Head of Finance Kedah Agro Holdings dedahkan hal Sanusi dan gaji yang berbulan tak dibayar.


Dia guna akaun betul, bukannya surat layang atau fake profile.


Dia geram sebab Nusi macam nak lepas tangan, siap kata Kedah Agro tu lintah darat, tak patut dibayar gaji.


Wei, 24 orang dah tak dapat gaji 9 bulan. Zaman hang jadi MB la.


Dia siap kata Nusi memang placing ramai geng-geng dia dalam GLC, gaji besaq, tapi tak reti buat kerja apa.


Daripada overhead syarikat cuma bayar RM20,000 sebulan, mai pulun puak-puak Nusi, overhead syarikat jadi RM100,000.


Perabih beras ja.


Dia sebut juga tentang Nusi balaih balak dan terajang orang walaupun baru balik dari Mekah masa zaman Ustaz Azizan jadi MB.


Sanusi sentap, nak saman.


Teringat kisah Ford Raptor, Nini Siron. 


Lepas dikantoikan Nini Siron yang Sanusi langgar PKP, Sanusi dan Setiausaha Politik dia ketika itu (la ni Ahli Parlimen Alor Setar), kerahkan cytro-cytro depa attack Nini Siron.


Macam-macam makian ugutan. Nini Siron pun sama diugut dengan "see u in court". Depa kata Nini Siron fitnah. Screenshot status depa pun orang masih simpan.


Apa jadi akhirnya?


Nusi kena kompaun lepas polis siasat. Ada bukti CCTV Nusi langgar PKP, dia pi test drive Ford Raptor di Juru, Pulau Pinang.


La ni? Ugut nak saman bekas Head of Finance Kedah Agro pulak.


Heh. Sempoi la sangat.


*Status bekas staf Head of Finance Kedah Agro ada di ruangan komen.