KAH.. KAH.... MACAM DIA TERPALING TAHU.
Najib Bakar
Hek eleh masih taknak mengaku kalah Nik Dolah ni. Kononnya selepas dia kecoh baru la tiba-tiba Kerajaan ada tarikh Majlis Tilawah.
Deyyyy. Dari berita bulan Februari lagi tarikh dah ditetapkan. Kalau hang google pun akan jumpa.
Tiba-tiba nak kata orang fitnah dia pulak. Padahal dia la pemula fitnah yang paling iblih.
Mengarut punya budak-budak PAS la ni. Mengarut dan pemalas.
PESANAN RINGKAS BUAT PERANTAU KELANTAN DAN KEDAH
Perantau-perantau yang nak pulang RAYA kerr KELANTAN dan KEDAH ingat tuu..
Pesanan ini di tujukan khas untuk korang..!!
#Buka paip tubik angin
๐๐๐
๐ง๐๐๐ง'๐ฆ ๐๐ง. ๐๐จ๐๐จ๐ฃ๐๐๐ : ๐๐๐๐๐จ ๐๐๐ ๐ก๐ ๐๐๐ฅ๐ ๐ ๐๐ก๐ง๐๐ฅ๐ ๐๐๐ข๐ ๐๐๐ง๐ ๐๐๐ฉ๐ ๐จ๐ฃ ๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ฅ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐ช๐ฆ ๐๐๐ก ๐ฃ๐ข๐ฆ๐ง๐๐ก๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐๐๐ก๐ง๐๐ฌ๐๐ก๐๐๐ก - ๐ง๐๐๐๐ ๐๐จ๐ก๐ ๐๐ ๐๐๐ ๐ง๐๐๐จ
Ada sahabat yang berhubung dgn MenKom dapat jwpan tipikal shj supaya report pada MCMC. Walhal dah lebih setahun ramai report pd MCMC tapi keadaan tidak berubah. Kita tak dengar pun walaun2 diambil tindakan undang-undang.
Nampaknya, MenKom yakin sungguh itu shj cara nak sekat posting2 Fitnah, caci maki hamun iaitu dgn report pada MCMC.
Boleh pulak dia anggap kita yg kritik TAK faham bidang kuasa SKMM / MCMC yg takde kuasa TANGKAP? Dia ingat kita bodoh tak faham yang polis sahaja ada kuasa menangkap?
Yg kita minta dari SKMM dan MenKom ialah SEKAT posting2 jelik tu dr berleluasa. Maknanya komplen pd SocMed platform supaya ditangani. Kalau dah kes tu teruk dan ada ground utk dakwa, report polis le biar polis tangani di bawah Akta Komunikasi & Muktimedia 1998. ๐๐จ๐๐๐ก ๐๐๐ง๐ ๐ก๐๐ ๐ฆ๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ ๐๐ ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐ ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ง๐๐ก๐๐๐๐ฃ. Itu kerja polis.
Mudah bukan utk lepas tangan pada MDN dan polis?? Rakyat mintak disekat posting, ditamatkan akaun PNghasut, yg dia faham KUNUN rakyat suruh SKMM tangkap guna Akta Komunikasi & Multimedia 1998? Adeh...tepuk dahi ๐คฆ
Rasanya MenKom dgn MDN ni tarak whatsaap group atau kalau ada pun takdan baca masage sebab banyak sangat dan busy. Lagi pun buang masa je lah ๐ธ๐ฎ๐น๐ฎ๐ ๐ฎ๐๐ฎ๐บ ๐๐ฒ๐บ๐ฏ๐ฎ๐ป๐ด ๐ฑen๐ดa๐ป ๐ถ๐๐ถ๐ธ. ๐๐ฎ๐ธ๐ฎ๐ฝ ๐น๐ฎ๐ถ๐ป, ๐ณ๐ฎ๐ต๐ฎ๐บ ๐น๐ฎ๐ถ๐ป, ๐ฎ๐ธ๐ต๐ถ๐ฟ๐ป๐๐ฎ ๐ก๐๐ง๐ข??
๐๐๐ ๐จ๐ฃ...!!
- Zus Din
04042024
MENERIMA KUNJUNGAN PRESIDEN INDONESIA
Hari ini saya menerima kunjungan hormat Presiden Terpilih Indonesia merangkap Menteri Pertahanan, Prabowo Subianto.
Pertemuan di pejabat saya ini merupakan sebahagian daripada rangka lawatan khas sehari beliau ke Malaysia.
Momen ini kami gunakan untuk berkongsi pengalaman dan bertukar pendapat mengenai karier masing-masing dan hala tuju seterusnya dalam merapatkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia.
Perjalanan karier politik kami yang hampir sama apabila diuji dengan pelbagai cabaran sebelum dilantik, juga menjadi topik perbincangan santai selain diselang-seli dengan kisah Prabowo sewaktu beliau melanjutkan pelajaran dan pendidikan menengah di Victoria Institution (VI) Kuala Lumpur.
Saya sempat titipkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Prabowo yang bakal dilantik sebagai Presiden Indonesia Kelapan. Semoga hubungan persahabatan Malaysia-Indonesia terus erat dan diperkukuh demi kebaikan bersama di masa hadapan.
#MalaysiaMADANI
JATUH JA KE TANGAN PUAK LEBAI, MELINGKUP.
Janji Ulama perintah ...
Mukhlis Eddie
Tu kata jangan bagi puak² lebai tadbir negeri/negara ..depa ni jumud dan cara depa berfikir x sama dengan manusia biasa ..lebai2 ni pikiaq level alien ...
BENARKAH NAJIB DITITAH UNTUK DIBERI TAHANAN RUMAH MELALUI LEMBAGA PENGAMPUNAN?
Benarkah Najib Razak diberi tahanan rumah oleh
Lembaga Pengampunan dalam keputusannya pada 29 Januari lalu?
Sejak semalam ramai yang membangkitkan
persoalan ini berikutan Najib, melalui peguamnya kini memfailkan permohonan
bagi mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap titah adendum atau
tambahan oleh Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di
Mahkamah Tinggi.
Semakan kehakiman difailkan pada 1 April
lalu,menerusi firma guaman, Tetuan Shafee & Co.
Dalam permohonannya, Najib mendakwa bahagian
tambahan atau titah adendum dalam pengampunan diraja oleh Yang di-Pertuan Agong
ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 29 Januari
ketika mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pembangunan adalah dengan
membenarkannya untuk menghabiskan baki hukuman penjara enam tahun melalui
tahanan di rumah.
Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner
Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM)
(Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal
Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden pertama hingga
ketujuh.
Dalam notis permohonannya, Najib memohon
perintah untuk semua atau salah seorang responden melaksanakan titah Al-Sultan
Abdullah itu dan dengan serta merta memindahkan beliau dari Penjara Kajang ke
kediamannya.
Bekas Perdana Menteri itu kemudian akan
menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah jika titah adendum
berkenaan wujud.
Najib juga memohon satu perintah supaya semua
atau seorang responden memberi salinan titah utama dan adendum yang dititahkan
Al-Sultan Abdullah pada 29 Januari lalu.
Beliau memaklumkan melalui surat bertulis
kepada Al-Sultan Abdullah pada 25 Mac lalu, mengenai niatnya memfailkan notis
permohonan semakan kehakiman terhadap pihak berkuasa yang relevan berkenaan
titah terbabit.
“Ia kerana pada 29 Januari 2024, Tuanku
Al-Sultan Abdullah adalah Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan saya mengambil
langkah sebagai rafak sembah hormat tertinggi saya.
“Pada tarikh sama (25 Mac 2024), saya turut
memaklumkan perkara sama kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim sebagai
rafak sembah hormat tertinggi saya memgenai perkara yang sema,” katanya
menerusi afidavit permohonan tersebut.
Pada 2 Februari lalu, media melaporkan Najib
diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara 12 tahun yang sedang
dijalaninya sejak 2022, sekali gus menyaksikan bekas Perdana Menteri itu bakal
dibebaskan pada 23 Ogos 2028.
Pada 7 Mac baru-baru ini, ketika membahaskan
titah Yang di-Pertuan Agong di Parlimen, bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob
mahu kerajaan memberi penjelasan berkaitan rayuan Najib untuk menjalani baki
hukuman penjara di rumah menerusi program Pelepasan Banduan Secara Berlesen
(PBSL).
Ismail berkata, beliau difahamkan rayuan
berkenaan sudah dimasukkan dalam rayuan kepada Lembaga Pengampunan yang
bersidang sebelum ini.
“Saya difahamkan pekara ini ada sebagai
lampiran dalam petisyen permohonan rayuan tersebut. Jadi soalan saya apakah ini
benar atau tidak?
“Kalau ia benar, adakah ia dibincangkan semasa
pembentangan rayuan tersebut dan apakah keputusannya?”soal beliau.
Persoalan utama di sini, jika benar Najib
diberi hukuman tahanan rumah melalui titah Agong ke-16 selaku Pengerusi Lembaga
Pengampunan, mengapa ia tidak diumum dan dilaksanakan?
Soal kita setuju atau tidak Najib diberi
tahanan rumah, ia adalah soal lain, tetapi yang penting adalah titah adendum
oleh seorang Yang di-Pertuan Agong? –
Siapakah yang begitu berani menyembunyi dan
tidak melaksanakan titah Agong itu? ShahbudinHusin 04/04/2024.
Keselamatan Sistem PADU Teruji, Dijamin Kukuh
Oleh: Dr Mohd Fauzi Hj Fadzil
ULASAN: Kerajaan MADANI telah
mengambil langkah berani dengan memperkenalkan sistem Pangkalan Data Utama
(PADU), sistem ini adalah pertama seumpamanya yang diperkenalkan oleh kerajaan
yang memerintah Malaysia di mana sebelum ini data penduduk Malaysia disimpan
secara berasingan sama ada oleh agensi peringkat Persekutuan atau peringkat
Negeri.
Keadaan ini menyukarkan
pentadbiran kerajaan untuk mengenalpasti secara tepat setiap penduduk Malaysia
untuk dikategorikan dalam status sosial dan ekonomi. Ketiadaan sebuah pengkalan
data utama yang merangkumi semua maklumat rakyat Malaysia juga menyukarkan
pihak kerajaan untuk mengawal penyaluran subsidi secara tepat, seterusnya
mengawal kadar hutang negara setiap tahun.
Negara lain perkenal awal
Malaysia bukanlah negara
pertama yang memperkenalkan sistem seumpama PADU, negara lain di dunia lebih
awal meneroka kaedah yang menghampiri PADU. Keselamatan PADU telah dijamin oleh
YB Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi melalui kenyataan bahawa keselamatan dan kerahsiaan
maklumat dalam sistem PADU adalah terjamin daripada kebocoran dan diselenggara
sepenuhnya oleh Jabatan Digital Negara (JDN). Sekiranya berlaku sebarang
perkara tidak diingini jelasnya, PADU melalui Pasukan Tindak Balas Insiden
Keselamatan Siber Sektor Awam (CSIRT) bersiap siaga melalui prosedur yang
ditetapkan.
Wujud dakwaan oleh Datuk Seri
Ir. Dr. Wee Ka Siong bahawa Menteri Ekonomi tidak mengakui kesangsian rakyat
Malaysia terhadap isu keselamatan dan kerahsiaan maklumat dalam sistem PADU. Kementerian
Ekonomi tidak pernah menafikan kesangsian tersebut menjadi penghalang kepada
sesetengah rakyat Malaysia untuk mendaftar maklumat di dalam sistem PADU.
Kesedaran Menteri Ekonomi
berkenaan isu berkenaan telah menyebabkan beliau berulang kali memberi jaminan
terhadap isu tersebut, malah Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi
turut memberi jaminan yang sama.
Taklimat berkenaan isu ini
terpaksa diulang berkali-kali kerana ada sesetengah pemimpin dalam Kerajaan
MADANI sendiri yang mengungkit-ungkit isu keselamatan dan kerahsiaan maklumat
dalam sistem PADU.
Keselamatan PADU tidak diragui
Menteri Ekonomi telah
mendedahkan wujud lebih dua juta cubaan bagi menembusi ciri keselamatan
Pangkalan Data Utama (PADU) dibuat setiap hari, bagaimanapun setakat ini tiada
pihak yang berjaya kerana ciri keselamatan sistem berkenaan mematuhi piawaian
global, termasuk bagi komponen keselamatan rangkaian. Malah jika ada pihak yang
berjaya mendapatkan data daripada sistem PADU sekalipun, data berkenaan tidak
bermakna kerana ia telah melalui proses encryption.
Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong
turut membangkit keperluan mewujudkan PADU sedangkan sistem e-Kasih boleh
ditambahbaik, malah beliau menyatakan sangat bahaya meletakkan semua maklumat
dalam satu sistem dan lebih baik biarkan maklumat rakyat Malaysia dikendalikan
dalam keadaan semasa di mana ia berselerak dalam pengkalan data Persekutuan dan
Negeri.
Kedangkalan pemikiran ini
menyebabkan kerajaan gagal untuk menguruskan sumber negara dengan sebaik mungkin.
PADU adalah tulang belakang kepada pelaksanaan Government Technology atau
Govtech. Melalui penyatuan keseluruhan maklumat rakyat Malaysia dalam satu
pengkalan data maka urusan kerajaan melalui pendigitalan menjadi lebih cekap,
mudah dan canggih.
PMX yang menerajui Kerajaan
MADANI telah menetapkan matlamat beliau di dalam buku yang bertajuk SCRIPT, PMX
percaya bahawa bagi memastikan kerajaan berjaya melalui zaman pasca-pandemik
maka pentadbiran kerajaan tidak boleh mengamalkan pegangan business as usual. Pentadbiran pada zaman MADANI perlu berbeza
dari segi aplikasi digital, justeru pengenalan PADU adalah usaha ke arah
pentadbiran yang berbeza dan jauh lebih efisyen.
________________________________________________________________________________
Penulis merupakan Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan
Selangor
Ayuh tularkan mesej perpaduan, jangan jadi penagih fitnah
Oleh: Noraini Nordin
ULASAN BERITA:
Adakah ketagihan dalam media sosial di negara ini membuatkan ramai yang suka
'memburu' berita-berita fitnah dan kemudian berlumba-lumba menularkan tanpa
memperduli bahana yang boleh merosakkan kesejahteraan bermasyarakat?
Adakah 'penagih-penagih' fitnah
ini mindanya telah kosong, hatinya juga sudah dingin, kering dan hitam?
Ada juga yang bagai hilang
kewarasan sewaktu beraksi di media sosial contohnya berTikTok dengan bahan
toksid untuk sajian masyarakatnya sendiri.
Inilah antara persoalan yang
kerap berlegar di fikiran saya sewaktu terlihat lintasan berita-berita palsu
dan fitnah yang kian bertebaran di media sosial kebelakangan ini.
PMX mangsa fitnah
Paling dahsyat mangsa-mangsa
fitnah bukan sahaja PMX Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga menteri-menteri
dalam Kerajaan Madani yang sedang gigih bekerja membina negara serta
mensejahterakan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Paling bahaya mereka yang turut
terlibat menular atau memanjangkan fitnah-fitnah itu juga terdiri daripada
pemimpin, golongan agama, berkedudukan dalam masyarakat serta bijak pandai dan
pakar dalam bidang masing-masing.
Adakah juga mereka dilanda
sindrom ketagihan untuk memfitnah sehingga menyebabkan minda mereka tertutup.
Mereka menjadi terlalu angkuh
dan ego sehingga tidak mahu menyelidiki terlebih dahulu bahan-bahan yang mahu
ditularkan.
Apakah golongan ini juga
mempunyai minda yang kosong dan hati yang kering serta hitam?
Sadisnya lagi, semakin Ramadan
2024 beransur-ansur akan meninggalkan kita, semakin rancak pula fitnah-fitnah
yang disebarkan dengan niat untuk menjatuhkan pemimpin-pemimpin yang dikaitkan
itu.
Adakah golongan penagih fitnah
ini tidak akan menyemak fakta yang sahih atau tabayyun kerana niat mereka
adalah untuk mengelirukan masyarakat dan menjatuhkan pemimpin, seterusnya
menanam benih-benih kebencian kepada kerajaan?
Di penghujung Ramadan ini, saya
ingin mengulangi pesanan kepada penagih-penagih fitnah - berhentilah menjadi
penagih fitnah, janganlah mencemarkan bulan yang mulia dengan api-api fitnah
yang boleh membakar masyarakat serta menghanguskan keharmonian negara sendiri.
Mudarat kepada pebagai pihak
Kebebasan bersuara dan
kebebasan bermedia sosial adalah baik untuk diamalkan, namun janganlah memilih
jalan memfitnah untuk menjatuhkan orang lain sehingga mendatangkan mudarat
kepada pelbagai pihak.
Bersuara dan bergerak aktif di
media sosial adalah lebih baik dimanfaatkan untuk perkara-perkara yang
mendatangkan faedah dan saling menambahkan kerukunan dalam hidup bermasyarakat.
Ingatlah bahawa fitnah, sama
ada memula atau menularkannya, hanya memporak-peranda serta merosakkan hidup
bermasyarakat.
Jika kalian seorang tokoh yang
berpengaruh ayuh gunakanlah pengaruh kalian itu untuk mempengaruhi rakyat
supaya menjalani hidup dengan rukun serta damai.
Jika kalian seorang agamawan
serta bijak pandai gunalah ilmu tersebut untuk membantu mencelikkan masyarakat
ke arah kehidupan yang diredai Allah S.W.T.
Rumusannya, siapa pun kita
usahlah menjadi lalat dan langau yang hanya mahu mencari keburukan demi
keburukan.
Mari kita menjadi optik lebah
yang mencari kemanisan sepanjang kehidupan.
Selamat ulang tahun KEADILAN
yang ke 25 tahun.
Semoga KEADILAN terus teguh
zaman berzaman dan melahirkan pemimpin-pemimpin pelapis yang hebat untuk
Malaysia Madani yang sejahtera.
______________________________________________________________________________
Penulis juga adalah Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.
WALAUN DICARI. KAKI FITNAH
Najib Bakar
Dah jumpa maklumat Nik Abdullah Rozali. Tak berani pulak nak jawab telefon ya. Time fitnah berani pulak.
Pengundi DUN Limbongan, Pasir Puteh. Lahir pada 31 Januari.
APABILA MELIHAT AKAN GAMBAR NI, NAMPAK BELIAU LEBIH PANDAI MENDIDIK ANAK DARI KITA.
Mohd Lutfi Othman
Saya pun larang juga anak-anak saya mengata orang itu kafir, orang ini kafir. Saya suruh mereka sebut non-muslim atau bukan muslim apabila bercakap tentang orang-orang yang tidak beragama Islam zaman sekarang, kecuali jika jelas orang itu menentang atau menghina Islam, contohnya orang Israel zionis. Mungkin sebab saya dulu sekolah Cina. Atau mungkin sebab saya graduan UIA yang banyak juga menekankan tentang dakwah. Kat UIA dulu biasa juga ada talk perbandingan agama. Melihat pada gambar ni, saya kira beliau lebih pandai mendidik anak berbanding kebanyakan kita. Bapa beliau juga hebat, bukan calang-calang orang dalam dunia Islam; boleh google nama Siddiq Fadzil.
Apabila sampai suatu berita kepada kamu, siasatlah dulu. Berlaku adil kepada semua tanpa mengira fahaman politik. After all that, we can still agree to disagree. No problem.
BUDAK TAJAAN MARA KAKI FITNAH DI LUAR NEGARA
Sham Ghaz
Sejak bila tidak boleh Takbir di Sekolah?
Sekolah yang di fitnah tidak boleh Takbir tu di Kajang, saya sendiri siasat.
Memang ada gambar dan video mereka Takbir di Sekolah masa minggu Solidariti Palestin tu. Saya dah upload di posting saya haritu.
Walaun Pas sahaja fitnah kata takda! Fitnah jadi amalan biasa bagi pengikut PAS.
Walaun ni sambung belajar ke luar Negara tajaan MARA, tapi kerja dia disana belajar adalah fitnah Kerajaan sekarang hari hari.
DR ASYRAF WAJDI DUSUKI ambik kisah ke tidak pelajar MARA ni?
DEMI NAK BURUKKAN LAWAN
Izlin Idris
Dahsyatnya...
Demi nak burukkan lawan politik sanggup permainkan ayat AL quran...
Padahal isu perkataan kafir tu pun mereka dah salah faham, ianya bukan seperti apa yang mereka cuba gambarkan..
BANTUAN KEPADA PENIAGA DI MANJOI AKIBAT KEBAKARAN MYDIN
Beberapa minggu lalu, Pasar Raya Mydin di Manjoi, Perak telah terbakar hingga mengakibatkan kerugian kepada peniaga dan Mydin sendiri. Berdasarkan laporan, Mydin telah mengalami kerugian sekitar RM50 juta akibat insiden ini.
Saya zahir simpati terhadap nasib peniaga yang menjadi mangsa. Justeru, Setiausaha Politik saya, saudara Kamil Munim telah menyampaikan bantuan tunai bagi pihak saya kepada 17 peniaga yang terkesan.
Semoga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan kerugian yang mereka alami, Insya-Allah.
#MalaysiaMADANI