PEGANG SAKSI- SANUSI KATA DIA TAHU, LAIN LAIN PEGANG SAKSI YANG KE DUBAI. .

 

Polis diminta siasat segera dalang Langkah Dubai - Shamsul




Oleh: Helmi Mohd Foad



Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri hari ini membuat laporan agar pihak berkuasa menyiasat dakwaan pihak tertentu terdapat gerakan yang sedang diusahakan oleh beberapa Ahli Parlimen untuk menggulingkan Kerajaan Madani.



Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pendedahan yang dibuat oleh seorang penulis blog Raja Petra Kamarudin mendakwa terdapat gerakan dilakukan oleh Ahli Parlimen pembangkang untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihentikan kerana meresahkan rakyat dan pelabur asing.



"Gerakan dipanggil Langkah Dubai ini jelas satu tindakan tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja mengganggu-gugat sistem demokrasi berparlimen malah sia-sia kerana Akta Anti Lompat Parti yang telah diluluskan, menghalang sebarang usaha menukar Perdana Menteri dan kerajaan di tengah pentadbiran.



"Saya yakin gerakan ini telah dimulakan oleh beberapa Ahli Parlimen termasuk pimpinan pembangkang yang tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini.





DS Shamsul dan Datuk Ismail Yusop memegang salinan laporan polis yang dibuat hari ini



Hadir sama Setiausaha Politik Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Reformasi Undang-Undang dan Institusi), Datuk Suraya Yaacob dan Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti Datuk Ismail Yusop.



Shamsul Iskandar berkata tindakan mereka pada hakikatnya telah menimbulkan keresahan serta mencetuskan ketidaktenteraman awam.



"Cubaan untuk mewujudkan ketidakstabilan politik ini boleh mengancam keselamatan dan mesti digagalkan. Justeru itu, saya meminta pihak polis untuk menyiasat gerakan ini yang sangat jelas bertentangan dengan Seksyen 124B dan Seksyen 124C Kanun Keseksaan," katanya sambil menambah undang-undang sedia ada harus digunakan untuk menghukum pihak terbabit.



Tambah Shamsul, laporan sama turut dibuat serentak di 12 negeri iaitu di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Perak, Kedah, Perlis, Pahang, Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.



"Saya percaya lebih banyak laporan akan dibuat bagi memberikan ruang kepada pihak polis untuk memulakan siasatan kerana kita perlu tamatkan cakap-cakap atau cerita untuk menukar Perdana Menteri dan menggulingkan kerajaan," tegasnya.



Dalam pada itu, jelas beliau, pihaknya tidak mendedahkan nama-mana Ahli Parlimen yang terlibat di dalam laporan berkenaan namun percaya soalan tersebut mungkin dibangkitkan dalam proses mengambil keterangan nanti.



Katanya Akta Anti Lompat Parti yang telah digubal sepatutnya menjadi penamat kepada sebarang usaha untuk menukar kerajaan dan sebarang rasa tidak puas hati boleh dibawa ke Parlimen.



"Tidak perlu buat perkara yang boleh meresahkan rakyat dan masyarakat kerana ia akan memberikan kesan kepada ekonomi negara," ujarnya.



Ditanya mengenai kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bahawa pembangkang sudah mempunyai cukup Akaun Berkanun (SD), beliau memberikan amaran bahawa perkara itu bukan satu bentuk hiburan atau semua orang boleh memberikan kenyataan tanpa sebarang rujukan undang-undang.



"Jangan lupa pada waktu hari pertama Perdana Menteri di Parlimen pada 19 Disember tahun lalu, perkara pertama dilakukan ialah membuat usul undi percaya, itulah yang sewajarnya dan mengikut Perlembagaan Persekutuan.



"Jadi apabila PM tampil buat undi percaya dan lulus dapat sokongan dan sekarang lebih dua pertiga, mana datangnya 120 SD?



"Mungkin Sanusi anggap ini macam karaoke setiap malam tetapi ini bukan hiburan, ini perkara serius dan perlu ditamatkan," katanya.

 

[ULANGAN LANGSUNG] Perjumpaan Perdana Menteri Bersama Warga JPM | 8 Jan 2024



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir perjumpaan dengan warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Dewan De Seri Endon, Puspanitapuri Putrajaya



Hantar laporan sumbangan penjawat awam kepada KSN - PM




 

Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua Ketua Setiausaha (KSU) kementerian dan ketua jabatan agar mengemukakan laporan bulanan mengenai kemajuan dan sumbangan penjawat awam dalam melaksanakan sesuatu projek kerajaan.



Perdana Menteri berkata laporan tersebut perlu dihantar kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebelum ia dimaklumkan kepada beliau.



"Selalu bila ketua jabatan, KSU dalam perbincangan dengan saya, semua akan cadang minta peruntukan, tambah projek. Ya memang dibolehkan, tapi ada kaedah baharu yang kita nak perkenalkan.



"Mesti ada laporan bulanan apa yang dilakukan, apakah sumbangan saudara-saudara (penjawat awam) dalam usaha melaksanakan projek dan ini laporan bulanan yang harus dihantar menerusi KP (ketua pengarah), KSU kepada KSN dan juga untuk makluman saya supaya ada pendekatan berbeza," katanya pada Majlis Perjumpaan Bersama Warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Januari 2024 di Putrajaya hari ini.



Hadir sama Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa dan Mohd Zuki.



Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata setiap kementerian dan agensi perlu menggunakan pendekatan berbeza dan lebih berani dalam melaksanakan projek.



"Saya yakin, insya-Allah kerajaan kita stabil. Oleh sebab stabil ini, kita nak guna sepenuhnya untuk melaksanakan program bagi mengangkat martabat negara kita," katanya.



Dalam pada itu, Perdana Menteri menjelaskan pentadbirannya akan meneruskan dasar lama yang memberikan manfaat kepada semua pihak tetapi perlu kepada perubahan pendekatan.



Jelasnya perkara itu seperti kaedah rundingan terus yang tidak lagi akan diamalkan pentadbirannya.

"Sebab itu umpamanya, kita tidak meneruskan cara rundingan terus untuk elak kecelaruan dan salah guna," kata Anwar.

 

SPRM sahkan panggil bekas PM minggu ini, siasat guna dana RM700j


Oleh: Helmi Mohd Foad



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan akan memanggil seorang bekas Perdana Menteri dan individu di sekelilingnya berkaitan kes penggunaan dana kerajaan sebanyak RM700 juta.



Ketua Pesuruhjayanya Tan Sri Azam Baki memberitahu proses mengambil percakapan daripada tokoh terbabit akan dibuat pada minggu ini atau selewat-lewatnya minggu hadapan.



Beliau berkata tindakan itu bagi memastikan bagaimana wang tersebut dibelanjakan bagi tujuan promosi dan publisiti untuk menghebahkan pencapaian kerajaan dalam tempoh 2020 hingga 2022.



"Berapa jumlah mereka yang akan dipanggil, biarkan SPRM melakukannya.



"Buat masa ini, saya fikir hanya seorang bekas pemimpin negara akan dipanggil dan beberapa orang yang berada di sekelilingnya," katanya dipetik.



Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2023 iaitu 'Gerakan Pemantapan Tatakelola Nasional: Penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional' di Sepang hari ini.



Azam berkata, perkara utama adalah bagi meneliti bagaimana duit atau dana kerajaan itu dibelanjakan serta syarikat apa yang menerimanya.



Apabila berlaku sesuatu isu, SPRM mempunyai tanggungjawab untuk membuat siasatan, katanya.



Sebelum ini laporan media menyebut SPRM telah ke Kementerian Kewangan (MoF) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi proses siasatan dan mengumpulkan maklumat serta mendapatkan dokumen berkaitan isu perbelanjaan dana RM700 bagi tujuan promosi kerajaan.



Siasatan dibuat berdasarkan maklumat awal yang dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran pada November tahun lalu.



Prabakaran ketika itu meminta Perdana Menteri menyatakan jumlah keseluruhan dibelanjakan kerajaan untuk kerja promosi dan publisiti dalam menghebahkan pencapaian kerajaan menerusi semua platform media massa termasuk media cetak, media digital serta televisyen sepanjang tahun sejak 2020 hingga kini.



Media sebelum ini juga melaporkan Kerajaan Persekutuan membelanjakan hingga RM700 juta untuk pengiklanan, promosi dan publisiti bagi menghebahkan agenda kerajaan bagi tempoh 2020 hingga 2022.

 

Papagomo didakwa menghasut kait kerajaan pro Israel


 PAPAGOMO BEKAS ANGGOTA POLIS YANG MERASUAH DI PECAT  DARI ANGGOTA POLIS  BEBERAPA TAHUN DULU.


Penulis blog propembangkang, Papagoma atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini kerana mengeluarkan kata-kata menghasut mengaitkan Kerajaan Madani pro kepada Israel dan Barat, tahun lepas.



Wan Muhammad Azri, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim N. Priscilla Hemamalini.



"Saya mengaku tidak bersalah dan bersedia untuk dibicarakan," katanya lapor Bernama.

Wan Muhammad Azri didakwa menyebut kata-kata menghasut di laman Facebook ‘Halid Hamidi (Halid Mat Kool)’ dan kata-kata itu telah dilihat oleh individu di sebuah unit kondominium di Jalan Tong Shin, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada pukul 1 tengah hari, 8 November lalu.



Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustaffa P Kunyalam menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memohon tertuduh dikenakan perintah larangan supaya tidak membuat sebarang ulasan berhubung kes dihadapinya.



Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Wan Muhammad Azri memohon jaminan RM3,000 dengan alasan anak guamnya memberi kerjasama baik sepanjang siasatan oleh pihak berkuasa.



"Anak guam saya bekerja secara dalam talian selain menanggung isteri yang juga seorang suri rumah serta lima anak masih bersekolah. Pihak kami juga membantah perintah larangan kerana ia merupakan hak kebebasan bersuara anak guam," katanya.



Priscilla Hemamalini membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan tidak meletakkan sebarang syarat tambahan serta menetapkan 5 Februari depan untuk sebutan kes.

 


TERKINI! Papagomo kena dakwa, PN sudah cukup SD? PMX rujuk Jakim petik a...


Antara yang menarik pagi ini; 1. Anwar ikrar terus petik ayat Quran tapi akan rujuk Jakim dulu 2. Lawatan Ahmad Zahid tiada kaitan isu pergolakan politik di Sabah 3. Wan rosdy nafi MP BN diarah berkumpul di Cameron Highlands 4. Sudah cukup SD, hanya tunggu hari – Sanusi 5. Percanggahan dakwaan 120 SD 6. PN tak dapat terima hakikat, terus beri harapan palsu – Mahfuz 7. Papagoma didakwa di mahkamah




‘Biar Dewan Rakyat putuskan jika Anwar sudah hilang majoriti’


Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim berkata bahawa sokongan terhadap seseorang perdana menteri harus diputuskan melalui undi percaya di Dewan Rakyat dan bukannya berdasarkan akuan berkanun (SD). Kenyataan itu dikeluarkan susulan tulisan seorang penulis blog yang melarikan diri dan kini dalam buangan, Raja Petra Kamaruddin. Raja Petra mendakwa bahawa pembangkang telah berjaya memperoleh sekitar 120 SD untuk menjatuhkan pentadbiran Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.




'Mesti ditamatkan' - Shamsul Iskandar adu Langkah Dubai ke polis


Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin, hari ini membuat laporan polis bagi membolehkan pihak berkuasa menyiasat gerakan untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Shamsul Iskandar berkata, laporan itu dibuat bagi menamatkan spekulasi yang boleh mencetuskan keresahan rakyat serta memberi kesan kepada keyakinan pelabur. Beliau berkata demikian ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di Putrajaya, hari ini.




[gempak] KETUA WANITA BERSATU MENGAKU BERSALAH, MP MACHANG MEROYAN!


Ketua Wanita Bersatu Terengganu, Roslilawati Mukhtar, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu berkaitan program “Back To School” pada 2020. Sinar Harian melaporkan pengerusi Pertubuhan Komuniti Gemilang Terengganu berusia 45 tahun itu membuat pengakuan di depan Hakim Mohd Azhar Othman selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa. ================================================================================== Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal sebagai orang bodoh yang khayal Ia susulan kenyataan Syed Abu Hussin yang mendakwa terdapat lapan Ahli Parlimen pembangkang akan mengatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. “Lelaki ini (Syed Abu Hussin Hafiz) adalah orang bodoh yang khayal,” katanya ringkas.






[bongkar] SKANDAL RASUAH RM4 JUTA, MARI DENGAR PENDEDAHAN PANAS!

MB PALING LEKEH DALAM SEJARAH KEDAH.


 

KEH..KEH..WALAUN BANYAK TAK CERSIK.MAIN HENTAM SAJA


 

MUKA MUKA PENIPU NI PATUT DIDAKWA MEROSAKKAN NAMA NEGARA


 

WOIII SANUSI...APA NAK JADI WOIIII


 

KISAH ULAMA CERDIK DAN BODOWWW...

 


Dr. Rozaimi Ramle ada PhD dalam bidang hadits. Kalau nak kata ulama, Dr. Rozaimi ni bagi aku boleh dah digelar ulama. Tapi setahu aku dia sendiri tak berani nak guna gelaran tu.


Begitu juga Dr. MAZA, mufti Perlis. Dr. MAZA juga ada PhD, juga dalam bidang hadits, kalau tak silap aku. Dan Dr. MAZA terlebih layak digelar ulama tapi sama, aku tak fikir Dr. MAZA mahu digelar begitu.


Kedua-dua tokoh ini, aku tak berkenan bila bercakap soal politik. Terutama Dr. MAZA. Aku dapati selalu Dr. MAZA terpengaruh dengan sentimen semasa yang jadikan pendapatnya ada kecacatan.


Tapi dari bidang hadits, aku salute keduanya. Selalu aku rujuk tulisan mereka kalau hal-hal terkait hadits. Selalu juga aku ikuti kuliah mereka di media sosial. Wacana yang sungguh berilmu.


Cuma tadi aku tergelak baca post seorang pentaksub. Tak pasti kenapa posting selawak itu boleh lalu di newsfeed aku. Tapi jujur aku memang rasa kelakar. Kesian pun ada juga kepadanya.


Ceritanya tentang kritikan Dr. Rozaimi terhadap ustaz pujaan mereka. Soal tutur kata, soal hadits palsu yang digunakan, soal tuduhan sesat tanpa bukti. Tapi aku tengok teguran  Dr. Rozaimi dan Dr. MAZA memang bertertib dan penuh adab.


Yang aku tergelak, sebab di pentaksub tulis, "kami tetap bersama ulama'. Jadi aku tertanya, apa nilai gelaran ulama pada mereka? Siapakah yang pada mereka boleh digelar ulama?


Ulama ni kata jamak kepada alim. Bermaksud orang yang berilmu, orang yang mahir. Kalau dah ada PhD, tidakkah orang itu berilmu? Yang itu tak mahu digelar ulama. Sedangkan yang tak ketentuan sijilnya pula yang disanjung sebagai ulama?


Masalah orang kita, para pentaksub, mereka anggap sesiapa yang mengajar agama boleh dikira ulama. Tak betul tu. Nak gelar ustaz mungkin boleh tapi nak kata ulama, tak semudah itu.


Dah yang lebih masalah, hanya yang sekapal dengan mereka je boleh dapat gelaran ulama tu walaupun tak pasti setinggi mana ilmunya. Kalau tak sekapal, ada PhD pun tak boleh gelar ulama.


Ini pandangan yang salah. Bukan semua orang yang bergelar ustaz itu ulama. Terutama yang gelarannya datang dari pengikut saja. Gelaran syok sendiri. Usah jadikan gelaran ulama itu murah.


Aku tak menghina mana-mana ustaz. Aku cuma nak nyatakan kebenaran di sini. Jangan bila orang tu berjubah, berserban, berjanggut panjang, kelek kitab, mengajar agama, maka terus dipanggil ulama. Ia tak begitu.


Nilai gelaran ulama itu tinggi. Biarlah mereka yang betul-betul layak, yang terbukti keilmuan mereka, baru digelar ulama. Itu pun ulama dalam bdangnya. Bukan semua bidang. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



NOOHHHH...

 



Calon PM PAS yang juga MB Terengganu membuat status kompleks Pasar Payang akan dibuka tidak lama lagi.


Langsung tak sebut terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan atas sumbangan projek ini.


Seolah-olah projek ini adalah projek negeri.



ADA PEGAWAI ‘BAKAL PM’ SUDAH TEMPAH BAJU MELAYU HITAM…


Ini ada satu cerita yang amat lucu dan sangat menggelikan hati di sebalik gembar-gembur yang sengaja dihebohkan kononnya akan berlaku pertukaran kerajaan tidak lama lagi.


Saya yang diceritakan mengenainya bukan saja turut berdekah-dekah, bahkan bila kemudian teringat semula cerita itu, saya tidak mampu mengelak daripada ketawa lagi.


Tengah menulis ini pun saya sebenarnya dalam keadaan sukar menahan diri daripada terus ketawa.


Kahkahkahkahkahkahkah…


Kisahnya ialah mengenai gelagat pegawai dan orang kanan seorang pemimpin yang namanya disebut-sebut antara bakal menjadi Perdana Menteri jika pertukaran kerajaan berjaya dilakukan.


Mereka kini dikatakan sudah menempah baju Melayu hitam sebagai persediaan untuk mengiringi boss mereka ke Istana Negara bagi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.


Walaupun masih tidak pasti sama ada majlis angkat sumpah itu benar-benar menjadi kenyataan atau kekal sebagai khayalan, alasan yang diberi ialah supaya tidak susah di saat-saat akhir nanti.


Lagi pun, untuk ke Istana Negara mestilah dengan baju Melayu hitam yang baru ditempah, kata mereka.


Alasan lain yang diberi kenapa menempah baju baru ialah kerana baju Melayu hitam mereka yang sedia ada sudah agak sendat sikit.


Di waktu yang sama, pegawai berkenaan juga difahamkan turut sudah menyediakan deraf ucapan untuk boss mereka memberi ucapan sulung ke seluruh negara melalui siaran langsung televisyen selepas saja selesai mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri itu nanti.


Kononnya deraf ucapan itu perlu disediakan sekarang sebagai persediaan awal serta untuk memperlihatkan boss mereka ternampak benar-benar bersedia untuk menerajui negara ini.


Kelakar dan sangat kelakar…


Soalnya, bila majlis angkat sumpah itu akan berlaku?


Sudah cukup jumlahkah untuk menukar kerajaan?


Kahkahkahkah…..


Silap-silap baju Melayu hitam itu akhirnya akan dipakai ketika Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.


Mari ketawa kagi…kahkahkahkah….(ShahbudinHusin 08/01/2024)


https://shahbudindotcom.net/2024/01/08/ada-pegawai-bakal-pm-sudah-tempah-baju-melayu-hitam.html




TAK PASTI JANGAN KONGSI

 



Si Naga kata, runtuh tu pasti cuma tak pasti bila. Lain kalau kalau tak pasti, jangan kongsi.


Kalau nak kongsi biar benda yang dah pasti. Contoh macam Mahiaddin kena tuduh di mahkamah atas tuduhan sakau. Atau cerita CEO Kedah FA juga hadapi tuduhan minta rasuah RM5 juta.


Atau cerita Sanusi akan dibicarakan di mahkamah 18 haribulan atas tuduhan berkata jelek terhadap Sultan Selangor. Ataupun Sanusi tahajud cinta, berkaraoke dengan gadis di awal pagi.


Atau cerita anak Hamzah Zainuddin dituduh sorok minyak masa bersubsidi. Cerita menantu Mahiaddin lari ke luar negara tak berani balik sebab takut kena penjara pun boleh juga.


Tu semua cerita yang pasti. Tapi cerita tu tak pulak dikongsi. Asik nak kongsi cerita yang tak pasti je. Kan akhirnya malu sendiri. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.