APA UNTUNGNYA BERBUAT DEMIKIAN?
Jika benar beliau ini salah seorang AJK Pemuda Amanah Nasional, saya rasa ianya keterlaluan di dalam mengungkapkan status di dlm FB beliau sedemikian. Tiada masalah beliau menyanjung Mahathir sbg Legend, itu haknya dan kita pun tidak memaksa sesiapa untuk menyokong Anwar.
Tiada juga masalah kalau dia mahu buat poster ucapan Hari Raya hanya dengan meletakkan logo partinya dan Bersatu "black out'. Itu haknya juga. Tetapi perlu apa mahu sentuh peribadi Anwar? Anwar pernah sentuhkah mana2 pimpinan di dalam PH? Marah sangatkah kita tidak boleh jadi kerajaan di bawah Mahathir sekali lagi?
Sebagai pemegang jawatan di peringkat Pusat, beliau sepatutnya tidak boleh berkelakuan seperti ini. Ianya tidak membantu memperkuatkan Amanah jauh sekali mencemarkan imej Anwar.
WFAUZDIN NS
Ahli Parlimen PN jamu selera RM10,000 sehari, dakwa MP Batu
Ahli Parlimen Perikatan Nasional didakwa menyalahguna peruntukan kerajaan dengan menggunakan dana dari kementerian dan Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk mengadakan jamuan sesama mereka.
Ia selepas tersebarnya satu gambar sesi jamuan blok kerajaan yang dilihat turut dihadiri Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun.
Ahli Parlimen Batu P. Prabakaran berkata, jadual yang diperolehinya dari bilik Ketua Whip itu, memaparkan senarai lengkap kementerian yang akan menaja makanan bagi tarikh-tarikh sepanjang sidang Dewan Rakyat berjalan bermula 13 Julai lalu sehingga 27 Ogos ini.
Beliau mendesak agar kerajaan segera menjelaskan sama ada senarai tersebut adalah benar dan dari mana mereka peroleh wang bagi mengadakan jamuan yang dipercayai menelan belanja kira-kira RM10,000 sehari.
“Saya mohon penjelasan. Peruntukan yang digunakan Kementerian dan GLC sebenarnya duit siapa. Satu hari sekitar RM10,000. Jika 27 hari, RM270,000.
“Rakyat makan ubi kentang, mereka pula makan udang galah. Kita dapat khabar, Menteri siap bungkus makanan untuk bawa balik rumah.
“Saya ingin bertanya kepada ketua Whip, apa kepentingan jamuan makanan setiap hari dengan menggunakan peruntukan GLC dan kerajaan?,” soalnya ketika sidang media di bangunan Parlimen hari ini.
Prabakaran berkata, antara syarikat dan Kementerian yang akan mengeluarkan duit untuk sesi jamuan setiap hari itu termasuklah dari Tenaga Nasional Berhad (TNB); UDA Holdings Berhad (UDA); Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA); Menteri Perpaduan, Menteri Kesihatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT); Kementerian Pertahanan; dan Kementerian Kewangan.
Prabakaran turut membacakan resit harga makanan yang menjadi hidangan ahli-ahli Parlimen kerajaan membabitkan harga makanan seperti udang galah yang melebihi RM2,700, dan ketam RM1,900.
“Kita ada kafe di Parlimen. Kenapa nak ada ‘special treatment’. Rakyat pula dipinggirkan. Adakah ini cara mereka membela rakyat.
“Saya minta peneroka Felda datang 25 Ogos ini, datang makan sama-sama dengan MP kerajaan yang guna peruntukan anda untuk makan udang galah,” katanya.
DULU KATA TAK TAHU DUIT DARI MANA, SEKARANG UNTUK ANAK YATIM?
Dulu kata tak tahu duit dari mana, sekarang untuk anak yatim?
FB Suararakyat
Bila pendakwaraya berjaya buktikan elemen jenayah salahguna kuasa dalam pertuduhan dan Najib dipanggil membela diri, Najib cuma defend dirinya dengan mengatakan SAYA TAK TAHU, JHO LOW TIPU SAYA.
Bila bicara dah selesai, sementara tunggu rayuan, Najib ubah taktik dengan mempermainkan emosi rakyat, kononnya DUIT SRC UNTUK ANAK YATIM.
Kenapa tak sebut benda ni semasa pembelaan?
– RM3.3 juta beli hadiah kepada isteri bekas PM Qatar
– RM466,330 beli hadiah kepada isteri, Rosmah Mansor
– RM543,530 belanja di butik mewah Chanel di Honolulu, Hawaii untuk Rosmah Mansor
Ohh.. sebab Najib tak boleh buktikan sebab duit SRC tu memang untuk kemewahan diri dan ‘kawan-kawan VVVIP nya’. Dengan mudahnya pendakwaraya akan buktikan pembohongan Najib.
DASAR BARU PEKERJA ASING BUNUH EKONOMI?
Dasar baru pekerja asing bunuh ekonomi?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Mengehadkan penggunaan pekerja asing hanya kepada 3 sektor akan “membunuh” ekonomi, kata Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Setiausaha Agung J Solomon berkata, realitinya ekonomi Malaysia amat bergantung kepada buruh asing dan mengehadkan mereka untuk bekerja hanya dalam 3 sektor saja nampak seperti tindakan yang akan menjejaskan ekonomi.
Beliau menggesa kerajaan mempertimbangkan semula dasar itu.
Solomon berkata, kerajaan perlu melibatkan Majlis Penasihat Tenaga Kerja Nasional (NLAC) untuk mencari jalan penyelesaian mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing dan menangani peningkatan kadar pengangguran tempatan.
Katanya, MTUC dan Persekutuan Majikan Malaysia tidak diajak berunding sebelum kerajaan memutuskan untuk mengekang penggunaan buruh asing, dan mengecualikan NLAC adalah pelanggaran konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
Mengandaikan penduduk tempatan sedia bekerja dalam sektor 3D (kotor, sukar dan bahaya) dengan syarat dan terma sama dengan buruh asing, tidak mengetahui kos sara hidup yang tinggi sekarang dan garis kemiskinan disemak semula oleh kerajaan, katanya.
Berdasarkan statistik lebih 800,000 menganggur dalam tempoh 5 bulan tahun ini, Solomon berkata ramai rakyat tetap seperti itu kerana kerajaan gagal menyeru majikan untuk menawarkan gaji dan faedah lebih baik pada pekerjaan yang secara tradisionalnya dilakukan buruh asing.
Ramai pekerja asing yang didokumentasikan dibayar gaji minimum, manakala faedah seperti hari rehat wajib, kerja lebih masa atau faedah perubatan jarang diberi dan tidak mencukupi, katanya.
Sementara itu, beliau berkata lebih teruk apabila mereka yang tidak mempunyai dokumen dan digaji secara haram, majikan tidak bertanggungjawab membayar kurang RM1,000 setiap bulan.
“Kementerian Sumber Manusia sekarang terpaksa menangani masalah buruh yang semakin meningkat dihadapi oleh majikan di sektor utama, termasuk perusahaan kecil dan sederhana pada ketika mereka berusaha keras untuk pulih daripada sekatan yang dikenakan untuk menangani Covid-19,” katanya dipetik FMT.
Minggu lalu, kementerian menjelaskan pembekuan pengambilan pekerja asing baharu akan kekal hingga akhir tahun ini dan mereka hanya akan diambil bekerja di sektor perladangan, pertanian, dan pembinaan.
Ketika ini terdapat lebih 2 juta pekerja asing berdaftar dengan kementerian, dengan 700,000 di sektor pembuatan dan 309,000 di sektor perkhidmatan.
Pekerja yang tidak berdaftar menyumbang kira-kira 1 juta lagi di sektor ini.
DULU BUKANKAH TUAN IBRAHIM PERTIKAI RM2.6 BILION NAJIB?
Dulu bukankah Tuan Ibrahim pertikai RM2.6 bilion Najib?
Oleh: Pentadbir
Fb Tuan Ibrahim
Siapakah begitu murah hati derma RM2.6 bilion tanpa syarat?
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memaklumkan bahawa RM2.6 bilion yang didakwa dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah dana sumbangan penderma dan bukan 1MDB.
Kini, timbul beberapa persoalan lanjut:
1. Mengapakah akaun itu ditutup jikalau ia dianggap bukan satu kesalahan?
2. Siapa penderma yang sebegitu murah hati?
3. Apakah ini derma dan bukan rasuah untuk habuan tertentu? Apakah siasatan SPRM telah melihat perkara ini?
4. Apakah syarat-syarat derma RM2.6 bilion? Sudah dibayangkan derma sebesar ini dilakukan tanpa syarat ke akaun Perdana Menteri.
5. Apakah ini sekadar permainan perakaunan?
6. Jika betul ia bukan duit 1MDB, mengapa sehingga kini saman kepada Wall Street Journal masih tertangguh?
7. Ketika wang derma dimasukkan ke akaun Najib, apakah Ambank memaklumkan perkara ini kepada Bank Negara?
8. Mengapa Lembaga Hasil Dalam Negeri berdiam diri apabila ada akaun perseorangan yang memiliki dana sebanyak RM2.6 bilion?
9. Mengapa Najib mengambil masa sebegitu lama untuk menjawab persoalan ini, lebih-lebih lagi setelah pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tan Sri Abdul Gani Patail serta penahanan beberapa pegawai Bank Negara dan SPRM berkaitan dengan kebocoran maklumat siasatan?
10. Apakah peranan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil? Apakah polis mengetahui di mana beliau berada?
Tuan Ibrahim Tuan Man
Timbalan Presiden PAS
3 Ogos 2015
Timbalan Presiden PAS
3 Ogos 2015
KAITAN SOLAT DENGAN MEMBUNUH BUAT APA?
Kaitan solat dengan membunuh buat apa?
Oleh: Pentadbir
Ipohmali
Mengejutkan tadi baca tulisan seorang ang dirujuk sebagai Ulama ISMA, bagi aku tidak bertanggungjawab bila mengaitkan dalam artikelnya pembunuhan Pensyarah UIAM, Profesor Madya Dr Maizatulniza Othman, Pensyarah tersebut dijerut dileher dikatakan oleh suaminya sendiri.. lalu si Tokoh ISMA kaitkan soal Solat dalam artikelnya..Pandangan yang tidak kena pada tempatnya…Malah bagi aku ia pandangan yang sangat jahil…
2- SABAR MENDAHULUI SOLAT DALAM UJIAN..
Solat itu adalah senjata seorang yang mukmin, tempat pengaduan seorang mukmin bila ditimpa ujian.. tetapi ia bukanlah ia faktor penceraian.. Kenapa tokoh Ashabiyah ISMA itu tidak mengaitkan Sifat Sabar itu lebih didahului dari Solat ..ia menjadi tuntutan seorang muslim di dalam Quran mendahului Sabar dari Solat..Sebagaimana firman Allah..
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلاةِ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
Wahai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan sembahyang sebagai penolongmu sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.
(Surah al-Baqarah: ayat 153)
Bukan kah Allah mendahului Sabar sebelum Solat kepada orang beriman ? malah perkataan Sabar dan Solat sering digandingkan di dalam firman Allah.. perkataan Sabar diulang lebih 90 kali di dalam Quran..ia jelas sekali lagi bila seorang beriman itu ditimpa ujian, hatta dalam hal rumahtangga, Sabar adalah senjata dan sifat orang beriman.. Sebagaimana firman Allah..
وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِنَ الْأَمْوَالِ وَالْأَنْفُسِ وَالثَّمَرَاتِ ۗ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ..
Dan sesungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar….
Surah Al-Baqarah ayat 155
dalam Kitab Musnad Ahmad, Rasulullah ﷺ bersabda:
“عَجَبًا لِلْمُؤْمِنِ لَا يَقْضِي اللَّهُ لَهُ قَضَاءً إِلَّا كَانَ خَيْرًا لَهُ: إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ، فَشَكَرَ، كَانَ خَيْرًا لَهُ؛ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ فَصَبَرَ كَانَ خَيْرًا لَهُ”
“Mengagumkan perihal orang mukmin itu. Tidak sekali-kali Allah menetapkan suatu ketetapan baginya, melainkan hal itu baik belaka baginya. Jika dia mendapat kesenangan, maka bersyukurlah dia yang hal ini adalah lebih baik baginya; dan jika tertimpa kesengsaraan, maka bersabarlah dia yang hal ini adalah lebih baik baginya.”
(Riwayat Ahmad )
3- APAKAH IMAM MUDA, PENCETUS UMMAH DAN USTAZ SELEBRITI TIDAK SOLAT.. ?
Kebelakangan ini kita sering mendengarkan kisah kisah di media sosial tak kira yang digelar pencetus Ummah..Imam Muda, Dai’e..bagaimana Ustaz ustaz selebriti berpoligami.. bukan hanya bercerai berai, malah menzalimi isteri dan anak mereka sendiri.. Apakah mereka ini tidak Solat ? malah digelar imam muda lagi…
Ada dikalangan mereka yang berkahwin bersaksikan dengan aura Kaa’bah pun akhirnya berlaku penceraian.. Jadi para agamawan, Jangan berbohong atas nama Agama…
Jangan pula nanti bukan Islam gelakkan kelompok ISMA bila melihat banyak dari kes penceraian..jenayah pembunuhan, rasuah, rogol dan sumbang mahram di dominasi oleh orang Islam yang Solat… apalagi pelakunya tok Imam dan orang yang pimpin Imam Solat..Pemimpin yang sering berSelfie di bumi Mekah..
4- BERLAKU ADIL DALAM PERKAHWINAN ADALAH TUNTUTAN AGAMA…
Munakahat, Muamalah dan Siyasah antara perkara yang melibatkan hubungan manusia dengan Manusia.. Jadi antara tuntutan Utama dalam hubungan sesama manusia itu adalah Berlaku Adil… Adil inilah tuntutan utama dalam Agama.. Bukan kah sifat Adil itu lebih dekat dengan Taqwa sebagaimana firman Allah..
اعْدِلُوا هُوَ أَقْرَبُ لِلتَّقْوَىٰ ۖ..
” Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa ”
Sebelum ini aku ada bahaskan term Khiftum ( خِفْتُمْ ) dengan sahabat aku… dalam firman Allah, bila menyentuh ayat berkenaan perkahwinan dan penceraian Allah gunakan lafaz ( وَاِنْ خِفْتُمْ ) iaitu jika kamu takut atau khawatirkan.., mengapa lafaz ini digunakan.. Kerana ia melibatkan soal hubungan dengan manusia…apalagi melibatkan perkhwinan dan penceraian.. Allah serahkan atas pertimbangan dan kebijaksanaan Manusia.. Itu sebabnya dalam Perkahwinan Allah gunakan lafaz ..
وَ اِنۡ خِفۡتُمۡ اَلَّا تُقۡسِطُوۡا..
فَاِنۡ خِفۡتُمۡ اَلَّا تَعۡدِلُوۡا..
” Dan jika kamu khawatir tidak akan mampu berlaku adil ”
(Surah-An Nisaa ayat 3)
Dalam ayat ini Allah gunakan lafaz adil dalam maksud dan tujuan berbeza.. Satu Allah guna lafaz Al-Qisth dan Satu Al A’dl.. tetapi ia membawa makna yang sama.. biarpun Ulama membahaskan ianya mempunyai maksud dan tafsiran berbeza.. itu kita tinggalkan untuk perbahasan yang lain…
Manakala dalam ayat melibatkan penceraian, Allah gunakan lafaz ( وَاِنْ خِفْتُمْ ) iaitu jika kamu takut atau khawatirkan.. sekali lagi Allah serahkan urusan ini atas pertimbangan manusia..
وَاِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا…
” Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan(perpisahan) antara keduanya..”
Lalu Allah berikan solusi, iaitu melantik Hakam(Pendamai)..
فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِنْ أَهْلِهَا إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا خَبِيرًا..
” Maka kirimlah seorang hakam dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. Jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal… ”
(Surah An-Nisaa ayat 35)
Nampak atau tidak… Kenapa Allah letakkan soal Perkahwinan dan Penceraian itu atas pertimbangan Manusia ? Kerana tahap kesabaran, Kondisi rumahtangga itu berbeza… Persolannya kita akan jawab dalam bab seterusnya..
5- KHAWARIJ JUGA KUAT SOLAT DAN PUASA..TETAPI MEMBUNUH..
Khawarij antara kelompok yang Nabi gambarkan mereka ini kuat Solat malam mereka sehingga terlihat tanda hitam di dahi mereka.. Begitu juga dengan Amalan berpuasa..
Menariknya dalam debat Ibnu Abbas dan kelompok Khawarij.. Hujjah dan ayat An-Nisaa 35 digunakan Ibnu Abbas akan pentingnya mencari jalan damai.. Ketika Khawarij mempertikaikan tindakan Khalifah Ali dalam kes pembunuhan Saidina Uthman..dan timbul persoalan apakah Allah serahkan keputusan itu atas pertimbangan manusia…
dibawakan satu dialog dari Kitab Khashaish Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib (خَصائصُ أمیرالمؤمنین علی بن أبی طالب(ع) Karya Imam Nasa’ie…
Kata Ibnu Abbas kepada kelompok Khawarij..
وكان من حكم الله انه صيره إلى رجال يحكمون فيه ولو شاء يحكم فيه فجاز من حكم الرجال..
Ini diantara hukum Allah yang Allah serahkan hal keputusannya kepada manusia. Andaikan Allah mahukan, tentu Allah boleh memutuskan saja hukumnya. Namun Allah membolehkan kita berhukum kepada manusia…
sambung Ibnu Ababas lagi..
أنشدكم بالله أحكم الرجال في صلاح ذات البين وحقن دمائهم أفضل..
Demi Allah aku bertanya kepada kalian, apakah keputusan hukum seseorang dalam mendamaikan hal suami-isteri yang bertikai atau dalam menjaga darah kaum muslimin itu lebih afdhal ?
jawab Klompok Khawarij..
قالوا بلى هذا أفضل وفي المرأة وزوجها وإن خفتم شقاق بينهما فابعثوا حكما من أهله وحكما من أهلها النساء 35
Merekapun menjawab: “iya, tentu itu afdhal”. Dalam masalah pertikaian suami istri, “Dan bila kamu mengkhawatirkan perceraian antara keduanya, maka kirimlah seorang hakam (penengah yang memberi putusan) dari keluarga laki-laki dan seorang penengah dari keluarga wanita”
(Surah An Nisaa: ayat 35)
فنشدتكم بالله حكم الرجال في صلاح ذات بينهم وحقن دمائهم افضل من حكمهم في بضع امرأة خرجت من هذه قالوا نعم
Demi Allah telah bacakan kepada kalian diperintahkannya berhukum kepada manusia dalam mendamaikan suami-isteri yang bertelingkah dan dalam menjaga darah mereka, dan itu lebih afdhal dari pada hukum yang diputuskan beberapa wanita. Apakah alasanmu sudah terjawab dengan ini? Mereka pun..menjawab: “Ya”…
Apakah kita lihat dari dialog Ibnu Abbas dan kelompok Khawarij ini jelas, Urusan rumah tangga, urusan sesama manusia, Allah letakkan atas kebijaksanaan manusia… Ibnu Abbas menggunakan ayat yang menyentuh soal Penceraian lalu cuba mendamaikan pertelingkahan sesama muslim…
6- JADI AGAMAWAN.. BEHENTILAH BERBOHONG ATAS NAMA AGAMA..
Jadi para agamawan.. Jangan kaitkan urusan manusia.. Soal perkahwinan atau Poligami itu menyentuh soal Sunnah Nabi atau Sunnah yang disyariat.. Begitu juga kes Penceraian apalagi pembunuhan dengan Solat.. Jangan perbodohkan Ummat Islam…
Tidak dinafikan Solat itu tiang Agama.. tetapi ia lebih menyentuh soal hubungan kita dengan Allah, Bukan sesama manusia… Jangan disebabkan pandangan yang pelik ini bukan saja akan menyentuh hati keluarga mangsa pembunuhan.. tetapi ia akan menyebarkan salah faham bukan Islam kepada Islam…
Bukan kah Khawarij yang kuat berbunuhan itu juga kuat Solat dan Puasanya..Bumi Syria itu hancur, mereka berbunuhan bukan kerana ahli Maksiat yg tinggalkan Solat… tetapi orang ahli Ibadah(Khawarij) yang kuat solat dan Puasa mereka.. lalu mereka juga meremehkan Solat dan Puasa hatta Ibadah muslim lain sebagaimana Khawarij…. ?
فَقَالَ: فَإِنَّ لَهُ أَصْحَابًا يَحْقِرُ أَحَدُكُمْ صَلاَتَهُ مَعَ صَلاَتِهِمْ، وَصِيَامَهُ مَعَ صِيَامِهِمْ، يَقْرَءُونَ القُرْآنَ لاَ يُجَاوِزُ تَرَاقِيَهُمْ، يَمْرُقُونَ مِنَ الدِّينِ كَمَا يَمْرُقُ السَّهْمُ مِنَ الرَّمِيَّةِ
Baginda bersabda: “ kerana dia mempunyai teman-teman yang salah seorang antara kamu akan diremehkan solatnya jika dibandingkan dengan solat mereka, dan puasanya jika dibandingkan dengan puasa mereka. Mereka membaca al-Quran tetapi tidak melebihi kerongkong mereka, mereka terlepas dari Islam sebagaimana terlepasnya anak panah dari busurnya.”
Riwayat al-Bukhari (3610)
Cuba lihat dipersekitaran kita hari ini.. Bukankah Allah sudah gambarkan..Zahirkan kepada kita kebenaran dari kata katanya.. Yang menyeru seruan Asahabiyah.. Kebencian datang dari tokoh Agama seperti ISMA dan PAS.. begitu juga mereka bersama pengkhianat..
bukankan mereka yang menzalimi isteri dengan berpoligami dan menceraikan isteri mereka hatta isterinya mengandung datang dari tindakan mereka yang rajin Solat.. Rajin Beribadah.. rajin pergi ke Mekah..hatta dikenal sebagai Imam muda dan Dai’e(Pendakwah)..
Tidak nampakkah lagi gambaran yang Nabi kata kelompok yang lebih aku takuti dari Dajjal ?
Ipohmali
NEO REFORMIS, GELOMBANG BARU ANAK MUDA SARAWAK
Neo Reformis, gelombang baru anak muda Sarawak
Oleh: Redzuan RF8 Media
Neo Reformis ialah sebuah entiti Gerakan Anak Muda Pakatan Harapan (PH) Sarawak yang terdiri daripada komponen Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Amanah Negara (AMANAH).
Pada asalnya gerakan ini hanya tertumpu kepada pemuda dan pemudi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak dari beberapa tempat seperti Kuching dan Asajaya, Sarawak.
Pasukan ini dilatih sebagai jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Namun, hasil cetusan idea anak muda PH sendiri yang mahukan gerakan ini tidak hanya melibatkan ahli PKR Sarawak, maka penyertaan keahlian adalah dibuka kepada mana-mana anak muda dari DAP dan AMANAH di negeri ini.
Keterlibatan belia daripada komponen tiga parti ini akan dapat menggembleng tenaga dan usaha dalam membangunkan sebuah entiti yang mantap bagi menghadapi PRU15 dan PRN12 akan datang.
Gerakan Anak Muda PH Sarawak atau Neo Reformist berperanan mengembalikan budaya demokrasi yang berpaksikan keadilan, progresif dan reformasi serta menentang segala kebobrokan kezaliman seperti rasuah, kleptokrasi, kronisma, dan nepotisma.
Misi utama dalam menguatkan gerakan Neo Reformist Sarawak adalah melahirkan anak muda yang matang serta berprofesional dalam setiap tindakan dan pemikiran untuk membawa Sarawak ke arah lebih maju.
Tujuannya ialah membudayakan sifat perpaduan tidak kira kaum dan agama berlandaskan prinsip merakyatkan rakyat.
Gerakan ini masih dalam perbincangan mengenai pembentukan organisasi, keahlian, kewangan dan sebagainya untuk melengkapkan sebagai sebuah gerakan bebas anak muda Pakatan Harapan sebelum dibawa kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) untuk didaftarkan secara rasmi nanti.
Justeru, gerakan ini menjemput agar lebih ramai anak muda Sarawak melibatkan diri secara aktif dalam politik sekali gus turun padang menjalankan program membantu rakyat di serata tempat melalui program yang akan dilaksanakan kelak.
KAJIAN SEGERA DIPERLUKAN UNTUK PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
Meski pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) ditangguhkan hingga awal tahun depan, kerajaan mesti segera mengkaji pendekatannya untuk membantu masyarakat Bumiputera dengan menghapuskan dasar yang hanya memperkaya gerombolan elit dan para petinggi politik.
Di Parlimen hari ini, saya mendesak kerajaan untuk menyiasat dan mendedahkan bagaimana berbilion saham dan tanah Bumiputera telah hilang lantaran dari ketirisan dan bocor kepada individu-individu tertentu yang tidak bertanggungjawab.
Siapakah penerima saham Bumiputera selain yang diperuntukkan untuk badan-badan Bumiputera? Apakah kedudukan terkini tanah rizab Melayu yang telah dijual dan tidak diganti?
Walaupun inisiatif dan rancangan kerajaan untuk terus membantu Bumiputera memang disambut baik, rencana ini akan terus gagal jika ia tidak menyasar kepada golongan yang benar-benar memerlukan.
Keistimewaan yang dimaksudkan untuk meningkatkan kesejahteraan ekonomi Bumiputera telah diperalat untuk hanya memperkayakan golongan elit dan terus melebarkan jurang pendapatan antara yang kaya dan yang miskin.
Kebijakan kerajaan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dan kumpulan minoriti lain dalam ekonomi dan industri hanya boleh dicapai dengan baik melalui pelaburan dalam peningkatan kapasiti, selain latihan kemahiran dan pendidikan.
Kerajaan harus menumpukan perhatian untuk merancakkan lapangan-lapangan utama ekonomi dan memberikan dukungan yang secukupnya kepada perusahaan kecil dan sederhana.
Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) mesti dikendalikan oleh tokoh-tokoh profesional yang berkelayakan dengan kepakaran dalam perniagaan sementara kedudukan pengurusan kanan tidak boleh ditentukan berdasarkan kecenderungan politik tetapi mesti atas asas merit yang jelas dan pencapaian masing-masing.
Dalam usaha RMK-12 membantu golongan yang benar-benar berkelayakan dan mereka yang terpinggir, saya menggesa kerajaan untuk segera menjalankan kajian yang bebas dan inklusif mengenai punca sebenar mengapa sebahagian besar kaum Bumiputera masih terus derita dan melarat meski diperuntukkan dana ekonomi dan pendidikan yang sangat besar kepada mereka untuk beberapa dasawarsa yang lalu.
ANWAR IBRAHIM
Presiden PKR
ANGKATLAH SAYA JADI PM
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengulang kenyataannya sebelum ini bahawa mesejnya tidak boleh dinafikan yang UMNO perlu bergerak ke hadapan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu dipetik Astro Awani berkata, masih ada yang mahu bekas Perdana Menteri, Najib Razak kembali menerajui parti sebagai Presiden UMNO, walaupun beliau sudah didapati bersalah di mahkamah.
“Saya cakap benda yang menjadi rahsia terbuka sekarang ini. Masih ada yang berharap Najib kembali semula sebagai Presiden UMNO.
“Ini yang saya maksudkan. Mereka tak nak cakap benda ini, tapi saya terpaksa cakap.
“Bagi saya, kita perlu bergerak ke hadapan. Cari generasi baru untuk memimpin UMNO,” katanya.
Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ berkata, beliau tidak berniat untuk biadap terhadap Najib dengan kenyataannya sebelum ini bahawa “UMNO perlu bergerak ke hadapan”.
“(Kita perlukan) yang boleh mengambil alih, yang boleh diberikan masa sekarang untuk membuat perancangan, untuk lima hingga sepuluh tahun akan datang. Itu maksud saya.
“Sekarang ini Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi masih lagi ada. Tak ada masalah sebab kes beliau masih dalam perbicaraan… tidak ada keputusan apa-apa lagi dari mahkamah.
“Tetapi kita mesti melihat selepas itu siapa?
“Siapakah barisan kepimpinan baru yang sebenarnya yang dikehendaki rakyat juga,” tegas KJ lagi.
Sukarkah memahami maksud kenyataan KJ ini?
Kenyataan ini KJ tidak lain bermaksud oleh kerana Najib sudah didapati bersalah dan Zahid Hamidi pula dalam perbicaraan yang mungkin juga akan didapati bersalah, maka UMNO perlukan pemimpin generasi baru sebagai pemimpinnya selepas itu.
Siapakah pemimpin generasi baru itu?
Yang KJ maksudkan generasi baru itu tidak lain tentunya ialah dirinya sendiri.
Kalau Zahid Hamidi didapati bersalah, Mohamad Hasan sebagai Timbalan Presiden UMNO sekarang adalah generasi lama dan tidak sesuai untuk mengambil alih kepimpinan UMNO.
Begitu juga dengan Naib-Naib Presiden UMNO yang ada sekarang, Ismail Sabri, Mahadzir Khalid dan Khaled Nordin juga merupakan generasi lama belaka.
Di antara generasi baru, selain KJ, mereka ialah Ahmad Maslan, Reezal Merican, Shamsul Anuar Nasarah, Asyraf Wajdi Dusuki dan lain-lain yang seangkatan dengannya.
Tetapi, oleh kerana pernah bertanding sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan lalu, tentulah KJ merasakan dialah paling layak menerajui UMNO selepas ini.
Lalu – “angkatlah saya jadi Presiden UMNO” – itulah sebenarnya maksud KJ.
Takkan generasi lama UMNO masih tak faham-faham lagi? (Shahbudindotcom 05/08/2020)
Usah ragui kemampuan Anwar terajui pentas politik negara
Strategi adalah pilihan bagi sesebuah parti. Tetapi sesuatu strategi itu tidak boleh melangkaui kepentingan bagi sesebuah parti.
Berkuburnya gagasan Perikatan Nasional (PN) sebelum ia ditubuhkan lagi, adalah bukti strategi penjajaran politik antara Umno-Pas-Bersatu dalam satu koalisi adalah tidak cocok dengan kepentingan sesebuah parti (baca: Umno) dan bentuk dikotomi politik Malaysia yang rencam.
Keputusan Umno, komponen terbesar yang menarik diri dari PN adalah satu percubaan menggagalkan strategi ini dan bertujuan untuk melemahkan Bersatu, serta menutup ruang bagi Muhyiddin daripada terus memegang kemudi politik tanah air.
Dengan kedudukan 113 kerusi, dan situasi kerajaan PN yang semakin lemah dengan keuzuran MP Maximus Ongkili serta hukuman 12 tahun penjara serta RM210 juta denda yang dihadapi Najib Razak, Muhyiddin hampir pasti sedang mencari dahan bertaut yang baru.
Satu-satunya pilihan yang ada bagi Muhyiddin adalah menghulurkan tangan kepada Anwar Ibrahim yang dilihat mampu menyelamatkan kerajaannya.
Dan itu (menerima Muhyiddin) bukan masalah bagi beliau (Anwar) kerana track record menunjukkan Anwar Ibrahim adalah seorang ahli politik paling berprinsip sejak empat dekad yang lalu'
Menyambut tangan Muhyiddin tidak menjadi kudis bagi Anwar Ibrahim sedangkan Tun Dr. Mahathir yang sebelum.ini memperlakukan segala bentuk tindakan politik terhadap Anwar pun boleh dimaafkan oleh beliau.
Menerima kembali Muhyiddin dan mewujudkan sebuah kerajaan mandat rakyat akan meninggikan reputasi Anwar di mata rakyat.
Saya yakin reformasi yang bakal dibina Anwar dalam kerajaan mandat rakyat akan meneguhkan sokongan kepada koalisi baru ini pada masa hadapan.
Kepada pengkritik, usah dipandang rendah kemampuan Anwar. Beliau dalam situasi terbaik untuk mengambilalih negara ini sebagai Perdana Menteri suatu hari kelak.
Saya fikir setelah mahkamah mensabitkan pertuduhan tujuh kes jenayah ke atas Najib Razak, track yg sama bakal diterima pemimpin-pemimpin ultra kanan Umno yang lain.
Presiden Umno dan lain-lain pemimpin yang kini sedang berdepan kes sama sudah dapat menghidu laluan yang bakal dihadapi mereka.
Oleh sebab itu, kumpulan ultra kanan berpengaruh dalam Umno bertindak menarik diri dari PN. Itu adalah “amaran berlapik” kepada Muhyiddin yang secara tidak langsung dianggap menerima manfaat dari kes Najib itu, kerana persepsi diperkuatkan bahawa Perdana Menteri tidak campur tangan dan berpegang kepada prinsip kerajaan berintegriti.
Selain Muhyiddin, kumpulan ultra kanan Umno juga tidak terkecuali dari mengambil suatu pilihan lain dengan menjadikan Anwar sebagai satu platform baru menggantikan Muhyiddin dari Bersatu.
Dengan kekuatan 91 anggota dari PH, Umno yang berazam untuk memulihkan parti tidak mempunyai masalah yang besar untuk membentuk satu gabungan baru dengan PH.
Ini kerana bergabung dengan PH dapat menjamin survival Umno pada masa depan kerana secara teori dan praktikalnya, PH bukan sebuah parti pesaing Umno di kawasan Malay Heartland.
Hal ini berbeza dengan Bersatu yang 100 peratus bersaing merebut kerusi-kerusi yang dimiliki Umno. Demikian juga Pas, sebuah parti Melayu yang juga bersaing dengan Umno merebut pengaruh di kawasan-kawasan Melayu.
Sedangkan komponen-komponen PH adalah urban based party yang pada asasnya sangat kuat bertapak di kawasan bandar dan menguasai segment participant.
Sekiranya, Umno bergabung dengan PH, Umno tidak akan disaingi di kawasan luar bandar malah koalisi baru ini berpotensi untuk memenuhi bentuk dikotomi Melayu-bukan Melayu dan bandar-luar bandar yang menjadi ciri utama politik Malaysia.
Dengan kerjasama bersama PH, Umno mampu mengalahkan Pas di mana-mana sahaja termasuk di Kelantan yang sudah 30 tahun dikuasai oleh Pas.
Dengan dinamik politik yang ada, saya percaya bahawa, kes sabitan jenayah Najib Razak yang menggemparkan politik pada 28 Julai lalu mampu merintis satu bentuk penjajaran semula politik pasca Gerakan Sheraton yang menyaksikan ketidakstabilan dan ketidakpastian terhadap politik Malaysia.
Jadi, saya fikir, jangan diragui kemampuan Anwar pada waktu ini untuk membawa satu wajah dan warna baru terhadap politik Malaysia.
Hilangnya Kewarasan Dalam Kepedulian ?
Rina Hamzah
Masyarakat dikejutkan dengan laporan berita di media massa mengenai seorang pensyarah di sebuah universiti awam dipercayai dibunuh oleh individu yang paling dekat dengannya baru-baru ini.
Wanita KEADILAN turut menzahirkan simpati dan takziah buat ahli keluarga yang ditinggalkan. Sememangnya berita ini mengejutkan banyak pihak dan perhatian serius harus diberikan oleh pihak berwajib dalam pembangunan institusi keluarga.
Namun, saya berasa amat kesal apabila seorang Timbalan Menteri yang sepatutnya melindungi wanita dan kanak-kanak telah dengan sewenangnya membuat dan memberi liputan media terhadap anak kepada si mangsa dan pelaku. Hal ini sama sekali bercanggah dengan Akta 676 iaitu Akta Keterangan Saksi Kanak-Kanak 2007 kerana kanak-kanak tersebut berpotensi untuk menjadi saksi di mahkamah nanti.
Sementelah, ini bukan kes biasa-biasa seperti kehilangan nyawa akibat kemalangan atau sakit. Ini boleh mengaibkan keluarga mangsa yang tinggal. Apakah wajar seorang Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak mengambil berat akan hal ini? Saya berharap dan menggesa siasatan terperinci di lakukan agar semua pihak boleh mengambil iktibar akan kelancangan tindakan tidak bertanggungjawab ini. Saya juga menyeru agar ruang privasi yang secukupnya di berikan kepada kanak-kanak ini yang masih di bangku sekolah. Tindakan mendedahkan identiti beliau juga boleh menganggu emosi dan keselamatan anak ini.
Akhir kata, bijaklah kita dalam melakukan tindakan dan pertimbangan. Kemasyhuran belum tentu melambangkan kecerdikan.
Sekian.
#AkuKeadilan
#KamiKeadilan
#WanitaKeadilanWilayahPersekutuan
TAK SAMA KUNJUNGAN FADZIL NOOR KEPADA ANWAR, HADI JUMPA NAJIB
Tak sama kunjungan Fadzil Noor kepada Anwar, Hadi jumpa Najib
Oleh: Redzuan RF8 Media
Anak bekas Presiden Pas, Almarhum Datuk Fadzil Noor menggesa Setiausaha Agung menarik balik kenyataan bahawa kunjungan pimpinan Pas ke rumah Datuk Seri Najib Razak sejurus selepas beliau didapati bersalah sama dengan kunjungan Ustaz Fadzil ke rumah Anwar Ibrahim dahulu.
Faiz Fadzil berkata, kunjungan ke rumah Anwar oleh Ustaz Fadzil untuk membela beliau selepas dizalimi bukan selepas dihukum penjara.
“Kunjungan Almarhum Fadzil Noor ke rumah Anwar Ibrahim sebab beliau dizalimi dan bukannya dihukum penjara curi duit rakyat,” kata Faiz sebagaimana dipetik laman Daruliman.my.
Beliau membidas kenyataan Datuk Takiyuddin Hassan yang mendakwa kunjungan Ustaz Hadi Awang kerumah bekas Perdana Menteri Najib selepas dijatuh hukuman bersalah terhadap 7 pendakwaan rasuah dan mengubahan wang haram sama seperti kunjungan Almarhum Fadzil Noor kepada Anwar Ibrahim setelah beliau dipecat dari Umno.
Beliau turut mengesa Takiyuddin Hassan tarik balik kenyataan tersebut dan tidak menyesatkan orang ramai dengan bergantung kepada tauladan yang sudah meninggal dunia sedangkan Takiyuddin menyimpang daripada perjuangan beliau.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi mendapati Datuk Seri Najib Razak bersalah terhadap semua tuduhan rasuah dan pengubahan wang haram dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.
Najib Razak dijatuhi hukuman penjara 72 tahun dan denda sebanyak RM210 juta. Najib perlu menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas hukuman itu dijalankan serentak.
Pada lewat malam hari beliau dijatuhkan hukuman bersalah, pemimpin Pas dengan diketuai Hadi mengunjungi Najib di rumah beliau.
Turut serta adalah Takiuddin, Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan AJK Pusat Dr Khairuddin Aman Razali.
Najib melalui facebooknya menyifatkan kunjungan itu sebagai kunjungan dari sahabat sejati.
TERUSKAN LAH KALAU DAH CUKUP ANGKA
Jabatan Netizen Negara
DARIPADA HARI-HARI HGPA DOK MENGUTUK DSAI DAN PKR TANPA HENTI....Lebih baik bertindak.
#PANTUK_K3...kalau dah hgpa tak suka PKR hgpa benci sgt dgn DSAI mudah jer. Kalau dah hgpa boleh dok berpakat sakan dgn Atuk dan Piee WARISAN, apa salahnya join shj WB- #WARISBebas...tinggalkan PKR dan DSAI biar PH terbubar. Baru hgpa puashati bukan?
Takkan la kot hgpa dok benci kutuk2 DSAI dan PKR tetiba hgpa nak kerjasama lagi dgn dia? Pelik bin pelik bin pelik bin pelik bin ajaib..🤣
Heran jugak aku, hari-hari kutuk DSAI hgpa nak apa? Kalau dah tak cukup numbers tak boleh jadi kerajaan la. Kalau tipis pun tak guna. Kalau hgpa berasa Atuk dan Piee Bdal ada numbers, jalan dulu la tanpa PKR. Apa susah?
Kami sanggup tunggu sampai PRU15. Apa ada hal? Kalau hgpa tak sanggup jadi pembangkang nak juga jadi KERAjaan, mudah jer. Pi join PN, dapatlah jawatan. Dah kelapaq sgt nak jadi KERAjaan, semua cara boleh bukan?
#ZD
SAYANG BINI DOK DALAM TAK PA
Rina Hamzah
Hampir setengah juta ringgit duit yang disonglap dari SRC dibelanjakan untuk "anak yatim" 😂😂😂
Usia dah 63 tahun masih lagi ANAK YATIM..??
Dissbkan Rosmah merajuk cuti beliau di Honolulu, Hawaii dipendekkan, Najib terpaksa beli jam tangan mewah RM466,330 untuk pujuk Rosmah..
Sayang bini punya pasal, meringkuk duduk dlm penjara sorang- sorang gak..
𝘚𝘶𝘮𝘣𝘦𝘳:
𝗝𝗮𝗺 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗺𝗲𝘄𝗮𝗵 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗽𝘂𝗷𝘂𝗸 𝗥𝗼𝘀𝗺𝗮𝗵
https://www.hmetro.com.my/utama/2019/12/525243/jam-tangan-mewah-untuk-pujuk-rosmah
SR
PILIHLAH SAYA..
Shahbudin
Maksud kenyataan KJ ini mudah saja untuk difahami, oleh kerana Najib sudah didapati bersalah dan Zahid Hamidi pula bakal menyusul nasib yang sama, maka pilihlah saya jadi Presiden UMNO selepas ini.
Siapa lagi generasi baru yang dimaksudkannya?
Takkan Tok Mat Hasan, Ismail Sabri, Khaled Nordin, Mahadzir Khalid dan Hishammuddin generasi baru?
Mereka tu semuanya generasi lama!
Dalam hati KJ barangkali berbisik - “Sayalah satu-satunya generasi baru yang ketika ini paling layak dinobatkan sebagai Presiden UMNO”.
BEZA ANTARA USTAZ POLITIK DAN USTAZ SELEBTITI
HAMDAN TAHA
Saya berharap selepas ini tidak ada lagi program imam muda atau seangkatan dengannya.
Ada bukti bukti sahih ustaz ustaz ini tidak cukup kuat berdepan dengan populariti dan mereka tewas dengan ujian terhadap mereka.
Ada dua jenis ustaz yang tewas,ustaz politik dan ustaz yang di popularkan oleh TV atau jadi popular kerana di popularkan
Saya dan isteri terlibat dengan program ceramah agama selama 9 tahun. Tugas isteri ialah mencari ustaz dan ulama untuk program dan kelas kelas agama. Tidak bermaksud untuk mengaibkan mereka tetapi pengalaman 9 tahun itu membuktikan ustaz ustaz yang di popularkan oleh media ini melebihi 90 peratus mengejar bayaran yang tinggi bila di jemput,mereka sudah ada setiausaha dan team bekerja dengan mereka untuk mengatur jadual ceramah ini akan menyebabkan bayaran menjadi tidak berbaloi untuk berceramah satu jam sahaja....tapi ustaz yang tidak popular tapi popular di kalangan masyarakat kerana ilmunya amat berbeza...
Apabila kita sebut kenapa mahal sangat mereka akan sebut ini lah orang melayu dengan ustaz berkira tapi bila jemput artis tidak pulak kisah bayar mahal....ayat ayat ini sering kali di sebut...
Imam imam muda kebelakangan ini terjebak pula dengan krisis rumah tangga. Sebenarnya krisis rumah tangga ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tetapi jika melibatkan imam imam dan ustaz ustaz popular ini masyarakat akan teperanjat dan terkejut kerana mereka pendakwah. Malangnya krisis ini melibatkan perkahwinan yang ke dua kerana bermadu. Secara langsung bukan lagi tidak langsung nama ustaz ustaz di luar sana tercemar...ini tidak begitu baik buat orang berlatarkan pendidikan islam....
Ramai ustaz ustaz ni orang baik baik dan tak pernah terdedah dengan dunia yang betul betul mencabar. Bila popular mulalah ramai anak anak gadis dan janda janda muda suka pada mereka. Hari hari kena kejar di janda atau anak gadis....usahkan orang biasa....ustaz pun habis sahabat...
Bukti jelas ada ketua ulama satu negeri ni...dari parti islam...di goda oleh lelaki yang menyamar menjadi perempuan....habis...bukan setakat sereban tanggal....seluar dalam pun dia buka.....maknanya ujian di kejar oleh kaum hawa ni memang bahaya....
Alhamdulilah saya dah tak laku lagi....kot idak pun hanyut juga kot janda janda ajak kawin...
Subscribe to:
Posts (Atom)