Zahid Hamidi Singkir Ketua Setiausaha KDN?
Di
suatu majlis kenduri di Shah Alam tengah hari tadi saya berbual-bual
dengan dua orang pegawai di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Seorang pegawai polis dan seorang pegawai Imigresen.
Entah macam mana tiba-tiba
keluar cerita nama Abdul Rahim Mohamad Radzi (foto) yang mengumumkan
kononnya KDN ada 10 bukti grea B mengenai pembabitan Mohamad Sabu dengan
faham Syiah, telah tidak lagi berada di pejabat KDN sebagai Ketua
Setiausaha (KSU).
Menurut
pegawai polis itu Abdul Rahim telah diberhentikan dua tiga hari lepas.
Pegawia polis itu tidak menyebut siapa pengganti Abdul Rahim, cuma
menyebut Rahim diberhentikan kerana menteri tidak mahukan dia lagi.
Kemudian semasa berbual dengan
pegawai Imigresen, beliau menceritakan hal yang sama. Katanya dia
sendiri terkejut dengan pertukaran Rahim itu. Katanya dia mengetahui
apabila semasa menghadiri mesyuarat jabatannya beliau diberitahu oleh
rakannya di jabatan berlainan yang Abdul Rahim sudah tidak menjadi KSU
di KDN lagi.
Menurut pegwai ini pertukaran
itu pada 1 Januari lepas dan orang baru dari mengganti Rahim adalah dari
Kementah, Kementeri Pertahanan mengisi tempat Rahim itu.
Kedua pegawai berkenaan tidak
mengetahui ke mana Rahim dicampak, tetapi ada kemungkinan dia dinaikkan
pangkat untuk membolehkan berlaku 'pembuangan' dari KDN. Proses naik
pangkat adalah diplomasi dalam membaung atau memecat atau menunkar
pegawai tinggi kerajaan.
Baru-baru ini Abdul Rahim
dianggap telah menjadi galang ganti kepada Ahmad Zahid Hamidi apabila
mendedahkan dakwaan penglibatan Mohamad Sabu dengan fahaman Syiah.
Tindakan Abdul Rahim mengambil alih tugas Zahid itu memelikkan pemerhati
politik kerana yang mencanangkan isu itu Zahid bukannya pegawai
kerajaan.
Jarang berlaku KSU di mana-mana kementerian diarah atau mengambil tugas mendedahkan isu politik yang dibangkit oleh menteri.
Gara-gara itu ada orang
menganggap Zahid Hamidi ada agenda tertentu dengan membuat arahan itu
kepada bekas KSU itu agar imej bekas KSU itu tercemar.
Apakah ianya sebuah permainan
licit Zahid Hamidi? Kalau iya betapa dahsyatnya campur tangan politician
dalam pentadbiran negara. ~mso