𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗨𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗦𝗣𝗘𝗞𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜





 𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢

𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱


𝗞𝗘𝗡𝗬𝗔𝗧𝗔𝗔𝗡 𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗚𝗨𝗔𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗬𝗔𝗞 𝗦𝗣𝗘𝗞𝗨𝗟𝗔𝗦𝗜


Saya merujuk kepada kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini susulan dari satu sidang media yang diadakan oleh sembilan Ahli Parlimen KEADILAN semalam.


Sementara saya mengalu-alukan pandangan AGC, kenyataan tersebut memberi pengesahan tidak langsung kepada perkara-perkara yang telah dibangkitkan:


1) bahawa terdapat kelewatan dalam proses pelantikan dan ada pencalonan dari Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) yang tidak dipertimbangkan atau tidak diambil tindakan;


2) bahawa mesyuarat JAC yang terkini dipanggil tanpa mematuhi notis 10 hari seperti kehendak pentadbiran;


3) bahawa tuduhan seorang hakim Mahkamah Persekutuan terlibat dalam mempengaruhi keputusan mahkamah dan penugasan semula hakim ada dibincangkan di dalam satu mesyuarat JAC.


Penjelasan-penjelasan yang diberikan di dalam kenyataan adalah pandangan AGC bahawa perkara-perkara (1), (2) dan (3) tidaklah serius sehingga boleh menjerumuskan institusi kehakiman ke kancah krisis; dan tidak boleh disamakan dengan skandal VK Lingam pada tahun 2007.


Inilah persoalan pokok yang saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen KEADILAN timbulkan semalam.


Sementara saya sedia maklum peruntukan Perlembagaan Persekutuan bahawa tanggungjawab menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah kuasa YAB Perdana Menteri; dan kuasa JAC ialah mengemukakan senarai calon yang telah dipertimbangkan dan ditapis kepada YAB Perdana Menteri; keadaan bila mana ada kekosongan mendesak dari Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Persekutuan akibat 𝗸𝗲𝗹𝗲𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝘆𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗬𝗔𝗕 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 𝗠𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗲𝘁𝘂𝗷𝘂 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻-𝗰𝗮𝗹𝗼𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗹𝗮𝗵 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗺𝘂𝗸𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗝𝗔𝗖.


Secara pentadbiran dan undang-undang, perkara ini boleh dijelaskan seperti mana kenyataan AGC.

 

Namun dari sudut pandangan umum, ia menguatkan spekulasi bahawa cabang eksekutif mahu mempengaruhi pelantikan hakim-hakim yang difikirkan lebih serasi dengan pandangan kerajaan.


Jika tanggungjawab YAB Perdana Menteri di bawah Perlembagaan adalah melindungi kebebasan, kredibiliti dan integriti badan kehakiman seperti kenyataan AGC, maka perkara-perkara yang boleh mengundang spekulasi seperti itu (cubaan mempengaruhi pelantikan hakim) perlulah dielakkan, kalau pun ia tidak melanggar tatacara prosedur.


Apatah lagi dalam keadaan sekarang, kenyataan AGC mengesahkan mesyuarat JAC memang membincangkan mengenai tuduhan cuba mempengaruhi keputusan kes oleh seorang hakim Mahkamah Persekutuan.


𝗕𝘂𝗸𝗮𝗻𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗵𝗮𝗸 𝗔𝗚𝗖 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗹𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗮𝗱𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗮𝘁𝘂 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗿𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝘀𝗽𝗲𝗸𝘂𝗹𝗮𝘁𝗶𝗳 𝘀𝗲𝗺𝗮𝘁𝗮-𝗺𝗮𝘁𝗮. 𝗔𝗚𝗖 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗸𝘂𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝘄𝗮 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗝𝗔𝗖 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝗿𝗮𝗵𝘀𝗶𝗮, 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗔𝗚𝗖 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝘀𝗶𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻-𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗮𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗶𝘁?


Sebab itulah, saya mengesyorkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja ditubuhkan untuk menyiasat dan memutuskan mengenai dakwaan-dakwaan ini, kerana selagi ia tidak diselesaikan, ia akan mengundang kemarahan kepada pentadbiran YAB Perdana Menteri sendiri.


Integriti badan kehakiman bukan terletak semata-mata kepada susun atur dan perjalanan proses mengikut prosedur. Lebih penting, integriti badan kehakiman perlu diyakini oleh rakyat dan pemegang taruh, yang menilai perkara-perkara secara keseluruhan dalam konteks rentetan peristiwa yang berlaku.


Kenyataan yang dikeluarkan AGC hari ini mengesahkan bahawa kerajaan sendiri mengakui persoalan mengenai integriti badan kehakiman ini telah menjadi isu nasional.


Demi mempertahankan imej kerajaan, adalah lebih baik kerajaan mempertimbangkan saranan dari kami (ahli-ahli parlimen kerajaan) daripada terus menjadi sasaran kritikan pembangkang.


𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

8 Julai 2025



PERANAN WAJIB KETUA HAKIM NEGARA


 

Perlantikan Ketua Hakim boleh dicabar jika gagal mematuhi salah satu syarat.



Komen balas saya:


1. AGC SALAH dalam menafsirkan Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan apabila meninggalkan peranan WAJIB Ketua Hakim di dalam Perlantikan Hakim-Hakim. 


2. Tafsiran yg betul adalah Perdana Menteri WAJIB berunding dgn Ketua Hakim (terlebih dahulu) di dalam perlantikan Hakim-Hakim, sebelum PM memberi nasihat kepada YDPA.


3. Kuasa utk menasihati YDPA memang eksklusif milik PM, TETAPI kuasa itu hanya menjadi relevan SETELAH PM membuat rundingan dgn Ketua Hakim. Inil adalah peruntukan statutori yg sekiranya GAGAL dipatuhi maka perlantikan Hakim-Hakim akan mengakibatkan tidak berperlembagaan. 


4. Sebab itu tidak boleh wujud sebarang “conflict of interest” di dalam perlantikan Ketua Hakim kerana Ketua Hakim mempunyai tugas statutori yg menghendaki beliau menjalankan tugas secara bebas. 


5. Sebarang usaha campur tangan/mencaturkan perlantikan Ketua Hakim, akan mewujudkan sikap “obliged” Ketua Hakim terhadap Perdana Menteri & ini akan menjadikan sifat “terhutang budi” menjejaskan tugas hakiki. 


6. Wujudnya kebimbangan yg munasabah akan berlakunya perlantikan-perlantikan yg bersifat “Team Aku” yg di lihat akan mempengaruhi keputusan-keputusan mahkamah pada masa akan datang. 


7. Wujudnya juga isu-isu yg mempunyai merit terhadap Calon Ketua Hakim Pilihan PM/Kerajaan, yg menuntut semua pihak berkepentingan bangkit menyuarakan bantahan secara jelas. 


8. Pihak AGC mempunyai kuasa utk memulakan siasatan dan tidak perlu menunggu setelah terdedahnya video “correct, correct, correct” kepada umum, barulah nak bertindak. Andai itu berlaku, maka nasi sudah menjadi bubur. 


9. Di dalam keadaan terdapat banyak kes melibatkan ahli-ahli politik di Mahkamah, maka Kerajaan/PM bertanggungjawab berhenti dan/atau menghentikan sebarang campur tangan dalam kemelut perlantikan Hakim-Hakim. 


10. AGC sepatutnya gusar apabila pendedahan kpd umum tentang KEGAGALAN membuat perlantikan Hakim-Hakim selama tempoh setahun yg lepas (semasa di bawah pentadbiran Tun Tengku Maimun), sebagai suatu perkara yg paling teruk dalam sejarah pentadbiran kehakiman negara. Atas point itu sahaja, sudah wujud sangkaan munasabah bahawa perlantikan-perlantikan itu HENDAK/AKAN dibuat selepas Calon Pilihan Ketua Hakim dilantik. 


“WITHOUT FEAR OR FAVOUR”


Faizal Rahman

Bangi

8.7.2025




KISAH KASIH SAYANG.

 


Pernah terperangkap dalam jaring nelayan, seekor singa laut Galapagos bernama Panchita mengalami luka yang menyakitkan dan hampir kehilangan harapan untuk hidup. 






Namun entah bagaimana, Panchita berjaya melepaskan diri—dan menemui jalan ke sebuah hotel berhampiran, di mana tangan-tangan yang penuh kasih dan hati yang terbuka sedang menantinya.


Selama tiga bulan, staf hotel merawat Panchita dengan sabar dan lembut, membantunya sembuh—bukan hanya secara fizikal, tetapi juga emosi. 


Dalam tempoh itu, Panchita membentuk ikatan yang sangat mendalam dengan manusia yang menjaganya. 


Dan apabila tiba hari untuk melepaskannya kembali ke alam liar, itu bukanlah sebuah perpisahan.


Kerana Panchita tetap kembali.


Setiap hari, selepas menyelam bebas di lautan terbuka, dia kembali ke rumah keduanya. 


Dia akan mencari kerusi kegemarannya, berbaring dengan tenang bersama insan-insan yang pernah menyelamatkannya, sebelum kembali menyelusuri samudera—hanya untuk kembali lagi keesokan harinya.


Sesetengah ikatan sememangnya tidak dapat dilupakan.

💙


Kredit kepada pencerita asal.


MYNEWSHUB




APA SEBENARNYA ISU KEHAKIMAN.


 

PODCAST


 

KENYATAAN MEDIA. RAFIZI RAMLI

 𝘒𝘦𝘯𝘺𝘢𝘵𝘢𝘢𝘯 𝘔𝘦𝘥𝘪𝘢

𝟴 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟱






𝗔𝗬𝗨𝗛 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗨𝗦𝗔𝗛𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗢𝗦𝗜𝗔𝗟 (𝗦𝗢𝗖𝗜𝗔𝗟 𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗣𝗥𝗜𝗦𝗘)


Saya terus dihujani dengan pelbagai soalan mengenai penglibatan saya dalam politik selepas ini. Lain orang, lain niat dan matlamatnya apabila memilih menjadi seorang ahli politik.


Saya tidak bermula sebagai seorang politik. Saya bermula sebagai seorang aktivis yang ada kesedaran politik, bahawa Malaysia perlu berubah kepada sistem yang lebih telus, membudayakan keamanahan (𝘢𝘤𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘢𝘣𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺), merancakkan persaingan dan mengangkat merit dalam masyarakat.


Oleh itu, matlamat saya adalah untuk melihat perkara-perkara ini dalam masyarakat dan negara.


Sebahagiannya perlu dibawa melalui platform politik. Sebahagian lagi perlu digerakkan dari akar umbi supaya budaya ini menjadi amalan dalam masyarakat, apatah lagi kerana kita tahu bukan semua ahli politik mengalu-alukan perubahan.


Sebab itu, saya berlapang dada, malah bersyukur dengan beberapa percaturan politik yang berlaku di dalam KEADILAN sehingga membawa kepada peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi.


Sejak kempen pemilihan KEADILAN 2025 bermula (sebelum pun pengundian berlaku), saya sudah memutuskan bahawa tumpuan saya yang seterusnya ialah untuk membina jaringan rakyat di peringkat akar umbi melalui 𝗽𝗲𝗿𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮𝗮𝗻 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 (𝘀𝗼𝗰𝗶𝗮𝗹 𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗽𝗿𝗶𝘀𝗲).


Sebuah perusahaan sosial adalah sebuah entiti yang menjalankan aktiviti yang membantu masyarakat, selalunya berasaskan kegiatan ekonomi tertentu. Berbeza dengan perniagaan biasa, perusahaan sosial tidak bermotifkan keuntungan. Motifnya ialah khidmat dan kebaikan kepada masyarakat.


Oleh itu, keuntungan dari perusahaan sosial kebiasaannya dikembalikan kepada pekerja dan masyarakat (berbanding perniagaan yang untungnya disimpan oleh pemilik atau pemodal). Maka, perusahaan sosial berupaya menawarkan perkhidmatan atau barang pada harga yang lebih baik berbanding dengan sebuah perniagaan biasa.


Model perusahaan sosial masih asing di Malaysia.

 

Lazimnya, kegiatan ekonomi diusahakan sebagai sebuah entiti bermotif keuntungan. Kegiatan berasaskan masyarakat pula diusahakan sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (yang tidak dibenarkan menjalankan perniagaan untuk membiayai kegiatan dan bergantung kepada sumbangan orang ramai atau geran kerajaan).


Saya terpanggil untuk menggembleng usaha pelbagai pihak untuk mewujudkan 𝘀𝗲𝗸𝘁𝗼𝗿 𝗸𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮, iaitu sektor perusahaan sosial yang terdiri dari perusahaan bermatlamatkan masyarakat, tetapi dibiayai oleh operasi perniagaan yang diuruskan dengan cekap dan membina kekuatan kewangan sendiri.


Oleh itu, fokus utama saya dalam masyarakat selepas ini ialah menggerakkan sektor ketiga menggunakan platform 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮.


𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 akan menjadi platform sehenti yang berfungsi:


1. Mewujudkan seberapa banyak perusahaan sosial dalam pelbagai bidang yang digerakkan oleh orang ramai


2. Menyediakan kepakaran dan bantuan melalui jaringan perusahaan sosial dan rakyat


3. Menyusun sumber kewangan tambahan dan penyeliaan kewangan untuk memastikan perusahaan sosial ini berdaya saing dan diuruskan dengan jujur


4. Menghubungkan perusahaan sosial dengan kumpulan penerima sasar yang akan mendapat manfaat


Pelancaran 𝗔𝘆𝘂𝗵 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 sebagai platform sehenti jaringan perusahaan sosial akan diadakan pada 27 Julai 2025. Rancangan terperinci kini sedang dibangunkan dan akan dibentangkan semasa pelancaran pada 27 Julai ini.


Saya mengajak aktivis dan rakyat biasa untuk bersama-sama menyumbang membina jaringan perusahaan sosial ini di masa hadapan.


Kehadiran jaringan perusahaan sosial yang kukuh di dalam masyarakat dapat menjamin kelangsungan kebajikan ekonomi dan sosial rakyat dalam keadaan pertembungan politik akan terus berlaku di dalam masyarakat.


𝗥𝗔𝗙𝗜𝗭𝗜 𝗥𝗔𝗠𝗟𝗜

8 Julai 2025




KENALI PARTI KEADILAN RAKYAT


 

KISAH TAK BELI BAJU RAYA


 

LANGKAH PANTANG LEPAS BERSALIN


 

JERUNG MAKAN TAYAR

 


WALAUN PEDUKANG YANG BODO... KEH KEH KEH

 


HABIH DAH KA DUIT SAKAW SAMPAI TAK LEH BAYAR SEWA OFIS?


 

Pertemuan Dengan Junta Myanmar Dilakukan Dengan Mandat ASEAN – PM Anwa

 



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24, Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025. Foto France 24

KUALA LUMPUR, 8 Jul – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan pertemuannya dengan pemimpin junta Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing di Bangkok pada 18 April lalu dan menegaskan ia diadakan berdasarkan mandat ASEAN.

Anwar berkata pertemuan pertama seumpama itu oleh Pengerusi ASEAN sejak rampasan kuasa pada 2021 diadakan bagi mencapai gencatan senjata dan membolehkan bantuan kemanusiaan pasca gempa bumi diberikan susulan gempa bumi dahsyat pada 28 Mac di Myanmar.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan bersama semua pemimpin ASEAN dan tiada siapa yang membantah.





Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24, Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025. Foto France 24

“Saya hadir dengan mandat itu. Pertama, gencatan senjata. Ya, mungkin ada satu dua insiden kecil, tetapi kemudian ia telah dipersetujui.

“Kedua, bantuan kemanusiaan, telus, tanpa diskriminasi. Kita ada hospital medan daripada pihak tentera, daripada Malaysia untuk berkhidmat kepada semua dari semua wilayah (di Myanmar),” katanya dalam wawancara bersama France 24 yang disiarkan di platform digital rangkaian semalam.

Perdana Menteri bertemu Hlaing yang juga Pengerusi Majlis Pentadbiran Negara Myanmar di Bangkok pada 18 April semasa lawatan kerja dua hari beliau ke Thailand.






Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika temu bual koresponden France 24, Marc Perelman semasa lawatan rasmi dua hari ke Perancis pada 4 Julai 2025. Foto France 24

Anwar menyifatkan pendekatan itu sebagai anjakan strategik daripada dasar ASEAN sebelum ini yang tiada libat urus secara langsung, yang terbukti tidak berhasil.

“Tetapi sekurang-kurangnya kini, selama sebulan, telah wujud gencatan senjata. Ya, ada aduan mengenai satu dua insiden, tetapi tiada lagi pengeboman dan kemusnahan berterusan,” katanya.

Mengenai isu pertikaian wilayah di Laut China Selatan, Anwar berkata Malaysia mengambil pendekatan konsisten dan seimbang memandangkan negara mempunyai sempadan maritim dengan banyak negara jiran.






Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan secara berasingan dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 17 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia adalah sebuah negara maritim. Kita mempunyai isu sempadan dengan semua jiran kita, Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina, Brunei, Vietnam. Tetapi kita tidak pergi berperang,” katanya.

Anwar menegaskan bahawa Malaysia menyokong pendirian kolektif ASEAN dalam menggesa China dan semua pihak terlibat supaya bersetuju dengan Kod Tatakelakuan (COC).

“Selama 20 tahun, perkara ini tidak berlaku. Tetapi China telah memberi maklum balas di Jakarta tahun lepas. Mereka kata ya, mereka akan melihat perkara ini dan mereka menyokong,” katanya sambil menambah usaha akan diteruskan.

Apabila ditanya mengenai kemungkinan tercetus perang antara Amerika Syarikat (AS) dan China berhubung Taiwan, Anwar berkata beliau tidak terlalu bimbang dengan risiko konflik ketenteraan dan yakin kedua-dua pihak akan mengelak peperangan.





Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengadakan perbincangan secara maya dengan pemimpin Myanmar bagi gencatan senjata untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di Bangkok, Thailand pada 18 April 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Tidak, saya tidak begitu pesimis kerana saya percaya kedua-dua pemimpin mahu mengelak peperangan. Apapun pandangan anda mengenai Presiden Donald Trump, beliau mewakili pendirian seorang Presiden AS yang tidak mahu peperangan.

Anwar turut menekankan pendirian China berdasarkan pertemuan beliau dengan Presiden Xi Jinping, dengan mengatakan pemimpin China itu bertegas untuk mengelak sebarang tindakan ganas atau serangan terhadap mana-mana negara. – Bernama

Lawatan Ke Itali, Perancis Dan Brazil Capai Kejayaan Signifikan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Galeão (BAGL) di Rio de Janerio pada 1 tengah hari Isnin waktu tempatan (12 tengah malam Selasa waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim

RIO DE JANERIO, 7 Jul – Lawatan rasmi Datuk Seri Anwar Ibrahim ke tiga negara iaitu Itali, Perancis dan Brazil bermula 1 Julai lalu disifatkan berjaya mencapai kejayaan signifikan dalam pelbagai bidang.

Perdana Menteri berkata, lawatan rasmi yang dilakukan bukan sekadar kerjasama diplomatik dua hala, malah turut membuka peluang baharu dalam usaha menarik pelaburan dan meningkatkan perdagangan Malaysia

“Lawatan yang bermula di Itali pada 1 Julai lepas turut berjaya meningkatkan keterlihatan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN,” katanya pada sidang media semasa mengakhiri lawatan rasmi ke Itali, Perancis dan Brazil yang bermula pada 1 Julai lepas.




Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama petugas penerbangan Malaysia Airlines sebelum berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Galeão (BAGL) di Rio de Janerio pada 1 tengah hari Isnin waktu tempatan (12 tengah malam Selasa waktu Malaysia). Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, siri lawatan itu turut membuka jaringan lebih luas kepada syarikat-syarikat Malaysia untuk mengembangkan operasi ke pasaran antarabangsa.

Hasil lawatan kerja tiga hari ke Itali, potensi pelaburan berjumlah lebih RM8 bilion berjaya dijana, manakala di Perancis, nilai potensi pelaburan dianggarkan sekitar RM4 bilion.

Dalam lawatan itu, Perdana Menteri diiringi lima menteri Kabinet iaitu Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media selepas menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janerio, Brazil pada 7 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Turut menyertai delegasi ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Delegasi perniagaan pula terdiri daripada wakil syarikat korporat utama dan perusahaan inovatif Malaysia, antaranya Petronas, Khazanah Nasional Berhad, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Maybank, FGV, YTL Power dan Sunway.

Lawatan rasmi pertama Anwar ke Itali adalah atas jemputan Perdana Menteri Giorgia Meloni dan bertujuan memperkukuh hubungan dua hala dalam pelbagai sektor strategik.




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi sambutan rasmi oleh Kerajaan Itali oleh Perdana Menteri, Giorgia Meloni di Chigi Palace, Rom pada 3 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain memfokus kepada pelaburan dan perdagangan, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut membincangkan isu-isu geopolitik dengan para pemimpin berkenaan.

Beliau berkata, Malaysia menyatakan pendirian tegas terhadap isu kemanusiaan di Asia Barat, khususnya mengenai Gaza dan serangan ke atas Iran.

Menurut Anwar, Meloni, Presiden Perancis Emmanuel Macron dan Presiden Brazil Luiz Inácio Lula da Silva turut senada dalam menyuarakan keprihatinan terhadap situasi di Gaza yang telah mengorbankan kira-kira 56,000 nyawa.







Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengadakan pertemuan dua hala dan sidang media bersama di Istana Elysee, Paris pada 4 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Macron memang telah mengeluarkan kenyataan, tetapi Meloni menyatakan persetujuan untuk menghentikan serangan. Beliau menyebut tentang serangan Israel, menyokong usaha perdamaian dan prinsip penyelesaian dua negara, yang bermaksud mengiktiraf negara Palestin,” katanya.

Mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa lawatan itu lebih menguntungkan negara Eropah, khususnya berhubung pembelian pesawat, Anwar menjelaskan langkah tersebut memberi manfaat jangka panjang kepada Malaysia.

“Tempahan pesawat dibuat oleh syarikat seperti AirAsia dan Malaysia Airlines, namun kerajaan juga mahu Malaysia mendapat faedah secara langsung,” katanya.






Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan BRICS 2025 yang dihadiri Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva di Rio de Janerio pada 5 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, Malaysia mahu syarikat pembekal pesawat seperti Airbus dan Embraer menjadikan negara ini sebagai hab bagi aktiviti penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO), latihan serta rantaian bekalan.

Di Brazil, semasa menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS, Malaysia turut mendapat perhatian apabila Anwar diberi peluang berucap pada Forum Perniagaan BRICS yang turut dihadiri Presiden Brazil.

“Forum itu dirasmikan dengan ucaptama oleh Presiden Brazil, dan Malaysia diberi keutamaan walaupun status bukan ahli penuh BRICS.”



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama syarikat pengeluar pesawat Brazil, Embraer yang diketuai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Francisco Gomes Neto di Rio de Janerio pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, beliau mengambil peluang itu untuk menekankan kepentingan keadilan antara negara maju dan membangun, serta tadbir urus teknologi kecerdasan buatan.

Kunjungan ke Brazil turut membuka ruang kepada Anwar untuk bertemu beberapa pemimpin dunia dan ketua pertubuhan antarabangsa.

Di Rio de Janeiro, Anwar mengadakan pertemuan dengan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa serta rakan sejawatannya dari India Narendra Modi dan Pham Minh Chinh dari Vietnam serta Mostafa Madbouly (Mesir).



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang dihoskan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva di Rio de Janerio pada 6 Julai 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selepas pertemuan dengan Presiden Bank Pembangunan Baharu (NDB) Dilma Rousseff, Anwar berkata keputusan sama ada Malaysia akan menyertai bank tersebut akan dibuat selepas kajian terperinci oleh Bank Negara Malaysia.

Menurut Anwar, beberapa syarikat Malaysia seperti Petronas dan Yinson Production telah berjaya menembusi pasaran Brazil. – Bernama

Malaysia kena 25 peratus tarif import AS, beberapa negara lain hingga 40 peratus


 


Malaysia menjadi antara negara yang akan dikenakan tarif import sebanyak 25 peratus oleh Amerika Syarikat (AS).

Pengumuman terbaharu Presiden Donald Trump itu sekali gus menandakan permulaan fasa baharu dalam siri tindakan perdagangan terhadap beberapa negara rakan dagang utama Washington.

Trump menerusi kenyataan rasmi di platform Truth Social, mengumumkan, kadar tarif baharu itu akan berkuat kuasa mulai 1 Ogos.


Ia melibatkan barangan dari Malaysia, Jepun, Korea Selatan dan Kazakhstan dengan kadar berbeza dikenakan ke atas negara lain.

Kadar tetap 25 peratus yang dikenakan terhadap Malaysia itu sama seperti Jepun dan Korea Selatan dan Kazakhstan.

Kadar itu juga lebih tinggi daripada 24 peratus yang pada awalnya dikenakan ke atas beberapa eksport Malaysia ke Amerika Syarikat, yang kemudiannya digantung selama 90 hari.


Afrika Selatan pula dikenakan tarif sebanyak 30 peratus manakala Laos dan Myanmar mencatat kadar tertinggi sebanyak 40 peratus.

Amaran Trump turut diberi kepada mana-mana negara yang bertindak balas dengan menaikkan tarif terhadap produk dari negaranya.

Menurutnya, kadar tambahan akan dikenakan di atas tarif sedia ada – melebihi paras 25 peratus yang ditetapkan ketika ini.

“Jika mereka mengenakan tarif tambahan ke atas produk Amerika, kami akan naikkan tarif kami lebih tinggi. Kami tidak akan berdiam diri,” kata Trump.


Sebelum ini, Trump telah menetapkan had maksimum tarif sebanyak 10 peratus sehingga 9 Julai bagi memberi ruang kepada rundingan perdagangan.

Namun, dalam pengumuman terbaharu ini, tarikh akhir rundingan telah dilanjutkan kepada 1 Ogos, menerusi perintah eksekutif yang bakal ditandatangani beliau.







Sesi bergambar PM Anwar Ibrahim bersama Ketua Negara/Kerajaan di Sidang ...

DATO KAMAL CAKAP PASAL RAFIZI & 8 MP PKR

Mau Hadi Awang Pencen, Ularmak PAS akan disingkirkan....

ANWAR'S DOWN GATHERING vs PMX DEFENSE GATHERING! TWO WALAUN & NGO+OTAI O...

Malaysia Buys 33 F/A-18 Jets from Kuwait! Here's the Big Benefit for the...

HRC LIVE!! - RAFIZI BERJAYA 'GONCANGKAN" PEMBANGKANG | HAMZAH KETUAI BER...

SETAKAT INI...UMNO MASIH MAHU BEKERJASAMA DENGAN PH DAN PARTI SABAH DAN SARAWAK.

 

Che Ibrahim



Setakat ini kerjasama PH BN yang disokong oleh parti parti di Sarawak dan Sabah adalah formula ramuan perpaduan terbaik untuk rakyat dan negara. 





Lebih elok jika parti parti politik dari Semenanjung hanya bersifat "rakan perpaduan" kepada parti parti utama di Sabah dan Sarawak. 


Arus politik mutakhir ini membawa petunjuk mustahil PH atau BN, apalagi PN secara bersendirian boleh menguasai majoriti mudah di Parlimen.




WALAU TAK BERGUNA .,TAPI TETAP BODOH JUGA

 


DESAKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DAN JAWATANKUASA PILIHAN PARLIMEN BERHUBUNG DENGAN PELANTIKAN DALAM BADAN KEHAKIMAN

 

KENYATAAN MEDIA 8 JULAI 2025 


DESAKAN PENUBUHAN SURUHANJAYA SIASATAN DAN JAWATANKUASA PILIHAN PARLIMEN BERHUBUNG DENGAN PELANTIKAN DALAM BADAN KEHAKIMAN


#TaatSetia

#MalaysiaMADANI

#AGCMADANI

#JabatanPeguamNegara

#MADANIBekerja

















PETUA KUNYIT DAN HALIA UNTUK KESIHATAN

 





🌿Kunyit

Antioksidan tinggi - bagus untuk pemulihan

luka dalaman, terutamanya selepas bersalin.


🌿Halia

Melancarkan peredaran darah - bantu

pengaliran darah ke kawasan peranakan.

Cara Buat Air Rebusan Halia & Kunyit:


📌Bahan:

1 inci halia (dititik)

1 inci kunyit hidup (dititik)

2 gelas air

(Optional: Sedikit madu atau gula batu)


📌Cara:

1. Rebus semua bahan hingga air tinggal 1

gelas.

2. Tapis dan minum suam.

3. Minum 3 kali seminggu, waktu pagi

sebelum makan.


‼️Nota Penting:

Elakkan jika sedang hamil.


Sesuai diamalkan selepas bersalin, semasa

dalam pantang atau bila rasa badan lesu dan

peranakan longgar.


Petua ini membantu dari dalam, tetapi perlu

digabungkan dengan urutan, bertungku atau

senaman untuk kesan terbaik.


#petua #tradisional #peranakanjatuh #kunyit



CARI LAH PENGGANTI YANG BAHARU.


Cikgu Halim


 TENGKU MAIMON BERSARA PADA UMUR 66 TH..

BAGILAH DIA BERSARA DENGAN TENANG.

LUANGKAN MASA DGN ANAK2 DAN CUCU2.. 

RAMAI LAGI YANG BOLEH GANTI...👍👍







KENAPA GOLONGAN MUDA ATAS PAGAR TIDAK BERPUAS HATI. CUBA BACA.

 








KENA RAMPAS.



 “Pihak polis juga merampas 18 unit kenderaan motosikal pelbagai jenama dan warna seperti Ducati, Kawasaki, Honda dan Yamaha,”




TINDAKAN RR ADALAH DEMI SAYANGKAN NEGRA INI.



Hamdan Taha.



 Jika kita ahli rakyat yang mahu melihat malaysia menjadi negara yang maju dan mengamalkan politik baru apa yang di lakukan oleh Rafizi Ramli dan 8 lagi ahli parlimen PKR satu perkembangan yang baik..


Jika yang buat kenyataan itu hanya pihak pembangkang nanti block kerajaan boleh berkata bahawa Pembangkang ni tak ada kerja lain hanya nak cari salah kerajaan dan kesalahan PMX sahaja, isu pokok mereka tak nampak dan tidak di perdulikan..


Bila RR dan 8 ahli parlimen kerajaan juga menuntut di adakan suruhan jaya di raja atau apa saja berkaitan isu kehakiman ni ia telah menjadi isu yang lain, maknanya betul ada kepincangan yang perlu di tangani dengan segera oleh Kerajaan.


Kita jangan lihat isu ni sebagai dendam RR dengan anwar seperti mana puak jcom dan team PMX lihat, kita rakyat biasa bebas ni perlu lihat isu ni berkaitan negara dan sistem kehakiman dan saya sendiri pun puluhan tahun berjuang untuk perkara perkara seperti ini. Kita tak mahu Hakim yang di control oleh pihak tertentu seperti mana pandangan masyarakat terhadap tun dr m sehingga sekarang, ada sahabat saya penyokong PMX dia sebut dengan saya dan percaya Yusuf Rauter di bebaskan kerana badan kehakiman sekarang di bawah control Tun Dr M lagi termasuk Ketua Hakim itu sebab dia bebas dan Najib masuk penjara...sampai sahabat saya ni fikirannya tidak adil dan resional lagi.. 


Persepsi macam ni wajib di hapuskan dari pemikiran rakyat, jika di indonesia rakyat yakin dan percaya hakim hakim mereka boleh di bayar dan boleh dapat apa yang pembayar nak, kita tak mau lah di katakan begitu, memang jelas ada usaha keras dari pihak tertentu nak jadikan bekas AG sebagai Ketua Hakim atau bakal ketua hakim dua tahun lagi... Kita wajib hapuskan jika ada pihak yang mencaturkan kedudukan Hakim Hakim, cukup lah PM Controk AG dan boleh mengunakan AG untuk kepentingan politik


Dulu kita kata SPRM, AG dan Hakim semua di atur oleh Pejabat PM dan 25 tahun puak puak PKR DAP dan Amanah lawan dan memperjuangkan isu ini, tetapi bila dapat kuasa mereka buat perkara yang sama malah lebih ketara dan lebih teruk lagi... Maka apa maknanya rakyat ikut dan menyokong perjuangan itu dulu, apaka rakyat di pergunakan dan di bohongi....


Kita masih tak lupa apabila PH ambil alih pemerintah negara tahun 2018,semua mereka buat, lantik AG bukan islam dan Melayu, menarik semula kes melibatkan Dap dan Pkr dan juga mencadangkan Anwar Ibrahim di bebaskan oleh Agung  tapi bila mereka ambil alih kali ke dua iatu zaman madani anwar pula buat perkara yang sama seperti tun m buat...cuma anwar lebih pandai bersilat pulut dalam kes najib dan kes perlantikan ketua hakim yang baru... Tapi keputusan akhirnya sama.... Tun m lebih berani dan jelas tak sorok, dia lantik Tommy terus tak selindung... Di arahkan Tommy gugurkan kes pun tak ada selindung...


Zaman Muhidden juga sama, lantik AG baru sahaja dan terus gugurkan kes pihak pihak tertentu pada hal zaman tun dia suruh dakwa... Dapat ke muhidden dia buat cerita lain pula selepas berjaya buang Tommy... Jalan cerita tetap sama...


Zaman Najib juga sama... Tapi hebat lagi zaman PH di kala tun m PM dan Dap berkuasa dari PKR, AG, Ketua Pengarah Sprm, IGP semua di tukar ikut selera mereka sahaja tampa basa basi....


Jadi apa yg di lakukan oleh 8 mp pkr ni ada satu politik baru yang sayangkan negara... Soal dia tak sebulu dengan PM itu bukan hal kita sebagai rakyat, sebagai rakyat kita kena terima kasih pada ahli politik yang berani bersuara perkara benar. Dulu kita sokong anwar kerana kita rasa apa yang di bawa oleh beliau benar itu sebab kita sokong... Sekarang kita kata kita sokong RR pun dalam kaedah yang sama...


Jadi sebelah pembangkang pun ada lahirkan pandangan sebelah kerajaan pun sama, bila ada dua pihak kata begitu maknanya memang ada yang tak kena...




RAMAI ANGGAP TEGURAN RR SALAH. BELIAU HANYA MAHU SUPAYA PERISTIWA VK LINGGAM TIDAK BERULANG



Hamdan Taha.




 Saya sokong kenyataan yang di buat oleh ahli parlimen pkr ni yang di ketuai oleh Rafizi Ramli, saya juga harap ahli parlimen pembangkang turut membuat kenyataan yang sama. Sebelum ini kenyataan ada di buat oleh Takiyudin tetapi hanya sekadar kenyataan akbar, tetapi Rafizi sedikit berbeza dia mengeluarkan kenyataan dan siap dengan cadangan dari mereka...


Saya yakin PMX sangat tidak suka perkara ini berlaku kerana perancangan yang beliau cuba lakukan akan tidak berjaya. Tun Dr M pun semasa dia jadi PM akan turut campur urusan tersebut tapi dia ada orang yang bijak lakukan tampa di sedari oleh rakyat, tokoh tu Tun Daim, Dato Azizi Samsudin dan peguam peguam india dan sebagainya... Tapi pmx jentera dia hanya seorang budak muda tu je tak cukup...


Kita rakyat malaysia tak kira apa parti pun lena sokong apa yang Rafizi nyatakan ini...




PROGRAM WANITA MADANI

 4-5 JULAI 2025







Program Kepimpinan Wanita Madani, yang telah berlangsung pada 4 hingga 5 Julai 2025, merupakan satu inisiatif strategik yang bertujuan memperkasakan wanita sebagai pemimpin masa hadapan yang berprinsip, berdaya saing serta berjiwa rakyat.


Kami berpegang teguh kepada keyakinan bahawa wanita bukan sekadar pelengkap dalam kepimpinan, malah merupakan teras utama kepada perubahan yang progresif dan inklusif.


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada YB Wasanthee, Naib Ketua Wanita KEADILAN Malaysia, atas kesudian menyampaikan perkongsian ilmu serta bimbingan yang amat bermakna sepanjang program ini.


Semoga usaha ini terus menyemarakkan agenda pemberdayaan wanita dalam kepimpinan negara.


#WanitaMadani

#KepimpinanProgresif

#PemimpinBerjiwaRakyat

#WanitaKEADILANShahAlam

#TerusBerkhidmat_KekalBerprinsip




BUKAN BAWA LARI . TETAPI MENGINGATKAN AKAN PERISTIWA ISU KEHAKIMAN

 Gabriel Ari


Campur sekali yg dibawa 'lari' keluar negara skarang, YB Chang Lih Kang dan YB Akmal Nasir ada 11 AP dah, bah kata Bapa Nepotisme "STRONG AND FORMIDABLE"! Azmin yg cuma ada 10 AP pun boleh jatuhkan kerajaan, jgn pandang ringan DSRR yg ada 11 AP ni. Sila kendalikan isu Kehakiman Negara kita dgn serius!




KESIAN LA MAKCIK NI

 


Che I Rahim


Kesian ke makcik ni, direman kerana tak mampu bayar ikat jamin rm10k kerana membuat hantaran jelek dlm fb.