TAK KAN ITU KOT...
150 orang je yang hadir?
Mungkin lebih kot. Mungkin media sengaja kurangkan jumlahnya. Lagipun 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗶𝗵 pun dah beri komitmen untuk sokong. Rasanya mungkin lebih dari 150 tu.
Tapi tak kisahlah berapa ramai yang hadir. Yang aku cuma nak tekankan apa yang aku tulis tak lama dulu. Hari ni rakyat dah tak minat nak berdemonstrasi.
Bukan sebab penganjur. Tapi lebih kepada rakyat rasa 𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽 𝗱𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗹𝗲𝘀𝗮. Rakyat tak rasa tertekan macam masa zaman Mahathir dan Najib dulu.
Bukan zaman Madani je. Masa arwah Pak Lah jadi PM pun, demonstrasi tak sehebat zaman Mahathir. Sebab rakyat masa tu rasa 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗮𝗻𝗰𝗮𝗺.
Cuma di zaman Najib yang demonstrasi menjadi-jadi sebab pada masa tu rakyat terhimpit dengan 𝗚𝗦𝗧 dan kenaikan harga barang keperluan yang didorong oleh 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 harga bahan bakar kenderaan.
Jadi jumlah kehadiran dalam demonstrasi semalam rendah bukanlah sebab kegagalan penganjur. Tetapi kerana kejayaan kerajaan selesakan hidup rakyat.
Bukannya rakyat tak mahu cakna isu Azam Baki. Tapi kebanyakan rakyat berasa ia lebih kepada 𝗶𝘀𝘂 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘁𝗶𝗸 dan 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗶𝘀𝘂 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗴𝗿𝗶𝘁𝗶 semata-mata.
Nampak rakyat Malaysia ada cara pemikiran sendiri. Sekiranya isu tu bukan isu yang membebankan poket rakyat, mereka bising pun bukan sampai tahap turun berdemo.
Tapi jika kerajaan sakau, kemudian cukai berlambak yang sebabkan rakyat hidup menderita, baru mereka akan beramai-ramai turun ke jalanraya.
Lagi pun sekarang ni polis berhemah. Takde dah nak sembur air gatal, gas pemedih mata dan sebagainya. Dah kurang thrill. Tu yang orang tak minat kot. Guane boh?
Raja Gelap II
PARTI NI MEMANG TAK ADA YANG BERWIBAWA...SWMBANG SAJA.
KIOK
Lah hai... Tak habis lagi rupanya cerita Pengerusi PN ni. Benda senang je. Tapi jadi susah. Sebab apa tau... Sebab dalam PN memang 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗶𝗻𝗱𝗶𝘃𝗶𝗱𝘂 yang ada kualiti sebagai ketua. Yang ramai kaki mengarut dan kaki mencarut. Guane boh?
Raja Gelap II
.
MAKNANYA TUA TUA NI PATUT DOK UMAH TOBAT LAHOM JA LA.
Hamdan Taha
Sebelum ni ahli PKR yang sokong dan puji Rafizi sampai tahap melangit pun ada, tapi ahli parti dan orang sama pula hari hari hentam Rafizi tahap seolah olah Rafizi ni sampah masyarakat, sebabnya kerana usik anwar ibrahim sahaja.... Alasan tak ada... Sekarang Rafizi buat Demo dah salah pula, dah kena maki pula oleh peminat Demo... Hehehe pelik...
Sebelum ni penyokong dan ahli Bersatu termasuk lah Hamzah dan sahabat sahabat nya sebut Parti Bersatu lah satu satunya Harapan kepada bangsa melayu, agama islam dan negara, selain dari Bersatu adalah parti karut, tamak kuasa, di pimpin oleh ahli politik jahat dan pembohong, jadi ayuh kita bersama Bersatu, ahli umno semua kena tinggalkan umno dan masuk lah bersatu...
Sekarang dari Hamzah, rais yatim, Rahim tamby chik dan ramai lagi kata Bersatu adalah parti yang tak ada masa depan, kita wajib tinggalkan parti Bersatu.... Semua yang buruk bukan lagi umno tapi muhidden dan Bersatu...
Saya baca tulisan Ibrahim ali sahabat baik Shahbudin Husin di malaysia kini, melalui pengalaman beliau menubuhkan parti baru ni bukan lah mudah, walaupun dapat penuhkan penyokong di dewan UM dalam 500 orang bukan bermakna dah cukup kuat dan boleh bentuk kerajaan dan menang pilihanraya selepas ini, kerusi yg mereka bawa dari bersatu tu pun belum tentu boleh menang semula... Keadilan di tubuh tahun 99 lagi ramai penyokong tapi masuk pilihanraya tahun 99 menang 5 je kerusi, tahun 2004 menang 1 je kerusi.... Bukan mudah ... Tu anwar umur 53 tahun.... Ini Hamzah dah 70 tahun nak ke mana?
TAK LAKU DAH...
Che Ibrahim
COLOTEH PAGI
Politik ni kena ada tempoh rehat dia, kerja gomen pun ada tempoh bersara wajib, wanita haid pun ada tempoh tamatnya, nafsu lelaki pun ada tempoh layunya....
Kalau pun politik sebahagian dari ibadat kita kepada Allah, banyak lagi ibadat ibadat lain yang lebih relevan di usia tua.
Serupa orang kata nak buat pahala atau nak beramal dengan Sunnah ni banyak cara dia.
Tapi gat kalu;
Nak berjihad tua dah,
Nak sedekah tak nak duit,
Nak bangun tahajjud tak larat,
Nak bini dua pun takleh juga,
Pah gapa la Sunnah wat mampu kita buat???
Maaf gambar hanya hiasan.
APA BENTUK KERJASAMA POLITIK YANG RELEVAN MENJELANG PRU 16?
Persaingan antara PH, BN dan PN dalam merebut tampok pemerintahan negara menjelang PRU 16 semakin sukar dibaca. Gabungan apakah selepas ini yang bakal muncul?
PH nampaknya masih stabil walaupun ada sedikit kucah dalam PKR. Pertembungan Rafizi vs Anwar @ PMX dijangka tidak menjejaskan populariti PH di kalangan pengundi. DAP dan Amanah masih menjadi "batu tuku" yang kuat kepada PH selain dari PKR sendiri.
Sikap MCA dan MIC dalam BN sedikit meresahkan penyokong BN, apa akan jadi kepada BN sekiranya MCA dan MIC membuat keputusan meninggalkan BN?
UMNO sendiri sebagai tunggak kepada BN tidak mampu mempertahankan entiti BN tanpa parti parti komponen lain yang bergabung bersamanya.
Bagaimana jika BN dianggap terbubar apabila hanya UMNO menjadi parti tunggal dalam BN?
PN usah bicara, kini hanya menunggu untuk ditalkinkan atau pun kalau pun tidak mati, ianya mungkin hilang upaya kekal, sukar untuk bangun dari lumpuhnya.
Ada suatu yang bukan mustahil dalam politik walaupun tidak mungkin berlaku di segi akalnya....
Pas telah biasa bersama Dap dan PKR dalam PR menentang UMNO dan BN. bahkan pernah bersama Dap dan PKR membentuk kerajaan di beberapa negeri, bukan mustahil Pas sekali lagi akan bersama Dap dan PKR dalam PH menentang UMNO @ BN dalam PRU 16 nanti.
Jika ini berlaku, bagaimana dengan Amanah?
Perlu diingat ketika Pas membentuk Angkatan Perpaduan Ummah (APU) bersama S46 tahun 1990, Berjasa dan Hamim, dua parti serpihan Pas telah diterima oleh Pas untuk duduk bersama dalam APU demi menentang UMNO BN, janji boleh menang!!!!!
Apa pun gabungan paling relevan ialah mengekalkan takdir Allah yang telah memberi kekuasaan secara bersama kepada PH, BN, GPS dan GRS selepas pengundi tidak memberi mandat kepada mana mana parti untuk jadi kerajaan dalam PRU 15/2022.
LEPAS BERSATU. PECAH BELAH
Fathi Aris Omar
Inilah masalah budak dalam berpolitik. Apa sebab takut? Sebab selepas bersatu, mereka pecah-belah.
Tengok PAS dan Umno 1978. Tengok Bersatu. Tengok Umno. Tengok PAS. Tengok MN, tengok PN.
Mereka suka pecah-belah selepas bersatu.
Elok dah Tun Razak buat BN selepas 13 Mei, panggil parti bergabung, tapi PAS dan Umno dulu berpecah. MCA dan Gerakan elok saja dalam BN.
Muncul Berjasa daripada PAS. Selepas itu, mumcul Hamim pula. Lama kemudian jadi Amanah.
Masuk 1980-an, muncul takfir, solat dua imam, boikot kenduri dan batalkan masjid lama. Tidak cukup ketegangan Umno-PAS ini, Umno pula terbelah dua hingga diharamkan pada 1988.
Muncul Semangat 46. Sedekad kemudian, muncul PKN walau tidak totok Melayu dan terima ahli pelbagai kaum, macam Gerakan hujung 1960-an.
Gaduh lagi, muncul Bersatu pula. Konon tidak suka DAP ada di Putrajaya, pakat buat MN. Sudahnya PAS tinggalkan Umno, buat PN dengan Bersatu.**
Waktu Bersatu, PAS dan Umno di puncak kuasa inilah mereka pecah! Macam PAS dan Umno dalam BN dulu. Macam Berjasa lahir dari kelangkang PAS.
Episod BN pada 1970-an berulang pada 2020 hingga 2022. Umno terbelah dua, "kluster mahkamah" dan "kluster kabinet". Yang geng kabinet ini jual kesetiaan kepada Bersatu. Umno retak seribu! PAS tinggalkan MN.
Kemudian kau tengok apa jadi pada PN tu? Apa jadi di Perlis? Kau panggil itu bersatu? Tengok apa jadi pada pengerusi PN. Nak satu apa jika tiada ketua?
Asyik hendak bergaduh sampai calon PM tak tahu!
Tengok Bersatu hari ini. Tengok Bersatu dan PAS hari ini. Buka mata luas-luas, jangan khayal.
** Bersatu lahirkan Pejuang pula, diketuai tokoh ultranasionalis konon, yang kerjanya rosakkan parti Melayu. Tak ada kerja lain, dilantik penasihat SG4. Dialah paling sibuk buat seminar satukan Melayu! 😆
ELOK SANGAT LA JADI PENGERUSI PN. PARTI LAIN TAK JANJI ISLE. LAGI OULAK RAJIN RAJIN LA DATANG MESYUARAT DI DEWAN. TANYA ANWAR.
HAJI HADI PENGERUSI BARU PN?
18 February 2026
Sebagaimana dimaklumkan oleh Takiyuddin Hasan, PN akan mengadakan mesyuarat MT luar biasanya pada Ahad, 22 Februari ini.
https://shahbudindotcom.net/2026/02/haji-hadi-pengerusi-baru-pn/
Penolong Setiausaha Agung PN itu berkata, mesyuarat akan diadakan pada jam 3.00 petang di Pejabat Agung PAS, Kuala Lumpur.
Dua agenda utama ditetapkan untuk mesyuarat berkenaan iaitu pertama, mengesahkan perletakan jawatan Muhyiddin Yassin dan kedua, melantik Pengerusi PN yang baru.
Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung PAS seterusnya berkata, Pengerusi PN yang baru bagi menggantikan Muhyiddin adalah daripada PAS.
Tegasnya, perkara itu sudah dipersetujui oleh kesemua empat parti komponen PN.
“Kita sudah bersetuju untuk terajui PN, pengerusi yang baru adalah daripada PAS.
“Malah, perkara ini juga sudah dipersetujui parti komponen lain dalam PN.
“Sebelum ini memang ada mengatakan terdapat parti yang tidak bersetuju untuk PAS menjadi Pengerusi PN, namun perkara itu sudah diselesaikan dan ia berbangkit apabila semua parti akhirnya bersetuju dengan pelantikan pengerusi daripada PAS,” katanya lagi.
Ertinya, tiada lagi perebutan antara parti-parti dalam PN untuk menerajui gabungan itu dan tidak berbangkit juga kemungkinan Muhyiddin kembali menerajui gabungan tersebut.
Pengerusi baru PN selepas mesyuarat pada Ahad ini ialah daripada PAS.
Cuma, siapakah pemimpin PAS yang akan dinamakan sebagai Pengerusi PN itu?
Sebelum ini beberapa telah disebut, selain Haji Hadi Awang, nama lain yang turut disebut ialah Tuan Ibrahim Tun Man, Ahmad Samsuri Mokhtar dan Sanusi Mohd Nor.
Namun demikian, Tuan Ibrahim dan Sanusi awal-awal lagi menolak dan meminta tanggungjawab itu diserahkan kepada pemimpin PAS yang lain.
Haji Hadi turut menolak atas faktor kesihatannya yang tidak begitu mengizinkan.
Namun demikian, dalam perkembangan terakhir, terutama berikutan pergolakan yang terus berpanjangan dan Bersatu lebih cenderung hanya ketua parti patut dipilih untuk menerajui PN, Haji Hadi difahamkan akhirnya sedia mengalah.
Dengan itu, adalah difahamkan bahawa Haji Hadi telah dipersetujui oleh PAS untuk memikul tanggungjawab sebagai Pengerusi PN.
Haji Hadi dikatakan sedia memikul tugas sebagai Pengerusi PN adalah semata-mata untuk memastikan kestabilan dan perpaduan gabungan itu terus berkekalan untuk menuju PRU akan datang.
Hakikatnya, ini adalah pengorbanan terbesar Haji Hadi kepada PN memandangkan beliau ketika ini berada dalam keadaan kesihatan yang tidak begitu membolehkan beraksi secergas seperti dahulu lagi.
Tetapi, tetapi demi untuk memastikan PN kekal stabil dan tiada lagi pihak yang bising-bising, itulah sebablah beliau tetap bersedia memikul amanah untuk menerajui PN bagi menggantikan Muhyiddin.
Selepas 22 Februari nanti, setelah Haji Hadi menerajui PN dan semua jawatan utama diisi dalam gabungan itu turut diisi dengan tokoh-tokoh yang bersemangat tinggi untuk mengambil alih kerajaan, PN dipercayai mampu kembali memberi harapan kepada rakyat negara ini. - ShahbudinHusin 18Februari2026.
LAWAN TERUS LAWAN. TAK LAWAN KENA SAMAN...LAWAN OUN KENA JUGA
Iswardy
Saya yakin ceplos dan topinasik ada hujahan mereka yang ampuh di mahkamah. Ini baru pejuang. Jangan takut dengan Rafizi Ramli tu. Tak perlu mintak maaf.. Lawan. Bukan kah sudah ada fakta fakta menarik.
Jangan risau. Saya tahu bos anda akan cover kos lawyer
MEZAH DALANG SINKIR ATOK.
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mendakwa usaha untuk menyingkirkan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) diketuai oleh pemimpin yang pernah meninggalkan UMNO untuk menyertai parti itu, iaitu Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Menurut Syed Saddiq, Hamzah didakwa antara individu yang menggerakkan usaha dalaman parti ketika krisis kepimpinan memuncak.
📹 Kredit video: malaysia_times
#RushKini #SyedSaddiq #HamzahZainudin
APA LA MAMAT NI. WALAUN BAB MIRA KIRA NI LEMAH.
Iswardy Morni
Aku ingat dalam PAS je ada orang bodoh. Itulah orang nak tulis kau pun nak tulis. Tapi kau tak tau apa-apa pun. Kalau macam ni sampai bila negara kita akan terus dijajah oleh orang yang korup. Ni bang Faizal Rosmin saya tulis mudah-mudah supaya abang boleh balik dan fikir ye
1. RM1.1 billion tak hilang. Tak de duit hilang bang. Kalau ada hilang sapa amik bang? Rafizi Ramli? Anwar Ibrahim ? Tengku Zafrul ? sapa bang?
2. RM1.1 billion tu dalam tempoh 10 tahun bang dalam bentuk latihan dalam tempoh 10 tahun. Mungkin abang tak tau yang RM1.1 billion tu 10 tahun nanti baru dia jadi RM1.1 billion. Total bang. Abang faham total tak? maksudnya RM1.1 Billion di bahagi 10 tahun. maksudnya pada tahun 2035 nanti baru jumlah dia RM1.1 billion
3. Kalau dia korup bang, kenapa nak suruh Azam baki letak jawatan? Baik dia kekalkan azam baki buat baik dengan dia supaya dia tak siasat RM1.1 billion tu kalau dia korup. Tak logik abang nye analogi tu.
4. Kalau dia tak nak dikaitkan dengan "korup" RM1.1 billion tu dia patut buat macam perdana menteri kita. Puji, ampu dan terus sambung kontrak azam baki. Barulah Azam tak siasat kalau ada korup (opsss). Tul tak bang?
Panjang tulisan tu bang. saya letak balik kat komen kot kot tak jumpa







