MASA JADI KERAJAAN SOKONG. MASA KINI JADIKAN ISU POLITIK. JAHAT KA TIDAK TUAN TUAN... JAHAT.


 

ANTARA JUMAAT YANG HITAM DAN HATI YANG HITAM

 

Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang memihak kepada peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman dalam cabarannya ternadap keabsahan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kelantan, reaksi paling awal yang bertujuan mengaut untung politik ialah daripada bekas Menteri di JPM, Takiyuddin Hassan.

Beliau menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah sebagai sejarah hitam kepada umat Islam negara ini.

“Kita amat sedih, ini adalah “Black Friday”, Jumaat yang hitam kepada undang-undang syariah Islam,” katanya.

Beliau juga mendakwa keputusan mahkamah itu boleh memberi impak kepada undang-undang jenayah syariah di negara ini.

Susulan kenyataan Takiyuddin, melantun-lantun walaun memberi reaksi di media sosial yang menggambarkan kedudukan Islam sudah terancam, di samping menyalahkan kerajaan pusat atas keputusan tersebut.

Terdapat juga mereka yang tidak segan-segan menyatakan keputusan mahkamah tertinggi itu adalah tindakan sebuah kerajaan yang dipimpin orang Melayu, tetapi sanggup mengkafankan enakman syariah Islam.

Hendaklah disedari, keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak menggambarkan pendirian kerajaan pusat kerana mahkamah adalah institusi bebas yang tidak dikawal oleh kerajaan dan mereka berhak membuat keputusan berdasarkan keterangan serta fakta di depan mata mereka.

Apakah fakta dan keterangan yang menyebabkan keputusan itu dibuat?

Jika diperhati, 16 kesalahan jenayah syariah yang dibatalkan itu adalah kerana ia bercanggah dengan hukuman dalam Kanun Keseksaan yang sedia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.



Oleh kerana sesuatu undang-undang negeri tidak boleh mengatasi undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan, maka sebab itulah Mahkamah Persekutuan memutuskan 16 kesalahan itu sebagai tidak sah dan batal.

Dalam hal ini, tidaklah bermakna dengan keputusan tersebut, kedudukan Islam telah terancam atau “Black Friday” telah menyelubungi seluruh undang-undang syariah di negara ini.

Tiada apa-apa titik hitam yang berlaku, kecuali Dun Kelantan telah terbukti cuai kerana melaksanakan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Selepas ini, tiada pilihan yang harus dilakukan melainkan Dun Kelantan mesti segera melakukan penyesuaian atau pindaan terhadap 16 undang-undang itu.

Buat sementara ini, meskipun 16 kesalahan jenayah itu terbatal, ia tidaklah pula bermakna sesiapa di negeri Kelantan bebas melakukan kesalahan berkaitan 16 perkara itu dan tiada undang-undang boleh dikuatkuasakan terhadap mereka sebagaimana didakwa bekas Perdana Menteri yang gagal, Mahiaddin Md Yasin.

Yang terbatal hanyalah enakmen syariah, tetapi bagi 16 kesalahan tersebut, mereka yang melakukan sesuatu kesalahan – misalnya liwat atau melakukan persetubuhan dengan mayat – mereka masih boleh didakwa di bawah Kanun Keseksaan Perlembagaan Persekutuan.

Dengan itu, celah mata boleh dikata Islam sudah terancam?

Hakikatnya Islam tidak terancam, bahkan keputusan Mahkamah Persekutuan itu adalah gambaran bagaimana Perlembagaan Persekutuan sentiasa dipertahankan.

Islam tidak terancam dan tidak ada “Jumaat yang hitam”, melainkan yang ada hanyalah hati-hati yang sentiasa hitam dengan tidak mahu mengakui kelemahan atau kesalahan diri sendiri. – ShahbudinHusin 11/02/2024.

 


KEDUDUKAN MAHKAMAH SYARIAH, AGAMA ISLAM KEKAL UTUH






 Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan Mahkamah Syariah akan kekal dan terus terjamin selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Hal itu susulan, keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019, pagi tadi

Justeru menterinya, Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, pihaknya mengambil maklum keputusan itu dan sebagai tindakan segera, akan mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) berusaha mendapatkan alasan penghakiman bertulis kes berkenaan untuk tujuan kajian dan perancangan selanjutnya.

Jelasnya, selaras alasan penghakiman kes itu, perancangan-perancangan lanjut akan dibuat segera bagi memastikan agenda penambahbaikan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah akan terus berjalan di Malaysia.

“Beberapa penyesuaian terhadap pelan dan rancangan sedia ada juga akan dilaksanakan selaras dengan keputusan kes ini. Segala ruang dan peluang yang wujud untuk pemerkasaan Mahkamah Syariah akan dilaksanakan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan akan segera menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah, timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk menyembah maklum keputusan mahkamah hari ini.

“Selain itu saya juga akan segera memohon menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan DYMM Raja-Raja Melayu untuk menyembah maklum perkara yang berkaitan,” ujarnya.

Tambahnya, semua pemegang taruh dan pihak yang terlibat dengan Mahkamah Syariah akan sama-sama berbincang pemerkasaan Mahkamah Syariah dan jika terdapat keperluan melakukan apa-apa pindaan atau reformasi undang-undang, akan segera dilakukan.

“Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan mantan Ketua Hakim Negara Tun Datuk Seri Zaki bin Tun Azmi, mengkaji isu-isu yang berkaitan dengan kompetensi Dewan Undangan Negeri serta bidang kuasa Mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah butiran 1, Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Hasil kajian itu, kata Naim akan dibentangkan dalam Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) dan Majlis Raja-Raja.

“Semua pihak adalah diseru untuk bertenang serta tidak melakukan apa-apa provokasi yang boleh mengundang kepada keresahan awam,” katanya.




ELAK POLEMIK: KEDUDUKAN ISLAM, MAHKAMAH SYARIAH TIDAK TERJEJAS

 



Pertubuhan dakwah Islam terbesar negara, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menolak sebarang usaha pihak tidak bertanggungawab untuk mengapi apikan isu kononnya kedudukan agama Islam tertekan ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen membatalkan beberapa perkara dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019 (‘Enakmen 2019’) kerana bertindan dengan undang undang sivil.

Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, isu berkaitan teknikaliti undang undang itu tidak ada kaitannya dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara, juga Mahkamah Syariah tidak sedikit pun terusik bidang kuasanya berdasarkan kes berkenaan.

“ABIM menyeru umat Islam di negara ini untuk bertenang dan elak dari berpolemik (membesarkan isu) sehingga ia boleh menimbulkan kegusaran ramai.

“ABIM ingin mengingatkan pendirian Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel hakim dalam kes ini yang menjelaskan bahawa kes ini tidak ada kena mengena dengan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah tetapi khusus membicarakan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri (DUN Kelantan) untuk menggubal perundangan yang berkaitan,” katanya dalam kenyataan petang ini.

Pada masa sama, Ahmad Fahmi juga menyambut baik kenyataan Menteri Agama yang menjelaskan bahawa kerajaan telah pun membentuk Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah menurut Perlembagaan Persekutuan.

Jawatankuasa tersebut akan mengeluarkan syor bagaimana kaedahnya undang undang negeri perlu dibuat agar tidak melanggar Perlembagaan.

“ABIM turut menyambut baik kenyataan YB Senator Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang telah menggariskan langkah-langkah segera yang akan diambil oleh kerajaan untuk menanggapi keputusan kes ini, dan seterusnya meningkatkan usaha memperkasa Mahkamah Syariah.

“ABIM turut menyatakan kesediaan untuk terlibat-sama menjayakan sebarang usaha reformasi hal ehwal pentadbiran agama Islam melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam yang dipengerusikan oleh mantan Ketua Hakim Negara Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi,” katanya lagi.

Pagi tadi, Mahkamah Persekutuan dalam petisyen yang difailkan oleh Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman terhadap Kerajaan Negeri Kelantan dalam menggubal atau membuat beberapa peruntukan dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) 2019.

Panel sembilan hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat dalam keputusan majoriti 8-1 membenarkan petisyen Nik Elin Nik Abdul Rashid dan anaknya.

Antara peruntukan yang dianggap tidak sah adalah berkenaan pemusnahan dan mencemarkan tempat ibadat (Seksyen 11), liwat (Seksyen 14), persetubuhan dengan mayat (Seksyen 16), persetubuhan dengan bukan manusia (Seksyen 17), dan gangguan seksual (Seksyen 31).

Kesalahan jenayah syariah lain yang menjadi pertikaian dalam permohonan itu ialah memiliki dokumen palsu dan memberi maklumat palsu (Seksyen 34), mabuk (Seksyen 36), persediaan untuk melakukan maksiat (Seksyen 45), dan penyalahgunaan label halal (Seksyen 42).




YB MUJAHID BALUN PARTI PAS KELANTAN! GAMBAR ELIN DAN TAKI VIRAL NI PEMIM...



PAS harus akur keputusan mahkamah membatalkan 16 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (EKJS) (I) Kelantan melambangkan kelemahan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana meluluskan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan. Dalam kenyataan, Timbalan Presiden Amanah Mujahid Yusof Rawa berkata PAS bukan sahaja tidak mengakui kelemahan pentadbirannya menggubal undang-undang jenayah syariah di Kelantan, malah mengelirukan rakyat dengan dakwaan ‘mahkamah syariah dicabar’. ========================================================================================================== Seorang pemimpin PAS menyifatkan tindakan menularkan semula gambar setiausaha agung parti itu, Takiyuddin Hassan dengan peguam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid sebagai tidak matang. Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Awang Hashim berkata, tiada masalah untuk mana-mana pemimpin parti itu bergambar dan berkawan dengan sesiapa, walaupun berlainan ideologi. Sumber Berita 1. https://www.freemalaysiatoday.com/cat... 2. https://www.freemalaysiatoday.com/cat...


MAHKAMAH PUTUSKAN KELANTAN LAMPAUI KUASA, BUKAN MADANI LAWAN ISLAM’




 Pembangkang PN, khususnya Pas digesa menamatkan segera tohmahan kononnya Kerajaan Madani menekan undang undang syariah selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan petisyen Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman dengan membatalkan beberapa perkara dalam Enakmen Kanun Syariah Jenayah (I) Kelantan 2019 hari ini kerana digubal di luar bidang kuasa negeri.

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malangnya para pemimpin pembangkang memainkan isu tersebut sebagai keputusan yang menentang hukum syariah di Malaysia.

“Kenyataan Ketua Hakim Negara hari ini, keputusan cukup jelas, dia (petisyen) tak ada kena mengena dengan syariah, dia mengenai keputusan DUN (menggubal undang undang).

“Bulan depan, katakan DUN buat beberapa undang undang baru yang bercanggah dengan kuasa negeri dan Persekutuan maka dirujuk ke Mahkamah Persekutuan. Sekiranya bercanggah (mahkamah) akan membatalkan, dia tidak kira tajuk apa. Tajuk apa pun ada kuasa Persekutuan dan negeri.

“Kuasa Persekutuan memang banyak. Tetapi kalau masalah tanah, agama ini kuasa negeri. Jadi ada bidang kuasa masing masing.

“Apakah tidak diketahui oleh pemimpin pembangang? Mereka tahu, tetapi gunakan sentimen supaya orang Islam merasakan kerajaan pimpinan Anwar ini menentang syariah. Padahal tiada kena mengena. Undang undang (yang dicabar enakmen) negeri Kelantan, yang cabar orang Kelantan, kebetulan ahli Muafakat Nasional,” katanya dalam majlis perjumpaan bersama penjawat awam di MITC, Melaka petang tadi.

Tegas Anwar, alasan PM atau kabinet menentang syariah dengan keputusan Mahkamah Persekutuan amat tersasar kerana Nik Elin yang mengemukakan petisyen itu melawan Kerajaan Kelantan, bukannya PM atau Kerajaan Malaysia.

“Dia cabar di Mahkamah Persekutuan, bukan kabinet, bukan PM. Dia nak tanya sama ada undang undang itu sah dari segi proses atau tidak? Mahkamah putuskan dari segi proses dan bidang kuasa, tidak betul.

“Apa dilakukan terdahulu oleh PN? Mereka tidak bantah. Ini (petisyen) berlaku semasa 2020 dan 2021, sekarang dijadikan bahan politik. Dulu tidak ada tindakan,” bidasnya.

Bagaimanapun, ujar PM, Kerajaan Persekutuan sedar wujud ketelanjuran di pihak Kerajaan Negeri dalam menggubal enakmen sebelum ini dan dengan itu Kerajaan Madani telah pun menubuhkan Jawatankuasa Mengkaji Bidang Kuasa Mahkamah Syariah untuk menilai perkara berkenaan.

“Untuk mengkaji di peringkat kebangsaan kita tubuh jawatankuasa tentang hukum syariah. Kabinet putuskan setuju, rujuk kepada Majlis Kemajuan Islam (MKI) dan Raja raja Melayu dan sekarang dipengerusikan oleh Sultan Selangor, saya sebagai timbalan pengerusi.

“Apa peranan dia? Untuk memutuskan peranan dan meningkatkan peranan Mahkamah Syariah dalam negara,” katanya.

Ahli Parlimen Tambun itu amat kesal dengan sikap pembangkang menggunakan politik fitnah untuk mencari pengaruh, termasuk pada minggu lalu apabila Lembaga Pengampunan mengurangkan hukuman ke atas bekas PM Najib Razak.

Katanya, pembangkang mempropagandakan PM dan Kabinet membuat keputusan tersebut, biar pun mereka sangat maklum keputusan memberi pengampunan adalah kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.

“Kabinet tidak pernah membincangkan (pengampunan), saya hanya melaporkan (ke Kabinet) minggu lalu setelah keputusan dibuat.

“Keputusan Lembaga Pengampunan didengar oleh Agong tetapi keputusan Agong itu muktamad berdasarkan Perkara 41 (2) Perlembagaan.

“Apakah orang (pembangkang) tidak tahu? Dia tahu tetapi dipolitikkan. Lebih bahaya seperti yang berlaku hari ini, buat perhimpunan di depan Mahkamah Persekutuan seolah olah kerajaan hari ini yang menentang syariah Islam,” katanya.

Penyokong Pas-PN pagi tadi membuat himpunan di hadapan Mahkamah Persekutuan dengan agenda mendakwa undang undang syariah ditekan di bawah Kerajaan Madani biar pun mereka maklum Perlembagaan menetapkan pemisahan kuasa Mahkamah Syariah dan Sivil.

Bermakna, undang undang yang telah sedia wujud di bawah Mahkamah Sivil tidak sewajarnya turut sama digubal hukuman di bawah Mahkamah Syariah.



Adakah kita di ambang Perang Dunia Ketiga?


 

Kita semua perlu memikirkan langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mengurangkan ketegangan global dan mewujudkan keamanan yang lebih berkekalan di dunia

By

 Johan Saravanamuttu


Follow us on our Malay and English WhatsApp, TelegramInstagramTiktok and Youtube channels.

Kebanyakan orang barangkali ada mendengar kenyataan oleh bekas Presiden AS Donald Trump pada 30 Januari bahawa kita kini berada di ambang Perang Dunia Ketiga.

Peristiwa yang mencetuskan kenyataan Trump ini ialah serangan dron ke atas pangkalan tentera Amerika, dikenali sebagai Tower 22, di sempadan Jordan-Syria. Peristiwa ini mengakibatkan tiga askar AS terbunuh dan mencederakan kira-kira 34 yang lain.

Sebagai tindakan balas, AS telah melakukan serangan ke atas 85 sasaran di Syria dan Iraq dan 36 sasaran Houthi di 13 lokasi di Yaman.

Apabila ditanya soalan beberapa minggu sebelum itu semasa kempennya di Iowa, Trump menjawab: “Kita kini paling hampir dengannya (Perang Dunia Ketiga).”

Beliau mengambil kesempatan untuk mengecam Presiden Joe Biden kerana ketidakcekapannya dan kegagalannya untuk menghalang peristiwa yang membawa AS kepada keadaan semasa.

Kenyataan Trump mengenai perkara ini cukup mementingkan diri sendiri dan terlalu semberono. Walau bagaimanapun, adalah benar yang hal ehwal global hari ini telah mencapai detik bersejarah yang cukup menyukarkan.

Dalam surat berita ini, saya ingin kembali kepada beberapa perkara yang saya bangkitkan dalam penulisan di Aliran pada Oktober lalu. Harap bersabar dengan saya, memandangkan betapa pentingnya topik ini.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity:

·         Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both

·         Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948

·         Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran

·         Become an Aliran member

Tel: 04-658 5251 email: aliran.malaysia@yahoo.com

Peperangan dan perlumbaan senjata tanpa henti

Dunia sememangnya berada pada saat yang berbahaya.

Hanya sedikit percikan untuk mencetuskan Perang Dunia Pertama: pembunuhan Archduke Franz Ferdinand dari Empayar Austro-Hungary pada 28 Jun 1914 itulah yang mencetuskan perang.

Bagi Perang Dunia Kedua, ia boleh dikatakan mengambil masa yang lebih lama untuk peristiwa-peristiwa ini kemudiannya merebak ke seluruh dunia: peperangan yang dicetuskan oleh Adolf Hitler dari Jerman di Eropah dan kemasukan Jepun dalam perang di Asia Timur. AS memasuki perang agak lewat, selepas pengeboman Jepun di Pearl Habor pada 7 Disember 1941.

READ MORE:  'Blessed are the peacemakers'

 

Jadi, serangan dron di Tower 22 (yang didakwa ada kaitan dengan Iran) adalah kejadian yang tidak menyenangkan, tetapi ia tidak pula boleh disamakan dengan serangan Pearl Habor.

Bagaimanapun, apa yang terjadi adalah dek kerana peningkatan serangan hari ini di mana AS, Rusia, Israel dan sekutu mereka kini terlibat.

Oktober lalu, saya menyedari bahawa terdapat 110 konflik bersenjata yang sedang berlaku di seluruh dunia. Apa yang telah mengekalkan apa yang kita fahami sebagai keamanan hari ini, secara teori, adalah pencegahan nuklear berdasarkan doktrin “mutually assured destruction” (MAD).

Tiada kuasa nuklear mahu berperang dengan yang lain, yang akan saling membawa kemusnahan bersama mereka. Inilah yang telah menghalang kita daripada melakonkan semula ‘detik Oppenheimer’ yang menyaksikan penggunaan bom nuklear pertama di Hiroshima dan Nagasaki pada tahun 1945.

Namun, adakah keadaan di Abad ke-21 kini telah berubah sehinggakan doktrin MAD telah menjadi hipotesis yang lemah? Perhatikan perkembangan berikutnya dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Ya, lihatlah bagaimana perlumbaan senjata nuklear telah meningkat ke tahap yang berbahaya (rujuk peta di bawah):



Perhatikan bagaimana walaupun terdapat dua kuasa besar nuklear, banyak negara lain turut memiliki senjata pemusnah besar-besaran. Perjanjian Non-Proliferasi Nuklear (NPT), yang ditanggapi sebagai kejayaan diplomasi kuasa besar, tidak menghalang negara yang bercita-cita tinggi.

Sekutu AS dan Rusia – Belgium, Jerman, Itali, Belanda, Turki dan Belarus – juga mempunyai senjata nuklear di wilayah mereka.

Oleh itu, seseorang boleh berhujah bahawa teori MAD telah dilemahkan oleh pertambahan senjata yang sedemikian rupa di luar liputan serta kawalan kuasa-kuasa besar.

Siapa yang boleh mengatakan bahawa negara penyangak yang mempunyai nuklear tidak akan melakukan perkara yang tidak dijangka satu hari nanti? Sekiranya berlaku serangan nuklear di mana-mana, sekutu kuasa besar berkemungkinan besar akan diseret sama ke dalam kancah peperangan.

READ MORE:  Why do we still have war in this world?

 

Pada 21 Februari 2023, Presiden Vladimir Putin menggantung penyertaan Rusia dalam Perjanjian Pengurangan Senjata Strategik Baharu 2010 (New START – Strategic Arms Reduction Treaty). Ia sekali gus bermakna berakhirnya kawalan senjata oleh dua kuasa besar nuklear.

Sebuah lagi perkembangan membimbangkan ialah kuasa besar juga sedang membangunkan senjata hipersonik yang boleh membawa hulu peledak nuklear yang sukar dikesan oleh radar.

Perang Ukraine, yang bermula pada Februari 2022 (walaupun Crimea telah diambil alih pada 2014), berterusan tanpa henti. Penganalisis telah menawarkan beberapa kemungkinan, namun saya rasa ia akan berterusan menemui jalan buntu untuk beberapa tahun lagi sebelum kita melihat sebarang prospek rundingan bagi menyelesaikannya.

Ada yang meramalkan bahawa naiknya Trump menjadi presiden boleh membawa penyelesaian kepada perang ini. Senario terburuk ialah perang boleh merebak menjadi perang kesemua negara Eropah. Saya teragak-agak untuk meramalkan sesuatu yang spesifik kecuali perang ini akan terus menyemarakkan perlumbaan senjata antara Barat, Rusia dan sekutunya.

Akhirnya, peperangan di Gaza sekarang bukan sahaja berterusan tetapi mencipta bencana kemanusiaan yang tidak terkata dengan pembunuhan lebih 26,000 orang awam Palestin. Israel telah mengabaikan keputusan sementara Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam pembunuhan beramai-ramai yang berterusan ini.

Hakikatnya, Israel langsung tidak boleh dihalang atau dikawal dalam cita-citanya untuk menjajah Gaza, dan ini adalah cukup membimbangkan. Semua orang boleh melihat kekurangan kapasiti atau kuasa PBB untuk mengurangkan masalah, apatah lagi memastikan gencatan senjata. Ia adalah sebuah kesimpulan yang cukup menyedihkan tentang keadaan kemanusiaan kita hari ini.

Jadi, jika insiden Tower 22 bakal mencetuskan peningkatan konflik dengan penglibatan AS yang lebih besar, ia akan menghasilkan lebih banyak ketidakstabilan di Timur Tengah, bersama-sama dengan aktiviti Houthi semasa di Laut Merah.

READ MORE:  Norman Finkelstein vs Alan Dershowitz on Israel-Palestine war with Piers Morgan

 

Kawasan permusuhan and keganasan lain boleh muncul di seluruh dunia termasuklah juga pertembungan di antara dua Korea, Taiwan dan Laut China Selatan.

Trump barangkali mempunyai agenda tersendiri dalam menyatakan kita kini berada di ambang Perang Dunia Ketiga, tetapi inti kebenarannya tidak pula boleh diabaikan.

Ia sepatutnya membuatkan kita semua duduk dan memikirkan tindakan yang boleh diambil oleh kita sebagai individu yang waras dalam mengurangkan ketegangan global dan mewujudkan keamanan yang berkekalan di dunia.

Johan Saravanamuttu
Editor bersama, surat berita Aliran
6 Februari 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

 


Harapan Sarawak negeri berstatus maju 2030 makin cerah



Oleh: Noraini Nordin



ULASAN BERITA: Sarawak nampaknya sudah mempunyai sasaran tersendiri ke arah memajukan lagi negeri tersebut bagi tahun 2024.



Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg dilaporkan berkata, terdapat tiga perkara utama yang menjadi tumpuan negeri itu dalam melangkah ke tahun 2024, iaitu pengambilalihan Pelabuhan Bintulu, mempunyai syarikat penerbangan sendiri dan mempunyai kepentingan utama dalam bank perdagangan.



"Kita ingin mengambil semula Pelabuhan Bintulu daripada Kerajaan Persekutuan, ini bukan sahaja kerana ia sepatutnya berada di bawah kuasa Sarawak mengikut Perlembagaan Persekutuan tetapi juga kerana Sarawak perlu merancang secara menyeluruh pembangunan pelabuhannya yang merangkumi keseluruhan negeri termasuk kawasan pedalaman yang kaya dengan pelbagai sumber.



"Kita juga menetapkan matlamat ingin memiliki syarikat penerbangan sendiri kerana dengan memiliki syarikat penerbangan itu bukan sahaja untuk menyediakan laluan ke destinasi terpilih di rantau Asia tetapi ia juga sebagai pelaburan dalam mewujudkan hubungan udara antara Sarawak dan seluruh wilayah bagi meningkatkan perniagaan dan pelaburan di negeri ini.



"Perkara ketiga yang kita fokuskan iaitu mempunyai kepentingan utama dalam bank perdagangan adalah bagi menyediakan Sarawak sebagai platform kewangan ke arah meningkatkan lagi ekonomi melalui pembangunan PKS dan keusahawanan," katanya.



Destinasi ekonomi lebih baik



Setelah berjaya mencapai beberapa perancangan yang diatur pada tahun lalu, matlamat 2024 Sarawak tidak lain adalah bakal menghidangkan negeri tersebut sebagai destinasi ekonomi yang lebih baik, sekaligus memberi limpah kenikmatan kepada rakyatnya.

Description: https://static.wixstatic.com/media/4449e2_d2248e99665641fdbc2f2b9534f48070~mv2.jpg/v1/fill/w_350,h_557,al_c,q_80,usm_0.66_1.00_0.01,enc_auto/4449e2_d2248e99665641fdbc2f2b9534f48070~mv2.jpg



Tahun lalu Sarawak berjaya mencapai beberapa perkara yang dirancang, terutamanya penubuhan Dana Kekayaan Negara dan Masa Depan Sarawak (SSWF) dengan modal permulaan RM8 bilion dan peruntukan tahunan progresif antara RM400 juta hingga RM600 juta sehingga 2034 daripada kerajaan negeri.



"Sarawak juga mempunyai simpanan yang kukuh dan pendapatan terus meningkat setiap tahun dengan pada tahun 2023 berjaya merekodkan hasil sebanyak RM13.3 bilion," kata Tan Sri Abang Johari lagi.



Status negeri maju pada 2030



Berdasarkan kepimpinan Sarawak yang lebih mengutamakan kestabilan dan sentiasa ingin bekerjasama rapat dengan Kerajaan Pusat, terbukti pendekatan yang diambil adalah amat tepat.



Dengan itu, Sarawak hampir pasti tidak berdepan banyak masalah untuk mencapai status menjadi negara maju pada tahun 2030 akan datang.



Kepimpinan yang mengutamakan kesejahteraan rakyat seperti inilah yang menjadi idaman rakyat.



Tahniah Sarawak, pemimpin yang berwawasan pasti bijak menggunakan peluang untuk manfaat rakyat.

__________________________________________________________________________________

Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat

 

 

KEPUTUSAN MAHKAMAH BERHUBUNG ENAKMEN SYARIAH PERNAH ADA DULUAN, KELANTAN HARUS CONTOHI NEGERI SEMBILAN Shahbudin Husin

 

Kelantan harus mencontohi Negeri Sembilan, yang meminda enakmen syariahnya selepas kalah dalam kes terhadap Juzaili Khamis di Mahkamah Rayuan pada 2015, kata G25.

Kumpulan bekas penjawat awam kanan itu berkata, dalam kes itu, mahkamah memutuskan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 bercanggah dengan Perlembagaan kerana ia melanggar peruntukan kebebasan asasi.

“Kerajaan Negeri Sembilan mematuhi penghakiman Mahkamah Rayuan itu. Pada 2019, kerajaan negeri mengambil inisiatif meminda Seksyen 66 sewajarnya agar peruntukan itu selaras dengan Perlembagaan.

“Mahkamah Rayuan juga memutuskan, walaupun Perkara 3(1) mengisytiharkan bahawa Islam ialah agama persekutuan, namun amalan Islam di negara ini ditadbir oleh peruntukan-peruntukan Perlembagaan.

“Perkara 3(4) mengisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam perkara ini mengurangkan mana-mana peruntukan lain dalam Perlembagaan,” katanya sambil menambah, menjadi tanggungjawab negeri untuk memastikan enakmen selaras Perlembagaan.

Dalam kenyataan hari ini, kumpulan itu berkata, penasihat undang-undang negeri perlu berpengetahuan dalam undang-undang Perlembagaan.

Mereka mesti sentiasa berwaspada ketika undang-undang digubal oleh negeri dan berani menasihati kerajaan negeri mengenai pembahagian kuasa perundangan antara negeri dan persekutuan, serta had kuasa perundangan negeri, katanya.

“Kami amat berharap kerajaan Kelantan menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dengan semangat yang betul dan melakukan yang sewajarnya untuk meminda kanun jenayah syariah negeri.”

Semalam, Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 peruntukan dalam enakmen syariah Kelantan kerana didapati bercanggah dengan Perlembagaan.

Mengumumkan keputusan majoriti 8-1 panel hakim, Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat berkata, DUN tiada kuasa meluluskan peruntukan-peruntukan berkenaan dalam enakmen itu kerana kesalahan terbabit sudah dirangkumi undang-undang persekutuan.

Dalam pada itu, G25 menzahirkan kebimbangannya berhubung kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, semalam.

Beliau melabel keputusan mahkamah itu sebagai “Black Friday” atau ‘peristiwa hitam’ buat umat Islam dan negara.

“Beliau sepatutnya menasihati orang ramai supaya menghormati penghakiman Mahkamah Persekutuan dan mengambil iktibar daripada keputusan itu, bukannya mengambil kesempatan mempolitikkan isu itu.”

Sumber – https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2024/02/10/keputusan-mahkamah-berhubung-enakmen-syariah-ada-duluan-kata-g25/

 


MINAT BENAR ZINA KE?

 

Che Ibrahim


Bakpo ramai pakat tanya Zina suka sama suka tak Salah di segi undang undang sivil... Minat benar ke Zina???


Ambo nak oyat tak solat 5 waktu, orang kaya enggan gi haji... Ada mana mana enakmen/undang undang syariah kata Salah? 


Adakah  bila takdak undang undang kata salah, maknanya kita boleh pakat tak solat 5 waktu???


Bila undang undang kata takleh igat isteri yang derhaka ke suami, maknanya semua bini bini boleh derhaka ke suami????


Cerdik gat sikit nak bahas pun..