DENGAR SAMPAI HABIS : PERANAN MAHATHIR... PENDEDAHAN BERDEPAN SAIFUL DAN KEJATUHAN PAS PN... JUGA TAKIYUDDIN DAN SAMSURI BERJUMPA ANWAR..


 

PARTI PEROSAK UMAT ISLAM.


 

PUNYA MALASNYA RAKYAT MALAYSIA NI.. SAMPAIKAN NAK KELUARKAN IC PUN RASA PAYAH


 

KEH KEH KEH... KIOK. ARWAH NI DULU BAGUIH JA.. MASUK PAS KENA MAKI.


 

SEKOQ BADIGOL YANG PELAQ


 

NI MAHATHIR... HADI TEWAS DENGAN MAHATHIR HADI JUGA TEWAS DENGAN ANWAR


 

Ucapan PM Anwar Ibrahim ketika melawat ke Sumud Nusantara Command Center

PAS MP SHOWS THE BLACKNESS OF THE PEOPLE'S HEARTS, GRATEFUL FOR PAS' INS...



Pertikaian Ahli Parlimen Kapar, Dr Halimah Ali yang mendakwa penurunan enam sen petrol RON95 sebagai tidak membantu rakyat, menggambarkan ceteknya pemahaman pemimpin Pas itu tentang pentadbiran negara. Pemerhati politik, Jamzuri Ardani berkata, apa yang sedang dilakukan kerajaan adalah membanteras ketirisan subsidi negara, tanpa menjejaskan kehidupan rakyat. Kata beliau, itulah kejayaan besar yang sepatutnya difahami kerana 99 peratus rakyat dapat menikmati petrol pada kadar yang lebih rendah di samping membanteras ketirisan subsidi. “Hakikatnya, 99% rakyat masih dapat menikmati harga petrol yang sedikit lebih murah berbanding sebelum ini, tetapi ketirisan berjumlah bilion ringgit dapat dihentikan. “Ketirisan subsidi akibat penggunaan oleh warga asing, ketirisan subsidi akibat penyeludupan, dan ketirisan subsidi akibat penggunaan berlebihan oleh golongan kaya dan mahakaya. “Inilah kejayaan besar kerajaan madani yang MP Kapar tidak mahu rakyat tahu. Lalu isu picisan yang diperbesarkan,” katanya dalam satu ulasan di Facebook. Pada masa sama beliau menyifatkan adalah rugi untuk negara mempunyai Ahli Parlimen yang berfikiran seperti pemimpin Pas tersebut. Terdahulu, Halimah mendakwa penurunan enam sen harga petrol menerusi inisiatif Budi Madani RON95 (BUDI95) sebagai kecil dan tidak memberi impak ketara kepada ekonomi rakyat. Dakwanya juga, langkah pengurangan harga minyak menerusi BUDI95 lebih bersifat kosmetik daripada dasar ekonomi yang menyeluruh. Ia juga dianggap tidak menyelesaikan isu pokok seperti ketirisan subsidi, ketergantungan import makanan atau kegagalan kerajaan mengawal kenaikan harga barang.







TENGOK KE KETA HEBAT LA ORANGNYA......MMMMM....


 Alif Jamil


Pakai Honda ketam enjin 2.0 pon tidak menjanjikan otak tuan empunya kereta tu pandai. 





Sepatutnya kalu dah pakai kereta besar cc besar, dia dah tak perlu sibuk soal subsidi minyak nih.. 


Ini tidak , dia pulak yg lebih laju lutut dari otak. 


Tujuan kerajaan letak syarat IC & lesen tu mmg untuk tapis ketirisan supaya subsidi hanya dinikmati rakyat Malaysia, bukan warga asing dan bukan juga kartel seludup minyak lintas sempadan. 


Kuota 300 liter pula bukan suka², ia berdasarkan kajian purata kegunaan majoriti rakyat. 


Kalau kereta biasa isi seminggu RM60–70, sebulan pun tak habis lagi 300 liter.


Siap boleh bawak berjalan weekend pon lagi. 


Dan mekanisma untuk 300 liter ini bukannya kekal selamanya. 


Sampai masa nanti kerajaan Madani boleh pertimbang untuk tambah lagi bila sistem dah stabil, kebocoran subsidi berjaya ditutup dan kedudukan fiskal negara lebih kukuh. 


Pokok asasnya, apabila ketirisan berjuta² liter yg selama ni disedut penyeludup dapat disekat, ruang itu boleh dipulangkan semula kpd rakyat dalam bentuk tambahan kuota atau penjimatan subsidi disektor² lain.


Masalah sistem down tu perkara biasa bila sistem baru dilancar.


Sistem banking online pun selalu je jadi macam tu. Kena bagi masa sikit untuk stabil.


Ini baru je peringkat permulaan, tapi dia punya kalut mcm dia tu miskin papakedana sangat dah.




Nasihat Buat Penjawat Awam:

 


Nasihat Buat Penjawat Awam:

JANGAN MASUK PENJARA



Saya menerima mesej daripada seorang rakan yang baru sahaja selesai menjalani parole dan dibebaskan sepenuhnya dari penjara:


“Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, I have just completed my parole dan baru sahaja dibebaskan today. TQVM for all your support. Semoga Allah melindungi dan memberkati kehidupan kita semua. Aamiin ya Rabbal A‘alamin. Just FYI. Thanks.”


Beliau dijatuhi hukuman 18 bulan penjara, namun diberi pelepasan selepas menjalani satu pertiga tempoh hukuman. Hari ini, beliau akhirnya bebas sepenuhnya.


Apabila saya tanyakan pengalamannya di dalam penjara, jawab beliau ringkas tetapi penuh makna:


“Jangan sekali-kali masuk penjara kerana ia ‘hell on earth’.”


Ya, penjara adalah neraka dunia. 


Saya tidak akan dedahkan punca beliau dipenjara, namun pesannya kepada penjawat awam cukup jelas:


   •   “Do not trust anybody.”

   •   “Follow your conscience.”

   •   “Always protect yourself with all documents and make sure you know what you sign.”


   •   “Jangan percaya sesiapa.”

   •   “Ikut kata hati/nurani anda.”

   •   “Sentiasa lindungi diri anda dengan semua dokumen dan pastikan anda tahu apa yang anda tandatangani.”


Ramai akan cuba menggunakan kuasa anda, dan akhirnya menjadikan anda kambing hitam. 


Pesan beliau berulang kali:

“Be smart and do not trust anybody.”


Semasa menjalani hukuman, beliau bertemu ramai bekas penjawat awam lain yang turut merengkok dalam penjara. 


Lebih perit, beliau sudah berhabis lebih RM250,000 untuk kos guaman, tetapi akhirnya tetap disabitkan kesalahan. 


Katanya dengan pahit, “My lawyers are laughing all the way to the bank.”


Moral of the Story


Sebagai seorang bekas penjawat awam, ini nasihat saya:


1. Ikut kata hati nurani dan jangan percaya sesiapa 100%. Sentiasa gunakan kebijaksanaan anda.


2. Jika anda pegawai ‘MELULUSKAN’, jangan sekali-kali meluluskan tender, sebut harga, atau apa-apa permohonan melibatkan SAUDARA sendiri.


Ramai tidak sedar ini satu kesalahan serius yang boleh menyebabkan sabitan jenayah.


Jika anda ahli jawatankuasa, declare kepentingan anda dan keluar dari mesyuarat (perlu diminitkan).


SAUDARA bermaksud: ibu bapa, datuk/nenek, anak, adik-beradik, anak saudara, suami/isteri, sepupu, cucu, cucu saudara, pak/mak saudara, dan menantu.


3. Lindungi diri dengan dokumen.

Pastikan anda benar-benar faham setiap dokumen sebelum menandatangani.


4. Segala keputusan berisiko kewangan mesti dibuat oleh jawatankuasa, bukan seorang individu.


5. Jangan sesekali memecah kecil perolehan bagi item yang sama semata-mata untuk elak proses sebutharga atau tender. 


Kecuali dengan kelulusan rasmi Kementerian Kewangan atau Pegawai Kewangan Negeri.


Wallahu a‘lam.


Ir. Hj. Zainuddin Bin Hj. Omar

FB: Zainuddin Omar


*Three Sisters waterfall, Long San Sarawak.



BAB INI KENA UBAH..KEBARANGKALIAN SILAP ITU BANYAK. SEBAB KENA KIRA BAKI TU AGAK LAMBAT. BUKAN SEMUA JAGA PAM BIJAK MATEMATIK TU.

 


Malam tadi tuang minyak BUDI pertama kali. Ada 2 mende yg saya perasan: 






1- Saya hampir Pengsan Berdiri sebab dekat pam minyak kena caj RM2.60 seliter (RM142/54 liter) padahal dah masuk & sah mykad. 


2- Terus (Bini) saya serang kaunter bertalu2 macam Makcik Petir. Rupa2nya dekat pam memang dia tulis mcm tu, tapi dia akan bagi resit subsidi utk amaun sebenar yg akan di tolak.


Ingatkan siap2 dia tolak kat pam. Kenapa kena buat kerja 2 kali, kan konpius tu?


Ke saya sorang je yg Konpius Berdiri mcm ni? 


AZRIL BAHAMAN 

Pengasas Klasik Mercedes Malaysia

Pencetus Arghh Pergh Pengsan Berdiri!




HAI HADI AWANG... BOLEH TAK JANGAN HIPOKRIT DALAM ISU TRUMP? FADLI UCAP TAHNIAH LAGU MANA PULOK.... TAK JADI SETANG KE?


Sham Ghaz 


Trump; posting terbaru TG Abdul Hadi Awang Presiden Pas kata ajak Trump seolah olah Kerajaan Malaysia ni nak berkawan dengan Syaitan.





SEKEJAP DIA KATA BERKECUALI... HAI NAK AMBIL HATI KE? AIKKK... SETANG PULOKKK... MANA SATU NI HADI? 


Tapi yang peliknya, Ketua Penerangan PAS Malaysia Fadhli Shaari antara yang ucap TAHNIAH bila Trump mula mula menang Pilihanraya Presiden di Amerika Syarikat.



Jadi PAS ucap Tahniah kepada Syaitan takpa, nak jemput Syaitan je tak boleh erk? 😅


Malah waktu Hadi Awang jadi Duta Timur Tengah, Israhell perang dengan Hamas tahun 2021, boleh pula dia cakap “Malaysia Berkecuali”



Mungkin masa tu ada jawatan, jadi takut pada Syaitan Israhell kot, gaji Duta Timur Tengah kan mahal


Boleh Hadi Awang dan PAS jangan hipokrit!?


Dulu PAS label kat sape sape lawan dia, Munafik Haraki, sekarang ni kena kat depa balik kot😅




JOM KENALI 4-5 LORI WALAUN YANG BOLEH JADI PEMIMPIN


 

SUDAH LAH. ZAMAN PN TAK BUAT APA PUN

 


KERAJAAN MADANI HARUS BERANI BUKA SEMULA KERTAS SIASATAN ‘VIDEO SANDAKAN’


29 September 2025


Tiada apa-apa yang lebih menarik sebenarnya dalam sidang media Wan Saiful Wan Jan petang tadi melainkan apa yang diperkatakannya mengenai “video Sandakan” yang didakwa melibatkan Azmin Ali.


Perkara-perkara lain yang disebut Wan Saiful dalam sidang medianya seperti SD (akuan bersumpah), dirinya disiasat berkaitan disiplin, pengakuan tiada usaha mahu menjatuhkan Muhyiddin Yassin, laporan bakal dibuat kepada Lembaga Disiplin terhadap Azmin serta Tun Faisal Ismail Aziz, adanya ugutan terhadap pemimpin tertentu tidak diberi watikah calon dan sebagainya, semuanya boleh dianggap tidak penting belaka.


Yang terpaling penting hanyalah berkaitan “video Sandakan” itu.


Wan Saiful mendedahkan, hubungannya dengan Setiausaha Agung Bersatu itu sebagai “kejap panas, kejap sejuk” sejak tahun lalu lagi.


“Selepas konvensyen (Bersatu) tahun lepas, saya terima maklumat baharu yang mendakwa siasatan forensik ke atas video intim yang dikatakan membabitkan Azmin di Sandakan mengesahkan video itu adalah tulen.


“Perkara itu mengubah pendirian saya terhadap Azmin.


“Saya nyatakan pandangan kepada beberapa orang bahawa selagi isu ‘video songsang’ ini tidak diselesaikan, Azmin tidak layak jadi pemimpin Bersatu.


“Saya berpandangan kalau ia fitnah politik, ya, kita mesti pertahan dan lawan. 


“Tetapi kalau ia isu moral yang menyimpang, maka ia tidak sesuai untuk parti seperti Bersatu.


“Parti lain mungkin boleh terima. Tetapi bukan Bersatu,” kata Wan Saiful lagi.


Berkaitan hal ini, selain Azmin sendiri perlu tampil sekali lagi membersihkan dirinya, inilah juga masanya untuk kerajaan madani membuka semula  siasatan berkaitan video tersebut.


Pada tahun 2020 lalu, Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, pihaknya memutuskan tidak akan mendakwa mana-mana pihak berhubung kes “video Sandakan” itu.


Tommy berkata, setelah menyemak keterangan yang dikumpulkan dan dikemukakan oleh polis kepada jabatannya, Timbalan Pendakwa Raya sebulat suara mengesyorkan tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung isu berkenaan.


“Bagaimanapun, seleras dengan amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika keterangan baru diperoleh,” katanya dalam satu kenyataan.


Ketika itu Azmin adalah Menteri Ekonomi di bawah pentadbiran Tun Mahathir Mohamad.


Berikutan Wan Saiful sendiri sekarang ini mendakwa memperolehi maklumat baharu yang mengesahkan “video Sandakan” itu sebagai tulen,  maka pihak polis harus memanggil Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu untuk diambil keterangannya.


Kerajaan madani tidak perlu gentar atau bimbang untuk membuka semula siasatan kerana perkara ini adalah isu penting berkaitan yang perlu ada jawapannya.


Jenayah songsang tidak harus dilindungi dan terus melindunginya bererti bersekongkol dengan jenayah itu.


Daripada segi moral, kerajaan madani pimpinan Anwar Ibrahim ada tanggungjawab yang tinggi untuk menoktahkan terus isu “video Sandakan” itu daripada terus menjadi teka-teki berpanjangan dengan tidak membiarkan tiada apa-apa tindakan dilakukan di era pemerintahannya. – ShahbudinHusin 29Sept2024.


https://shahbudindotcom.net/2025/09/kerajaan-madani-harus-berani-buka-semula-kertas-siasatan-video-sandakan/




HANG TUNGGU MASA NAK KENA SEBAB SEBAT DUIT, KINI HALA PADA ORANG LAIN PULA.


 

TRUMP DAN DUTA US LAIN KAH.?

 

Zainuddin Omar






Lawatan Trump ke Malaysia bangkang. Lawatan Duta Besar US ke Kelantan disambut meriah dijamu nasi kerabu dan ayam percik. 


Apa beza Trump dengan Duta Besar US? 


Duta Besar US yg baru ini membawa polisi Trump dan wakil Trump di Malaysia.


https://www.facebook.com/share/1BP1a7UYqs/?mibextid=wwXIfr




Halau Trump.







Saya terpanggil untuk menjawab kenyataan Rafique terhadap PMX berkenaan dgn “Halau Trump”. 

 

1. Kesilapan utama Rafique ialah cuba menyamakan jemputan diplomatik dengan restu jenayah perang. 


2. Dalam diplomasi, jemputan tidak bermaksud sokongan, sebaliknya ianya ruang engagement.

 

3. Malaysia melalui PMX menjemput Trump bukan sebagai Perdana Menteri atau individu semata², tetapi atas kapasiti Pengerusi ASEAN. 


4. Mandat itu mewakili suara serantau, bukan pendirian peribadi.

 

5. Rafique meletakkan isu Palestin dalam kerangka prinsip kemanusiaan yang hitam/putih, itu benar. 


6. Namun beliau lupa bahawa diplomasi antarabangsa beroperasi dalam ruang realpolitik, bukan sentimen semata².


7. Menolak jemputan Trump secara mentah² rantau ini bermakna menutup segala pintu rundingan. 


8. Jika ASEAN senyap, naratif hanya akan dikuasai Amerika–Isrqel tanpa ada suara tandingan dari rantau ini.

 

9. Sejarah membuktikan engagement itu perlu. 


10. Mandela berunding dgn Botha, PLO duduk semeja dgn Isrqel, Iran tetap berunding dgn Amerika. 


11. Namun prinsipnya jelas, "engage to confront, not to endorse". 


12. Rafique mengangkat fakta Amerika veto gencatan senjata di PBB, itu benar dan rekod rasmi 2025 mengesahkannya. 


13. Tetapi melompat dari fakta itu kepada slogan “Turun Anwar” hanyalah sekadar retorik politik tanpa sandaran empirikal dan tidak operasional.


14. ia kedengaran lantang tetapi tiada penyelesaian yg praktikal.

 

15. Dengan menjemput Trump, ASEAN berpeluang menyampaikan pendirian dan kritikan secara langsung tentang Pqlestin, Laut China Selatan, perdagangan dan keselamatan serantau. 


16. Itu jauh lebih berkesan berbanding menjerit dari luar seperti yg Rafique sedang buat sekarang. 


17. Rafique juga mengabaikan konteks yg lebih besar, bahawa ASEAN bukan hanya soal isu Pqlestin sahaja. 


18. Sama ada anda suka atau tidak, ada kepentingan² geoekonomi, teknologi dan keselamatan yg perlu dirunding bersama kuasa² besar.


19. Asas keadilan antarabangsa mengiktiraf bahawa walau musuh besar sekalipun, mereka mesti berdepan dgn suara kolektif serantau. 


20. Jika tidak, monopoli kuasa besar akan berterusan.

 

21. Rafique menegaskan bahawa genosida tiada garis kelabu. Itu benar. Tetapi beliau menutup mata terhadap hipokrasi global.


22. OIC masih berniaga dgn US, negara² Arab masih jual minyak, malah ada yg masih normalisasi hubungan dgn Isrqel meskipun PMX sendiri sudahpun bersuara untuk hentikan. 


23. Jadi mengapa hanya PMX yg dijadikan sasaran ? 

 

24. Realpolitik ialah seni strategi. Jika hanya ikut sentimen, negara akan hilang leverage. 


25. Jika ikut strategi, negara boleh guna platform untuk cabar kuasa besar di hadapan mereka sendiri.


26. Kenyataan ini Rafique mungkin kuat dari segi nilai kemanusiaan, tetapi lemah dari segi pertimbangan dasar luar yg realistik. 


27. PMX tidak menjemput Trump mewakili hubungan Malaysia-US, sebaliknya menggunakan ASEAN sebagai pentas untuk menegur, mencabar dan mengimbangi hegemoni Amerika–Isrqel secara langsung.

 

28. Dan jangan kita lupa, jika keputusan ini berlaku dibawah pentadbiran Tun Mahathir, mungkin nada Rafique tidak semegah ini kerana Tun Mahathir juga masih mengekalkan hubungan dagang dgn US dan kekal sebagai antara rakan perdagangan terbesar Malaysia.


29. Walaubagaimanapun, jika Rafiq masih tidak berpuas hati dgn isu jemputan ini, sila mintak pemimpin PEJUANG usul diparlimen. 


30. Ohh lupa, PEJUANG tiada kerusi dalam parlimen. Tak mengapa, teruskan bersuara di facebook. 


Aliff Jamil




PUNYA LA MENGARUT..ZAMAN KAU DULU BUKAN BAGI PEMAIN KRIKET MASUK KAH? ZAMAN. PAS PULA ...BENARKAN PESAWAT LALJ.


 

ANWAR SUSAHKAN RAKYAT - SYARAT MENGARUT SUBSIDI MINYAK BUDI MADANI RON95...

BUDI95 Tambah Kelegaan Kepada Rakyat Selepas SARA, STR

 


Anggota polis dan tentera ceria menerima manfaat awal BUDI95 pada 27 September 2025. Foto Polis Daerah Iskandar Puteri

PENDAPAT, 29 Sep – Di seluruh negara, lebih lima juta rakyat terdiri daripada penerima Sumbangan Tunai Rakyat (STR) mula menikmati pelaksanaan inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) sebanyak RM1.99 seliter bermula semalam.

Telah ramai berkongsi pengalaman gembira mereka buat kali pertama mengisi minyak dengan ‘harga baharu’ dan berbangga menjadi sebahagian daripada penerima awal dua hari sebelum rakyat Malaysia lain yang layak bermula esok.

Sama seperti anggota polis dan tentera, rata-rata mereka teruja dengan proses pengesahan dan pembayaran yang mudah, terima kasih kepada warganet yang memberi panduan mudah di pelantar media sosial, mengurangkan isu kononnya sistem yang digunakan ‘menyusahkan’.

Pelaksanaan BUDI95 menerima maklum balas positif daripada anggota polis dan tentera sejak bermula pada 27 September 2025. Foto Polis Daerah Iskandar Puteri

Sebenarnya BUDI95 merupakan satu langkah strategik kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan ketidaktentuan ekonomi semasa.

Membawa semangat Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat, BUDI95 bertujuan memastikan bantuan subsidi bahan api diberikan secara bersasar dan adil, menggantikan kaedah lama subsidi pukal yang turut dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi dan warganegara asing tanpa had seperti sebelum ini.

Melalui pelaksanaan BUDI95, penerima yang layak akan mendapat kouta bahan api bulanan bagi kegunaan setiap bulan. Pendekatan ini bukan sahaja memberi kelegaan kewangan kepada golongan yang benar-benar memerlukan, malah dapat meningkatkan keberkesanan dan mengurus perbelanjaan fiskal negara.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail melakukan tinjauan pembelian RON95 di kalangan anggota PDRM pada 27 September 2025. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail

Lebihan bantuan yang diperolehi dapat dialihkan bagi menampung perbelanjaan harian seperti pengangkutan, makanan serta barangan keperluan asas yang semakin meningkat.

Langkah ini juga selari dengan pelaksanaan bantuan seperti Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ‘one-off’ bernilai RM100 yang telah diumumkan sebelum ini, bertujuan memberi bantuan segera kepada golongan rentan. Walaupun jumlahnya kecil, impaknya besar terutama dalam keadaan inflasi dan kenaikan harga barang.

Kombinasi pelbagai bantuan seperti BUDI95 dan SARA menunjukkan komitmen kerajaan dalam memastikan keseimbangan sosial serta kelangsungan hidup rakyat terjamin. Ia juga mencerminkan usaha berterusan kerajaan dalam membina sistem sokongan sosial yang lebih lestari dan inklusif.

Penjimatan yang diperolehi hasil daripada penyasaran subsidi RON95 membantu kerajaan menambah baik bantuan seperti SARA dan STR termasuk kepada anggota polis. Foto Polis Daerah Iskandar Puteri

Sejujurnya, apa sahaja yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pastinya mempunyai kelemahan, akan tetapi dengan ikhtiar dan kesungguhan politik, segalanya akan lebih lancar selepas ini.




'Tak dapat jimat banyak' - Rafizi gariskan kelemahan subsidi bersasar RON95

Gerakan Berisiko ‘Hilang Sokongan’ Bukan Melayu Akibat Kritikan Pas

 


Kegagalan Bersatu ‘menyokong’ Gerakan dalam serangan Pas membuktikan kepimpinan Muhyiddin Yassin sebagai pengerusi PN terus dipersoalkan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 28 Sep – Lebih lama Gerakan berada dalam Perikatan Nasional (PN) risiko mereka kehilangan undi terutama di kalangan bukan Melayu jauh lebih tinggi.

Ini kerana kegagalan mereka ‘menjawab’ kritikan sekutu Pas kini mula memberi kesan kepada ‘kelangsungan’ parti itu di mata kaum berkenaan, tanpa ‘bantuan’ daripada Bersatu terutamanya Muhyiddin Yassin.

Bukan lagi satu rahsia dalaman tetapi pertentangan dua parti itu dilakukan secara terbuka, menyebabkan PN sendiri tidak mendapat kepercayaan rakyat selepas PRN 2023.

Pas Pulau Pinang secara terbuka menyerang Presiden Gerakan sekali gus menambah luka kepada hubungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu, Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Tan Zhen Zune mengakui, parti itu tidak seharusnya berdiam diri apabila berdepan kenyataan sinis daripada pemimpin ‘parti penunggang agama’ itu.

Katanya, sukar untuk membalas kenyataan mereka apabila diminta untuk menahan diri, sedangkan pemimpin Pas terus bebas bersuara.

“Dan apabila (ahli Gerakan) lihat parti berdiam diri, mereka hilang keyakinan terhadap kita. Daripada salahkan Pas, kita mesti jadikan perkara ini sebagai kekuatan kita,” katanya pada mesyuarat agung tahunan Gerakan negeri.

“Kita mesti tunjukkan kepada bukan Islam bahawa Gerakan boleh jadi suara pengimbang dalam PN. Itulah satu-satunya cara untuk dapatkan kembali kepercayaan mereka,” jelasnya.

Terdahulu pada Muktamar Pas Pusat di Alor Setar baru-baru ini, beberapa perwakilan termasuk Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang Hafis Alias mengkritik Gerakan kononnya ‘gagal’ membantu PN meraih sokongan kaum bukan Melayu, sedangkan mereka sendiri gagal meyakinkan kaum berkenaan menyokong parti itu biarpun mempunyai Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) sejak berpuluh tahun lalu, jauh sekali membantu Gerakan dalam isu berkenaan.



SARA RM100: ‘Benci PMX’ Tapi Empat Negeri ‘SG4’ Paling Ramai Tebus Bantuan

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

LABUAN, 28 Sep – Di sebalik ‘kebencian’ kepada Kerajaan MADANI, rupanya ada mesej tersirat yang boleh kita selidiki dan dalami mengapa rakyat di negeri dikuasai pembangkang, tanpa rasa malu (atau bersalah) tetap menebus bantuan dan inisiatif yang disediakan.

Empat negeri pembangkang atau terkenal dengan jolokan ‘State Government 4’ (SG4) rupanya merekodkan kadar penebusan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ‘one-off’ sebanyak RM100 yang tertinggi di negara ini, mengatasi negeri-negeri seperti Selangor dan Johor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Namun, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menganggap mereka dianak tirikan tetapi terus membantu mereka sekadar termampu bagi menangani cabaran kos sara hidup, termasuk pengenalan BUDI MADANI RON95.

Lupakan apa yang Muhammad Sanusi ‘lakukan’ di Kedah atau Ahmad Samsuri yang terus menjerit ‘royalti’ di Terengganu, hakikatnya Anwar juga yang dapat membantu rakyat di empat negeri SG4 tadi meneruskan kelangsungan hidup.

Pendedahan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan bahawa kadar penebusan tinggi di empat negeri SG4 tadi menunjukkan bahawa meskipun mereka menyokong pembangkang, namun merekalah yang paling ramai merebut kesempatan daripada inisiatif Kerajaan MADANI.

Amir Hamzah (kanan) beramah mesra dengan pengunjung Program Jualan Rahmah MADANI di Labuan, pada 28 September 2025. Foto Bernama

“Ini terbukti dengan kadar penebusan di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah antara yang tertinggi di seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas melawat peruncit yang mengambil bahagian dalam SARA, di sini hari ini.

Terdahulu, hampir 13 juta rakyat Malaysia yang layak telah menebus bantuan SARA mereka untuk membeli barangan keperluan, melibatkan perbelanjaan berjumlah RM1 bilion.

Amir Hamzah berkata inisiatif itu sangat membantu kumpulan isi rumah B40 terutama di kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk di empat negeri dikuasai pembangkang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Manakala di Sabah, lebih 98 peratus daripada 1.2 juta penerima yang layak telah menggunakan SARA untuk pembelian barangan keperluan manakala di Labuan, 65 peratus daripada hampir 50,000 yang layak telah menebus RM100 mereka.

Amir Hamzah turut menolak dakwaan bahawa penggunaan MyKad untuk menggunakan bantuan itu menyukarkan warga emas atau penduduk luar bandar.

Beliau berkata, inisiatif itu juga telah memberikan manfaat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang menikmati jualan lebih kukuh berikutan peningkatan kuasa beli penerima.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan tinjauan (outreach) program bantuan SARA di Pasaraya Ekonomi Rakyat di Baling pada 6 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Jumlah kedai runcit yang menyertai SARA telah meningkat daripada 7,300 pada awal tahun kepada lebih 8,100 (pada masa ini) di seluruh negara,” katanya.

Ini juga sekali gus menolak dakyah pembangkang kononnya hanya kedai ‘bukan Melayu’ yang menerima manfaat sedangkan peruncit Melayu di empat negeri SG4 sahaja amat bergantung kepada bantuan SARA RM100 untuk meneruskan operasi.



Penebusan SARA tertinggi di empat negeri SG4 bukti MyKad tak beban penduduk kampung


 


Hampir 13 juta rakyat Malaysia sudah pun menebus bantuan Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), sekaligus menafikan dakwaan penggunaan MyKad menyukarkan warga emas atau penduduk luar bandar.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, ia terbukti tidak membebankan kerana kadar penebusan di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, dan Kelantan adalah yang tertinggi di seluruh negara.



“Ini terbukti dengan kadar penebusan di negeri-negeri seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak adalah antara yang tertinggi di seluruh negara,” katanya kepada media malam tadi.



Di Sabah, lebih 98 peratus daripada 1.2 juta penerima yang layak telah menggunakan SARA untuk pembelian barangan keperluan manakala di Labuan, 65 peratus daripada hampir 50,000 yang layak telah menebus RM100 mereka.

Amir Hamzah berkata, hampir 9 juta rakyat Malaysia layak untuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) manakala liputan SARA diperluas kepada 5.4 juta penerima mulai 1 April lepas iaitu hampir lapan kali ganda daripada 700,000 penerima sebelum ini.




RAFIZI RESPON PEMUDA PAS ANJUR HIMPUNAN MEGA TOLAK URA 4 OKTOBER INI

"Judi ditambah bila PAS bersama kerajaan" : PAS wajib jawab soalan PMX

SIAPA LEBIH ADA AKAI? - DEBAT RAFIZI VS ISHAM JALIL | SUBSIDI PETROL RON95

Ucapan Anwar di Sandakan dalam program Himpunan Temu Rapat Umum sempena ...

DS ANWAR BALUN KERAJAAN SAKAU! ADA KUASA TAPI LANGSUNG TAK BUAT APA!



jelajah Himpunan Temu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi di Merotai, Tawau.

Sebagai pemimpin, kita wajib menjaga kepentingan rakyat dengan memegang amanah sebaik-baiknya. Dasar dan polisi mesti jelas, demi kesejahteraan seluruh rakyat tanpa mengira wilayah.

Pimpinan harus berusaha memperkukuh ekonomi, anjal dalam beradaptasi dengan teknologi baharu, serta memastikan manfaatnya dirasai rakyat dan negeri.
Sesebuah kerajaan itu mesti benar-benar mendengar dan menyokong kehendak rakyat. Reformasi bukan retorik kosong, tetapi usaha bersungguh-sungguh untuk melindungi, memulih dan memajukan tanah air.
Saya tegaskan, jangan ditabur janji yang tidak mampu ditunaikan, usah dihidupkan fitnah memecahbelah. Rakyat berhak dipimpin oleh mereka yang berpegang pada kata, berkhidmat dengan jiwa, dan menegakkan maruah bangsa.





WALAUN MUDAH LUPA...KALI NI ISU TRUMP NAK DSTANG MALAYSIA. ZAMAN MEREKA JADI PM....KAPAL LALU ATA DIAN JA...OK PULAK...PENASIHAT BAGI OASUKAN KRIKET MASUK..BOLEH PULAK?


 

APA MACIAM ? WALAUN PATUT PERSOALKAN INI


 

ZAMAN KAU DULU APA KAU BUAT ?


W.Fauzidin



 Kepala hotak hang...zaman hang dulu pasukan kriket isr4el pun hang bawa masuk Malaysia. 


 Era muhyidin, pesawat isr4el diberi masuk ruang udara msia, waktu tu hang hidup ke dah mampus?





APABILA WALAUN MUDAH LUPA DESAKAN PIMPINAN MEREKA.


 

SIKAP RAKYAT TAK TERSDIDIK OLEH PIMPINAN

 Norman Radzuan


Mana tak rendah… masyarakat diajar tak ada duit sumber kewangan melalui tin milo. Gaji PASTI RM 500 diajar redha.


 Diajar pula orang miskin derma pada org pemimpin. Pemimpin pakai kereta mewah yang tukang derma naik kapcai. Jeti haram dijadikan sumber ekonomi.




JANGAN JADI PENYEBAR BERITA PALESU

 


RON95 - HARGANYA TURUN 6 SEN ATAU 61 SEN?


Sejak beberapa hari lalu, saya ada terbaca banyak ulasan di media sosial mengenai penjimatan harga yang dinikmati rakyat berikutan harga penguatkuasaan harga baru RON95 yang bermula 30 September ini.


Termasuk yang membuat ulasan itu ialah seorang pengulas permotoran yang agak terkenal.


Mereka menulis, dengan kadar baru RM1.99 seliter yang diperkenalkan itu, rakyat bukanlah mendapat penurunan harga atau penjimatan sebanyak 6 sen daripada harga pasaran RON95 sebanyak RM2.05 sen sebelum ini.


Sebaliknya, kata mereka, rakyat sebenarnya mendapat pengurangan harga sebanyak 61 sen bagi setiap liter kerana harga RON95  tanpa subsidi bermula 30 September ini adalah RM2.60 sen seliter.


61 sen seliter, bukan 6 sen dan ada pula pengulas yang menambah, jika 300 liter digunakan dalam sebulan, ia bersamaan RM183.00 dapat dijimatkan dalam sebulan dan bukan cuma RM18.00, hujah mereka  lagi sambil mengajak rakyat agak bersyukur banyak-banyak.


Sejujurnya, untuk mengatakan rakyat mendapat penuruhan harga atau penjimatan wang sebanyak 61 sen dan bukan 6 sen seliter,  ia sebenarnya adalah suatu bentuk “spin” yang berlebih-lebihan.


Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ll pun tidak pernah tergamak untuk menyebut penurunan sebanyak 61 sen itu.


Harus kita sedari, harga RON95 yang biasa rakyat bayar sejak bertahun-tahun sebelum ini ialah RM2.05 sen seliter, bukannya RM2.60 sen.


RM2.05 sen itulah adalah harga RON95 yang telah diberikan subsidi.


Sebelum ini tidak ada kategori RON95 tanpa subsidi.


Petrol tanpa subsidi yang ada di pasadan sebelum ini adalah jenis kualiti yang lebih baik iaitu RON97.


RON95 tanpa subsidi dengan harga RM2.60 sen seliter hanya diwujudkan bermula 30 September ini untuk kegunaan warga asing dan warga Malaysia yang telah melebihi kouta 300 liter.


Bersekali dengan pengenalan RON95 tanpa subsidi itu, bermula 30 September juga, RON95 bersubsidi dijual hanya pada kadar RM1.99 seliter untuk warganegara Malaysia dengan had kegunaan 300 liter sebulan.


Bermakna, disebabkan harga yang biasa dibayar rakyat sejak bertahun-tahun untuk membeli RON95 ialah RM2.05 sen, maka apabila ia diturunkan oleh Perdana Menteri yang budiman lagi baik hati kepada RM1.99 sen, penurunan harga atau pengurangan duit poket yang dapat dijimatkan adalah 6 sen bagi setiap liter.


Celah mana datangnya 61 sen, sedangkan tidak pernah sesiapa pun sebelum ini ada membeli RON95 dengan harga RM2.60 seliter.


Secara tepatnya, 61 sen adalah perbezaan harga RON95 bersubsidi dengan yang tidak bersubsidi yang mula berkuatkuasa pada 30 September.


Bahkan jika rakyat Malaysia sudah habis menggunakan 300 liter dalam sebulan, mereka harus membeli pada harga yang lebih tinggi daripada RM1.99 sen iaitu RM2.60 seliter.


Ertinya, kena lebih banyak wang daripada poket harus dikeluarkan.


Dengan itu, untuk sesiapa mengatakan harga minyak turun sebanyak 61 sen atau rakyat kononnya dapat berjimat sebanyak 61 sen bagi setiap liter atau RM183.00 sebulan atau RM2,196.00 setahun, ia boleh dikategorikan sebagai “fake news” kecuali jika harganya benar-benar diturunkan 61 sen iaitu daripada harga RM2.05 sen  kepada RM1.44 sen seliter.


Begitu pun, sama ada turun 6 sen atau 61 sen, kita sebagai rakyat tentunya tetap bersyukur dengan penurunan tersebut.


Cuma, kalau PMX lebih bersikap baik hati dan dapat menurunkan harga RON95 sebanyak 61 sen kepada RM1.44 sen seliter, tentunya rakyat akan jauh lebih bersyukur lagi.


Ketika itu, barulah benar-benar penurunan harga dan wang yang dapat dijimatkan adalah sebanyak 61 sen.


Mereka yang sebelum ini suka-suka “spin” kononnya rakyat dapat berjimat 61 sen dan bukan 6 sen, dengan itu barulah dengan sendirinya terlepas daripada belenggu sebagai penyebar berita palsu. - ShahbudinHusin 29Sept2025.