INI REAL.


 

TEDIAAA....


 

MAAF SEKADAR MEMBETUL SALAH FAHAM (JIKA ADA)


Che Ibrahim


Haji seorang yang telah mati hanya dianggap "hutang" yang wajib dibayar oleh warisnya jika ianya wajib ditunaikan spt nazar atau qadha' haji. Bagi kes kes spt ini, maka harta si mati wajib diambil untuk disempurnakan hajinya, bakinya baru boleh di faraidkan kerana ianya dianggap "hutang" dengan Allah. 

Adapun seorang yang mati tetapi belum mengerjakan haji kerana tak naik nama, tak sampai seru atau seumpamanya, harta yang ditinggalkan itu tidak boleh digunakan untuk upah haji kecuali dgn izin semua ahli waris...... Wallahu'alam



PM BELANDA ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT DAN PERNIAGAAN.

 














Hari ini saya menerima kunjungan hormat rakan sejawat, Mark Rutte, Perdana Menteri Belanda, di Kompleks Seri Perdana sempena Lawatan Kerja ke Malaysia. 


Platform ini termasuk pertemuan empat mata, adalah penting bagi mengadakan perbincangan dan mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Belanda.


Sayugia, kunjungan ini juga membolehkan kami bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang terkait dan juga demi kepentingan bersama. 


Antara isu terkait adalah industri kelapa sawit, kerjasama digital, kecerdasan buatan, teknologi semi-konduktor, yang pastinya banyak untuk dikongsikan antara kedua-dua negara.


Moga hubungan Malaysia-Belanda akan terus bertambah baik dan kukuh pada masa hadapan, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI



NAZRI AZIZ KATA WAF BODO





 Sebelum aku ulas, aku cadangkan korang baca dulu artikel penuh di https://tinyurl.com/mwb8ty8f. Syok baca Nazri sekolah Fayhsal ni.


Budak hingusan yang berlagak pandai. Konon nak nafikan pendirian tegas DS Anwar terhadap Palestin tapi tak tahu cerita yang sebenar.


Kerajaan Amerika Syarikat telah berjumpa dengan duta kita di sana meminta PMX agar menyatakan simpati terhadap Israel juga.


Itu indikasi jelas bahawa mesej DS Anwar memberi impak yang besar sehinggakan kerajaan Amerika sendiri berasa tidak senang.


Yang kelakar, budak hingusan ni boleh nak besarkan Mahathir. Konon Mahathir lebih tegas. Aku tak nafi Mahathir pun lantang tapi tak selantang DS Anwar.


Seperti yang Nazri jelaskan, belum pernah lagi ada demarche daripada Kerajaan Amerika terhadap negara kita sebelum ini.


Kenapa hitam sangat hari Fayhsal dengan kesemua pemimpin PN.


Sebenarnya begini. Bila kejahatan kita tak mampu untuk ditutup lagi, cara paling mudah untuk nampak baik adalah dengan buat orang lain nampak lebih jahat. Itulah yang cuba Fayhsal lakukan.


Dalam isu Palestin, jelas Mahiaddin lemah, lembik, layu, kaku, bisu, buta dan hati kaudu dengan tidak memberikan sokongan sepatutnya.


Bila DS Anwar jelas menunjukkan sokongan beliau sebagai PM dan kita sebagai sebuah negara, PN dan Mahaiddin dah terlihat bodoh.


Ia satu hujah yang tak tersangkal. Hanya satu saja cara untuk tutup malu, iaitu dengan menafikan apa yang DS Anwar dan Kerajaan Perpaduan lakukan.


Malangnya, budak mentah ini terlalu dangkal dalam berpolitik. Dia tak tahu perbuatannya itu hanya akan memburukkan lagi nama PN.


Tapi apa nak buat, dalam PN memang tak ada yang cerdik. Makin hari makin terserlah wajah hipokrit mereka. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KHAIRY KATA BUKAN DIA PUNYA PASAL.




 Putrajaya: Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, menegaskan perolehan peralatan ventilator ketika negara berdepan

pandemik Covid-19 bukan dibuat ketika beliau menjawat jawatan terbabit.


Sebaliknya, pembelian peralatan berkenaan dibuat oleh menteri sebelumnya pada tahun 2020.


"Untuk perolehan ventilator, ramai bijak pandai ini kata (saya) kena jawab soal ventilator dan perolehan ventilator ini (dibuat) pada tahun 2020, saya jadi Menteri Kesihatan pada Ogos 2021, 'even you cannot get the facts right, i don't even know why you're talking to me' (sedangkan fakta anda salah, saya tidak tahu kenapa perlu bercakap soal ini kepada saya).


"Bukan saya nak cakap saya campak menteri lain di bawah bas (menyalahkan menteri lain), tetapi ini adalah fakta, soal vaksin saya tak campak sesiapa di bawah bas, saya sedia bertanggungjawab," katanya.


Beliau berkata demikian pada program podcast Keluar Sekejap yang disiarkan hari ini.


Laporan 'Pengurusan Wabak Covid-19: Vaksin Luput Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Perlindungan Diri (PPE)' yang dibentang PAC mendapati tiada pihak boleh dipertanggungjawabkan atas kegagalan 104 ventilator itu berfungsi.


Hasil prosiding PAC juga mendapati tiada perjanjian bertulis dimeterai antara Kementerian Kesihatan (KKM) dan syarikat pembekal, Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd (PLSB), yang diarah untuk membuat pembayaran pendahuluan bagi mendapatkan ventilator.


Ketiadaan perjanjian bertulis di antara KKM dan PLSB menyebabkan tiada mana-mana pihak yang boleh dipertanggungjawabkan untuk diambil tindakan berhubung kegagalan 104 unit ventilator berfungsi..



SUDAH 100 HARI SALAHUDDIN AYUB PERGI, KENAPA KERUSI MENTERINYA MASIH BELUM DIISI?

 

Semalam, genap 100 hari bekas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub meninggalkan kita semua.

Beliau meninggal dunia di Kedah pada 23 Julai lalu selepas menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah akibat pendarahan otak.

Kepada yang mengenali dan masih terkenang segala budi baiknya, marilah sama-sama kita sedekahkan Alfatihah untuk rohnya dan mudah-mudahan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di alam yang kita semua juga akan ke sana suatu hari nanti.

Alfatihah (dibaca)….

Begitu pun, setelah lebih 100 hari beliau meninggal dunia, kekosongan jawatan menteri yang pernah dipegangnya masih lagi belum diisi sehingga kini.

Kerusi menteri yang disandangnya adalah kouta Amanah, salah satu komponen dalam PH yang sama-sama membentuk kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Amanah difahamkan sudah lama menghantar nama pengganti untuk mengisi kekosongan tersebut, malah PRK Parlimen Pulai, kerusi yang dipegang Salahuddin sebelum ini, juga telah lama selesai.

Tetapi kenapa jawatan menteri KPDN masih lagi belum diisi?

Kenapa terlalu perlahan untuk diisi dan mahu tunggu apa lagi?

Diberitakan sebelum ini bahawa khabarnya pengisian itu mahu dilakukan serentak dengan rombakan kecil yang mahu dilakulan oleh Perdana Menteri bagi memperkemaskan lagi kedudukan kabinetnya.

Malangnya, sehingga sekarang, tunggu punya tunggu, rombakan kabinet yang diheboh-hebohlan itu tidak juga berlaku, sehingga tiada lagi yang bercakap mengenainya sekarang ini.


Pun begitu, tiada rombakan kabinet tidak bererti jawatan menteri yang sudah lama kosong tidak boleh segera diisi dan mahu dibiarkan saja terus tidak terisi.

Dengan pelbagai isu timbul saban hari berkaitan harga barang, isu pengguna dan kos sara hidup rakyat, membiarkan jawatan menteri itu kosong terlalu bukanlah satu pilihan yang baik.

Dalam hal ini, jika Anwar masih tidak mahu melakukan rombakan kabinet dalam waktu terdekat, isilah kekosongan kerusi Salahuddin itu terlebih dahulu.

Lagi pun ia kouta Amanah, tidak payah dan tak mungkin susah untuk mengisinya.

Bincang dengan Abang Mat Sabu. – belum sejuk kopi pun sudah boleh selesai.

Sudah banyak terdengar rungutan daripada rakyat biasa, kakitangan awam, orang politik dan segala jenis manusia lainnya mengenai kelambatan mengisi jawatan menteri yang sudah lama kosong itu.

Benda mudah, kenapa nak dinampakkan ia terlalu payah? – ShahbudinHusin 01/11/2023.



[gempak] RATU FITNAH KATA DIA DI ANIAYA! TIDAK BERI KERJASAMA DALAM SIAS...

[malu] BEKAS GENERAL MEMALUKAN DIRI BERTERIAK AKHIRNYA TIDAK FAHAM ENGLISH!

[berita buruk] KES MINYAK MASAK ANAK HAMZAH PEGUAM NEGARA TOLAK REPRESEN...


Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak permohonan representasi yang dikemukakan peguam kepada anak seorang bekas menteri bagi menggugurkan pertuduhan penyelewengan berkaitan minyak masak bersubsidi Perkara itu dimaklumkan Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), Nor Alimah Mohd Sanusi di hadapan Hakim Mazni Nawi pada prosiding di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. Muhammad Faisal Hamzah, 39, yang juga anak kepada Datuk Seri Hamzah Zainudin didakwa atas sembilan pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dan memiliki barang kawalan minyak masak melebihi had dibenarkan, tahun lalu. Nor Alimah memaklumkan hanya menerima representasi daripada Muhammad Faisal, manakala seorang lagi tertuduh, Azizul Abdul Halim, 55, yang berdepan pertuduhan sama masih belum mengemukakannya. “Pada tarikh lalu (prosiding) pihak peguam bela Azizul ada menyatakan akan hantar representasi tetapi sehingga kini belum dihantar.



STATISTIK PENGELUARAN AYAM DAN TELUR



PARTI AMANAH NEGARA


[ADMIN] Statistik pengeluaran ayam dan telur ayam bagi negara-negara di Asean. Malaysia berada di kedudukan ke-3 bagi pengeluaran ayam dan telur ayam bagi tahun 2020 dan 2021.


Kerajaan dan Kementerian akan berusaha keras membantu para peladang meningkatkan lagi hasil pengeluaran dengan pelbagai insentif bagi menjamin sekuriti makanan negara.


#cukupdanterjamin



CIRI2 KHAWARIJ AKAN TERUS MUNCUL HINGGA AKHIR ZAMAN - Pejabat Mufti WP


"Kumpulan Khawarij pada namanya tidak dinafikan ia telah luput ditelan zaman.


Ini kerana, tiada sesiapa pun dalam kalangan individu atau kumpulan yang mengaku pada hari ini bahawa mereka daripada golongan Khawarij. 


Namun demikian, ciri-ciri kumpulan tersebut masih kekal wujud hingga ke akhir zaman sebagaimana nas-nas hadis yang mengisyaratkan hal tersebut.


Bayangkan jika Khawarij yang terdahulu berpegang kepada doktrin mengkafirkan orang yang melakukan dosa besar, tetapi pada hari ini wujud mereka yang mengkafirkan sesama Islam hanya kerana dosa-dosa kecil atau khilaf di dalam perkara-perkara furu’ agama atau berbeza pendekatan dalam isu politik."


Artikel dari web Pejabat Mufti W.Persekutuan.


https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/tashih-al-mafahim/2981-tashih-al-mafahim-8-masih-wujudkah-khawarij?



MINGGU PALESTIN TIDAK BOLEH TAKBIR? BACA QUNUT NAZILAH DAN ANGKAT BENDERA PALESTIN?








Menjawab Tuduhan; Firdaus Wong Wai Hung dan Muhamad Nasron Nasir; 


Saya ingin respon tulisan Sdra Nasron dan Sdra Nasron selaku YDP PIBG 2 buah sekolah.


1. Tindakan Sdra Nasron menuduh Minggu Palestin: Tidak Boleh Takbir, Naikan Bendera dan baca Qunut Nazilah adalah sangat tidak bertangungjawab. 


2. Ia satu fitnah yang sangat besar dan sudah tersebar di seluruh media sosial memburukan Kementerian Pendidikan.


3. Sebenarnya TIADA LARANGAN langsung terhadap 3 perkara yang dituduh. Peraturan Minggu Solidariti Palestin KPM dilampirkan.


4. Sebagai contoh saya share sini kegiatan aktiviti Minggu Solidariti Palestin sekolah kami. Di sekolah kami, boleh Takbir, Baca Qunut Nazilah dan boleh bawa Bendera Palestin. https://www.tiktok.com/@wawanoryie/video/7295775290653969682?_t=8gyPJwFTznd&_r=1 


5. Ia satu benchmark baru yang YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan buat untuk memberi kesedaran kepada seluruh murid sekolah di Malaysia tentang keganasan Zionis Israel yang membunuh rakyat Palestin sejak sekian lama.


Jadi lah YDP PIBG yang bertangungjawab bukannya membawa sentimen fitnah melulus untuk memburukkan usaha positif Kementerian Pendidikan telah buat. 


Syam Ghaz 

Ydp PIBG 2 buah sekolah.



WOIIII LOYAR BURUK PUNYA KERAJAAN . MENTERI BELI VENTILATOR PAKAI WASSAP. BANGANG KA APA ???

 

Jangan kata beli ventilator yang harganya berbelas juta ringgit, nak beli kereta Myvi second hand yang harganya berbelas ribu pun kita tak berurusan pakai wasap je tau.


Kena tengok sendiri kereta, buat deal, minta servis dulu ke, jaminan berapa bulan, request repair mana mana perlu, kemudian sign dokumen sebelum sah beli kereta tu.


Kita beli kereta second hand pun cerewet. Macam mana PN beli ventilator guna duit rakyat boleh deal pakai wasap je? Melainkan kalau memang ada niat nak sakau. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SIAPA MENTERI MASA INI ?




Dunia gelak kat kita. Beli ventilator pakai Whatsapp, takdak kontrak. Vaksin expired membazir RM505 juta.


Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baru keluar Isnin haritu ada info yang kita boleh tepuk dahi.


Siapa wakil dalam PAC tu? 


Ada Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. Pengerusi PAC tu YB Masjid Tanah, Ahli Parlimen PN.


Laporan mendapati, semasa pandemik, ada 8.5 juta dos vaksin yang tak dapat digunakan sebab expired. 


Kerugian lebih USD100 juta atau bersamaan RM505 juta.


Ventilator pulak, order ikut Whatsapp macam nak order nasik ayam hainan.


Pembelian ventilator di antara 2020 hingga April 2022. Beli 136 unit, yang rosak 104 unit.


Membazir RM13 juta kau.


Bayangkan berapa banyak nyawa yang boleh diselamatkan kalau semua ventilator tu dapat digunakan.


KKM masa tu katanya arahkan Pharmaniaga beli ventilator tanpa PO dan kontrak yang jelas.


Bila takdak kontrak, rosak pun takleh claim warranty.


Wei aku beli cerek bodo RM70 pun ada warranty.


La ni KKM dengan Pharmaniaga sailing tuduh menuduh.


Elok lah jadi topik terkini dalam Keluar Selamanya, eh Keluar Sekejap.


Najib Bakar



JOM CARI AYAM MAHAL. AYAM MURAH KAMI TAK MAHU

 

Mana nak cari ayam yang lagi mahal? Sekarang harga dah diapungkan. Kena cari yang mahal - Walaun




𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗣𝗔𝗦 𝗖𝗘𝗧𝗨𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗥 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛


1. Bila VIVA Palestin tak bagi takbir dalam himpunan Palestin, PAS fitnah 'Madani halang Takbir' walhal itu keputusan VIVA sendiri.


2. PAS tak kata PMX halang Takbir, tapi walaun bina persepsi PMX dan Madani lah halang Takbir itu.


3. PMX takbir di Himpunan Palestin di Bukit Jalil bergegar stadium tapi fitnah masih disebar.


4. Itu teknik fitnah PAS dari dulu. Kekeliruan persepsi itu dibiar masuk dalam fikiran orang Melayu.


5. Begitu juga kes petisyen 2 peguam cabar enakmen syariah Kelantan.


6. Ceramah2 pemimpin PAS tak cakap terang-terang bahawa 'PH di belakang pempetisyen itu', tetapi ceramah mereka bina persepsi PH lah di belakang mereka.


7. Lalu disebarlah oleh walaun fitnah itu dan Ulama' PAS biarkan fitnah itu menjalar dalam masyarakat kerana itu untungkan PN-PAS.


8. Dulunya, zaman 80an kafir mengkafir, rakyat dibawah dah bercerai berai, solat dua imam, boikot kenduri, tak makan sembelihan, putus saudara, anak kapirkan bapa dll.


9. Sebab dalam fikiran penyokong PAS, ahli UMNO telah kafir kerana itu yang mereka faham dari ceramah dan Amanat Hj Hadi.


10. Sepatutnya Hj Hadi betulkan fahaman itu jika tak benar tapi oleh kerana keadaan itu untungkan PAS, maka dibiar fahaman itu menjalar dalam masyarakat.


11. Itulah cara siri2 fitnah dicetus dan disebar hari ni.


12. Fitnah jelas satu dosa. Tapi fitnah yang disalut dengan doktrin agama ni hanya Khawarij dan Ulama' Su' yang mampu lakukan.


Ahmad Mursi



PALATAO WALAUN

 



Baru-baru ni aku ada reply komen di portal berita, tak salah aku. Tapi tak ingat portal yang mana. Si tukang komen kata rakyat susah sekarang ni. Dia takut tengok nilai ringgit rendah.


Aku jawab la aku setuju. Terutamanya untuk orang yang meniaga import eksport. Kos meningkat. Bagi yang tak meniaga tak terasa sangat. Lepas tu aku tanya dia, dia bisnes import apa.


Reply dia aku pening sikit baca. Tapi aku simpulkan, dia kata aku tak faham kesusahan rakyat. Itu yang aku pelik. Aku reply lagi, aku cakap aku setuju pun dia koyak ke? Kat mana salah aku?


Ini masalahnya walaun. Sebenarnya bebal ekonomi tapi masih nak berkomentar. Soal ringgit mengecil tu benda benar. Kita semua tahu. Tapi itu bukanlah kayu ukur untuk ekonomi kita.


Kita lihat kepada pertumbuhan ekonomi, inflasi dan juga pada kadar pengangguran. Ekonomi negara kita berkembang. Inflasi dan kadar pengangguran pula turun. Celah mana kata ekonomi merudum?


Bukan nilai ringgit yang jatuh sebenarnya. Tapi nilai dollar Amerika yang naik. Kalau nilai ringgit jatuh, cuma duit kita mengecut. Tapi bukan ringgit saja. Banyak matawang lain pun kena.


Hari ni pergi pasar atau pasaraya. Tengok sendiri harga ayam, telur dan minyak masak. Jauh murah berbanding zaman PN dalam kerajaan. Itu bukan indikasi ekonomi merudum.


Memang harga beras import naik. Tapi disebabkan oleh tindakan India yang sekat eksport. Bukannya sebab ekonomi kita. Pun begitu, kementerian dapat atasi masalah kekurangan bekalan beras tempatan.


Masa PN dalam kerajaan, telur dan ayam yang tak bermusim pun mereka tak dapat sediakan bekalan. Apa lagi kalau isu beras jadi masa mereka. Kenalah kita rebus batu untuk makan agaknya.


Susahnya rakyat sebab harga makanan siap. Tapi itu bukan kerja kerajaan untuk tetapkan harga. Itu atas tauke kedai. Tugas kerajaan cuma pastikan harga barangan mentah terkawal.


Barangan mentah mana yang tak terkawal harganya sekarang ni?


Di negara maju dah lama begitu. Makanan di kedai makan memang harga bunuh diri. Tapi orang yang tak mampu masih boleh dapatkan barang mentah pada harga yang mesra rakyat. Masih mampu untuk masak sendiri. Itu yang penting.


Jadilah manusia berfikiran waras. Negara komunis pun tak kawal harga semua benda. Harga makanan di kedai makan tu atas pemilik.


Kalau duit takde tapi bernafsu nak makan di kedai mahal, kedai viral yang kena beratur berbelas jam untuk beli tu boleh je tapi, jangan salahkan kerajaan bila poket jadi gurun sahara.


Buat perbandingan. Jangan tipu diri sendiri. Waktu ini harga barangan lebih murah dan barangan lebih mudah untuk didapati berbanding ketika PN dalam kerajaan dulu. Itu hakikatnya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


VAKSIN



Baru2 ni, keluar Laporan PAC menyatakan Malaysia kerugian RM505 juta. Kerana terlebih order booster vaksin Covid-19. Sebanyak 8.5 juta dos terbuang begitu sahaja. 


Hal vaksin ni, kita pun dah banyak persoalkan. Dah la masa pandemik tu, Malaysia la satu2 negara di dunia yang pergi botol kan semula dos vaksin. 


Orang lain dapat dari Pfeizer etc terus boleh cucuk. Kita pulak nak botolkan lagi sekali. Jadilah kita bagi vaksin pada rakyat antara yang terlambat. Kematian pun meningkat. 


Sampai la ni kita tak diberitahu berapa harga vaksin kita sebenarnya. PAC tanya pun depa sorok. Walhal kat negara lain elok je depa boleh tunjuk. 


Skandal terbaru, pasal booster pula. Terlebih order berjuta botol jumlahnya. Saya tak paham. 2nd Booster ni bukan wajib. Pilihan rakyat. Siapa la yang dok order nak sama banyak dengan dos pertama dan kedua. Siapa yang benefit sebenarnya? 


2nd Booster tu pula diminta ambik ketika negara dah masuk era endemik. Kenapa kita order punya banyak sekali? 


Isu ini terpalit kepada seorang YB yang Tall, Dark and Handsome. Kita nak nantikan dia kupas isu ini dalam podcast terkini. 


RM505 juta tuan puan. Bukan anak2 RM5juta. 


Someone has to be responsible. 


Kerajaan Reformasi jangan hanya tengok isu tarik subsidi nak tambah pendapatan negara. Perlu tengokkan juga isu ketirisan. 


Jangan pula suruh rakyat berjimat, tapi tetap biarkan geng kayangan menyakau tak ingat. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



WALAKNYA WALAUN KALAU TOK GURU KATA ORANG ITU SALAH DAN HARUS DIBENCI.ITU BOLEH DILIHAT TINDAKAN AHLI PAS.



 

Boikot APEC: Malaysia teliti, bergantung pendirian negara anggota



Oleh: Abdullah Zaid


Malaysia ketika ini sedang berhubung dengan negara Asia Pasifik lain termasuk China untuk mengetahui pendirian mereka sama ada mahu memboikot untuk hadir sidang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di San Francisco, California, Amerika Syarikat pada bulan depan atau sebaliknya.


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, berdasarkam maklumat yang diperoleh nanti Malaysia akan mengambil keputusan senada dengan negara-negara berkenaan.


"Mengenai APEC kita sedang meneliti ia badan ekonomi Asia Pasifik.


"Jadi kita hubungi negara Asia (termasuk) China dan kita akan ambil keputusan selaras dengan pendirian rakan-rakan negara lain dan Asia," katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.


PM berkata demikian dalam menjawab soalan Ahli Parlimen Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (Pas - Machang) yang bertanya apakah Malaysia akan memboikot persidangan APEC yang akan datang.


Untuk rekod, APEC ditubuhkan pada 1989, adalah satu forum ekonomi serantau bagi memanfaatkan kebergantungan yang saling meningkat ekonomi di rantau Asia Pasifik berpaksikan Amerika Syarikat (AS) sebagai negara utama.


Tema APEC kali ini mengangkat slogan 'Creating a Resilient and Sustainable Future for All' (Mencipta Masa Depan Yang Berdaya Tahan dan Mampan Untuk Semua).


Selain itu, blok ekonomi APEC disertai negara yang menyumbang hampir 40 peratus daripada penduduk global atau hampir 50 peratus daripada perdagangan global serta lebih 60 peratus eksport barangan AS.


Selain Malaysia, anggota APEC turut terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taipei, Thailand, AS dan Vietnam.