Mana janji mahu siasat Pandora Papers? - Anwar

 


Sudah hampir dua bulan sejak isu Pandora Papers dibawa ke Dewan Rakyat namun ia masih tidak dibahaskan malah tiada juga kedengaran disiasat dilakukan oleh pihak berkuasa.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) mempersoalkan jaminan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menyiasat skandal berkenaan melibatkan beberapa jabatan yang masih belum menjadi kenyataan.


"Saya bangkitkan kes Pandora Papers baru baru ini. PM beri jaminan akan memanggil SPRM, bahagian siasatan jenayah, Bank Negara dan LHDN tetapi tidak ada sebarang maklumat.


"Tidak ada kesungguhan Bank Negara, SPRM, LHDN dan Jabatan Siasatan Jenayah, mungkin mereka lakukan tetapi kita minta penjelasan dibuat kerana jabatan ini juga ada yang terpalit beberapa tuduhan, termasuk yang terpalit dengan pertuduhan kepada keluarga mantan Gabneor Bank Negara.


"Saya minta kes ini kerana tidak mahu, (Ahli Parlimen) Pekan bangkitkan ini tiada kes. Saya rasa aneh kerana saya sebutkan Global Integrity pada 2019 itu meletakkan Malaysia paling tinggi aliran wang haram keluar, iaitu lebih RM130 bilion. Kalau ini dianggap ringan maka mala petaka negara ini.


"Ini bukan perkara baru, saya rumuskan terlalu lama pendedahan ini dibuat tetapi paling lembab diambil tindakan," katanya dalam sesi perbahasan Belanjawan 2022 di Dewan rakyat, pagi tadi.


Selain itu, Ketua Pembangkang berkenaan juga membangkitkan Prosedur Operasi Piawai dalam Pilihan Raya Negeri Melaka yang membunuh demokrasi sehingga pembangkang kalah teruk kelmarin.


"Terkait dengan Majlis Keselamatan Negara (MNK) SOP PRN Melaka. SOP ditetapkan oleh MKN itu diikuti oleh SPR mengikut pengalaman banyak sekatan.


"Pilihan raya adalah kesempatan orang beri pencerahan, penerangan. Tetapi penerangan tidak dapat disampaikan melainkan dengan risalah saja, maka ada masalah.


"Oleh yang demikian mohon pertimbangan semula merobah peraturan ini supaya pilihan penerangan itu sesuai dengan democratic spirit. Untuk (PRN) Sarawak perkara ini harus disegerakan," katanya.


Semua berhak kritik Anwar, tetapi PH masih perlukan Anwar

 


Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin mengakui ada pihak yang cuba memintanya menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kekalahan Pakatan Harapan (PH) di Pilihan Raya Negeri Melaka.


Katanya, sesiapa pun berhak mengkritik hatta sepedas mana pun ke atas para pimpinan PH termasuk Anwar akibat kekalahan tersebut.


"Namun, jika anda tanya pendapat saya, adakah Anwar wajar disalahkan dan diminta berundur dari memimpin PH, maaf, saya tidak mampu untuk bersetuju dengan anda..sekurang kurangnya untuk masa kini.


"Ya, dengan hormat, agak "fair" untuk mengatakan bahawa Anwar ada "saham" bagi kekalahan PH dan kesemua calon KEADILAN di Melaka, tapi harus diingat segala keputusan PH bukan dilakukan oleh Anwar seorang sahaja," katanya.


Sebaliknya beliau menyifatkan PH sentiasa dipandu atas keputusan kolektif.


"Maka menyalahkan hanya seorang individu sahaja sedangkan sebarang keputusan PH bukan bersifat keputusan tunggal sebaliknya, ianya adalah keputusan kolektif, bagi saya, maaf cakap, adalah tidak adil.


"Mungkin ada yang akan segera melabel saya terlalu pro-Anwar.Saya tidak tersinggung sedikit pun jika ada yang berperasaan sebegitu. Ia adalah kritikan yang adil terhadap saya yang mempertahankan Anwar.


"Sejak dahulu, saya sentiasa berusaha untuk mendidik diri saya cuba berlaku adil kepada sesiapa pun hatta sebenci mana pun saya kepada sesiapa pun. Sudah tentu sebagai insan yang lemah pendirian saya juga tidak sunyi dari kelemahan," katanya.


Oleh itu, katanya, beliau merasakan tidak adil untuk hanya menyalahkan Anwar atas kekalahan PH dan KEADILAN di PRN Melaka.


"Saya, secara peribadi, masih merasakan PH masih perlukan khidmat Anwar bersama kepimpinan PH yang sedia ada.


"Jujurnya, saya juga merasai bahawa jika kita semua pihak benar-benar jujur, kita juga perlu bersikap adil tentang pelbagai bentuk ketidakadilan yang mungkin tidak disedari juga banyak kali dilakukan ke atas Anwar," katanya.

 


Belajar dari kekalahan PRN Melaka, buang masa salahkan Anwar

 


Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang menyifatkan cubaan pihak tertentu yang meletakkan segala kesalahan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri Melaka adalah satu perbuatan yang sia-sia.


Beliau sebaliknya berkata, terdapat banyak pengajaran yang boleh diambil tanpa perlu menyalahkan mana-mana pemimpin PH, terutamanya kegagalan PH sendiri dalam mengekalkan sokongan pengundi daripada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


"Pertamanya, perlu ada perubahan gaya pemikiran politik oleh semua pemimpin politik.


"Era hegemoni politik UMNO sepatutnya sudah tamat pada pilihan raya umum 9 Mei 2018 di mana Pakatan Harapan menumbangkan Barisan Nasional yang didominasi UMNO, tetapi PRN Melaka pada 20 November 2021 ini seakan-akan menunjukkan kedatangan semula hegemoni politik UMNO.


"Perkara ini tidaklah benar dan dapat dilihat daripada undi yang diraih daripada ketiga-tiga gabungan politik di mana Barisan Nasional meraih 38.39 peratus atau 122,741 undi, Pakatan Harapan dengan 35.65 peratus atau 113,968 undi, dan Perikatan Nasional dengan 24.47 peratus atau 78,220 undi.


"Penganalisa politik, Bridget Welsh, telah membongkarkan dua tafsiran PRN Melaka, pertamanya bahawa UMNO telah kembali ke era hegemoninya sebelum ini sedangkan perkara ini tidak tepat seperti yang dilihat daripada hanya 38.39% peratusan undian yang diraihnya walaupun perkara ini membawa kepada pertambahan lima kerusi, daripada 13 ke 18 kerusi; dan keduanya kononnya MCA dan MIC kini berjaya kembali ke arena politik selepas memenangi dua dan satu kerusi masing-masing, sedangkan MCA kehilangan sokongan di lapangan, daripada 10 peratus ke 8 peratus undian, manakala MIC mengekalkan kadar sokongannya pada 1% berbanding dengan Pilihan Raya Umum 14.


"Kita kini berada dalam situasi politik baharu di mana tidak ada parti politik yang boleh mempunyai hegemoni politik, tetapi pada masa yang sama, gaya fikir sebagai sebuah gabungan masih perlu dibangunkan memandangkan ramai yang masih menggunakan pemikiran hegemoni politik lama.


"Walaupun kerajaan Pakatan Harapan sepatutnya menjadi yang pertama untuk menerokai gaya fikir politik gabungan di Malaysia, ia telah gagal untuk berbuat demikian lalu terperangkap dalam acuan politik hegemoni yang diamalkan Barisan Nasional selama setengah abad yang lepas," katanya.


Jelasnya lagi, seorang Perdana Menteri PH sepatutnya bertugas dengan cara berbeza dengan berbanding dengan seorang Perdana Menteri BN yang didominasi UMNO, tetapi pemikiran ini berterusan dalam 22 bulan kerajaan PH mentadbir daripada Mei 2018 sehingga Februari 2020.


"Dalam satu gabungan dengan hegemoni sesebuah parti, Perdana Menteri membuat keputusan mengikut tahap penerimaan parti komponen yang lain.


"Dalam satu gabungan yang saksama pula, Perdana Menteri perlulah berunding dan mencapai persetujuan parti komponen yang lain mengenai pelantikan Menteri, pengagihan Kementerian, dan dasar-dasar yang akan dilaksanakan.


"Pengakuan Muhyiddin Yassin semasa kempen PRN Melaka menunjukkan dalam acuan “hegemoni” kerajaan gabungan ini, ada kemungkinan untuk parti komponen untuk bergerak dengan cara yang menyimpang daripada matlamat bersama gabungan tersebut, seperti penangkapan dan penahanan wakil rakyat parti komponen atas tuduhan dibuat-buat berkenaan dengan aktiviti keganasan Tamil Tigers di Sri Lanka.


"Pemikiran politik gabungan ini hanya boleh dicapai di bawah PH dan bukanlah BN yang berteraskan hegemoni sesebuah parti," katanya.


Pada masa sama, katanya, PH juga perlu mengguna pakai peraturan untuk persetujuan sebulat suara dalam Majlis Presidennya.


"Perkara seperti ini akan mengelakkan PH daripada membuat kesilapan seperti menerima “katak politik” yang telah ditolak bulat-bulat dalam PRN Melaka.


"PH tidak boleh hilang kedudukan moral, integriti, khidmat demi rakyat dan bukannya diri sendiri dan juga pada masa yang sama perlulah melihat diri kita semua pertamanya sebagai rakyat Malaysia dalam masyarakat yang berbilang kaum, bahasa, agama, dan budaya," katanya.

Ekonomi parah boleh luluskan hadiah persaraan kepada bekas PM?

 


Hadiah persaraan bernilai RM100 juta ditimbulkan oleh Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat pagi tadi.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) bertanya apakah keperluannya Datuk Seri Najib Razak diberi hadiah persaraan sedangkan Perdana Menteri (PM) sebelumnya hanya menikmati pencen dan sedikit kemudahan kerajaan.


"Tentang perbelanjaan sumber manusia pasca perkhidmatan yang menjadi kontroversi baru baru ini, saya tegaskan bahawa ini bukan menyanggah secara peribadi Pekan (Najib Razak) tetapi prinsipnya, bagaimana mungkin satu kerajaan dan jemaah menteri dalam keadaan kemelut ekonomi yang parah sekarang boleh meluluskan wang begitu besar kepada seorang mantan PM.


"Saya faham semangat hutang budi dibawa mati tetapi ini beban kepada negara. Kalau ikut pengalaman mengenali tokoh-tokoh seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, orang orang ini tidak perlu dana kerana berkhidmat, kerana kasih kepada negara, ini bebeza dengan yang lain (terkemudian)," katanya.


Hujah Anwar dicelah oleh Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu yang mencadangkan PM sebelum Najib juga diberi hadiah atas jasa jasa mereka, termasuk Tun Mahathir perlu diberi sebanyak RM2 bilion kerana membangunkan ekonomi Malaysia.


Justeru, Anwar meminta menteri memberi penjelasan apa yang berlaku selanjutnya mengenai perhomonan hartanah oleh Najib berkenaan.


"Kita minta Menteri beri penjelasan apa yang berlaku. Apa yang diperoleh dan mengapa Jemaah Menteri boleh bersetuju dengan mudah atas kemudahan diberikan. Jemaah Menteri itu sebahagian besar dari parti Melayu dan Islam (yang sepatutnya mendahulukan rakyat)," katanya lagi.

LAAAAA.....AWAT LA BIAR DUIT ORANG PEGANG PULAK ? DUIT 1 MBD BOLEH SUAMI BEKAS GABENOR PEGANG ? PELIK MALAYSIA NI YA

 



SPRM digesa bertindak segera RM65 juta dana 1MDB dipegang suami Zeti




SPRM baru-baru ini mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan oleh syarikat milik Tawfiq Ayman, suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera susulan pendedahan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan dalam syarikat milik suami bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tawfiq Ayman.

Gesaan itu dibuat Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) bagi membolehkan rakyat mengetahui perkara sebenar.

“Apakah YB Tumpat setuju susulan laporan media baru-baru ini pada 19 Nov yang mengatakan dana 1MDB ada kaitan dengan bekas Gabenor Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz, di mana nama suaminya disebut dan jumlah wang sebanyak USD15.4 juta bersamaan kira-kira RM65 juta terlibat.

“Apakah YB Tumpat setuju SPRM dan pihak lain mengambil tindakan sewajarnya secepat mungkin kerana seluruh negara tergempar dengan berita ini dan rakyat nak tahu,” soalnya ketika bangkit mencelah ucapan Ahli Parlimen Tumpat, Che Abdullah Mat Nawi yang membahas Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Che Abdullah bersetuju dengan Azeez dan meminta menteri terlibat memberi penjelasan di Dewan Rakyat.

Sebelum ini, SPRM mendedahkan sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB yang diambil balik dari Singapura disimpan dalam syarikat milik suami Zeti.

Sehingga kini, SPRM berjaya mendapatkan semula aset dan dana berkaitan 1MDB berjumlah RM20.5 bilion, termasuk pemulangan aset bernilai USD15.4 juta melibatkan akaun Cutting Edge Industries Ltd, syarikat milik Tawfiq dan Samuel Goh.

Tawfiq pernah disoal siasat polis berhubung kaitannya dengan dana 1MDB, namun tiada perkembangan baharu berhubung siasatan itu dilaporkan.

FUHHH..LOMPAT JUGA ? KAH..KAH....MEMANG TAK GUNA ?

 


2 ADUN PN sertai kerajaan Melaka? Pimpinan BN akan bincang, kata Sulaiman



Dua ADUN Perikatan Nasional yang menang pada PRN Melaka adalah Mohd Aleef Yusof di kerusi Sungai Udang dan Mohd Yadzil Yaakub di Bemban.

PETALING JAYA: Pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) akan berbincang sama ada dua wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) boleh bersama dalam pembentukan kerajaan negeri atau sebaliknya, kata Ketua Menteri Sulaiman Md Ali.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN Lendu berkata, walaupun pentadbiran kerajaan persekutuan menjalinkan kerjasama dengan PN, namun senario pilihan raya negeri (PRN) Melaka yang menyaksikan BN bertanding secara solo perlu diambil kira.

“Saya kena bermesyuarat terlebih dahulu dan saya mesti berbincang dengan pucuk kepemimpinan parti kerana kali ini kita BN bertanding secara solo, bukan dalam kerajaan atau PN.

“Justeru, apa juga keputusan dibuat pucuk kepemimpinan parti saya akan akur,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau sebelum ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka selepas BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), melebihi dua pertiga kerusi pada PRN Melaka, Sabtu lalu.

Dua ADUN PN yang menang dalam PRN adalah Mohd Aleef Yusof di kerusi Sungai Udang dan Mohd Yadzil Yaakub di Bemban.

Sulaiman berkata, anggota Exco yang diumumkan selewat-lewatnya hujung minggu ini akan menggabungkan muka lama dan baharu.

Beliau berkata, kombinasi itu membabitkan pelantikan dalam kalangan ADUN mempunyai latar belakang pendidikan serta pengalaman bersesuaian dan memenuhi keperluan semasa.

“Kita akan lihat kebolehan dan pendidikan mereka untuk agihkan portfolio mengikut kesesuaian.

“Mungkin hujung minggu ini kita akan umumkan pelantikan Exco,” katanya.

Desak pemimpin Bersatu letak jawatan, ini penjelasan Pak Wan

 

Desak pemimpin Bersatu letak jawatan, ini penjelasan Pak Wan.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof menafikan beliau mendesak tiga pemimpin parti itu meletak jawatan berikutan prestasi hambar parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Katanya, kenyataan yang disebarkan melalui media sosial kononnya dikeluarkan pihaknya itu bersifat fitnah dan berniat jahat kepada dirinya.

“Kenyataan berunsur fitnah itu adalah tanggungjawab pihak yang terdesak dan kecewa serta berniat jahat untuk memecah-belahkan kesatuan pimpinan BERSATU.

“Saya yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah menafikan sekeras-kerasnya ada mengeluarkan kenyataan seumpama itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Berdasarkan kenyataan yang tular itu, Mohd Redzuan kononnya mendesak Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Ketua BERSATU Bahagian Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meletak jawatan.

Kenyataan berkenaan mendakwa, kekalahan teruk Perikatan Nasional (PN) dan BERSATU adalah petunjuk strategi membalas dendam tidak diterima rakyat dan kempen parti itu gagal serta memalukan.

Pada PRN Melaka kelmarin, PN bertanding di semua 28 kerusi dengan 15 daripada mereka adalah calon daripada BERSATU manakala lapan ditandingi PAS dan GERAKAN meletakkan lima calon.

Menurut laporan Berita Harian ,beliau berkata Bagaimanapun, hanya dua calon PN, iaitu Dr Mohd Aleef Yusof dan Dr Mohd Yadzil Yaakub, masing-masing calon kerusi Sungai Udang dan Bemban memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

Dr Mohd Aleef memperoleh 6,789 undi, menewaskan Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad daripada Barisan Nasional (BN) yang memperoleh 6,259 undi, Hasmorni Tamby dari Pakatan Harapan (PH) yang mendapat 2,035 undi dan Mohd Zahar Hashim (Bebas) yang memperoleh 471 undi.

Dengan majoriti 530, Dr Aleef membuat kejutan menewaskan Mohamad Ali, iaitu Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka yang juga Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu.


KALAU NAK KELUAR TAK PAYAH UGUT UGUT...

 

KAK IDA ABDULLAH

Apabila rakan kongsi buat perangai, hati tak bersih, berpisah je... Kalau berniaga akan rugi, kalau berpersatuan akan berantakan. Anwar Ibrahim layak ketuai rakyat berbilang kaum dlm Malaysia. Parti beliau parti masa depan paling relevan!

Malaysians come together under the leadership of Anwar Ibrahim. A mighty Malaysia awaits!


May be an image of 1 person, headscarf and text that says "YB DATO'SIAB IBRAHIM SERI ANWAR BIN PRESIDEN KEADILAN"

Rafizi digesa kembali atau PH tersungkur PRU15 nanti, kata AMK

 



Oleh MALAYSIA DATELINE / November 22, 2021

Di sebalik kekalahan Pakatan Harapan hari ini di media sosial seruan terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk kembali ke pentas politik semakin bergema.

Ketua Penerangan AMK Sabah Razeef Rakimi berkata, seruan untuk Rafizi kembali bukan sahaja dalam kalangan akar umbi PKR malah akar umbi AMANAH dan DAP juga turut menyeru agar arkitek kemenangan PH pada PRU-14 itu kembali ke lapangan membantu PH kembali ke landasan.

Rafizi sebelum ini menjadi arkitek di sebalik penubuhan PH dan antara individu yang membantu penubuhan AMANAH bagi menggantikan Pas yang dikatakan bersekongkol dengan Umno pada ketika itu.

Rafizi melalui Invoke di bawah seliaan beliau telah turun ke lapangan dan melalui gerak kerja beliau berjaya membantu PH menumbangkan BN yang telah mentadbir selama enam dekad.

Bagaimanapun katanya, setelah berjaya menawan Putrajaya pandangan dan kritikan Rafizi mula ditolak pimpinan PH.

Misalanya kata beliau, teguran Rafizi berkaitan ‘kartel’ dalam PKR juga tidak diendahkan sehingga berlaku Langkah Sheraton yang menyaksikan pengkhianatan ‘kartel’ dalam PH dan tumbangnya kerajaan PH yang hanya memerintah selama 22 bulan.

“Keputusan PRN Melaka menyaksikan PH kehilangan lapan kerusi yang disandang iaitu tiga kerusi dari PKR, empat dari DAP manakala satu kerusi dari AMANAH.

“Ini merupakan kekalahan paling teruk dialami PH terutama PKR yang tewas di kesemua 11 kerusi yang ditandingi,” ujarnya.

Dapatan di media sosial terutama Facebook memdapati akar umbi PH mahu Rafizi Ramli kembali ke politik dan membantu PH bagi menghadapi PRN Sarawak yang dijangka berlansung pada bulan Disember ini.

Menurut rata-rata pengguna Facebook, Rafizi perlu segera kembali dengam strategi yang beliau ada atau PH akan tersungkur pada PRU-15 akan datang.

Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka telah melabuhkan tirai dengan menyaksikan kemenangan selesa Barisan Nasional (BN) dengan 21 kerusi menewaskan Pakatan Harapan (PH) yang hanya mendapat lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi.

Ini sekaligus membuatkan BN menang selesa dengan menguasai lebih 2/3 kerusi DUN Melaka.

 

GESA ISMAIL SABRI PERCEPAT PRU BERMAKNA UMNO TIDAK SABAR MAHU MENUKAR PERDANA MENTERI

 

Sebaik saja menang bergaya dalam PRN Melaka, macam sudah tak sabar lagi UMNO mahu PRU15 diadakan dengan segera.

Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan berkata, beliau sudah pun memberitahu Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar menimbang untuk membubarkan Parlimen dalam waktu terdekat ini.

Ini kerana katanya, berikutan kejayaan BN di Melaka, ia adalah keadaan yang cukup baik untuk disusuli dengan diadakan PRU15 pula.

Berkaitan gesaan Mohamad Hasan atau Tok Mat ini, saya sebelum ini pernah menulis bahawa kemenangan BN di PRN Melaka bukanlah kemenangan buat Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Sebaliknya, antara yang utama berhak mendakwa kemenangan itu sebagai kemenangan mereka ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, bekas Perdana Menteri, Najib Razak dan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan selaku Pengarah PRN Melaka.


Ismail Sabri malah akan terus terpencil dengan kemenangan BN secara solo ini kerana beliau sebelum ini bersungguh-sungguh menawarkan diri untuk menjadi pendamai bagi mencari titik kerjasama antara UMNO, Pas dan Bersatu.

Bermakna, idea UMNO mesti bekerjasama dengan Pas dan Bersatu yang cuba diusahakan oleh Ismail Sabri itu langsung tiada harga sekarang ini kerana telah terbukti bertanding solo pun BN mampu mencipta kejayaan cemerlang.

Malah Zahid Hamidi, Najib dan Mohamad Hasan yang sedari awal mempertahan keperluan BN bertanding solo ternyata tidak salah perkiraan dan sedang menjadi pujaan ahli-ahli akar umbi UMNO.

Untuk itu, gesaan Tok Mat agar PRU15 diadakan segera bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Ternampak sekarang selepas kejayaan BN di Melaka, UMNO melalui Tok Mat sedang mempromosi kemenangan tersebut untuk agenda yang lebih besar iaitu menukar Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.

Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri tidak dilihat mewakili keseluruhan wajah UMNO kerana sejak awal beliau lebih memihak kepada Mahiaddin dan Bersatu berbanding UMNO.

Oleh kerana Zahid Hamidi sedang berdepan perbicaraan di mahkamah, manakala Najib sudah dihukum bersalah dan ada lagi perbicaraan berkaitan 1MDB sedang berjalan, kedua-dua mereka tentu saja tidak sesuai dinamakan sebagai calon Perdana Menteri jika PRU15 diadakan sekarang ini.

Atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Pengarah PRN Melaka yang berjaya mencipta kejayaan cemerlang buat BN, pastinya Mohamad Hasan adalah calon terbaik sekali untuk diketengahkan.

Selain itu, Mohamad Hasan juga mendapat sokongan akar umbi yang lebih kukuh berbanding Ismail Sabri yang kecenderungannya dilihat lebih condong untuk membawa Bersatu bekerjasama dengan UMNO berbanding keyakinan bergerak solo.

Dalam erti kata lain, secara tersiratnya Mohamad Hasan sedang menonjolkan dirinya sendiri untuk menjadi Perdana Menteri menggantikan Ismail Sabri di sebalik gesaannya agar dipercepatkan PRU15 itu.

Jika UMNO atau Mohamad Hasan mahu Ismail Sabri terus dikekalkan sebagai Perdana Menteri, beliau tidak perlu terlalu tergesa-gesa mendesak diadakan pilihanraya dengan segera.

Lagi pun, Ismail Sabri belum lagi mencecah tempoh 100 hari menikmati hari-hari penuh bahagia sebagai orang paling berkuasa di negara ini. – ShahbudinHusin 22/11/2021.

SUSAH JIKA ADA NIAT TAMAK HALOBA DENGAN JAWATAN NIH,,,DOK TERINGAT JANDA LAMA BILA JANDA DAH SENANG..SEDANGKAN KITA PAPA KEDANA

 


Selepas tewas di Melaka bersama PN, Pas kata ahli masih mahu bersama Umno



Oleh MALAYSIA DATELINE / November 22, 2021

Selepas tewas di Melaka Pas mengaku akar umbi masih mahu bekerjasama dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN) menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata akar umbi dilihat lebih menyokong MN bagaimanapun Pas tidak akan meninggalkan Perikatan Nasional (PN) demi penyatuan ummah.

“Umno adalah sahabat Pas dalam MN dan diharapkan kerjasama tersebut terus diperkukuh menjelang PRU15 dan rundingan menyatupadukan ketiga-tiga parti itu akan terus dilakukan.

“Kita akui akar umbi mahu MN dan kita harap pihak Umno mengukuhkan MN dalam pilihan raya akan datang. Apa yang lebih penting kerajaan negeri Melaka tidak jatuh ke tangan Pakatan Harapan (PH) meskipun PN juga kalah dalam PRN itu,” katanya dipetik Utusan.

Pas tewas di semua lapan kerusi ditandingi dalam PRN Melaka itu sekali gus mengulangi kekalahan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pas tidak serang Umno di Melaka

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Melaka, Datuk Kamarudin Sidek juga mengesahkan bahawa persaingan di Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lebih kepada persabahatan sebab itulah Pas tidak menyerang Umno.

Kamarudin berkata, meskipun tidak berada di bawah satu gabungan bersama Umno pada PRN Melaka, prinsip MN bersama Umno masih lagi dikekalkan sehingga kini.

“Oleh kerana kita ambil prinsip masih mengekalkan MN, isunya kita tidak boleh buat serangan kepada mereka sepanjang PRN ini dan kita kekal pada prinsip persahabatan itu walaupun bersama PN.

“Sebab tu kita tak ada buat serangan apa, jadi saya tiada isu lah, biarpun tidak mendapat satu kerusi dalam PRN Melaka.

Terdahulu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, pintu persefahaman antara Umno dan Pas menerusi MN masih terbuka meskipun BN dilihat mampu bergerak bersendirian.

 


Kalah teruk PRN Melaka: Rafizi sekolahkan pemimpin PH

 Kalah teruk PRN Melaka: Rafizi sekolahkan pemimpin PH


Pemimpin Pakatan Harapan (PH) harus mengambil iktibar daripada kekalahan gabungan itu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka baru-baru ini, kata Naib Presiden PKR Rafizi Ramli.

Dalam perkongsian Twitter, Rafizi menggesa penyokong PKR dan PH yang masih mengharapkan pentadbiran yang cekap dan amanah tidak berasa terlalu kecewa dengan kekalahan gabungan itu.

“Jangan terlalu sedih dan putus harapan, ada pengajaran baik di sebalik keputusan PRN Melaka.

“Kalau pimpinan PKR dan PH belajar daripada keputusan ini, tolak ego, insya-Allah PRU15 lebih baik,” katanya, memetik Malaysiakini.

Rafizi sebelum ini memberi amaran kepada PH supaya tidak menerima “katak politik” yang berpaling tadah daripada Umno dan Bersatu untuk bertanding PRN Melaka.

Rafizi, yang sedang bercuti daripada tugasnya sebagai naib presiden PKR, turut menolak cadangan supaya dia kembali aktif dalam parti.

“Susah nak betulkan sebab pimpinan yang ada takkan terima pandangan saya.

“Sebab itu lebih baik melahirkan pendapat di luar.

“Berharap saya berusaha sampai mati untuk mereka menang dan dapat jawatan sedangkan mereka tidak berniat menerima pandangan saya; itu tidak adil kepada saya,” kata bekas ahli parlimen Pandan itu, sebagai respons ciapan pengguna Twitter lain.

BN menang besar di Melaka selepas memenangi 21 kerusi dan membentuk kerajaan baru dengan dua pertiga majoriti.

PKR kalah di semua kerusi yang ditandingi, sementara Amanah hanya menang satu kerusi. Manakala DAP hanya menang empat kerusi berbanding lapan yang disandang sebelum ini.

PN pula hanya menang di dua kerusi.


KAH.KAH.KAH PUNYA KEMARUK KUASA.....

 Terkini! Pas dakwa PRN Melaka capai objektif dengan kemenangan BN


Pas dakwa PRN Melaka capai objektif dengan kemenangan BN

Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berjaya mencapai objektif banyak pihak yang sebenarnya menolak Pakatan Harapan (PH) untuk kembali memerintah di negeri itu.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Awang Hashim, berkata kemenangan itu sekali lagi menunjukkan rakyat mahukan pimpinan parti Melayu Islam terus memerintah.

“Terutamanya saya ucap tahniah kepada BN kerana kita telah berjaya menafikan PH daripada memerintah semula. Itu objektif utama kita.

“Yang kedua, kita ingin melihat kepada penyatuan ummah. Di sini kita melihat berlaku penyatuan ummah, dan peningkatan.

“Walaupun berlaku pertembungan di peringkat negeri antara BN dan PN di PRN Melaka, di peringkat persekutuan, ini adalah satu impak yang sangat baik untuk kami lebih bertambah rapat ukhwah, ataupun hubungan dalam penyatuan ummah.

“Kita melihat keperluan kepada penyatuan. Ini sangat penting. Ia agak berbeza di antara PRN Melaka berbanding dengan pilihan raya persekutuan,” ujarnya

Astro Awani melaporkan, beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin bersama Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Titi Haji Idris dekat sini semalam.

Bagaimanapun, kata Awang, beberapa faktor perlu diberi perhatian memandangkan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang sama sekali dilihat berbeza berbanding PRN di Melaka.

Katanya, peratusan individu yang keluar mengundi di Melaka cuma antara 60 dan 65 peratus, bermakna terdapat kira-kira 40 peratus lagi pengundi yang tidak keluar, terutamanya membabitkan golongan berusia antara 21 dan 35 tahun.

Jelas beliau, mereka ini merupakan golongan skeptikal dan mungkin ada juga dalam kalangan pengundi terutamanya yang tinggal di luar Melaka sudah hilang rasa ‘ghairah’ untuk balik menunaikan tanggungjawab itu.

Mengulas lanjut, Awang yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, pelaksanaan Undi 18 pada tahun hadapan bakal membawa satu perubahan drastik dalam landskap politik tanah air.

Katanya, ini bermakna penyatuan ummah terutama di peringkat persekutuan perlu diperkukuhkan bagi memastikan masa depan umat Islam lebih terjamin.