SAMBUTAN LUAR BIASA UNTUK KETUA UMUM DAN PRESIDEN DI PULAU PINANG








LAWATAN KERJA 1 FEBRUARI







Lawatan kerja sehari Ketua Umum dan presiden PKR ke Pulau Pinang mendapat sambutan yang luar biasa.Lawatan muhibbah bersempena Sambutan Tahun Baru Cina dan sambil bekerja Ketua Umum ke Permatang Pauh menjadi lebih meriah apabila ribuan orang hadir dalam setiap ceramah dan lawaatn beliau ke majlis jamuan dan sambutan Tahun Baru Cina diadakan.

Beliau bermula dengan menerima kunjungan seramai 13 orang pekerja perpustakaan negeri yang di berhentikan dan menyelesaikan masalah mereka di Yayasan Aman dan kemudian ke majlis kenduri kahwin di dewan Kim Seng.Majlis kenduri anak kepada seorang penyokong diawal perjuangan reformasi dulu berlangsung di dewan di Bukit Mertajam.Dato seri Anwar adalah tetamu khas pada majlis perkahwinan pasangan tersebut

Anwar kemudiannya ke kawasan ladang penternakan kambing yang di usahakan oleh seorang anak tempatan yang mengusahakan ladang ternakan dan restoran di kampong Pelet Kubang Semang dimana beliau menternak kambing import dan juga tempatan selain megusahakan restoran yang berkonsepkan hasil kambing dan susunya.Ladang yang di beri nama Mutiara Kristal ini diusahakan beliau bersama isterinya.



MELAKUKAN LAWATAN KE LADANG DAN RESTORAN CRISTAL MUTIARA


















DSAI BERJALAN BERSAMA ORANG RAMAI KE DEWAN MACHANG BUBUK










Pada sebelah petangnya Dato seri Anwar menghadiri Majlis jamuan sambutan Tahun Baru Cina di dewan St Ann Bukit Mertajam dimana majlis yang dihadiri lebih 5000 orang didalam dan luar dewan ini adalah majlis jamuan negeri yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri dan para barisan EXCO kerajaan negeri .

Anwar kemudiannya ke perkampungan Machang Bubuk dimana beliau juga di raikan di satu majlis sambutan tahun baru Cina disamping merasmikan cawangan baru dan menerima ahli baru PKR seramai 200 orang .Machang Bubuk adalah kerusi PKR di bawah YB Tan Hock Leong.

Anwar kemudiannya bersama rakyat berjalam sejauh 150 meter ke dewan dan di iringi ra 1500 orang ke dewan di mana jamuan di adakan.

Acara kemuncak ialah pada sebelah malam di taman Chai Leng Park dimana sambutan majlis diadakan di restoran Wellesly dimanabeberapa persembahan, tayangan berkaitan dengan nasib rakyat Palestin, persembahan dan juga pentomen ,pukulan gendang cina dan ucapan diberikan.










Persembahan nyanyian lagu negaraku oleh kanak-kanak tadika dan nyanyian lagu PKR bersama kanak-kanak tadika dan juga wanita PKR di adakan.selain hidangan dan juga jamuan makan malam.










klik pada gambar untuk besarkan

























PKR AKAN TETAP DI TERIMA RAKYAT MALAYSIA











Dalam ceramahdi dewan St Ann Dato Seri Anwar menjelaskan bahawa PKR akan tetap di terima rakyat kerana konsepnya yang bebilang kaum dan kerana ianya tidak berasaskan kepada perkauman bagi membantu rakyat. Membantu rakyat adalah adalah perjuangn PKR tanpa mengira kaum.

Beliau menjelaskan bagaimana kerajaan di Perak di bawah pimpinan Dato Seri Nizar yang memberi tanah kepada kaum Cina di perkampungan baru di jadikan isu oleh Umno Perak.malah menurut Dato Seri Anwar lagi Umno memberi sebuah bukit kepada seorang Cina yang kaya , untuk di jadikan pusat judi , tidak pula dibantah oleh oleh ahli Umno Perak yang lain dan pimpinan Umno Perak.

“Bila kerajaan Pakatan Rakyat memberi tanah kepada penduduk Cina di perkampugan baru di negeri Perak oleh Dato Seri Nizar, pimpinan Umno membantah kononnya ianya hanya mementingkan kaum Cina, Anwar hanya menyokong cina, Tetapi apabila Umno memberi sebuah bukit kepada seorang tauke Cina untuk pusat judi,pimpinan Umno yang lain tak pula membantah, Kita akan tetap memberi kemudahan dan keperluan kepada rakyat tanpa mengira kaum jika ianya di fikirkan sesuai untuk rakyat.jika Melayu kita tolong, Cina juga kita tolong , India juga kita tolong.Ini adalah negara untuk rakyat bukan untuk satu-satu kaum sahaja “ demikain jelas Dato Seri Anwar di sambut dengan tepukan gemuruh lapisan rakyat yang memenuhi dewan St Ann.


Berhubung dengan keadaan ekonomi yang lembap pula, Anwar membidas kerajaan Bn dengan menyatakan pimpinan seringkali memutarbelitkan kenyataan fakta berhubung dengan keadaan ekonomi.banyak yang dibuang kerja, namun ada inisiatif kerajaan pakatan Rakyat cuba membantu.Beliau memberi contoh di Singapura dimana kerajaan negara tersebut seringkali membuat penggumuman kepada rakyat dalam negara berhubung dengan status ekonomi agar rakyat sentiasa bersedia.Kerajaan harus telus kepada rakyat dan bukan sebaliknya.

“Maka sebab itulah apabila rakyat di Cherok To Kun dan di Bukit Mertajam ke kedai membeli barang keperluan, harga barang meningkat , tetapi kerajaan BN kata harga murah.Inflasi tak naik .Cuba lihat di negara jiran kira Singapura, setiap 2 kali dalam seminggu kerajaan negara tersebut menjelaskan kepada rakyat berhubung dengan situasi semasa keadaan ekonomi dalam negara mereka“ , demikian jelas Dato Seri Anwar lagi dalam ceramah beliau.










Berhubung dengan 2 adun PKR yang di katakan melompat parti, Dato Seri Anwar menjelaskan bahawa jika dulu Perdana Menteri menjelaskan bahawa melompat parti adalah perbuatan yang tidak bermoral, namun jika berlaku kepada dua adun PKR ianya dilihat sebagai satu perbuatan yang juga tidak bermoral. Kononnya ada ura-ura wakil rakyat kita akan melompat, Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sedia untuk melompat kepada Umno , namun sehingga kini kerajaan pakatan Rakyat Perak masih kukuh.

“Dulu masa ada ura-ura wakil Umno nak melompat, mereka kata perbuatan melompat parti adalah tidak bermoral, namun kini PM kata wakil PKR akan lompat masuk Umno,mahzahab mana yang Pak Lah pakai? Sekejab boleh sekejab tak boleh .”demikian jelas beliau disambut dengan tepukan gemuruh dan ketawa orang ramai yang hadir.


Oleh yang demikian rakyat melihat semua ini sebagai satu perbuatan yang dilihat lebih mementingkan diri mereka semata-mata(Umno/Bn) untuk kepentingan mereka dan bukan kepentingan rakyat.PKR dan barisan Pakatan Rakyat telah berjanji untuk membantu rakyat dan rakyat harus yakin dan perlu berubah seberapa segera bagi mengangkat martabat rakyat dan bukan martabat pemimpin .Rakyat harus sedar bahawa BN bukan lagi sebuah parti yang dapat membantu menyelesaikan masalah rakyat tetapi masaalah untuk mengekalkan kuasa pimpinan mereka semata-mata. Negara kita kaya namun kita menjadi miskin akibat salah pengurusan.Kita mahu negara kita menjadi lebih baik untuk tahun ini dan tahun yang akan mendatang. Kita mahu kerajaan telus dan lebih adil kepada rakyat . Jika semua rakyat macam masyarakat Permatang Pauh dan Bukit Mertajam, negara kita telah lama berubah.Mereka adalah masyarakat yang bijak.


“Untuk nak mengharapkan berita, kita langsung tidak punya peluang.Misalnya pilihanraya di Kuala terangganu.Saban hari menunjukkan kempen yang dijalankan oleh BN dalam televisyen.Seolah-oleh calon Umno yang bertanding.namun bila keluar keputusan PAS menang.Ini menunjukkan rakyat telah hilang keyakinan kepada kerajaan”

“Malaysia adalah sebuah negara yang hebat, jika diuruskan dengan cara yang baik dan teratur,namun kita dapati banyak berlaku kekejaman dimana kematian dalam lokap,penipuan dan banyak lagi kes yang boleh diubah .Misalnya 3 buah negeri yang kaya dengan minyak iaitu Sabah ,Sarawak dan Terengganu adalah antara negara yang kaya dengan hasil minyak, namun ketiga-tiga buah negeri ini adalah negeri yang paling miskin di dalam Malaysia”, demikian jelas Anwar lagi.
klik gambar untuk besarkan

PKR NEGERI ANJUR BENGKEL PENGURUSAN PUSAT KHIDMAT ADUN













PERMATANG PAUH- Satu bengkal pengurusan dan pemantapan untuk petugas-petugas pusat khidmat ADUN telah diadakan di banggunan Yayasan Aman pada 31 Januari baru-baru ini.

Majlis yang dianjurkan oleh badan latihan PKR dibawah pejabat PKR Negeri di pengerusikan oleh Tn Hj Idrus Ibrahim ini adalah bertujuan untuk memantapakan lagi khidmat-khidmat para YB-YB PKR di Pulau Pinang.

Dalam ucapan penutup yag disampaikan oleh Dato Zahrain selaku Pengerusi perhubungan negeri, beliau menegaskan bahawa kursus dan bengkel seperti ini adalah begitu penting dan bermakna kerana ianya membuktikan bahawa PKR bukan sahaja ingin memenangi kerusi tetapi memberi khidkat terbaik dan layanan terbaik kepada masyarakat.

Menurut Tn Hj Idrus selaku pengerusi majlis latihan PKR negeri, tujuan kursus ini diadakan ialah untuk mengadakan pasukan petugas parti yang mempunyai komitmen kearah mencapai matlamat dan visi parti berdasarkan deklarasi Permatang Pauh dan agenda reformasi.

Beliau juga menjelaskan bahawa dengan terbentuknya pasukan petugas ini , ianya memberi PKR peluang untuk menilai prastasi pusat-pusat khidmat dan jika adanya kekurangan dan masaalah ianya akan dapat diatasi dengan seberapa segera.

Ini memberi peluang kepada rakyat dan masyarakat di bawah ADUN agar dapat menilai dan melaporkan masaalah mereka dengan lebih cepat sama ada datang sendiri ,menelefon,fax atau email.Dengan cara ini semua ADUN PKR akan mendapat maklumat terkini sebarang bentuk aduan, permohonan atau bantuan yang di perlukan oleh rakyat.

JAMUAN TAHUN BARU CINA TAMAN INDERAWASIH



Jamuan sempena menyambut Tahun Baru Cina anjuran Penaja PKR Cawangan Taman Inderawasih pada hari Sabtu 31 Januari 2009, waktu: 6:30ptg hingga 9:00mlm.






Dalam petang yang sama juga sumbangan bantuan persekolan YB Law Choo Kiang melalui Dr. Joyce Lee, Ketua Penaja PKR Cawagan Taman Inderawasih telah diberikan kepada 2 keluarga Melayu:




(1) Mohd Fazly Bin A Bakar, dan





(2) Norazuan Bin Ibrahim.





Tetamu Yang Hadir:






(1) YB Law Choo Kiang (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang & ADUN Bukit Tambun)


(2) YB Ong Chin Wen (ADUN Bukit Tenggah)


(3) Hjh Chek Wa bt Hj Harun (Pegawai Khas Presiden PKR, Dato’ Seri Dr. Wan Azizah)