MENGHURUHARAKAN UMNO

 


HAMDAN TAHA


Kenyataan Nazri Aziz dan Shahidan Kasim ini semua akan jadikan umno haru biru

Nazri mengaku memang dia kumpul Sd untuk jadikan Hishamudin sebagai Pm

Masa di zaman PH memerintah Nazri jadi Setiausaha BN dan dia jelajah seluruh negara ajak orang Umno sokong Anwar jadi PM sebab masa tu Anwar di sebut bakal PM

Sekarang dia sokong Hisham kerana dia dengan Muhyuddin tak boleh nak masuk

Tahun 96 memang Nazri sokong Hisham sebagai naib ketua pemuda dan tak sokong Zahid sebagai Ketua Pemuda

Hubungan Nazri Hamzah zainuddin dengan Zahid Hamidi di zaman muda mereka tak pernah bersama malah bermusuh pula,semua rakan seangkatan tahu itu

Zahid pula sekarang ini bersama Najib di katakan menyokong Anwar sebagai PM

Sebenarnya perpecahan ini tak bawa kebaikan kepada negara tambahan pula musim covid 19 sedang meratah rakyat malaysia

Jika dalam Kerajaan PN pula sedang ada gerakan mengantikan Muhyuddin sebagai PM bila nak selesainya perkara ini...ini beri pertanda kerajaan juga sedang berdepan krisis berat...

Umno dan BN bukan lah banyak mana kerusi tu,jika ada puak zahid dan najib,puak Hishamudin,dan ada yang atas pagar seperti Ismail Sabri dan Ku Li bila nak aman negara kita ini...berebut tak sudah sudah...

Dalam pkr pun sama ada lagi MP masih Pkr tapi ada hubungan dan tunggu masa jer ikut Azmin

Pas sokong siapa yang kuat dan jadi kerajaan

Tak ke celaka semua ahli parlimen malaysia ni tak kira dari parti mana..

Rakyat sedang susah ramai yang dah mati,dah yang jadi miskin dan papa kedana,negara langsung tak di hormati di mata dunia

Ahli politik bergaduh rebut jawatan siang malam pagi petang

Kerja ahli politik tiap hari kira SD bukan kira macam mana nak selamatkan negara

Yang memerintah ada kuasa pulak selagi boleh sapu yang depan mata sapu,guna kuasa darurat untuk kepenting peribadi,buat duit selagi boleh

Vaksin tak cukup untuk vaksin rakyat kerana tak cukup sebab urusan beli vaksin ada kepentingan masing masing yang terlibat dan urusan belian bukan kepada pihak yang betul maka jahanam pula negara

Kita dah nak masuk bulan julai masih lagi sibuk mendaftar rakyat untuk di vaksin dah daftar lama tapi tak juga dapat kerana vaksin tak ada dalam negara dan tak cukup tapi rakyat di salahkan

Yang DG dan KKM pula ada sumber lain iaitu ubat yang boleh membantu pesakit covid di tolak mentah mentah di biar rakyat dan pesakit tampa ubat sedangkan negara lain dah berjaya dengan ubatan ubatan lain selain vaksin,kita baru nak buat kajian itu pun kajian yang menjurus kepada menolak bukan untuk menerima kerana ada pihak yang berkepentingan...semua kerana duit dan berniaga...

Tak ke lingkup negara kita di buat mereka mereka yang jahat dan tak ikhlas ini menjadi pemimpin

Kita rakyat tak boleh buat apa...bersuara kena tangkap....raja bersuara pun tidak di pedulikan ini kan pula kita...

Tapi sebagai rakyat kita akan bercakap atas kebenaran....