Hentikan eksport ayam hingga harga ayam stabil. Baguslah ada juga tindakan daripada kerajaan. Tapi berkesankah?

Umno Haramjadah Gags

Hentikan eksport ayam hingga harga ayam stabil. Baguslah ada juga tindakan daripada kerajaan. Tapi berkesankah?

Ibarat orang melecet kakinya pakai kasut sempit. Penyelesaian yang diambil, pakai stokin tebal. Atau letakkan plaster. Supaya tak melecet. Mungkin tak melecet tapi kaki tetap sakit.

Sebab masalahnya kasut sempit. Bukan kaki itu sendiri. Jadi langkah sepatutnya adalah tukar kasut. Pakai kasut yang lebih longgar. Memanglah langkah diambil boleh dikira penyelesaian tapi penyelesaian yang pra matang.

Begitu juga dalam isu ayam. Masalahnya utamanya adalah harga dedak yang meningkat. Harga jagung dan tepung naik 50 hingga ke 80 peratus. Atas sebab itu, penternak tak berani ternak lebih kerana ruginya akan jadi lebih.

Ada juga penternak yang kurangkan makanan ayam yang menyebabkan saiz ayam tidak mengikut piawaian. Kemudian salahkan cuaca panas punca ayam hilang selera makan. Tapi puncanya adalah harga dedak yang meningkat baik dengan banyak.

Kemudian kerajaan hadkan harga runcit. Sebagai pengguna kita suka. Tapi lebihan kos dihadapi oleh penternak dan pengilang, siapa nak tanggung?

Sepatutnya kerajaan usahakan untuk ringankan beban penternak. Usahakan sumber dedak yang lebih banyak pada harga lebih murah. Atau beri subsidi ke atas dedak.

Atau adakan usahasama dengan banyak universiti tempatan untuk hasilkan dedak berkualiti daripada bahan selain jagung dan tepung, yang lebih murah dan lebih mudah didapati seperti isi kelapa sawit misalnya. Baru boleh selesaikan masalah ini.

Inilah jadinya bila orang tak kompeten, yang bebal jadi menteri. Serba tak tahu nak buat apa. Sentiasa nak ambil jalan pintas selesaikan masalah. Tapi masalah tak selesai, timbul masalah baru.

Punca kepada masalah ini adalah barisan kabinet yang dungu, yang tak kompeten dan yang tak pernah kisah nasib rakyat. Kalau kita gantikan mereka ini dengan yang berkaliber, selesai semua masalah rakyat. Guane boh?

Raja Gelap

.Hentikan eksport ayam hingga harga ayam stabil. Baguslah ada juga tindakan daripada kerajaan. Tapi berkesankah?

May be an image of 1 person and text that says "BULETIN Buletin TV3 16h BEKALAN AYAM Langkah jangka pendek, kerajaan membuat ketetapan dengan menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil. Selain itu, permit import ayam dihapuskan serta mewujudkan stok penimbal ayam dan mengoptimum fasiliti penyimpan bilik sejuk sedia ada milik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dan agensi. 23 MEI 2022 BEKALAN AYAM Henti eksport ayam bermula 1 Jun sehingga harga dan pengeluaran ayam stabil www.buletintv3.my Buletin TV3"

JANGAN LAGI SEMBAH PEMIMPIN UMNO.ASKAR KENA BERSIKAP WAJA

KEH..KEH...MAT NUSI KENA BAYAR LAGI

Nur Asha 10 h 
May be an image of 1 person, standing, indoor and text that says "MAHKAMAH TINGGI - ah"
Mewakili YB Dato' Mahfuz Bin Omar di Mahkamah Tinggi Alor Setar berkaitan saman fitnah oleh MB Kedah YAB Sanusi Md Nor berhubung pembelian kereta Velfire oleh pihak SADA. Kes ini ditetapkan untuk bicara bermula pada 12 Disember 2022. Doakan untuk kebenaran dan keadilan perjuangan rakyat ditegakkan.

APA MOTIF PAKAI KAIN PELIKAT DAN BERSONGKOK

Firdaus Wong

12 h  · 

Dia dijatuhkan hukuman tetapi persoalan yang lebih penting masih belum terjawab;

"Apakah motif dia memakai kain pelikat dan bersongkok (seperti seorang Muslim) ketika melakukan perbuatan itu?"

Itu soalan yang masih belum terjawab yang saya percaya memerlukan jawapan.

Jikalau memang beliau seorang Muslim, maka perbuatannya salah. Jikalau beliau bukan Muslim tetapi berpakaian seperti seorang Muslim untuk melakukan kejahatannya itu, maka niatnya sangat jahat.

Seperkara yang menarik adalah agama pelaku ini tidak disebut sebagaimana kebiasaan jikalau pelakunya adalah seorang Muslim, maka akan disebut agama Islam & Muslim di dalam artikel.

Apabila video tersebut tular, ramai yang telah memaki hamun Islam & Muslim. Apakah mereka akan meminta maaf atau buat-buat lupa dan life goes on?

EKSKLUSIF! ZAHID PERLU RISAU LANGKAH KU LI! (EPISOD 8)

Ini laporan EKSKLUSIF Politik Kini! Pada 13 Mei 2022 lalu, krew studio Politik Kini telah menemubual negarawan YBM Gua Musang Tan Sri Tengku Razaleigh Tengku Mohd Hamzah untuk mendapatkan perspektif beliau mengenai situasi politik Malaysia sekarang.

Umno 'pantau' Noh Omar, Tuntut jam dan gelang berlian, Duit saya lebih d...

AKIBAT TIADA PERANCANGAN FOOD SECURITY

Food security diabaikan. Penternak, petani, nelayan tidak dibela..

Kerajaan lebih berminat membangunkan sektor perkilangan dan hartanah.

Pemimpin negara pula berbangga pembangunan material..

Apa guna bina bangunan pencakar langit, sedangkan rakyat dibiarkan menderita..

#AmanahProgresifPeduli

GAGAL SAMAN KIT SIANG

Di bawah undang2 semua orang ada hak untuk menyaman orang lain kalau dia difitnah.

Namun, undang2 juga melindungi kebebasan bersuara rakyat bagi menentang kemungkaran dan salah guna kuasa.

Makanya dalam undang2, mana-mana orang yang kena saman kononnya memfitnah orang lain juga punya hak untuk membela diri. Ada dua pembelaaan yang boleh diguna:

(1) pembelaan “fair comment” atau “pandangan adil”

- ini boleh dibuktikan dengan menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan adalah adil kerana ia dikeluarkan atas kepentingan awam

(2) pembelaan “justifikasi”

- ini boleh dibuktikan dengan menunjukkan kenyataan yang dikeluarkan adalah benar belaka.

Ramai orang takut disaman kerana fitnah, makanya mereka senyapkan diri daripada bersuara. Walhal, bawah undang2 hak kita dijaga.

*****************************************************

Dalam konteks kes Apandi Ali vs Lim Kit Siang, walaupun Apandi Ali dakwa dia difitnah LKS dan tuntut pampasan RM10juta, Mahkamah semalam memutuskan tiada kenyataan fitnah dibuat oleh Lim Kit Siang. Sampai Mahkamah minta Apandi bayar LKS RM80ribu sebagai bayaran kos kes.

Ini adalah kerana Lim Kit Siang berjaya buktikan beliau ada pembelaan yang sah dan kuat.

Dia punya justifikasi untuk bangkitkan peranan Apandi Ali sebagai Peguam Negara menyucikan Najib Razak dalam kes 1MDB, kerana ia berkepentingan awam.

Dan dah sahih2 kes SRC 1MDB dah diputuskan Mahkamah hinggakan Najib Razak dihukum 12 tahun penjara.

Bukan hanya sekali didapati bersalah, tapi 3 hakim Mahkamah Rayuan juga memutuskan sabitan dan hukuman yang sama.

Ni bukan cerita DAP vs UMNO atau Melayu vs Cina.

Ni cerita usaha mempersoalkan rompakan besar2an ke atas harta negara. Harta yang sepatutnya disimpan untuk anak cucu cicit kita.

Yang sedihnya, yang dikatakan “kafir” yang beria melawan Penyamun Tarbus, tapi para lebai sebuah parti agama menghalalkan pula

https://www.bharian.com.my/.../mohamed-apandi-gagal-saman...

B40 Gred 19 KERJA KERAJAAN. BELAGAK MACAM GRED 52 KERJA KERAJAAN...JOM KITA BACA

PERANGAI DI TEMPAT KERJA.

1. Masuk opis jam 9.00 pagi. Punch dulu lepas tu keluar beli breakfast. Balik ofis jam 9.30 pagi . Kantoi dengan bos M40 gred 41 sebab kaunter takda org. Org tunggu dah ramai. Bagi jawapan ' hantar anak baby ke pengasuh'.Bukan itu sahaja, mula gelabah bewak dan nak marah marah pelanggan yang menunggu kerana kena hentam dengan audit dan boss.

Tapi makan dulu sambil sembang sesama B40 kutuk bos M40 budak baru tak reti buat keje , tak faham environment kerja dan lain2. Setel semua baru jaga kaunter.Dengan muka yang berat mula lah buat kerja tanpa senyum.Malah orang nak tanya pun naik takut..itu lah dia.

2. Lunch jam 1.00 ptg tapi pukul 12.00 dah keluar bagi alasan 'nak ambik anak sekolah'. Pegi makan n shopping dulu. Kutuk bos lagi. Jam 2.30 masuk balik. Kantoi dengan T20 gred 52. T20 Gred 52 panggil bos M40 gred 41 pasal perangai B41 gred 19 tadi.APC  nak tapi buat kerja biasa biasa sahaja..mana boleh beb.

3. Time kerja bos M40 gred41 suruh buat Excel. Cakap 'tak tahu'. Suruh buat Word , cakap 'tak tahu'. Kerja dah lama tapi serba serbi tak tahu padahal malas nak buat.  Last last bos buat. Sesama B40 kutuk bos lagi . Padahal memang kerja dia sebagai PELAKSANA .Kena lah buat dan laksanakan. Kerja nak mengenakan yang lebih tinggi dan bangga pula bila dapat kenakan gred yang ;ebih tinggi.

4.  Pukul 6 sepatutnya balik. Tapi pukul 5 dah hilang. Minta member sama-sama  B40 tolong punchkan. Rekod kena cantik. Kerja tak siap.tapi belagak macam siap.

5. Esok pagi viral orang rakam kaunter kosong. T20 kayangan level Jusa C panggil T20 gred 52 suruh jawab komplen. Maki M40 gred 41 pulak kata tak pandai jaga anak buah. Bos M40 gred 41 tak berani maki B40 gred 19 sebab takut kena pulau.Kalau kena pulau , KPI tak capai dan efek kenaikan pangkat M40 gred41. Nasihat biasa-biasa je. Lepas tu sentap. Esok mohon Emergency Leave last minit konon anak tak sihat. Dah kaunter kosong lagi sebab ikut jadual dia jaga kaunter. Penyudahnya 1 kaunter je bukak.

6. Hujung tahun buat muka kesian mintak markah SKT tinggi dgn M40 gred 41. Buat2 rajin. Masuk awal balik lambat. Tak keluar bfast dah. Bagi alasan dah lama kerja nak naik pangkat ke gred 22 secara time based. Bos M40 gred41 kena tipu. Lepas tu bagi markah tinggi sebab kesian.

7. Tahun depan member B40 yang rajin naik pangkat ke gred 22. Dia masih gred 19. Kutuk bos lagi kata pilih bulu. Kutuk member kata pakai cable. Esoknya buat perangai yang sama. Buat muka tahi depan kaunter. Client pun B40 jugak mengadu kat facebook .

Begitulah perangai buruk sesetengah B40 Kerja Kerajaan. Keje culas nak buat sampai efek  organisasi dan persepsi org awam.

Perkongsian : Emma Harshaw

*Aku rasa posting dibuat oleh penjawat awam T20..