WOIII HABIS IDEA KAH?
Alif Jamil
Bahaya cara politik Takiyuddin nih.
Dah nampak semakin ekstrim.
Kenyataan Takiyuddin tu jelas satu manipulasi politik bersifat selective outrage yg cuba membangkitkan emosi rakyat dgn menyamakan dua peristiwa yg langsung tak sepadan dgn konteks.
Tragedi Memali tu melibatkan penentangan kelompok bersenjata, kematian 14 nyawa dan operasi polis besar-besaran terhadap pengikut Ibrahim Libya.
Tragedi Memali tu bukannya insiden tersalah masuk masjid tapi itu tragedi berdarah dgn konflik ideologi yg melibatkan keselamatan negara masa tu.
Sedangkanisu yg dibangkitkan dalam kes yg berlaku di Masjid Rusila tu hanyalah latihan APMM atau anggota penguatkuasa yg singgah solat saja.
Dan dakwaan kononnya anggota masuk masjid tanpa izin dan tak pakai kasut tu belum pon disahkan dgn bukti video atau laporan rasmi.
Takde langsung unsur keganasan, takde nyawa terkorban dan tiada tindakan kekerasan terhadap jemaah masjid.
Bahkan takde langsung berlaku tembak menembak atau sembih menybelih orang.
Celah mana yg sama dgn tragedi memali ?
Kalau Takiyuddin benar ikhlas, dia sepatutnya rujuk dulu laporan siasatan dan SOP operasi APMM.
Tapi harini nampak jelas dia cuba mengheret emosi agama dan sensiviti isu Memali untuk menggambarkan seolah² kerajaan harini bertindak ganas dan menindas Islam.
Ini taktik jahat Perikatan Nasional bila kehabisan idea dalam isu ekonomi dan dasar..
Bakar sentimen dan api perkauman supaya org ramai takut dan marah.
Jadi perbandingan dua keadaan ni bukan sahaja tak tepat tapi sgt berbahaya kerana ia menghasut persepsi seolah² institusi keselamatan negara sekarang sama zalim dgn tragedi berdarah dulu.
Nak samakan dua keadaan ni memang tak masuk akal langsung.
Moga rakyat tak termakan dgn hasutan jahat ini sehingga wujud kes pembunuhan antara rakyat dan penguatkuasa.
LIHAT BAGAIMANA PEMBANGKANG YANG TAK ADA ISU MEMFITNAH KERAJAAN.
CnP
Tengoklah bagaimana cerita ini telah banyak diambil secara salah oleh orang ramai yang tidak baca berita dan sumber primer. YB Takiyudin membuat beberapa dakwaan di dalam dewan rakyat seperti berikut.
Tuduhan pertama
Bahawa satu latihan penggempuran APMM di Masjid Rusila, Kampung Rusila, Marang Terengganu pada 29/9/2025 pada pukul 10 pagi sekitar 10 hingga 15 orang dengan 5 kenderaan telah menyerbu masuk ke dalam perkarangan masjid.
Tuduhan kedua
Orang ramai telah menegur.
Tuduhan ketiga
Bahawa pasukan keselamatan yakni APMM tersebut telah berkata "Kami polis."
Tuduhan keempat
Pasukan keselamatan tersebut telah mengeledah masjid.
Tuduhan kelima
Pasukan keselamatan tersebut telah memasuki masjid tanpa membuka kasut.
Tuduhan keenam
Pasukan keselamatan tersebut telah menimbulkan ketakutan orang ramai.
Tuduhan ketujuh
Pihak masjid telah membuat laporan polis.
Tuduhan kelapan.
Maka "menjumpai notis" oleh sebuah agensi penguatkuasaan iaitu notis latihan Survival, Evasion, Resistance and Escape (SERE) yang dijalankan oleh Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) latihan komando yang sepatutnya ditujukan kepada pihak-pihak tertentu.
Ini adalah 8 kenyataan berbentuk satu tuduhan terhadap sebuah agensi keselamatan dan penguatkuasaan negara yakni Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia pada 22/10/25 di dalam dewan rakyat.
Kemudian APMM mengeluarkan kenyataan media bahawa pegawai APMM pada 19/9/25 ketika itu berada dalam masjid untuk bersolat dan beriktikaf selepas solat asar sebelum mengadakan tugasan seterusnya dalam latihan SERE. APMM memaklumkan bahawa masjid telah diberikan makluman mengenai kehadiran pelatih ke dalam masjid tersebut. Kehadiran pelatih bukan untuk mengadakan latihan tetapi berada di dalam masjid untuk menggunakan masjid.
Kemudian tidak semena-mena, pengurusan Masjid Rusila, Kampung Rusila, Marang Terengganu pula mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak menerima apa-apa notis samada lisan atau bertulis mengenai apa-apa aktiviti yang dinyatakan dalam kenyataan tersebut. Saya ulang, apa-apa aktiviti yang dinyatakan di dalam kenyataan tersenut.
Di sini dapatlah difahami bahawa aktiviti yang memerlukan notis apabila kita baca balik kenyataan pengurusan Masjid Rusila yang merujuk kepada kenyataan APMM adalah antaranya aktiviti beriktikaf. Ini kerana APMM menafikan bahawa masjid digunakan sebagai ruangan latihan menggempur komando. Mereka hanya beriktikaf.
Bandingkan dengan kenyataan Takiyudin hari ini yang dibuat di luar dewan rakyat.
1. Tidak ada lagi perkataan menyerbu masuk.
2. Tidak ada lagi perkataan mengeledah.
3. Tidak ada lagi penekanan kepada latihan komando.
4. Memperbetulkan tarikh dan masa di dalam dewan rakyat bukan 29/10/25 dan 10 pagi, tetapi 19/10/25 pada belah petang, selari dengan kenyataan APMM.
5. Dikekalkan naratif sebagai "mencurigakan."
Maaf. Silap APMM menggunakan masjid Rusila untuk menunaikan solat dan beriktikaf sebelum meneruskan latihan. Silap APMM tidak memintak kebenaran masjid untuk beriktikaf terlebih dahulu.
Harap APMM boleh mintak maaf. Satu kesilapan besar bahawa anggotanya menggunakan Masjid Rusila, Kampung Rusila, Marang Terengganu untuk beriktikaf.
US PUJI MALAYSIA.
Nazri Hamdan
Amerika Syarikat puji Malaysia sebab berjaya tunjuk kepimpinan yang kuat dan efektif sebagai pengerusi ASEAN tahun ni, terutama dalam urusan kerjasama digital dan keselamatan rantau Indo-Pasifik.
Duta AS ke Malaysia, Edgard D. Kagan, kata Malaysia memang konsisten jadi “chair” yang cekap sama macam masa 2015 dan 2005 dulu dan kali ni pun terbukti dengan cara kita urus sidang serta bangunkan pelan tindakan serantau.
Menariknya, lawatan Presiden Donald Trump ke Kuala Lumpur hujung minggu ni untuk hadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan ASEAN-AS ke-13 dianggap isyarat besar bahawa Washington mula beri semula tumpuan pada Asia Tenggara.
Selain nak bincang isu tarif dan perdagangan, Trump juga dijadual saksikan pemeteraian ‘Kuala Lumpur Accord’, iaitu perjanjian gencatan senjata antara Kemboja dan Thailand yang Malaysia jadi orang tengah sekaligus naikkan imej Malaysia sebagai kuasa diplomasi yang dihormati di rantau ni.
RASUAH KATA PEMBENCI. KEH KEH KEH.
RM1.215 Bilion dah dapat tapi PAS masih nak menipu .
Alif Jamil
Page Greater Terengganu Development (GTD) ni dulu pun bukan anti pada PAS malah agak pro juga kpd PAS.
Tapi akhirnya harini page ni pon dah tak tahan lagi dgn budaya pembohongan politik yg makin menjadi².
Bila fakta kewangan negeri pun nak dipusing demi propaganda politik, itu tandanya penyakit penunggang tu dah sampai tahap kronik.
Kalau kita rujuk fakta sebenar , pada tahun 2023 Kerajaan Negeri Terengganu dah terima RM1.215 bilion dari Kerajaan Persekutuan.
Jumlah ini tapi berdasarkan dua sumber rasmi:
1. Laporan Ketua Audit Negara 2024
2. Ucapan Penggulungan YAB MB Terengganu dalam Sidang DUN 2024
Butirannya begini:
1. Geran Wajib Persekutuan: RM413.6 juta
2. Dana Khas Kerajaan Persekutuan: RM802.2 juta
Jumlah keseluruhan: RM1.215 bilion.
Tapi yg menariknya sebahagian pimpinan dan lantikan politik PAS cuba kelirukan rakyat dgn dakwaan kononnya kerajaan negeri tak pernah terima RM1.215 bilion pun..
Kononnya sebab dalam penyata akaun negeri cuma tunjuk RM927 juta.
Padahal itu cuma sebahagian dana yg masuk terus ke akaun kerajaan negeri manakala bakinya disalurkan ke akaun agensi² kerajaan negeri seperti Majlis Perbandaran, Majlis Daerah dan Muzium Negeri.
Prosedur ni sama je di semua negeri di Malaysia termasuk Kelantan dan Kedah sebab ia tertakluk pada undang² dan akta perbendaharaan.
Bezanya, negeri lain tak pernah jadikan isu ni bahan politik murahan.
Lebih memalukan lagi, dalam sidang DUN sendiri MB Terengganu mengaku menerima RM802.2 juta Dana Khas Persekutuan dan majoriti dana itu digunakan untuk membayar gaji dan emolumen ribuan lantikan politik PAS.
Jadi, kat mana logiknya nak kata kerajaan pusat zalim atau Terengganu dianak tiri nih ??
Hakikatnya, yg menganiaya rakyat bukannya Putrajaya tapi pentadbiran negeri sendiri yg menjadikan bantuan pusat sebagai modal politik dan periuk nasi kroni.
Fakta dah jelas.
RM1.215 bilion dah sampai.
Tapi bila rakyat tanya kemana duit tu pergi, jawapannya cuma spin dan fitnah.
Seperti kata page GTD :
“Dah 7 tahun puak ni jadi lantikan politik, baca akaun pun tak reti lagi.”
Bila page yg pernah pro kpd PAS sendiri pun dah naik muak dgn tipu helah PAS, maknanya sikit demi sedikit rakyat Terengganu akan mula bukak mata.
Jadi cukuplah dgn drama dianaktiri tu.
Rakyat perlukan kejujuran, bukan cerita dongeng.
PETRONAS JENAMA UNGGUL
Nazri Hamdan
Petronas sekali lagi dinobatkan antara jenama paling bernilai di ASEAN dan berada ditempat kedua paling kukuh di rantau ini dgn nilai USD14.4 bilion.
Sementara Maybank naik 52%, MAS melonjak 209%, KPJ & Takaful Malaysia pun menembak naik.
Ini sebahagian daripada hasil reformasi ekonomi kerajaan Madani..
Apabila dasar negara stabil, pelabur kembali percaya dan syarikat² tempatan mula berdiri sebagai pemain global.
SAKARSTIK
De De
buat puan Uqasha.. kesilapan tarikh dlm sijil tu bukan terpakai dlm Sah atau tak Sah dlm syarat sah nikah..
alah dia macam typo ja pun 😅 tak yah fenin²... apa² pun ramai para duda² atau suami org skrg sebuk cari butang baju melayu 😂
PRN SABAH – PARTI SEMENANJUNG BERISIKO KALAH TERUK?
22 October 2025
Sentimen Sabah For Sabahan dan keghairahan mahukan parti tempatan memimpin Negeri Di Bawah Bayu dilihat sedang melanda fasa kempen PRN Sabah ketika ini.
Bermula dengan Warisan yang aktif menjadikan isu tersebut sebagai bahan kempen dengan matlamat untuk mengangkat maruah rakyat Sabah, beberapa parti lain kemudian mula mengikut jejaknya.
Bersandarkan alasan tidak setuju PKR, sebuah parti Semenanjung diberi banyak kerusi, STAR dan SAPP mengambil keputusan keluar daripada gabungan kerajaan negeri GRS.
Kedua-dua parti berkenaan seterusnya mengumumkan akan bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN kali ini.
Selepas itu, UPKO, sebuah parti dalam gabungan PH dan Presidennya pula merupakan menteri di peringkat pusat, mengambil langkah mengumumkan bertanding menggunakan logo sendiri.
Ternampak di sini, komponen PH sendiri ingin menjauhkan diri daripada dikaitkan dengan Semenanjung.
Sejak beberapa hari lalu apabila Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu memutuskan bahawa kerajaan persekutuan telah bertindak secara tidak sah dan melampaui bidang kuasa di bawah Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberikan 40 peratus hasil persekutuan yang sepatutnya diterima Sabah sejak hampir lima dekad lalu, sentimen menolak parti Semenanjung ternampak senakin menggegar lagi.
Atas keinginan agar hak Sabah dihormati dan kesilapan lalu diakui, pelbagai pihak lalu menggesa Peguam Negara yang berada di bawah kawalan kerajaan pusat tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu itu.
Keadaan jadi bertambah panas apabila Presiden UPKO, Ewon Benedick menyatakan akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi jika Peguam Negara membuat keputusan merayu keputusan tersebut.
Tindakan UPKO dan Ewon ini tentu saja merupakan cabaran getir, bukan saja kepada kerajaan pusat, tetapi juga kepada Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.
Apa yang dilakukan UPKO dan Ewon itu sudah tentu merupakan tamparan kepada parti-parti Semenanjung seperti PKR dan UMNO menjelang pengundian PRN Sabah pada 29 November depan.
Sekarang ini tidak dipastikan sama ada kerajaan pusat akan membuat rayuan atau tidak, tetapi yang pasti jika rayuan dilakukan, sentimen anti Semenanjung pasti lebih membara lagi.
Rayuan yang dilakukan itu nanti bukan saja akan dilihat sebagai petunjuk bahawa kerajaan pusat tidak bersedia memberikan peruntukan 40 peratus hasil persekutuan kepada Sabah, bahkan ingin mencabarnya di mahkamah yang lebih tinggi.
Keadaan itu dengan sendirinya akan membuka peluang kepada parti-parti tempatan untuk beraksi lebih garang lagi memperjuangkan hak negeri sewaktu kempen PRN berlangsung nanti.
Akhirnya, parti-parti Semenanjung akan dipandang sinis dan mula dijauhi pengundi.
Bagi parti-parti tempatan, apa yang mereka ingin lihat menjadi kenyataan ialah Sabah mampu menjadi seperti Sarawak di mana kerajaan negeri dikuasai sepenuhnya oleh parti-parti tempatan yang bergabung di bawah GPS.
Jika sentimen ingin meniru model Sarawak itu berjaya digarap dengan baik dalam tempoh kempen oleh semua parti tempatan, bukan saja PKR dan UMNO yang merupakan parti Semenanjung bakal berdepan laluan sukar, malah turut berisiko ditimpa kekalahan yang teruk.
Bagi pejuang-pejuang Sabah For Sabahan, walaupun PKR dan UMNO Sabah dipimpin oleh pemimpin negeri Sabah, tetapi dikatakan masih ada “boss besar” yang memegang papan catur di Kuala Lumpur.
GRS yang menubuhkan kerajaan negeri bersama dengan PH juga tidak terkecuali terkena tempiasnya kerana mereka dilihat tetap bersekongkol dengan parti dari Semenanjung.
Semua ini menjadikan PRN Sabah kali ini paling menarik untuk ditunggu keputusannya. – ShahbudinHusin 22Okt2025.
https://shahbudindotcom.net/2025/10/prn-sabah-parti-semenanjung-bakal-kalah-teruk/
CYPRUS GAMIT KENANGAN SILAM PENUH NOSTALGIA - KDPB SULTAN PAHANG
CYPRUS, 18 Oktober 2025 - Selepas lebih empat dekad, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini kembali menjejakkan kaki ke British Forces Cyprus iaitu tempat Paduka Baginda menjalani latihan ketenteraan sebelum ini.
Kunjungan tersebut nyata mengembalikan nostalgia dan momen terindah yang sama sekali tidak pernah pudar dari ingatan Paduka Baginda ketika menjalani latihan pendaratan pantai selama 10 hari di Kawasan Pangkalan Berdaulat Barat (Western Sovereign Base Area).
Paduka Baginda turut berkenan bertemu semula dengan rakan-rakan seplatun dari zaman latihan berkenaan, termasuk Kolonel (Bersara) Mark Underhill yang turut membantu merealisasikan kunjungan tersebut.
“Cyprus sentiasa dalam ingatan saya. Ini merupakan kunjungan pertama saya selepas 46 tahun, dan ia mengembalikan banyak kenangan indah,” titah Paduka Naginda sebagaimana dipetik oleh portal berita Forces News.
Paduka Baginda sebelum ini menjalani latihan ketenteraan sebagai pegawai di Royal Military Academy Sandhurst antara tahun 1978 hingga 1980.
"Saya seorang yang gemar aktiviti luar dan mencabar, dan Sandhurst sangat sesuai dengan diri saya,” titah Paduka Baginda lagi.
Menurut laporan tersebut, menjadi kebiasaan bagi keluarga diraja dari negara-negara Komanwel menghantar putera mereka ke United Kingdom untuk latihan ketenteraan.
Presiden Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan juga merupakan rakan seangkatan Paduka Baginda di Sandhurst.
Semasa di Cyprus, Paduka Baginda berkenan melawat landasan dan terminal di RAF Akrotiri sebelum dibawa ke Akrotiri Mole, lokasi di mana latihan terakhir Paduka Baginda bermula lebih empat dekad lalu.
Keberangkatan Paduka Baginda turut diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut diberi penerangan mengenai pesawat CH-47 Chinook oleh anggota daripada 1310 Flight iaitu unit pemadam kebakaran udara BFC di bawah Skuadron 84.
Paduka Baginda kemudiannya dibawa melawat Bloodhound Camp, tempat Paduka Baginda pernah menetap serta Pantai Malander, lokasi kemuncak latihan pendaratan ketika itu.
Kolonel (Bersara) Underhill turut mengimbau kenangan sewaktu latihan dahulu, termasuk momen ketika mereka terpaksa terjun ke laut selepas rampa (ramp) kapal tidak dapat mencecah tepi pantai sepenuhnya.
“Ketika itu kami baru sejam tiba di pulau ini, tetapi sudah pun memulakan latihan dalam keadaan basah kuyup,” katanya sambil menyatakan rasa bangga dapat menemani Paduka Baginda menelusuri kembali lokasi-lokasi yang menyimpan sejarah peribadi Paduka Baginda.
“Saya rasa kami semua sangat bertuah dan pastinya berbangga apabila dapat menemani Paduka Baginda serta mengimbau kenangan silam yang begitu bererti buat Baginda,” katanya.- KESULTANAN PAHANG
Sumber : forcesnews
WANITA PERTAMA KENDALI JET PEJUANG
Pesara, Lt. Kol. Emilia Kamaruddin merupakan wanita pertama menjadi juruterbang pesawat pejuang.
Difahamkan, beliau mahir dalam mengendalikan jet-jet pejuang hebat seperti Skyhawk, Hawk, Pilatus PC-7, Aermacchi MB339 dan Aerotiga MD3.
Beliau sering dijadikan rujukan kepada generasi muda untuk membina kejayaan sebagai juruterbang dan nama beliau terpahat dalam buku Malaysian Book of Records.
Penampilannya ringkas, tapi beliau sangat luar biasa💪
𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽 𝗜𝗜: 𝗞𝗲𝗺𝗯𝗮𝗹𝗶𝗻𝘆𝗮 𝗦𝗮𝗻𝗴 𝗥𝗲𝗳𝗼𝗿𝗺𝗶𝘀 – 𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗕𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗮𝗵𝗮𝗿𝘂.
𝘚𝘪𝘭𝘢 𝘣𝘢𝘤𝘢 𝘥𝘶𝘭𝘶...
𝗣𝗥𝗢𝗟𝗢𝗚 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡
𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬 𝘧𝘢𝘩𝘢𝘮 𝘬𝘰𝘯𝘵𝘦𝘬𝘴 𝘬𝘦𝘴𝘦𝘭𝘶𝘳𝘶𝘩𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢.
𝘓𝘪𝘯𝘬:
https://www.facebook.com/share/p/176t5sWUBo/
𝘼𝙙𝙖 𝙨𝙚𝙨𝙪𝙖𝙩𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙚𝙧𝙜𝙚𝙧𝙖𝙠 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙙𝙞𝙖𝙢.
Bukan sekadar bisik-bisik politik warung kopi, tapi getaran yang makin kuat — isyarat dari Damai, gema dari hati Reformasi yang belum mati.
𝙍𝙖𝙢𝙖𝙞 𝙠𝙖𝙩𝙖 𝙍𝙖𝙛𝙞𝙯𝙞 𝙨𝙪𝙙𝙖𝙝 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙪𝙝.
Ada yang menuduh dia 𝙢𝙚𝙧𝙖𝙟𝙪𝙠, ada yang kata dia 𝙡𝙚𝙩𝙞𝙝.
Tapi mereka lupa — orang yang berfikir jauh, tak selalu bersuara hari-hari. Kadang dia menulis masa depan dengan data, bukan drama.
Dan di sinilah 𝙗𝙚𝙧𝙢𝙪𝙡𝙖𝙣𝙮𝙖 Langkah Senyap II — babak di mana seorang reformis, yang dulu menulis strategi untuk menang, 𝙠𝙞𝙣𝙞 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙡𝙞𝙨 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙢𝙖𝙠𝙣𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙟𝙪𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣.
Kerana dalam senyapnya, Rafizi bukan berundur… dia 𝙢𝙚𝙣𝙮𝙪𝙨𝙪𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 𝙥𝙖𝙥𝙖𝙣 𝙘𝙖𝙩𝙪𝙧.
Sambil negara berdepan tekanan ekonomi, peralihan global, dan politik yang makin kabur arah, Rafizi 𝙢𝙚𝙢𝙞𝙡𝙞𝙝 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙢𝙚𝙣𝙟𝙖𝙙𝙞 𝙟𝙪𝙧𝙪𝙩𝙚𝙧𝙖 𝙙𝙞 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙡𝙞𝙠 𝙩𝙖𝙗𝙞𝙧.
Dia bukan lagi sekadar pemain politik, tapi 𝙖𝙧𝙠𝙞𝙩𝙚𝙠 𝙙𝙖𝙩𝙖 𝙣𝙖𝙨𝙞𝙤𝙣𝙖𝙡 — 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙞𝙠𝙖𝙩 𝙚𝙠𝙤𝙣𝙤𝙢𝙞 𝙙𝙞𝙜𝙞𝙩𝙖𝙡, 𝙞𝙣𝙛𝙧𝙖𝙨𝙩𝙧𝙪𝙠𝙩𝙪𝙧 𝙩𝙚𝙣𝙖𝙜𝙖, 𝙛𝙞𝙨𝙠𝙖𝙡, 𝙞𝙣𝙛𝙡𝙖𝙨𝙞 𝙙𝙖𝙣 𝙧𝙚𝙛𝙤𝙧𝙢𝙖𝙨𝙞 𝙨𝙤𝙨𝙞𝙖𝙡 𝙙𝙖𝙡𝙖𝙢 𝙨𝙖𝙩𝙪 𝙗𝙡𝙪𝙚𝙥𝙧𝙞𝙣𝙩 𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧.
𝘽𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙖 𝙣𝙖𝙢𝙥𝙖𝙠 𝙡𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙞𝙣𝙞.
𝙏𝙖𝙥𝙞 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙥𝙚𝙠𝙖, 𝙩𝙖𝙝𝙪 — Langkah Senyap sedang berkembang jadi 𝙨𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞 𝙟𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖 𝙥𝙖𝙣𝙟𝙖𝙣𝙜, bukan sekadar survival parti.
𝗦𝗼𝗮𝗹𝗻𝘆𝗮 𝗸𝗶𝗻𝗶:
Adakah Rafizi 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙢𝙗𝙖𝙡𝙞, seperti dulu dia kembali sebelum PRU14 dan PRU15 — bila seruan perjuangan itu memanggil semula?
Atau kali ini, dia 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙢𝙚𝙡𝙖𝙣𝙜𝙠𝙖𝙝 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙟𝙖𝙪𝙝 — 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙞𝙣𝙖 𝙬𝙖𝙙𝙖𝙝 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙧𝙪 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙗𝙪𝙠𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙠𝙖𝙙𝙖𝙧 𝙥𝙖𝙧𝙩𝙞, 𝙩𝙖𝙥𝙞 𝙛𝙖𝙡𝙨𝙖𝙛𝙖𝙝?
Yang pasti, Sang Reformis ini tak pernah hilang.
Dia cuma 𝙢𝙚𝙣𝙪𝙠𝙖𝙧 𝙜𝙚𝙖𝙧 — 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙧𝙚𝙩𝙤𝙧𝙞𝙠 𝙠𝙚 𝙖𝙡𝙜𝙤𝙧𝙞𝙩𝙢𝙖, 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙥𝙚𝙣𝙩𝙖𝙨 𝙠𝙚 𝙥𝙚𝙡𝙖𝙣, 𝙙𝙖𝙧𝙞 𝙡𝙖𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙠𝙚 𝙨𝙩𝙧𝙖𝙩𝙚𝙜𝙞.
Dan bila tiba waktunya nanti, 𝙨𝙪𝙖𝙧𝙖 𝙞𝙩𝙪 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙠𝙚𝙙𝙚𝙣𝙜𝙖𝙧𝙖𝙣 𝙨𝙚𝙢𝙪𝙡𝙖 — tapi kali ini, bukan untuk menjatuhkan sesiapa...
𝗧𝗮𝗽𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗹𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗽𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗽𝗲𝗿𝗻𝗮𝗵 𝗿𝗲𝘁𝗮𝗸.
====>>>
🖋️ 𝘗𝘦𝘯𝘢: Leon Wen | 𝘏𝘪𝘳𝘶𝘬 𝘌𝘤𝘩𝘰𝘦𝘴...
𝘈𝘥𝘢 𝘱𝘦𝘮𝘪𝘮𝘱𝘪𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘢𝘵𝘢-𝘬𝘢𝘵𝘢.
𝘈𝘥𝘢 𝘫𝘶𝘨𝘢 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘴𝘶𝘯𝘺𝘪𝘢𝘯 — 𝘬𝘦𝘳𝘢𝘯𝘢 𝘥𝘪𝘢 𝘵𝘢𝘩𝘶, 𝘬𝘦𝘮𝘦𝘯𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘦𝘯𝘢𝘳 𝘣𝘦𝘳𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘴𝘦𝘯𝘺𝘢𝘱 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘦𝘯𝘶𝘩 𝘮𝘢𝘬𝘯𝘢.
Next:
𝘚𝘪𝘯𝘰𝘱𝘴𝘪𝘴 𝘚𝘪𝘳𝘪 𝘚𝘦𝘵𝘦𝘳𝘶𝘴𝘯𝘺𝘢:
𝘋𝘢𝘭𝘢𝘮 𝗟𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗵 𝗦𝗲𝗻𝘆𝗮𝗽 𝗜𝗜𝗜, 𝘚𝘢𝘯𝘨 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘪𝘴 𝘵𝘪𝘥𝘢𝘬 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘣𝘦𝘳𝘣𝘪𝘤𝘢𝘳𝘢 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘰𝘭𝘪𝘵𝘪𝘬 — 𝘵𝘦𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘵𝘦𝘯𝘵𝘢𝘯𝘨 𝘧𝘰𝘳𝘮𝘶𝘭𝘢 𝘮𝘢𝘴𝘢 𝘥𝘦𝘱𝘢𝘯. 𝘉𝘪𝘭𝘢 𝘥𝘢𝘵𝘢 𝘮𝘦𝘯𝘨𝘨𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘮𝘪𝘬𝘳𝘰𝘧𝘰𝘯, 𝘢𝘱𝘢𝘬𝘢𝘩 𝘙𝘦𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘴𝘪 𝘮𝘢𝘴𝘪𝘩 𝘱𝘶𝘯𝘺𝘢 𝘴𝘶𝘢𝘳𝘢? 𝘕𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯......
VIDEO CCTV DI MASJID RUSILA, DATUK TAKIYUDDIN SPIN REKA CERITA SEOLAH OLAH “KOMANDO SERBU MASJID RUSILA”? RUPANYA 6 ANGGOTA APMM SINGGAH SOLAT ASAR
Riuh Malaysia Harini; kononnya peristiwa “Mamali” Berulang apabila di olah oleh Dato Takiyuddin Haji Hassan, Ahli Parlimen Kota Bharu harini di Parlimen.
Faktanya Dato Takiyuddin sengaja melukis naratif palsu “ulang tragedi Memali” untuk menakut-nakutkan rakyat, salahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan APMM untuk tutup pepecahan dalaman pasti BERSATU.
Tapi persoalannya — siapa sebenarnya khianati perjuangan Ustaz Ibrahim Libya? Jawapan di bawah skali bab Mamali (No 3).
2. Balik pada fakta kes selepas saya check dengan kawan-kawan, siap salinan bukti video cctv lagi ni. Faktanya.
i. Takda langsung sebarang serbuan, anggota APMM pakai senjata, pakai uniform dan memakai kasut dalam Masjid Rusila, mereka cuma singgah solat Asar pada 19 September 2025.
ii. Yang tumpang solat tu cuma 6 orang anggota APMM, lepas solat mereka duduk dengar orang ngaji Al Quran skali. Takda bawa senjata, Jika bawa confirm berterabur semua lari dah dalam video ni. Mereka masuk masjid pun elok, kemudian pintu pun elok je, tutup balik sebab aircond.
iii. Jemaah dalam masjid tu pun tak sampai 10 orang. Takda pun sampai beratus orang hingga jadi huru hara seperti digembar gemburkan. Takda rusuhan dan huru hara pun.
iv. Rakaman CCTV menunjukkan suasana biasa. Orang parking kereta nak singgah solat, lepas tu masuk masjid. Tiada jeritan, tiada kekasaran, tiada ‘geledah ruang solat wanita’ seperti dakwaan Takiyuddin.
v. Laporan polis telah pun dibuat oleh Imam Masjid Rusila pada 29 September 2025, selepas mendengar cerita dari petugas kebersihan. Apabila disiasat, Imam sendiri mengakui ia hanyalah SALAH FAHAM dan xdelah mcm latihan komando pun!
vi. Jadi yang tokok tambah cerita ni dah jadi fitnah besar pada KDN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). APMM pun dah siap jawab, ini jawapan mereka: https://www.facebook.com/share/p/1EeF9jSDZU/?mibextid=wwXIfr
vii. Tuduhan bahawa ini latihan “komando menyerbu masjid” seperti peristiwa Mamali adalah pembohongan dan tokok tambah cerita panglipur lara nak tutup cerita yang BERSATU - PN tengah berpecah belah nak hancur je.
3. Inilah wajah sebenar PAS — lidah bercabang, prinsip pun dua ikut perut. Bila sesuai, mereka jerit “Memali”, bila berkuasa melalui “tebuk atap” mereka ‘sujud’ di kaki Mahathir.
▪️Keluarga Ibrahim Libya sendiri masih tidak terbela.
▪️Tapi PAS hari ini melantik Mahathir — orang yang arahkan operasi Memali — sebagai Penasihat 4 Negeri PAS.
▪️Apa perasaan keluarga arwah? Di mana prinsip perjuangan Islam yang kononnya diperjuangkan?
4. Menunggang masjid untuk politik, memfitnah penjawat awam APMM yang berkhidmat mempertahan 87,000km kedaulatan laut Terengganu dan mencipta drama seolah ada serangan — itulah bentuk penyesatan moden yang mudah ditelan pengikut mereka untuk salahkan Kerajaan Madani pimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim je.
Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya yang paling aku takut terhadap umatku ialah pemimpin yang menyesatkan.”
— (Hadis Riwayat Ahmad)
KESIMPULAN: ISU RUSILA SUDAH SELESAI, TAPI PAS TERUS CIPTA FITNAH KEPADA SAIFUDDIN, KDN DAN APMM.
▪️ Polis sahkan tiada kes serbuan atau salah laku.
▪️APMM sahkan tiada latihan komando di masjid
▪️Imam masjid sendiri sahkan salah faham.
Jadi kenapa Takiyuddin dan Dr Azman terus melolong seolah-olah berlaku pencerobohan?
Kerana — mereka perlukan isu baru untuk menutup Isu Wan Saiful dan Wan Fayshal kena pecat, lepas tu mereka londehkan semua kesalahan Muhyiddin, Hamzah dan Hadi Awang.
Rakyat jangan termakan propaganda murahan.
Isu sebenar bukan Masjid Rusila diserbu — tapi politik PAS yang terus menunggang Masjid untuk menutup kegagalan mereka menguruskan Negeri paling ramai orang miskin di Semenanjung Malaysia.
Mrka habis habis berpolitik di Terengganu ni, hasil pendapatan Negeri paling tinggi boleh capai RM280 juta lebih je. Berbillion lebihnya adalah datang hasil dari sumbangan Kerajaan pusat.
Sebab apa hasil Kerajaan Terengganu sikit? sebab semua YB Pas di Terengganu sibuk berpolitik dan jadi tunggul kayu je.
Syam Ghaz
























