KENAPA MENTERI SEMUA SENYAP, TAK DE BERITA?
Kenapa menteri semua senyap, tak de berita?
Kredit : Ubder Awang Siaw
Menteri-menteri kena buck-up sket…. Masing-masing blurr tak tau nak buat apa…. jadi butt-jokes ada laa…
♦Menteri pengangkutan – senyap sepi tanpa berita…. hampeh… lu cuma tau komplen je….
♦menteri belia – patut jelaskan mengapa tak boleh keluar bersenam di luar terutama tempat awam… bukannya tunjuk betapa dah lama tak bersenam…
♦menteri kesihatan – patut straight to the point, fakta hujung jadi (hafal pun tak apa), dan menunjukkan sedikit keyakinan serta penghargaan kepada kakitangan… Introduce la portal KKM yang allow video consultation ke.. atau create apps, supaya orang tak meluru ke hospital tanpa warning….On-line triage service…. Education pasal covid19, masih tak sampai kepada orang biasa – layman… bukan semua orang buka internet…
♦Menteri Wlayah — patut pagi guideline yang konsistent bagaimana gerai-gerai/tempat-tempat makan dikendalikan… bukannya kejap bleh buka, kejap tak boleh…. kalau boleh istihar ban makan kedai, kompaun,… bloody hell garisan 1m beratur pun tak introduce…. susah sangat ke?
♦Menteri Kewangan – apa cerita dengan bank-bank – pelonggaran bayaran pinjaman…. bagaiman nak menggunakan perkhidmatan bank masa ini… woi… ada banyak benda boleh buat.. jangan tunggu sebiji-sebiji bank buat inisiatif sendiri… bagi centralized laa… sekurang-kurangnya SOP kakitangan/branch handle pelanggan…. publicise laa…
♦Menteri-menteri pendidikan – inilah masa nak promote on-line learning… juga didik budak-budak tentang aktiviti masa perintah ini… budak-budak juga boleh pengaruhi ibubapa… keep them occupied…. budak-budak U, patut KPT dah ada plan bagaimana nak organize benda-benda yang tertangguh…. bagaimana pula IPTS dengan yuran mereka… takkan tak boleh nego diskaun ke…kalau lah sekolah seminggu lagi dibuka seluruh negara, apa akan berlaku? tak ada apa-apa tindakan kah ..persediaan kah atau penggumuman baru untuk ibu bapa?
♦Menteri buruh? Bagaimana kebajikan pekerja-pekerja yang kehilangan sumber pendapatan, atau tersangkut dengan perintah ini… bagaimana dengan rakyat kita yang tersangkut di Singapura… bukan bidang kuasa ke?
♦Menteri-menteri Sumber, alam sekitar — apa reassurance tiada permasalahan dengan bekalan-bekalan asas air, elektrik, pembersihan sampah… pemantauan pencemaran…. senyap…
♦banyak lagi… menteri-menteri nampak lembab…. seolah-olah tak tahu bagaimana nak berkomunikasi dan tolong menyakinkan rakyat…. Takkan harap MKN saja… siapa wajah MKN?
Pengusaha degil berdepan sita, batal lesen – Exco P. Pinang
Pada
oleh Pentadbir
oleh Pentadbir
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha termasuk penjaja dan penjual makanan yang ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jagdeep Singh Deo berkata, tindakan menyita dan menarik balik lesen akan dikenakan terhadap pengusaha yang masih berdegil tidak mahu mematahui arahan PKP.
“Mulai esok jika ada premis yang masih berdegil, kita akan menarik lesen perniagaan mereka. Kedua kita akan menyita barang-barang perniagaan,” katanya seperti dipetik The Malaysian Insight, hari ini.
Katanya, terdapat segelintir pengusaha di kompleks makanan, kompleks penjaja dan binaan sekitar Seberang Perai yang membenarkan pelanggan makan di premis perniagaan mereka.
Ia menyebabkan keadaan menjadi sesak dengan rata-rata pengunjung tidak mengamalkan pencegahan yang perlu seperti penjarakan selamat di tempat tumpuan ramai itu.
Setakat ini, kata Jagdeep, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah melakukan pemeriksaan ke atas 1,834 premis, sementara Majlis Bandaraya Seberang Perai pula telah memeriksa 274 premis.
Meskipun majoriti besar premis perniagaan mematuhi arahan PKP, peringatan tentang kepentingan mengambil langkah-langkah pencegahan Covid-19 perlu terus dipergiatkan, tambahnya.
Dalam pada itu, Datuk Bandar MBPP, Yew Tung Seang memaklumkan bahawa pihaknya akan menutup empat lokasi penjaja tepi jalan mulai esok.
“Penjaja tepi jalan di Air Itam, Bayan Baru, Jelutong, dan Jalan Perak ditutup mulai esok. Kami fokus empat lokasi ini kerana mereka sahaja masih degil walau diberi nasihat,” katanya.
Sementara di Seberang Perai pula, lima daripada 30 pasar awam akan diberi perhatian iaitu di Penanti, Sungai Dua, Samagagah, Taman Selamat, dan Kampung Baru, Bukit Mertajam.
Kerajaan menguatkuasakan PKP selama 14 hari bermula 18 hingga 31 Mac bagi memutuskan rantai penularan Covid-19 di negara ini.
Setakat ini, jumlah kes Covid-19 dicatatkan pada 1,183 dengan empat kematian, sementara 37 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).
PAS TERUS DICABAR, DIASAK DAN TIDAK DIBERI PELUANG MENUNJUKKAN TARINGNYA DALAM KERAKAAN PINTU BELAKANG OLEH MCA
Tarmizi Mohd Jam
Walaupun baru tak sampai 1 bulan memerintah, namun Kerajaan PN/MCA mula naik toncang buktinya:
1. Tim Menteri Pelajaran yg juga Tim Presiden MCA mengistihar Kerajaan PN akan terus jalankan Kerjasama Dgn Dong Zhong. Sedangkan masa PH perintah mereka (Muafakat Nasional) desak supaya haramkan Dong Zhong.
2. Prasiden MCA memberi amaran jangan ada mana-mana pihak memanggil Kerajaan PN kerajaan Melayu atau Islam.
3. Dalam senyap2 MCA mula mengiktiraf sijil Peperiksaan UEC apabila Syarat Pengambilan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Salah satu syarat memerlukan Sijil Peperiksaan UEC.
4. Ketua Pemuda MCA memberi amaran kpd Kerajaan Pas Terengganu supaya tidak mengasingkan lelaki dan perempuan dlm acara umum seperti yg pernah dirancang Kerajaan Pas.
Namun begitu macam biasa la, pihak Lebau Pas terus membisu.
Kredit FB Khairul Azwan
JANGAN SALAHKAN JEMAAH TABLIGH HANYA KERANA BEBERAPA GOLONGAN YANG JAHIL DAN JUMUD
Amat mendukacitakan nama jemaah Tabligh disebut-sebut sebagai salah satu punca merebak wabak COVID-19. Benar, salah satu punca merebaknya wabak ini adalah kerana "kluster" mereka yang berdegil dan tidak mematuhi arahan keselamatan yang diberikan.
Difahamkan telah ramai di antara mereka telah pun hadir melapor diri untuk membuat pemeriksaan. Malangnya, masih ramai juga di kalangan pendakwah ini berdegil atau jumud di dalam pemikiran mereka tentang wabak yang tidak pernah mereka dengar sebelum ini.
Ada di antara mereka berdegil hingga ke tahap dipaksa oleh pihak berkuasa untuk menjalani pemeriksaan. Ada yang menggunakan hujah agama untuk mengelakkan diri masing-masing dari mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa. "Allah berkuasa, hidup mati kita di tangan Allah, mengapa perlu takut kepada wabak ini lebih dari takut kepada Allah? Mengapa kita mesti jauhi Rumah Allah untuk solat berjemaah hanya kerana takut wabak ini?". Itu di antara hujah2 yang biasa kita dengar dari golongan jumud dan jahil ini.
Tidakkah mereka tahu Allah juga mewajibkan kita menjaga keselamatan diri dan keluarga kita dari wabak? Bukan soal kita takut wabak itu lebih dari takut kepada Allah, tetapi kita wajib jauhi wabak itu kerana itu juga perintah Allah. Setiap penyakit itu juga datang dari Allah dan penawarnya juga datang dari Allah serta keizinannya. Maksudnya, wabak itu tidak akan terjadi tanpa izin Allah. Allah menurunkan wabak atau penyakit itu bersebab agar manusia berfikir. Allah juga sediakan penawar setiap penyakit kecuali mati. Cuma, kita saja yang perlu berusaha dan bertawakkal untuk mencari penawarnya.
Haram bagi kita mendedahkan diri kita, apatah lagi keluarga kita dari penyakit. Tidak cukup hanya kita berdoa kepada Allah untuk lindungi diri dan keluarga kita dari penyakit atau bala bencana sedangkan kita tidak mahu lari darinya. Itu bukan ajaran Islam. Setelah kita berusaha menghindari wabak ini dengan mematuhi arahan dari pihak berkuasa, barulah boleh kita serahkan diri kita kepada Allah dan memohon perlindungan dariNya.
Saya menasihatkan saudara2 jemaah Tabligh agar melihat kepentingan masyarakat Islam dan insan sekeliling lebih utama dari kepentingan jemaah mereka. Buat masyarakat di luar sana, elakkan diri dari mengutuk atau mengecam jemaah Tabligh ini hanya kerana beberapa golongan dari mereka yang mungkin jahil terhadap isu yang melanda sekarang.
WFAUZDIN NS
MEREKAHLAH HERO DAN HEROIN YANG TIDAK DIDENDANGKAN...HARGAILAH MEREKA
Bacalah yang ini agar kita insaf dan lebih menghargai. Mohon war-warkan. Allahuakbar.
*Catatan Seorang Pemerhati*.
Apa yang paling kita takuti ialah team frontliners kita mula burn out. Mula kepenatan, mula hilang semangat dan keletihan melampau.
Ada Staff KKM yang bekerja sehingga 18 jam sehari. Pulang rumah mandi, letak kepala 2 saat terus tertidur. Berapa ramai pula yang tidur di tempat kerja.
Ada suami atau isteri yang menghantar makanan untuk pasangan masing-masing menangis melihat keadaan mereka, sedih melihat pasangan kepenatan yang teramat sangat.
Anak-anak dalam kereta sekadar mampu memandang dari jauh si ibu yang melambai tangan sambil menangis keesakan, hati mana yang tak pilu.
Kita sangat risau jika barisan paling hadapan dan paling penting ini tumbang. Sangat risau, tetapi malangnya ada kalangan kita yang sihat dan diberi cuti ini tidak menghargai pengorbanan mereka.
Ada yang membuat video mempersendakan arahan kerajaan supaya duduk di rumah. Ada yang update aktivi ke pasaraya beramai-ramai. Ada yang keluar berkelah di tepi pantai. Ada yang bawa anak ke taman permainan.
Dan yang paling teruk adalah mereka yang degil dan menipu.
Yang pernah kontek terus dengan pembawa COVID-19 enggan mengaku, datang ke hospital tidak jujur menerangkan perkara sebenar.
Setelah mereka disahkan positif COVID-19, menangis Nurse dan Doktor yang merawat mereka. Pasti Nurse dan Doktor berkenaan sudah menjangka kesannya terhadap diri mereka.
Ada Nurse yang mengandung menangis hiba dan kecewa selepas memberi rawatan terus dengan pesakit yang mengaku kononnya demam biasa. Kononnya tiada hubungan dengan pembawa COVID-19.
Akhirnya selepas uijian barulah buka semua cerita. Allahu, kasihannya, apa lagi nak dikata.. Nurse dan Doktor yang cuba membantu tapi kini mereka pula terkena jangkitan akibat pesakit yang menipu dan bodoh.
KKM mengumumkan 15 orang dari sektor kesihatan awam dan swasta dijangkiti virus COVID-19. Ini semua akibat dari sikap tidak jujur dan bodoh sebilangan pesakit.
Staff KKM adalah hero dan heroin yang tidak didendang. Mereka berkorban segalanya untuk kita, malangnya kita sanggup mengkhianati dan mempersiakan pengorbanan mereka?
Kawan-kawan...
Ada staff yang menangis tidak dapat lagi solat awal waktu. Ada yang menangis tidak dapat baca Quran seperti selalu. Ada yang menangis tidak melihat kawan-kawan yang lesu.
Hargailah pengorbanan mereka. Entah apa yang mampu kita gantikan nanti dengan pengorbanan-pengorbanan ini. Kita yang masih sihat dan diberi rehat, tolonglah faham dan peduli. Tolonglah...
Patuhilah semua arahan dari kerajaan, duduk di rumah diam-diam. Jika perlu dapatkan rawatan, tolong jujur dengan mereka.
Berikanlah jutaan penghormatan serta terima kasih yang tak terhingga buat hero dan heroin yang tidak bernama ini.
ADOIIII...MACAM GINI PUN ADA YA...
Mamat ni Ketua Puak Mahasiswa PAS
Gambar atas sekali, dikeluarkan semasa zaman PH.
Lantang menentang UEC, Dong Zhong
Sampai ajak kaum Cina di Malaysia berperang macam tragedi 13 Mei
Buat demokrasi jalanan di depan Pejabat KPM menuntut pendidikan percuma dan hapuskan PTPTN dari Menteri Pendidikan PH waktu itu
Desak Menteri Pelajaran PH, letak jawatan sebab gagal hapuskan PTPTN
Walhal, PH baru je memerintah setahun jaguh dan tiada manifesto hapuskan PTPTN pun dalam Manifesto PH.
Memang lantang dan nak tunjuk depa ni berjiwa "samseng".
Tak melambangkan akhlak, kematangan dan nilai Islam pun dalam gerak kerja mereka, meski pun mereka mengelar mereka ini "Mahasiswa Islam"
..........................
Gambar sebelah kiri, poster terbaru zaman PN.
Ajak Abaikan Politik
Melenting bagai naik sawan babi bila netizen kritik kaw-kaw cara kerajaan dan menteri-menteri PN mengemudi negara dalam menghadapi wabak Covid-19
Tapi, masa mahasiswa IPT terpingga-pingga diarahkan pulang ke kampung terus oleh pihak IPT dan mahasiswa terdedah dengan risiko Covid-19 semasa mass gathering semasa beli tiket bas di TBS
Tiada pulak Puak Mahasiswa PAS ni kritik dan tegur kelembapan pihak kerajaan dalam melindungi mahasiswa IPT
Tiada kritikan kepada Dong Zhong, UEC, PTPTN semasa zaman PN
Semua nya halal belaka bila "Lebai PAS" dapat "ghanimah" kuasa kerajaan persekutuan.
.........
Gamba sebelah kanan, Bendahari Puak Mahasiswa PAS ajak jumpa dan bertumbuk dengan mahasiswa ni
bila mahasiswa ni kritik dan desak Menteri Kesihatan letak jawatan dek ketidak seriusan dalam memimpin KKM dan fakta-fakta BODOH berkaitan Covid-19 ini dari Menteri Kesihatan PN ini.
.....
Jadi boleh nampak taraf pemikiran Budak dan Walaun PAS?
Samseng dan rasa Puak mereka sahaja yang memperjuangkan Islam yang sebenar
Tunggang isu Melayu Islam demi kepentingan politik mereka sahaja
Bukannya demi kesejahteraan rakyat Malaysia
Inilah cara politik PAS #IslamMemimpin ini
Gambar atas sekali, dikeluarkan semasa zaman PH.
Lantang menentang UEC, Dong Zhong
Sampai ajak kaum Cina di Malaysia berperang macam tragedi 13 Mei
Buat demokrasi jalanan di depan Pejabat KPM menuntut pendidikan percuma dan hapuskan PTPTN dari Menteri Pendidikan PH waktu itu
Desak Menteri Pelajaran PH, letak jawatan sebab gagal hapuskan PTPTN
Walhal, PH baru je memerintah setahun jaguh dan tiada manifesto hapuskan PTPTN pun dalam Manifesto PH.
Memang lantang dan nak tunjuk depa ni berjiwa "samseng".
Tak melambangkan akhlak, kematangan dan nilai Islam pun dalam gerak kerja mereka, meski pun mereka mengelar mereka ini "Mahasiswa Islam"
..........................
Gambar sebelah kiri, poster terbaru zaman PN.
Ajak Abaikan Politik
Melenting bagai naik sawan babi bila netizen kritik kaw-kaw cara kerajaan dan menteri-menteri PN mengemudi negara dalam menghadapi wabak Covid-19
Tapi, masa mahasiswa IPT terpingga-pingga diarahkan pulang ke kampung terus oleh pihak IPT dan mahasiswa terdedah dengan risiko Covid-19 semasa mass gathering semasa beli tiket bas di TBS
Tiada pulak Puak Mahasiswa PAS ni kritik dan tegur kelembapan pihak kerajaan dalam melindungi mahasiswa IPT
Tiada kritikan kepada Dong Zhong, UEC, PTPTN semasa zaman PN
Semua nya halal belaka bila "Lebai PAS" dapat "ghanimah" kuasa kerajaan persekutuan.
.........
Gamba sebelah kanan, Bendahari Puak Mahasiswa PAS ajak jumpa dan bertumbuk dengan mahasiswa ni
bila mahasiswa ni kritik dan desak Menteri Kesihatan letak jawatan dek ketidak seriusan dalam memimpin KKM dan fakta-fakta BODOH berkaitan Covid-19 ini dari Menteri Kesihatan PN ini.
.....
Jadi boleh nampak taraf pemikiran Budak dan Walaun PAS?
Samseng dan rasa Puak mereka sahaja yang memperjuangkan Islam yang sebenar
Tunggang isu Melayu Islam demi kepentingan politik mereka sahaja
Bukannya demi kesejahteraan rakyat Malaysia
Inilah cara politik PAS #IslamMemimpin ini
Korban Covid-19 kini 8 orang, jumlah tenat di ICU meningkat .
Malaysia mencatatkan lapan kematian akibat jangkitan Covid-19 setakat ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan terbaru hari ini mengesahkan empat lagi kematian akibat wabak itu.
Ia melibatkan seorang wanita berusia 79 tahun yang meninggal dunia pada 18 Mac lalu, dan anak perempuannya yang berusia 40 tahun yang meninggal dunia hari ini.
Noor Hisham berkata, wanita berusia 40 tahun itu dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak pada 18 Mac selepas mengalami demam dan batuk sejak 7 Mac.
Beliau disahkan positif COVID pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan pada hari yang sama setelah didapati keadaan kesihatan beliau semakin merosot. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 tengah hari pada 21 Mac 2020," katanya.
Berkenaan kematian ibunya, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan memaklumkan, kelambatan berkenaan laporan kematian kerana hospital swasta yang merawatnya menunggu keputusan ujian daripada makmal swasta di Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, dua lagi kematian melibatkan dua lelaki tempatan berusia 57 tahun dan 69 tahun daripada kluster jemaah Tabligh.
Lelaki berusia 57 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam 3.22 petang di Hospital Kuala Lumpur, manakala lelaki berusia 69 tahun itu disahkan meninggal dunia pada jam empat petang diHospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, kata Noor Hisham.
Dalam kenyataan sebelumnya hari ini, Noor Hisham mengesahkan kematian mangsa keempat, iaitu pesakit kes-238 yang merupakan seorang lelaki berusia 50 tahun.
Pesakit itu, yang dimasukkan wad di Melaka pada 12 Mac lalu, merupakan antara yang mempunyai kaitan dengan kelompok perhimpunan tabligh.
'Makin ramai di ICU'
Perkembangan terbaru juga menyaksikan jumlah pesakit yang dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) meningkat kepada 37, dengan 23 daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.
Sementara itu Noor Hisham turut memaklumkan terdapat 153 kes jangkitan baru di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 1,183.
Sebanyak 90 daripada 153 kes baru itu mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid di Sri Petaling, Kuala Lumpur hujung bulan lalu.
Pada 20 Mac lalu, Menteri Pertahanan Ismail Sabri menggesa baki 4,000 peserta perhimpunan tabligh masjid Seri Petaling tampil menjalani ujian Covid-19.
Ismail berkata polis telah mengenal pasti individu-individu yang telah menghadiri perhimpunan itu pada 28 Februari lalu.
Perhimpunan tabligh yang diadakan di ibu kota itu dikatakan dihadiri 16,000 peserta, dengan 14,500 daripada jumlah itu merupakan warga tempatan
Tiga hari berturut-turut Wuhan bebas kes baharu COVID-19
WUHAN – Tiada kes baharu dilaporkan di Wuhan untuk tiga hari berturut-turut, selepas bandar terletak di wilayah Hubei, China itu bertarung selama sebulan untuk memerangi wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
Suruhanjaya kesihatan Wilayah Hubei mengatakan jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Wuhan dan Hubei kekal masing-masing pada 50,005 dan 67,800 pada Jumaat.
Hubei menyaksikan tujuh kematian baharu, enam daripadanya di Wuhan.
Wilayah itu menyaksikan 561 pesakit sembuh pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan yang dibenar keluar hospital seramai 58,942 orang.
Antara 5,423 pesakit yang masih dirawat, 406 dalam keadaan kritikal.
— BERNAMA.
DUNIA DIAMBANG KEMELESETAN BESAR
Dunia diambang kemelesetan besar
Oleh: Pentadbir
Kredit: Prof Mohd Nazari Ismail
Dalam sejarah manusia, kejadian wabak bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan sebenarnya terdapat kejadian wabak yang berlaku sebelum ini yang jauh lebih menggerunkan berbanding Covid-19. Sebagai contoh wabak `Kematian Hitam’ (Black Death) yang berlaku sekitar 1350 telah membunuh 20 juta nyawa di benua Eropah dan kemungkinan puluhan juta di benua lain, sementara wabak Demam Sepanyol (Spanish flu) yang berlaku pada tahun 1918 mengorbankan 50 juta nyawa di seluruh dunia.
Sebagai perbandingan, Covid-19 walaupun sudah berlaku beberapa bulan dan telah merebak ke seluruh dunia, namun jumlah kematian di seluruh dunia masih belum mencecah 10 ribu lagi. InshaAllah dengan usaha kerajaan dan pelbagai pihak lain serta berkat doa-doa kita semua memohon perlindungan kepada Allah SWT, jumlah kematian mungkin tidak akan dapat menandingi angka 50 juta yang dikorbankan oleh wabak Demam Sepanyol.
Namun satu perkara yang harus disedari ialah kesan ekonomi kepada masyarakat manusia di seluruh dunia akibat Covid-19 berkemungkinan adalah yang paling teruk dalam sejarah manusia. Punca utama kepada perbezaan ini adalah perbezaan yang sangat besar dari aspek keadaan kewangan manusia pada masa dahulu dan sekarang, khasnya dalam aspek saiz industri hutang sekarang ini berbanding zaman dahulu.
Sebelum menghuraikan dengan lebih lanjut, kita perlu sedar bahawa wabak Covid ini telah memberi kesan ekonomi yang sangat teruk kepada banyak sektor. Ini terutama sekali apabila beberapa kerajaan di seluruh dunia melaksanakan langkah `kawalan pergerakan’ (atau lockdown). Kebanyakan daripada mereka adalah dari sektor swasta yang memerlukan pendapatan untuk membayar kos operasi.
Walaupun terdapat kos yang dapat dikurangkan oleh syarikat swasta akibat penutupan operasi (seperti petrol, disel, elektrik dan air), namun terdapat kos tetap yang terpaksa ditanggung seperti kos sewa premis dan kos gaji kakitangan. Tambahan pula kebanyakan daripada syarikat swasta mempunyai beban hutang yang sangat tinggi kepada sektor perbankan. Di Malaysia beban hutang sektor swasta adalah lebih dari RM1 trillion.
Syarikat-syarikat ini akan menghadapi keadaan kewangan yang sangat mencabar kerana pendapatan mereka akan jatuh mendadak sementara beban hutang mereka masih perlu diselesaikan. Besar kemungkinan banyak syarikat tidak akan mampu membayar hutang mereka dan akan jatuh muflis. Akibatnya mungkin ratusan ribu pekerja akan kehilangan pekerjaan. Sebagai contoh dalam sektor penerbangan sahaja, syarikat Qantas dilaporkan akan meminta 20 ribu pekerjanya mengambil cuti tanpa gaji. Jika ratusan ribu pekerja di seluruh dunia yang kehilangan sumber pendapatan ini juga mempunyai beban hutang yang tinggi (di Malaysia hutang isi rumah pada tahun 2019 adalah lebih dari RM1.1 trillion), kita boleh bayangkan kesengsaraan yang bakal dihadapi oleh mereka dan ahli keluarga mereka.
Oleh kerana masalah Covid-19 ini berlaku di seluruh dunia, maka tidak hairanlah kenapa ramai penganalisa ekonomi menyatakan ekonomi dunia akan mengalami kemelesetan yang teruk akibat daripada bencana ini. Ada yang meramalkan bahawa ekonomi negara Amerika dan Eropah akan mengalami pertumbuhan ekonomi yang negatif sementara ekonomi negara China mungkin akan berkembang sebanyak 1.5 peratus sahaja. Oleh itu kemungkinan ekonomi dunia mengalami penguncupan ekonomi yang mendadak adalah sangat tinggi.
Ramai pihak akan menuntut agar kerajaan di seluruh dunia memberikan bantuan kepada syarikat-syarikat dan individu-individu yang dalam keadaan tersepit. Namun hakikatnya kebanyakan kerajaan juga dalam keadaan kewangan yang tenat dengan bebanan hutang yang tinggi. Sebagai contoh kerajaan Malaysia sendiri mempunyai beban hutang dan tanggungan yang melebihi RM1 ribu billion atau RM1 trillion sementara kerajaan Amerika mempunyai beban hutang melebihi USD22 trillion atau hampir RM90 trillion. Pendapatan kerajaan di seluruh dunia juga akan meleset kerana kutipan cukai juga akan menurun apabila banyak syarikat jatuh muflis atau mengalami kerugian. Dalam kes Malaysia pendapatan kerajaan daripada sumbangan Petronas juga dijangka menurun kerana harga minyak yang sudah jatuh ke bawah paras USD30 se tong.
Di dalam keadaan di mana hutang di seluruh dunia daripada semua sektor adalah berjumlah lebih daripada USD250 trillion (atau lebih dari RM1 quadrillion), maka sudah tentu kemelesetan ekonomi ini akan mengakibatkan krisis hutang yang sangat serius di masa akan datang yang akan melibatkan sektor kerajaan, swasta dan isi rumah.
Pendek kata, dalam beberapa bulan lagi walaupun inshaAllah ramai daripada pesakit Covid-19 di seluruh dunia akan kembali sembuh kerana paru-paru mereka akan kembali pulih dan mereka juga akan boleh bernafas dengan lega, namun malangnya dari aspek kewangan pula, ramai dari kalangan kita akan berada dalam keadaan yang semakin tenat dan mungkin tidak akan dapat bernafas langsung untuk tempoh masa yang sukar diramalkan dengan tepat dan yakin. Sebagai rumusan, apabila industri hutang dibiarkan berkembang, maka masalah wabak atau apa-apa bencana akan melipatgandakan kesengsaraan manusia. Hanya pemilik industri hutang sahaja yang mungkin masih boleh hidup dengan selesa di celah-celah kesengsaraan tersebut.
Prof Nazari Ismail UM
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.
Penulis bertugas di Jabatan Polisi dan Strategi, Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya. Buku terkini beliau bertajuk “Membujur Lalu Berhutang Parah – Kesan Industri Hutang Terhadap Masyarakat Dunia’.
TERKINI : Dua Kakitangan KKM Kini Sedang Dirawat di ICU – Dr. Noor Hisham
Sehingga kini, 19 kakitangan KKM dan 5 petugas daripada fasiliti kesihatan swasta telah disahkan dijangkiti COVID-19. Dua (2) daripada 19 orang kakitangan KKM tersebut kini sedang dirawat di
ICU.
Punca jangkitan bagi kesemua 19 anggota kesihatan KKM terbabit BUKAN disebabkan oleh ketidakpatuhan mereka semasa mengendalikan kes COVID-19 di peringkat fasiliti masing-masing.
Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan kontak rapat generasi pertama dan kedua melibatkan kluster jemaah tabligh.
KIT SIANG : PH TERIMA JIKA DR DZULKIFLY DIMINTA KEMBALI SEBAGAI MENTERI KESIHATAN
Terjemahan Oleh Amiruddin Ahmad
Malaymail
KUALA LUMPUR 21 MAC, Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini menerima cadangan bahawa sekiranya Dr Dzulkifli dipanggil untuk kembali bertugas sebagai Menteri Kesihatan jika diminta berbuat demikian.
Dalam kenyataannya hari ini MP Iskandar Puteri itu berkata ,dalam keadaaan negara berada dalam situasai kritikal bagi mengekang merebaknya kes covid 19, rakyat mengesa agar Profesionalisme, kompitan dan juga keseriusan dalam melaksanakan tugas dalam keadaan "untuk memerangi kes Covid 19"
Menurut Lim lagi,Tiada masa untuk seorang "tukang lawak " untuk mengambil berat dan berkidmat untuk keselesaan rakyat dalam negara.
Beliau berkata demikian ekoran kenyataan Menteri Kesihatan yang mencadangkan agar meminum air panas kerana ianya boleh melembabkan tekak dan menghalang virus itu merebak apabila air yang diminum turun ke perut dan dibunuh oleh asid perut.Beliau kemudiannya dikutuk oleh warganegara ekoran kenyataan "bodoh" beliau.
" Ini adalah masa untuk melakukan kerja dengan profesional,kompitan dan serius daalam usaha untuk melawan Civic 19 yang semakin serius"
" Jika ada permohonan dari kerajaan untuk beliau kembali berkhidmat sebagai Menteri kesihatan, saya percaya Majlis Presiden akan memberikan sokongan bagi mengekang merebaknya penyakit Covic 19 yang sedang melanda negara, dan sudah tentulah Majlis Presiden akan memberikan sokongan." kata beliau lagi.
Komen Dr Adhman Baba kemudiannya dibantah dan tidak diterima oleh seorang pakar bedah yang sedang menjalani latihan lanjutan disalah sebuah Hospital terkenal dengan United Kingdom dengan menafikannya melalui tweet beliau yang menyarankan bahawa ianya " Tidak diterima doktor dan bukan asas kepada kajian yang telah berjaya dilaksanakan "
KERAJAAN PN KAMBINGHITAMKAN PH
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) digambarkan oleh komponen utamanya, Umno sebagai kerajaan ‘syurga Melayu’ manakala Pas menyifatkan kerajaan ini mendapat ‘restu dari langit’, kerana apa sahaja yang disertai oleh parti itu akan beroleh rahmat.
Apabila kerajaan ini diuji wabak Covid 19 maka rakyat mula menilai apakah kerajaan syurga Melayu atau Pakatan Harapan (PH) yang dikuasai Cina DAP lebih baik? Ketika virus Covid mula bertapak di Malaysia pada 25 Januari, hanya empat orang yang disahkan positif. Mereka dirawat di hospital dan dipantau rapi Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkifly Ahmad.
PH pentingkan diri?
Meskipun hari ini penyokong Umno-Pas menghebohkan kononnya polisi pentingkan diri PH menerima pelancong China punca utama merebaknya Covid 19 namun fakta dari Kementerian Kesihatan menolaknya. Menurut kementerian, pelancong China yang dikuarantin di hospital tidak merebakkan virus kepada warga tempatan. Malah ketika itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) belum mengisytiharkan Covid 19 sebagai pandemik. Langkah menolak kemasukan pelancong China seolah-olah memutuskan hubungan diplomatik dengan negara berkenaan.
Malah WHO pernah memberi pujian kepada Malaysia sebagai antara negara terbaik di dunia mengawal merebaknya virus Covid. Pujian itu tepat kerana pada 20 Februari, daripada 22 pesakit, 21 telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan meninggalkan hospital. Gelombang pertama Covid berakhir.
Gelombang kedua Covid
Gelombang kedua Covid tidak disedari majoriti rakyat Malaysia. Gelombang ini tercetus akibat terabainya Kementerian Kesihatan apabila beberapa ahli politik desperado memulakan ‘Langkah Sheraton’ pada 22 Februari untuk mengulingkan kerajaan pimpinan Tun Mahathir.
Akibatnya Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly meletak jawatan pada 23 Februari apabila kerajaan PH hilang majoriti. Situasi seterusnya, Kementerian Kesihatan ditadbir secara auto-pilot oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan mengikut sahaja polisi-polisi yang telah diluluskan pada era PH. Sebarang polisi baharu, langkah perubatan lebih ketat, langkah pencegahan atau peruntukan tambahan mengekang penyebaran Covid tidak boleh dilakukan kerana ketiadaan menteri yang memberi kata putus atau memohon peruntukan tambahan.
Walaupun pada 29 Februari Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri tetapi kerajaan masih belum berfungsi. Beliau mengambil masa seminggu bagi melantik menteri kabinet termasuk Menteri Kesihatan. Oleh itu, terdapat lompang dua minggu ‘peluang terbaik’ virus Covid 19 memulakan gelombang kedua tanpa pemantauan rapi Menteri Kesihatan.
Ijtimak Tabligh
Ketika Langkah Sheraton tiba di penghujung, ijtimak Tabligh dianjurkan di masjid Sri Petaling, Selangor melibatkan 16,000 kehadiran. Sebanyak 14,500 peserta adalah warganegara Malaysia. Sekiranya Menteri Kesihatan Dr Dzulkifly masih berkuasa ketika itu maka beliau pasti menasihatkan Perdana Menteri untuk membatalkan (mencegah penganjuran) himpunan tersebut.
Ujian mengesan Covid 19
Tanpa sosok Menteri Kesihatan dan negara ditadbir oleh seorang PM interim dengan kuasa penasihat maka terjadilah malapetaka yang tidak boleh dihindarkan. Salah seorang peserta ijtimak berasal dari Brunei kemudiannya disahkan positif Covid 19 selepas kembali ke negaranya.
Langkah Kementerian Kesihatan mengesan peserta Tabligh di Malaysia mendapati lebih 500 kes positif covid berasal himpunan berkenaan. Malangnya, dengan fakta tersebut pun kumpulan penyokong Umno dan Pas masih menyalahkan kerajaan PH kerana tidak mencegah himpunan 27 Februari – 1 Mac itu, sedangkan ketika itu kerajaan PH sudah diguling.
Lock down huru hara
Apabila Covid 19 semakin tidak terkawal dan jumlah pesakit mencecah 190 sehari pada 15 Mac maka kerajaan PN mengenakan kawalan pergerakan ke seluruh negara mulai 18 Mac. Bagaimanapun kawalan pergerakan ini menjadi kecaman rakyat apabila PM Muhyiddin Yassin hanya mengumumkan tarikh bermula tetapi para menteri lain tidak tampil untuk memberi penjelasan lanjut apakah yang perlu dibuat oleh rakyat.
Kawalan pergerakan dilaksanakan di bawah Majlis Keselamatan Negara (MKN). Bagaimanapun tidak ada panduan lengkap untuk setiap aktiviti harian dikeluarkan MKN pada tarikh hal itu diisytiharkan.
Pelajar bersesak di terminal TBS
Akibatnya institusi pengajian tinggi mengarahkan pelajar yang berada di asrama meninggalkan kawasan sebelum 18 Mac. Puluhan ribu pelajar pulang ke kampung dan bersesak di stesen pengangkutan awam TBS membeli tiket dan berisiko menyebabkan virus tersebar luas.
Menyedari kawalan pergerakan adalah laksana perintah berkurung maka pada 18 Mac, Menteri Pengajian Tinggi memberi arahan pelajar boleh tinggal di asrama masing-masing.
Hal yang hampir sama berlaku apabila pihak polis pada malam 16 Mac mengumumkan sesiapa yang ingin melakukan perjalanan antara negeri wajib mengisi borang perlepasan. Namun pada malam itu juga Ketua Polis Negara menggantung arahan berkenaan apabila ribuan warga Kuala Lumpur beratur panjang di balai polis yang meningkatkan risiko penyebaran virus.
Huru hara ini menggambarkan kerajaan PN tidak faham apa yang perlu mereka lakukan dan para menterinya tidak kompetan menangani krisis kesihatan. Hal itu belum lagi kritikan para warga yang bekerja sendiri apabila dikenakan perintah kawalan pergerakan tetapi kerajaan enggan memberi bantuan sara hidup selama dua minggu.
Kerajaan hanya menawarkan bantuan kewangan RM600 sebulan bagi yang bergaji di bawah RM4,000. Hakikatnya, berpuluh ribu ketua keluarga di negara ini bekerja sendiri sebagai penjaja, kerja gaji hari, pelayan kedai makan, mekanik, tukang gunting dan sebagainya yang tidak termasuk dalam skim bantuan kerajaan.
Turki beri bantuan
Malaysia tidak mengambil langkah sebagaimana Singapura yang menyediakan elaun khas kepada pekerja terlibat. Jika diambil kira negara yang wabak covid masih tidak menggemparkan, seperti Turki misalnya, bantuan kepada rakyat marhaen diutamakan. Turki memperkenalkan bantuan gaji minimum kepada pekerja; bayaran hutang syarikat ditangguh selama 2 bulan; cukai penerbangan dikurangkan daripada 18% ke 1%; bayaran pencen ditingkatkan; cukai tidak dikenakan kepada hotel hingga November; warga emas 65 tahun ke atas menerima topeng muka dan pembasmi kuman percuma serta banyak lagi.
Manakala Qatar pula memberi tangguhan pembayaran hutang selama 6 bulan; makanan serta barangan perubatan dikecualikan cukai selama 6 bulan; pengangkutan awam digantung beroperasi dan pelajar memulakan pengajian secara atas talian sepenuhnya.
Sungguh pun Malaysia tidak sekaya Qatar namun pemberian bantuan segera atau membekalkan makanan serta peralatan perubatan percuma kepada warga miskin wajar dilakukan. Kumpulan itu tidak mempunyai cukup wang untuk sentiasa membeli cecair pembasmi kuman atau topeng muka.
Negeri PH ambil langkah awal bantuan rakyat
Dalam masa sama, ahli-ahli parlimen PH walaupun tidak lagi mempunyai kerajaan mampu melaksanakan inisiatif membekalkan makanan atau bahan keperluan asas kepada warga emas dan miskin. Kerajaan negeri PH juga membekalkan bantuan kepada warga memerlukan pada kadar segera. Apakah kerajaan PN yang mentadbir Malaysia tidak langsung mempunyai dana luar jangka untuk diagihkan pada waktu kecemasan?
Pulau Pinang misalnya kerajaan negeri melancarkan pakej RM 20 Juta buat rakyat negeri,manakala zakat negeri pula memberi bantuan 500 kepada asnaf.
Kegagalan kerajaan PN membantu rakyat yang memerlukan akan menyebabkan strategi kawalan pergerakan tidak akan berjaya. Rakyat berpendapatan rendah tidak mahu menunggu lama di rumah tanpa makanan asas. Mereka akan melakukan apa sahaja kerja untuk mencari wang. Mereka akan berniaga dan tidak menghiraukan perintah kerajaan.
Hadis beri amaran
Covid 19 bagi penyokong Pas digambarkan sebagai ujian Allah kepada sesiapa yang beriman. Namun mereka tidak sedar virus ini juga merupakan ujian kepada kerajaan pintu belakang yang mereka anggotai. Tanpa efisiensi dalam bertindak maka kerajaan ini sepatutnya meletak jawatan. Keberkesanan memerintah bukan bergantung kepada etnik Melayu atau Cina tetapi pemimpin mana yang boleh memberi idea/perkhidmatan terbaik.
Hal ini selaras dengan ajaran Islam sebagaimana hadis Rasullulah s.a.w. Dari Abu Hurairah (r.a) bahawa Rasulullah bersabda, “Sekiranya amanah itu disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Lalu para sahabat baginda bertanya tentang bagaimanakah yang dikatakan amanah itu disia-siakan? Nabi saw menjawab: (Amanah itu disia-siakan) apabila kamu menyerahkan sesuatu urusan kepada mereka yang bukan ahlinya, maka tunggulah akan kehancuran” (Sahih Bukhari)
Kronologi penyebaran Covid 19
Gelombang Pertama
Januari:
Minggu 4 (24 – 29 Jan) 8 orang
Februari:
Minggu 1 (1 – 6 Feb) 14 orang
Minggu 2 (7 – 14 Feb) 19 orang (5 pesakit baru)
Minggu 3 (15 – 22 Feb) 22 orang (21 pesakit sembuh)
Minggu 4 (23 – 29 Feb) 25 orang (3 pesakit baharu)
Gelombang kedua
Mac:
Minggu 1 (1 – 7 Mac) 93 orang (pertambahan 68 pesakit)
Minggu 2 (8 – 14 Mac) 238 orang (pertambahan 145 pesakit)
Minggu 3 (14 – 18 Mac) 790 orang (pertambahan 552 pesakit)
Merebak dari sentuhan, pegang muka sendiri jadi punca jangkitan Covid-19?
Dalam sehari, berapa kerap anda akan menyentuh muka? 5, 10 atau mungkin 16 kali? Dan tahukah anda tabiat tersebut mungkin menjadi antara punca jangkitan Covid-19?
Tabiat menyentuh muka
Setiap orang kebiasaannya memang akan memegang wajah walaupun tanpa sebarang sebab secara berulang kali.
Hidung gatal, mata letih, lap mulut atau pelbagai alasan lagi yang menyebabkan kita akan memegang kulit pada wajah.
Bagaimanapun, tanpa kita sedari, tabiat yang dilakukan itu mungkin akan mendedahkan diri kepada bakteria, virus dan kuman.
Ia sekali gus meningkatkan risiko jangkitan flu, selesema mahupun virus terbaru, jangkitan Covid-19.
Bahagian mulut dan mata “saluran” bagi virus untuk memasuki badan dengan mudah.
Hanya dengan memerlukan sentuhan jari yang sudah dijangkiti virus.
Jadi, sebab itulah kita digalakkan untuk kerap mencuci tangan dengan sabun.
2 cara penularan jangkitan
Pusat Kawalan Penyakit (CDC), jangkitan Covid-19 atau turut dikenali dengan nama SARS-COV-2, boleh menular dari individu kepada individu, sama seperti jangkitan pernafasan lain.
Ia termasuklah melalui titisan, wap atau cecair pernafasan yang terhasil apabila seseorang bersin.
Dan individu lain menyedutnya masuk ke dalam paru-paru atau dengan menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus.
Kemudian, menggunakan tangan tersebut untuk menyentuh muka seperti pada bahagian mata atau mulut.
Kita mungkin boleh menghindari individu yang secara fizikalnya tampak sakit atau mengambil langkah berjaga-jaga terhadap penularan virus melalui udara dengan penggunaan topeng.
Namun, kita sukar untuk mengelak daripada virus yang melekat pada permukaan seperti wang kertas ataupun barang.
Kita menyentuh muka setiap masa
Penyelidik yang melakukan kajian terhadap tabiat ini mendapati ramai individu kerap memegang muka mereka hampir setiap masa.
Kajian melibatkan 10 responden dalam 1 penyelidikan pada tahun 2008.
Kesemua yang terlibat dibiarkan sendirian dalam suasana pejabat untuk tempoh 3 jam.
Hasilnya, saintis mendapati secara putara, mereka memegang muka 16 kali sejam.
Kajian lagi yang dilakukan pada 2015, melibatkan 26 pelajar perubatan sebuah universiti di Australia.
Daripada kajian menunjukkan dalam tempoh sejam, responden memegang wajah mereka sebanyak 23 kali.
Hampir separuh sentuhan yang berlaku sepanjang kajian melibatkan bahagian mulut, hidung ataupun mata; ini merupakan antara laluan paling mudah untuk virus mahupun bakteria memasuki badan.
Malahan, profesional perubatan, yang merupakan antara individu-individu yang lebih pakar dalam perihal kesihatan juga didapati menyentuh muka pada purata 19 kali dalam tempoh 2 jam.
Menurut Pengasas Psychiatry & Sleep Medicine di Menlo Park, California, Dr Alex Dimitriu, “Ketika melakukan pekerjaan, kebanyakan individu akan bermain dengan rambut, memegang kaki dan sebagainya sebelum memegang muka.”
Jelas beliau lagi, ia 1 perkara yang baik untuk berada dalam keadaan sedar dan menghindari perbuatan tersebut sama ada ketika bermesyuarat, melakukan panggilan telefon atau ketika sibuk bekerja.
3 cara mengelakkan menyentuh muka
Setiap saat, apabila kita melakukan sentuhan pada muka ia akan meningkatkan risiko jangkitan Covid-19 atau sebarang virus mahupun bakteria lain.
Jadi bagaimana cara untuk menghindari atau sekurang-kurangnya mengelakkan tabiat ini?
Berikut 3 langkah yang mungkin dapat membantu:
1. Pantau tabiat
Ia mungkin lebih mudah untuk mengatakan berbanding melakukannya. Tetapi sememangnya antara cara utama untuk mengurangkan tabiat ini adalah dengan meningkatkan kesedaran mengenainya.
Sebagai permulaan, mungkin anda boleh mencari punca yang menyebabkan anda cenderung memegang wajah. Selepas itu, secara perlahan-lahan, kurangkan tabiat tersebut.
Ia sukar, tetapi percayalah, apabila anda berjaya mengurangkan kebiasaan itu, tabiat menyentuh muka juga akan hilang dari masa ke masa.
2. Alihkan perhatian
Cara kedua yang mungkin boleh dicuba bagi membantu mengurangkan tabiat memegang muka adalah dengan menyentuh perkara lain, seperti pen atau bantal.
Ini kerana seseorang individu cenderung memegang muka saat sedang membaca atau menonton televisyen.
Jadi jika tangan sedang memegang benda lain, mungkin ia dapat mengurangkan tabiat menyentuh wajah.
3. Peringatan
Kaedah ini mungkin sesuai dilakukan apabila anda sudah terlalu sukar untuk menghentikan kebiasaan menyentuh wajah.
Letakkan peringatan bertulis seperti “JANGAN SENTUH MUKA!” pada bilik, ruang kerja atau di mana-mana sahaja yang diperlukan.
Anda juga boleh meminta bantuan rakan baik untuk sentiasa mengingatkan anda apabila bersama. Oh, dengan meletakkan reminder dalam gajet seperti telefon pintar juga boleh dilakukan.
Mencuci tangan amalan penting
Kekerapan membasuh tangan sekurang-kurangnya untuk tempoh 20 saat adalah cara untuk menghindari sebarang jangkitan virus kepada diri. Ini kerana kita tidak tahu apa yang kita sentuh dan akhirnya kita memegang muka.
CDC menyatakan, cara efektif untuk mencuci tangan melibatkan 5 langkah mudah, iaitu:
- Membasahkan
- Menyabun
- Menggosok
- Membilas
- Mengeringkan
Penjagaan kebersihan diri
Sekiranya terlalu sukar untuk mengurangkan tabiat menyentuh muka, mungkin anda boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 atau sebarang penyakit lain dengan penggunaan tisu.
Setiap kali anda berasa ingin memegang muka, gunakanlah tisu dan buangkannya selepas digunakan.
Apa pun, pastikan anda sentiasa menjaga aspek kebersihan diri ketika penularan virus Covid-19 ketika ini,
Artikel ini diterbitkan di hellodoktor.com dan disemak Dr Duyen Le. Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)