JOM BERSIH 23 FEBRUARI 2008




http://daftarj.spr.gov.my/

Check these IC below and yourself, or your parents one;
if you want to know how BN and their component parties win.

IC: 991214740101
IC: 910815750017
IC: 981231081137

Enter these I.Cs & you will be SHOCKED to find that these young kids
are registered as VOTERS !



INI RUPANYA MAHAZALIM.SOALAN YANG DITANYA TIDAK TAHU DAN YANG PALING MUDAH IALAH “SAYA LUPA” . SEDIKIT DEMI SEDIKIT TUHAN MEMBALASNYA. SAMA MACAM SUHARTO.LEPAS DISINGKIRKAN DARI KEDUDUKAN, SENTIASA HADIR KE MAHKAMAH.SAMA SAJA KEDUANYA……………………….







Wong: Before Tun Ahmad Fairuz was recommended to be the chief judge of Malaya, Tun Dzaiddin recommended (in a letter) Malek Ahmad. Do you recall that?

Mahathir: I cannot remember precisely, but there was a lot of talk. I listen to a lot of people.

Wong: You cannot remember that Dzaiddin had recommended Malek Ahmad to be chief judge of Malaya before Tun Ahmad Fairuz?

Mahathir: I did hear talk of the possibility that Malek had been recommended.

Wong: Do you remember that Dzaiddin had recommended Malek?

Mahathir: I cannot remember him recommending him (Malek) to me... I don’t remember whether I agreed or not. I have read the letter from Dzaiddin, but I don’t remember whether I agreed or didn’t agree on the appointment of Malek.

Lingam had
said the following in the second part of the 14-minute video.

So Dzaiddin really wants to go… Don’t worry. Dzaiddin recommended Malek Ahmad to be Chief Judge of Malaya. But we went and “cut” “cut” cut” cut” - I and Tengku Adnan and Vincent told PM. I stop him for now, because he is anti-PM. We put Fairuz in. And we put… I told you three months ago he became CJM [Chief Justice Malaya]. He said “Don’t believe.” Then he got it. He rang up to thank me.

'I don't have to explain why'

Taking up the same line of defence when questioned by Bar Council observer Christopher Leong, Mahathir however adopted a more aggressive stance.

Not only could he not remember the precise arguments for or against overriding the recommendations of Dzaiddin as the then chief justice, Mahathir backtracked on his earlier declaration to 'answer all' and said he did not have to explain to anyone regarding his decisions on judicial appointments.

I have my own reasons. After hearing what people say, I form my own conclusions. The prerogative is with me. I don’t have to explain why,” said Mahathir.

“Usually, I ask officers... what they say about these things, I take into consideration and rely on their proposals... I cannot remember precisely what was being talked about. I take these things into consideration, (including) the views of the then chief justice, and I make my decisions,” he added.

When asked for more details about the sources of his information that formed the

basis for his decisions, Mahathir said they ranged from ACA, the Attorney-General’s Chambers, civil servants and police personnel.

“I have to make sure the candidate that I decide on is the right candidate in my opinion,” he said.

The clincher came when commission panel member Mahadev Shankar asked Mahathir if he had discussed the appointments with Mohamed Dzaiddin before finalising them.

Mahadev: Were your reasons for rejecting Malek discussed with Dzaiddin?

Mahathir: I normally don’t explain the reasons why I make (the) decisions. I listen to a lot of people (but) I make my (own) assessments and decisions. I don’t explain to anybody.

Mahadev: Not even to the chief justice who made the recommendations to you?

Mahathir: No.

In all Mahathir spend one and a half hours this morning in the courtroom.

He also brought a panel of three lawyers to assist him during his testimony - apart from Tunku Sofea, they are Yaacob Hussain Merican and N Chandran.


INI DIPETIK DARI AGENDADAILY.





Kepada soalan wakil Badan Peguam, Christopher Leong, yang merujuk kepada perbualan dalam klip video itu yang memberi andaian Lingam telah beberapa kali pergi ke rumah beliau,bekas Perdana Menteri itu menafikan kononnya Vincent Tan telah beberapa kali membawa Lingam ke rumahnya ketika beliau menjadi Perdana Menteri.

"Itu tak betul," katanya.

Leong: Adakah Tun kenal V.K.Lingam?

Dr Mahathir: Saya tahu mengenai beliau daripada akhbar berhubung beberapa kes. Saya hanya mengenali beliau selepas saya melantiknya mewakili saya dalam kes saman terhadap saya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, katanya, Lingam pernah datang ke rumahnya selepas beliau tidak lagi menjadi Perdana Menteri dan selepas rakaman klip video itu dibuat.

"Selepas saya lantik Lingam bagi mewakili saya dalam saman itu, barulah dia datang ke rumah saya," katanya.

Kepada soalan Leong sama ada Vincent Tan memperkenalkan Lingam kepadanya, Dr Mahathir berkata beliau tidak dapat hendak pastikannya tetapi beliau mungkin telah bercakap dengan tokoh perniagaan itu untuk menghubungi Lingam.

Ditanya kenapa beliau memilih Lingam mewakilinya dalam kes saman itu, Dr Mahathir berkata beliau berpendapat Lingam adalah calon terbaik.

Katanya Lingam masih menjadi peguamnya.

Ketika ditanya sama beliau telah melihat klip video itu, Dr Mahathir berkata beliau melihatnya menerusi televisyen.

Kepada soalan mengenai hubungannya dengan Vincent Tan, beliau berkata mereka telah berkenalan sejak sekian lama.

"Saya tidak ingat" - Mahathir


Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir Sudin
Thu | Jan 17, 08 | 12:52:44 pm MYT

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Hrkh) - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad buat pertama kalinya hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebagai saksi siasatan kes skandal kehakiman 'Pita Lingam' yang dikendalikan Suruhanjaya Siasatan DiRaja hari ini.

Sebelum masuk ke kandang saksi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pegawai mahkamah kelihatan menyediakan air mineral dan sekotak tisu di atas meja kandang saksi.

Mahathir diwakili oleh tiga peguam, Tengku Sofia Jewa, Dato' Dr Yaakob Hussin Marican dan Dato' M Chandran.

Sementara beberepa peguam lain mewakili anak guaman masing-masing antaranya, peguam bagi Tun Mohamed Dzaidin Abdullah, Wong Choo Wah dan peguam bagi Dato' Seri Anwar Ibrahim, M Puravelan.

Beberapa persoalan yang dihadapkan oleh peguam yang mewakili pelbagai pihak mengenai pelantikan hakim hanya dijawab Mahathir dengan jawapan 'saya

tidak ingat' selain 'saya tidak boleh beri penjelasan mengenai alasan mengapa saya tolak cadangan'.

Soalan antaranya menjurus kepada pelantikan Hakim Besar Malaya, Ketua Hakim Negara dan penolakan dua nama bagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi.Soalan juga menjurus kepada mengenai pelantikan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim yang dicadangkan oleh Tun Dzaidin dalam salah satu surat cadangan kepada Mahathir.

Mahathir mengakui ada menerima dan mengutus beberapa surat kepada Dzaidin mengenai cadangan pelantikan hakim-hakim kanan.

Dalam proses pelantikan Hakim Mahkamah Tinggi, Mahathir mengakui menolak dua nama bagi jawatan tersebut iaitu, Dr Andrew Chew dan Zainuddin Ismail.

Sementara tiga nama yang disetujui bagi jawatan Hakim Mahkamah Tinggi ialah, Dato' Heliliah Mohd. Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato' Ahmad Maarop.

Semalam, surat menyurat antara Mahathir dengan bekas Ketua Hakim Negara (Dzaidin) dikemukakan kepada suruhanjaya tersebut.

Sepucuk daripadanya menunjukkan Mahathir menolak dua nama yang dicadangkan oleh Dzaidin iaitu, Dr Andrew Chew dan Zainudin Ismail.

Dalam rakaman perbualan Lingam meramalkan bahawa Chew dan Zainudin tidak akan dilantik kerana mereka dari 'kem Dzaidin'.

Bila tanya mengapa nama Chew dan Zainudin digugurkan, Dr Mahathir memberitahu suruhanjaya tersebut yang beliau tidak ingat sebab-sebabnya.

Beliau juga mengakui menolak cadangan Dzaidin berhubung pelantikan Dato' Malek Ahmad sebagai Hakim Besar Malaya setelah Tun Ahmad Fairuz mengosongkan jawatan itu untuk dicadangkan menjadi Presiden Hakim Mahkamah Rayuan.

Mahathir dengan tegas menyatakan bahawa dalam membuat penilaian terhadap pelantikan hakim-hakim kanan, beliau ada mendapat pandangan dari pelbagai pihak.

Ini termasuk orang yang berpengetahuan undang-undang, pegawai kerajaan dan Badan Pencegah Rasuah (BPR) selain mendengar pandangan daripada khalayak yang datang dalam program-program sosial, katanya.

Begitupun beliau menyatakan, keputusan akhir untuk pelantikan hakim-hakim tetap akan dibuatnya sendiri.

Beliau juga mengakui ada menerima memorandum dan surat dari pelbagai pihak termasuk bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin ketika berkhidmat sebagai Perdana Menteri, namun tidak mengesahkan kandungan memo dan tidak ingat tarikh memo diterima.

"Mungkin ada surat dari Tun Eusoff Chin, walaupun saya tidak ingat," katanya.

Sementara semasa ditanya oleh salah seorang peguam mengenai hubungkaitnya dengan peguam terkemuka, Dato' VK Lingam, Mahathir mengakui hubungan dengan peguam itu sebagai anak guaman.

Beliau mengenali Lingam sebagai seorang peguam yang bagus yang mengendalikan beberapa kes ketika beliau masih menjadi Perdana Menteri.

Beliau seterusnya mengakui ada mengambil khidmat Lingam dalam kes saman Dato' Seri Anwar Ibrahim terhadapnya beberapa tahun lalu.

Mahathir yang menjawab soalan-soalan berdasarkan beberapa dokumen mengenai surat-surat cadangan antara beliau dan Dzaidin dengan kaitannya berdasarkan rakaman perbualan Lingam beberapa kali menyatakan "saya tidak ingat" .

Mahathir seterusnya ditanya mengenai satu pertemuan yang turut dihadiri oleh ahli perniagaan, Vincent Tan, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor (kini Menteri Pelancongan) dan pada tahun 2001 di sebuah hotel di Lembah Klang,

Mahathir mengakui kenal dengan Vincent Tan dan mempunyai hubungan baik dengan ahli perniagaan itu.

Menjawab soalan peguam Anwar, Mahathir berkata, terlalu banyak pertemuan dengan banyak pihak diadakan namun beliau tidak ingat tentang pertemuan yang diperkatakan itu.

Beliau juga ditanya mengenai sebarang kemungkinan ada pihak yang ada 'akses' untuk melihat surat-surat rahsia mengenai pelantikan hakim-hakim.

Mahathir hanya menyatakan ada pihak termasuk jurutaip, pegawai yang berkenaan dan menteri yang ada kena-mengena dengan urusan itu sahaja yang mungkin boleh melihat.

Prosiding ke atas Mahathir berakhir pada jam 11.25 pagi tadi selepas beberapa peguam termasuk Timbalan Pendakwaraya, Nordin Hassan mengemukakan soalan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Semalam Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal kehakiman 'Pita Lingam' diberitahu mengenai pertukaran surat antara bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohamed Dzaiddin Abdullah dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan dengan pelantikan hakim-hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 2001.

Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Samsudin Osman, telah diminta memberi keterangan saksi untuk menyahihkan surat-surat tersebut di hadapan lima pesuruhjaya siasatan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.

Dalam satu surat bertarikh 2 Oktober 2001, Mohamed Dzaiddin telah mengemukakan lima calon untuk menjadi Hakim Mahkamah Tinggi kepada bekas Perdana Menteri.

Suruhanjaya Siasatan DiRaja yang bersidang bagi hari yang keempat hari ini menghentikan prosiding selepas Mahatahir tamat memberi keterangan pagi tadi.

Siasatan akan bermula semula jam 2.30 petang ini di hadapan lima pesuruhjaya yang mengendalikan siasatan itu, antaranya Tan Sri Haidar Mohamad Noor; Prof Emeritus Khoo Kay Kim; Zaiton Zawiyah Puteh, Dato' Mahadev Shankar dan Tan Sri Steve Shim. - mks.


Guru saman ibu murid

Jan 17, 08 2:26pm

Seorang guru hari ini memfailkan saman fitnah terhadap seorang ibu atas tuduhan menfitnah beliau kononnya telah memukul anak surirumah itu sehingga cedera teruk pada tahun lalu.

E.Kogiladevi, 27, guru Bahasa Malaysia di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kalaimagal, Taman Sri Gedong di Sungai Petani, memfailkan saman tersebut terhadap K T Rukumani, 43, di Mahkamah Sesyen Sungai Petani.

Guru itu mendakwa Rukumani telah membuat laporan palsu dan menfitnahnya menerusi media massa pada 25 Julai tahun lalu, dengan mendakwa telah memukul anak surirumah itu, K.Shamni, 8, dengan teruk sehingga dimasukkan ke Hospital Sungai Petani.

Menurut laporan Bernama, Shamni murid tahun satu ketika itu, mendakwa telah dipukul dan dicekik dengan teruk oleh guru berkenaan di dalam kelas dan ibunya membuat aduan polis serta mendedahkan kejadian itu kepada media massa.

Dalam writ samannya, Kogiladevi menuntut pampasan tidak melebihi RM250,000 atas fitnah yang telah memalukan diri dan keluarga serta menjejaskan imej kariernya sebagai seorang guru.

Kogiladevi diwakili peguam Tan Yoon Yoo dalam saman itu.

Dalam kejadian 24 Julai tahun lalu, Shamni yang pulang ke rumah dalam keadaan cedera, memberitahu ibunya bahawa dia kononnya telah dipukul dengan rotan dan dicekik setelah gagal menurut arahan guru itu.

'Langkah terakhir'

Shamni kemudian dimasukkan ke Hospital Sungai Petani untuk pemeriksaan setelah badannya didapati lebam dan ibunya kemudian membuat laporan polis mengenai insiden itu sebelum mendedahkannya kepada media.

Bagaimanapun Kogiladevi menafikan bahawa beliau telah memukul murid berkenaan dan meminta penjelasan secara bertulis dari ibu murid tersebut tetapi tidak mendapat sebarang reaksi.

Kogiladevi memberitahu pemberita kemudian, saman itu adalah sebagai langkah terakhir yang diambil setelah beliau dan pengurusan sekolah menghantar surat kepada Rukumani untuk meminta penjelasan mengenai kenyataan akhbarnya.

Katanya, ibu murid itu bagaimanapun tidak menjawab surat berkenaan dan atas nasihat Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), beliau mengambil tindakan undang-undang tersebut.

Sementara itu, Setiausaha Agung NUTP Lok Yim Pheng berkata, tindakan saman itu adalah yang pertama diambil dan ia bertujuan untuk memberi pengajaran kepada semua ibu bapa agar tidak sewenang-wenangnya melemparkan sebarang tuduhan kepada guru.

Katanya, NUTP telah memberitahu semua ibu bapa supaya menyelesaikan sebarang masalah berkaitan guru dan anak mereka di peringkat sekolah terlebih dahulu dan tindakan lanjut hanya boleh diambil jika pihak sekolah gagal menyelesaikan masalah yang timbul.

Beliau berkata, NUTP telah menyiasat kes itu dan mendapati dakwaan ibu murid itu adalah tidak benar.