WALHASIL BALIK KE ASAL, ITU PASAL TAK HASIL
Bagaimanapun Anthony Loke berkata projek berkenaan telah diluluskan oleh Kerajaan BARISAN NASIONAL terdahulu secara rundingan terus dan surat setuju terima telah dikeluarkan pada 4 April 2018 kepada Syarikat Dhaya Maju LTAT dengan nilai RM5.26 bilion!
Beliau berkata selepas PAKATAN HARAPAN mengambil alih Kerajaan, Kabinet memutuskan pada 19 September 2018 untuk membatalkan kontrak tersebut.
KESAN BERGANDA APABILA SEKOLAH DITUTUP
Namun beliau melihat untuk anak-anak kecil, yang masih belum boleh membaca, dan yang menunggu untuk menduduki ujian SPM, semuanya begitu kabur.
“Pasti ada sesuatu yang boleh kita semua lakukan. Pasti ada usaha yang boleh kita gerakkan. Saya percaya jika kita semua berganding bahu, ada perkara bermanfaat yang akan berjaya kita hasilkan.
YB kong ka li kong?
1.Sejak saya menjadi ahli parlimen, maaf kata more often than not, saya jarang mendengar perbahasan yang owesome dengan YB yang popular "Kong Kali kong" ini yang juga YB Arau.
2. Oleh itu, bila YB ini menyatakan sesuatu , yang bagi saya, amat tidak wajar kepada “wira atau hero frontliners negara”, bagi saya, maaf kata lah, itulah, malangnya, kualiti perbahasan YB ni. Cuma kali ini saya anggap YB ni telah melepasi garis merah. Beliau telah ” encroached a forbidden zone! “.
Jika Arau nampaknya pertahankan YB “Kong ka li kong” ini, saya menanti YAB PM Tebuk Atap yang Khianat Mandat Rakyat ini juga untuk pertahankan kenyataan YB tersebut ! Ada beran?
3. YB sorang ini nampaknya tidak puas hati kenapa our superb DG ini dikatakan hanya “sibuk” mengadakan sidang media harian mengenai status wabak Covid-19 di Malaysia. Ya, idealnya YB Menteri Kesihatan atau YB timbalannya yang sewajarnya mengadakan sidang akhbar harian tu. TAPI..
4. Be honest. Adakah YB rasa rakyat boleh yakin seyakin yakinnya, jika yang buat sidang akhbar harian isu Covid ini misalnya Menteri Kesihatan yang anjur orang minum air suam dan timbalannya yang didakwa kerana langgar PKP yang buat sidang akhbar harian isu Covid ini?
Adakah YB yakin rakyat tak akan dilanda sindrom kemurungan /depression jika Menteri Kesihatan atau timbalannya yang buat sidang akhbar harian tentang covid ini ?
5. Manusia macam YB or your kind mungkin sukar untuk menilai kejayaan atau kecemerlangan DG yang kami anggap wira atau hero Frontliners di negara ini. Akan tetapi perlukah ayat ” takut mati” yang sangat berciri accusatory (tuduhan melampau) itu dilafazkan in the first place?
6. Saya tidak ada di dalam dewan ketika YB ini berkata benda “jijik” tu. Jika diandaikan saya ada di dewan pada waktu itu, jujurnya saya tak pasti apa yang saya akan lakukan. Sudah tentu saya amat marah dan kecewa!
Apa pun, saya juga amat kesal kerana YB Pengerang selaku Timbalan Speaker gagal membuat sebarang ruling sama ada kata-kata YB ” kong ka li kong” itu boleh dikira wajar dan bersifat “parliamentary“?
KENYATAAN NGOKSS DARI MENTERI PN
RINA HAMZAH
Semalam MP kerajaan PN dari Perlis cakap Sabah sebenarnya lebih
maju dari Selangor.
Harini pula MP kerajaan PN lagi dari Bintulu keluar kenyataan
bodoh salahkan DG Noor Hisham takut mati kerana tak pergi ke Sabah.
NAK TANYA.. Kepala Kementerian Kesihatan saper !! Menteri atau
Ketua Pengarah !!
Apa guna Menteri & 2 Timbalan Menteri Kesihatan dilantik.
Makan gaji buta ka apa.
Semenjak PN rampas kuasa di Sabah, sampai skrg tak dilantik Exco
Kesihatan di Sabah tu kenapa !!
MENTERI ALAM SEKITAR DIAM SAJA.....ASAL GAJI NAIK?
Menteri Alam Sekitar lebai Tuan Ibrahim peduli apa !!
Negeri sendiri pun balak banyak kena tebang sampai gondol bukit-bukit dan hutan di Kelantan ditarahnya..
Janji gaji Adun & Exco Kelantan naik lagi..
SEDAR ATAU TIDAK.. kenapa kebanyakan bajet-bajet kementerian yang tak
menguntungkan kroni banyak yang dipotong ??!
Adakah bajet-bajet kementerian dipotong untuk menampung peruntukan
untuk JASA dan NGO Penggerak Komuniti?
SR
NAK BUAT TAJUK PANAS BIAR SERASI DENGAN FAKTA BUKAN AUTA
RINA HAMZAH
Kalau tak menipu bukan PAS namanya..
SR
AYAT MULA DIA RM3400
AYAT WARTAWAN NI PATUT FAHAM....DIA NAK BAGI TAHU HARI INI 600-7000
27 POSTING SEHINGGA KINI .
SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA
BERITA AWAL PAGI/ TERIMA KASIH
KERANA MENYOKONG WRLR.
POLITIK PARASIT PAS DAN KEBACULAN POLITIK UMNO
HAMDAN TAHA
ADA LAGIKAH YANG NAK PAKAI KETAYAP INI?
Bila ahli ahli parlimen Pas jadi pengampu kepada kerajaan PN
bukan lah luar biasa kerana mereka semua berjawatan...presiden mereka pula tu
timbalan pengerusi 1 pada PN sudah tentu lah berhujah kena balun lah siapa pun
yang tak sokong barget....
Menteri yang jaga hal ehwal parlimen pun orang dia juga.....cuma
sedihnya ahli ahli parlimen Umno dan ketua ketua bahagian Umno seperti tidak
faham bahawa BERSATU telah berjaya memusnahkan hubungan Pas dan Umno. Mufakat
Nasional yang Umno banggakan itu sudah tidak bermakna pun...sudah tidak
bernilai bagi Pas....
Pas sudah jelas bersama PN dan bukan sekadar bersama sahaja
tetapi pegang jawatan besar dalam PN dan mereka telah buat keputusan mutamad
antara Umno dan Bersatu mereka pilih bukan Umno tapi Bersatu. Apakah Umno jenis
tak faham bahasa sehingga tidak tahu dan tak sedar diri bahawa mereka sudah
tidak di perlukan lagi....
PN ialah satu gabungan berdaftar dan sudah ada lambang dan
bendera sendiri. Bendera mereka telah di gunakan dalam pilihanraya Sabah.
Bermakna PRU ke 15 nanti Pas akan turut sama guna lambang PN....jelas dah
tu....jadi di mana BN dan Umno di mata Pas....tidak ada pun hati orang Pas ni
pada Umno....kerana mengenali politik Hadi dan Pas mereka jenis menumpang pada
yang kuat....ketika Tun M kuat di cenderung pada Tun M,bila satu ketika Anwar kuat
dia ke arah situ,ketika DAP dapat membantu mereka di situ lah
condongnya....sekarang kerana PM ialah dari Bersatu ke situ lah mereka
bertengek....
Selepas ni mereka akan lantik pengerusi perhubungan negeri,sudah
tentu di semenanjung pengerusi akan di pegang oleh Bersatu timbalan dari Pas
jika negeri seperti Selangor,Perak,Johor,melaka,N9,tetapi negeri seperti
Kelantan,Terengganu,Kedah akan di pegang oleh Pas...BERSATU jadi timbalan
pengerusi....jika ini semua telah di ujudkan di mana kerjasama Umno dan Pas
dalam Mufakat Nasional....dah tak ada la bro bro dalam Umno....tapi Umno macam
takut bebenor nak jadi pembangkang sekejap.....takut benar untuk keluar dari kerajaan
PN sebab semua dah ada jawatan belaka......
Di bahagian bahagian sekarang ini Pas dan Bersatu bergerak satu
pasukan...Umno sudah di tinggalkan pun. Tambahan pula kawasan kawasan yang MP
atau ADUN mereka ada BERSATU dan Pas.....
Mantap kerjasama mereka buat
program....dan mereka sekarang telah berunding pun kerusi kerusi mana nak
bertanding....Selangor sudah pasti Bersatu ambil banyak kerusi....Pas dapat lah
sikit....kerana Azmin dan Zuraidah yang akan control sepenuhnya Selangor.....
Lebih baik Umno keluar je dan kita tetap kita BN tak perlu bagi
kerusi dengan sesiapa pun....kita lawan tenggok....baru jantan....
Syarat Najib vs Syarat Puteri Gunung Ledang.
SHAMSUDDIN NAWAWI
Ada yang kata syarat Najib itu syarat ugut. Dan kalau kita pernah
baca syarat Puteri Gunung Ledang itu syarat mitos. Hati kuman jambatan emas air
mata anak dara setempayan bagai itu semua mitos saja. Kalau lebai ketayap pun
boleh percaya, memang karut lah.
Adakah syarat Najib itu syarat ugut. Ada yg kata syarat itu
boleh runding. Runding dalam pre-council pun boleh. Jumpa dan bincang dgn MoF
pun boleh. Kalau boleh runding itu bukan ugut.
Saya pun cakap itu bukan ugut. Itu macam nyamuk masuk dalam
kelambu saja. Tak perlu bakar kelambu, cari Ridsect Fumakila atau Shelltox,
kasi spray satu round mati lah nyamuk tu.
Syarat 10k duit KWSP itu apa ugutnya? Kalau kerajaan luluskan
bukan perlu buat bajet tambahan. Figure dlm bajet tak perlu tambah. Hanya bagi
kelulusan, siapa yang ada simpan cukup 10k, nak keluar, keluarkan lah. Jgn lah
jawab konon ada 64% penyimpan ada 1k saja dlm simpanan. Mereka itu tahu mereka
tak boleh keluarkan 10k. Kalau simpanan ada 1k macam mana pula boleh lulus keluarkan
500 x 12 kali itu sudah jadi 6k?
Itu orang putih kata “you talkcock!” Cina cakap “apa lancau lu
cakap!”
Syarat lanjut moratorium pun bukan kena ubah figure bajet. Itu
pun bagi kelulusan saja. Bagi arahan pada bank dan lain2 institusi kewangan.
Bank nak bagi secara automatic atau manual, kita pun tahu. Moratorium yg dulu
itu pun bukan auto, kena tekan clutch baru masuk gear juga. Kena mengadap bank
juga. Bank ni bunga riba mesti ada! Itu bukan bererti bulan jatuh ke riba. Soal
jawab dgn bank memang siksa!
Ugut ke apa benda? Ugut apa lancau kata cina!
NAMPAK MENTERI PAS BANGGANG ???
FAEZUDDIN PUAD
1. Setuju dengan ciapan hamba Allah ni. Sekarang ni entah apa la
yang PAS perjuangkan untuk Islam bila dapat duduk dalam kerajaan.
2. Misalnya RUU355 entah ke mana, hudud entah ke mana,
undang-undang haramkan penjualan arak entah ke mana, bela kematian arwah Adib
entah ke mana, hukuman mati ke atas pemandu mabuk entah ke mana.
3. Sepanjang 8 bulan PAS memerintah, berapa kali dengar pemimpin
PAS sebut perkataan RUU355? Usah kata nak laksanakan, sebut pun tak!
4. Sejak dua menjak ni pula ramai ilmuan Islam kritik kelemahan
SOP berjemaah masjid/surau, tak nampak seorang pun ahli parlimen PAS bangun
dalam dewan suarakan perkara ni.
5. Apabila rakyat atau ahli PAS persoalkan kenapa tak buat semua
ni. Dimintanya kita sabar. Dulu masa PH perintah kenapa tak tahu bersabar?
6. Akhirnya apa yang dipekikkan PAS ketika PH menjadi kerajaan,
tak mampu pun dilaksanakan hari ini.
SALAH SATU KEBANGGANGAN MP PAS
7. Nampak gaya macam ahli PAS dah kena 'kencing' dengan pemimpin
mereka. Lalu apa lagi nak diharapkan pada PAS untuk tegakkan Islam?
8. Tinggalkan saja PAS, PAS cuma sebuah parti politik, bukan
agama. Tidak menjadi kafir kalau tinggalkan PAS.
Wallahualam.
MAHATHIR CUBA NAK HALANG ANWAR LAGI DALAM UCAPAN PERBAHASAN BELANJAWAN
Jika Belanjawan 2021 tidak lulus, negara akan hadapi satu lagi krisis politik - Tun Mahathir
Firdaus Azil
November 11, 2020
Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik, kata Dr Mahathir. - Gambar fail
BELANJAWAN TIDAK AKAN DILULUSKAN TANPA DUA SYARAT YANG DIMINTA PEMBANGKANG. KAMU HANYA ADA 4 SAHAJA AHLI PARLIMEN DAN SUARA KAMU TIDAK PERLU PUN DIENDAHKAN.
KUALA LUMPUR: Jika Belanjawan 2021 tidak diluluskan, ia akan membawa kepada peletakan jawatan Perdana Menteri, yang akhirnya akan menimbulkan satu lagi krisis politik, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau secara amnya berpendapat ada keperluan untuk meluluskan belanjawan itu, namun perlu ada pindaan terhadap peruntukan tertentu bagi memastikan ia lebih menyeluruh, terutamanya dalam menangani COVID-19 dan mengukuhkan kembali ekonomi.
“Kita semua ingin luluskan bajet ini. Jika ianya tidak lulus, pada lazimnya Perdana Menteri perlu letak jawatan. Akan jadi pula satu krisis politik. Kerajaan pintu belakang ini akan diganti dengan Kerajaan tebuk atap, yang juga tidak stabil.
MEMANG KITA TELAH JALANI PILIHANRAYA..NAMUN KAMU KHIANATI MANDAT DAN KEPERCAYAAN RAKYAT YANG MAHUKAN KAMU BERHENTI SELAMA DUA TAHUN SAHAJA. NAMUN KERANA KETAMAKAN DAN TIDAK MAHUNYA KAMU MELIHAT ANWAR NAIK, KAMU KHIANATI MANDAT RAKYAT. KAMU MELIHAT BAHAWA ORANG LAIN TIDAK LAYAK MENJADI PM, SELAIN DARI KAMU.
“Kita telah ada pilihan raya yang menentukan Kerajaan pilihan rakyat didirikan. Setelah dipilih Kerajaan ini dijatuhkan dan Kerajaan oleh puak yang ditolak oleh rakyat mendirikan Kerajaan. Ini sebenarnya adalah satu penipuan walaupun tidak ada undang-undang yang melarang perbuatan ini. Ia menidakkan demokrasi,” katanya lagi.
KELEMAHAN KERAJAAN MEMANG NYATA, TETAPI IANYA BEPUNCA DARI KAMU LAGI APABILA KAMU TIDAK MAHU LAGI MENERIMA PANDANGAN ORANG LAIN DAN MAJIS PRESIDEN PH. KAMU MENGANGGAP BAHAWA PERJANJIAN DAN BUKU PH SEBAGAI BUKAN KITAB SUCI DAN KAMU TAHU IANYA ADALAH MENIFESTO RAKYAT, PERJANJIAN RAKYAT KEPADA RAKYAT.
Berucap lanjut, Dr Mahathir berkata, tumpuan kepada mempertahan kedudukan yang lemah, hanya menjejaskan tumpuan kepada menangani masalah wabak, dan hasilnya ialah pembaziran masa dan wang untuk merebut kuasa, seperti mana beliau dakwa berlaku di Sabah.
“Jika dahulu kita sudah berjaya kurangkan wabak, sekarang kita dihadapi dengan second dan third wave dengan jangkitan lebih seribu sehari. Ramai yang maut yang sepatutnya berada sekarang.
“Masih ada yang ingin mengadakan PRU (Pilihan Raya Umum) supaya dapat rebut kuasa. Ingatlah berapa ramai pula yang akan mati kerana Kerajaan Perikatan Nasional (PN) ingin jatuh Kerajaan Sabah,” katanya lagi.
DASAR KEMAKMURAN BERSAMA ADALAH CIPTAAN KAMU BARANGKALI, MALAHAN KAMU TIDAK MENYATAKAN BAHAWA KAMU MAHUKAN MORATORIUM ATAU PENGELUARAN KWSP YANG AMAT DIPERLUKAN RAKYAT. BERMAKNA KAMU BERUCAP TANPA ADA PENDIRIAN YANG SEPATUTNYA KAMU NYATAKAN DENGAN JELAS....YA..KERANA KAMU HANYA PUNYA 4 KERUSI PARLIMEN SAHAJA
Dalam pada itu, Dr Mahathir meminta agar dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang dimulakan Pakatan Harapan, dapat dikembalikan semula dalam usaha mengurangkan jarak kekayaan ekonomi antara bandar dan luar bandar.
Beliau berkata, tidak patut dasar kemakmuran bersama itu ditolak semata-mata kerana ia adalah dari parti lawan.
“Kerajaan yang ditubuh bukanlah untuk orang parti-parti Kerajaan sahaja. Kerajaan kerap berkata ia adalah Kerajaan bagi semua rakyat. Oleh itu janganlah tolak cadangan parti lawan yang baik bagi semua rakyat kerana mengutamakan politik parti.
“Walaupun kita tidak perlu ketepikan Perlembagaan Negara, undang-undang dan aturan peraturan dengan mengisytihar darurat, tetapi dengan kuasa yang ada sekarang, kita masih boleh lakukan banyak tindakan
untuk membendung COVID-19 dan memulih ekonomi negara,” katanya lagi.
Mengakhiri perbahasannya, Dr Mahathir berkata, beliau dan Ahli-ahli Parlimen Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) hanya akan membuat keputusan untuk menyokong atau menolak Belanjawan 2021 berdasarkan langkah Kerajaan seterusnya.
Beliau berharap agar Kerajaan dapat mempertimbangkan cadangan yang telah diberikan, dan sokongan mereka bergantung kepada tahap penerimaan Kerajaan terhadap cadangan itu.
MENTERI TAK KEBULUR JIKA POTONG GAJI 10%
Menteri tak kebulur jika potong gaji 10%
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad akan menyokong cadangan memotong gaji menteri ketika pandemik Covid-19 bagi mengurangkan beban kerajaan, mengatakan pemotongan tidak akan menyukarkan hidup menteri.
Katanya, seseorang menteri tidak akan kebuluran walaupun gajinya dikurangkan 30% sekaligus.
“Apa perlunya kerajaan menambah pendapatan mereka apabila gaji mereka lebih dari mencukupi membiayai keperluan hidup mereka. Sepatutnya bantuan diberi kepada pekerja yang hilang pekerjaan, dan hilang pendapatan sama sekali. Mereka tidak pun dapat membiayai makan harian.
“Terdapat ramai yang tidak ada pendapatan sama sekali kerana tidak bekerja atau berniaga lagi. Bagi mereka keluarga akan turut menderita. Mungkin tidak 30%. Mungkin hanya 10%,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
Pertahan DG: Speaker hilang sabar, gantung Guan Eng 5 hari
Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONNovember 12, 2020
Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng digantung selama lima hari selepas bertikam lidah dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun kerana mempertahankan isu penghinaan terhadap Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.
Dalam sidang Dewan Rakyat tadi, Guan Eng mencelah meminta sekiranya Speaker boleh mengkaji semula ruling yang dibuat Timbalan Speaker semalam yang menyatakan ianya adalah hak ahli Parlimen itu sendiri untuk meminta maaf atau tidak.
Beliau juga bertegas meminta agar ahli Parlimen Bintulu menarik balik tuduhan dan meminta maaf kepada Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, Azhar menjelaskan bahawa ruling yang dibuat seseorang Speaker tidak boleh diubah atau dibincangkan semula.
“Saya berpendapat retorika perbahasan perlu dikawal. Penggunaan perkataan itu agak kasar bagi saya tetapi saya dah memperhalusi (rakaman semalam) dan dapati bahawa Timbalan Speaker dah buat ruling.
“Apabila ruling dibuat, menurut aturan mesyuarat 43, maka ia muktamad,” katanya.
Ia kemudian dibidas Guan Eng yang menempelak ruling dibuat Datuk Azalina Othman sebagai bodoh.
Perkara tersebut menimbulkan kekecohan apabila Azhar hilang sabar dan mempertikaikan tindakan Guan Eng melemparkan kata kesat kepada Speaker.
Azhar beberapa kali menjerit agar Guan Eng dikeluarkan dari Dewan yang kemudiannya menggantung kehadiran ahli Parlimen DAP itu selama lima hari berbanding dua hari pada awalnya.
“Beliau (Guan Eng) melakukan dua kesalahan. Bukan sahaja mengganggu dan buatkan Dewan kacau bilau, malah tak mahu dengar arahan saya sehingga saya terpaksa mengeluarkan ugutan memanggil polis,” kata Azhar.
Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang juga saling berbalah meminta Guan Eng meminta maaf kerana melemparkan kata kesat, selain desakan juga berterusan menuntut ahli Parlimen Bintulu meminta maaf.
Sementara itu, RSN Rayer (PH-Jelutong) meminta agar Speaker menggantung Guan Eng untuk tempoh dua hari sahaja dan bukannya lima hari.
Perkara itu tidak diendahkan Azhar dan berkata, “Dia tak kena 10 hari pun dah bernasib baik”.
Semalam, ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing menghentam Noor Hisham mendakwa beliau sebagai individu takut mati kerana tidak melakukan lawatan ke kawasan-kawasan berisiko di Sabah.
Menurutnya, Noor Hisham juga sekadar melakukan siaran langsung Covid-19 namun tidak berani kehadapan membantu petugas barisan hadapan sehingga akhirnya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasa.
BIRO POLITIK PKR BINCANG GANGGUAN BEKALAN AIR
Biro Politik PKR bincang gangguan bekalan air
Oleh: Redzuan RF8 Media
Biro politik KEADILAN yang akan bermesyuarat esok akan meminta laporan penuh berhubung kejadian gangguan bekalan air yang berulang-ulang sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, parti memandang serius mengenai isu tersebut yang menjejaskan jutaan penguna air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
“KEADILAN amat memahami kegusaran dan kemarahan lebih 1 juta akaun pengguna di 1,279 kawasan di Lembah Klang yang terkesan sekali lagi dengan gangguan bekalan air akibat penutupan Loji Rawatan Air Rantau Panjang, Fasa 1, Fasa 2, dan Fasa 3 hari ini.
“Oleh itu, Biro Politik KEADILAN akan mengadakan mesyuarat esok antara lain akan meminta laporan penuh berkenaan isu ini, dibentang dan dibincangkan dengan teliti.
“KEADILAN memandang serius isu gangguan bekalan air yang sering berulang ini, dan pihak Kerajaan Negeri serta agensi-agensi terbabit perlu menanganinya pada kadar segera,” katanya dalam satu kenyataan.
PH alu-alukan peluang berniaga di Kuala Lumpur namun pastikan ada SOP
Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan (WP) mengalu-alukan idea
Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa membenarkan rakyat yang kehilangan kerja
akibat pandemik Covid 19 berniaga di kawasan sesuai buat sementara waktu.
Namun menurut kenyataan Ahli-ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu diwujudkan untuk menjamin kebersihan dan mengelakkan kesesakan lalu lintas apabila arahan itu berkuatkuasa pada 15 November ini.
"Kami mengalu-alukan semangat Menteri WP untuk bersikap mesra perniagaan dan menyediakan peluang perniagaan bagi mereka yang memerlukan terutama ketika waktu-waktu serba mencabar ketika kini.
"Walau bagaimanapun, Menteri WP mesti memastikan bahawa dasar baharu ini tidak disalahgunakan serta tidak menyumbang kepada masalah kebersihan dan kesesakan di bandar. Aspek keselamatan juga harus menjadi pertimbangan utama dalam pelaksanaan dasar ini.
"Pandemik ini juga telah memaksa penutupan lebih 30,000 PKS di seluruh negara. Untuk menjadi mesra perniagaan, Menteri WP harus mempermudahkan permohonan lesen bukan hanya untuk penjaja tetapi juga lain-lain perniagaan.
"Sudah 16 hari berlalu sejak kenyataan terakhir kami dan Menteri WP masih belum memanggil pertemuan dengan semua ahli Parlimen KL. Pertemuan ini sangat penting untuk perancangan dan perbelanjaan Belanjawan DBKL 2021, yang mana akan memberi kesan besar kepada kebajikan dan kesejahteraan warga KL," kata mereka dalam kenyataan bersama.
Kenyataan tersebut merujuk kepada arahan terbaharu Menteri Wilayah pada 10 November lalu yang menyebut, "Mulai Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi 'wilayah bebas berniaga' …sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat yang sesuai, misalnya depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan."
Bagaimanapun, SOP masih belum dikeluarkan sebagai panduan kesesuaian kawasan, penjagaan kebersihan dan sebagainya.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Bukit Bintang Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, Ahli Parlimen Wangsa Maju Dr Tan Yee Kew, Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran dan Ahli Parlimen Segambut Hannah Yeoh.
Ahli Parlimen Bintulu perlu minta maaf kenyataan 'Pengarah Kesihatan takut mati'
Ahli Parlimen Bintulu Tiong Kang Sing didesak memohon maaf secara
terbuka di atas kenyataan tidak bertanggungjawab menyifatkan Pengarah
Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham sebagai 'takut mati' dalam sesi perbahasan
Parlimen semalam.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Akmal Nasir, kenyataan yang dikeluarkan oleh Kang Sing itu mengguris perasaan barisan hadapan yang selama ini bersabung nyawa dan bertungkus lumus memerangi wabak Covid 19.
"Saya menggesa satu permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh Tiong Kang Sing bagi memperbetulkan kesilapannya, yang telah mengundang pelbagai reaksi serta kemarahan daripada orang ramai.
"Ketika perbahasan semalam, MP Bintulu telah mengeluarkan kenyataan tersebut atas alasan kerana Dr Noor Hisham tidak turun sendiri ke Sabah bagi menangani penularan Covid-19 yang terus mencatatkan bilangan kes yang tinggi.
"Umum mengetahui Dr Noor Hisham adalah watak utama yang bekerja keras, siang dan malam bersama para ‘frontliners’ bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung dengan jayanya .
"Beliau telah mempamerkan etika kerja dan tahap profesionalisme yang sangat baik sepanjang berhadapan pandemik Covid-19 sejak bulan Mac lalu," kata Akmal dalam satu kenyataan.
Bagi Akmal, perkataan mempersoalkan Noor Hisham itu sepatutnya ditujukan kepada Menteri Kesihatan dan timbalannya dari parti pemerintah yang hampir tidak kelihatan melakukan lawatan kerja atau bercakap di media sejak bermulanya penularan wabak Covid di Malaysia.
"MP Bintulu seharusnya mempersoalkan apakah peranan yang dimainkan oleh Menteri Kesihatan dan dua Timbalan Menterinya yang mana setakat ini tidak menunjukkan sebarang gerak kerja dan sumbangan yang signifikan bagi membantu menangani pandemik Covid-19.
"MP Bintulu juga harus sedar bahawa penularan gelombang ketiga Covid-19 yang bermula dari Sabah adalah disebabkan kerakusan kerajaan Perikatan Nasional berpolitik sehingga menyebabkan Pilihan Raya Negeri terpaksa diadakan, seterusnya membawa kepada situasi yang sedang kita lihat pada hari ini," katanya.
Sehubungan itu, Akmal berharap Kang Sing segera membuat permohonan maaf dan mengambil pengajaran daripada kejadian tersebut.
Katanya, menangani pandemik Covid-19 adalah tanggungjawab bersama seluruh anggota masyarakat dan tidak wajar diletakkan kepada seseorang individu semata-mata.
Subscribe to:
Posts (Atom)