Tiada halangan taja graduan TVET sambung pengajian luar negara




 Tiada sebarang halangan di pihak kerajaan bagi menaja graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah seliaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyambung pengajian ke luar negara.

Menurut perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan menumpukan kepada usaha melatih seberapa ramai tenaga mahir dalam negara dan penajaan itu ketika ini bukan satu keutamaan.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan mengambil perhatian terhadap isu itu dan melihat sekiranya ia boleh dilakukan.


"Kalau ada keperluan tajaan dalam bidang tertentu yang tidak ada keupayaan dalam negara dan perlu dilatih di luar negara seperti China, Arab, Amerika Syarikat atau Eropah, saya tidak ada masalah. Kita boleh hantar.


"Asyraf Wajdi (Pengerusi MARA) akan mulakan program itu dalam kalangan (pelajar) di bawah kendalian MARA, kita akan cuba hantar.


"Tetapi di peringkat sekarang, kita tidak fikir ia terlalu mendesak kerana kita mahu bawa kepakaran dan kemahiran itu (dari luar negara) melatih jumlah yang lebih ramai," katanya dipetik.


Beliau sebelumnya hadir ke program Temu Anwar di Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) di Kuantan pada Selasa.


Mengulas lanjut mengenai peluang graduan menjalani latihan lanjutan, Anwar memberitahu, syarikat pengeluar automobil China, Geely yang melabur di negara ini ada membuka tajaan graduan dalam bidang teknikal.


"Menurut Geely, mereka mahu ambil 300 lulusan kejuruteraan universiti dan TVET untuk dibawa ke Universiti Geely di negara China untuk diberi latihan tambahan. Kita tidak menghalang sama-sekali.


"Kita iktiraf kelulusan TVET itu dan tidak benar untuk katakan kita tidak iktiraf (kelulusan dari China)," tambahnya.


Selain itu, Anwar turut menegaskan bahawa peluang pekerjaan bagi graduan TVET akan diperluaskan dengan komitmen daripada syarikat-syarikat Jepun yang ada di Malaysia.


Hal tersebut akan direalisasikan melalui program pengembangan industri bernilai RM28 bilion bermula tahun ini yang melibatkan sekitar 15 buah syarikat korporat besar Jepun.


Pelaburan juga mula memasuki pasaran Malaysia dari Arab Saudi dan Amerika Syarikat juga kata Anwar akan terus memberi manfaat kepada tenaga buruh dalam negara khususnya graduan TVET.

KES DANA JUDI: BILA PN NAK SAMAN PM?



 


Pemimpin Perikatan Nasional (PN) pernah mengancam untuk mengambil tindakan undang undang terhadap Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa gabungan itu memperolehi dana daripada syarikat perjudian sewaktu menjadi kerajaan pada 2020 hingga 2022 lalu.

Sehubungan itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mempersoalkan mengapakah PN masih belum menyaman PM sehingga ke hari ini.

Timbalan Ketua Penerangan AMK, Nabil Halimi berkata, sekiranya dakwaan dana judi tersebut tidak benar blok pembangkang wajar mengambil tindakan undang-undang demi mempertahankan imej mereka.

“PM (Datuk Seri Anwar Ibrahim) cabar kalau PN berani mempertahankan maruah mereka di mahkamah sebagai sebuah parti yang bersih.

“Tapi kita sedia maklum PN ini suka berkokok di sosial media, bila kita minta berhadapan dengan proses betul (ke mahkamah) mereka lari dan beri beribu alasan,” katanya.

Nabil juga tertanya tanya apakah sikap pemimpin PN terhadap isu penggunaan dana judi, rasuah dan sebagainya adalah dengan mendiamkan diri.

Beliau memberi contoh pembatalan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 membabitkan seorang wakil rakyat Pas-PN di Parlimen Kuala Terengganu akibat didapati menyogok pengundi, tidak dirayu di mahkamah yang lebih tinggi.

“Contoh paling mudah kita ambil Kuala Terengganu, PN kalah di mahkamah dan terbukti menggunakan wang sogokan semasa pilihanraya lepas

“Tapi yang pelik dengan wakil rakyat terbabit beliau sendiri tidak merayu kes tersebut. Jadi kalau tak salah, kenapa tidak bawa pergi ke mahkamah rayuan?,” soalnya.

Justeru itu, kata Nabil, gabungan parti Pas-Bersatu tersebut hanya berani di sosial media tetapi gagal menunjukkan kredibiliti melalui kuasa undang-undang.

Terdahulu, pada Julai 16 lalu dalam ceramah pelancaran jentera pilihanraya Perpaduan Kedah, Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar PN untuk mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaannya parti itu menggunakan dana judi pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Jelas Perdana Menteri, beliau bersedia disaman sekiranya kenyataannya PN menerima dana daripada syarikat judi adalah fitnah.

Namun, sehingga kin, PN yang terkenal dengan slogan “Bersih dan Stabil” itu masih belum melakukan apa-apa tindakan berhubung dakwaan terbabit.



NELAYAN P PINANG TERLIBAT TAMBAKAN LAUT DAPAT MANFAAT SIMP


 Nelayan berkelayakan di Pulau Pinang yang terlibat projek Tambakan Pulau Pinang Selatan (PSI) tetap akan mendapat manfaat pakej Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) seperti dijanjikan.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Mohd Sayuthi Bakar dalam satu kenyataan merujuk keputusan Kerajaan Negeri mengecilkan skop projek itu baru-baru ini.

“Kerajaan Negeri selaku pemilik projek itu membuat keputusan tersebut dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada 21 Jun lepas untuk mengekalkan pakej SIMP seperti yang diumumkan kepada nelayan dahulu.

“Keputusan ini bermakna pakej SIMP yang dijanjikan kepada nelayan tahap 1 dan 2 tidak berubah iaitu tekong dan awak-awak dari unit Permatang Tepi Laut, Sungai Batu, Teluk Kumbar, dan Gertak Sanggul tetap layak menerima manfaat untuk nelayan iaitu bantuan bot dan enjin serta jeti. Jumlah bantuan sagu hati juga tidak berubah,” katanya dalam kenyataan.

Kerajaan negeri pada Mei lalu memaklumkan projek itu yang membabitkan penambakan laut secara besar-besaran bagi membina tiga pulau buatan, dikecilkan kepada pembinaan sebuah pulau sahaja iaitu Pulau Silikon atau Pulau A, yang berkeluasan 920 hektar.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, projek membabitkan Pulau B yang berkeluasan 560 hektar dan Pulau C seluas 320 hektar tidak diteruskan setelah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta supaya Kerajaan Negeri mengkaji supaya skop PSI dikecilkan.

Sementara itu Sayuthi berkata, program bantuan bot dan enjin di bawah skim SIMP yang dirangka khas untuk nelayan dari kawasan PSI sememangnya dirangka khas untuk nelayan dari kawasan PSI.

Sumbangan peralatan lain seperti robot, sonar, dan sistem kedudukan global (GPS) di bawah skim sama bertujuan membantu golongan itu terutama nelayan selatan Pulau Pinang untuk mencari pendapatan.


KEADILAN Pulau Pinang yakin sapu bersih kerusi ditandingi



KEADILAN Pulau Pinang menyatakan keyakinan mereka mampu menang kesemua 13 kerusi yang dipertandingkan parti itu pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN) akan datang.

Keyakinan itu dinyatakan Penasihat Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri, Datuk Law Choo Kiang sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ramah Mesra Mantan ADUN dan Calon PRN15 Pulau Pinang di Bayan Lepas, pada Rabu.

“Saya yakin ini merupakan gabungan yang begitu kuat kerana kita ada calon daripada pelbagai latar belakang.

“Sasaran kita memang untuk menang semua kerusi lah dan kita tidak akan bertolak ansur kerana penggal sebelum ini juga kita telah memenangi kesemua kerusi,” katanya merujuk kebolehan calon-calon dinamakan termasuk muka-muka baharu.

Sementara itu jelasnya, semua bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang daripada parti itu yang tidak dicalonkan bertanding pada PRN kali ini memberi sokongan kepada semua 13 calon yang telah diumumkan.

Malah kesemua bekas ADUN juga telah menyerahkan bilik gerakan pilihan raya berserta jentera mereka kepada calon-calon baharu yang akan bertanding PRN.

“Semua pihak akan bekerjasama termasuk cabang parti, rakan komponen parti dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dalam membantu calon-calon untuk memastikan kemenangan kepada parti,” katanya..


RENTASAN 1417 | PANAS!! TERNYATA PELUANG JUWAIRIYA KALAHKAN AZMIN CERAH?




MENARIK DALAM RENTASAN 1417

1. JANGAN BENARKAN PN RAMPAS RUMAH INI 2. COP MOHOR PENGKHIANAT DI DAHI AZMIN 3. PAS KAMBUS LEGASI NIK AZIZ 4. AKHLAK MULIA SUDAH DIBAKULSAMPAHKAN KE?





RENTASAN 1416 | GEMPAR!! TERNYATA USAHA TUN M, HADI AWANG JATUHKAN PM10 ...





MENARIK DALAM RENTASAN 1416
1. EKONOMI MADANI PERKASA RAKYAT 2. ANTARA PEJUANG BANGSA DAN PENCIPTA MASALAH 3. PENYOKONG TANGGUNG DOSA FITNAH PEMIMPIN 4. PILIHAN RAYA NEGERI - LEGASI TUN FATIMAH LAWAN SI KITOL




KES RASUAH MELIBATKAN ANAK BERANAK.MUHYIDDIN


 

JUDI MASIH BERLELUASA


 

RAKAN PN TAK MAHU HAPUS JUDI- NAK UNDI LAGI PN ?


 

NIK AMAR...JANGAN BOHONG ORANG KAMPUNG


 

TIDAK SALAH JIKA BAWA ORANG MASUK MELABUR


 

INI DIA CINA YANG SANUSI BAWA KERJA BAWAH MBI....


 

PERMIT MINTA NAMA ADA YANG DIKEMUKA . SANUSI NAK MOHONG SAPA.


 

BARU NAK JUMPA SALAM CIUM TANGAN


 

AKHIRNYA TEKAAN LM JADI KENYATAAN.

 

Ingat posting saya 2 hari lepas pasal calon PN di Bahau. 




Belajar Diploma Pengurusan Perniagaan, tapi nama siap ada doktor 😅 


Mengaji pulak di Universiti Kristian. Tapi jadi Pengerusi Pusat Tahfiz 🤦🏻‍♀️


Alih2 depa kata silap teknikal lagi. Dia bukan Pengerusi tapi Penaja. 


Kalau lah jadi kat lawan depa ni, orang Kristian jadi penaja pusat agama, dah keluar lah dakyah nak murtadkan orang Islam. Kita dah boleh baca. 


Sebab jadi kat depa. Kunci syurga neraka depa pegang, salah teknikal berulang2, taksuber tetap akan pangkah. 


My take, dengan line up calon sebegini, orang N9 bijak. Ghuyup la PN di sana. Target PN 5-1 pun susah. 


~LM~


SUPRISE VS TIADA HALA TUJU

 



Rafizi Ramli


Liputan sekitar kempen PRN.


Macam-macam kejutan kempen kali ini.


Ini pertama kali saya dengar manifesto akan menjadi “surprise” dan kena undi dulu.


Kalau PH, laju PN cakap tiada hala tuju. Kena dekat dia, bila wartawan tanya jadi “surprise”.



GENERAL PN/PAS YANG TAK ADA TELOQ.

 

PAS ni pada saya banyak akai. 


Semalam, mereka tolak pelawaan debat. Pentaksub mereka siap keluar naratif “Kalau dicabar orang bodoh, haruslah kita berpaling darinya”. 



Mak aiiii sampai begitu sekali nak justify kekecutan mereka taknak berdebat dengan Menteri Ekonomi. 


Satu lagi propa yang diguna, “jadi Kerajaan pun nak berdebat”. Apa punya hujah membodohkan rakyat. 


Selepas kena backlash besar2an dalam media sosial, hari ni mereka u-turn pula. Ok pulak nak berdebat. Maka naratif “berpaling dari orang bodoh” tadi sudah hilang. 


PAS lagi satu banyak akai, dia tak hantar level General atau Kolonel. Hantar level Sarjan je nak berdebat dengan Menteri Ekonomi. 


Kalau kalah pun takde hal. Mereka akan kata berat sebelah. 


Selain itu, debat Ini bukan untuk ketengahkan fakta pun. Mereka akan guna untuk mainkan sentimen pengundi. 


Bila nampak Menteri Ekonomi lantang berhujah, Sarjan ini akan biasanya buat2 gentleman, bercakap lembut sekali dan play victim. Akan dicananglah Menteri Ekonomi ni suka membuli. 


Sentimen underdog tu akan diperah sehabis mungkin untuk undi. 


Saya tak teruja sangat dengan debat ini. Lain betul kaliber kedua2nya. Macam tonton black belt lawan yellow belt. Kita dah tahu siapa pemenang. 


Cuma, bagaimana PAS akan mainkan sentimen debat ini, untuk dapatkan undi. Kita tengokkan nanti. Kalau Rafizi menang pun, mereka akan tetap propa angkat Syahir menjulang tinggi.


Sama saja apa yang mereka buat dengan Sanusi. Shadowing PMX, untuk tunjuk dia berani. 


Apa pun, kita bagi kredit la pada MP Bachok. Sanggup jadi sacrificial lamb, bila panglima2 mereka, mind my language, kecut *****. Boleh isi sendiri. Tak tergamak nak tulis. 


Salam hormat, 

Liyana Marzuki



APA SALAHNYA JIKA PRN INI SUATU REFERENDUM TERHADAP ANWAR?


Hakikat bahawa PN mahu menjadikan keputusan PRN enam negeri pada 12 Ogos ini sebagai landasan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri bukanlah suatu rahsia lagi.


Para pemimpin mereka amat yakin jika PN menang empat atau lima negeri dalam PRN itu nanti, ia adalah petanda kerajaan perpaduan tidak diterima rakyat, sekaligus juga bererti penolakan terhadap kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Seterusnya, mereka percaya akan menyusul selepas itu ialah terbentuknya sebuah kerajaan baharu bagi menggantikan kerajaan perpaduan sedia ada serta hadirnya seorang Perdana Menteri baharu.


Dalam erti kata lain, keputusan PRN enam negeri nanti, bagi PN adalah suatu referendum terhadap Anwar.


Berdepan gelombang keghairahan PN yang kian memberahi itu, sentiasa saja ada pemimpin PH/BN atau kerajaan perpaduan yang tampil menangkis dan menolak perkara tersebut.


Mereka berhujah, PRN ini adalah pilihan raya peringkat negeri semata-semata yang hanya bertujuan untuk membentuk kerajaan negeri dan tiada kaitan dengan kerajaan pusat atau kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri.


Siapa pun yang menang nanti, kata mereka, kerajaan di peringkat pusat tidak akan tergugat kerana Adun-Adun yang baru terpilih itu tidak mampu mengusulkan apa-apa undi terhadap Anwar.


Kata mereka, Anwar hanya boleh dijatuhkan jika beliau berjaya dikalahkan melalui usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat oleh Ahli-Ahli Parlimen saja.


Dalam hal ini, meski dicabar Anwar beberapa kali untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadapnya, PN tetap tiada keberanian melakukannya.


Disebut lagi oleh mereka yang berada dalam kerajaan perpaduan, bagaimana PRN ini mahu dikaitkan dengan referendum, sedangkan ia hanya melibatkan enam negeri dan tidak merangkumi seluruh Malaysia?


Dengan segala hujah yang dikemukakan itu, PH/BN dan pimpinan kerajaan perpaduan pada umumnya menolak mentah-mentah PRN enam negeri 12 Ogos ini sebagai referendum terhadap Anwar.


Wajarkah cakap-cakap referendum oleh PN itu ditolak dan disanggah mentah-mentah oleh PH/BN dan pimpinan kerajaan perpaduan?


Isunya di sini, semakin isu referendum yang dimainkan PN itu ditolak, ia seperti memberi lebih semangat kepada mereka untuk membuktikan penolakan terhadap Anwar itu benar-benar menjadi kenyataan.


Secara psikologi juga, menolak mentah-mentah hakikat referendum itu dengan sendirinya memperlihatkan PH/BN dan kerajaan perpaduan sedang lemah, tidak mampu berlawan dan sedia dikalahkan dalam PRN nanti.


Untuk berlawan secara anak jantan dan memperlihatkan kerajaan perpaduan ini benar-benar kuat, tidak lemah dan sanggup berdepan apa juga cabaran, apa lagi bersandarkan majoriti dua pertiga atau 148 Ahli Parlimen yang dimiliki, pimpinan parti-parti yang membentuk kerajaan sepatutnya menyahut cabaran referendum itu dengan terbuka dan sedia berlawan dengannya.


Mereka seharusnya menunjukkan sikap mahu berlawan dan membuktikan keinginan untuk mencipta kemenangan, dan akhirnya referendum itu menyebelahi Anwar dan kerajaan perpaduan.


Dengan segala kekuatan yang ada dan kuasa sebagai kerajaan di peringkat pusat, PRN ini sepatutnya dimanfaatkan oleh PH/BN sebagai referendum yang mampu menekan lagi PN.


Jika PH/BN mampu menekan blok pembangkang dan mencipta kejayaan gemilang dalam PRN ini, PN akhirnya tiada pilihan lain melainkan terpaksa bersabar sehingga PRU16 akan datang untuk menukar kerajaan.


Sebab itu, menolak dan menyanggah mentah-mentah PRN ini sebagai referendum adalah suatu sikap yang silap kerana ia hanya memperlihatkan kerajaan perpaduan sedang lemah, mengalah dan tiada daya melawan untuk berdepan PN.


Hello…janganlah mengalah sebelum berlawan dan sebelum peluh membasahi badan.


Lagi pun, dengan adanya hujah bahawa PRN tidak mungkin menyebabkan Anwar dapat dijatuhkan, ia hanya pilihan raya peringkat negeri dan macam-macam hujah lagi yang tidak pun memihak kepada PN, kenapa dalam masa yang sama, PH/BN takut pula dengan referendum yang digembar-gemburkan itu?


Sepatutnya terimalah referendum itu sebagai pemberi semangat dan tonik kekuatan untuk tambah bekerja kuat mengukuhkan lagi kedudukan Anwar dan bukan jadi tertekan kerananya. – ShahbudinHusin 02/08/2023.


https://shahbudindotcom.net/



KISAH BENAR



Adrian Lim..


Ini reaksi sesetengah pihak dalam dua keadaan berbeza.


Masa Tukang Angkat Beg Hadi tolak jemputan debat... "TERBAIK!"

Masa Tukang Angkat Beg Hadi u-turn terima jemputan debat... "TERBAIK!"


Otak golongan ini memang dah kene pajak ke apa?

Tolak jemputan debat "TERBAIK".

Terima jemputan debat pun "TERBAIK".


Masa PAS bersama UMNO... TERBAIK!

Masa PAS bersama Bersatu... TERBAIK!

Dulu masa PAS bersama DAP... pun TERBAIK!


Masa PAS nak bentang RUU355... TERBAIK!

Tapi PAS tangguh RUU355... pun TERBAIK!


Masa PAS larang umat Islam lawat gereja... TERBAIK!

Tapi dulu masa PAS ajak Muslims lawat gereja... pun TERBAIK!


Masa PAS hina Raja-raja Melayu... TERBAIK!

Masa PAS minta maaf sebab hina Raja-raja Melayu... pun TERBAIK!



AIL-SLDN BAGI MEMBANTU MENINGKATKAN PELUANG PEKERJAAN.


 

SIAPAKAH KITA.ISLAM SANGAT KAH KITA.


 

NETR IDEA EKONOMI YANG MENGUNTUNGKAN NEGARA


 

GELAKKAN PAS BILA BERPECAH DAN TANDA AWAL BERPISAH DENGAN PARTI GELAKKA .


 

HANG TUNGGU PA SANUSI. PI REPORT LA


 

REPORT CARD- PENANG- NAK PELINGKUP NEGERI , BAGI PADA PN


 




Negeri Sembilan dah. Kelantan dan Terengganu dah.

Hari ni, kita tengok report card Penang.

Setakat Jun 2023, katanya 92.4% janji Manifesto PRU14 telah dipenuhi. Details nya saya tengok berkenaan dengan pembinaan lebuh raya dan terowong dasar laut, kemajuan setempat, subsidi kebajikan rakyat.

Pengangkutan awam di Penang sama ada bas dan feri percuma. Bukan saja untuk B40 tapi untuk semua.

Minggu lepas, ketika bertugas di sana, dapat la saya merasa. Walaupun free, takde ramai yang naik bas. Walau masa tu waktu puncak. Saya naik dari hotel di Gorgetown sampailah ke Perhentian Feri. Bersih dan selesa basnya.

Dari segi penjagaan bandar, bila saya berjalan kaki di simpang2 bandar, nampak jalan terjaga. Sampah hampir tiada.

Dan diceruk2 rumah kedai, setiap penjuru ada je surau atau masjid kecil. Masjid Jamek ntah ada berapa di tengah bandar. Azan berkumandang setiap waktu. Tak tahu la propa “Islam terancam” macam mana tu?

Saya juga suka fokus Penang terhadap pengukuhan agama Islam. Kutipan Zakat antara tertinggi di Malaysia. Kerana orang Profesional yang jaga. Exco Agamanya ada doctrate dan diangkat jadi Timbalan Ketua Menteri.

Pembinaan wakaf dan masjid bertambah dari tahun ke tahun. Termasuk peruntukan Kerajaan Negeri untuk orang Islam.

Yang lain dari yang lain, di Penang ada KAFA Menengah, yang ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri. Siap setiap Tahfiz yang hafal Al-Quran dapat wang penghargaan. RM500.

Mereka juga tengah bina Universiti Kolej Islam Antarabangsa. Dan perkasakan Islamic Digital Library.

Kena ingat, masyarakat Melayu di Penang 46%. Bukan Melayu 54%

Daripada segi ratio penduduk, kita boleh katalah Penang antara negerj yang paling memberi untuk kemajuan penduduk Islam.

It’s helps, bila Penang ialah Top 2 Negeri termaju di Malaysia.

Jadi propaganda, Kerajaan Penang pinggirkan Islam tu, tak boleh jalan dah.

Penang ni cuma satu saja, kehadiran “Emperor” yang tak habis-habis kacau CM yang buat kerja. Mentang-mentang CM nya jenis senyap saja. Tu akan buat GAP menyampah. Maka berhati-hati lah.

My take, UG akan menang di Penang. Angan-angan PN 6-0 tu dalam mimpi saja lah.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 


KALAU IKUT SEJARAH YANG SELALU KHIANAT MAKAN KAWAN ADALAH PAS.




Kalau ikut sejarah, yang selalu mengkhianat tu PAS. Yang buatkan PR berpecah tu PAS sebab tergilakan UMNO masa tu. Lepas cerai dengan PR, buat pulak Muafakat Nasional bersama UMNO.

Selepas Langkah Sheraton, bila Bersatu bagi offer baik punya, dia bercerai pulak dengan UMNO. Bukan UMNO yang runtuhkan MN tapi PAS yang tergilakan Bersatu sebab nak jawatan dan gaji.

Tiba-tiba dia kata UMNO yang makan kawan. Hebat dia spin. Guna mesin basuh jenama Zanussi ke tu? Aku bukan nak bela UMNO. Tapi nak betulkan fakta. PAS yang tak boleh dipercayai.

PAS ni jenis siapa boleh bagi dia jawatan atau gaji, dia ikut. Dia tak peduli kalau terpaksa tikam kawan sendiri. Yang penting tembolok dan poket dia. Siapa boleh bagi penuh, itulah kawan dia.

Entah suratan atau kebetulan, Gerakan pun sama macam PAS. Tinggalkan BN bila kalah teruk PRU. Memang jenis tak setia. Mungkin sebab tu PAS boleh bersama Gerakan. Guane boh?

Raja Gelap