BUKTI UMNO TIDAK BOLEH DIBAWA BERKAWAN! PELUANG PH TANDING BANYAK KERUSI DUN!


 

PROJEK PULUHAN BILLION DI JOHOR


 

DULU PN DAH BUAT


 

CERAMAH PALING BERANI I TEGURAN IKHLAS I Dato' Ustaz Kazim Elias


 

JADI KE BN NAK BERGERAK SOLO DALAM PRU 16?



Che Ibrahim


Jika BN memilih untuk bergerak solo, ambo cadang PH kena perkasakan hubungan dengan GPS dan GRS sebagai rakan kongsi untuk hadapi PRU 16.


PH tak perlu bertanding di Sarawak dan Sabah, berikan kuasa autonomi politik Borneo kepada parti Borneo. 


InsyaAllah, jika PH kekal menguasai kawasan majoriti pengundi bukan melayu dan di kawasan campuran, kerajaan PH + GPS + GRS mampu menguasai Putrajaya. 


BN dan PN akan menjadi pembangkang. Parti parti lain seperti biasa sekadar memeriahkan demokrasi.


Bak kata Bang Mat, bercerai tu mudah.....kalau boleh kita mahu kekalkan rumahtangga yang sudah terbina, tapi kalau pasangan dah tak mahu atau tergila gila kepada jantan lain, berpisah dan membina kehidupan dengan pasangan baru adalah lebih baik, kita try dulu lagu mana.





Akhirnya jelas.





𝗥𝗮𝗳𝗶𝘇𝗶 dah buat keputusan untuk bersama 𝗣𝗮𝗿𝘁𝗶 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮. Tahniah buat Rafizi. Akhirnya dapat juga dia kerusi presiden yang diidam-idamkan.


Yang pasti, Rafizi jauh 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗻𝗶 daripada 𝗔𝘇𝗺𝗶𝗻 dan 𝗛𝗮𝗺𝘇𝗮𝗵. Dua mangkuk tu cakapnya je berdegar tapi 𝗵𝗮𝗯𝘂𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗿𝗮𝗸. Azmin akhirnya setakat jadi budak suruhan Mahiaddin je. Hamzah pulak 𝘀𝗲𝘀𝗮𝘁. Nak teruskan berjalan, tak ada destinasi. Nak patah balik, tak ada rumah.


Cumanya aku harap Rafizi 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗷𝘂𝗸 dan tubuh parti baru bila ada yang bertanding lawan dia untuk kerusi presiden Parti Bersama tu nanti.


Logo parti tu nampak seperti 𝗸𝗮𝗻𝗰𝗶𝗹. Simbolik sebab haiwan tu terkenal bukan sebab kebijakan tapi yang sebenarnya 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗰𝗶𝗸𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮.


Kancil banyak menang dengan haiwan lebih besar sebab licik selain haiwan lain tu dungu. Tapi aku tak pernah terbaca kancil berdepan dengan haiwan lain atau pemburu yang bijak.


Itu cerita Kancil je. Tak ada kena mengena dengan parti baru Rafizi ni ok.


Apa pun, terima kasih buat Rafizi keran 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗹𝗮𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗽𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮 𝗶𝗻𝗶 𝗸𝗮𝗯𝘂𝗿. Sekarang kita dah pasti kedudukannya. Sempadan dah jelas.


Kalau kawan, kita nak serang pun serba salah. Sebab iyalah, masih kawan walaupun perangai haprak. Tapi bila dah jelas musuh, baru senang nak berpencak.


Ada yang kata parti Bersama akan terima nasib yang sama dengan 𝗣𝗲𝗷𝘂𝗮𝗻𝗴. Akan hilang deposit semua kerusi yang ditandingi.


Tapi aku tak fikir begitu. Pejuang tu dalamnya takde orang cerdik langsung. Memang selayaknya mereka jadi begitu. Tapi Bersama akan elok sikit. Malah aku jangka parti ini akan baik sedikit daripada 𝗠𝘂𝗱𝗮.


Cuma, kalau menang 10 kerusi pun, apa reform yang boleh Rafizi buat? Kalau menang 10 kerusi akhirnya kena join koalisi, balik asal jugalah.


Akhirnya sama macam 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 dan 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗶𝗹𝗮𝗻. Jadi kerajaan tapi kaki dan tangan terikat sebab tak ada majoriti mutlak. Itu hakikat kerajaan perpaduan.


Mungkin Bersama patut join dan seterusnya Rafizi lead PN. Sebab PN 𝗸𝗲𝘁𝗮𝗻𝗱𝘂𝘀𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻. MB yang gagal jaga negeri sendiri pun boleh dijadikan ketua. Bayangkan punya tumpul PN ni.


Rafizi mampu angkat sikit martabat PN yang sangat huduh. Tak adalah PN nampak macam 𝗮𝘆𝗮𝗺 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗸𝗮𝗽𝘂𝗿 sangat.


PAS parti khadam. Mereka boleh je bagi jalan kepada orang lain walaupun mereka ada kerusi terbanyak. Kalau makhluk macam Mahiaddin pun PAS tunduk apa lagi orang macam Rafizi.


Kalau itu terjadi, memang menarik. Pentas PRU akan datang akan jadi sangat meriah. Tak sabar aku nak tengok pentaksub Rafizi bela Mahiaddin dan Azmin.


Apa pun, inilah politik. Sentiasa dinamik. Sekali lagi, tahniah dan terima kasih buat Rafizi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


TAMAK YA


 

Apa perkembangan kes Nik Zawawi? Ini respon polis Kelantan


 


Polis Kelantan telah pun merakam keterangan Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung ucapannya yang menghina sahabat Nabi Muhammad SAW.

Setakat ini, sebanyak 65 keterangan telah dirakam termasuk pengadu yang membuat laporan polis.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, siasatan buat masa ini akan diteruskan, dan akan ditentukan kemudian sama ada pemimpin Pas itu akan dipanggil semula atau tidak.

Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Minggu lalu kecoh gara-gara ucapan Nik Zawawi yang didakwa menghina sahabat Nabi ketika berceramah di Kuala Terengganu 

Beliau menggambarkan Abu Bakar sebagai ‘bapa ceti’ kerana gemar memberi pinjaman kepada orang ramai dan menekan golongan miskin, manakala Umar dikatakan berperwatakan ganas dan suka berzina.

Parti-parti politik seluruh negara dan NGO Islam tampil membuat laporan polis berkenaan ucapan Ahli Parlimen Pasir Puteh itu.

Pas telah pun meminta maaf selepas tiga hari diasak berbuat demikian.




Anwar menghadap Sultan Ibrahim di tengah desas-desus pilihan raya


 


Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadir sama, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara. 

Pertemuan Perdana Menteri bersama Seri Paduka Baginda berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Pertemuan menghadap Anwar itu ketika desas-desus pilihan raya umum semakin hangat diperkatakan.

Semalam, Anwar memberi bayangan Pakatan Harapan (PH) bersedia menghadapi pilihan raya di seluruh negara sekiranya hubungan dalam Kerajaan Perpaduan terus diganggu atau ada pihak memilih untuk bertembung secara terbuka.

Dalam ucapan penutup di Konvensyen PH, Anwar menegaskan gabungan itu tidak gentar dengan ancaman politik dan mempunyai pengalaman panjang berdepan tekanan serta pengkhianatan.

“Kalau betul mereka memilih untuk lawan, kita akan bertanding habis-habisan,” katanya disambut sorakan gemuruh hadirin.




PILIHANRAYA MENGEJUT DISELURUH NEGARA


 

PM Anwar Beri Amaran Jangan Ugut, Khianat Kestabilan Kerajaan Perpaduan

 


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026. Foto PMO

JOHOR BAHRU, 18 Mei – Semua pihak agar diingatkan tidak cuba mengugut atau mengkhianati kestabilan Kerajaan Perpaduan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri menegaskan, jika perkara itu berlaku, beliau bersedia memulangkan mandat kepada rakyat sekiranya dicabar.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026. Foto PMO

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata walaupun mengamalkan pendekatan berhemah dan lunak dalam rundingan politik, ia tidak seharusnya disalah tafsir sebagai tanda kelemahan.

“Saya nak beri mesej yang jelas hari ini… kita berjuang puluhan tahun berdasarkan prinsip… kita mengambil pendekatan yang hikmah, berunding dengan baik, tidak menegur dan menyergah mereka secara terbuka kerana kita faham maksud ‘bil hikmah’.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026. Foto PMO

“Tapi jangan salah baca, jangan salah faham, jangan ugut dan jangan ada tindakan ke arah pengkhianatan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH di sini pada Ahad.

Turut hadir Setiausaha Agung DAP Anthony Lok, Presiden Amanah Datuk Seri Mohamad Sabu dan Ketua Setiausaha PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026. Foto PMO

Anwar berkata kepimpinan PH yang merangkumi KEADILAN, Amanah dan DAP ketika ini kekal utuh serta tidak mudah terpengaruh dengan sebarang usaha menghasut ke arah pengkhianatan dalaman.

“Sepanjang tiga tahun Kerajaan MADANI, kita tidak pernah menghasut atau berniat mengkhianati kawan-kawan… kita dengar, kita ubah suai dan bergerak dengan cermat kerana kita mahu kerajaan ini stabil dan negara aman… politik harus stabil, negara harus aman,” katanya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026. Foto PMO

Perdana Menteri turut membidas sikap segelintir pihak yang disifatkan sebagai apologetik dan hanya berani menyasarkan isu kecil namun mendiamkan diri terhadap perompak besar yang mengaut kekayaan negara.

Beliau berkata Kerajaan MADANI di bawah pimpinannya tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah khususnya melibatkan golongan elit dan individu berpangkat tinggi termasuk Tun serta Tan Sri yang didakwa menyalahgunakan kedudukan untuk mengumpul kekayaan.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026. Foto PMO



LEBAI TAK KENA PECAT



Aman Muhamad






 Presiden PAS pernah cerita.

Dulu, PAS pernah pecat seorang pemimpin mereka.

Namanya Hashim Gera.

Sebab apa?

Sebab dia menari joget dalam majlis anjuran kerajaan BN masa tu.


Arwah Hashim Gera dipecat.

Kerana langgar disiplin parti.


Hari ini...


MB Kedah berkaraoke mendekati zina tengah malam bersama perempuan ajnabi.

Apakah tidak langgar disiplin parti?

Tiada hukuman.

MB Kedah tidak dipecat.

Bahkan MB Kedah dipertahankan oleh Ketua Dewan Ulamak PAS.

Memberi dalil, tindakan MB Kedah tu adalah satu dakwah.


Dakwah kepala hotak dia.


Dan dalam muktamar PAS 2024.

Ada seorang pemimpin dan perwakilan PAS dari Perlis.

Namanya ialah Mohd Saifizi Saidon.

Dia berucap atas pentas muktamar.

Dia dedahkan ada pemimpin PAS yang berkali-kali salam wanita.

Dia tidak sebut nama siapa.

Dia persoalkan, kenapa sampai hari ini, tiada tindakan disiplin ke atas pemimpin PAS yang berkali-kali salam wanita itu?


Dan terbaru.

MP PAS Pasir Puteh.

Merangkap SU Majlis Syura Ulamak PAS.

Bercakap degar-degar atas pentas ceramah PAS.

Di hadapan penyokong PAS.

Dia mencela dan memfitnah Sahabat Nabi.


Dia fitnah Saidina Abu Bakar tu BAPAK CETI.

Dia fitnah Saidina Abu Bakar jadi kaya dengan peras orang miskin, makan duit riba.


Dia fitnah Saidina Umar ada HOBI BERZINA.

Dia fitnah Saidina Umar boleh berzina dengan mana-mana isteri orang masa tu.


Ada PAS ambil tindakan?

Tiada langsung.


Apa PAS buat?

PAS 'menerima' permohonan maaf.

PAS beri alasan ia kesalahan pertama.

Tak perlu diambil tindakan, tak perlu dipecat.


Jika kesalahan pertama boleh PAS maafkan.


Kenapa MB Kedah berkali-kali karaoke mendekati zina tidak dipecat?


Kenapa pemimpin PAS yang bersalaman dengan wanita berkali-kali tidak dipecat seperti yang didedahkan oleh pemimpin PAS Perlis?


Munafik, kan?


Sebab inilah.

PAS hari ni bukanlah parti Islam.

PAS tidak layak lagi digelar parti Islam walaupun namanya ada perkataan Islam.


Sejahat-jahat mana pun UMNO.

Sejahat-jahat mana pun PKR.

Sejahat-jahat mana pun DAP.

Tidak akan dapat mengatasi kejahatan PAS yang menghina dan mencela Sahabat Nabi.


Laknat Allah ke atas pencela Sahabat Nabi seperti PAS dan para penyokongnya.

:)




LEBAI PAS BUAT QAMAI LAGI


 

Siapa yang berjanji projek LRA siap 2023,lepas tu berjanji projek siap 2025.

 








Siapa yang berjanji projek LRA siap 2023,lepas tu berjanji projek siap 2025.

Bila x siap bagi alasan Menteri nak cari salah MB Kedah.

Salah KSU.

Salah JKR.

Bukan salah MB sebab KSU dan JKR penguasa.

(Sumber Harakah)

Nak tanya je KSU negeri tu melapor pada siapa.

Pengerusi Sada tu siapa?

Semua tu melapor pada kerajaan pusat ke?

Jadi apa fungsi MB kat Kedah dan pengerusi Sada klau ada masalah bukan dibawah kawalan MB.

Kalau macam tu tugas MB hanya tukang umum je ke?




PAS TIPU RAKYAT

UEC di iktiraf untuk 4 program Ijazah sahaja, iaitu ijazah the Sastera Cina, Linguistik Cina, Pengajian Cina dan Bahasa Cina sahaja, bukan untuk semua program di IPTA. Cubalah jgn baca berita sparuh masal @ baca tajuk..laju nk mgulas saja..tahun 2021 lupa ke kerajaan PN pun iktiraf UEC utk masuk kemasukan IPG? Nak ty juga, masa tu PN ikut telunjuk DAP juga ke?


 

CHAMELEON

 



CHAMELEON

(Siri Ada Apa Dengan PM?)


Bahang PRU makin terasa.

Dah hujung-hujung penggal ni, biasanya pengundi dah makin menyampah dengan PM yang ada.

Itu kita tengok dari zaman Tun M dan Pak Lah. Najib dan Muhyiddin. Sampailah zaman Anwar sekarang.


Biasanya, bila pengundi atas pagar menyampah dengan PM sedia ada, kita akan shopping yang lain pula. Banyak options yang ada.


♦️ PAS dah mula nak Dr Sam, dah angkat dia jadi Ketua Pembangkang.

♦️ Bersatu masih juga ada angan-angan. Namun masih lagi pusing roundabout. Antara Muhyiddin atau Hamzah Zainuddin.

♦️ Bagi pengundi PH yang dah disillusioned dengan Kerajaan sedia ada. Mereka nak angkat Rafizi Ramli jadi future PM Malaysia. Harapkan RR benam Anwar next pilihan raya.

♦️ Bagi BN pula, mereka mengharapkan comeback UMNO memerintah negara. Ini kalilah, mungkin anak murid mendahului cikgunya.


Begitulah asam garam dunia politik kita.


**************


Saya selalu percaya, bukan mudah jadi PM Malaysia. Kita antara negara yang bukan mono-racial. Kita berbilang bangsa. Dan penduduk majoriti Melayu Islam hanya 58% sahaja. Banyak benda kena buat untuk imbangi kepentingan semua kaum dan bangsa.


Namun yang paling utama, Malaysia ini negara dagang. A trade nation. Makanya, skill diplomasi dan geopolitik sangat penting juga.


PM Malaysia bukan sahaja kena dihormati di Asia Tenggara tetapi punya hubungan dengan pemimpin-pemimpin besar dunia. Kerana untuk “hidup” sebagai negara kerdil, kita kena bijak dan licik tak side mana-mana. Kalau tak, lumat kita dikerjakan mereka.


Ini saya rasa advantage PMX. 3 tahun ini banyak dibuatnya dan mendapat pujian antarabangsa.


🟦 Bilamana dia baik dengan Trump, layan pakcik tu masa Summit ASEAN, sempat menari zapin pula. Ada ketika PMX hentam dengan keras Izrahell dan Netanyahu di PBB dan WTO, US diam sahaja. Tiada kata apa.


🟦 Bila mana Malaysia antara negara pertama yang sign RTA dengan Amerika, stabilkan industri kita. Makanya lepas tu, trade dan RM kita antara terbaik di Asia. Walau RTA dihentam pada mula, namun sebab ia tak ada gigi, dibatalkan oleh Kongres Amerika. Itu tunjukkan kompromi Malaysia berbaloi. Smart move di situ.


🟦 Strategi Malaysia baik dengan Russia dan China melalui BRICS juga berharga. Mengimbangi pengaruh Amerika. Kedua-dua Rusia dan China mengiktiraf Malaysia sahabat baik mereka. Sekarang, masa Malaysia susah, kita nego dengan Rusia dan China bantu kita. Rusia pun dah janji nak bekal minyak.


Tunjukkan fierce neutrality Malaysia ini berjaya.


Dulu zaman 90-an kita baca, Anwar ini seorang chameleon. Dia pandai tukar ikut keadaan. Pada kita, selagi mana beliau bertindak untuk negara dan mendatangkan hasil pula, kita sokonglah. Selagi tak melanggar garis merah.


**************


Now, saya percaya kebarangkalian dia nak sambung penggal kedua, tak adalah tinggi mana. Dengan banyak dasar tidak popular pasal subsidi, dan keputusan yang ramai rasa pelik-pelik, sepenggal itu mungkin.


Cuma, sesiapa pun yang anda harap jadi PM menggantikan dia, pastikan walaupun mereka bukan battle-tested di persada antarabangsa, dia kenalah battle-ready ya.


Kerana di luar sana, bila Malaysia berdepan dengan Trump, Putin, Netanyahu dan Xi Jinping, bukan calang-calang boleh handle mereka.


Nak mereka ikut kemahuan kita, kena tahu kompromi tanpa jadi timid. Kena tahu bagaimana nak campak bargaining chip dengan letak ego ke tepi. Dan yang paling penting dalam mendapatkan apa yang Malaysia perlu, kena terus pertahankan garis merah itu.


Bukan pemimpin kaleng-kaleng boleh buat begitu.


Sang kancil mungkin fikir dia boleh kalahkan buaya. Ketuk-ketuk sahaja kepalanya.


Tapi di luar sana bukan setakat buaya. Naga dan T-Rex pun ada ya. Bersediakah dia?


Doakan Tuhan kurniakan pemimpin terbaik untuk memimpin negara. Kerana dialah wakil nombor satu rakyat Malaysia menghadap dunia.


Salam hormat,

Liyana Marzuki


NB — Ini posting pertama dalam Siri “Ada Apa Dengan PM?” Nanti sis rajin minggu ni sis tulis lagi.





APA KERAJAAN MADANI LAKSANAKAN DI JOHOR . JOM DENGAR FAKTA. - Ucapan Timbalan Pengerusi PH Anthony Loke di Konvensyen Pakatan Harapan 2026 @ Johor


 

𝗦𝗔𝗛𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗡𝗔𝗕𝗜 𝗗𝗜𝗛𝗜𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗥𝗘𝗞𝗔 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗧𝗜𝗞𝗨𝗦, 𝗜𝗦𝗨 𝗨𝗘𝗖 𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦 𝗔𝗖𝗔𝗛 𝗛𝗘𝗥𝗢




1. Tidak sampai seminggu isu Nik Zawawi Salleh menghina Sahabat Rasulullah SAW timbul.
2. Ramai yang selama ini lantang, tiba-tiba senyap macam tikus.
3. Ada pula yang lebih sibuk mempertahankan pemimpin PAS itu daripada mempertahankan maruah Sahabat Nabi yang dihina.
4. Tapi bila timbul isu UEC, golongan sama terus muncul bertepik terlolong seolah-olah merekalah paling besar perjuangannya.
5. Beberapa hari diam dalam group WhatsApp, tiba-tiba paling aktif forward propaganda UEC.
6. Mereka cuba alihkan fokus masyarakat daripada isu hina Sahabat Nabi kepada UEC.
7. Seolah-olah bagi mereka, isu UEC lebih besar daripada isu seorang pemimpin PAS menghina Sahabat Rasulullah SAW.
8. Kata-kata “Diam saat agamamu dihina, gantilah bajumu dengan kain kapan” tiba-tiba macam tak terpakai kepada mereka.
9. Inilah hipokrasi sebahagian golongan yang suka menunggang isu agama dan kaum — bukan sebab benar-benar cintakan agama, tetapi sebab mahu menyerang musuh politik.
10. Waktu serang musuh politik, bukan main garang. Kenyataan media dan video penuh ugutan, sampai keluar ayat “lu sapa?”.
11. Bila isu Nik Zawawi timbul, nada terus berubah. Tiba-tiba semua bercakap lembut, penuh nasihat dan saranan.
12. Selama ini, suka tuduh orang lain hina agama dan hina ulama. Tetapi bila Ahli Majlis Syura Ulama PAS sendiri terpalit isu menghina Sahabat Rasulullah SAW, cukup sekadar mohon maaf dah dianggap selesai.
13. Nampak tak bezanya?





HAMZAH ZAINUDDIN PUN NAK TUBUH PARTI BARU







Selepas dibuang dari BERSATU, digugurkan jadi Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin kini nak tubuh parti baru.
Saya teliti satu satu tulisan dia di kertas putih yang dia tulis tu, dah boleh agak apa dia taklimat kan.
Tak lari jauh, parti baru dia ni berlegar di tempat sama je dari Bersatu, tak mustahil lagi teruk.
Parti Melayu lagi, jadi Melayu pecah 7 Kumpulan
Bersatu ada juga Muhyiddin dan Azmin, parti baru Hamzah ni siapa yang nak ditonjolkan?
Kamu sendiri ke? Kelaut lah!
Berikut apa yang dia tulis;
“Berfikir, Berkorban, Allah, Rahmat, Mindset, Reset”
“Compassionate Governance (Tadbir Urus Ihsan)”
“Judiciary (Kehakiman)”
“Curi susu (utk) anak”
Masa kamu berkuasa dulu, MINYAK MASAK pun lesap.
Terutamanya waktu kamu menjadi Menteri Dalam Negeri.




[Video Penuh] PRN Johor jadi medan ujian terbesar PH - Saifuddin Nasution


 

HRC LIVE!! - MADANI TUMBANG - UMNO DAH L4NGG4R - PH AKAN LAWAN HABISAN | TERSERLAH SIAPA RAFIZI

 


ANWAR RUNDING DENGAN ZAHID? PH TANDING SEMUA KERUSI DUN JOHOR, NEGERI SEMBILAN


 

TERKINI: PH Tak Tolak Bertanding Solo Pada PRU16, PRN Johor – PM Anwar

 


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026.

JOHOR BAHRU, 17 Mei – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak gabungan itu bersedia bertanding secara solo pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang selepas mengumumkan akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dan 36 kerusi DUN Negeri Sembilan.

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap tindakan Barisan Nasional (BN) Johor yang mengumumkan akan bergerak solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Menurut beliau, PH tidak akan berdiam diri sekiranya rakan dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk ‘bertempur’ dalam pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026.

“Kalau mereka sudah ambil keputusan untuk bertempur, jawapan kita harus tegas.

“Hari ini PH mengambil keputusan untuk menjawab dengan tegas. Kalau inilah pilihan mereka, PH akan bertanding di semua kawasan,” katanya ketika berucap pada Konvensyen PH 2026 di Pusat konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata, keputusan tersebut bukan sahaja melibatkan Johor dan Negeri Sembilan malah semua kerusi DUN di Selangor, Pulau Pinang serta Pahang turut disenaraikan untuk ditandingi PH secara menyeluruh.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Konvensyen PH 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor pada 17 Mei 2026.

“Di Johor sudah diumumkan, Negeri Sembilan juga hampir selesai, kita lawan semuanya,” katanya.

Beliau bagaimanapun menegaskan PH masih terbuka untuk berunding sekiranya kerjasama politik dalam Kerajaan Perpaduan dapat diperkukuhkan demi kestabilan negara.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, kerajaan hari ini dibina atas asas kestabilan politik dan kerjasama pelbagai kaum bagi memastikan pembangunan negara dapat diteruskan.

Namun katanya, jika ada pihak memilih untuk meretakkan hubungan sedia ada, PH juga bersedia menghadapi pertandingan secara terbuka.

“Gendang sudah dipalu, perang sudah diisytiharkan. Kalau mereka pilih untuk bertempur, kita lawan dengan bersungguh-sungguh,” katanya.

“Saya akan bincang dengan kawan-kawan PH secara serius. Kalau inilah cara untuk memperkukuh kekuatan dan meretakkan hubungan dalam kerajaan, apakah mungkin kita pilih untuk bertanding sendiri pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.




Adakah kekosongan yang diakibatkan oleh Rafizi & friends bakal trigger sebuah PRK?

 

Adrian Lim Chee En





Jawapannya TIDAK.
Menurut Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, kekosongan luar jangka haruslah berlaku dalam tempoh 3 tahun pertama Parlimen bersidang.
Ertinya, kekosongan ini tidak boleh jatuh dalam tempoh dua tahun terakhir sebelum Parlimen terbubar secara automatik.
Persidangan pertama Parlimen kali ini berlangsung pada 13 Februari 2023.
Maka tempoh lima tahun sebelum Parlimen terbubar secara automatik, tarikhnya 13 Februari 2028.
Sekiranya kekosongan berlaku sebelum 13 Februari 2026 (3 tahun pertama), ada lah PRK.
Sekiranya kekosongan berlaku selepas 13 Februari 2026 (2 tahun terakhir), tidak ada lah PRK.
Ada orang dakwa, kekosongan yang diakibatkan oleh Rafizi & friends telah disengajakan berlaku selepas 13 Februari 2026, supaya tidak berlaku PRK, kerana Rafizi tidak yakin mampu memenangi mana-mana kerusi sekiranya PRK diadakan.
Walhal Rafizi & friends telah kalah dalam pilihan raya parti sejak tahun lalu, sejak bulan Mei 2025 lagi. Dah lebih setahun Rafizi dan PMX tidak sebulu, sepatutnya Rafizi dah awal-awal umum keluar Keadilan & tubuh baharu, cetuskan PRK, tanding & menangkan kerusi-kerusi PRK.
Hmmm. Itu saya tidak tau lah. Itu kene tanya Rafizi & friends. Saya jawab pasal kedudukan Perlembagaan Persekutuan & undang-undang negara je.




Bantuan Pelajaran MADANI: 230 Penuntut IPT Tambun Terima RM178,000

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Skim di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun pada 16 Mei 2026.

TAMBUN, 17 Mei – Sebanyak 230 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) dari kawasan Parlimen Tambun menerima manfaat Program Bantuan Pelajaran MADANI Peringkat Parlimen Tambun 2026 dengan jumlah keseluruhan RM178,000.

Pegawai Khas Ahli Parlimen Tambun Mohamad Hairul Amir Sabri berkata program itu dilaksanakan sebagai usaha berterusan membantu meringankan beban kewangan penuntut dan keluarga, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos pendidikan dan perbelanjaan harian sepanjang pengajian.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Skim di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun pada 16 Mei 2026.

Beliau berkata menerusi bantuan itu, penuntut peringkat diploma menerima sumbangan RM500 seorang manakala ijazah sarjana muda RM1,000 seorang bagi membantu menampung keperluan pembelajaran, penginapan, pengangkutan dan perbelanjaan asas pengajian.

“Simbolik penyerahan bantuan kepada 10 penuntut disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Peluncuran Skim di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun hari ini (Sabtu),” katanya dalam kenyataan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Peluncuran Skim di Dewan Serbaguna Bandar Baru Tambun pada 16 Mei 2026.

Mohamad Hairul Amir berkata beliau telah menyerahkan sumbangan kepada baki 220 penuntut di sebuah pasar raya pada Sabtu.

Beliau berkata pelaksanaan program bantuan pendidikan itu mencerminkan komitmen berterusan Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun dalam memastikan agenda pembangunan pendidikan dan modal insan terus diberi perhatian khusus, terutamanya yang melibatkan golongan muda.

Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan baki bantuan kepada pelajar IPT di Tambun pada 16 Mei 2026.

“Selain membantu mengurangkan tekanan kewangan keluarga, inisiatif itu turut diharap mampu meningkatkan motivasi penuntut untuk terus menumpukan perhatian terhadap pengajian dan mencapai kecemerlangan akademik dalam bidang masing-masing.

“Program Bantuan Pelajaran MADANI juga dilihat selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang memberi penekanan terhadap aspek kesejahteraan rakyat, pembangunan insan, pendidikan berkualiti dan peluang yang lebih adil kepada masyarakat tanpa mengira latar belakang,” katanya.

Justeru, beliau berkata Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Tambun komited memperkukuh pelbagai inisiatif kebajikan dan pendidikan demi memastikan golongan pelajar, khususnya di kawasan Tambun terus mendapat sokongan sewajarnya dalam melanjutkan pengajian dan membina masa depan lebih baik.