PH DIHATI RAKYAT


PERCAYAKAH DIA INI ?

 




MOHD AFFENDI ABAS

Siapa yang masih percayakan AbahCow? Dia bodo! Dahlah dulu PNgkhianat! Sekarang jadi PNipu! Dah kantoi kaki Sakau pun masih berlagak suci?

Depan Melayu cakap lain buat lain! Depan Cina & India lagilah senang dia nak temberang! Xkanlah ada yang nak kena tipu lagi?

Cukup² sudahlah undi parti PNipu! Dulu masa jadi MB Johor sampai ada yang tanya apa yang x dijual oleh AbahCow?

Meh rakyat Johor kita boikot parti PNipu! Undilah calon dari Kerajaan Perpaduan Madani Pakatan Harapan untuk PRK Pulai & Simpang Jeram esok!

 

DAP .....BERBALOIKAH PERTAHANKAN BUDAK NI DAN PARTINYA

 






Sebelum aku ulas lebih lanjut, aku nak cakap satu je dulu.

PADAN MUKA DAP!!!

Hahaha... Dulu DAP juga yang tergila-gilakan budak mentah ni. Sampai goyang PH sebab nak sangat dia dengan atok dia. Ha sekarang, Saddiq kata DAP lapdog Zahid. Hahaha... Sekali lagi, PADAN MUKA!

Tapi Saddiq punya kartun, dia kata DAP menyokong pelepasan Zahid. Dia ingat sokong macam team bolasepak ke? Itu keputusan Peguam Negara. DAP tak setuju pun, DAP nak kena buat apa?

Takkanlah DAP nak tangkap sendiri Zahid, sumbat dalam penjara? Atau DAP sendiri jadi pendakwa raya dan dakwa Zahid. Bengong ke apa? Setuju tak setuju pun, dah begitu kejadiannya, nak buat apa?

Saddiq sendiri sebagai Presiden Muda, tak setuju dengan keputusan itu, boleh buat apa? Setakat menyalak di media. Selain tu? Ugut nak keluar dari Kerajaan Perpaduan. Itu pun setakat ugut je.

Ke Saddiq nak suruh DAP tarik diri dari Kerajaan? Ooo... So betullah kan Muda ni agen PN dalam Perpaduan. Sekarang ni buat kerja iblis, menghasut agar kerajaan tumbang. Kini dah jelas peranan dia.

DAP tarik diri dari kerajaan, jadi berkecuali. Lepas tu PN jadi kerajaan. Lepas tu apa? Nak harap PN yang super rasis tu jaga orang bukan Melayu? Saddiq ingat pemimpin DAP dungu macam walaun?

Aku tak tahu kenapa pemimpin PH masih ada yang tak nampak. Tapi kami penyokong dari awal dah tau Muda tak boleh dipercayai. Aku lebih rela sebilik dengan ular dari sekapal dengan Saddiq dan Muda

Diq... Lu nak blah, blah je la. Lagi lama lu stay lagi sakit mata kitorang. Tapi lu blah senyap senyap ok. Takyah buat bising. Gua bingit der dengar lu punya bunyik. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

PH pertahan Pulai, majoriti lebih 16,000 undi

 

Keputusan rasmi Suhaizan Kayat memperoleh 48,283 undi manakala lawannya Zulkifli Jaafar dari PN (29,642 undi) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528 undi).

Suhaizan Kayat menewaskan Zulkifli Jaafar (PN) dan Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas). (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan mengekalkan kerusi Parlimen Pulai selepas memenangi PRK kawasan itu.

Menurut keputusan rasmi, calon PH Suhaizan Kayat memenangi majoriti 16,641 undi pada pengundian hari ini.

Suhaizan memperoleh 48,283 undi manakala lawannya Zulkifli Jaafar dari Perikatan Nasional (29,642 undi) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi (528 undi).

Kemenangan itu menyaksikan gabungan kerajaan perpaduan mengekalkan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

PRK itu diadakan susulan kematian penyandang Salahuddin Ayub, yang juga timbalan presiden Amanah.



KES MAHKAMAH ZAHID HAMIDI HANYA DIHENTI SEMENTARA UNTUK SIASAT BUKTI BARU, KATA PEGUAM NEGARA


 JABATAN Peguam Negara, dengan bantuan pelbagai pihak terutama pihak penyiasatan, masih menyiasat kesemua bukti baharu berkaitan kes dana Yayasan Akalbudi (YAB) yang melibatkan Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Peguam Negara Ahmad Terrirudin Mohd Salleh berkata sebarang keputusan sama ada mendakwa semula Timbalan Perdana Menteri itu, mendakwa pihak lain yang berkaitan atau sebaliknya akan dibuat selepas siasatan lebih terperinci dan komprehensif selesai.

Beliau berkata jabatan itu tidak pernah menggunakan perkataan ‘menarik balik’ dalam kes melibatkan Ahmad Zahid sebagaimana yang disebut dalam kenyataan Majlis Peguam Malaysia pada Khamis.

“Dalam hal ini, jabatan ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut yang antara lain menyatakan bahawa jabatan ini kononnya telah dengan sendirinya mencemarkan reputasi dan kredibilitinya.

“Jabatan ini sekali lagi menegaskan bahawa Peguam Negara hanya melaksanakan tugas dan kewajipan beliau sebagaimana diperuntuk di bawah undang-undang sedia ada. Oleh yang demikian, jabatan ini berharap agar semua pihak dapat memberhentikan sebarang spekulasi,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Isnin lepas,  Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah jenayah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana YAB  selepas 114 saksi memberi keterangan di Mahkamah Tinggi di sini.

Ahmad Terrirudin juga berkata Peguam Negara dan Jabatan Peguam Negara adalah pihak yang mempunyai kedudukan paling baik dalam membuat keputusan sama ada sesuatu pertuduhan harus diteruskan atau tidak berdasarkan pelbagai faktor.

Beliau berkata ia turut melibatkan laporan daripada pihak penyiasatan dan representasi yang dikemukakan.

“Peguam Negara serta Jabatan Peguam Negara tidak boleh secara semberono menolak representasi yang dikemukakan oleh mana-mana tertuduh sebaliknya perlu meneliti setiap butiran yang diberikan demi menegakkan proses undang-undang.

“Dalam kes berkaitan, keputusan Peguam Negara menggunakan budi bicara beliau di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan tidak sama sekali dibuat tanpa sebarang asas mahupun sewenang-wenangnya apatah lagi akibat campur tangan mana-mana pihak,” katanya.

Ahmad Terriruddin berkata representasi-representasi yang dikemukakan dalam kes Ahmad Zahid memiliki terlalu banyak butiran dan setiap representasi mempunyai lebih 200 muka surat tidak termasuk dokumen sokongan yang dilampirkan.

“Oleh itu, sudah tentu Peguam Negara serta jabatan ini perlu mengambil masa untuk meneliti setiap butiran dan dokumen yang disertakan dengan penuh hemah sebelum apa-apa keputusan dan tindakan boleh dibuat,” katanya.

Beliau juga berkata Peguam Negara boleh memberhentikan pertuduhan di mana-mana peringkat selagi penghakiman belum diberikan oleh mahkamah dan ini termasuk di peringkat selepas kes prima facie telah dibuktikan.

“Penting juga untuk dinyatakan bahawa ini bukanlah kali pertama sesuatu pertuduhan itu diberhentikan selepas kes prima facie dibuktikan,” katanya. –

Sumner – Bernama, 8 September, 2023.



AKU ULANG SAJA JANJI PEMBANGKANG YANG CUBA MEMPERBODOHKAN PENGUNDI

 


Tak agak-agak dia punya janji. Sah sah kelentong.

Kerajaan negeri diketuai oleh UMNO/BN. Kerajaan pusat pula ketuanya dari PH. PN dekat mana? Kat tepi. Mahiaddin kan PM tepi woi!

Dia nak buat perumahan mampu milik macamana kalau PN tak menguasai kerajaan pusat mahupun negeri? Nak keluar duit sendiri?

YB PN nak buat pusat khidmat pun rayu sumbangan orang awam. Ada hati nak buat perumahan mampu milik di DUN Simpang Jeram.

Kalau tak menipu, bukanlah PN namanya. Dia janji bukan niat nak tunaikan. Setakat nak permainkan perasaan pengundi je. Yang cerdik takkan percaya. Guane boh?

Raja Gelap

 

RAMALAN SHAHBUDIN TEPAT

 

TIADA SEBAB PH TAK BOLEH PERTAHAN KEMENANGAN DI PULAI, SIMPANG JERAM


PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram pada 9 September depan amat menjadi idaman bagi PN atas matlamat yang berbeza.
Bagi Pulai, seperti mana diulang oleh Presiden Pas Hadi Awang, PN mahu menjadikannya sebagai pencetus kepada perubahan kerajaan di peringkat pusat.
Setelah gagal menjadikan PRN enam negeri yang baru berakhir sebagai referendum penolakan kepada Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan, PN kini beralih pula kepada PRK Pulai untuk meneruskan impian dan angan-angan mereka.
Entah macam mana ia boleh berlaku, tetapi yang berputar dalam pemikiran Hadi, jika PN menang di Pulai nanti, bagi bekas duta bertaraf menteri itu ia bermakna pendeklah riwayat politik Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.
Entahlah Labu…
Untuk Dun Simpang Jeram, PN khususnya Pas, begitu ghairah untuk memperolehi kemenangan pada 9 September nanti kerana ingin menjadikannya pintu masuk untuk gelombang hijau menembusi negeri Johor.
Bagi tujuan itu, PN berharap pengundi Simpang Jeram agar tidak takut membuat eksperimen, seterusnya memberi isyarat penting kepada PH dan BN menjelang PRU akan datang.
Isunya, ada kemungkinankah calon kerajaan perpaduan daripada PH boleh kalah dan PN mampu menang dalam kedua-dua PRK itu?
Berdasarkan keputusan PRU15, Allahyarham Salahuddin Ayub menang di Pulai dengan majoriti 33,174 undi.
Beliau memperolehi 64,900 undi berbanding lawannya, Nur Jazlan Mohamed (BN) yang memperolehi 31,726 dan calon PN, Loh Kah Yong yang memperolehi undi sebanyak 14, 432.
Komposi pengundi Pulai ialah Melayu 44.2 peratus, Cina 40.5 peratus dan India 12.3 peratus.
Dengan majoriti besar itu, di samping PH dan BN kini sudah menjadi satu pasukan dalam kerajaan perpaduan, calon PH, Suhaizan Kaiat dilihat tiada masalah untuk mengekalkan kemenangan di Pulai.
Jika dicampur undi PH dengan BN, bahkan kiranya ditolak 20 peratus daripadanya yang mungkin tidak keluar mengundi atas pelbagai sebab, kemenangan masih selesa untuk diperolehi.
Faktor lain ialah kedudukan pengundi bukan Melayu iaitu Cina dan India yang agak besar di Pulai, ia juga pasti memberi kelebihan kepada PH berbanding PN yang di dalamnya ada Pas dengan gelombang hijaunya itu.
Begitu juga bagi Dun Simpang Jeram, Allahyarham Salahuddin memenanginya pada PRN Johor yang lepas dengan majoriti 2,399 undi.
Beliau memperolehi 8,749 undi berbanding lawannya, Zarul Salleh (PN) dengan 6,350 undi, Lokman Md Don (BN) 6,062 undi dan Mahaizal Mahmor (Pejuang) yang memperolehi 208 undi.
Komposisi pengundi mengikut kaum di Simpang Jeram ialah Melayu 51.9 peratus, Cina 44.5 peratus dan India 2.5 peratus.
Sama keadaannya seperti di Pulai, oleh kerana PH dan BN sudah bekerjasama dalam kerajaan perpaduan sekarang dan jika dicampur undi kedua-duanya, calon PH, Nazri Abdul Rahman juga boleh dikira tiada masalah untuk mempertahankan kerusi Simpang Jeram.
Meskipun Pas agak kuat di Simpang Jeram dan katalah sebanyak 20 peratus undi BN beralih kepada PN atas sebab terpedaya dengan hasutan gelombang hijau dan momokan kerjasama dengan PH yang ada DAP di dalamnya, kemenangan masih lagi selesa dalam jangkauan.
Bahkan dengan jumlah pengundi bukan Melayu lebih 45 peratus di Simpang Jeram, ini adalah suatu kelebihan buat PH berbanding PN.
Hakikatnya, asal saja tidak memandang mudah dan terus bekerja keras, calon PH yang mewakili kerajaan perpaduan serta dibantu kempen oleh kekuatan jentera BN, baik di Pulai atau Simpang Jeram, tiada sebab tidak boleh mempertahankan kemenangan yang dicapai Allahyarham Salahuddin sebelum ini.
Tak patut sangat jika PH boleh kalah dan PN tiba-tiba mampu menang, sama ada di kedua-dua kawasan iaitu Pulai dan Simpang Jeram atau salah satu daripadanya. – ShahbudinHusin 28/08/2023.



[SINAR LIVE] Pulai, Simpang Jeram pencetus perubahan?



Berbeza dengan beberapa siri pilihan raya sebelum ini, kesedaran orang ramai khususnya golongan muda keluar menunaikan tanggungjawab dilihat lebih tinggi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini. Sebanyak 205,810 pengundi berdaftar memilih wakil rakyat mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram. Saksikan Sinar Live khas PRK bersama Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar, SEKARANG!!! di semua platform digital Sinar Harian. Jika ada persoalan, kongsikan di ruangan komen.



PH MENANG DI SIMPANG PULAI DAN JERAM[LANGSUNG] Analisis Keputusan PRK Pulai dan DUN Simpang Jeram | 9 Sept 2023

[berita baik] CALON PH DUN SIMPANG JERAMSEDANG MENDAHULUI DARI CALON PN!

TIDAK DAPAT DIUPDATE KERANA TALIAN TERPUTUS.

 


As salam dan salam sejahtera. Blog tidak dapat diupdate hari ini dan bergantung pada talian.n.


MAAF PADA PENGUNJUNG.