Alhamdulillah - Elite (Official Music Video)

KENYATAAN PEGUAM NEGARA YANG BOLEH DIPERTIKAIKAN

 

Saya telah baca kenyataan Peguam Negara yang baru dikeluarkan sebentar tadi yang mana Peguam Negara berkata YDP Agong perlu ikut nasihat Jemaah Menteri i.e. Perdana Menteri untuk membuka Parlimen dan Jemaah Menteri yang menentukan tarikh Parlimen dibuka.

Peguam Negara telah beri penjelasan panjang lebar untuk memberi justifikasi mengapa YDP Agong perlu dengar nasihat Perdana Menteri untuk buka Parlimen atau tidak.

Mengikut Peguam Negara, Perkara 55 Perlembagaan Persekutuan berkenaan persidangan Parlimen perlu dibaca bersama Perkara 40 iaitu YDP Agong perlu mengikut nasihat Jemaah Menteri (atau Perdana Menteri) walaupun ketika darurat.

Saya pasti Peguam Negara amat berpengetahuan dan berpengalaman dalam undang-undang dan Perlembagaan dan saya tidak sangkal krebilitinya ini.

Namun dalam hal ini, penjelasan Peguam Negara dalam kenyataannya tersebut tidak lengkap.

*Ada satu perkara yang tidak dijelaskan oleh Peguam Negara:*

Iaitu apabila Perdana Menteri sedia ada tidak diyakini oleh YDP Agong yang dia (PM) mempunyai sokongan majoriti ahli Dewan Rakyat berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan, adakah YDP Agong masih perlu dengar nasihat Perdana Menteri tersebut?

Berdasarkan kes PP v Mohd Amin Mohd Razali (2000), mahkamah membuat keputusan tidak.

YDP Agong hanya perlu dengar nasihat Perdana Menteri yang sah mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Dan kuasa YDP Agong untuk melantik Perdana Menteri (serta kesahihan Perdana Menteri) berdasarkan Perkara 43 Perlembagaan di atas adalah bersandarkan kepada hemat atau keyakinan YDP Agong yang Perdana Menteri itu mempunyai sokongan atau kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat.

*Jika Perdana Menteri tidak diyakini mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat oleh YDP Agong, maka YDP Agong boleh melantik Perdana Menteri yang lain.*

*Dengan kata lain, Perdana Menteri yang tidak diyakini ada sokongan tersebut hilang kesahihan sebagai Perdana Menteri.*

Apabila ini berlaku, maka nasihat Perdana Menteri mahupun Jemaah Menteri tersebut tidak lagi perlu diikut oleh YDP Agong.

Apa yang berlaku sekarang ialah sokongan sebenar terhadap Perdana Menteri kini tidak diketahui. Oleh itu kesahihannya juga menjadi persoalan.

Sebab itu sokongan dan kesahihan ini perlu dibuktikan sebelum YDP Agong diminta mendengar nasihat Jemaah Menteri atau Perdana Menteri.

Jika tidak, adalah tidak adil dan tidak betul jika YDP Agong diminta ikut nasihat Perdana Menteri yang tidak tentu kesahihannya.

Sekian.

ISHAM JALIL

25 Jun 2021

 

KAU NI TAK ADA KERJA LAIN KAH ? .WEIII BANYAK MASAALAH YANG TAK SELESAI...BUKAN NIKAH KAHWIN LA ....


RUPANYA KISAH LAMA NIH...2020..DIA MEMANG SUKA HADIR KENDURI NIKAH KAHWIN

 


May be an image of one or more people and text that says "Nojjah 44m Kopiah merah putih dtg lagi. Dia buat lagiiiii. Kahkahkah i SINARHARIAN.COM.MY Erra Fazira selamat diijabkabulkan Lidya NurKasih dan 7 yang lain Suka 3 Komen Komen Kongsi"



KISAH UNTA TUA MALAYSIA

PM pun terikat dengan Perlembagaan, bukan hanya Agong, bekas menteri ingatkan Peguam Negara

 

Zaid Ibrahim mempersoal kenyataan Peguam Negara Idrus Harun bahawa Yang di-Pertuan Agong mesti bertindak atas nasihat Jemaah Menteri, dengan mengatakan bahawa Perdana Menteri yang mengetuai Kabinet mesti terlebih dahulu mempunyai majoriti dalam Parlimen.

PETALING JAYA: Peguam Negara tidak boleh abaikan persoalan tentang kesahan pentadbiran Perdana Menteri Muhyiddin Yassin ketika berhujah Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim berkata seperti mana Agong terikat dengan Perlembagaan, begitu juga Perdana Menteri, yang harus mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

“Ini adalah sesuatu yang dipertikaikan. Persoalan utama adakah Muhyiddin mempunyai sokongan majoriti atau tidak, adalah kritikal,” katanya.

Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan, kata Zaid, menjelaskan bahawa Perdana Menteri bukan hanya pemegang jawatan tetapi seseorang yang mendapat sokongan majoriti di Parlimen, dan hanya jika syarat ini dipenuhi, apakah Agong perlu bertindak atas nasihatnya.

“Kita tidak boleh mempunyai kerajaan yang tidak mendapat sokongan majoriti. Ia tidak demokratik. Ia berhenti menjadi kerajaan rakyat, sistem itu rosak,”

Zaid mengulas kenyataan Peguam Negara Idrus Harun hari ini bahawa Agong perlu bertindak atas nasihat Jemaah Menteri dalam memanggil persidangan Dewan Rakyat, selepas Agong meminta Parlimen mengadakan persidangan “secepat mungkin”.

Idrus berkata, Perdana Menteri yang harus menetapkan tarikhnya, 28 hari sebelum persidangan dan tidak ada peraturan darurat yang mengecualikan peruntukan utama Raja Berperlembagaan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Bercakap kepada FMT, Zaid berkata Idrus tidak boleh lupa bahawa pengisytiharan darurat, yang menyaksikan Parlimen digantung, datang pada masa majoriti kerajaan dalam Parlimen adalah tipis dan dipersoalkan selepas dua Ahli Parlimen Umno menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

“Sangat penting untuk Parlimen dibenarkan bersidang secepat mungkin, dan bukan mengikut kehendak kerajaan yang majoritinya diragui.

“Persoalan mengenai kesahan kerajaan perlu dijawab terlebih dahulu.”

Sementara itu, Ketua Penerangan Barisan Nasional Selangor, Isham Jalil, berkata, sokongan sebenar terhadap Muhyiddin tidak diketahui dan perlu dibuktikan sebelum Agong boleh diminta bertindak atas nasihat Jemaah Menteri yang dipimpinnya.

“Jika tidak, adalah tidak adil dan salah untuk Agong untuk diminta bertindak atas nasihat Perdana Menteri yang kesahannya diragukan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menambah, jika seorang Perdana Menteri tidak mendapat sokongan majoriti, Agong juga boleh melantik seorang Ahli Parlimen lain sebagai Perdana Menteri.

Ini Bukan Negara SD, Pecat Saja MP Ingkar...KAH..KAH..KAH...PADAN MUKA KAMU SEBAB PENYOKONG PUN BODO PIANG ...

[🔥SIRI 112🔥] "MUSUH ISLAM SEBENAR; DAP ATAU PAS?"

Rakyat bertindak luar batasan kerana tekanan hidup – Zahid

 


MGF11062021_ZAHID-NGADAP-AGONG06

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan rakyat tidak bertindak di luar batas rasional ketika berdepan dengan masalah kesempitan hidup sehingga ada cuba meragut nyawa.

Presiden UMNO itu berkata, sayangilah keluarga, ibu bapa, isteri dan anak-anak yang bergantung hidup kepadanya jika tidak ada lagi di sisi mereka.

“Sentiasa percaya, Allah tidak akan menguji hamba-Nya melebihi kemampuannya, setiap permasalahan ada penyelesaian dan akan tiba juga masanya nanti.

“Mungkin Allah mahu mengingatkan kita kepada sesuatu dan mengenai sesuatu. Jadi, jangan menyerah, jangan berundur, jangan berputus asa. Hidup ini suatu perjuangan.

“Kepada bukan Muslim, agama masing-masing juga menuntut kesabaran, bertabahlah kerana apa yang terjadi ini semua di luar kawalan kita. Bukan kita yang menentukan ekonomi negara dan menguruskan hal pandemik Covid-19,” katanya menerusi hantaran Facebook beliau hari ini.

Menurut Ahmad Zahid, sepanjang masa, beliau sentiasa mendoakan rakyat Malaysia berada dalam limpahan naungan rahmat Allah dan syafaat Rasulullah.

Katanya, semua tahu ramai berada dalam keadaan tertekan, masalah demi masalah menimpa hingga ada yang hilang pendapatan, pekerjaan, perniagaan merudum dan pendapatan isi rumah terjejas.

“Keadaan bertambah kusut apabila bank pula berterusan mendesak bayaran itu dan ini, sedangkan rakyat hari-hari memikirkan apa akan jadi pada masa depan diri, keluarga, anak-anak yang masih kecil sehingga kadangkala fikiran menjadi buntu tidak tahu apa lagi boleh dilakukan.

“Ada pula terlalu rindukan emak ayah di kampung, anak-anak dan isteri selepas lama terpisah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) suam-suam kuku.

“Kepala bertambah runsing memikirkan ancaman Covid-19 yang masih berleluasa, tetapi kepada yang beragama Islam ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,” kata beliau.

Bekas Timbalan Perdana Menteri ini berkata, sejak pelaksanaan PKP suam-suam kuku, Mydin Holdings Berhad (Mydin) juga turut, betapa susahnya hendak berniaga sekarang.

Menurutnya, pasar raya di negara ini merekodkan penyusutan 25 peratus sejak pelaksanaan PKP suam-suam kuku, malah ada pusat beli belah menjunam sehingga 95 peratus.

“Antara puncanya disebabkan kuasa membeli dalam kalangan rakyat merudum. Dalam erti kata lain, rakyat sudah tidak ada wang lagi.

“Jika semua pasar raya ini bungkus, apa nasib pekerja mereka. Bertambahlah rakyat yang tiada wang. Sekarang ini pun sudah 20 peratus pekerja dibuang kerja. Andai keadaan ini berterusan, Julai nanti mungkin bertambah kepada 30 peratus dan Ogos pula 50 peratus,” katanya.

Beliau yang merupakan bekas Menteri Dalam Negeri berkata, majoriti peniaga sektor peruncitan terutama peniaga Melayu sudah ‘hampir mati’ dengan kebanyakannya habis daya untuk menyelamatkan perniagaan masing-masing.

Katanya, walaupun Kementerian Kewangan memaklumkan institusi perbankan akan memberi moratorium automatik, tetapi hakikatnya proses permohonan amat sukar.

“Sebab itu kita konsisten desak kerajaan laksanakan PKP yang sebenar. Apabila ini dilakukan, kebanyakan aktiviti ekonomi perlu dihentikan sementara dan bank akan terikat dengan ‘social obligation’ untuk memberi moratorium automatik.

“Ini tidak, PKP suam-suam kuku menyebabkan banyak perniagaan perlu terus beroperasi. Sebab itu bank ada alasan untuk terus menuntut bayaran daripada peniaga,” katanya. 

Jajaran baru: Pemuda Pas, Bersatu tak perlu masuk campur urusan parti lain, kata Najib

 Jajaran baru: Pemuda Pas, Bersatu tak perlu masuk campur urusan parti lain, kata Najib


Pemuda AMANAH Perak ingin mengingatkan Pemuda Pas dan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) supaya menjaga parti sendiri dan tidak perlu masuk campur urusan parti lain.

Kedua-dua parti ini mempunyai masalah mereka sendiri dan masih bergelut dengan ketidakpercayaan sesama mereka.

Jadi, gesaan mereka kepada Umno untuk tidak bekerjasama dengan parti lain adalah bukti ketakutan mereka yang sedar bahawa mereka akan hilang kekuatan yang selama ini ditunjangi Umno.

Semua orang sedar bahawa tema perpaduan ummah itu hanyalah wayang dan tungggangan Pas dan Bersatu demi kuasa. Jauh sekali untuk menjaga kepentingan ummah seperti yang diwar-warkan.

Buktinya, meskipun Pas berada dalam kerajaan, perkara-perkara yang dulunya menjadi modal Pas menghentam Pakatan Harapan, tidak pula diubah malah diam membisu seribu bahasa. Kes Adib, judi, arak, RUU 355, peningkatan harga barang dan banyak lagi isu yang kononnya menjadi sebab Pas bersama dalam kerajaan khianat tidak pula menjadi keutamaan mereka sekarang.

Begitulah munafiknya Pas dan Bersatu apabila mereka kini cuba mengajar parti lain terutamanya Umno.

Pemuda AMANAH ingin mengingatkan Pas dan Armada bahawa mereka kini sudah gagal mentadbir negara dan rakyat semakin tertekan dengan tindakan dan polisi yang tidak memihak kepada rakyat.

Ada baiknya mereka mendesak pimpinan tertinggi mereka supaya mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong untuk segera membuka parlimen dan mempercepatkan proses vaksinasi di seluruh negara yang telah ditegur oleh Raja-Raja Pemerintah di negeri-negeri.

Contohi Perak di mana Menteri Besar segera mengambil tindakan untuk membuka sidang DUN dan menghormati sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.

Rakyat sudah muak dengan politik sempit perkauman dan adu-domba ekstremis kaum dan eksremis agama yang tidak habis-habis menghuru-harakan keharmonian negara yang berbilang bangsa ini.

KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua Pemuda
AMANAH Negeri Perak

Terkini! Zahid kekal sebagai Presiden UMNO 18 bulan lagi

 

Terkini! Zahid kekal sebagai Presiden UMNO 18 bulan lagi


Zahid kekal sebagai Presiden Umno 18 bulan lagi

Umno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan, atau sehingga situasi pulih, kerana wabak Covid-19.

Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata walaupun pemilihan boleh dijalankan secara maya, ia mustahil ketika ini kerana 3 juta ahli di peringkat cawangan dan bahagian di seluruh negara perlu bermesyuarat dan mendengar maklum balas akar umbi dalam proses itu.

“Menurut perlembagaan Umno, kita boleh tangguh selama 18 bulan…tapi tak semestinya kita perlu tunggu selama itu. Sekiranya keadaan bertambah baik, kita boleh dan akan adakan pemilihan lebih awal,” katanya kepada FMT.

Mohamad berkata Umno sudah memaklumkan penangguhan ini dan sebabnya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan.

Sebelum ini, Mohamad dilapor berkata Umno mempunyai tempoh masa sehingga 18 bulan untuk menangguhkan pemilihan bermula dari tarikh Perhimpunan Agung Umno yang diadakan pada 28 Mac.

Pemilihan Umno dijangka diadakan pada hujung tahun ini, namun sebelum ini tarikh sebenar pemilihan bergantung kepada PRU15.

Tiada perancangan jual LTSAAS, kata Kementerian Kewangan


Kementerian Kewangan berkata sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah. (Gambar fail)

PETALING JAYA: Kementerian Kewangan tidak ada perancangan untuk menjual mana-mana aset lapangan terbang di Malaysia termasuk lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) kepada mana-mana pihak.

Dalam kenyataan susulan spekulasi media berhubung penjualan LTSAAS, Kementerian Kewangan berkata, hartanah lapangan terbang adalah dianggap sebagai aset strategik kerajaan.

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan juga ingin memaklumkan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun, iaitu sehingga tahun 2067, ke atas tanah di mana terletaknya LTSAAS buat masa ini,” katanya kenyataan itu.

Kementerian Kewangan berkata, LTSAAS merupakan salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB selaras dengan perjanjian operasi di antara Kerajaan dan MAHB yang dimeterai pada 2009.

Katanya, MAHB bukan pemilik mana-mana hartanah lapangan terbang tersebut.

“Setakat ini, MAHB masih merupakan pihak yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS.

“Sebahagian tanah LTSAAS juga telah dipajakkan (sub leased) oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd bagi tempoh 30 tahun (2007-2037),merangkumi pengendalian Terminal 3, tempat letak kereta dan hangarage,” katanya.

Kementerian Kewangan berkata, sebarang usaha untuk memaksimumkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah.

“Sehubungan itu, Kementerian Kewangan ingin menasihatkan semua pihak agar tidak menyebarkan berita palsu dan khabar angin mengenai perkara ini, dan kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas pihak-pihak yang berbuat demikian,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan dalam kenyataannya mengenai isu sama berkata, tiada sebarang keputusan Kabinet dibuat setakat ini untuk meluluskan penjualan mana-mana bahagian LTSAAS kepada sektor swasta, seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Katanya, hak pengoperasian kekal bawah Perjanjian Pajakan yang diberikan kepada MAHB untuk mengendali, mengurus dan menyelenggara termasuk menetap, mengguna dan mengawal LTSAAS sehingga tahun 2034 dan 2067.

“MAHB bertanggungjawab untuk mengembangkan LTSAAS sebagai hab aeroangkasa antarabangsa mengikut keputusan Kabinet pada 2 Mac 2005. Tidak ada keputusan lain yang dibuat untuk mengubah perkara ini,” kata kenyataan itu lagi

Syed Saddiq dedah Khazanah hantar surat bantah jual LTSAAS

 



KUALA LUMPUR – Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) didakwa telah menghantar surat rayuan sekali lagi kepada Perdana Menteri bagi menghalang usaha menjual Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah Subang (LTSAAS).

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa surat tersebut dihantar kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan pada 11 Mei lalu.

Khazanah juga dikatakan telah mengemukakan beberapa hujah untuk menghalang penjualan LTSAAS yang kini dikendali di bawah Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Menurutnya, walaupun surat itu dianggap sulit dan persendirian, beliau perlu berkongsi butirannya yang dianggap penting kepada masyarakat.

“Surat baharu oleh Khazanah itu merayu sekali lagi agar tolak cadangan penjualan itu kerana pelannya akan membunuh pelan perstrukturan Malaysia Aviation Group (MAG) yang menjaga Malaysia Airlines Bhd (MAS).

“ini kerana dalam pelan pensrukturan MAS, sebanyak RM8 bilion dengan tambahan RM3 bilion telah dibelanjakan untuk menyelamatkan MAS selama tempoh struktur itu agar ia kekal relevan.

“Namun pengambilalihan WTC Holding ke atas LTSAAS secara tiba-tiba boleh menjejaskan pelan MAS itu kerana ia menyebabkan kesan kabinalisasi selepas syarikat penerbangan itu telah mengambil masa lama untu bertapak di KLIA dan klia2.

“Pengambilalihan juga akan menjejaskan laluan penerbangan sedia selain caj perkhidmatan penumpang (PSC) tidak lagi menjadi milik MAHB pada masa akan datang.

“Sepatutnya, LTSAAS menjadi pelengkap kepada KLIA dan KLIA2,” katanya pada sidang media secara langsung di Facebook miliknya dari luar Parlimen hari ini.

Sidang media itu susulan pendedahan beliau semalam yang menyelar tindakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang cuba untuk menjual atau memajak LTSAAS.

Menurut beliau, kerajaan tidak boleh terlalu mudah untuk menjual aset itu memandangkan pemilikan lapangan terbang tersebut di bawah Khazanah, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan sebagainya.

Syed Saddiq berkata, jika aset tersebut dijual, MAHB dijangka mengalami kerugian sebanyak RM11.9 bilion manakala Malaysia Airlines Berhad akan menanggung rugi RM1 bilion setahun.

Mengulas lanjutt, Syed Saddiq menambah, butiran lain dalam surat Khazanah itu juga mencadangkan Pelan Generasi Semula Subang yang diketengah kerajaan sendiri oleh MAHB namun ia dibakul sampah kerana tidak diberi perhatiaan yang penuh oleh kerajaan.

Sebaliknya, pengasas Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda Malaysia) berkata, pelan cadangan pemilikan oleh WTC Holding terus perhalusi dan dibawa ke mesyuarat Kabinet padahal pelan oleh MAHB itu jauh lebih baik.

“Pelan Semula Generasi Subang lebih strategik kerana pada hari ini di peringkat awal, LTSAAS sudah memiliki 4,000 pekerja  berkualiti tinggi di mana  sampai satu tahap, ia dilihat sebagai hub aero angkasa.

“Malah dianggarkan menerusi pelan ini sebanyak 19,00 pekerjaan terlibat secara langsung dan 70,000  secara tidak langsung yang menjadikan LTSAAS sebahai hub aero angkasa.

“Namun dalam pelan WTC Holding, ia lebih kepada projek pembangunan komersial seperti pusat membeli-belah dan hotel,” katanya.

Syed Saddiq memberitahu, dalam surat rayuan Khazanah itu juga terdapat hujah yang menafikan MHAB tidak memiliki kewangan kukuh sejak berlakunya pandemik Covid-19.

Sebaliknya tegas beliau, surat itu mendedahkan MAHB mempunyai modal kewangan sebanyak RM1 bilion hasil pengumpulan dana sepanjang tempoh pandemik.

“Ini menunjukkan LTSAAS adalah lapangan terbang yang memberi keuntungan dan sebab itu tauke WTC ingin mengambil alihnya,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan WCT Holding, yang dikuasai taikun hartanah, Tan Sri Desmond Lim teklah mengemukakan kepada kerajaan kertas cadangan untuk mengambil alih LTSAAS dan kawasan sekitar untuk pembangunan komersial, termasuk pusat beli-belah, pejabat, dan tempat pameran membabitkan nilai RM3.7 bilion.

WOIIII KAWANG KAWANG- KERAJAAN MELAYU ISLE DAH BERI LINE CLEAR - BOLEH DOH AMBIK NO EKOR

 No photo description available.

SEMUA TENTANG MALAYSIA -GAGAL LAGI

 May be an image of 1 person and text that says "BERSIDANG 12 OGOS 2021 BERSEDIA & MEMOHON PERKENAN TARIKH DUN Johor DUN Negeri Sembilan DUN Pulau Pinang DUN Selangor DUN Melaka DUN Perak DUN Perlis Apa lagi alasan Muhyiddin?"


May be an image of 2 people and text that says "Mula-mula, Sultan Selangor terkejut Bekalan vaksin tak seimbang Sekarang, Sultan Johor pula kecewa Vaksinasi terlampau perlahan BH ONLINE T HOME NEWS BERITA Sultan Selangor terkejut Selangor dapat vaksin tidak seimbang Norzamira Ûh@bh .com.my June 2021 @12:3 CARZILLA OPINIC Sultan Johor kecewa vaksinasi perlahan, gesa kerajaan tingkat bekalan FMT Reporters -June 2021 :38 51 Shares #KerajaanGagal"



May be an image of 1 person and text that says "Norhazamry Datuk Hj Nawi Kepala utuh msk asam la.temberang jek kuat.Aku skang kat rome taly.Nampak tak bape ramai kat belakang tu.ada yg pakai musk tak?.Kita org kat sini dah tak heran dgn covid19 tu dah sbb dah terbukti tak merbahaya kpd maknusia kecuali kpd mereka yg ada penyakit cronies. sdh la memperbodohkan rakyat doll.Dunia ni kecik jek.tqk payah nak bohong lg dah.Sop covid19 kat malaysia tu hanya untk kekal kan kuasa mat lebam yg dah pasti kau org semua menyusahkan rakyat la bodoh. 2h Like Reply 3"


May be an image of 1 person and text that says "LEBIHAN RM74.8 JUTA MASUK KANTONG SIAPA? Tahun 2017 Tahun 2021 500 ambulans dengan kelengkapan 'spesifikasi penuh' RM225.2 iuta 500 ambulans hanya dengan negative pressure RM300 juta"




THE GAGALIST

 May be an image of 8 people, including Tarmizi Mohd Jam and text



KAK IDA ABDULLAH


HENTIKAN HIPOKRASI!

Sudah lebih 20 tahun negara dipimpin pemimpin #GAGAL. Tak teringin ke nak rasai suatu kerajaan yang dipimpin oleh seorang yang mendapat pengiktirafan dunia, dihormati, akhlak yang baik, jujur tiada kes rasuah dan berintegriti?

Sampai bila pemimpin yang berwibawa mahu ditolak tepi untuk melihat kerosakkan dari tangan-tangan penjenayah silih berganti? Tolol sangatkah rakyat Malaysia tidak dapat membeza pemimpin baik dari jahat, jujur dari pengkhianat, adil dari keparat?

Sial apakah yang melekat pada negara sehingga hanya penjenayah saja yang diberi peluang memerintah negara? Kerajaan yang ada terbukti Gagal! Mahukah kerajaan gagal ini diserah kepada pengkhianat dan penjenayah menghancurkan pula? Kalau begitu tak payahlah istihar Malaysia sebagai negara demokrasi apabila pilihan rakyat tidak dipeduli, rungutan rakyat tidak didengari! Tak payah belanja ratusan juta untuk PRU apabila PM sudah diketahui dan dipersetujui. Hentikan hipokrasi ini!

VIDEO : WHAT'S GOING ON MALAYSIA? CHEF WAN - APA NAK JADI?

MENGHURUHARAKAN UMNO

 


HAMDAN TAHA


Kenyataan Nazri Aziz dan Shahidan Kasim ini semua akan jadikan umno haru biru

Nazri mengaku memang dia kumpul Sd untuk jadikan Hishamudin sebagai Pm

Masa di zaman PH memerintah Nazri jadi Setiausaha BN dan dia jelajah seluruh negara ajak orang Umno sokong Anwar jadi PM sebab masa tu Anwar di sebut bakal PM

Sekarang dia sokong Hisham kerana dia dengan Muhyuddin tak boleh nak masuk

Tahun 96 memang Nazri sokong Hisham sebagai naib ketua pemuda dan tak sokong Zahid sebagai Ketua Pemuda

Hubungan Nazri Hamzah zainuddin dengan Zahid Hamidi di zaman muda mereka tak pernah bersama malah bermusuh pula,semua rakan seangkatan tahu itu

Zahid pula sekarang ini bersama Najib di katakan menyokong Anwar sebagai PM

Sebenarnya perpecahan ini tak bawa kebaikan kepada negara tambahan pula musim covid 19 sedang meratah rakyat malaysia

Jika dalam Kerajaan PN pula sedang ada gerakan mengantikan Muhyuddin sebagai PM bila nak selesainya perkara ini...ini beri pertanda kerajaan juga sedang berdepan krisis berat...

Umno dan BN bukan lah banyak mana kerusi tu,jika ada puak zahid dan najib,puak Hishamudin,dan ada yang atas pagar seperti Ismail Sabri dan Ku Li bila nak aman negara kita ini...berebut tak sudah sudah...

Dalam pkr pun sama ada lagi MP masih Pkr tapi ada hubungan dan tunggu masa jer ikut Azmin

Pas sokong siapa yang kuat dan jadi kerajaan

Tak ke celaka semua ahli parlimen malaysia ni tak kira dari parti mana..

Rakyat sedang susah ramai yang dah mati,dah yang jadi miskin dan papa kedana,negara langsung tak di hormati di mata dunia

Ahli politik bergaduh rebut jawatan siang malam pagi petang

Kerja ahli politik tiap hari kira SD bukan kira macam mana nak selamatkan negara

Yang memerintah ada kuasa pulak selagi boleh sapu yang depan mata sapu,guna kuasa darurat untuk kepenting peribadi,buat duit selagi boleh

Vaksin tak cukup untuk vaksin rakyat kerana tak cukup sebab urusan beli vaksin ada kepentingan masing masing yang terlibat dan urusan belian bukan kepada pihak yang betul maka jahanam pula negara

Kita dah nak masuk bulan julai masih lagi sibuk mendaftar rakyat untuk di vaksin dah daftar lama tapi tak juga dapat kerana vaksin tak ada dalam negara dan tak cukup tapi rakyat di salahkan

Yang DG dan KKM pula ada sumber lain iaitu ubat yang boleh membantu pesakit covid di tolak mentah mentah di biar rakyat dan pesakit tampa ubat sedangkan negara lain dah berjaya dengan ubatan ubatan lain selain vaksin,kita baru nak buat kajian itu pun kajian yang menjurus kepada menolak bukan untuk menerima kerana ada pihak yang berkepentingan...semua kerana duit dan berniaga...

Tak ke lingkup negara kita di buat mereka mereka yang jahat dan tak ikhlas ini menjadi pemimpin

Kita rakyat tak boleh buat apa...bersuara kena tangkap....raja bersuara pun tidak di pedulikan ini kan pula kita...

Tapi sebagai rakyat kita akan bercakap atas kebenaran....

KENYATAAN MEDIA MAJIS PRESIDEN PH


May be an image of 3 people and text that says "MAJLIS PRESIDEN PAKATAN HARAPAN MOHAMAD SABU ANWAR BRAHIM LIM GUAN ENG"

Kenyataan Media

Majlis Presiden Pakatan Harapan

25 Jun 2021

DARURAT TIDAK PERLU DILANJUTKAN SELEPAS 1 OGOS

Majlis Presiden Pakatan Harapan menjunjung kasih di atas titah pandangan DYMM Raja-Raja Melayu berkaitan isu Darurat seperti yang terkandung di dalam kenyataan media Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada 16 Jun lalu, iaitu "tidak ada keperluan meletakkan negara di bawah pemerintahan darurat selepas 1 Ogos 2021".

Pakatan Harapan mengekalkan pendirian yang telah diumum sebelum ini, iaitu Darurat yang diisytihar pada 11 Januari lalu tidak memberi kesan kepada usaha mengekang penularan pandemik COVID-19 dan perlu ditamat segera. Malah berdasarkan bukti sains dan data, keadaan pandemik semakin meruncing dan bertambah teruk sejak Darurat diisytihar dengan jumlah kes positif dan kematian harian yang kekal tinggi.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat akan mengadakan mesyuarat terakhir pada Julai ini. Dalam mesyuarat tersebut, wakil Pakatan Harapan akan menegaskan bahawa jawatankuasa perlu:

● menjunjung titah pandangan DYMM Raja-Raja Melayu berhubung isu Darurat;

● menerima bukti sains dan data bahawa Darurat tidak memberi kesan kepada usaha

pengawalan pandemik COVID-19; dan

● menasihati KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk tidak melanjutkan Darurat selepas 1 Ogos 2021.

Jawatankuasa Khas Bebas Darurat juga akan tamat fungsinya dan terbubar selepas 1 Ogos 2021.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

 

HIDUP KERAJAAN MELAYU ISLE....PERNIAGAAN MELAYU DAH NAK MAMPOS...

 Persatuan beri amaran perniagaan milik Bumiputera ‘dah nak mati’

Persatuan beri amaran perniagaan milik Bumiputera ‘dah nak mati’

Sebuah persatuan peruncit memberi amaran bahawa perniagaan milik Bumiputera kini “di ambang kematian” kerana kekurangan bantuan kerajaan untuk membolehkan mereka bertahan ketika perintah kawalan pergerakan (PKP) 3.0.

Menurut Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) Ameer Ali Mydin, semua perniagaan sedang bergelut ketika ini.

“Jika satu perniagaan milik orang Cina gulung tikar, kemungkinan 10 perniagaan orang Melayu akan alami nasib yang sama,” katanya kepada FMT.

“Realitinya adalah komuniti perniagaan Cina sangat mahir dalam perniagaan. Ramai yang telah lama berniaga dan memiliki simpanan. Oleh itu jika satu (perniagaan orang Cina) tutup, itu adalah petanda buruk bagi kita.”

Beliau berkata, dalam keadaan kes Covid-19 masih tinggi sementara semakin kurang orang menjalani ujian saringan “kelihatan tidak baik”.

“Kita baca mengenai peningkatan kes sporadik. Pada kadar ini, sukar untuk melihat bagaimana sekatan dapat dilonggarkan.

“Walaupun anda (peniaga) berada dalam sektor perlu dan dibenarkan beroperasi, anda masih akan bergelut kerana kekurangan pelanggan,” katanya.

Pada masa yang sama katanya, perniagaan tidak mendapat moratorium pinjaman automatik dan ia tidak membantu.

“Kerajaan kata, ‘Mohon moratorium jika anda terkesan dan bank akan beri kelulusan secara automatik’, tetapi hakikatnya ini tidak berlaku,” tambah beliau.

Ameer berkata, sebilangan besar daripada 52 ahli persatuannya yang menggaji 30,000 pekerja menghadapi masalah mendapatkan moratorium dan bantuan, malah bank tidak meluluskan permohonan secara automatik.

“Ahli-ahli kami memberitahu bahawa bank meminta perincian aliran tunai, akaun dan unjuran pendapatan mereka.

“Apa yang mereka harapkan untuk lihat? Kami hampir-hampir gulung tikar dan tiada petanda PKP akan ditamatkan,” katanya.

PKP 3.0 mula berkuat kuasa pada 1 Jun dan dilanjutkan hingga 28 Jun, namun Ameer berkata, beliau tidak menjangka ia akan ditamatkan seperti yang dirancang.

“Kami menganggarkan, jika PKP 3.0 ini diteruskan sebulan lagi, sekurang-kurangnya 500,000 orang dalam sektor peruncitan sahaja akan hilang pekerjaan,” tambah beliau.

Beliau menggesa kerajaan supaya melonggarkan sekatan dalam sektor yang tidak banyak kes Covid-19 dikesan.

“Kilang-kilang yang dikenal pasti mencatatkan banyak kes masih kekal dibuka. Kenapa tidak benarkan peruncit yang menyumbang hanya 0.8% daripada kluster pada Mei sebelum PKP 3.0, untuk beroperasi penuh?

“Kami harap keputusan dapat dibuat berdasarkan bukti dan data saintifik yang relevan,” katanya.

Haji Hadi, takfiri dan gambaran seburuk-buruk makhluk


Haji Hadi, takfiri dan gambaran seburuk-buruk makhluk


1- Biarpun laporan menyatakan Fatwa Amanat Haji Hadi sudah dipadamkan, Tetapi perbuatan Takfir Haji Hadi tidak pernah terpadam, antara Sifat Hj Hadi bermudah mudah menghukum seseorang dalam hal Siyasah(Ijtihadi) melibatkan soal Aqidah yakni menyentuh persoalan Ie’tiqadi..

2- Jika perbuatan Haji Hadi itu terhenti ketika zaman muda dengan amanatnya, Mungkin kita boleh faham dan maafkan memandangkan PAS ditekan hebat ketika itu.. Malangnya perbuatannya diulang ulang diakhir usianya, samada ketika berlaku perpecahan di dalam PAS melibatkan penubuhan Amanah, Hatta dalam Politik hari ini.. Sungguh malang..

Antara sifat Khawarij dan Takfiri adalah Mencela dan Menyesatkan (الطعن والتضليل).. Inilah gambaran Ulama jahat hari ini.. yang dikenal sebagai Ulama Su’.

3- Memangggil seseorang Muslim sebagai musuh Allah atau musuh Agama adalah perbuatan Takfir.. Perbuatan Takfir ini bukan saja kita mengata kepada seorang muslim “hai Kafir..” Tetapi menggelarkan mereka dengan gelaran musuh Allah.. Sebagaimana Hadis Nabiﷺ..

وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ..

” Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh…”

4- Kerosakan dan kejahilan Haji Hadi bukan hanya merosakkan orang biasa yang jahil, hatta Ulama PAS hatta para asatizah selebriti yang lemah lembut orangnya.. Ustazah selebriti ini pernah mengajak anak muridnya mengangkat tangan Berdoa kepada Mahiaddin yang ketika itu mengangkat sumpah sebagai PM dengan Doa meminta diselamatkan dari musuh Islam dan kelompok Kuffar dan Munafik.. Tidak hairanlah sebab Ustazah itu mengakui pendidikan awalnya mengikuti Kuliah kuliah haji Hadi..

Tidak ada kaitan politik Malaysia dengan kelompok Kuffar ,Musuh Islam atau Munafik..Bahaya kepada kelompok ini, Peringatan ini pernah diungkapkan Ibnu ‘Uyainah..

فتنة العالم الفاجر والعابد الجاهل فإن فتنتهما فتنة لكل مفتون ومن تأمل الفساد الداخل على الأمة وجده من هذين المفتونين..

“ Waspadalah dengan bahaya fitnah orang alim yang suka maksiat dan ahli ibadah yang jahil ( bodoh). Bahaya keduanya adalah bahaya bagi kebanyakan Masyarakat. Siapa yang merenungkan bahaya dan kerosakan yang menimpa umat ini, maka asalnya dari kedua golongan ini…”.

5- Malah dalam Negara kita hari ini tidak wujud gelaran kelompok Kuffar, Kita tidak lagi hidup dalam Negara yang dipisahkan dengan istilah Negara Kuffar dan Negara Islam.. Tetap Kita adalah berasaskan konsep Muwathanah(Kewarganegaraan),

Dalam hal Bai’ah sendiri , Nabi ketika di Bai’ah dari kalangan Sahabat bertanya kepada Nabi, Ketika mana kami boleh banngun melawan ? Kata Nabi ﷺ..

قَالَ إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنَ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ…

“Kecuali kamu melihat kekafiran yang nyata dari Allah akan buktinya.. ”

6- Jangankan DAP, hatta MCA dan ahli parlimen muslim Sarawak yang menentang Hudud, Tidak boleh kita labelkan mereka dengan Gelaran Kuffar(Musuh Agama)..tetapi mereka kelompok yang Jahil, Apa lagi melibatkan tuduhan sesama muslim seperti tuduhan Haji Hadi kepada PH sebagai musuh Agama..

7- Aku memetik Kitab yg jadi rujukan Kelompok Salaf, Kitab Aqidah Thahawiyah ( العقيدة الطحاوية ) ada menyebut dalam soal Kekafiran, Menuduh Munafik diakhir dengan Lafaz…kata pengarang..

لا ننزل أحد منهم جنة ولا نارا، ولا نشهد عليهم بكفر ولا شرك ولا بنفاق..
ما لم يظهر منهم شيء..من ذلك‎ من ذلك، ونذر سرائرهم إلى الله تعالى..

“Kami tidak boleh Menentukan salah seorang dari mereka masuk Syurga atau Neraka. Kami tidak pula boleh menyatakan mereka sebagai orang Kafir, Musyrik, atau Munafik selama tidak tampak zahir mereka seperti itu… Kami menyerahkan urusan hati mereka kepada Allah ta’ala”…

Malangnya ada Mufti, Ada Ulama dan Ilmuan agama menghukum Aqidah sesama Islam, lalu meletakkan mereka sebagai Musuh Islam

8- Inilah gambaran yang pernah dilafazkan Ibnu Umar kepada kelompok Khawarij dan Takfiri ini sebagai seburuk buruk Makhluk.. Mereka menjadikan ayat Quran dan Hadis yang diturunkan kepada kelompok Kuffar yang memerangi Islam, Dan digunakan kepada orang Islam..

diriwayat kan dari Ibn Umar tentang gambaran mereka yg dikatakan seburuk buruk Makhluk..

وكان ابن عمر يراهم شرار خلق الله..

Sesungguhnya inilah Gambaran seburuk buruk makhluk..

Apakah Perbuatan mereka yg disifatkan Seburuk2 Mahkluk itu ?
Dan telah berkata Ibn Umar..

إنهم انطلقوا إلى آيات نزلت في الكفار فجعلوها على المؤمنين..

“Sesungguhnya mereka menggunakan ayat-ayat yang turun kepada orang-orang kafir, lalu mereka jadikan (mempergunakan) ayat ayat itu ke atas orang-orang beriman… ”

Maka jauhilah generasi kita dari kelompok Takfiri,Khawarij dan Ruwaibidhah.. 🙂

Tazkirah Jumaat

25 Jun 2021

Ipohmali

1- Biarpun laporan menyatakan Fatwa Amanat Haji Hadi sudah dipadamkan, Tetapi perbuatan Takfir Haji Hadi tidak pernah terpadam, antara Sifat Hj Hadi bermudah mudah menghukum seseorang dalam hal Siyasah(Ijtihadi) melibatkan soal Aqidah yakni menyentuh persoalan Ie’tiqadi..

2- Jika perbuatan Haji Hadi itu terhenti ketika zaman muda dengan amanatnya, Mungkin kita boleh faham dan maafkan memandangkan PAS ditekan hebat ketika itu.. Malangnya perbuatannya diulang ulang diakhir usianya, samada ketika berlaku perpecahan di dalam PAS melibatkan penubuhan Amanah, Hatta dalam Politik hari ini.. Sungguh malang..

Antara sifat Khawarij dan Takfiri adalah Mencela dan Menyesatkan (الطعن والتضليل).. Inilah gambaran Ulama jahat hari ini.. yang dikenal sebagai Ulama Su’..

3- Memangggil seseorang Muslim sebagai musuh Allah atau musuh Agama adalah perbuatan Takfir.. Perbuatan Takfir ini bukan saja kita mengata kepada seorang muslim “hai Kafir..” Tetapi menggelarkan mereka dengan gelaran musuh Allah.. Sebagaimana Hadis Nabiﷺ..

وَمَنْ دَعَا رَجُلًا بِالْكُفْرِ أَوْ قَالَ عَدُوَّ اللَّهِ وَلَيْسَ كَذَلِكَ إِلَّا حَارَ عَلَيْهِ..

” Dan barangsiapa yang memanggil seseorang dengan panggilan “kafir” atau “musuh Allah” padahal dia tidak kafir, maka tuduhan itu akan kembali kepada penuduh…”

4- Kerosakan dan kejahilan Haji Hadi bukan hanya merosakkan orang biasa yang jahil, hatta Ulama PAS hatta para asatizah selebriti yang lemah lembut orangnya.. Ustazah selebriti ini pernah mengajak anak muridnya mengangkat tangan Berdoa kepada Mahiaddin yang ketika itu mengangkat sumpah sebagai PM dengan Doa meminta diselamatkan dari musuh Islam dan kelompok Kuffar dan Munafik.. Tidak hairanlah sebab Ustazah itu mengakui pendidikan awalnya mengikuti Kuliah kuliah haji Hadi..

Tidak ada kaitan politik Malaysia dengan kelompok Kuffar ,Musuh Islam atau Munafik..Bahaya kepada kelompok ini, Peringatan ini pernah diungkapkan Ibnu ‘Uyainah..

فتنة العالم الفاجر والعابد الجاهل فإن فتنتهما فتنة لكل مفتون ومن تأمل الفساد الداخل على الأمة وجده من هذين المفتونين..

“ Waspadalah dengan bahaya fitnah orang alim yang suka maksiat dan ahli ibadah yang jahil ( bodoh). Bahaya keduanya adalah bahaya bagi kebanyakan Masyarakat. Siapa yang merenungkan bahaya dan kerosakan yang menimpa umat ini, maka asalnya dari kedua golongan ini…”.

5- Malah dalam Negara kita hari ini tidak wujud gelaran kelompok Kuffar, Kita tidak lagi hidup dalam Negara yang dipisahkan dengan istilah Negara Kuffar dan Negara Islam.. Tetap Kita adalah berasaskan konsep Muwathanah(Kewarganegaraan),

Dalam hal Bai’ah sendiri , Nabi ketika di Bai’ah dari kalangan Sahabat bertanya kepada Nabi, Ketika mana kami boleh banngun melawan ? Kata Nabi ﷺ..

قَالَ إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا عِنْدَكُمْ مِنَ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ…

“Kecuali kamu melihat kekafiran yang nyata dari Allah akan buktinya.. ”

6- Jangankan DAP, hatta MCA dan ahli parlimen muslim Sarawak yang menentang Hudud, Tidak boleh kita labelkan mereka dengan Gelaran Kuffar(Musuh Agama)..tetapi mereka kelompok yang Jahil, Apa lagi melibatkan tuduhan sesama muslim seperti tuduhan Haji Hadi kepada PH sebagai musuh Agama..

7- Aku memetik Kitab yg jadi rujukan Kelompok Salaf, Kitab Aqidah Thahawiyah ( العقيدة الطحاوية ) ada menyebut dalam soal Kekafiran, Menuduh Munafik diakhir dengan Lafaz…kata pengarang..

لا ننزل أحد منهم جنة ولا نارا، ولا نشهد عليهم بكفر ولا شرك ولا بنفاق..
ما لم يظهر منهم شيء..من ذلك‎ من ذلك، ونذر سرائرهم إلى الله تعالى..

“Kami tidak boleh Menentukan salah seorang dari mereka masuk Syurga atau Neraka. Kami tidak pula boleh menyatakan mereka sebagai orang Kafir, Musyrik, atau Munafik selama tidak tampak zahir mereka seperti itu… Kami menyerahkan urusan hati mereka kepada Allah ta’ala”…

Malangnya ada Mufti, Ada Ulama dan Ilmuan agama menghukum Aqidah sesama Islam, lalu meletakkan mereka sebagai Musuh Islam

8- Inilah gambaran yang pernah dilafazkan Ibnu Umar kepada kelompok Khawarij dan Takfiri ini sebagai seburuk buruk Makhluk.. Mereka menjadikan ayat Quran dan Hadis yang diturunkan kepada kelompok Kuffar yang memerangi Islam, Dan digunakan kepada orang Islam..

diriwayat kan dari Ibn Umar tentang gambaran mereka yg dikatakan seburuk buruk Makhluk..

وكان ابن عمر يراهم شرار خلق الله..

Sesungguhnya inilah Gambaran seburuk buruk makhluk..

Apakah Perbuatan mereka yg disifatkan Seburuk2 Mahkluk itu ?
Dan telah berkata Ibn Umar..

إنهم انطلقوا إلى آيات نزلت في الكفار فجعلوها على المؤمنين..

“Sesungguhnya mereka menggunakan ayat-ayat yang turun kepada orang-orang kafir, lalu mereka jadikan (mempergunakan) ayat ayat itu ke atas orang-orang beriman… ”

Maka jauhilah generasi kita dari kelompok Takfiri,Khawarij dan Ruwaibidhah.. 🙂

Tazkirah Jumaat

25 Jun 2021

Ipohmali