Siapakah Qasim Suleymani?



Ibrahim Md Isa.




Syaitan yang didoakan syahid oleh  presiden parti BULAN itu!

Siapakah Qasim Suleymani?

Mejar Jeneral Qasim Suleymani adalah pegawai tertinggi kepada IRGC atau Pasukan Pengawal Revolusi Islam Iran dan juga Briged Quds (Iran). Dia aktif sejak perang Iran-Iraq sebagai pengawal khas tentera revolusi yang menjadi pasukan elit bagi kerajaan Iran atau pembela kerajaan Walayatul Faqih.

Jenayah yang dilakukannya ialah membekalkan tentera bantuan (upahan) kepada rejim Assad semasa awal kebangkitan rakyat Syria pada tahun 2011. Dia antara penggerak utama kepada rejim Assad dengan taktik kekerasan. Cara tersebut digunakan dalam rangka usaha melumpuhkan kebangkitan rakyat Syria yang sunni demi mempertahankan ideologi syiah di kalangan pimpinan Syria. 

Dia juga bertanggungjawab membekalkan rejim Assad dengan senjata dari Iran, memberikan bantuan pasukan ketenteraan di medan dan juga secara logistik serta dana kewangan dari Iran pada tahun 2012.

Pada masa yang sama dia turut membantu rejim Iraq dengan secara langsung membawa campur tangan IRGC, Hezbollat dan militia ke dalam politik Iraq dan Syria. Mereka memburu sunni, menahan, mendera dan membunuh tanpa sebab yang akhirnya membangkitkan gerakan mujahidin sunnah di sekitar wilayah sunnah seperti di al-Anbar dan selainnya. Akhirnya, mereka terpaksa membentuk beberapa kekuatan kecil di bawah Styura Mujahidin Sunnah serta Alqaeda dan selanjutnya berpecah kepada beberapa kumpulan yang lebih besar termasuk IS.

Dia telah menggempur pejuang Syria di beberapa tempat seperti Latakia, Homs dan Aleppo. Malah kota Aleppo dan beberapa buah kota Sunni yang lain hampir lenyap sama sekali akibat pengeboman yang dilakukannya. Ratusan ribu masyarakat Sunni sama ada menjadi korban, gelandangan atau pelarian atas nama kempen memerangi pengganas yang dilaksanakan. 

Dikatakan lebih 70 ribu militia dari Iran, Iraq, Afghanistan, Tajikistan, Lubnan dan Pakistan yang dibawa masuk untuk menjadikan masyarakat Sunni sebagai sasaran dalam proses memadamkan revolusi rakyat Syria. Namun apa yang berlaku adalah persengitan dalam merebut kuasa politik atas kepentingan kelompok tertentu atas kemaslahatan politik Iran di rantau tersebut.

Seorang yang amat disayangi oleh pemimpin agung Iran dengan digelarkan sebagai 'sang syahid yang masih hidup' dan 'lambang bagi negara walayatul faqih' kerana ketokohannya.

Jenayahnya adalah dengan membawa 100 ribu tentera sukarelawan syiah yang diupah menurut sumber Amerika, semata-mata untuk 'memadamkan' pemberontakan sunni di Iraq dan Syria yang mengorbankan ratusan ribu nyawa muslim yang tidak berdosa. 

Selain itu dia juga ditugaskan membersihkan tokoh2 yang memberi ancaman kepada negara Iran di dalam atau pun di luar negara. 

Sepanjang 2012-2013 dia telah merancang beberapa plot serangan kepada individu sejauh Thailand, India, Nigeria dan Kenya yang melebih 30 percubaan bunuh.

Di samping itu, dia memainkan peranan penting dalam membantu kelompok teroris Syiah di seluruh dunia dan antara penggerak dalam usaha membunuh beberapa orang tokoh diplomatik seperti duta dan menteri luar Saudi yang berjaya digagalkan sekitar tahun 2011. 

Selain itu, dia juga antara orang yang sedia membekalkan senjata kepada gerakan Syiah di luar negara seperti gerakan Syiah Houthi di Yaman, Bahrain, Kuwait dan selainnya. 

Moga Allah Taala mengamankan dunia dengan kematiannya. Amin!

#SharingIsCaring

DAH DAPAT....INGAT NAJIB SAJA BOLEH BAGI?


BERHATI-HATI STRATEGI PASNO UTK MELEMAHKAN PH***



Azizan Tj

Saya mendapat maklum PAS DAN UMNO (Pasno) akan menyusun beberapa strategi utk mempengaruhi rakyat supaya tidak bersama  PH dalam PRU15. Antaranya:-

1) Menggunakan isu bangsa dan agama khususnya di kawasan melayu.
2) PH dikatakan kerajaan boneka DAP
3) Anwar akan melantik DAP sebagai TPM ataupun  sebagai TPM2
4) DAP adalah kuasa pemutus setiap kali kabinet bermesyuarat
5) PASNO mahu mengekalkan Tun Mahathir sebagai PM sehingga PRU15. Jika Anwar jadi PM8 maka PH akan terus berkuasa dan PAS akan kehilangan kuasa di Kelantan dan Terengganu
6) Kelas TADIKA dan PASTI telah diajar kepada  murid-muridnya bila menyebut kerajaan Pakatan Harapan bermaksud kerajaan cina DAP
7) Semua kader Pasno diminta menggunakan isu DAP adalah anti Islam/anti melayu/anti tulisan jawi
8) DAP akan meletak ramai calon melayu dlm PRU15 di negeri pantai barat utk membolehkan DAP dilantik sebagai MB dan Ketua Menteri andainya DAP menang banyak kerusi
9) PASNO mahu DAP bertanding di Terengganu  dan Kelantan senang bagi PASNO berkempen kononnya DAP mahu menguasai negeri-negeri majoriti melayu
10) PASNO mahu DAP membuka ranting/cawangan dan melantik orang melayu sebagai ketuanya sebagai bukti PH boneka DAP
11) Menggunakan surau/masjid menyerang PH secara halus. Ustaz-ustaz diarah supaya memberi syarahan kuliah gambaran bahawa PH tidak selamat utk masa depan orang melayu kerana DAP yang berkuasa.
12) Menggunakan ustaz tertentu supaya mempengaruhi orang muda-muda menyokong PASNO untuk selamatkan islam di Malaysia angkara DAP
13) PASNO akan menawan semula Putrajaya. PM akan dilantik dari orang UMNO Dan TPM adalah dari PAS.
14) Menggunakan cyberytroper untuk memfitnah kerajaan PH dan memutarbelitkan isu supaya fitnah mereka adalah benar.
15) PASNO mahu melaga-lagakan komponen PH supaya berpecah dan semakin lemah melalui Geng Kartel di seluruh negara.
PASNO diminta membela Azmin Ali utk menggagalkan Anwar Ibrahim dari menjadi PM8 bulan Mei 2020.

*** ANDA SEMUA BERHATI
-HATI STRATEGI PASNO***
HARTA NEGARA DAN RAKYAT AKAN TERUS DI CURI OLEH PENYAMUN2 PAS.UMNO DGN ALASAN UTK MELAYU @ ISLAM SEDANGKAN MELAYU DAN ISLAM TERUS DIPINGGIR.

LEBAI MOKHTAR SENIK GUNA KITAB PENCACAI UMNO SEBAGAI RUJUKAN UNTUK HENTAM MUJAHID



Malang sungguh Moktar Senik, seorang yang dianggap ilmuan bahkan olamak oleh para walaun Pas, boleh menjadikan sumber dari Tun Carlos sebagai hujahnya.  Semua tahu, Tun Carlos adalah pendokong kuat Najib, MO1 yang juga kleptokrasi terhebat di dunia.  Kata2 dari Tun Carlos dijadikan sandaran oleh 'olamak'?  

Kiasan yang diberi oleh Mokhtar Senik langsung tidak kena.  Kalau beliau berkias tentang rompakan, hakikatnya parti beliaulah sekarang ini bersekongkol dengan parti Najib kleptokrasi, bahkan penasihat parti pun dipilih dari ketua yang pernah merompak harta negara.  Parti Mokhtar Senik sebenarnya yang bersekongkol dengan parti kleptokrasi.  Parti Mokhtar Senik juga bersekongkol dengan MCA yang jelas menentang tulisan jawi dan hudud.

Mokhtar Senik tidak perlu buat kiasan yang menyimpang kerana satu dunia tahu kes rompakan terbesar 1MDB berlaku di era Umno/Bn memerintah, kes penyelewengan Tabung Haji, Felda, LTAT itu kesemuanya berlaku di era Umno/Bn memerintah.  Parti inilah yang didakap oleh parti Mokhtar Senik sekarang.  Jangan ingat perompak boleh disucikan apabila seekor lebai berserban dan berjubah telah mendakap dan menciumnya.

WFAUZDIN NS


SIAPA YANG BERBOHONG...HADI , RAISUNY ATAU SAYUTI..



https://malaysiadateline.com/ulama-bantah-anwar-jadi-pm-hadi-raisuny-atau-sayuti-yang-berbohong/#more



Apakah benar dakwaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Ketua Persatuan Ulama Dunia, Dr Ahmad Raisuny,  tidak menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri Malaysia kini menjadi tandatanya.

Ini kerana, Raisuny yang ketika ini berada di Malaysia ditanya secara berterus terang tentang dakwaan Hadi ini.

Raisuny bukan sahaja menafikan perkara itu bahkan berkata, beliau sendiri akan datang ke Malaysia jika Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas ini, bagi meraikannya.

Inilah juga yang akan dilakukan oleh bekas Ketua Persatuan Ulama Dunia, Dr Yusof Qaradhawi, iaitu datang ke Malaysia raikan Anwar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri, kata Raisuny.

Perkara ini dinyatakan oleh bekas pengikut setia Hadi yang kini menyertai Amanah, Ahmad Sayuti Basiron kepada Malaysia Dateline.

Cerita ini kini menjadi viral di kalangan penyokong politik Islam dan Melayu di negara ini sekarang terutama di kalangan penyokong dan aktivis Islam di Malaysia.

Sayuti buat pertama kali bertemu Hadi selepas Pas berpecah dan melahirkan Amanah.

“Saya jumpa sendiri Tok Guru Haji Hadi di rumahnya dekat Rusila baru-baru ini selepas lama tidak berjumpa.

“Tok Guru mulakan minit-minit pertama pertemuan itu dengan terus cuba yakinkan saya bahawa, pengkhianatan paling utama Amanah adalah kerana “jadi alat” pada DAP dan alat pada Anwar Ibrahim. Kata Tok Guru, itulah kesalahan paling besar pimpinan Amanah sekarang,” kata Sayuti.

Aktivis Amanah ini turut merekodkan pertemuan beliau dengan Hadi itu dalam Facebooknya. Turut disertakan adalah gambar-gambar pertemuan beliau dengan Hadi.

Menurut Ahmad Sayuti, dalam pertemuan itu, Hadi berkata, Anwar telah bertemu dengan semua pemimpin Islam di dunia bagi membuat kempen agar menyokong beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Termasuklah juga yang telah ditipu oleh Anwar itu adalah (antaranya) Dr Yusuf Qaradhawi dan juga Presiden Turki sendiri, Racep Tayyip Erdogan.

“Keduanya ditipu, dan keduanya memujuk sungguh-sungguh saya agar sokong Anwar,” kata Hadi kepada Ahmad Sayuti.

“Kecuali kata Tok Guru, hanya seorang sahaja, iaitu Syeikh Prof Dr Ahmad Raisuny (Pengerusi baru, Persatuan Ulamak Dunia) yang tidak berjaya ditipu Anwar,” kata Sayuti.

Menurut Sayuti, Hadi membuat dakwaan ini berdasarkan pertemuan selama dua jam antara beliau dengan Raisuny di Rusila sebelum beliau berjumpa Sayuti baru-baru ini.

“Ini menimbulkan tanda tanya kepada saya dan saya ingin tahu cerita sebenarnya sesuai dengan konsep Islam iaitu tabayyun atau siasat dulu.

“Selepas itulah saya sendiri bertemu dengan Raisuny yang kebetulan berjumpa juga dengan Anwar,” cerita Sayuti.

(Tabayyun maknanya tangguh seketika berita yang sampai kepada kamu sehingga kamu makrifah, iaitu yakin akan kebenarannya atau kebathilan sesuatu berita itu.)

Selepas pertemuan dengan Hadi itu, Sayuti telah ke majlis bersama Raisuny untuk mengetahui cerita sebenarnya yang kebetulan bersama dengan Anwar dalam satu majlis.

Menurut Sayuti, soalan bertalu-talu ditanya oleh orang ramai lkepada Ketua Ulama Dunia itu termasuklah persoalan apakah benar beliau tidak menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri dan beliau mahukan Tun Dr Mahathir Mohamad kekal sehingga akhir

“Jawab Syeikh sangat ringkas, tapi straight forward; Aku tidak pernah dengar (perkara yang disebut itu) dan inilah kali pertama aku dengar perkara itu”.

Tidak berpuashati dengan jawapan Raisuny itu, Sayuti telah bertemu sendiri dengannya dan bertanya lagi persoalan itu dan mendapat jawapan dari Raisuny.

*“Saya dah sampaikan pada Anwar pesanan Qaradhawi melalui saya – Qaradhawi berkata walau pun agak uzur hari ini, tapi dia sendiri berjanji akan datang ke Malaysia ziarahi Anwar jika Anwar berjaya jadi PM nanti,”* kata Raisuny sebagaimana yang diceritakan Sayuti.

Kata Raisuny lagi, *“Saya sendiri berjanji pada Anwar, saya pun akan datang menemani  Qaradhawi ziarahi Anwar jika kamu jadi PM nanti…”*

** Sekali lagi Hadi Awang menipu.  Tidak pelik, sebelum ini Hadi pernah dakwa Dr Yusuf Qardhawi itu pekak.

YA KAH...TAPI PARTI KAMU TAK BERANI ISTIHAR HARTA....


KES VIDEO INTIM DIKETAHUI DALAM MASA TERDEKAT



KUALA LUMPUR: Satu kenyataan bersama akan dibuat Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara berhubung laporan analisa video intim yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam masa terdekat.

Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dalam sidang media di ibu negara pada Isnin.

Ujarnya, laporan analisis dari pakar penganalisis video luar negara itu telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara akhir tahun lalu.

“Ada media mengatakan kita akan buat pengumuman. Tidak begitu. Apa saya kata dulu (adalah) kita akan dapat analisis pakar luar negara sebelum akhir tahun lalu.

“Memang betul bukan semestinya saya buat pengumuman tentang laporan tersebut. Untuk makluman akhir tahun lalu, kita dah menyerahkan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara dan PDRM akan buat kenyataan media dalam masa terdekat," katanya.

Dalam perkembangan sama, Huzir turut menjelaskan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman akan mengadakan perjumpaan bersama Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas pada petang Isnin untuk membincangkan tiga kes berprofil tinggi.

Kes tersebut adalah berkaitan video intim lelaki yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali itu, laporan analisis poligraf Yusoff Rawther dan akuan bersumpah (SD) bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Azilah Hadri berhubung pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

“Kes tersebut (Yusoff Rawther) dan bagi kes SD Azilah, pegawai daripada Unit Bahagian Siasatan Terkelas petang ini berjumpa dengan Peguam Negara membincangkan ketiga-tiga kes berkenaan.

“Kita bincang pada petang ini, kita tengok apa arahan selanjutnya daripada pihak Peguam Negara,” kata Huzir.

UGUTAN BUNUH UNTUK MENTERI



Mohd Shah Rim

Apabila doktrin khawarij menguasai palotak, dia tidak kira lebai mengaku alim, atau haprak tak reti agama ataupun agamawan songsang hafiz quran. Mereka punya iktiqat ialah aku saja yang betul... KAMU SEMUA SALAH..

Sampai sanggup membunuh.

Lihat kesan doktrin khawarij dalam sejarah Islam. Ibnu Muljam terkenal hafiz quran, diraikan sebagai mahaguru quran oleh Saidina Umar Alqattab ke Misri untuk mengajarkan, dan sampai ke zaman Saidina Ali Ibn Abi Thalib, Abdullah jadi songsang.. Kerana sikap khawarij, Abdullah Ibn Muljam merodok pedang ke perut Saidina Ali hingga wafat!

Demikian kejamnya khawarij. Fitnah akhir zaman lagilah kejam. Orang sanggup membunuh kerana merebut makanan sekalipun!



MCA ANTI-JAWI, PH KENA MAKI

PRK KIMANIS: PH KOMITED MENANGKAN CALON WARISAN

N SEMBILAN TAWAR RM10,000 BERI MAKLUMAT PENCEMARAN

FITNAH LEBAI AKHIR ZAMAN


Ibrahim Mat Isa.

Aku baca banyak kecaman berkaitan pengharaman jualan air zamzam oleh kerajaan terdahulu dan diteruskan di bawah kerajaan sekarang melalui KKM. Bagi aku, perangai mengecam dan bantai melulu itu memang perangai walaun kononnya merekalah ahli agama, alim, rajin solat, rajin segala mak nenek suruhan agama..

Padahal penyokong parti bulan kaki ekoq bercambah!

Dan pada aku, arahan Duta Besar Arab Saudi mengharamkan jualan air zamzam di negara ini pun wajar kerana mereka adalah pusat sumber terbitnya air terbaik di dunia itu.

Dan..

Terbaca juga tulisan mereka siang tadi.. jual arak dihalalkan, jual air zamzam diharamkan. Then, sambung lagi.. rahmatan lil kafirin..

Astaghfirullah..

Demikian maha dahsyat fitnah akhir zaman menyerang umat Islam sekarang. Muda tak hormat orang tua, alim ulamak jadi bisu dengan kemungkaran, dan hingar bingar permainan fitnah berlegar di kalangan para si alim yang keparat.

Yang walaun konon alim itu tak baca sirah. Telaga zamzam dan kejadiannya, siapa pemilik dan rentetan sejarah terkait telaga dan airnya. Untuk info semua, sejarah mencatatkan bahawa telaga zamzam itu milik Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S. itu pusaka dan pemunya sebenar. Ada segerombolan kafilah pernah cuba deal dengan Siti Hajar untuk membeli sebahagian telaga buat minuman dan kegunaan mereka ulang alik meniaga utara selatan.

Memang dari awal disanggah oleh Siti Hajar. Apa yang wanita solehah itu berikan hanyalah kebenaran untuk kegunaan. Tak kira siapa.

Dan kebenaran itu valid hingga hari kiamat.

Yang orang Melayu pula, ambik dan buat jualan. Dan ada dakwaan tambahan jampi mampi bagai kononnya rawat itu rawat ini. Bukan tak boleh, tapi bila masuk bab berdagang, ia adalah mungkar dan bercanggah wasiat pemiliknya.

Ada lagi yang berkomen tadi ku baca, kononnya boleh pos dari sana bertong tong.. Pelik aku, pos bertong tong air zam zam nak buat apa? Kalau nak meniaga, memang mungkar juga.

Kebenaran pemerintah Saudi berikan hanya setakat 5 liter atau 10 liter bagi seorang jemaah termasuk pelawat. Hanya itu sudah cukup untuk ambil keberkatan tanah haram dan simpan air zamzam sebagai keperluan bila sesak sakit demam atau gangguan tertentu.

Kenapa orang Melayu kita tamak nau? Sudah-sudahlah jual agama. Yang walaun pula membela penjual agama yang menipu. Kononnya air itu zamzam padahal depa gali telaga bukit mana entah.

Entah-entah guna ayaq mineral spritzer hat Cina produce, claim kata zamzam... puiikk lah. Harap kapitalis air zamzam tipu macam tu mampos tercekik air!

Ok dah la hingaq tengah malam.. nanti orang meluat. Esok dah Isnin, hangpa nak kena pi opis kerja kan... lalalalaa.. jangan biru muka ngadap Isnin...

Goodnite.. I love you 😎 Aim

VIDEO: DUIT KERAJAAN PUSAT BAGI, BERI BONUS LANTIKAN POLITIK......

Nizam aka










https://www.bharian.com.my/…/kelantan-beri-bonus-tambahan-p…

Duit One Of RM400 JUTA yang disumbang oleh Kjaan Pusat adalah duit drp pembayar-pembayar cukai seluruh negara,bukan duit drp mana-mana parti politik..Oleh itu,jika wang itu digunakan untuk membayar bonus kepada lantikan-lantikan politik negeri,ianya satu perbuatan yang tak bertanggungjawab dan tdk bermoral..Duit untuk bonus Kakitangan lantikan politik negeri sepatutnya menggunakan wang sumber ngeri bukan wang yang disumbang oleh kjaan Pusat..Wang Itu Sepatutnya Diguna Untuk Kepentingan Ramai Teramai Bukan Untuk Walaun-walaun yang Dilantik Secara Lantikan Politik..

Hakikatnya, Kelantan penerima bantuan kewangan terbesar - Lim Guan Eng



Hakikatnya, Kelantan penerima bantuan kewangan terbesar - Lim Guan Eng
Sehingga 30 Jun lepas, katanya jumlah pendahuluan yang telah disalurkan kepada negeri itu berjumlah RM550 juta, juga merupakan penerima terbesar bantuan tersebut. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan Negeri Kelantan merupakan penerima terbesar bantuan kewangan defisit dan bantuan kewangan pendahuluan daripada Kerajaan Persekutuan berjumlah RM913 juta, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata sejak 2013 hingga 2017, Kelantan menerima sebanyak RM363 juta bantuan kewangan defisit, yang merupakan pemberian kepada negeri-negeri yang menghadapi kekurangan wang dalam akaun mengurus.
"Pemberian tersebut disalurkan kepada Kerajaan negeri yang mengalami defisit, di mana hasil tidak mencukupi untuk membiayai perbelanjaan mengurus seperti emolumen, sewa, utiliti dan perbelanjaan operasi yang lain," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lim berkata kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengamalkan pengurusan kewangan berhemat dengan memastikan perbelanjaan tidak melebihi hasil negeri.
"Kerajaan Negeri Kelantan diperhatikan telah mencatat defisit akaun mengurus untuk lebih daripada lima tahun berturut-turut," katanya.

Lim berkata tanpa bantuan pemberian defisit daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan mampu untuk menampung bayaran emolumen kepada kakitangan kerajaan negeri.

"Pada 2017, hanya dua negeri yang menerima pemberian defisit iaitu Kelantan dan Perlis," katanya.

Lim berkata Kerajaan Persekutuan juga memberi pendahuluan kepada Kerajaan Negeri Kelantan daripada Kumpulan Wang Pendahuluan, iaitu tabung pusingan yang bertujuan membantu negeri-negeri mengatasi masalah aliran tunai.

Sehingga 30 Jun lepas, katanya jumlah pendahuluan yang telah disalurkan kepada negeri itu berjumlah RM550 juta, juga merupakan penerima terbesar bantuan tersebut.

"Daripada jumlah itu, pendahuluan yang masih tertunggak dan belum dibayar balik oleh Kerajaan Negeri Kelantan ialah sebanyak RM384 juta," katanya.

Di samping itu, Lim berkata Kerajaan Persekutuan juga memberi pinjaman kepada Kerajaan Negeri Kelantan dengan baki pinjaman belum selesai berjumlah RM1.4 bilion dan tunggakan sebanyak RM434.5 juta, sehingga 30 Jun lepas.

"Tahap tunggakan pinjaman juga menunjukkan ketidakmampuan kerajaan negeri untuk memenuhi dan menguruskan komitmen kewangannya," katanya.

Lim berkata Kerajaan Persekutuan berharap Kerajaan Negeri Kelantan dapat mengurus hal ehwal kewangan negeri dengan lebih bertanggungjawab dan berhemah seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, selain meningkatkan hasil secara profesional dan sistematik bagi mengurangkan kebergantungan kepada Kerajaan Persekutuan.

KEH..KEH..KEH....

Tiada penerangan foto disediakan.

LOKMAN DEDAH TENTANG UGUTAN 20 MP TERHADAP ZAHID



FAHAMI STRATEGY SEBELUM BERTINDAK..!




MIQDAD ZAKARIA


Iran yang menjadi proxy kepada Russia ada agendanya tersendiri.. Kita dapat lihat dari tindakan yang mereka ambil.. Mereka telah membunuh orang awam sesuka hati secara JELAS..

Dalam masa yang sama mereka menyalurkan bantuan kepada HAMAS untuk berhadapan dengan Yahudi/Zionis di Palestine kononnya atas dasar ISLAM..
Inilah kejayaaan Iran dalam mengalih focus umat islam terhadap isu Asia Barat..

Perlu kita fahami.. Permainan ini sebenarnya adalah satu perancangan licit dari tangan yang berkepentingan dalam menjaga kuasa dan pengaruh..

Mereka membantu HAMAS atas dasar sesama Islam katanya.. Dalam masa yang sama.. Mereka mengebom dan menyembelih umat islam di Syria dan Iraq secara terang-terangan..

Lalu kita sama² bertepuk tangan atas keberanian Iran melawan US kononnya.. Walaunpun adik beradik kita sendiri dibunuh oleh mereka..

Ya Allah... Sempit sungguh akal kamu..!

Di antara kejayaan Iran di Malaysia.. Ulamak² yang dulunya keras mengkritik kekejaman mereka.. Ada yang digelar sebagai "Ustaz Smackdown" dulunya.. Hari ini sudah hilang lidah dalam mengulas kejahatan Iran terhadap saudara kita di sana.. Ini berpunca dari kecelaruan dalam memahami kehendak dan matlamat yang dimainkan oleh Iran agar fahaman yang mereka anuti terjaga dan dapat diperluaskan..

Buktinya.. Mereka sanggup membantu HAMAS untuk membebaskan Al-Quds yang menjadi tanah suci kedua umat islam.. Akan tetapi tanah suci bagi mereka adalah Bumi Karbala'.. Sebab itu kita dapat lihat.. Seorang tentera Iran pun tidak pernah dihantar ke Palestine berbeza tindakan mereka di Syria dan Iraq.. Yang mana tentera mereka sendiri turun dalam misi menghapuskan orang awam di sana.. Sehingga General Perang mereka sendiri pun terbunuh di Iraq bukan di Iran, dan jauh sekali di Palestine..

Oleh yang demikian.. Kita selaku umat islam harus memahami strategy sebelum kita bertindak.. Jangan sesekali kita termakan dan mudah dipermainkan oleh musuh yang saban hari membunuh saudara² kita.. Dalam masa yang sama kita menganggap mereka adalah pejuang sebenar dan berdoa supaya kematian mereka mendapat syahid..

Inilah bodohnya kita..
Sekian..
(gambar sekadar hiasan)

VIDEO DIA BERCAKAP ADA DISERTAKAN: Dr Rais Yatim- Jangan takut dengan transisi dan reformasi.













Mohamad Ezam  Mohd Nor





1.Kenyataan Dr Rais Yatim yang amat negatif terhadap transisi kepimpinan negara agak mengejutkan walaupun bukan sesuatu yang luarbiasa.

2.Menjadi lumrah di mana2 didunia sebarang usaha perubahan dan reformasi akan mendapat tentangan kelompok elit lama yang sudah terlalu biasa dengan tatacara lama,perangai lama dan usang.


3.Dr Rais adalah bekas menteri kerajaan lama BN dan menganggotai kabinet kerajaan lama itu dalam pelbagai portfolio dalam tempoh yang lama.

4.Transisi dan reformasi adalah konotasi baru dan pembaharuan.Transisi bukan cerita lama dan kisah lalu.Ianya adalah soal masa depan.Maka ia seharusnya dilihat dan disambut dengan positif dan harapan, bukan dengan sikap negatif dan ketakutan.

5.Bila takut maka mulalah melalut.Tak perlu melalut soal proses pengampunan.Proses itu sudah pun selesai.Malah sosok yang disasarkan itu sudah pun menjadi Ahli Parlimen dan melalui proses demokrasi yang sah dibawah undang-undang negara.

6.Koalisi yang mendapat mandat memerintah juga telah memutuskan soal transisi ini dan perjanjian telah pun dimeterai dan ditandatangani oleh semua pemimpin parti koalisi.

7.Yang melalak kuat sekarang adalah mereka yang takut kepada transisi dan reformasi kerana transisi dan reformasi ini akan menggugat kepentingan mereka.Kepentingan negara tidak akan tergugat malah menguat dengan reformasi yang akan menjadikan negara ini lebih bersih dari sebarang unsur yang fasad dan merosakkan khususnya rasuah dan kehilangan khazanah negara.

8.Tidak ada jambatan yang akan 'dibakar' di era pentadbiran reformasi nanti.Yang 'terbakar' adalah unsur2 rosak dan merosakkan negara selama ini, bekas pemimpin yang rasuah dan kaya raya dengan harta negara.Kalau kita bukan dikalangan itu tak perlu merasa bahangnya.

9.Yang takut dan melalut dihari-hari transisi semakin hampir adalah mereka yang pernah menyamun harta negara kerana Reformasi akan menuntut keadilan bagi setiap sen duit negara dan mereka pasti akan dipertanggungjawabkan.

10.Kisah seperti pembelian laptop atas nama rakyat miskin tanpa tender atas alasan keselamatan dan cybersecurity yang memakan belanja berbilion dan menimbulkan banyak persoalan di zaman Dr Rais menjadi menteri kementerian berkaitan dahulu tentunya akan dinilai semula dan disiasat.

11.Dan sekiranya Dr Rais sebagai menteri pada waktu itu tidak terlibat dalam sebarang bentuk kecurangan dan penyelewenga makanya tidak ada keperluan baginya menjadi takut dan melalut menghadapi transisi dan reformasi yang mendatang ini.

12.Malah Dr Rais sebagai pemimpin senior seharusnya lebih positif, lebih memahami dan sekarang sudah berada dibarisan hadapan membawa bersama parti baru beliau PPBM mendepani proses transisi dan reformasi ini agar proses yang amat bermakna dan bermanfaat buat negara ini berjalan dengan tuntas dan pantas sesuai dengan kedinamikan dunia yang mengalami arus perubahan yang semakin deras.

Mohamad Ezam Mohd Nor
6 Jan 2020, 11 Jamadil Awal 1441H.



Depa Boleh Pula!!!!



ABU MUSA



Bila Tajjassus Dan Pukalisma Jadi Makanan Ruji
Kasihan saya lihat YB Fahmi Fadzil di kecam left, right above and behind sebab dia rasmi Bengkel Penulisan Kaligrafi Tahun Baru Cina dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Zon Lembah Pantai. Sebagai MP Lembah Pantai ( dan salah satu MP yang rajin berjumpa pengundi) sudah tentulah dia kena hadir dan rasmikan majlis yang dia di jemput; takkan sebab bengkel tu penulisan cina, dan isu jawi tengah hot, dia nak kena reject rasmi majlis tu? Ahli politik kena berani menongkah arus dan buat perubahan demi kebenaran.
Lepas itu, bila bengkel Penulisan Kaligrafi itu di sertai oleh pelbagai kaum, sudah tentu lah ia akan memupuk semangat perpaduan dan mengurangkan jurang prejudis. Kita banyak prejudis pada benda yang kita tidak tahu; dengan icerd perjudis, dengan vaksin prejudis; bila hidup dalam ketakutan semuanya akan jadi ancaman. Lepas tu bila gagal, cari komunis DAP jadi kambing hitam. Simple betul kamus kehidupan ultra melayu.
Yang paling saya hairan bila ada tok peti hairan boleh menulis "Jawi lawan. Kaligrafi cina sokong untuk semangat perpaduan. Hairan" Saya sudah lama berlepas diri dengan mutfi ini. Dari mula dia tajjasus menuduh orang sebagai rakus dan gelojoh, berdusta mengatakan BMF mencari redha Allah, hadir di perhimpunan ultra melayu; bayangkan kalau zaman nabi dahulu buat himpunan orang arab dan hanya bermualat dengan muslim, adakah islam boleh tersebar contohnya pada sahabat salman al-farisi ataupun bilal bin rabbah. Tapi kemuncaknya ialah bila dia menyamakan aqidah seorang muslim dengan aqidah lim kit siang; bagi saya sesiapa sahaja yang takfiri secara terang atau tersembunyi baik tuan guru atau pun mutfi; it's a loose cannon.
Tapi bila dia dah mula petik bab politik yang dia sendiri naif, saya terpaksa komen. Just to be clear beberapa hari lepas DSAI yang di tuduh rakus tu pun pertahankan penulisan jawi (Jawi khazanah kebangsaan, kata Anwar), of course kalau keluar dari mulut Anwar tak sama sebab tak keluar dari mulut DAP kan? LGE pun pernah kata "Guan Eng: Genius jika boleh belajar Jawi dengan 3 halaman". Yang bestnya tok peti langsung tak husnuzon, tak ada satu pun statement YB Fahmi ni halang jawi, jadi bila masa YB Fahmi lawan jawi?
Kiranya tok peti dok pukul rata statement orang lain lepas tu letak kesalahan tersebut atas YB Fahmi? Hebat betul ilmu tuan mufti, agak2 subject tabayyun tak di ajar ka waktu PHD kat universiti? ni mesti satu universiti dengan pakar hadis sebab pakar hadis pun boleh Tajjassus juga. Yang ironis PHD pengajian hadis (nak lawan bidaah dalam hadis) tapi dia pula jadi spokeperson untuk kempen bidaah buy muslim first yang Nabi tak pernah buat.
Dari dulu saya kata, nak kritik bab politik cabut jubah empuk mufti baru masuk gelanggang. Kalau nak menang kerusi parlimen kena dapat sokongan bukan sahaja dari melayu, cina dan india, satu undi siam perut hijau pun berharga kalau tok peti nak tahu. Awak sebagai asatizah patutnya mendamaikan jadi air yang memadam api perkauman, tapi awak boleh jadi minyak yang menambah maraknya api. Bila ada kelompok Asobbiyah Cina macam Dong Zong bawa minyak tanah yang lain awak boleh pula marah. Tapi lawan api dengan api yang akan terbakar siapa tok peti? Rakyat negara kita juga yang jadi mangsa bila ada racial incident.
Takkan bila orang lain incite racial hatred, kita pun kena balas benda yang sama? Takkan kita tak boleh ikut cara nabi bila baginda di caci maki oleh penduduk taif akibat mereka prejudis dan mendoakan kebaikan untuk mereka? "“Ya ALLAH! Engkau tunjukkan (jalan yang lurus) kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.” ?
Itu yang saya peliknya dengan sikap sesetengah asatizah, macam mana dia boleh pukalkan semua cina adalah dong zong dan dong zong adalah cina? Dalam setiap kaum semua ada pendesak macam ISMA dan PAS yang rasis dan assobiyyah, tapi kalau kata semua melayu setuju dengan Isma dan PAS adalah naif.
Malaysia baharu ni banyak sangat di derail oleh ahli politik jahat yang suka memecah belah kaum di tambah pula dengan asatizah yang menambah perisa. Jarang sekali kita dengar ahli politik yang menyeru pada perpaduan seperti mana yang di gazettekan oleh founding fathers kita yang kata bersekutu bertambah mutu. Ini semuanya berbarah berpuluh2 tahun dari zaman pecah perintah british lagi, tapi yang peliknya orang yang ada PHD pun tak reti baca "reform takes time" just like Rome wasn't built in a day.
You know what can be acomplished in one day though? Emperor Nero burning Rome, sama dengan apa yang tok peti tengah buat menyubur benih kebencian pada golongan ruwaibidhah.
Mukhlis Shariff

BIASALAH KALAU PECACAI UPAHAN



Tun Razak


Dia sepatutnya faham apa yang media post ini merupakan jawapan dia (Anwar) apabila ditanya wartawan sama seperti jawapannya berkaitan isu Maszlee Malik dan isu Jawi jika dia baca kenyataan penuh. Anwar bukannya gelojoh pun nak berkali-kali buat kenyataan sama lain la yang cuba sailang tu selalu buat kenyataan bertentangan keputusan Parti..

Tapi biasa la, dah memang tugas dia dengan bini dia kalau tak tembak DSAI, tembak Saifuddin Nasution.. Macai Mak Lampir kan.. Meroyan maki DSAI sejak dalam UMNO.. Senjata yang Mak Lampir import dari UMNO..😂
Dan jangan lupa suru bos dia selesaikan dulu isu Sandakan yang dia bersedap di bulan Ramadhan tue ketika orang sibuk kempen PRK Sandakan..😂😂😂