MUHYIDDIN TAK AKAN PEDULI COVID-19 ATAU TIDAK, KEINGINANNYA HANYA PASTIKAN SEKURANG2NYA 112 AHLI PARLIMEN DAPAT JAWATAN SEBELUM 18 MEI



Di musim PKP akibat wabak Covid-19 ini, selain setiap hari kita mendapat maklumat berkenaan jumlah pesakit dan kematian akibat daripadanya, kita juga saban hari dihidangkan dengan berita penyingkiran serta perlantikan baru peneraju dalam syarikat-syarikat berkaitan kerajaan atau GLC.

Setiap hari ada saja berita tentang orang-orang tertentu ditamatkan perkhidmatannya dan perlantikan baru pula dibuat sebagai menggantikannya.

Walaupun banyak seruan daripada pemimpin kerajaan sendiri agar semua orang mengurangkan urusan politik dan memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat yang terkesan ketika musim wabak Covid-19 ini, hakikatnya dengan pemecatan dan perlantikan baru setiap hari itu menunjukkan pihak kerajaan sendiri gagal mengawal nafsu politik mereka.

Meskipun apabila bertukar kerajaan, perlantikan baru dalam GLC adalah tidak dapat dielakkan, tetapi sekurang-kurangnya dalam keadaan negara dilanda wabak Covid-19 ini, pemecatan dan perlantikan baru tidak perlulah dibuat terlalu tergesa-gesa oleh PN baru lebih sebulan menjadi kerajaan.

Masih banyak masa lagi untuk melakukan semua perubahan tersebut.

Tetapi, mengapakan Muhyiddin Yassin seolah-olah tidak sabar untuk melakukan perubahan dan mengisi kedudukan dalam GLC-GLC?

Muhyiddin sebenarnya amat risau berkenaan Sidang Parlimen yang telah ditetapkan pada 18 Mei depan di mana ketika itu nanti satu usul undi tidak percaya akan dibentangkan terhadapnya.

Usul itu adalah bagi mengesahkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri sejak dilantik pada 1 Mac lalu.

Dalam barisan kabinet yang dibentuknya baru-baru ini, Muhyidin telah melantik seramai 70 orang untuk menjadi menteri dan timbalan menteri.

Kemudian beliau menambah jumlah itu menjadi 71 melalui lantikan Presiden Pas, Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf menteri.

Selain majoriti lantikannya adalah merupakan Ahli Parlimen, terdapat juga beberapa orang daripadanya adalah Senator.

Di kalangan menteri, mereka yang bertaraf Senator ialah Dr. Radzi Jidin, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Dr. Zulkifli Al-Bakri.

Timbalan menteri pula yang bertaraf Senator ialah Lim Ban Hong, Dr. Mah Hang Soon, Dr. Ahmad Mazrizal Muhammad dan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

Ini bermakna daripada 71 lantikan yang dibuat itu, ia hanya melibatkan 64 Ahli Parlimen dan selebihnya adalah 7 orang Senator.

Jika usul undi tidak percaya dibentangkan dan untuk memastikan tidak ditewaskan, Muhyiddin perlu memiliki sokongan sekurang-kurangnya 112 daripada keseluruhan 222 Ahli Parlimen.

Berikutan kedudukan Muhyiddin dalam kerajaan tebuk atap PN ini amat rapuh dan tidak dalam bentuk gabungan yang formal serta mungkin ada mana-mana Ahli Parlimen tiba-tiba beralih angin, tambahan lagi kalau undi usul tidak percaya itu dilakukan secara undi sulit, satu-satunya cara untuk memastikan kestabilan sokongan terhadapnya ialah dengan memberikan mereka jawatan serta kedudukan.

Oleh kerana 64 Ahli Parlimen sudah diberikan jawatan menteri serta timbalan menteri dan untuk memastikan jumlah 112 itu tidak goyang agar boleh terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas 18 Mei nanti, Muhyiddin tidak ada pilihan selain perlu menghadiahkan seramai 48 lagi Ahli Parlimen daripada Bersatu, UMNO, Pas dan GPS yang bergabung dalam PN dengan kedudukan dalam GLC.

Memandangkan tarikh 18 Mei semakin hampir dan jika Muhyiddin tidak memberikan mereka jawatan mulai sekarang, kedudukannya sebagai Perdana Menteri boleh terancam dengan sendirinya, melainkan jika sebelum 18 Mei sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen sudah dapat diberikan habuan jawatan serta kedudukan.

Maka, lantikan-lantikan dalam GLC yang menjadi berita setiap hari sekarang ini adalah suatu kemestian bagi Muhyiddin demi survival jawatannya.

Selepas ini atau dalam sehari dua ini, pasti akan banyak lagi berita penyingkiran dan perlantikan baru mengetuai GLC akan terus dilakukan, walaupun wabak Covid-19 belum lagi menampakkkan tanda-tanda berkurangan yang ketara.

Adanya rungutan daripada pelbagai pihak berkenaan penamatan itu yang diaifatkan seolah-olah tidak mempedulikan wabak Covid-19 tidak akan mengubah apa-apa kerana Muhyiddin tentulah lebih pentingkan jawatannya daripada segala-galanya.

Dan percayalah, rata-rata yang akan dilantik mengetuai GLC selepas ini adalah daripada kalangan Ahli Parlimen belaka, bukan merupakan profesional sepertimana dilakukan era PH sebelum ini.

Lantikan yang dibuat hanya untuk menyelamatkan kedudukan Muhyiddin agar tidak tumbang kepada usul undi tidak percaya pada 18 Mei, bukan lagi untuk memastikan syarikat GLC itu bertambah maju dan mencatat keuntungan yang akan memberi manfaat kepada rakyat semua, jauh sekali menunjukkan kepedulian terhadap wabak Covid-19.

 (ShahbudinHusin 09/04/2020)



TERKINI : Anwar Ibrahim: Presiden PAS Ustaz Hadi Menyebut Saya Orang Kanan Freemason?



KUARANTIN ANTARA DUA DARJAT DIPERSOAL






Antara hotel yang dinamakan dalam warta kerajaan di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit ialah Hilton, Shangri-La dan Dorsett. Terdahulu Menteri Kanan Pertahanan Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan Kerajaan hanya menanggung kos bilik dan makanan, terhad kepada RM150 sehari di 45 hotel bertaraf 3 bintang ke atas yang diwartakan sebagai pusat kuarantin. Dalam pada itu Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) Yap Lip Seng berkata pihaknya tidak tahu menahu mengenai harga rata RM150 yang ditetapkan kerajaan. Beliau berkata hotel yang membenarkan premisnya untuk digunakan sebagai pusat kuarantin bersetuju untuk mengenakan bayaran tertentu dan ia akan ditanggung sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC). Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan Persatuan Hotel Malaysia tersebut.

SAMPAI BILA HENDAK BERMEWA-MEWA?





Mengulas mengenai tindakan Kerajaan menarik balik kebenaran kepada beberapa syarikat penjualan arak ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Majlis Setiausaha PAKATAN HARAPAN berpendapat menteri terbabit seharusnya mengambil tanggungjawab berdepan dengan masyarakat dan menyatakan kesilapan, bukannya berdiam diri atau menuding jari ke pihak lain. "Adalah jelas bahawa kuasa untuk meluluskan perkara dasar yang bukan pentadbiran terletak kepada Menteri yang terlibat terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini." Hakikatnya menteri-Menteri dilantik kerana sama-sama bersekongkol merampas kuasa, bukan kerana kewibawaan atau kepakaran tertentu. Menteri Alam Sekitar, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan nama baharu bagi kementeriannya Ministry of Environment and Water dengan singkatan ringkas sebagai MEWA.

DARI LANGKAH SHERATON MELANGKAH KE GLC




Kini tumpuan mereka ialah menggantikan golongan teknokrat dan profesional yang dilantik oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN di syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kroni-kroni mereka dalam kalangan parti politik. Pengerusi Socso Zakri Khir telah meletakkan jawatan dan tempatnya akan digantikan dengan Ahli Parlimen Sabak Bernam dari BERSATU, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh. Pengerusi MARA Dr Hasnita Hashim dan ahli lembaga pengarahnya juga telah dipecat pada 18 Mac lalu. Hasnita memiliki PhD dalam Fizik Nuklear, Universiti Oxford, UK, Sarjana Muda Sains Fizik, Universiti Surrey, UK, dan ahli Bersekutu Institut Aktuari, Staple Inn, London, UK. Beliau merupakan Independent Non-Executive Director di Malayan Banking Berhad sejak 1 Julai, 2016. Kelayakan beliau tidak penting kerana beliau bukan ahli politik dalam gerombolan pengkhianat mandat rakyat ini.

(Q&A) Sidang Media Oleh Ismail Sabri Yaakob, Menteri Kanan (Keselamatan) 0/04/2020


Sidang Media Kementerian Kesihatan Malaysia 09/04/2020


MASIH TIDAK PUAS HATI LAGI FITNAH ANWAR?


W.Faudzin


Tiga  video siaran langsung semalam yang dimuatnaik pagi tadi adalah bukti Anwar tidak menyatakan denikian


https://wrlr.blogspot.com/2020/04/anwar-ibrahim-isu-bantuan-prihatin.html

https://wrlr.blogspot.com/2020/04/anwar-ibrahim-keperluan-mendesak.html

https://wrlr.blogspot.com/2020/04/anwar-ibrahim-nampak-tenang-sahaja.html


Apakah mereka masih tidak puas hati dengan kuasa yg mereka perolehi secara khianat itu?  Hati mereka masih tidak tenteram kerana kerajaan yang mereka dirikan sekarang tidak mendapat keberkatan.  Maka, fitnah terus menjadi makanan mereka dan Anwar terus menjadi mangsanya.


*BERTUAHNYA RAKYAT MALAYSIA..*



Mahmod Poji

Di seluruh dunia 1.25 bilion pekerja terjejas akibat wabak Covid19.

120 buah negara pula menutup sepenuhnya sekolah dan pusat pengajian tinggi yang menyebabkan pengajaran dan pembelajaran 1.2 bilion murid dan pelajar terganggu.

Di Afrika Selatan rakyatnya dibeberapa kawasan mula rempuh lockdown..sebab makanan tiada..duit pun tiada..bantuan lagilah tiada...

Di Indonesia juga rakyatnya mula kelam kabut..Begitu juga di India..Jika lockdown dirumah lebih dua atau tiga hari maka di kawasan padat penduduk akan banyaklah yang mati tak makan kerana tak boleh keluar bekerja di sana..Kau ingat di India ada ka bantuan pelbagai macam mana diberi di Malaysia? Elek pocik..

Amerika Syarikat pula sedang ke arah nak jadi Bananas Republic..segalanya gagal dikawal...Tiada persediaan nak hadapi dan tangani wabak Covid19. Dari Presiden sampai birokrat diperingkat negeri dah pakat jadi kelam kabut nak handle pandemik ni.Kes meningkat laju saban hari..Sehingga kini dah hampir 360 ribu kes jangkitan dan kematian cecah lebih 10 ribu...

Di Malaysia..rakyatnya duduk saja di rumah..layan Astro..data internet dibagi free lagi..Siap boleh buat tiktok dan video senaman bodo..beras dihantar sampai ke dalam rumah..makanan sampai..ikan temenung dihantar sampai depan pintu..Petugas barisan depan pula hari hari diberikan dan diagih pelbagai jenis makanan dan sumbangan..

Kakitangan awam, cikgu cikgi, pensyarah universiti enjoy gaji free..tak perlu kerja..jika adapun ala kadar saja kerjanya sepanjang PKP..boleh berkebun..buat kolam ikan.bertani, tanam musang king lagi sepanjang PKP selain banyak yang lain turut sama buat kerja kebajikan..Tahniah kita ucapkan..

Kerajaan pula beri duit bantuan dengan di bank in..Semua dapat duit dan insentif dari pemandu grab, orang bujang, yang miskin, kaya sampailah Ahli Parlimen Pokok Sena turut diberi BPN..

Aneka Bantuan diberi..NGO, orang perseorangan dan parti politik pakat pulun dan berlumba turut berikan sumbangan dan bantuan..

Orang ramai pula masih boleh pi market, TESCO, hypermarket dengan lenggang lenggok lagi..Sempat lagi beli nasi kandar bungkus..dengan teh ais..boleh upload lagi seribu satu jenis menu makanan lazat lazat yang dimasak dirumah...

Petugas barisan depan..barisan tengah..barisan sokongan..barisan belakang dari PM, Menteri, doktor, jururawat. Petugas kesihatan, abang polis, tentera, JPAM, Rela dan pelbagai lagi agensi pula komited beri khidmat terbaik untuk pastikan negara sejahtera wabak terkawal..

Itupun masih ramai yang tidak tahu bersyukur...

Berbanggalah kita selaku warga Malaysia...

.

KAMI TAK CEMBURU, CUMA NAK LIHAT SEJAUH MANA CAKAP SERUPA BIKIN



Baca laporan Malaysiakini tadi, Ada Pemimpin Ulama PAS kata, Serangan kepada Haji Hadi disebabkan cemburu dia dilantik sebagai Duta tugas khas ke asia Barat.. Tak betul tu.. Kalau dia dilantik Menteri Agama sekalipun takda yang menghairankan..memang itu impian dan tujuan penubuhan Kerajaan tebuk Atap..,

hatta kalau Muhyidin melantik Haji Hadi menjadi Duta ke Bulan.. Atau Duta khas ke Syurga atau Neraka pun.. kami tak kisah.... walaupun selama ini tugas khas dia bersama UMNO , Haji Hadi boleh menentukan halal haram satu hubungan tahaaluf Politik.. boleh tentukan seseorang itu musuh Islam, Munafik atau kafir...

hatta tindakan seseorang itu boleh ke Neraka Jahannam atau tidak..ianya dalam pengetahuan Haji Hadi..Sebab itu semasa Dr Wan Azizah nak dilantik sebagai MB selangoor..dia bantah sebab takut bawa ahli PAS ke neraka Jahannam..Tapi bersama Zahid dan Najib, agaknya mungkin boleh ke Syurga... Itupun kami sedia maklum..

Yang aku pertikai bukan soal dia dilantik Duta Khas.. tetapi yang dipertikai Surat dan niat jahat dia menghasut pemimpin gerakan Islam dengan melakukan fitnah, dan adu domba... kerja dan surat jahat itu kami pertikaikan... apalagi cuba mencipta dalil mebenarkan Kerajaan tebuk Atap dengan mengfitnah Aqidah sesama Islam.

.Itulah gambaran satu bentuk perbuatan takfir yang sejarahnya berasal dari satu amanat di Banggol, Peradong, kini perbuatan takfirnya cuba di eksport ke Asia Barat...Dia akan tentukan orang ini Sekular,Liberal,Freemason..terlampau tinggi daya fantasi Haji Hadi ini.. sama seperti dulu Perlembagaan dikata perlmbagaan kafir dan penjajah..

 Kerja jahat perbuatan takfir itu aku pertikaikan..kalau takda bocor surat tu..lantak pi lah kalau di dihantar sebagai Duta ke bulan sekalipun..

Dah pasti surat yang bocor itu datang dari pemimpin gerakan Islam sendiri.. aku tak takut sangat kerja jahat Haji Hadi tu cuba menghasut pemimpin gerakan Islam..hatta zaman Tun Mahathir dengan pelbagai tuduhan,sabitan kes Jenayah pun..dituduh agen IMF dan Israel pun.. sampai hari ini Ds Anwar masih ramai dari kalangan Ulama dan pemimpin gerakan Islam bersimpati dengan Ds Anwar..

Nama besar seperti Tun Mahathir dan Ds Anwar di asia Barat cukup harum.. tak kira kepada masyarakat Arab mahupun pemimpin mereka.. biarpun penyokong Ds Anwar atau penyokong mahathir saling tak puas hati..tetapi nama Tun dan Ds Anwar cukup besar di Asia barat.. itu hakikat yang tidak dapat dipadam dengan satu surat..

Mereka mempunyai legasi dan sejarah yang panjang dengan Asia Barat..dan tidak mungkin boleh diburukkan dengan surat surat kebencian dan Kedengkian seorang Ulama Jahat... Peranan Ds Anwar dan Tun diakui Dunia asia Barat.. kehadiran Ds Anwar di Asia barat bukan sekadar berselfie dengan pemimpin Dunia seperti Ibrahim Ali bergambar dengan Ayatullah Khomeini...

Jadi fahamkan..Sebab aku kritik haji Hadi bukan sebab dia dilantik Duta Khas seperti Sammy vellu dulu..tapi aku marah kenapa kebencian dia ekpada Ds Anwar masih belum padam..

Tidak cukup puas kah berjaya hasut sekalian pemimpin PH untuk jatuhkan Kerajaan yang menang atas lambang PKR ? mahu apa lagi..Ds Anwar pun takda serang peribadi Haji Hadi..Inikan gambaran Ulama ? cukup jahat.. Nampak tak Allah Zahirkan dua yg dikata Ulama, Sorang dari Utara, dan sorang dari Pantai timur bagaimana Kebencian merosakkan Agama dan Akhlak depa..

 inilah gambaran Nabi tentang kelompok pedengki dan Pembenci.. kata Nabi, akan mucul satu penyakit dari kaum terdahulu (yahudi).. yang membawakan sifat Dengki dan Benci ini.. Inilah Sifat yang menyesatkan Iblis..Dan Sifat ini lah yang akan merosakkan Agama Mereka.. ia dikenal dengan Istilah Haliqah, iaitu Pemangkas Agama... sabda Nabi SAW..

، Ùˆَالْبَغْضَاءُ Ù‡ِÙŠَ الْØ­َالِÙ‚َØ©ُ ، Ø­َالِÙ‚َØ©ُ الدِّÙŠْÙ†ِ لاَ Ø­َالِÙ‚َØ©ُ الشَّعْرِ...

Sifat Kebencian itu adalah pemotong; pemotong agama dan bukan pemotong rambut...

Ipohmali



TIK TOK: PEMIKIRAN NORAINI CETEK, ULAMA PAS MEMBISU LAGI

TIK TOK TARAF PEMIKIRAN MENTERI PN?

LEBIH BANYAK SYARIKAT MUFLIS JIKA IKUT CADANGAN MTUC?

BAZAR RAMADAN BERALIH KE DALAM TALIAN?

Kluster baru yang menjengkelkan*


Fb. Reeya Halim

[Keluhan dari frontliner]

 *Kluster baru yang menjengkelkan*

Dulu setiap hari satu bas turun daripada tabligh dan madrasah. Diorang ni semua sangat go mudah memberikan kerjasama. Seronok terasa merawat diorang ni walaupun berpeluh-peluh dek PPE. Rasa macam rawat kawan-kawan kita yang sangat mesra dengan kita.

Sentiasa dengar azan berkumandang dalam wad. Bacaan al-quran hampir setiap masa. Wad kusta lama yang penuh dengan cerita hantu pun rasanya hantu-hantu lari bertempiaran kerana pendinding semula jadi dek kerana akhlak dan zikir mereka. Hampir keseluruhannya sangat merendah diri, sentiasa memberi kerjasama yang terbaik. Tak pernah merungut..

Itulah Kluster TABLIGH.. walaupun mungkin saya tak berapa setuju mereka di cop sebagai kluster tabligh dek kerana satu dua peserta yang pentingkan diri sendiri menyebabkan yang lain menjadi mangsa.. tapi disebabkan zikir yang di sebut semua maka nak buat macam mana.

Kini datang satu kluster baru. Diorang panggil kluster TURKEY/OVERSEA. Saya panggil kluster JENGKEL. Bas kini datang daripada KLIA dan hotel-hotel. Diorang ni acah-acah jadi mangsa penyakit covid. Padahal masa diorang pergi melancong, diorang tanpa segan silu papar gambar diorang melancong malah ada yang siap perli kata corona tiada kat tempat sejuk dsb. Kadang-kadang terasa macam kita ni lebih kepada merawat sifat pentingkan diri mereka daripada merawat covid itu..

Dan mintak maaf cakap. Kluster ni lebih banyak demand. Bila nak hantar ke wad macam wad kusta ataupun institut latihan, diorang ni demand taknak pergi sebab panasla, tidak selesa dan macam-macam lagi. Tu tak termasuk yang dok persoal kenapa nak amik darah la, kenapa tak amik swab awal la dan bila kita masuk untuk periksa diorang masing-masing sibuk dengan gajet. Kita ni macam endah tak endah je..

Bukan semua yang macam tu especially yang berada di luar negara atas urusan yang tak dapat dielakkan seperti belajar. Tetapi so far yang dapat sebab pergi melancong ni memang sangat menjengkelkan..

Saya faham. Mereka ni kebanyakan orang berada, ada kabel besar dan tak puas hati sedikit terus bawak ke atasan, di kuarantin pun di hotel-hotel.

Nak buat macam mana.. kene hadap jugak la untuk berapa bulan pulak yang mendatang. Kita ni pekerja kesihatan berapa ramai yang dah tak dapat jumpa mak ayah sebab kerja kita berisiko. Diorang ni plak datang dan tambah masa kita berjauhan. selamatlah bekerja semua.

Rindu geng tabligh.

Ini gambar jururawat yang merawat pesakit covid19:


sophia anne

Ini gambar jururawat yg merawat pesakit covid19:
Bila pakai mask, salur pernafasan kita terlindung dr Virus Corona.. ( which is very good)..
Tapi kawasan muka lain yg tidak dilindungi boleh dihinggapi virus.
Apa nak buat?
1. Hand sanitize / cuci tgn dgn air dan sabun.
2. Tanggalkan mask dgn hanya memegang bahagian simpulan reben tali SHJ! JANGAN sentuh mana2 bahagian lain mask.
3. Terus buang mask ke dalam tong sampah. JANGAN dilipat mask tersebut!
4. Hand sanitize / cuci tgn dgn air dan sabun sekali lg.
5. Cuci muka dengan menggunakan air dan pencuci muka (tutup mata betul2) dan bilas dengan bersih.
6. Hand sanitize / cuci tgn dgn air dan sabun sekali lg.
Done!

LAGI KISAH BERNAS

Mat Saman Kati

Posting aku semalam mendapat 870 like, 165 komen, 253 shares...tak ada sorang pun yang kata fitnah. Tak ada sorang pun yang repot pdrm, skmm. Aku cerita betui, orang kata fitnah. Aku kelentong, semua percaya.
Donia...donia.
Kita pusing lagi, Halim. Wang besar...wang besar.!!!
Walaupun keuntungan Bernas jatuh kepada RM60 juta pada tahun 2002 berbanding RM128 juta pada tahun 2001, Bernas masih membayar 4juta ringgit elaun Pengarah dan 21juta ringgit dividen. Untung jatuh teruk pun, elaun tetap tinggi.
Daripada tujuan asal untuk memastikan keterjaminan makanan, Bernas melebarkan sayapnya kedalam industri makanan. Depa nak jadi konglomerat macam Nestle. Bernas melabur dalam banyak syarikat dan memperuntukan RM300 juta untuk ini.
55 juta dilaburkan dalam Gardenia. 14 juta dalam Burger King. 110 juta dalam KFC. Bernas juga membuat strategic alliance dengan QAF Ltd. Singapore dan Dewina Food Industries. Keseluruhanya, Bernas membuat usahasama dengan 17 syarikat.
PRU 2004, Pak Lah menang besar. Pak Lah pulak menumpukan perhatian kepada pertanian. Bernas pun terus maju dan mendapat keuntungan besar.
2004-117.3 juta.
2005-130.6 juta
2006-135.3 juta.
2007-107.3 juta
2008-(57.4) juta.
Daripada untung lebih seratus juta tiap-tiap tahun, tiba-tiba Bernas rugi 57 juta pada tahun 2008.What dah happened?
Ekcelli, hujung tahun 2007 dah mula berlaku kegelisahan disebabkan kenaikan harga minyak dunia hingga keparas USD100 setong. Masa tu, Pak Lah pun panik sampai dia menaikan harga minyak sehingga RM2.50 seliter. Habih orang menyumpah Pak Lah masa tu.
Bila harga minyak naik terlalu tinggi, harga beras juga meningkat. Dalam masa empat bulan, dari Januari hingga April 2008, harga beras meningkat dari RM1000 setan kepada RM3,000 setan. Bernas tak mau impot beras sebab rugi dan menyebabkan kita hampir kehabisan beras.
Pak Lah terpaksa masuk campur dan kerajaan terpaksa membeli 500,000 tan dari India yang bernilai RM725 juta ringgit.
PRU 2008, BN kehilangan lima negeri. Pak Lah cukup marah kat Shahidan dan tidak mau menyambung jawatanya sebagai Menteri Besar Perlis. Kecoh jugak masa tu.
Bila Shahidan bukan lagi jadi MB, saham Bernas jatuh.
Apa yang berlaku dalam Bernas selepas tu aku tak pasti. Kalau tengok Laporan Bernas 2008, syarikat Budaya Generasi masih lagi mempunyai 30% saham. Tapi bila tengok Laporan 2009, nama Syarikat Budaya Generasi dah hilang. Something happened antara April 2009 hingga April 2010.

Tiada penerangan foto disediakan.

Pegangan saham dalam Budaya Generasi juga sudah berubah kerana ia sudah dikontrol oleh Syed Mokhtar. Mungkin, keluarga Shahidan melepaskan saham mereka dan dibeli oleh Syed Mokhtar.
Kemudian berlaku satu kejutan. Pada 30 Julai 2009, syarikat Wang Tak Co Ltd dari Hong Kong sudah memiliki 31% saham dalam Bernas. Macam mana nak cakap tentang food security kalau syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk memastikan bekalan beras negara, dipegang oleh syarikat Hong Kong?
Tiada penerangan foto disediakan.
Masa ni, Najib baru tiga bulan jadi PM. Dia perlu menyelamatkan Bernas dari jatuh ketangan negara asing. Mahathir pun masa tengah syok dapat menendang Pak Lah dari jawatan PM. Najib mintak tolong kat Mahathir. Mahathir pun bawak kroni dia, Syed Mokhtar.
Tiada penerangan foto disediakan.
Pada 9 Ogos 2009, Syed Mokhtar menawarkan untuk membeli keseluruhan saham Wang Tak dengan kos sebanyak RM530 juta. Dengan saham-saham yang sebelum ini sudahpun dimilikinya, pemilikan saham Wang Tak meningkatkan pegangan saham Syed Mokhtar menjadi 53%. Menjelang 2013, Syed Mokhtar menguasai 72% pegangan didalam Bernas.
Kalau tengok Laporan Bernas 2012, pegangan saham didalam Bernas adalah seperti berikut.
Tradewind - 72.5%
Perspective Lane - 10.8%
Pertubuhan Peladang Kebangsaan - 3.71%
NEKMAT - 3.42%
Batu Bara Resources Corp - 0.11%.
Perspective Lane tu pun ada kaitan dengan Syed Mokhtar jugak. Batu Bara sapa punya?
Yang tu keluarga Shahidan punya. Dah jadi minority shareholder.
Tahun 2009, Yayasan Pok Rofeah Berdaftar masih lagi mempunyai 2,250,000 saham atau 0.48%. Tapi tahun 2010, hilang dari top 30.
Dan pada 18 April 2014, BERNAS telah dikeluarkan dari Bursa Malaysia. Ia bukan lagi syarikat senaraian awam, (Public Listed Company), sebaliknya sudah jadi syarikat swasta. Masa tu, Mahathir mula marah kat Najib. Habis kroni dia kena cantas. Tapi Najib ni jenis melawan...tanggung sendiri la.
Sekarang ni, tak ada lagi Laporan Bernas yang boleh kita tengok setiap tahun. Berapa untung, berapa rugi...berapa simpanan beras yang kita ada...berapa lama boleh tahan...wallahualam.