Che Ibrahim
ADUN NI DAH PATUT TERGOLONG DALAM QAZAF.
Ambo yakin kepada integriti Polis, kenyataan polis bukan kenyataan politik.
Che Ibrahim
ADUN NI DAH PATUT TERGOLONG DALAM QAZAF.
Ambo yakin kepada integriti Polis, kenyataan polis bukan kenyataan politik.
Alif Jamil.
Berbekalkan jasa dan sumbangan Tun terhadap negara selama ini , ia menjadikan Tun seorang yg suci dan tidak pernah melakukan sebarang kesalahan jauh sekali kesalahan berbohong.
Malah , Tun juga diangkat sebagai Wali Allah oleh penyokong Tun sendiri sebelum ini.
Oleh kerana jasa dan sumbangan Tun terhadap negara , maka Tun sebagai wali Allah mmg memiliki hak yg mutlak untuk membuat sebarang kenyataan mengikut selera dan tekak Tun tanpa boleh dikritik oleh sesiapa kerana hukum mengkritik Tun Mahathir adalah haram disisi islam.
Malah , taraf Tun yg hampir maksum dan hampir setaraf dgn Nabi ini menjadikan Tun layak bercakap apa sahaja yg dtg dari mimpi waktu tidur ataupon ilham yg turun waktu Tun minum tea panas..
Tun nampak sihat walafiat diusia warga emas ini.
Tidak seperti kebanyakan warga emas lain yg berusia 100 tahun yg kebiasaanya menghidap neurogeneratif dementia yg menjejaskan fungsi kognitif otak mereka.
Alhamdulillah , mungkin ini berkat doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor terhadap Tun seketika dahulu menjadikan Tun sihat dan aktif utk melihat hasil jasa dan sumbangan Tun hari ini.
Semoga Tun dapat menjadi Perdana Menteri untuk 5 penggal lagi selepas ini.
Alhamdulillah Tun.
Terbaik Tun.
Hidup Tun.
Kekosongan portfolio Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri yang kini dipegang oleh Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam bulan Disember dilihat sebagai alasan yang akan membolehkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan rombakan kabinet pada bulan Disember.
Felo kanan Nusantara Academy for Strategic Research Azmi Hassan berkata kuota untuk jawatan ini wajar kekal dengan Umno untuk mengekalkan keharmonian di dalam Kerajaan Perpaduan.
Justeru itu, Azmi percaya MP Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani ialah calon paling sesuai untuk menggantikan Zafrul.
Tempoh khidmat Zafrul sebagai senator tamat dalam bulan Disember.
“Rombakan boleh dibuat menukarkan Johari dari Kementerian Perladangan dan Komoditi ke Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri.
“Ini kerana kita telah melihat kerja dan prestasi Johari di dalam sektor perladangan dan bagaimana beliau menangani cabaran yang diberikan oleh Eropah dalam isu kelapa sawit. Kredibilitinya diperlukan untuk menjadi Menteri.
“Masa terbaik untuk rombakan ialah apabila tempoh Tengku Zafrul sebagai senator tamat dalam bulan Disember dan ini mewujudkan sebab yang sah untuk rombakan.
“Perdana Menteri juga pasti mahu mengelakkan rombakan kerana banyak parti dalam kerajaan,” kata Azmi, lapor Scoop.
Namun realitinya ialah Zafrul mendapat kedudukannya dari kuota Umno. Ia juga jawatan menteri kritikal sewaktu Malaysia berdepan isu tarif Amerika Syarikat.
Sebelum ini Anwar telah menolak kemungkinan rombakan cabinet seusai konvensyen DAP.
Terbaharu beliau menafikan pemilihan cabang PKR akan menjadi punca untuk rombakan berlaku.
Fendi Apple
Innallilah waainnallirojiun Al-Fatehah..aamiin
Arwah sebelum menghilangkan diri sejak seminggu lepas setelah video Sungai Baharu tular dimedia social..😂🤣😅😆😁🤭kih kih kih.
Datuk Seri Shahidan Kassim (PN-Arau) menyalahkan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Perdana Menteri dalam isu Kampung Sungai Baru.
Alasannya, urusan pengambilan atau penjualan mana-mana tanah dalam Wilayah Persekutuan dikendalikan oleh Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan iaitu sebuah badan yang dipengerusikan oleh KSN.
“Pengambilan atau penjualan tanah dibuat terus (oleh jawatankuasa itu) dan duitnya pergi ke kerajaan persekutuan. Semuanya dipengerusikan oleh KSN.
“Menteri Wilayah hanya terlibat dengan pembangunan setelah tanah itu dimiliki pihak swasta dan (apabila) pembangunan nak dimulakan,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.
Shahidan berkata demikian ketika mengulas kontroversi pengambilan tanah Kampung Sungai Baru.
Isu ini kembali panas setelah Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berpandangan bahawa adalah wajar pihak yang terlibat dalam pemgambilan tanah ini sewaktu pentadbiran Perikatan Nasional tampil untuk memberi penjelasan.
Antara nama – nama yang disebut adalah Shahidan Kassim, Tan Sri Annuar Musa dan Datuk Seri Rina Harun.
Shahidan dan Annuar pernah menjadi Menteri Wilayah Persekutuan, manakala Rina menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa. Ketiga-tiga mereka merupakan ahli parlimen dari PN.
Shahidan turut mengaku bahawa dia terlibat dalam usaha penangguhan pembangunan.
“Dalam kes itu saya terlibat secara langsung untuk penangguhkan (pembangunan). Tangguh supaya pampasan dibayar berdasarkan nilai semasa.
“Saya juga melantik (syarikat) Rahim & Co untuk membuat penilaian. Cukuplah (penjelasan) setakat ini, selebihnya biar mahkamah putuskan.”
Beberapa hari yang lalu, Khalid Samad yang merupakan mantan Menteri Wilayah sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan mendedahkan bahawa pengambilan tanah di Kampung Sungai Baru pada asalnya hanya melibatkan pemilik dan pemaju.
PN menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambil tanah tersebut, dakwanya.
Sheikh Umar Bagharib Ali
Saya menyeru rakyat di DUN Ayer Kuning supaya mengundi calon BN iaitu Dr Yusri Bakir.
Dengan memilih calon BN, kita dapat meneruskan legasi kerja kuat mantan ADUN yang lalu – Allahyarham Ishsam Shahruddin – untuk berkhidmat kepada rakyat Ayer Kuning.
Selain itu, jika Dr Yusri Bakir menang, ia memudahkan perhubungan antara rakyat di kawasan DUN dengan Kerajaan Negeri bahkan Kerajaan Persekutuan.
Hal ini kerana kesemuanya berada dalam gagasan pentadbiran yang sama iaitu Kerajaan Perpaduan.
Berbanding calon PAS dan PSM, ia hanya akan menjadi suara ketiga sahaja. Tak lebih dari itu.
Jika calon PAS pula menang di Ayer Kuning, tak mustahil beliau akan bertindak sebagai ‘penghukum’, bukannya seorang wakil rakyat.
Wakil rakyat sepatutnya bekerja untuk membantu rakyat dan mengangkat isu-isu kawasan serta negeri ke sidang DUN.
Mereka berbincang perkara-perkara kebajikan rakyat, polisi dan dasar negeri.
Mengapa saya kata PAS cenderung menjadi ‘penghukum’?
Lihatlah bagaimana kenyataan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang yang bagi saya sangat merbahaya.
Beliau telah menyeru pengundi menangguhkan ibadah haji demi pilihan raya DUN Ayer Kuning.
Perkara ini tidak lain tidak bukan adalah demi kepentingan politik peribadi sehingga beliau sanggup menggunakan hujah agama diluar konteks.
Kata pepatah; bapak borek anak rintik.
Saya bimbang sekiranya calon PAS menang di DUN Ayer Kuning, lebih banyak ‘fatwa-fatwa’ kontroversi akan digunakan sewenang-wenangnya untuk membenarkan tindakan yang diambil demi kepentingan sendiri.
Dari satu sudut lain, saya juga melihat kenyataan Hadi dan pendekatan PAS ini sebagai taktik kotor yang cuba memberi gambaran kononnya ‘Islam terancam’.
Sehingga mereka sanggup seolah-olah mengisytihar pilihan raya kecil DUN Ayer Kuning sebagai medan jihad dan menyeru umat Islam menangguhkan haji.
Ini sangat merbahaya kerana melibatkan implikasi hukum serta boleh mengheret pemikiran umat Islam ke kancah ekstrimisme dan budaya kafir-mengkafir.
Walhal Malaysia mengamalkan sistem pilihan raya mengikut lunas demokrasi dan menjunjung perlembagaan.
Dalam perlembagaan, Islam telahpun dimaktubkan sebagai agama rasmi.
Jadi kepada para pengundi DUN Ayer Kuning, buatlah pilihan yang bijak dengan mengundi calon BN Dr Yusri Bakir.
Kita ingin memilih seorang wakil rakyat yang boleh menawarkan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.
Bukannya memilih seorang ‘mufti politikus’ yang menunggang hukum hakam agama demi kepentingan politik sendiri.
Sheikh Umar Bagharib Ali ialah naib pengerusi DAP Johor.
Syam Ghaz
Timbalan Menteri Besar Kelantan dan YB Melor sedar ke tidak jenayah seksual di Kelantan ni meningkat saban tahun.
Era PAS dalam Kerajaan Tebuk Atap 33 bulan pun Ketua Polis Kelantan kata benda yang sama.
Tahun 2022, 2023, 2024, 2025. Semua meningkat, Lepas tu nak salahkan Ketua Polis Kelantan tahun ni sahaja? Punah PAS bubuh tok wakil tak waras.
Nak salahkan polis atas kegagalan Kerajaan Negeri Kelantan mendaulatkan Islam yang mereka laungkan adalah satu tindakan pak pandir!
Fendi Apple
Draft permohonan maaf telah dihantar 2 hari lepas,tidak logik jika saya disaman juga...ini etika permohonan maaf yang sah,sebab saya mohon maaf sebelum kes difilekan..kata seorang seorang jurucakap wallaoun SeMalaysia 😂🤣😅😆😁😄🤭kih kih lih

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan pertemuan dengan Naib Presiden Turkiye Cevdet Yilmaz sebelum bertemu Menteri Tenaga dan Sumber Asli Turkiye Alparslan Bayraktar di Istanbul pada 22 April 2025.
ISTANBUL, 23 Apr – Turkiye berminat untuk menjadi Rakan Dialog ASEAN pada Sidang Kemuncak ASEAN yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Mei dan September ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata perkara itu disuarakan Naib Presiden Turki Cevdet Yilmaz ketika kunjungan hormat beliau ke atas Yilmaz pada Selasa di Ankara, yang merupakan sebahagian daripada rangka lawatan kerja ke Turkiye selama dua hari.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Turkiye berharap Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dapat menyokong hasrat itu.

“Untuk menjadi Rakan Dialog, Turkiye perlu dapat persetujuan secara konsensus dari semua negara anggota ASEAN. Jadi, saya sendiri akan sampaikan hasrat itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dibincangkan dengan kepimpinan di peringkat ASEAN, kalau dipersetujui sudah pasti mereka akan dijemput.
“Bagaimanapun, untuk segmen perniagaan semasa Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN pada September nanti, kita boleh jemput mereka (Turkiye), mungkin mereka mahu membentangkan apa-apa saja, itu lebih kepada perniagaan, bukan asas Rakan Dialog. Asas entiti perniagaan yang terlibat dalam forum dan sebagainya, itu mungkin boleh kita laksanakan,” katanya kepada Bernama di sini malam tadi.
Fadillah berkata Turkiye juga berminat untuk mengetahui persediaan Malaysia menghadapi kesan tarif Amerika Syarikat (AS) selain menangani cabaran mendatang.
Beliau juga berkata dalam pertemuan kira-kira sejam itu, beliau menyuarakan minat Malaysia untuk mempelajari kepakaran serta pengalaman dimiliki Turkiye dalam bidang tenaga, teknologi serta pengurusan air.
“Saya juga melihat pada konteks tenaga, bidang yang boleh kita bekerjasama secara lebih erat dengan pengalaman yang mereka ada terutamanya kita mahu mempelajari cara Turkiye untuk meningkatkan pertukaran eksport tenaga, perdagangan tenaga dalam konteks Eropah,” katanya.
Turkiye ialah antara negara terbesar dalam penghasilan tenaga boleh baharu (TBB) di benua Eropah dan dunia, dengan keupayaan menghasilkan lebih 50 peratus kapasiti tenaga elektrik daripada sumber penjanaan tenaga bersih seperti solar, hidroelektrik dan geotermal.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025 di Putrajaya pada 22 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 22 Apr – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang meneliti pelbagai cadangan inisiatif dasar baharu perkhidmatan awam termasuk pelaksanaan mobiliti dan portabiliti dalam kalangan penjawat awam, bagi memastikan mereka kekal berdaya saing pada masa hadapan.
Menurut Perdana Menteri, usaha berterusan perlu dilakukan bagi memperkukuh struktur perkhidmatan awam agar ia kekal mampan, responsif dan sejajar dengan keperluan semasa negara.

“Saya bangkitkan perkara tersebut sewaktu mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PPA) Bilangan 1 Tahun 2025 pagi ini,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.
Tambah Anwar yang juga Menteri Kewangan, cadangan itu dibuat susulan kejayaan pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Fasa 1 dan hasil proses libat urus yang berterusan.

“Saya percaya bahawa pembaharuan ini harus dilaksanakan dengan teliti dan inklusif, dengan mengutamakan kepentingan rakyat, kebajikan penjawat awam serta kemampuan fiskal negara,” katanya.
Mesyuarat berkenaan turut dihadiri Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.
Krisis dalaman Bersatu Perak menyebabkan para penganalisa politik mempersoal keupayaan pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Ini kerana timbalan presiden Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin telah diarahkan meredakan ketegangan Bersatu Perak.
Menurut Tawfiq Yaakub dari Universiti Malaya, ini bukan kali pertama Ahmad Faizal yang lebih dikenali sebagai Peja menimbulkan masalah dalaman parti di peringkat negeri.
Krisis di Perak ialah ulangan kepada krisis kepimpinan di Negeri Sembilan ketika Peja memimpinnya sebelum ini. Ia meruncing sehingga Pas kecewa dan timbul desakan agar Peja berundur.
“Kini di Perak pula menyaksikan pemberontakan tercetus dalam kalangan Adun Bersatu, kredibilitinya dipersoal sehingga Hamzah ditugaskan untuk menanganinya.
“Mungkin wajar beliau direhatkan sebagai ketua Bersatu Perak,” katanya, lapor FMT.
“Kedudukan semasa PN Perak dalam keadaan sukar selagi mana Peja mengetuainya. Langkah drastik perlu diambil segera…jika tidak, Bersatu Perak akan berdepan kemelut politik lebih serius.”
Krisis di Perak timbul apabila Peja mengutuskan surat kepada DUN untuk meminta Adun Sungai Manik Zainol Fadzi Paharudin ditukarkan kerusi dengan Adun Changkat Jong Nadziruddin Bandi.
Peja berbuat demikian di atas alas an Nadziruddin telah dinaikkan pangkat sebagai setiausaha Bersatu Perak, menggantikan Zainol.
Beberapa bahagian Bersatu melihat perkembangan ini sebagai cubaan membenarkan Nadziruddin mengambil alih peranan Zainol sebagai pemangku ketua pembangkang memandangkan Ketua Pembangkang Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol) telah digantung daripada menghadiri sidang DUN selama enam bulan.
Speaker DUN Perak Zahir Abdul Khalid hanya bersetuju memindahkan kerusi Nadziruddin ke barisan depan.
Felo Majlis Profesor Negara Azmi Hassan pula berpendapat aura dan imej politik Faizal boleh tercalar disebabkan kontroversi terbabit.
“Hakikatnya apabila presiden (Muhyiddin) minta timbalannya (Hamzah) selesaikan masalah itu menunjukkan ada masalah dengan kepimpinan Peja.
“Aura Peja sedikit demi sedikit tenggelam, dahulu terpaksa beri laluan bagi jawatan timbalan presiden…kini berlaku pula masalah di Bersatu Perak,” katanya.
Sementara itu penganalisa politik Abdul Muqit Muhammad dari UM menyifatkan Faizal tidak lebih dari seorang penghibur politik tanpa karisma pemimpin negeri.
“Keadaan itu turut menjadikan PAS sebagai entiti pembangkang yang lebih berkesan di Perak berbanding Bersatu,” katanya.
Penyokong tegar Pas memang umum dikenali sangat melenting apabila kenyataan politik Tan Sri Abdul Hadi Awang dikritik.
Bahkan, mereka lazimnya mendesak pengkritik untuk segera mengucap dan bertaubat kerana kononnya telah menghina ulama dan agama Islam.
Mengulas sikap taksub terhadap Presiden Pas itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pasar Mas, Wan Abd Hadi menegaskan Abdul Hadi adalah orang politik sekaligus patut boleh dikritik.
“Tan Sri Hadi Awang itu Presiden Pas. Pas ini parti politik. Kita pertikaikan ijtihad politik. Kita tidak pertikai ijtihad agama.
“Kalau Hadi Awang boleh kritik orang lain, kenapa kita tak boleh kritik dia balik?
“Ingat istimewa sangat ke?” bidas Wan Hadi menerusi TikTok beliau/
Menurutnya, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang sepatutnya sudah tidak berada dalam kancah politik tanah air sekiranya merasakan diri begitu maksum.
“Lepaskan jawatan dalam politik. Lepaskan jawatan sebagai Presiden. Barulah orang tak kritik dia.
“Orang kritik, tegur dia sikit terus pengikut-pengikut dia suruh kita bertaubat, mengucap, balik kepada agama,” tambahnya.