TANJUNG PIAI SUKAR BUAT PH,TIDAK MUDAH BUAT BN.

Walaupun SPR hanya akan bermesyuarat pada 1 Oktober depan untuk menentukan tarikh pilihanraya kecil Tanjung Piai, keghairahan orangramai memperkatakannya telah bermula sebaik saja berita kematian Dr. Md Farid Md Rafik mula tersebar pada pagi Sabtu lalu.
Hanya beberapa jam setelah beliau diberitakan meninggal dunia kerana serangan jantung, sebermula itulah juga ramai yang serentak memberi reaksi, komen dan ulasan mengenai pilihanraya kecil Tanjung Piai itu.
Termasuk antara yang paling awal memberi komen ialah Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi yang pada ketika itu berada di Sabah dengan mengatakan UMNO akan berbincang dengan parti komponen BN yang lain sebelum membuat keputusan berhubung pemilihan calon.
Di media sosial dan kedai kopi, baik melibatkan orang biasa atau orang politik yang ada jawatan dalam pelbagai parti serta tidak berjawatan, masing-masing seperti ada keghairahan tersendiri memberi ulasan dan membuat ramalan.
Dalam PRU14 lalu, Allahyarham Md Farid memenangi kerusi Tanjung Piai dengan majoriti 524 undi dan beliau yang mewakili Bersatu kemudiannya dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Beliau yang memperolehi 21,255 undi mengalahkan calon BN daripada MCA, Wee Jeck Seng (20,731 undi) dan calon Pas, Nordin Othman (2962 undi)
Dengan PH menghadapi pelbagai tekanan dan isu, sementara UMNO dan Pas baru saja “berkahwin” berasaskan Piagam Muafakat Nasional, inilah yang sebenarnya menjadikan pilihanraya kecil Tanjung Piai begitu menarik sekali.
Di atas kertas dan berdasarkan sifir mudah, oleh kerana UMNO dan Pas sudah bekerjasama di mana dijangka hanya akan berlaku pertandingan satu lawan satu, tidak lagi tiga penjuru seperti PRU14 lalu, BN (20,731 + 2962) dengan mudah mampu menewaskan Bersatu (21,255) pada pilihanraya kecil nanti.
Berdasarkan itu, jika dalam PRU14 lalu Md Farid menang dengan majoriti 524 undi, penyatuan UMNO dan Pas bakal membuatkan gabungan itu menang dengan kelebihan 2,438 undi.
Tetapi, itu jika berdasarkan jumlah undi pada PRU14 lalu yang keadaannya tentu tidak sama dengan pilihanraya kecil nanti.
Yang menjadi persoalan, mampukah Bersatu mempertahankan kerusi Tanjung Piai sekali lagi?
Atau UMNO melalui kerjasama dengan Pas lebih mudah merampasnya?
Sebelum jawapan diketahui, dirasakan yang akan banyak menjadi penentu ialah siapakah calon yang akan diletakkan oleh BN?
Adakah masih MCA atau akan diserahkan kepada UMNO sebagaimana MIC telah memberi laluan kepada BN meletakkan calon Melayu di Cameron Highlands sebelum ini?
Sehingga ini nampaknya, baik MCA atau UMNO, masing-masing menunjukkan minat yang tinggi untuk bertanding di Tanjung Piai.
Dengan komposisi pengundi Melayu
57 peratus dan Cina 42 peratus, baik UMNO atau MCA, setelah wujudnya kerjasama dengan Pas, kedua-duanya merasakan hampir pasti mampu menewaskan calon Bersatu di kerusi itu.
Lebih-lebih lagi bagi UMNO yang ketika ini disemarakkan dengan kempen BMF atau Buy Muslim First, ditambah dengan bantuan serta doa daripada Pas, harapan mereka dikatakan lebih baik serta cerah berbanding jika BN meletakkan calon MCA.
Dengan ramai orang Melayu yang mula tidak berpuas hati terhadap kerajaan PH, selain pelbagai isu kaum dan agama yang ada, kelebihan memang nyata memihak kepada UMNO berbanding Bersatu.
Melalui perolehan majoriti undi Melayu, ditambah sedikit undi bukan Melayu, ia dianggap sudah memadai untuk calon UMNO mencapai kemenangan.
Tetapi, oleh kerana sebelum ini Tanjung Piai merupakan kerusi MCA, menyerahkannya kepada UMNO setelah Cameron Highlands juga diserahkan oleh MIC kepada UMNO, ia adalah gambaran buruk tentang perkongsian kuasa yang akan difahami oleh pengundi bukan Melayu.
Keadaan itu, bukan saja mungkin menyebabkan pengundi bukan Melayu terus memboikot calon BN, malah menipiskan peluang untuk menang dalam PRU15 akan datang.
Dalam hal ini, PH memang tiada masalah dari segi meletakkan calon kerana kerusi yang pernah ditandingi Bersatu akan tetapi menjadi milik parti itu.
Cuma, jika benar BN dikatakan akan meletakkan Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO dan bekas MB Johor sebagai calon, maka Bersatu haruslah juga meletakkan calon yang turut ada nama serta dikenali ramai.
Kalau tidak, kacang saja kena makan dengan BN nanti!
Begitu pun, jika Bersatu berlawan dengan MCA, keadaannya tetap sukar diramalkan. Tiada jaminan pengundi Melayu akan mengundi Bersatu dan tiada jaminan juga pengundi bukan Melayu akan memihak kepada MCA.
Jangkaan awal dan yang pasti, majoriti 524 undi bukan suatu kelebihan buat PH, bukan juga kekurangan buat BN.
Tanjung Piai – ternampak sukar buat BN, tapi tidak pula mudah untuk BN. (Shahbudindotcom 24/09/2019)

PERANAN JHO LOW DALAM TIA TIMBULKAN KERAGUAN – SAKSI

PRU 15: UMNO, PAS RAGUI MAMPU TAWAN SELANGOR

YB Zuraida, datanglah ke mesyuarat – Wan Azizah


Image result for wan azizah wan ismail

SERDANG – Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menasihati naib presiden parti itu, Zuraida Kamaruddin agar hadir ke mesyuarat PKR.
“YB Zuraida, datang ke mesyuarat,” katanya ringkas.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Kompleks Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) di Universiti Putra Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kemelut di antara Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Perumahan Kerajaan dan Tempatan yang terus berlarutan sehingga kini.
Anwar sebelum itu terus bertegas untuk tidak berganjak dengan tuntutan Ahli Parlimen Ampang itu yang mahu mesyuarat diadakan antara Anwar dan ahli Majlis Pimpinan Pusat yang terpilih.
Sebaliknya, kata Anwar, beliau boleh berjumpa dengan mereka dalam banyak mesyuarat biasa PKR yang telah mereka pulaukan.
Selain Zuraida, mereka yang dimaksudkan Anwar ialah timbalan presidennya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi.
Zuraida pula berkata beliau dan Ahli Parlimen Port Dickson itu perlu bertemu bagi membincangkan beberapa isu yang dianggap serius dan sensitif.MG

ISU TANAH KAMPUNG BARU ANTARA PH VS ZAMAN NAJIB

KUALA LUMPUR – Apa zaman Najib dulu dia tak jual aset?
Itu soal Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Dr. Md. Jidin menjawab dakwaan bekas perdana menteri yang mempertikaikan penjualan aset negara sejak kebelakangan ini.
Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu juga menegaskan, sebarang proses penjualan aset bukan dibuat seperti orang jual rumah.
“Hendak jual kita kena cari masa yang sesuai bukan macam harta pusaka.
“Aapabila sampai masa ada peluang lagi baik, aset dijual dan bila ada tunai kita beli aset-aset lain,” katanya semasa Wacana Isu-Isu Semasa danHarapan Bajet 2020 di Alor Setar, Kedah yang disiarkan secara langsung malam tadi.
Turut hadir ialah Menteri Besar Kedah, datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Menurut Radzi, jika sesuatu aset negara disimpan terlalu lama harga pasaran bagi sesuatu industri itu mungkin merudum dan rugi.
Setakat ini, katanya, penjualan aset-aset yang berlaku mendatangkan hasil.
“Jual aset kita kena tengok portfolio atau keseluruhan, tanya Najib dia tak jual ke dulu?” soalnya.
Menurut beliau, penjualan aset memang menjadi kebiasaan kepada Khazanah bagi mendapatkan keuntungan lebih banyak seterus dapat meneruskan operasi.
Hendak pula jika ia melibatkan hutang negara yang terlalu besar dan memerlukan proses panjang untuk menanganinya.

“Apa pun, kita letak Malaysia pada asas yang betul selepas diselesaikan ke landasan betul dan kita akan bergerak ke hadapan,” ujarnya.- MG
KIRIMAN : ABDULLAH ZAWAWI IBN WAHAB
Imej mungkin mengandungi: teks

Ni zaman umnobn.... Lebai penunggang agama tak berkokok pun masa ni... Tak dok pula pejuang bangsa dari umno yang buat demo dan bantahan besar2an masa ni... Ingat tuan puan masa ni kuata 40% dibuka utk bukan melayu.. Dulu 270 kaki persegi jah.. Sekarang 850 kaki persegi akan di bayar
Tolonglah berfikir dengan kepala otak.. Cukuplah berfikir dengan kepala lutut.

Tindakan undang-undang terhadap pemfitnah


salahudin


KUALA LUMPUR – Salahuddin Ayub menafikan ada mengeluarkan kenyataan kononnya rakyat Malaysia perlu memberi peluang kepada bangsa Cina untuk mentadbir negara.
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (PAN) itu menjelaskan, kenyataan yang telah diubah suai pihak tertentu itu kini tular di media sosial sehingga beliau menerima kecaman pelbagai pihak.
Katanya, beliau tidak pernah membuat kenyataan tersebut dan ia adalah berniat jahat serta merupakan fitnah terhadapnya.
“Merujuk kepada poster yang tular di media sosial berhubung kononnya saya telah menyatakan bahawa “bangsa Cina harus diberi peluang untuk mentadbir negara”.
“Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah membuat kenyataan tersebut. Kenyataan itu adalah berniat jahat dan merupakan fitnah terhadap saya. Beberapa pengguna Facebook telah dengan sengaja menyebarkan kenyataan palsu tersebut,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Menurut Salahuddin, beliau pada tahun 2017 cuma ada menyatakan bahawa Melayu Singapura telah muncul cemerlang dalam pelbagai sektor utama dan mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob kerana diangkat sebagai presiden Melayu kedua dan wanita pertama republik itu.
Justeru, katanya, beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani telah menghubungi peguamnya dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka. –

BERGAMBAR: MAJLIS ZIKIR SELAWAT DI RUMAH ANWAR BERSAMA PROF DR MUHAMMAD FADHIL AL JILANI



Alhamdulillah semalam diadakan majlis zikir dan selawat mingguan di rumah. Majlis kami turut disertai Prof Dr Muhammad Fadhil Al Jilani dan ramai kenalan-kenalan lain. Semoga semua beroleh manfaat dan keberkatan.

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, berdiri, jambang, rakaman dekat dan dalamanImej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang, orang ramai dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 8 orang, orang ramai
Imej mungkin mengandungi: 24 orang, orang senyum, orang berdiri


KENYATAAN MEDIA KOUKUS REFORMASI DAN TADBIR URUS




Imej mungkin mengandungi: teks

POLITIK MALAYSIA MULA DIBAHAGIKAN MENGIKUT KAUM

MELAKA LAKSANA BIASISWA PELAJAR CEMERLANG


PIAGAM UNTUNGKAN PIMPINAN ATASAN UMNO, PAS SAHAJA

2020 ADALAH TARIKH PALING SESUAI



Penasihat Media dan Komunikasi Perdana Menteri, A Kadir Jasin berkata, tiada tarikh khusus ditetapkan berhubung peralihan jawatan Perdana Menteri daripada Tun Mahathir Mohamad kepada pengganti yang telah dipersetujui, Anwar Ibrahim.
Kata beliau, tiada dokumen dalam PH yang menyebut mengenai tempoh masa itu.
“Persetujuan itu dalam mana-mana dokumen pun tidak dinyatakan tarikh.
“Tahun 2020 ke, 2030 ke atau 2050 pun tak dinyatakan bilakah tarikhnya,” kata Kadir lagi.
Bagaimanapun, Kadir tetap yakin Tun Mahathir akan berpegang dan menunaikan janji penyerahan jawatan Perdana Menteri itu kepada Anwar sebagaimana yang telah dipersetujui.
Apa yang disebut oleh Kadir itu memanglah betul lagi sahih bahawa tiada ketetapan tarikh yang disebut dalam perjanjian peralihan kuasa, tetapi haruslah disedari tempoh dua tahun mahu memegang jawatan Perdana Menteri telah dinyatakan sendiri oleh Tun Mahathir.
Kata beliau, tempoh dua tahun bermula 10 Mei 2018 menjadi Perdana Menteri adalah memadai untuknya melaksanakan tugas memperbaiki kerosakan dan memulihkan keadaan negara yang ditinggalkan oleh Najib Razak.
Ditambah dengan kesedaran bahawa ketika mengangkat sumpah jawatan itu Tun Mahathir sudah berusia 93 tahun, maka dua tahun iaitu sehingga tahun 2020 atau menjelang usianya 95 tahun adalah masa yang sesuai untuk beliau berundur dan menyerahkan kepada penggantinya, Anwar mengambil alih teraju pentadbiran negara.
Jika tahun 2020 pun Tun Mahathir sudah berusia 95 tahun, di tahun 2030 bermakna beliau akan berusia 105 tahun.
Adakah Tun Mahathir akan panjang umur sehingga usia 105 tahun?
Kalaulah sehingga tahun 2030 Tun Mahathir masih hidup – syukur Alhamdulillah – tetapi keadaan beliau berucap yang ketika ini sering tersekat-sekat dan kadang-kadang perlu pembantu mengulangi soalan wartawan kepadanya, rasanya hampir mustahil beliau ada keupayaan lagi untuk menjalankan tugas sehingga tahun tersebut.
Malah jika sehingga habis penggal iaitu tahun 2023 Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri di mana ketika itu beliau akan berusia 98 tahun, rasanya itu pun sudah terlalu lewat dan tiada keupayaan lagi baginya.
Tahun 2050 tentulah lebih tak terfikir kita kalau Tun Mahathir masih hidup, apalagi kalau masih sihat seperti hari ini.
Bermakna, antara tahun 2020, 2030 dan 2050, paling sesuai, munasabah dan paling tepat untuk Tun Mahathir melakukan penyerahan jawatan ialah pada 2020.
Tiada tarikh lain yang lebih sesuai daripada itu.
Tambahan lagi, sesuai dengan Wawasan 2020 yang dicipta oleh Tun Mahathir, menunaikan janji penyerahan jawatan pada tahun yang sama tentu saja akan membuatkan namanya lebih dihargai dan disanjung tinggi.
Pastilah buruk bunyinya jika tahun 2020 nanti dikenang sebagai tahun Tun Mahathir memungkiri janjinya kepada Anwar yang terbukti telah bersikap tulus, pemaaf serta sedia berganding bahu demi menumbangkan UMNO dan BN, seterusnya menyebabkan permusuhan kali kedua antara mereka tercetus kembali.
Dalam hal ini, apabila Kadir menyebut tahun 2020, 2030 dan 2050, beliau seakan-akan cuba mengingatkan Tun Mahathir bahawa tiada tahun lain selain 2020 untuk bossnya itu melepaskan jawatan atau jangan lupa janji kepada Anwar yang selalu disebut dan diulang-ulangnya sendiri olehnya akan tetap ditepatinya itu.
Terima kasih Kadir!! (Shahbudindotcom 23/09/2019)