Pembenci Madey bukan pentaksub Anwar

 

Ex-Malaysia PM Mahathir Mohamad expelled from own political party |  Malaysia News | Al Jazeera



Pembenci Madey bukan pentaksub Anwar

Kepada mereka yang menyangka pembenci Mahathir adalah pentaksub DS Anwar, silalah fahamkan hakikat sebenar.

Kami membenci Mahathir bukan kerana kami taksub kepada DS Anwar. Kami benci Mahathir kerana kami cerdik.

Untuk pengetahuan kamu, DS Anwar teruk dimaki selepas Mahathir letakkan jawatan kerana masih mahu memujuk Mahathir untuk bersama PH.

Aku pernah tulis, sebenarnya bukan kemi yang ikut cakap DS Anwar, tapi DS Anwar yang ikut cakap kami. Adakah DS Anwar pentaksub kami?

Kami bencikan Mahathir kerana kami rasakan diri kami ditipu. Kerana kami yakin Mahathir adalah kepala pengkhianat PH.

Tak seperti Mahathir yang selalu menghamburkan kata-kata keji terhadap DS Anwar, DS Anwar amat jarang menyentuh soal Mahathir.

Apa lagi menghina Mahathir secara terbuka seperti mana yang dilakukan oleh Mahathir terhadap dirinya. Jadi tak payahlah reka cerita.

Kami tak mungkin akan suka Mahathir lagi. Kami dah terbiasa membencinya. Suka kami kepadanya ketika dia jadi PM adalah suka yang terpaksa.

Kerana kami mahu menjaga keutuhan PH. Kerana kami sayangi kemenangan itu. Jika tahu dia akan khianat, sumpah kami takkan suka padanya. Pura-pura pun tidak.

Kepada khadam Mahathir, berhentilah mencari salah DS Anwar. Kerana semakin kamu buat, semakin bodoh kamu terlihat.

KAU BUDAK SIAPA? KENAPA JUMPA ANWAR

 KAU BUDAK SIAPA? KENAPA JUMPA ANWAR? 

Image may contain: text that says "KEADILAN UNTUK SEMUA"


1. Minta bantuan dengan YB Jimmy, jadi budak YB Jimmy. Bergambar dengan YB Shamsul, jadi budak YB Shamsul. Berjumpa dengan YB Amiruddin Shari, jadi budak Menteri Besar Selangor. 


2. Pakai baju hitam pula, jadi budak Farhash. Jika berkerjasama dengan Ketua Wanita, adakah saya berjantina lelaki ini akan bertukar menjadi wanita? 


3. Apabila berjumpa Presiden YB Anwar Ibrahim, tak muncul pula gelaran 'orang Anwar' kepada kita. Tertunggu-tunggu juga. 


4. Saya tidak faham mengapa begitu mudah melabel orang lain? Kenapa sempit sangat pemikiran? Takkan ini saja tahap pemikiran sebahagian pemimpin kita? 


5. Adakah menjadi satu kesalahan berjumpa dengan pemimpin parti sendiri? Sampaikan sekarang ini kalau kita berjumpa dengan Anwar Ibrahim di Bukit Gasing pun orang marah. Saya naik bingung.  


6. Habis tu jumpa siapa baru jadi betul? Mahu jumpa pemimpin dalam kelompok kecil itu jangankan telefon, whatsapp pun tak berbalas.


7. Apa kena dengan parti ini?


8. Disebabkan itu, apa yang anggota parti nampak adalah kelompok kecil ini merasakan hanya diri mereka saja yang betul, hanya mereka saja yang berjuang, hanya mereka saja layak duduk dalam parti, hanya mereka saja yang bermati-matian membela Presiden Parti dan hanya mereka sahaja boleh berjumpa Presiden Parti. 


9. Orang lain yang tidak sekepala dengan mereka semuanya dianggap tak layak dan sentiasa salah. 


10. Cukuplah dengan perpecahan yang telah berlaku sebelum ini. Jadikan ianya satu pengajaran di masa hadapan. Sesekali toleh ke belakang tujuan berhati-hati tak salah tetapi janganlah langsung tak pandang depan sehingga jatuh masuk ke dalam longkang. 


11. Tidakkah mereka tahu bahawa perjuangan tidak terletak pada siapa kita jumpa atau baju warna apa kita sarung. Perjuangan sebenar terletak di dalam hati, semangat dan dibina atas idealisma. 


12. Pemimpin parti juga perlu sedar bahawa parti ini hanya akan dapat mengembangkan pengaruhnya jika mereka bergaul, bercampur dan menyantuni semua lapisan masyarakat, tidak kira ideologi, umur, kaum dan agama. 


13. Selain itu, untuk kekal relevan dalam arena politik, pemimpin parti perlu mengamalkan demokrasi. Di mana amalan menghormati perbezaan pandangan dan meraikan kepelbagaian idea diterapkan. 


14. Keadilan sebuah parti yang besar, jadi tolonglah jangan buat parti ini seperti milik golongan tertentu saja. Jadikan parti ini lebih inklusif bukan ekslusif. Tak kiralah kau budak siapa pun. Bercampurlah dengan semua orang. Mesra dengan semua anggota parti. 


15. Tabiat label melabel perlu ditinggalkan. Tabiat sombong juga wajib ditinggalkan. Kedua-dua tabiat ini buruk dan bukannya sihat pun untuk parti malah boleh mengundang perpecahan. 


16. Berubahlah, itu pun jika kita mahu melihat parti ini terus maju ke depan.


Ikhlas,


FAEZUDDIN PUAD

Ketua AMK Pulai



Pelabur lebih suka ke Indon, Vietnam berbanding Malaysia


Agenda tersembunyi' Kementerian Kewangan akan didedah esok - NTH Qibord

Pelabur lebih suka ke Indon, Vietnam berbanding Malaysia

Prospek pertumbuhan jangka panjang yang lebih baik, iklim pelaburan yang menarik, dan dasar konsisten antara sebab yang mendorong pelabur antarabangsa memilih negara ASEAN lain berbanding Malaysia, kata seorang ahli ekonomi.
Bercakap kepada FMT, profesor ekonomi di Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, turut berkata kestabilan politik, tadbir urus yang baik, rasuah yang rendah, dan “usaha promosi terselaras dari peringkat tertinggi” sebagai beberapa faktor mengapa Singapura, Indonesia, dan Vietnam berjaya menarik pelaburan berprofil tinggi mutakhir ini.
Ketiga-tiga negara itu menerima lebih 80% daripada pelaburan langsung asing (FDI) AS$156 bilion ke negara-negara ASEAN tahun lalu, menurut agensi perdagangan PBB, UNCTAD. Hanya 5%, atau sekitar RM31.7 bilion (AS$7.8 bilion), ke Malaysia.

“Malaysia perlu meningkatkan prestasinya dalam semua ini yang menarik pelbagai jenis pelabur yang mencari kecekapan, mencari pasaran, dan mencari sumber,” kata Yeah kepada FMT.

Menyatakan usaha Indonesia dalam membasmi rasuah menghasilkan peningkatan mendadak pada ranking dunianya, Yeah juga berkata pemilihan semula Presiden Indonesia, Joko Widodo, tahun lalu “mencetuskan minat pelabur antarabangsa” terhadap pelan prasarana dan perindustriannya.
Yeah, bekas ketua kumpulan ahli ekonomi di agensi penarafan kredit RAM Holdings, juga berkata strategi promosi pelaburan yang terselaras di Indonesia membolehkan kerajaan republik itu “menguja syarikat global terkemuka” dengan pasaran yang besar dan berkembang sekitar 270 juta penduduk.
Tambahan pula, Yeah berkata potensi Indonesia untuk membangunkan sumber alam yang luas diperhatikan syarikat global yang mencari peluang pelaburan berasaskan sumber.
Yeah mengulas catatan bekas perdana menteri Najib Razak di Facebook baru-baru ini yang mengatakan terdapat kekurangan usaha untuk menarik pelabur asing dalam 2 tahun lalu.

Najib berkata syarikat gergasi teknologi AS seperti Tesla, Amazon, dan Google melihat Indonesia sebagai pilihan pelaburan dan mempersoalkan apa yang dibuat agensi pelaburan Malaysia untuk menarik FDI.
Walaupun FDI ke Malaysia meningkat 3.1% dari RM30.7 bilion pada 2018 kepada RM31.7 bilion pada 2019, ini penurunan yang ketara dari dua tahun sebelumnya. Malaysia melaporkan RM41 bilion pada 2017 dan RM47.2 bilion pada 2016.

Menyatakan negara mempunyai pejabat perdagangan, misi pelaburan, dan pelbagai kakitangan yang mempromosikan negara di luar negara, ahli ekonomi kanan di Malaysian Rating Corporation, Firdaos Rosli, tidak setuju agensi pelaburan Malaysia “tidak berbuat sehabis baik” untuk menarik pelaburan.
Jelas beliau, agensi pelaburan negara hanya menjalankan tugas dalam ruang peraturan sekarang.
“Apa kelebihan kita?” soal beliau. “Itu persoalannya”.
“Peraturan kita bagus untuk menarik pelaburan bernilai rendah. Tetapi apabila negara-negara lain juga menawarkan insentif yang sama, kita mengehadkan diri kepada bersaing di ruang yang kita akan kalah.”
Senada dengan Yeah mengenai betapa besarnya pasaran domestik Indonesia, Nazari Ismail dari Jabatan Strategi Perniagaan dan Dasar di Universiti Malaya menyifatkannya sebagai “sebab utama” pelabur antarabangsa masuk ke Indonesia – dengan kos operasi yang lebih rendah juga menjadi faktor utama.
“Indonesia mempunyai 267 juta penduduk, jadi tentunya sukar untuk menyaingi mereka dari segi potensi pasaran dan juga kos operasi,” katanya.
“Itulah sebabnya syarikat (Tesla, Amazon, dan Google) juga mengabaikan Singapura, yang jauh lebih mahal jika dibandingkan dengan Indonesia.
“Oleh itu, saya tidak akan menyalahkan kerajaan dalam isu ini kecuali jika anda juga mahu meningkatkan jumlah penduduk kita sebanyak Indonesia dan menurunkan gaji agar setanding mereka, di mana kedua-duanya bukan pilihan yang realistik.”




SILAP TULIH DAN PADAM BERMAKNA SUDAH INSAF GAMAKNYA

 Image may contain: text that says "Dr. Ustaz Rozaimi Ramle Hadith 58m Memadam artikel yang mengandungi kesalahan fakta atau anjuran maksiat adalah perkara biasa yang mungkin menunjukkan penulisnya sudah menyedan dosa atau kesilapannya. Tetapi memadam artikel yang baik seperti menentang judi yang jelas pengharamannya menimbulkan tanda tanya pada saya dan ramai orang. Moga ada alasan yang baik bagi mereka yang memadamnya. Dr Rozaimi Ramle #eror404"

LEBAI LEBAI NI KATA DEPA PELOPOR USAHA MENGHARAMKAN JUDI. DEPA HENTAM MUJAHID. LA NI DEPA HILANG PEE MANA TAK TAU...

 

No photo description available.

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF

Sebelum jadi menteri lebai Ahmad Marzuk Shaary Ustaz Ahmad Marzuk Shaary

kata PAS melopor usaha mengharamkan judi. Dia juga memetik yang menteri agama waktu itu ( Dr Mujahid) patut jadikan pengharaman judi sebagai komitment khas.

How the table turn. Macam mana Allah balikkan fitnah pada golongan ruwaibidhah. Waktu zaman PH, special draw di kurangkan secara berperingkat dari 22 ( BN) kepada (PH) 11 dan 8. Sudah tentu keputusan untuk mengurangkan special draw ini datang daripada keputusan kolektif kabinet yang Dr Mujahid dan LGE ada sekali.

Tapi bila PN naikan pula special draw jadi 22 kali sama macam zaman BN, Lebai Marzuk membisu, Menteri Kewangan Melayu Isle Zafrul senyap dan Menteri Agama PN tak bunyi apa dan siap endorse; Dan paling hina yang teguran itu datang dari DAP. Yang lebai lain semua senyap taat dan redha pada MCA. Walaun ingat lebai mereka akan haramkan judi, rupanya mereka lipat gandakan usaha judi dia Bumi Malaysia!

Tak cukup dengan arak yang jadi halal, ratu cantik pun halal dan di sokong kalau tukar nama, sujud pada berhala dalam kuil perkara kecil, makan daging tak sembelih bukan perkara serius, ini hendak di tambah azab dan murka Rabbi dengan judi special draw?

Sedangkan Allah dan Rasul telah isytihar perang pada judi dan arak rujuk pada tulisan Menteri Agama waktu di jadi Mufti https://www.muftiwp.gov.my/.../3619-bayan-linnas-siri-ke... .

Cuma nasihat saya, bagi walaun yang kecewa, mohon baca doa ini bagi lebai yang menipu:

Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah MEMATUH kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka MENYESATKAN kami dari jalan yang benar.

"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara DUA KALI GANDA, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

(Quran33:67-68)

 


KANTOI | PENDAPATAN DARIPADA CABUTAN KHAS NOMBOR EKOR RUPANYA DISUMBANG TERUS KEPADA AKTIVITI KERAJAAN…


No photo description available.

Saya dimaklumkan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

Mungkin ramai Yang Berhormat di sini tidak tahu; cabutan khas dimulakan pada tahun 1999 untuk membantu mangsa wabak virus Nipah ketika itu. Kerajaan pada masa itu mengizinkan syarikat judi mengadakan cabutan khas selain daripada tiga hari cabutan seminggu yang ditetapkan. Justeru, dalam setahun, ada 156 hari cabutan biasa dan, 22 hari cabutan khas.

Sebahagian besar pendapatan daripada cabutan khas ini disumbang terus kepada aktiviti kerajaan. Pada tahun 2017, kerajaan telah mengutip sebanyak RM238 juta melalui cabutan khas walaupun wabak virus Nipah pun sudah tiada lagi. Dalam aspek ini, kerajaan sebenarnya sedang mengutip cukai daripada golongan bawahan yang seringkali mencuba nasib mereka dalam aktiviti judi.

Majoriti yang terlibat dalam aktiviti perjudian ini juga merupakan golongan B40. Mereka mencuba nasib dalam aktiviti judi dengan harapan boleh memperoleh habuan lumayan. Ramai mereka yang menjadi ketagih kepada perjudian dan ini mengakibatkan masalah-masalah sosial yang lain. Mereka ini akan terus menerus mencuba nasib dengan cabutan khas.

Oleh itu, pada November 2018 Kerajaan Pakatan Harapan telah mengambil keputusan untuk mengurangkan kekerapan cabutan khas. Daripada 22 kali pada tahun 2018 yang ditetapkan oleh Kerajaan Barisan Nasional, kami mengurangkan jumlah cabutan khas kepada 11 kali sahaja pada tahun 2019, dan kekerapan cabutan khas terus dikurangkan lagi pada tahun 2020 kepada 8 kali sahaja setahun.

Malangnya, kerajaan Perikatan Nasional kini menambah kembali jumlah cabutan khas kepada tahap zaman Barisan Nasional.

Saya sarankan agar kerajaan ikut langkah kerajaan PH dulu dan kurangkan kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit.

 

31 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL

 

NAMPAKNYA SUASANA IKLIM POLITIK MACAM 

KEDENGARANNYA NAK BERUBAH.

BERUBAH KE ARAH LEBIH BAIK.

SILA TEKAN   >     UNTUK MEMBACA BERITA 

AWAL..SOKONGAN ANDA DIUCAPKAN 

RIBUAN    TERIMA KASIH. NAK HARAP PUAK LEBAI 

NI.........PEMBOHONG LEBIH BANYAK DARI BETOI

Image may contain: 2 people, text that says "ORANG HILANG DULU MASA JADI PEMBANGKANG DIA KATA SEMUA BENTUK JUDI DITENTANG OLEH SEMUA AGAMA DAN MENGGESA KERAJAAN UNTUK HAPUSKAN TERUS SEMUA JENIS PERJUDIAN KERANA HANYA UNTUNGKAN TOKEY2. SEKARANG DIA MENTERI UNDANG2, TAK BUNYI LANGSUNG PASAL JUDI EKOR BILA NAIK KE 22 KALI BERBANDING 8 KALI PADA ZAMAN PH."



SEORANG LAGI PEMIMPIN UMNO SANGGAH ANNUAR MUSA

 

Maaf ya. Biasanya kalau beza sesama sendiri kita hanya bercakap dalam bilik. Oleh kerana 2020 dah nak tutup tirai rasanya nak ikut sama sembang di serambi. Biarlah jiran dengar.

Sejak PRU ke 14 berlaku 12 pilihanraya kecil. 7 daripadanya BN menang. Walaupun tak ada kuasa. Tak ada sumber. Tak ada aparatus.

Tahun 2018 ada 4 PRK. Semua PH menang. Sg Kandis, Seri Setia, Balakong dan Port Dickson.

Tahun 2019 ada 5 PRK. 4 BN menang dan 1 PH-DAP.

BN menang Cameron Highland, Semenyih, Rantau dan Tg Piai. PH menang Sandakan.

Tahun 2020. Ada 3 PRK. Semua BN menang. Kimanis, Chini dan Slim.

Paling klasik di Tg Piai lawan PPBM. Menang lebih 15 ribu majoriti. Begitu juga di Semenyih lawan PPBM yg memerintah.

Sabah kita tak nak bincang di sini. Agak kompleks namun sebagai parti tunggal, Umno lebih banyak di kalangan yg menerajui kerajaan negeri sekarang.

Rakyat sedang memerhatikan kita. Mereka sangat bijak membuat keputusan. Sumber dan aparatus ada peranannya tetapi tidak segalanya.

Banyak lagi faktor yang menentukan kepercayaan mereka kepada kita atau sesiapa. Mungkin yang lepas ada kelemahan kita, namun selepas kita mereka mula buat perbandingan.

PH hanya kuat dalam tahun pertama mereka memerintah. Itu tahun “honey moon”. Lepas tu rakyat buat perbandingan. Bila kena sumbat 5 gol berturut2 mereka kucar kacir. Rumah tangga PH runtuh.

Sekarang pun rakyat masih memerhatikan kita. Bukan bagaimana kita gunakan sumber dan aparatus tapi bagaimana kita menjaga amanah untuk berikan yang terbaik untuk mereka.

Apa-apa pun boleh berlaku.

AHMAD SHABERY CHEEK

Bekas Menteri dan bekas Ahli Parlimen Kemaman.



LAGI SEKOR HILANG TAK JUMPA:KALAU JUMPA HUBUNGI BALAI RAYA BERDEKATAN-BOB KELANANG

 Image may contain: 2 people, text that says "ORANG HILANG DULU MASA JADI PEMBANGKANG DIA ΚΑΤΑ PENGUATKUASAAN DAN UNDANG-UNDANG LEMAH, MINTA JANGAN LULUSKAN PREMIS JUDI. SEKARANG DAH JADI KERAJAAN TAK DENGAR PUN DIA BUNYI PASAL JUDI BILA KERAJAAN PN TAMBAH JUDI EKOR KE 22 KALI SETAHUN BERBANDING 8 KALI SEBELUMNYA PADA ZAMAN PH."

MAKLUMAT ORANG HILANG. SILA HUBUNGI: 011-32189640 jika terjumpa.

 Image may contain: 2 people, text that says "ORANG HILANG DULU MASA JADI PEMBANGKANG DIA KATA SEMUA BENTUK JUDI DITENTANG OLEH SEMUA AGAMA DAN MENGGESA KERAJAAN UNTUK HAPUSKAN TERUS SEMUA JENIS PERJUDIAN KERANA HANYA UNTUNGKAN TOKEY2. SEKARANG DIA MENTERI UNDANG2, TAK BUNYI LANGSUNG PASAL JUDI EKOR BILA NAIK KE 22 KALI BERBANDING 8 KALI PADA ZAMAN PH."

GEMPAR | Pinarello ganti basikal KJ yang berharga RM45 ribu !!!

 

BOB KELANANG


GEMPAR | Pinarello ganti basikal KJ yang berharga RM45 ribu !!!

JKR minta maaf. Tapi yang lebih menarik ialah syarikat basikal ganti basikal baru.

Baru kita tahu basikal yang digunakan Menteri berharga 45 ribu ringgit. Harga rumah murah.

Rakyat beli rumah 45 ribu ringgit tempat berteduh sepanjang hayat. Menteri hanya untuk kayuh aja.

Sang Kelembai (zmy)

 Image may contain: 1 person, text that says "BORNEO GHOST BorneoGhost Online Italian premium bicycle maker @Pinarello UK has extended their regret and apologies to Minister of Science @Khairyk and since offereda full replacement of his MYR45,000++ Dogma F10, after his mishap at Kuala Langat Pinarello wishes the MP a speedy recovery. Karak Kuanta Kuantayg Kuala pur PINAREL PINARELLO"

TRY CLICK KALAU TAK PERCAYA- LEBAI PUNYA RAMALAN

 Selepas judi, mungkin zon pelacur selamat pula

Acu cuba try click link tu

Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Nik Mohamad Abduh

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man.


Selepas judi, mungkin zon pelacur selamat pula
HARAKAHDAILY.NET
Selepas judi, mungkin zon pelacur selamat pula
Harakahdaily
Image may contain: text that says "4.1 7:43 Harakahdaily 17:44 Hd Harakahdaily 18 May 2010 at11:57 harakahdaily.net 404 Not Found Selepas judi, mungkin zon pelacur selamat pula nginx HARAKAHDAILY.NET Selepas judi, mungkin zon pelacur selamat pula Like Comment Share View previous comments... Firdaus Rosli Write a comment..."








KATAKAN TIDAK PADA MAHATHIR.

 

No need to apologise to Anwar, says Dr Mahathir | Free Malaysia Today

Bak kata Iswardy Morni , Anwar beri syarat "Puteri Gunung Ledang" kepada Mahathir jika mahu bersama PH dalam Grand Coalition.  Anwar kata, tiada masalah asalkan sanggup terima reform, tidak bobrok, tidak amalkan kronisma atau nepotisma dan tinggalkan perangai lama.  Siapa yang kenal Mahathir, pasti tahu MUSTAHIL Mahathir akan tunduk kepada syarat Anwar sebab Mahathir sudah nyatakan baru-baru ini dia tidak perlu taat dan patuh kepada Anwar.  Kedua, apakah masuk akal Mahathir setuju dengan reform?  22 Bulan dia jadi PM, bunga-bunga reform pun tidak nampak bahkan yang nampak sikap dia yang ego dan munafik yang telah mencemarkan imej PH.

Maka, tindakan Anwar yang telah memerangkap Mahathir itu patut dipuji.  Mahathir silap orang untuk bertempur.

KATA KATA MUKHRIZ

Dalam program bicara semlm, Mukhriz kata negara perlu kepimpinan muda. Dia lupa ke, dalam negara kita ini ada makhluk tua yang dah jadi PM dua kali, masih bercakap nak jadi PM kali ketiga, bahkan makhluk tua dari langkawi ini juga sanggup musnahkan PH hanya untuk jadi PM kerajaan perpaduan yang beliau idamkan? Mukhriz kenal tak siapa makhluk tua bangsat tu? Aku harap pimpinan Keadilan jangan lupa makhluk ini. Pimpinan parti lain nak sembah dia, lantak pi lah...

OT95 TAK AKAN TUNDUK

Mahathir dah kata, dia tak perlu patuh dan taat kepada Anwar selaku Ketua Pembangkang atau Pengerusi PH.

Ini peluang baik. Anwar pun 'offer" kat Mahathir, Kalau mahu join PH, mesti terima prinsip dan reform yang akan dibawa oleh PH dan jangan ulang perangai buruk yang lama.

Korang agak Mahathir yang terkenal dgn egonya dan telah berjanji tidak akan patuh kepada Anwar, akan terima tak syarat Anwar? Kompom tidak, kan? Maka...kita semua akan selamat dari sang saka.....

Bijak tak Anwar? Haha....Tentu la bijak.....

 


WFAUZDIN NS



PANAS!! | MENTERI AGAMA, MUFTI, ULAMAK TAK TAKUT KER MAKAN GAJI HARAM..??



Semua orang pakat resah pasal kartel daging haram... seolah-olah termakan daging haram ini satu dosa yang amat besar… tak payah risau lah... kalau termakan pun, konsep dosa ni... hatta seseorang jahil hatta tidak sedar, terlupa akan kesalahan dia, ianya dimaafkan… tu sebab dalam Surah Al Fathir ayat ke 18 menyebut...


ÙˆَÙ„َا تَزِرُ ÙˆَازِرَØ©ٌ Ùˆِزْرَ Ø£ُØ®ْرَÙ‰ٰ

“Dan (ketahuilah) bahawa seorang pemikul itu tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain dan jika berat tanggungannya (dengan dosa)...

Jadi beban dosa itu atas pemerintah dan hat orang bertanggung jawablah... termasuk depa yang makan rasuah tu… disebutkan jelas dalam hadis Nabi SAW...

Jadi sapa yang perlu risau ?

Yang perlu risau bukan yang termakan daging unta, daging kuda atau daging kanggaroo. Yang perlu dirisaukan yang sengaja pi makan hasil DAN gaji haram yang bukan dari hak dia… apalagi dari perbuatan merampas seperti merampas sebuah Kerajaan!!


الْØ£َÙŠْدِÙŠ الْÙ…ُتَرَتِّبَØ©ُ عَÙ„َÙ‰ ÙŠَدِ الْغَاصِبِ ÙƒُÙ„ِّÙ‡َا Ø£َÙŠْدِÙŠْ ضَÙ…َانٍ..

“Tangan-tangan yang muncul di atas tangan perampas semuanya adalah tangan tanggungan (dosa-dosa)...”

Jadi yang perlu risau, orang Agama, Mufti, Ulama yang sengaja makan gaji haram... ada yang makan gaji buta jadi Menteri... ada makan gaji buta jadi Duta Timur Tengah, ada yang jadi Senator DAN ada Mufti yang makan gaji buta tetapi berpolitik…

Jadi yang patut dirisaukan esok dihari perhitungan,  seseorang Mufti yang dibayar untuk kerja-kerja Agama... tetapi dia menghasut DAN berpolitik,  apalagi merosakkan negara.  Mufti yang makan gaji haram ni jauh perlu dibimbangkan dari termakan daging kuda ATAU kanggaroo... - Ipohmali,  edited by papa Bob


KALI INI DENGARLAH NASIHAT KU LI – UMNO BOLEH HIDUP TANPA BERSATU, TAPI BERSATU AKAN ‘MATI’ TANPA UMNO

 

Walaupun Tengku Razaleigh Hamzah merupakan Pengerusi Jemaah Penasihat UMNO, tetapi tidak pernah pun selama ini nasihatnya diminta, didengari atau dipedulikan oleh pucuk pimpinan parti itu.

Bahkan, kerana kedudukannya yang tiada fungsi itu, tiada sesiapa yang mengikutnya ketika beliau memutuskan untuk kembali bersama Tun Mahathir Mohamad atau ketika mengambil sikap berkecuali dalam mengundi Belanjawan 2021, baru-baru ini.

Tetapi, kali ini UMNO wajar sekali mendengar nasihat Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Nasihat Ku Li kali ini amat mudah – bukanlah suatu masalah jika UMNO akhirnya terpaksa membawa haluan sendiri menjelang PRU15 akan datang nanti.

“Mengapa tidak?

“Kita biasanya bergerak sendiri atas dasar yang ditentukan oleh BN. Dan segala bentuk tindakan kita merupakan bentuk berkebangsaan”, ujarnya.

Dengan sikap PAS yang semakin dilihat ‘menyebelahi’ Bersatu berbanding UMNO, Ku Li mengaku ia tidak dinafikan boleh menjejaskan peluang UMNO untuk kembali mengetuai kerajaan pusat.

“Tetapi kena ingat, sebelum ini pun kita tak bergantung kepada mereka. Kita bertanding atau menghadapi PRU sebagai BN.

“Dan kita menang banyak kerusi. Di sebelah selatan, tengah, Pantai Barat pun kita menang.

“Ini kekuatan yang telah dibuktikan oleh kita dalam PRU yang sudah-sudah,” jelasnya lagi.

Malah, tambah beliau, kekuatan UMNO melebihi parti-parti lain jika diukur daripada segi wakil dalam Parlimen, jumlah keahlian dan sokongan akar umbi.

Hanya saja, tegasnya, UMNO perlu memilih calon PRU15 yang boleh diterima masyarakat iaitu calon yang tidak banyak masalah, bertanggungjawab serta mampu berkhidmat dengan baik untuk menjaga kebajikan rakyat.

Ku Li seterusnya mengingatkan, meski UMNO menyokong kerajaan PN, ia bukan merupakan anggota PN.

Begitu juga, kata Ku Li lagi, sama ada UMNO akan bekerjasama dengan dengan PAS dalam MN atau turut bersama Bersatu untuk menghadapi PRU15 adalah hal yang belum lagi dimuktamadkan.

“Lagipun kita tak tahu sama ada bentuk kerjasama itu boleh diterima oleh pengundi atau sebaliknya,” kata beliau.

Dalam erti kata lain, oleh kerana banyak ketidaktentuan dalam hubungan dengan Pas dan Bersatu itu, maksud daripada nasihat Ku Li itu ialah UMNO harus bersiap sedia untuk bertanding atas kekuatan sendiri melalui BN.

Lebih penting lagi, persiapan itu, termasuk mengenal pasti calon-calon berwibawa dan boleh diterima mesti dimulakan sekarang dan tidak dilengah-lengahkan lagi.

Meski diakui bahawa bersama dengan Pas adalah pilihan terbaik bagi UMNO, tetapi jika Pas lebih condong kepada Bersatu, mungkin kerana terpesona dengan pelbagai nikmat jawatan yang diberikan oleh Muhyiddin Yassin, maka pilihan yang wajar ialah meninggalkan saja parti itu.

Biarlah Pas dan Bersatu hidup serta karam bersama kerana mementingkan habuan dunia daripada setiakawan yang mula dibina ketika sama-sama kecundang sebelum ini.

UMNO bagaimanapun tidak boleh sama sekali bersama dengan Pas dan Bersatu dalam waktu yang sama.

Ini kerana niat Bersatu adalah untuk “membunuh” UMNO, malah untuk bertanding dan kekal berkuasa pun, Bersatu mengharapkan ihsan dan pertolongan daripada UMNO.

Bersatu boleh dikata tiada kerusi yang stabil yang boleh menjamin kemenangan jika tanpa ada UMNO bersama mereka.

Jangankan untuk Kumpulan Hamzah Zainuddin dan Kumpulan Azmin Ali mengekalkan kemenangan di kerusi yang mereka bawa lari ke dalam Bersatu sekarang ini, Muhyiddin sendiri pun belum tentu boleh menang di Pagoh kalau bersendirian atau setakat bersama Pas saja.

Lagi pula, Pagoh dan semua kerusi Bersatu yang dimenangi mereka dalam PRU14 lalu memang asalnya adalah milik UMNO.

Maka, tiada masalah sebenarnya untuk UMNO merampas semua kerusi itu kembali.

Kata mudahnya – UMNO sentiasa boleh hidup tanpa Bersatu, tetapi Bersatu lebih mungkin akan “mati” jika tidak ditolong oleh UMNO.

Harus diingat, dalam PRU14 lalu, Bersatu menang juga kerana banyak dibantu PH, khususnya PKR dan DAP.


 (Shahbudindotcom 30/12/2020)