VIDEO : Pengkaji perakaunan forensik tinggalkan Umno kerana isu 1MDB


Pengkaji perakaunan forensik tinggalkan Umno kerana isu 1MDB


Radzi, 41, kini bertugas sebagai pensyarah di University of Tasmania di Hobart, di selatan Australia. 
Ketika ditemui di Ketereh, Kelantan, Radzi berkata beliau juga kini sedang menyiapkan satu tulisan mengenai 1MDB yang merupakan sebahagian daripada kajiannya.
“Saya juga guna kes 1MDB sebagai sebahagian daripada contoh dalam pengajaran. Contohnya apabila guna fair value accounting,” katanya kepada The Malaysian Insight.Menjelang 2015, timbul pula kes melibatkan Xavier Andre Justo, seorang bekas kakitangan di PetroSaudi International iaitu sebuah firma yang pernah berunding dengan 1MDB.
Xavier mendedahkan maklumat sulit daripada PetroSaudi kepada pengendali laman Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown dan juga kepada pemilik kumpulan media The Edge, Tong Kooi Ong.
Maklumat sulit itu didakwa berhubung kecurian jutaan dollar dari 1MDB dalam rundingan dengan PetroSaudi.
Susulan itu, bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mula membuka mulut untuk mengulas mengenai 1MDB. 

Wang RM2.6 bilion dalam akaun Najib
Jelasnya, kerajaan sepatutnya dapat menafikan pemindahan wang itu tidak berlaku kerana segala transaksi berkenaan dapat dikesan dengan mudah.
“Orang sudah tunjuk duit pergi sini masuk ke sini, sepatutnya kerajaan cakaplah itu tidak berlaku. Bila kita cakap tentang forensik, kita bercakap tentang pergerakan wang dalam sistem perbankan. 
“Wang itu boleh dikesan jika pergi ke mana-manapun. Tidak susah langsung, jadi dia nafikanlah pemindahan itu berlaku di antara akaun. Jadi orang akan fikir, betul atau tidak cerita itu (yang didakwa The Edge).”
Pada waktu itu juga, akhbar berpengaruh Wall Street Journal menyiarkan laporan mengenai wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun Perdana Menteri Najib Razak.
Sedia jadi calon
Radzi berkata, beliau melihat tidak ramai ahli Umno yang berani mengisytiharkan diri keluar parti untuk menyertai parti Bersatu, tetapi ramai yang bertindak berdiam diri.
“Yang senyap ini ramai. Pengaruh ahli yang senyap inilah yang dipandang rendah sebenarnya. Terutama golongan profesional, akauntan yang faham isu ini, bila kaji betul-betul, mereka akan tengok yang benda ini merapu,” katanya.
Beliau kini dipilih menjadi ketua Bersatu bahagian Ketereh, kawasan yang diwakili ketuanya sewaktu dalam Umno, Annuar Musa. 
“Sekiranya pucuk pimpinan merasakan saya layak dan mampu untuk mendapatkan kemenangan bagi Pakatan Harapan di Parlimen Ketereh dan tiada sebarang aral, insya-Allah saya akan pikul amanah tersebut. 
“Apapun, perlu ditekankan yang saya serahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan,” katanya lagi kepada The Malaysian Insight.




HADI AWANG LEBIH BOROS DARIPADA NAJIB?




Hasrat Pas untuk mewujudkan dua barisan kabinet yang berbeza dalam pentadbiran kerajaan, satu untuk Islam dan satu lagi untuk bukan Islam, bukan saja tidak praktikal dan akan mewujudkan lebih banyak pemisahan dalam konteks masyarakat pelbagai kaum, bahkan juga menunjukkan "nafsu besar"  Hadi Awang dalam membelanjakan wang negara.

Melalui dua barisan kabinet itu, jumlah barisan menteri Hadi nanti sudah tentu jauh lebih besar daripada yang ada sekarang.

Jika anggota kabinet Najib Razak seramai 35 yang ada sekarang pun sudah dianggap terbesar dalam dunia berdasarkan jumlah penduduk Malaysia hanya 31 juta orang, dua barisan kabinet impian Hadi itu sudah tentu mencakupi jumlah seramai antara 40 atau 50 orang jumlahnya.

Berapakah wang negara yang perlu dihabiskan untuk membayar gaji serta elaun menteri-menteri seramai itu?

Termasuk dengan kakitangan, kemudahan pejabat dan lain-lainnya, tidakkah ini menunjukkan Hadi ingin membazir dan lebih memboros berbanding Najib yang sudah sedia boros?

Selain itu, dua barisan kabinet yang dibayangkan Hadi itu juga tidak mungkin menghasilkan suatu keputusan yang terbaik untuk negara, sebaliknya akan menjarakkan lagi jurang pemisahan antara kaum dan agama.

Sudah tentu kabinet itu akan membuat keputusan berdasarkan kepentingan masing-masing dan akhirnya mereka bertelagah sesama sendiri dalam banyak perkara.

Apa jadi kepada perpaduan kaum dan agama akhirnya?

Yang lebih meragukan, berdasarkan perwatakan Hadi yang lemah, tidak teguh dan sering berubah-ubah, mampukah beliau mendamaikan kabinet Islam dan bukan Islam itu jika kerap berlaku perbalahan dan perbezaan pendapat?

Apa pun, jika dengan bertanding 130 kerusi saja Pas sudah ada angan-angan untuk membentuk sebuah kerajaan sendiri dan ia dianggap angan-angan Mat Jenin, mewujudkan dua barisan kabinet menunjukkan betapa lebih jauh "Mat Jeninnya" Hadi dalam percaturan politiknya sejak kebelakangan ini.

Apa sebenarnya yang dikejar Hadi?

Kenapa banyak sangat berangan-angan seperti Mat Jenin?

Bukankah yang paling realistik bagi Pas ketika ini ialah terus berdakap erat dengan Najib, UMNO dan BN? (ShahbudinHusin 05/02/2018

NAJIB SILAP SASAR PENDAPATAN TINGGI BUKAN KUASA BELI – TUN M

PERSEMPADANAN SEMULA, TIGA PENJURU TAK JEJAS PH DI SELANGOR

PAS Kelantan akan jatuh dengan sendiri akibat kegagalan urus tadbir


Masalah bekalan air yang berlarutan dan kelembapan pembangunan boleh menjadi punca kerajaan PAS Kelantan jatuh dengan sendirinya pada pilihan raya umum akan datang kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Datuk Husam Musa.
Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang mendakwa wujud kerjasama antara UMNO dan AMANAH untuk menjatuhkan kerajaan PAS di negeri itu.
“Saya nak jawab Nik Amar yang kata AMANAH nak jatuhkan kerajaan PAS di Kelantan.
“Saya sudah beratus kali sebut, PAS Kelantan ini kita tidak payah jatuhkan kerana ia akan jatuh dengan sendiri..dengan masalah air yang tak selesai, masalah pembangunan dia nak perlahankan.
“Kalau kerajaan PAS jatuh, itu sudah natural, bila rakyat tolak dan bukan sekali ini kerajaan PAS Kelantan (pernah) jatuh,” katanya ketika merasmikan pelancaran Jentera Pilihanraya Harapan Tanah Merah, malam tadi lapor Sinar Harian.
PAS Kelantan juga dibidas kerana cuba mengelirukan rakyat apabila mendakwa memiliki sumber kewangan yang cukup untuk mentadbir tetapi anehnya, kerajaan negeri terpaksa meminta ‘sedekah’ dari kerajaan Pusat.
“Kalau kerajaan BN tak beri duit, (kerajaan negeri) nak bayar gaji (kakitangan awam negeri) pun tak cukup, kena minta sedekah dengan kerajaan pusat.
“Jangan kelirukan rakyat, kata kerajaan Kelantan cukup duit kerana defisit belanjawan mengurus pada tahun lepas sahaja RM100 juta yang dibayar kerajaan pusat.
“Bila kerajaan pusat bagi duit, maknanya duit tak cukup. Dari satu sudut, perkara ini tak perlu diperbesarkan kerana itu tanggungjawab kerajaan pusat tapi dari satu sudut lain, kerajaan negeri kena mengaku duit tak cukup,” jelasnya lagi. 

DAP bimbang nasib pekerja Proton


DAP melahirkan rasa bimbang mengenai nasib yang akan menimpa lebih 10,000 kakitangan Proton Holdings Berhad (Proton)walaupun Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua, Datuk Seri Ong Ka Chuan menafikan ura-ura tindakan membuang pekerja syarikat tersebut.
Baru-baru ini, Ong dipetik sebagai berkata, kerajaan menafikan wujudnya khabar angin mengenai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Li Chunrong yang dikatakan mahu memecat sebilangan kakitangan Proton.
Pengerusi Biro Buruh DAP, A. Sivanesan berkata, Ong tiada kuasa untuk membuat penafian tersebut kerana Proton kini dimiliki oleh Zhejiang Geely Holding Group Co., Ltd (Geely) selaku pemegang saham tersebar dan kerajaan tidak lagi memiliki pegangan saham dalam firma automotif tempatan itu.
“Sedangkan ketika kerajaan memegang Malaysia Airlines (MAS) menerusi pegangan saham Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) sekalipun berlaku pembuangan 6,000 pekerja MAS, apatah lagi Proton tidak lagi dimiliki oleh kerajaan,” katanya kepada Roketkini.
Selain memecat kakitangan Proton, khabar angin tersebut turut memetik tindakan Li yang mengendalikan mesyuarat dalam bahasa Cina sehingga menimbulkan kegelisahan ke atas beberapa pengurus tempatan.
Ong yang juga setiausaha agung MCA, walau bagaimanapun mendedahkan, Li memberi kata-dua kepada pembekal komponen automotif Proton untuk mengurangkan harga sebanyak 30 peratus.
Beberapa tahun yang lalu, negara dikejutkan dengan tindakan MAS yang membuang 6,000 pekerja atas alasan sebahagian daripada pelan 12 perkara yang ditetapkan oleh Khazanah bagi memulihkan firma penerbangan tersebut.
Mengulas lanjut, Sivanesan yang juga ADUN Sungkai berkata, DAP mahu Li memberi jaminan untuk tidak melakukan aktiviti pembuangan pekerja dalam tempoh lima tahun pertama Geely mengambil alih Proton.
“Menteri BN juga termasuk Ong dan juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diminta tidak berdolak-dalih dalam hal ini.
“Mereka mesti bertanggung jawab dalam menjaga periuk nasi lebih 10,000 kakitangan Proton menerusi jaminan serta tindakan yang jitu untuk tidak sewenang-wenangnya membuang pekerja,” jelas beliau. 

INDUSTRI TEMPATAN MATI, PELUANG KERJA HILANG – TUN M

BN TIADA IDEA RAIH SOKONGAN MELAYU, HANYA GUNA PAS UNTUK PECAH BELAH UNDI MELAYU

HUTANG KERAJAAN BESAR, BERKEMBANG DENGAN PESAT – DR JOMO