FUHHHH... BAJET BESAR... LA NI TAK DSK FSH LA... PATUT LA MEROYAN


Ustaz Al Asri


 Afnan dengan Akmal ni dapat bajet besar² bas dari PMO zaman Ismail Sabri dulu sebenarnya..🙂‍↔️





KIOK UMNO KALAU NAK IKUT SEMUA ORANG



 Shafiq Fadli


Respon saya terhadap kenyataan sahabat saya Wan Mahussin Official 





Maaf sahabat. Orang Melayu tak peduli soal ini. Sehebat mana pun pemimpin UMNO berhempas pulas mempertahankan hak orang Melayu dalam kerajaan ini, mendiamkan suara DAP, menjinakkan DAP, UMNO tetap diperlekeh tunduk pada DAP. 


Bila DAP cadangkan Kampung Baru Cina ssbagai tapak UNESCO, UMNO dituduh balaci. Bila UMNO bantah hingga DAP terdiam, UMNO tetap dikatakan tunduk pada DAP. 


Bila DAP nak buat URA, UMNO terus dituduh balaci. Pemimpin UMNO lah yang bantah sampai ke hari ini URA tak dibentangkan, tapi UMNO tetap digelar tunduk pada DAP. 


UEC pun sama. Sampai sekarang DAP diam sepi. Tapi UMNO tetap dikatakan tunduk pada DAP.


Belum lagi diambil kira perjuangan Presiden UMNO sebagai Menteri KKDW mengangkat martabat pendidikan TVET untuk anak Melayu, dan angkat martabat pendidikan tahfiz hingga ke tahap tertinggi, orang Melayu tak peduli. UMNO tetap dikatakan tunduk pada DAP.


UMNO buatlah apa juga demi kepentingan Melayu dan Islam dalam kerajaan ini, sekalipun menjinakkan DAP, UMNO tetap tidak disenangi.


Jadi, untuk apa UMNO terus berkorban, berada dalam kerajaan ini untuk menjinakkan dan mengekang kemaraan DAP, menghalang dominasi DAP, jika setiap langkahnya tidak pernah dihargai malah dikeji.


Orang Melayu mahu UMNO tinggalkan DAP. Penuhilah hajat ini. Lebih baik UMNO keluar dari kerajaan Madani. Sekalipun padahnya nanti DAP boleh bertindak ikut suka hati. UMNO sudah tiada untuk mendiamkan menjinakkan mereka lagi. Lebih baik UMNO puaskan hati mereka yang nak mengundi, dari terus dibenci begini.


Sebab itu UMNO perlu keluar dari kerajaan ini. Sebab UMNO hanya perlu utamakan sokongan orang Melayu di kertas undi.


Lupakanlah hasrat murni untuk mengekang kemaraan DAP, menjadi kuasa pengimbang, atau mempertahankan dasar peribumi, sebab kalau UMNO terus dikeji, UMNO yang rugi. Politik ini akhirnya untuk dapatkan undi, bukan berbakti. Kalau bakti jadi sandaran, takkanlah UMNO akan kalah kerana terlalu banyak jasa dan bakti. 


.



LEPAS KONVENSYEN KHAS PEMUDA UMNO: HINGAR, EMOSI, & STRATEGI DI BELAKANG TABIR.



Lepas konvensyen khas Pemuda UMNO hari ni, satu Malaysia mula bising. Timeline penuh dgn pandangan, analisis, maki hamun, puja puji, doa dan sumpah seranah. Yg sokong kata “inilah jalan terbaik demi agama & bangsa”. Yg tak sokong pula kata “UMNO kalau keluar kerajaan, siaplah jadi pembangkang tak bersuara, hilang kuasa buat dasar, hilang tempat dlm kabinet”.

Pendek kata, campur aduk.

Takdak siapa betul 100%, takdak siapa salah 100%.


Tapi realiti politik ni, bukan main ikut sedap hati atau slogan, dia main ikut kiraan untung rugi.


1-SIAPA YG SEBENARNYA SERONOK KALAU UMNO KELUAR KERAJAAN?


Jgn tipu diri.

- Ada orang UMNO sendiri yg memang nak keluar.

- PAS lagi la… depa memang berharap UMNO angkat kaki.

- PN pun tumpang sorak, sebab depa penat bergaduh sesama sendiri, jadi depa nak alih fokus kacau kerajaan.


Dan jgn terkejut, ada juga penyokong kerajaan yg lapang dada kalau UMNO keluar. Depa anggap UMNO ni “duri dalam daging”, susah nak seragam, banyak suara, banyak karenah. Keluar ja lah senang depa nak “tembak” pemimpin UMNO yang depa tak berkenan.


Maknanya apa?

Yg sokong UMNO keluar tu bukan semua ikhlas demi UMNO.


2-DALAM UMNO SENDIRI PUN TAK SEBULAT SUARA


Ada pimpinan UMNO yg keras menolak cadangan keluar kerajaan dan kembali rapat dengan PAS atas nama Muafakat Nasional.


Sebab apa?

👉 Sebab sejarah.

PAS pernah tinggal MN bila dapat kawan baru bernama BERSATU. Yg luka tu masih berparut, bukan calar biasa.


👉 Sebab PRU.

Bila tiba pilihanraya, isu paling panas bukan “agama bangsa”, tapi kerusi.

Takkan dua² nak mengalah?

Takkan dua² nak bertanding kawasan bukan Melayu?

Sudah tentu masing² nak kawasan majoriti Melayu.


Akhirnya apa jadi?

Gaduh senyap², senyum depan kamera.

Dan ada juga penyokong kerajaan yg tak sanggup hilang UMNO sebab depa nampak, suka tak suka, UMNO sekarang lebih kemas dari segi pentadbiran n tatakelola berbanding zaman sebelum ni.


3- YANG ORANG TAK MAHU SEBUT:

STRATEGI SEBENAR DISEBALIK RETORIK


Pandangan aku ni mungkin lain sikit, tapi inilah yg ramai tak nak cerita.

Ada kemungkinan besar, UMNO memang sengaja keluar.

Bukan sebab marah, bukan sebab agama sangat, tapi sebab strategi PRU.


UMNO sedar satu benda: Selagi depa kekal bersama PH yg ada DAP,

Selagi tu susah nak tambah kerusi Melayu,

Malah mungkin hilang lagi sokongan di bawah.


Jadi depa kena bina strategi luar kebiasaan.

Strategi yg tak popular sekarang, tapi mungkin beri hasil kemudian.


Bila UMNO bersama PAS:

Rundingan kerusi jadi wajib.

PAS terpaksa mengalah di banyak kawasan.

Dari dulu sampai hari ni, mana pernah PAS atau UMNO letak calon lawan DAP, walaupun tiap hari ceramah salahkan DAP.


Yg kononnya “musuh utama”, tak pernah disentuh.

Yang jadi mangsa, rakan sendiri.


4- JANGAN NAFI: ISU NAJIB RAZAK JUGA MAIN PERANAN


Ini ramai buat² pekak.

Antara alasan yg sengaja dipegang Pemuda UMNO untuk keluar kerajaan ialah kes Najib Razak yg masih di penjara.

Depa tahu:


Selagi UMNO duduk dalam kerajaan sekarang,

Selagi tu isu Najib jadi beban politik,

Apa pun yg UMNO buat, tetap diseret dengan ayat

“kerajaan ni tak bantu Najib”.

Keluar kerajaan =


- Lepas beban

- Boleh main sentimen

- Boleh cakap “kami tak sehaluan”

- Boleh hidupkan semula emosi akar umbi.


Politik ni bukan soal benar atau salah semata²,dia soal naratif.


5- AKHIR CERITA YANG RAMAI TAK NAK TERIMA.


Aku berani kata:

- Lepas PRU nanti,

- UMNO akan kembali berganding dengan PH.


PH akan kekal dominan di kawasan campuran.

DAP kekal di kawasan majoriti bukan Melayu.


Yg akhirnya gigit jari: ❌ PAS

❌ BERSATU

Depa yg paling kuat jerit, depa yg paling banyak korban.


Aku tulis ni bukan sebab benci mana² parti.

Aku tulis sebab politik Malaysia tak bergerak atas doa dan laungan, tapi atas kalkulator dan peta kerusi.

Kalau hangpa marah, itu hak hangpa..

Kalau hangpa setuju, itu bacaan hangpa..

Aku cuma dedahkan apa yg aku pikiaq dan rasa  ada strategi "perang" di balik agenda,  dan aku berani tulis.


Wallahua‘lam.


Pakde Eismat 

3 Jan 2026.

10:28 pm



DUA DUA IQ 65 - PERANGAI AKMAL SAMA TERUK DENGAN KETUA PEMUDA PAS! SAH KAKI PEMFITNAH!



Kualiti IQ manusia merujuk kepada tahap kecerdasan kognitif yang diukur melalui ujian standard, dengan skor purata berada dalam julat 90-109, manakala 130 ke atas dianggap sangat cerdas dan bawah 70 menunjukkan fungsi intelektual rendah; walaupun IQ penting untuk kebolehan mental seperti memori dan penyelesaian masalah, sistem pendidikan moden kini turut menekankan EQ (kecerdasan emosi) dan SQ (kecerdasan spiritual/sosial) untuk membentuk insan yang seimbang dan bermanfaat. 







Mahkamah Sesyen di sini hari ini memerintahkan Ketua Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh membayar ganti rugi keseluruhan berjumlah RM49,200 kepada abangnya, Dr. Muhamad Solehin Saleh. Ini susulan saman fitnah difailkan Muhamad Solehin pada September 2022 berhubung satu hantaran Facebook dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu pada 26 Ogos 2022. Dalam tuntutannya, Muhamad Solehin berkata, Muhamad Akmal memfitnahnya apabila menggambarkan dirinya sebagai seorang yang berhutang dan mendakwa beliau berniat jahat membuat komen negatif mengenai Muhamad Akmal menggunakan akaun palsu. Hakim Mohd. Sabri Ismail membuat ketetapan itu selepas mendapati Muhamad Solehin berjaya membuktikan kesnya terhadap Muhamad Akmal berdasarkan imbangan kebarangkalian. Mahkamah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Melaka itu membayar sebanyak RM30,000 sebagai ganti rugi am, RM10,000 ganti rugi teruk dan RM5,000 sebagai ganti rugi teladan kepada Muhamad Solehin. Muhamad Akmal turut diarahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM4,200 kepada abangnya.Dalam prosiding itu, Muhamad Akmal diwakili peguam Fadhil Yusof manakala peguam Ahmad Azri Abdullah mewakili Muhamad Solehin. Sementara itu, Ahmad Azri ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, anak guamnya memfailkan saman fitnah pada September 2022 dan prosiding perbicaraan berjalan selama dua hari pada September tahun ini. “Hari ini mahkamah telah membuat keputusan dan memihak kepada anak guam saya. Muhamad Solehin tidak mahu mengulas lanjut mengenai keputusan itu kerana ia bersifat peribadi. “Muhamad Solehin dengan adiknya baik-baik sahaja. Kes ini telah lama difailkan jadi kami teruskan saja,” katanya. Dalam pada itu, Muhamad Akmal juga enggan mengeluarkan sebarang komen kerana saman tersebut hanya melibatkan urusan keluarga. – UTUSAN =================================================================================== Ketua Pemuda PAS Kalah Saman Fitnah Diperintah Bayar RM115,000 Keberanian seorang wanita biasa menuntut keadilan akhirnya terbalas apabila Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang memutuskan bahawa Puan Hanini Siron telah difitnah secara jelas dan berniat jahat oleh Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden, Ketua Editor Harakahdaily bersama dua lagi defendan. Melalui alasan penghakiman setebal 52 muka surat, Hakim Sesyen Sivil (1), Tuan Hakim Zulhazmi bin Abdullah, membuat penemuan tegas yang mengukuhkan kemenangan plaintif dalam kes difailkan sejak 2021.





Pindah Hati Bayi: PM Anwar Ucap Tahniah Kepada PPUM

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kejayaan bersejarah PPUM itu jelas mencerminkan tahap kepakaran, profesionalisme serta dedikasi tinggi warga kesihatan negara lada 4 Januari 2026. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 4 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan perubatan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) melaksanakan pemindahan hati kepada bayi berusia empat bulan, sebelum ini.

Meskipun sibuk dengan jadual padatnya sebagai pemimpin negara, namun naluri seorang bapa dan datuk, Perdana Menteri, turut ‘tersentuh’ dengan kejayaan pasukan perubatan ‘menyelamatkan’ bayi kecil berkenaan.

Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri menyifatkan kejayaan bersejarah itu jelas mencerminkan tahap kepakaran, profesionalisme serta dedikasi tinggi warga kesihatan negara.

Beliau berkata, kepakaran warga kesihatan negara jelas terbukti melalui pelaksanaan prosedur yang amat kompleks dan berisiko tinggi itu dalam melaksanakan prosedur rumit.

“Tahniah kepada pasukan perubatan PPUM atas kejayaan bersejarah melaksanakan pemindahan hati kepada bayi berusia empat bulan seberat 6.2 kilogram.

“Ia mencerminkan tahap kepakaran, profesionalisme serta dedikasi tinggi warga kesihatan negara, khususnya dalam menangani prosedur yang amat kompleks dan berisiko tinggi,” katanya, di sini hari ini.

November lalu, PPUM melakukan pembedahan pemindahan hati terhadap seorang bayi lelaki yang mengalami kegagalan organ itu.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, dilaporkan berkata, beberapa minit sebelum prosedur bermula, jantung bayi itu terhenti secara tiba-tiba sehingga mencetuskan suasana cemas di Unit Rawatan Rapi Pediatrik PPUM.

Dr Dzulkefly berkata, pasukan perubatan kemudiannya bertungkus-lumus melakukan resusitasi dan berjaya menstabilkan kembali bayi berkenaan.



PM kagum sambutan pelancaran I LITE U, usaha perindah KL perkukuh daya tarikan Malaysia


 


Projek Inovasi Pencahayaan ke arah Kelestarian Bandar (I LITE YOU) selesai dilancarkan malam tadi bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026 sebagai usaha memperindah wajah dan suasana ibu kota.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa terharu melihat peluncuran projek itu menerima sambutan luar biasa daripada rakyat Malaysia serta pelancong asing.

Ia sekali gus membuktikan usaha memperindah Kuala Lumpur berupaya memperkukuh daya tarikan negara di mata dunia.


“Alhamdulillah, industri pelancongan negara terus menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan. 

“Keamanan, keharmonian serta kepelbagaian budaya yang kita pelihara bersama kekal menjadi kekuatan dan tarikan utama pelancong asing ke Malaysia,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.


Majlis pada semalam itu turut dimeriahkan dengan kehadiran ikon dunia kebanggaan negara, Tan Sri Michelle Yeoh, yang juga bintang Asia pertama menerima Anugerah Oscar. 


Anwar menyatakan kekagumannya terhadap anak kelahiran Ipoh itu yang berkongsi tentang disiplin, ketekunan dan keberanian mengejar cita-cita, yang harus menjadi inspirasi buat anak-anak muda untuk bekerja keras secara konsisten dan berpegang pada semangat untuk mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa.



Kata beliau, sambutan malam tadi membuktikan bahawa kekuatan kreativiti, bakat dan disiplin anak bangsa mampu mengangkat Malaysia sebagai negara yang hebat, diyakini dan disegani di mata dunia





KPDN ambil tindakan stesen minyak biarkan kenderaan Singapura isi RON95



Sejak semalam tersebar rakaman sebuah kenderaan bernombor plat Singapura didakwa mengisi minyak RON95 di sebuah stesen minyak di Johor.




Pemilik kenderaan didakwa menutup dua huruf pada nombor plat menggunakan pita pelekat berwarna hitam untuk mengelakkan diri tertangkap.

Susulan isu ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap stesen minyak berkenaan atas kesalahan dibawah Subperaturan 12A Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961.


Pengarahnya, Lilis Saslinda Pornomo berkata, tindakan itu dibuat selepas mendapati pengusaha stesen minyak disyaki melanggar arahan Pengawal Bekalan berhubung larangan penjualan minyak petrol RON95 kepada kenderaan bernombor pendaftaran asing.

Katanya, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan telah diambil dan semakan telah dibuat bagi membantu siasatan.


“Kita jalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas stesen minyak berkenaan susulan aduan serta penularan video di media sosial berkaitan dakwaan pengisian minyak RON95 oleh kenderaan bernombor pendaftaran asing dengan taktik menutup sebahagian nombor pendaftaran kenderaan bagi mengelak dikesan.



“Siasatan mendapati pembelian tersebut dibuat menggunakan kaedah tanpa tunai di salah satu pam di stesen minyak berkenaan tanpa membabitkan pengesahan identiti di kaunter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.






KEH KEH KEH...MANA ADA CERDIK PUN. GITU LA WALAUN

 


WARGA PENANG ..JANGAN IKUT PERANGAI WALAUN BALIK RAYA BUANG SAMPAH DI NEGERI ORANG

 


Sambutan Tahun Baharu di beberapa lokasi tumpuan awam di Pulau Pinang menyaksikan kesedaran orang ramai terhadap kebersihan awam berada pada tahap sederhana, meskipun terdapat kawasan yang berdepan isu lebihan sampah akibat peningkatan kehadiran pengunjung.







Tinjauan MalaysiaGazette di Persiaran Karpal Singh, Jelutong dan Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas mendapati kebanyakan pengunjung dilihat membuang sampah ke dalam tong yang disediakan.


Bagaimanapun, kapasiti tong yang terhad menyebabkan sebahagiannya penuh dan sisa makanan melimpah ke kawasan sekitar susulan jumlah orang ramai tinggi sepanjang tempoh sambutan.





𝗔𝗸𝗵𝗶𝗿𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗕𝗲𝗿𝗷𝗮𝘆𝗮 𝗠𝗲𝗺𝗲𝗰𝗮𝗵 𝗕𝗲𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢

M Asri M Jamil







Dr Akmal ajak UMNO dan PAS kembali bertaut. Tidak lama selepas itu, pemimpin PAS pula menyambut, siap kata, kita buat kasi jadi. Nampaknya penyatuan ini sungguh-sungguh nampak indah di poster dan ucapan. Tetapi bila melihat keadaan UMNO hari ini, soalan lain pula muncul. Siapa sebenarnya yang semakin kuat, dan siapa yang semakin hilang arah.


PAS tidak perlu pun bertempur besar-besaran. Cukup dengan imej parti suci, berprinsip dan dekat dengan agama. Dalam diam, penyokong UMNO sendiri mula memandang ke arah PAS. Tiada siapa keluar parti, tetapi undi sudah mula bergerak. UMNO masih ada bangunan, jawatan dan mesyuarat. Yang hilang ialah keyakinan.


Muafakat Nasional pernah dijual sebagai projek penyatuan ummah. Akhirnya, yang banyak untung ialah PAS. Yang banyak bergaduh ialah UMNO. Setiap kali isu penyatuan disebut, UMNO kembali berpecah kepada dua atau tiga kem. Satu kem mahu bersama PAS, satu kem tidak percaya lagi, satu kem pula hanya mengira siapa dapat manfaat.


Sementara itu, PAS terus berjalan seperti biasa. Program agama jalan, jaringan komuniti hidup, kempen berterusan. Bila musim pilihan raya tiba, mereka sudah pun berada di hati pengundi. UMNO pula masih sibuk berbincang, apakah mahu bersatu, berkawan, atau berdiri sendiri.


Ironinya, penyatuan yang dilaungkan kononnya demi Melayu, akhirnya berjaya memecahkan UMNO lebih dalam daripada lawan politik mana mana. Dan yang paling menarik, PAS tidak pernah mengaku memecahkan sesiapa. Mereka hanya senyum, angguk, dan mengatakan, kami hanya mahu menyatukan.


Kadang kadang, itulah politik. Yang kelihatan seperti menyatukan, rupanya sedang memisahkan. Yang kelihatan kalah, sebenarnya sedang menang perlahan lahan.




UMNO JANGAN PERASAN SANGt

 


SEBENARNYA UMNO PERLU LARI DARIPADA BAYANGAN NAJIB.. ZAMAN DIA DAH BERLALU BILAMANA HUKUMAN DIJATUHKAN..


UMNO PERLU BANGUN BERSAMA KEPIMPINAN BARU YG ADA SKRG NIE.. TAK LEKEH AIHH KEPIMPINAN YG ADA DARI PRESIDEN ZAHID KE TIMB TOK MAT DENGAN NAIB PRESIDEN SPT ABG JOE GHANI, ZAMRI KADIR SERTA ASRAF WAJDI SEMUA TU BOLEH ANGKAT UMNO SEMULA..


GUNAKAN PELUANG YG ALLAH BERIKAN DENGAN 30 KERUSI MASIH BOLEH MENJADI KERAJAAN ITU UNTUK MENAIKKAN SEMULA UMNO.. 


INGAT JANGAN DOK BANGGA SANGAT.. UMNO TIADA YB DI PERLIS, KEDAH, TERENGGANU, BANGUN SEMULA DENGAN UMNO YG BARU BUKAN UMNO YG BERNOSTALGIA.. JADIKAN YG LAMA ITU SEBAGAI SEJARAH UNTUK UMNO BANGKIT SEMULA..


TARGET PRU16 NANTI 50 KERUSI PON DAH MEMADAI.. NAMUN JIKA DOK BERETORIK  NAK HIDUPKAN MUAFAKAT NASIONAL BERSAMA PAS LUPAKANLAH 50 KERUSI TU..NAK KEKAL 30 TU PON MUSTAHIL JADINYA.. 


SBB APA ANDA FIKIRLAH SENDIRI...FAKTOR NAJIB SALAH SATU YG PERLU ANDA FIKIRKAN...


MAD NOOR AL-GOMBAKI




1MDB: Bukan Seorang, Tapi Budaya Yang Enable

RAFIZI ANALISA KENAPA MUHYIDDIN LETAK JAWATAN PENGERUSI PN

HOT! AKMAL WANTS TO BE WITH PAS, BERSATU AND UMNO! THE PEOPLE OF BALUN A...

JANGAN MERASUAH DSN MAKAN RASUAH


 

PMX DAN Michelle Yeoh


 Tan Sri Michelle Yeoh ketika merasmikan peluncuran Projek Inovasi Pencahayaan “I LITE U” di Bukit Bintang pada 3 Januari 2026.



NAK CARI 4 LORI TAPI LINGKUP PAS DI PERLIS


 

CINA DAP BAGI DEWAN TERBUKA BUAT PENDUDUK. HARAP MELAYU...BEREBUT KUASA ..DAK PUN RASUAH.

 


Kampung Sungai Penchala : Dewan terbuka baharu SK Kampung Sungai Penchala kini siap dibina! Pembinaan dewan ini dilaksanakan menggunakan peruntukan Pejabat Ahli Parlimen Segambut, melalui kontraktor yang dilantik oleh ICU WPKL di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR). Ruang serbaguna ini bakal menjadi ruang aktiviti pendidikan, kokurikulum dan komuniti setempat. Bersama-sama kita wujudkan persekitaran yang lebih selesa, inklusif dan bermakna untuk semua. #Segambut









KISAH PAS ATUR PERTEMUAN DENGAN PMX.


 

Krisis Perlis: Jelas PAS berbohong dan memfitnah bersatu.

Aman Muhamad






Media melaporkan:


Dalam satu pendedahan berani oleh Ketua Ulamak PAS Perlis, beliau menegaskan bahawa:


1. Bersatu tidak terlibat langsung dalam apa yang berlaku di Perlis.


2. Ia bermula dari kehendak Tuanku Raja Perlis sendiri yang mahu tukar MB PAS atas sebab SALAH LAKU MB TERHADAP BAGINDA.


Baca tu: SALAH LAKU MB TERHADAP RAJA PERLIS!


3. Ruang perbincangan dengan istana telah dibuka, tapi PAS mengambil sikap tidak mahu peduli.


4. Tiga Adun PAS tandatangan SD di hadapan Raja Perlis sendiri.


5. Sebelum lantik MB Baru, Tuanku Raja Perlis juga telah memberi peluang untuk MB baru dari PAS, tapi PAS gagal memainkan peranan yang sewajarnya.


6. Apa yang PAS buat, PAS twist cerita.


7. PAS fitnah 3 Adun PAS pengkhianat. PAS fitnah Bersatu juga khianat.@


8. PAS berlakon play victim,@ sampaikan Presiden PAS fitnah reka cerita MB Perlis ditekan sebab projek, memberi gambaran istana Perlis pula yang jahat.


9. Jadi jelaslah, PAS yang khianat dalam hubungan ini. Bukan Bersatu yang khianat.


10. Lagi UMNO mahu bersama PAS?


11. Demi Allah, apa yang PAS buat kat Bersatu hari ini, PAS akan buat sekali lagi kat UMNO di masa akan datang.


Demi Allah, PAS ialah psrti jahat yang khianat.


;)




BAGI BUAT APA ..WALAUN TAK DAK AKAI MANA ADA FIKIR ZEMUA NI




 Kerajaan Kelantan merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tindakan pantas mengumumkan serta mengarahkan supaya penggantian titi gantung yang runtuh di Sungai Chatel Damai, Lata Rek di Kuala Krai pada Khamis dilaksanakan segera demi keselamatan dan kemudahan rakyat.






Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762636/edisi/kelantan/kelantan-rakam-penghargaan-tindakan-pantas-pm-arah-titi-gantung-runtuh-diganti


#SinarHarian #SinarTerkini #jambatangantungruntuh #kelatan




HADI AWANG KATA UMNO NYANYIK...DIA JA TAK NYANYUK


 

LEMAHNYA PN ..MAKA PAS JUGA LEMAH