ANWAR TIDAK AKAN TENTUKAN LAGI TARIKH AMBIL ALIH KUASA




Terjemahan WRLR


Kuala Lumpur 26 Nov-Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim muncul hari ini menegaskan bahawa Pakatan Rakyat harus menunggu sehingga pilihanraya akan datang untuk mengambil alih kuasa.Ini akan menentukan kuasa tersebut kukuh dan kuat.

Beliau memberitahu para wartawan bahawa beliau tidak akan menjelaskan sebab musabab kenapa sehingga kini masih belum mengambil alih kuasa dalam siding congress parti .

“Tidak ada apa yang perlu saya jelaskan ,ianya akan berlaku,” jelas Anwar dalam Parlimen.Beliau tidak menyatakan tarikh sebenar untuk perubahan tersebut.

Beliau yang menyatakan kepada umum bahawa pada 16 Sept untuk PR mengambil alih kuasa dengan menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional, namun sehingga kemunculan tarikh tersebut kenyataan beliau tudak membuahkan sebarang hasil.

Dalam masa yang sama Malaysia memfokuskan agenda bagi menaikkan semula ekonomi negara yang semakin menjunam selepas tarikh 8 Mac lalu.

Anwar dijangka akan memberikan tumpuan terhadap isu ekonomi dalam perhimpunan congress PKR dan meletakkan ketepi cita-cita 16 september tersebut.

Beliau menjelaskan ianya tidak menjadi soal bila dan bagaimana PR akan mengambil alih kerajaan nanti

Ini menunjukkan bahawa Dato Seri Najib pasti akan menggantikan kepimpinan negara setelah peralihan kuasa dalam UMNO pada bulan Mac nanti.

“Apakah yang membuatkan anda terlalu yakin dengan perkara tersebut?”beliau bertanya kepada para wartawan.

Ini menandakan bahawa kenyataan beliau adalah agar para deligasi agar terus komited dengan agenda perjuangan dan tumpuan terhadap 5 negeri yang ditawan dan di tadbir di bawah Pakatan Rakyat.

Beiau juga menjelaskan bahawa PKR telah merancang dan mula akan turun padang semula untuk melakukan ceramah terutamanya di kalangan kaum Melayu ntuk menjelaskan kepada mereka agenda perjuangn yang di peruangkan oleh Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang baik di kalangan bukan Melayu , namun di kalangan Melayu kepercayaan bahawa hanya UMNO yang dapat membantu mereka masih menebal.
Beliau berkata bahawa ceramah adalah penting kerana media yang dikuasai kerajaan seringkali melakukan fitnah terhadap kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat.

GAMBARAN DAN BERITA DARI KONGRESS PKR AKAN DI SIARKAN DARI MASA KE SEMASA

BLOG INI AKAN MENYIARKAN BERITA DARI MASA KE SEMASA DI MAJLIS KONGRESS,SUASANA,DAN BEBERAPA LAPORAN UNTUK TATAPAN UMUM.

JAGA DISIPLIN, IMEJ PARTI NASIHAT SETIAUSAHA AGUNG




SETIAUSAHA Agung KeADILan, Sallehudin Hashim menasihatkan perwakilan yang menghadiri Kongres Nasional Tahunan Kelima di Stadium Melawati, Shah Alam agar senantiasa menjaga disiplin dan imej parti sepanjang persidangan tiga hari itu.

Beliau menyeru anggota perwakilan dan ahli-ahli parti menunjukkan penampilan diri yang matang dan kemas disamping tidak melakukan perkara yang boleh mencacatkan integriti parti pada pandangan umum.

“Saya minta supaya kita berkelakuan baik dan tunjukkan kepada negara bahawa kita sudah mencapai tahap seperti parti pemerintah. Kalau boleh pakailah pakaian yang menggambarkan kematangan individu.“Kita berkongres bukan demontrasi jalanan. Jadi sekurang-kurangnya kita berpakaian kemas.“Kalau hari pertama kita minta ahli pakai baju Melayu dan yang bukan Melayu memakai tali leher dan jaket.“Kita mengharapkan perubahan dari orang lain jadi apa salahnya kita menunjukkan bahawa kita menghayati perubahan bermula daripada individu,” terang Sallehudin lagi.

Sallehudin juga menyeru ahli-ahli supaya menghayati prinsip perjuangan parti serta memahami dasar perjuangan yang dibawa agar parti akan bertambah kukuh dan mantap dengan dokongan komitmen daripada ahli.

“Kongres ini akan memberi peluang kepada ahli-ahli untuk memgetahui dengan lebih mendalam lagi tentang tiga perkara iaitu apakah perjuangan kita, apakah matlamat kita dan yang paling penting sekali apakah yang diharapkan daripada kita sebagai seorang ahli,” ujar beliau lagi.
Sallehudin juga berharap perwakilan dari Semenanjung serta Sabah dan Sarawak akan bersama-sama menghayati visi yang ditonjolkan oleh Ketua Umum, Anwar Ibrahim bahawa KeADILan membawa nilai-nilai sejagat dan kefahaman kemanusiaan dan bukan sekadar politik semata-mata.
HA..HA..HA ADA AHLI YANG OTAK SELUT

Sebelum Pakatan Rakyat dihinggapi penyakit sang penguasa



Ahmad Lutfi Othman



Pada masa lalu pemilihan Umno dilihat lebih hebat debarannya berbanding pilihan raya umum. Di luar Kelantan, mana-mana calon yang menang dalam pemilihan Umno dan kemudiannya dipilih sebagai calon BN dalam pilihan raya umum selalunya tidak menghadapi saingan sengit daripada pembangkang.

Justeru, terpampanglah pelbagai karenah negatif calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Umno, bermula di peringkat cawangan, bahagian, apatah lagi majlis tertinggi parti. Selain budaya politik wang yang telah lama membusuk, bermacam-macam strategi diatur menentang "rakan sendiri". Pengurus kempen ligat memilih taktik dan tipu-helah.



Jawatan dalam Umno dikira tiket mengaut kekayaan dan meraih kemasyhuran memeluk kekuasaan yang begitu diidamkan. Pegawai tinggi kerajaan pun terpaksa tunduk dengan kemahuan "pemimpin kecil" Umno. Tidak hairanlah, dalam keghairahan merebut posisi penting dalam parti berkenaan, segala teknik digunakan. Bomoh-bomoh turut menjadi tumpuan.



Sehingga tercetusnya tuntutan reformasi pada 1998, politik Malaysia "tidak serupa dahulu lagi". Misalnya, menang sebagai ketua bahagian Umno tidak lagi menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum. Wilayah kekuatan pembangkang sudah beralih daripada kawasan tradisi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. PAS menang beberapa kerusi di Perak, Selangor dan Pahang.



Kehadirannya di Pulau Pinang juga terasa. Marah benar orang Melayu dengan Umno!
Sidang Dun di negeri-negeri berkenaan menjadi rancak. Menteri Besar Umno yang dahulunya cukup selesa kini mula gelabah bila diusik. Salah guna kuasa, rasuah dan pelbagai penyelewengan dibongkar. Rakyat dapat melihat fungsi "semak dan imbang" oleh pembangkang (Barisan Alternatif ketika itu) bagi memastikan kepentingan umum terjaga.



Pilihan raya 2004 mengubah keadaan. Umno nampak pulih sepenuhnya. PAS Kelantan pun hampir tersungkur. Fenomena Abdullah Ahmad Badawi memeranjatkan. Dan pemimpin Umno kembali kepada sifat asal. Mereka yang terkejut dengan prestasi 1999 mulai membangga diri dan memandang lekeh pembangkang. Abdullah juga mudah lupa diri, hanya pandai berjanji; alpa bahawa rakyat menyokongnya demi menagih perubahan dan mahu kualiti hidup ditingkatkan.
Rakyat memendam rasa dalam era 2004-2008. Mereka tidak mempersiakan peluang dalam pilihan raya Mac lalu. Pemimpin BN terkedu dengan hukuman tidak terduga itu. Pakatan Rakyat dibentuk. Laluan untuk sistem dua parti nampak terbuka. Memang benar politik Malaysia "tidak serupa dahulu lagi".



Zaman Umno boleh meletak calon "tunggul kayu" dan menang mudah dalam pilihan raya sudah berakhir. Negeri-negeri terkaya kini menjadi milik Pakatan.
Abdullah dilihat punca kekalahan besar itu. Dia dipaksa berundur secara mengaibkan, termasuk oleh kawan-kawan rapatnya sendiri. Pelan peralihan kuasa yang dirangkanya bersama Najib Razak ditolak mentah-mentah. Abdullah terpaksa akur, beliau mesti keluar secepat mungkin. Dikatakan, hanya dengan ketiadaannya Umno boleh dipulihkan. Najib mesti diberikan masa secukupnya untuk menjenamakan semula Umno.



Dilihat hebatnya Umno bercakaran semasa musim pemilihan ini - ketika ia dalam keadaan paling kritikal selepas lebih 60 tahun ditubuhkan - mungkin pemimpinnya merasakan tragedi 2008 mudah dirawat sepertimana kekalahan 1999 mudah ditebus.
Ingatan Dr Mahathir Mohamad bahawa rakyat semakin muak dengan gelagat pemimpin Umno bermain politik wang bagai tidak diendahkan, malah diperolokkan. Selepas lapan bulan, Umno masih serupa dulu, malah di Kedah, Selangor dan Perak yang mana ia hilang kuasa, pemimpinnya gagal bertindak sebagai pembangkang berkesan. Isu-isu yang dibangkitkan Umno tidak lebih daripada isu lapuk yang dikitar semula daripada kem pemikiran Biro Tata Negara (BTN).



Najib sebagai anak didik Mahathir memang mengheret bagasi sejarahnya yang cukup berat. Seribu satu kes menganggunya. Namun, pada hemat saya, keupayaan Najib tidak boleh diremehkan. Persepsi rakyat kadang-kadang sukar ditelah, apatah lagi jika pada masa sama, prestasi Pakatan di lima negeri gagal mencapai target.



Bagi sesetengah orang, Muhyiddin Yasin dan Dr Zahid Hamidi, jika menang pada Mac 2009, mungkin dapat membantu Umno menarik kembali sokongan. Wanita, Pemuda dan Puteri juga akan mempunyai ketua baru. Harapnya orang Melayu tidak mudah terkeliru dengan situasi "apa-apa saja yang baru".



Sama ada Umno-BN dapat mengembalikan sokongan terhadapnya bukan hanya ditentukan oleh keupayaan barisan kepimpinan baru yang diterajui Najib, tetapi lebih dipengaruhi kemampuan Pakatan Rakyat menunjukkan teladan unggul di negeri-negeri yang diperintahnya, selain mempamerkan peranan yang diharapkan rakyat di Parlimen dan mampu menyelesaikan masalah seharian mereka. Personaliti wakil rakyatnya harus sentiasa "peduli dan bersih".
Ciri-ciri "kerajaan menanti" wajar dipenuhi segera. Cabaran semasa, terutama berkaitan ekonomi, mesti ditangani secara yang cukup meyakinkan. Isu-isu sensitif tidak seharusnya dibiarkan "selesai dengan sendiri".


Saya kerap menekankan agar jangan memandang mudah hal-hal yang boleh merangsang emosi dan sentimen perkauman walaupun kita berbangga elemen "politik baru" makin mendapat tempat. Majoriti pengundi Melayu di desa masih terkepung dengan tradisi lama yang dipupuk Umno itu.



Jika Umno berbalah kerana tawaran hebat daripada jawatan dalam parti, tidak mustahil, kegawatan yang sama boleh berlaku dalam Pakatan sekiranya ramai melihat PAS, KeADILan dan DAP adalah lubuk kuasa yang menjanjikan segala habuan. Rakyat sentiasa memerhatikan perkembangan ini, terutama perubahan pada gaya hidup pemimpin. Mereka cukup sensitif dengan perubahan yang tidak perlu itu.



Janji Pakatan terlalu besar dan indah, malah lebih hebat berbanding umpan Abdullah ketika mula menerajui takhta dulu. Rakyat menolak Abdullah kerana janjinya, maka atas hujah sama, Pakatan juga boleh dihukum. Usah sesekali meremehkan keupayaan rakyat dalam membuat penilaian secara bijaksana tentang prestasi Pakatan, baik sebagai kerajaan di lima negeri ataupun pembangkang berkesan di Parlimen.



Usah berasa terlalu rendah untuk mengambil iktibar daripada kejatuhan BN, Mac lalu. Banyak pengajaran berguna daripada episod paling bersejarah itu._




HA...HA...DENGAR TU PESANAN YANG DISAMPAIKAN,KERANA DI PULAU PINANG PUN SEDANG BERLAKU SATU SERANGAN BESAR TERHADAP TKM1 PULAU PINANG.SUDAH LA CUMA ADA 2 PARLIMEN DAN 3 ADUN PKR.TETAPI MENGALAHKAN PARTI LAIN PULAK GELORANYA...........FIKIR-FIKIRKAN

Malaysia backs down from yoga ban amid backlash




ReutersPublished: Wednesday, November 26, 2008



KUALA LUMPUR (Reuters) - Malaysia's prime minister said Wednesday Muslims should still take up yoga, reversing an outright ban that has drawn widespread protests amid concerns over growing Islamic fundamentalism in the multiracial nation. Malaysia's National Fatwa Council, comprising Islamic scholars, told Muslims at the weekend to avoid yoga because it uses Hindu prayers that could erode Muslims' faith.

But the decision drew a sharp rebuke from many Muslims and even Malaysia's sultans, or hereditary rulers, who said that they should be consulted on any matters involving Islam.
Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi moved to contain the damage, telling the national news agency Bernama that Muslims could carry on doing yoga but minus the chanting.

A woman practices yoga at a centre in Kuala Lumpur

"I wish to state that a physical regime with no elements of worship can continue, meaning, it is not banned. I believe that Muslims are not easily swayed into polytheism," he said.
Just before Abdullah spoke, the eldest son of the ruler of the central Negeri Sembilan state took the government to task over the yoya ruling.

"Islam is a progressive religion and the ulama (scholars) should be confident of the followers' faith rather than micro-managing their way of life," Tunku Naquiyuddin told a luncheon.
"If I go to a church or a Buddhist temple, is there any fear of me converting? ... Where do we draw the line?" the online version of the Star newspaper quoted him as saying.
The yoga fatwa ruling came hot on the heels of another edict against young Muslim women wearing trousers.

Fatwas or religious edicts are not legally binding, but they are highly influential in Malaysia, where Malay-Muslims form just over half of the country's 27 million people.
The fatwa council has said that by wearing trousers, girls risked becoming sexually active "tomboys." Gay sex is outlawed in Malaysia.

Malaysia's sizeable minorities include ethnic Chinese and Indians who practice either Christianity, Buddhism or Hinduism.
(Reporting by Jalil Hamid)

ADU DOMBA YANG MEROSAK KAN PARTI-UNTUK SEMUA PARTI DI DUNIA


BABI makhluk Allah itu lebih mulia daripada manusia yang mencari makan dengan menjaja fitnah dan melaga-lagakan sesama umat manusia. Bagi umat Islam, memang tiada bezanya antara daging kamu dan daging babi. Kedua-duanya haram dimakan, tetapi babi tak menjaja fitnah untuk dijadikan sumber makanan & darah daging anak bini. Babi pun tak makan bangkai babi, tetapi kamu ibarat memakan daging mayat saudara kamu sendiri. TIDAKKAH KAMU ITU LEBIH HINA DAN KEJI DARIPADA BABI?



Yang ini di petik dari kata-kata Web Master Marhaen.Agak menarik juga.Gambar atas tu gambar babi utan yang original di tangkap dalam hutan Pahang sewaktu pengembaraan baru-baru ini.
Pedih juga Webmaster Marhaen hentam ni.Sasaran untuk TV3 dan Utusan...tapi mendalam tu.Ada blog yang dok hentam orang-orang tertentu sebenarnya di poskan pada bulan puasa lagi.Tapi tak disiarkan.
Hemtam-menghentam ni kalau dikaji dalam sejarah politik UMNO saja yang dok buat kerja-kerja kotor.Saluran parti lebih elok dan berhemah.Jadilah dan lakukan dengan cara yang berhemah.Banyak yang cerdik pandai boleh tegur-menegur.
Kalau kita lihat dalam DAP dan PAS, kita dapati memang ada kelemahan di mana-mana sedikit sebanyak.Tapi rasanya ahli parti-parti ini tak buat kerja-kerja menjatuhkan selain UMNO.
Rasanya kes TKM1 Pulau Pinang ni mainan UMNO Pulau Pinang.Ahli Parti tak buat rasanya.
FIKIR-FIKIRKAN 51 TAHUN NAK TAWAN 6 NEGERI AKAN HILANG SEKEJAP SAHAJA........ JADI ORANG YANG BIJAK DAN CERDIK