BUAH RAKYAT MARHAEN JA KOT... TU PUN NAK KENA CUKAI.

 

Zainuddin Omar


Bos Mydin pun bersetuju dengan rakyat agar buah-buahan jangan dikenakan cukai SST. 


Fikiran Anwar mungkin terperangkap dengan zaman dulu bahawa epal dan oren adalah makanan orang kaya. 


Hakikatnya buah-buahan impot seperti epal, pears, oren, pisang adalah makanan kesihatan yang dinikmati oleh semua golongan termasuk B40. 


Kalau nak kenakan SST pada Avocado silakan tetapi kecualikan buah-buahan asas seperti epal, pears, oren dan pisang impot.  


Dengarlah kelohan rakyat, jangan cukai makanan asas yang semua rakyat nikmati. 


👇👇👇




KALAU RAFIZI TINGGALKAN PKR - MAMPUKAN DAMAI PERTAHANKAN ANWAR?

‘Selamat maju jaya saudara Rafizi’, ucap Anwar

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada Datuk Seri Rafizi Ramli yang telah menjalankan tugas dengan baik sepanjang menjadi Menteri Ekonomi.

“Saya ucap selamat maju jaya kepada saudara Rafizi yang telah berkhidmat begitu baik sebagai menteri ekonomi dan sekarang saya akan putuskan untuk mana-mana menteri untuk menjalankan tugas (menteri ekonomi),” katanya ringkas kepada media di Kuala Lumpur, hari ini.

Buat masa ini Anwar berkata, keputusan berkaitan pengganti Rafizi akan diputuskan kemudian.



Mengenai desas desus 

mengatakan Kementerian

 Ekonomi akan ditutup, 

Anwar menjawab bahawa

 tidak ada keperluan untuk

 merombak Kabinet 

mahupun membubarkan 

kementerian itu.

“Saya fikir tak ada 

keperluan untuk dirombak

 apa-apa setakat ini,” 

katanya.

Kita teruskan untuk 

sekarang (Kementerian

 Ekonomi) kerana tidak 

ada isu tidak ada masalah

 teruskan,” tambahnya lagi.

LEARN MORE

Mengenai status peletakan jawatan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Nik Nazmi Nik Ahmad, Anwar berkata, beliau sudah memberi ruang kepada Nik Nazmi untuk berfikir dan renungkan mengenai keputusan untuk melepaskan jawatan itu.

Perdana Menteri juga sudah memberikan pandangannya bahawa adalah lebih baik terus berkhidmat.

Rafizi dan Nik Nazmi pada akhir Mei lalu menghantar surat perletakan jawatan susulan kekalahan mereka pada pemilihan PKR.

Menerusi surat perletakan jawatan yang dihantar kepada Anwar, peletakan jawatan Rafizi akan berkuat kuasa 17 Jun (esok), manakala Nik Nazmi pada 4 Julai. 

DAH BUAT LAPORAN KE ROS- KITA TUNGGU APA ROS AKAN LAKUKAN- Badan tanpa kepala: Proses pemilihan PKR perlu ditambah baik - Nik Nazmi

'Dari mana PKR boleh menang 80 kerusi?' - Rafizi tanya Ramanan

Afnan bebal hanya nak pesongkan fikiran rakyat....

Desak PM turun - Siapa calon PM PAS? Boleh namakan dalam tempoh 24 jam?

SST dan Avacado, Mana Menteri Kewangan 2, Setpol, teranglah sama .....

SUKAR TUMBANGKAN PM ANWAR

 

Mazura Ali


Bagaimana PAS PN mahu tumbangkan PMX Dan kerajaan Madani setelah isu babi dan Yusuff Rawther pun tidak berjaya.. sekali pun jika mereka melaung , bahkan berguling di jalanraya  mendesak Anwar Ibrahim meletak  jawatan...?


 Ini kerana Anwar Ibrahim dan kerajaan Madani kekal dengan sokongan majoriti 2/3 ahli parlimen tambahan pula YDP Agong merestui ,  yakin dan percaya kepada Anwar Ibrahim   sebagai Perdana Menteri memimpin negara  Malaysia.





LAGI SERANGAN DRON DAN PELURU BERPANDU


 

VIEW SERANGAN KE ATAS HISRAHIL

 






Reformasi 2.0 Rafizi Ramli Mencantas Kartel PKR 2


Zuwairi Md Yusof



Rafizi Ramli (Pengarah Strategik PKR) mendedahkan Datuk Abu 'Juling' dari Barisan Nasional memperoleh habuan dari penjualan konsesi MEX (Maju Expressway) Highway RM1.7 Billion.Ini video dia berceramah di ceramah / hi-tea di Tanjung Labuh,Batu Pahat Johor dengan di hadiri masyarakat berbilang kaum khususnya Cina Tionghua pada 18hb Mac 2012 anjuran AMK Batu Pahat.Lihat sendiri bukti https://x.com/marioskyjuice/status/1933944590970871972


RR umur 35 (AMK) dah ceramah macam ini


1) berani

2) financially savvy

3) yakin dengan nombor

4) bijak explain style ELI5


PKR sepatutnya menonjolkan lebih ramai orang seperti Rafizi dalam kepimpinan


bukan penjilat - Sam ketot,Kamil,Farhan,Azman 

bukan karpet merah - Ramanan,Zafrul 

bukan yes men - Harun,Wan Hadi,Haidar Fitri,Taufik Iskandar 

bukan sesumpah 


Jadi kerajaan MADANI tak perlu nak main wayang baru nak tangkap penyangak itu baru2 ini.Gang JKOM,SKOMM BBNU Palatao pun tak payah nak berkepak baru nak sibuk up pasal penangkapan ini sebab benda ni lama dah RR bongkar depan2 orang awam,yeahhhh.Ayuh juta2 pengundi atas pagar bersama Rafizi dan Reformasi 2.0 untuk kempen PRU16 2026 nanti.Perjuangan Reformasi 2.0 tidak memerlukan Dana sebaliknya memerlukan Masa kerana pembaharuan sebenar ialah mengubah setting Minda,keluar dari kerangka Reformasi 1.0 Anwar Ibrahim yang kini hanya tinggal Retorik.


#RR #RafiziRamli #GelombangReformasi2.0


Link post twitter



HAH.. DEEP STATE LAM KEMENTERIAN PENDIDIKAN... JANGAN LA DOK DIAM...


 

KATA YANG KAYA RAYA JA NAIK....BIAR BETUL. KAKITANGAN AWAM NAK NAIK GAJI.. SWASTA PUN DAH ADA PARAS GAJI MINIMA... TAPI TOLONG LA KERAJAAN BERI PENJELASAN.



 ⚡️ *Bil Elektrik Naik Julai  2025*


Salam semua! Sekadar nak maklum, bermula *1 Julai 2025* - kadar tarif elektrik akan naik sebanyak *14.2%* seperti yang diumumkan oleh TNB.


Kadar baharu: 

- *45.62 sen/kWj*  

Kadar lama: 

- *39.95 sen/kWj*  


Kenaikan ni disebabkan kos bahan api dunia & usaha naik taraf sistem elektrik negara.


📊 Rujuk jadual dalam gambar untuk anggaran bil baru ikut penggunaan.


*Jom bijak guna elektrik, jimat mana yang boleh!*


Mampus lah padan kena jelah kita ni ))


... fr another grp👆🏼a few dok bising ⚡️ naik , & condemn PMX pasal SST!.



JIKA ANWAR KEKAL PM., PAS SUSAH CARI MAKAN ? UNDI LA DALAM PARLIMEN. BANYAK KALI DAH DICABAR

 


Dari PSB ke ‘Turun Anwar’: Bukan suara rakyat tapi politik bebal Pemuda Pas, jahil Perlembagaan


Oleh DR SHAH NOR BASRI


Himpunan “Turun Anwar” yang dirancang pada 26 Julai 2025, kononnya sebagai suara rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, merupakan satu manifestasi jelas betapa kebodohan politik sedang meresap dalam kalangan pimpinan muda Pas.

Himpunan ini, yang asalnya diumumkan sebagai bantahan terhadap Akta Pembaharuan Semula Bandar (Urban Renewal Act – URA atau PSB), bertukar haluan menjadi pentas jalanan mendesak peletakan jawatan pemimpin negara.

Ia tindakan yang bukan sahaja tidak berasas secara perlembagaan, malah tidak beretika dari sudut moral dan sensitiviti nasional.


PSB: Alat populisme bukan wacana dasar

Akta Pembaharuan Semula Bandar (PSB), yang dibentangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, bertujuan mempercepat usaha pemodenan kawasan bandar lama dan usang, termasuk inisiatif menaik taraf kemudahan awam dan penstrukturan semula penempatan.

PSB dirangka dengan mekanisme perlindungan kepada pemilik hartanah dan penghuni, serta menyediakan ruang perundingan antara pemaju, kerajaan dan komuniti.

Pemuda Pas yakin pelbagai isu semasa pentadbiran kerajaan Madani berpunca daripada Anwar.

Namun, Dewan Pemuda Pas memilih untuk memanipulasi akta ini sebagai ancaman kepada rakyat miskin bandar — satu naratif palsu yang tidak berpijak pada dokumen dasar sebenar, malah tidak mengemukakan alternatif yang realistik atau cadangan pindaan membina.

Mereka tidak hadir dalam wacana dasar. Mereka lebih selesa turun ke jalanan dengan slogan kosong.



Demokrasi bukan jalanan: Undi tidak percaya sudah sedia

Dalam sistem demokrasi berparlimen, Perdana Menteri tidak boleh diturunkan melalui tekanan jalanan atau emosi retorik.

Perlembagaan Persekutuan memberikan jalan yang sah — iaitu melalui undian tidak percaya di Dewan Rakyat, jika benar Anwar telah kehilangan sokongan majoriti.

Namun, Pemuda Pas dan kepimpinannya tahu mereka tiada kekuatan moral dan angka untuk membawa usul itu.

Maka mereka memilih jalan populis, yang sebenarnya mendedahkan kelemahan dan ketandusan modal politik mereka sendiri.

Kejahilan waktu: Ekonomi membaik, hak Palestin diperjuang

Apa yang paling menonjol adalah kejanggalan masa dan ketidakpekaan politik mereka.

Himpunan ini dirancang ketika Kerajaan Perpaduan sedang mempamerkan kemajuan kukuh dalam ekonomi.

Ini termasuk pelaburan asing mencecah RM329 bilion pada 2024, kadar inflasi menurun secara konsisten, dan inisiatif reformasi subsidi yang lebih tersasar dan berkesan.

Lebih daripada itu, Anwar Ibrahim sebagai pemimpin dunia Islam sederhana sedang memainkan peranan tegas dalam isu Palestin.

Malaysia antara yang paling lantang menolak genosid Zionis di Gaza, dan usaha diplomatik, bantuan kemanusiaan serta solidariti antarabangsa Malaysia di bawah Anwar mendapat pengiktirafan luas dari OIC dan dunia Muslim.

Dalam keadaan ini, tindakan Pemuda Pas menyeru rakyat menjatuhkan Anwar kelihatan bukan sahaja bodoh, tetapi khianat kepada semangat perpaduan dan kedaulatan negara.

Ketika rakyat bersatu menyokong perjuangan Palestin, mereka mahu memecah kestabilan. Ketika negara mula pulih secara ekonomi, mereka mahu sabotaj keyakinan pelabur.

Pas gagal jadi pembangkang berkualiti

Jika Pas masih berkhayal bahawa politik jalanan sempit adalah cara memenangi hati rakyat, mereka belum belajar daripada sejarah.

Pas gagal menjadi pembangkang yang bernas. Tiada dokumen dasar konkrit, tiada idea reformasi, tiada tawaran ekonomi.

Yang ada hanyalah tuduhan liar, retorik kosong, dan seruan benci yang dijaja di pentas terbuka.

Pemuda Pas hari ini bukan sahaja gagal menawarkan alternatif, malah menjadi beban imej kepada gerakan Islam.

Mereka menampilkan Islam yang kasar, benci, dan tidak demokratik — sesuatu yang bercanggah dengan semangat politik rahmah dan negara Madani yang diangkat Islam sebenar.

Himpunan lambang politik bebal

Himpunan 26 Julai ini bukanlah suara rakyat. Ia adalah lambang kebebalan politik, kejahilan undang-undang, dan kesempitan pemikiran dalam kalangan pimpinan muda Pas.

Ketika rakyat mahukan kestabilan, mereka melaung gimik. Ketika dunia menghormati Malaysia atas sikap berprinsip terhadap Palestin, mereka membawa agenda jalanan yang merosakkan.

Pas tidak lagi relevan sebagai pembangkang konstruktif jika mereka terus begini. Dan Pemuda Pas khususnya telah menunjukkan bahawa mereka bukan pelapis negara — mereka adalah ancaman kepada masa depan Malaysia sekiranya diberi kuasa.



*DR SHAH NOR BASRI merupakan merupakan Felo Utama Akademi Sains Islam, Jordan.



Ada usaha tukarkan presiden Pas?




HarapandailyJune 16, 2025

Naib presiden Pas Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar telah menolak dakwaan bahawa ada usaha menukarkan presiden partinya, Pas

“Tidak timbul langsung soal nak tukar Presiden. Presiden inilah yang telah mengatur strategi kemenangan besar Pas.

“Isu ini sengaja dimainkan musuh untuk mencetuskan kekeliruan dan melemahkan kesatuan dalam parti,” katanya, lapor Harakah Daily.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada mesyuarat agung tahunan Pas kawasan Marang ke-41 yang diadakan di Rusila,

Beliau turut mendakwa bahawa perkara tersebut adalah permainan pihak musuh yang mahu melihat Pas berpecah.

“Kita kena fokus pada agenda dakwah dan pentadbiran yang beramanah. Jangan terperangkap dengan permainan musuh yang hanya mahu melihat kita berpecah,” katanya lagi.

 

 

Isu penukaran pucuk pimpinan Pas timbul ekoran daripada keadaan kesihatan presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang tidak baik.

Sekiranya Hadi berundur, pemimpin kanan yang akan mengambil alih kepimpinan ialah timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walau bagaimanapun Tuan Ibrahim bukanlah lulusan Timur Tengah seperti Hadi dan pimpinan terdahulu.

Ahmad Samsuri pula merupakan sebahagian daripada pimpinan ‘Geng Publika’ – gelaran untuk golongan profesional yang masih berada dalam Pas.

Sebilangan penganalisa politik berpendapat bahawa Hadi perlu berundur sekiranya Pas mahu memperoleh sokongan pengundi bukan Melayu.

 

 

AMK YANG MENANG DOK TUNGGU APA LAGI ?

Ramanan , sebab Rafizi benam BN , dapat 50 kerusi tu.....

PAS terdesak: Himpunan URA tiba-tiba tukar jadi "Himpunan turun Anwar" &...

PADU SPRM...SIAP MAHATHIR... SIAP TAN SRI. .


 

JUMLAH PERBANDINGAN TENTERA IRAN DAN KAPIAQ




HABIH LA ZALIM...SST TU BUKAN SEMUA BARANG


 

BIAR WALAUN JA KENA QAZAF

 Che Ibrahim



Sebab tu majlis syura ulama PAS sampai hari ni tak percaya Anwar bersalah meliwat, sebab hukum qazaf  tak boleh buat main2. Tapi PAS hari ni tak halang la kalo mana2 walaun laknatullah nak qazaf dan jatuh fasiq, sebab yang kena humban dalam neraka nanti ialah walaun. 😂😂😂😂😂😂😂😂😂






Adakah Alien di Luar Sana?


Ir Zainuddin Hj Omar


Ini soalan yang sentiasa bermain dalam minda kita dan saya cuba rungkaikan cara paling mudah.  




Pada tahun 1990, kapal angkasa Voyager 1 memusingkan kameranya ke arah bumi dan merakam satu gambar yang kemudiannya dikenali sebagai The Pale Blue Dot iaitu satu titik biru yang sangat kecil, sejauh 6 bilion kilometer dari Bumi. 


Gambar tersebut menunjukkan betapa kecilnya planet yang kita diami ini di tengah keluasan alam semesta yang tidak terjangkau oleh imaginasi.


Bumi, tempat kita hidup buat sementara waktu ini, berusia sekitar 4.54 bilion tahun, manakala alam semesta dianggarkan telah wujud selama 13.8 bilion tahun sejak kejadian Big Bang. 


Matahari, pusat kepada sistem suria kita yang mengandungi lapan buah planet hanyalah sebuah bintang biasa di dalam galaksi Bima Sakti (Milky Way).


Sistem suria kita mengambil masa 230 juta tahun untuk melengkapkan satu putaran mengelilingi galaksi ini. 


Dalam Bima Sakti sahaja, terdapat sekitar 100 bilion bintang. Jika kita kalikan dengan jumlah galaksi yang ada di alam semesta dianggarkan sebanyak 2 trilion, maka jumlah keseluruhan bintang di alam semesta adalah lebih kurang 200 bilion trilion atau 200 sextillion.


Itu hanya dalam ruang lingkup satu universe yang kita kenali dan nampak dengan telescope paling kuat, seluas lebih 93 bilion tahun cahaya (light-years). 


Tetapi apa yang berada di luar sempadan ini? 


Adakah sempadan itu wujud? 


Atau adakah alam semesta ini infinite, tanpa penghujung?


Teori moden dalam fizik kosmik menyebut kemungkinan wujudnya multiverse iaitu alam semesta lain yang wujud selari dengan alam kita, dengan peraturan fizik yang mungkin berbeza sama sekali. 


Ahli astrofizik juga belum menemui bukti kukuh bahawa alam semesta ini mempunyai sempadan (finite). 


Sebaliknya, banyak kajian mencadangkan ia terus berkembang tanpa henti seperti bentuk trumpet. 


Apabila kita merenung kesemua ini dari kestabilan orbit planet hingga keharmonian pergerakan galaksi, timbul persoalan besar.


Adakah segala ini berlaku secara kebetulan? 


Jika semuanya terjadi ‘by chance’, pastinya sejak dahulu lagi sudah berlaku pelanggaran besar antara bilion-bilion bintang, lalu menghancurkan keseimbangan yang ada. 


Namun, sejak Big Bang 13.8 bilion tahun lalu, segala-galanya terus berjalan mengikut peraturan yang sangat tersusun.


Segala-galanya seolah-olah tunduk kepada satu sistem perundangan yang teratur. 


Tidak chaotic. 


Maka timbullah pertanyaan yang lebih besar. 


Siapakah yang mentadbir dan menyusun semua ini? 


Anda fikir sendiri. 


Soalan seterusnya adakah makhluk asing (alien) wujud di luar sana?


Secara matematik dan statistik, dengan adanya 200 sextillion bintang, tentulah ada kemungkinan wujudnya kehidupan selain manusia. 


Namun secara peribadi, saya cenderung kepada kepercayaan bahawa kita manusia adalah satu-satunya makhluk berintelek yang mendiami alam ini yang diciptakan khas untuk mengurus bumi sebagai Khalifah.  


Jika pun wujud makhluk asing, kemungkinan untuk kita berjumpa mereka hampir mustahil, kerana jarak antara bintang adalah terlalu jauh. 


Bintang terdekat dengan Bumi selepas Matahari ialah Proxima Centauri, sejauh 4.24 tahun cahaya (~40 trilion kilometer).


Untuk gambaran: Voyager 1, kapal angkasa yang kini paling jauh dari bumi, bergerak dengan kelajuan 17 km/s (atau 61,200 km/jam), dan walaupun begitu, ia akan mengambil masa lebih 73,000 tahun untuk sampai ke Proxima Centauri. 


Tiada teknologi manusia hari ini yang mampu melebihi kelajuan cahaya, iaitu 299,792 km/saat.


Kelajuan tersebut di mana seseorang boleh mengelilingi khatulistiwa bumi 7.5 kali dalam satu saat!


Walaupun terdapat teori seperti wormholes yang dikatakan boleh membenarkan perjalanan antara bintang dalam masa singkat, semua itu masih bersifat sains spekulatif dan belum dapat dibuktikan secara eksperimen.


Justeru, jika benar ada alien di luar sana, mereka pun mungkin terperangkap dalam batas fizikal yang sama di mana tiada siapa dapat bergerak pantas melebihi cahaya untuk menghubungi yang lain seperti rumusan Einstein dalam 'theory of special relativity'. 


Albert Einstein, melalui teori relativiti khasnya (special relativity), menyatakan bahawa tiada objek yang mempunyai jisim boleh bergerak lebih laju daripada kelajuan cahaya dalam vakum. Ini kerana apabila sesuatu objek menghampiri kelajuan cahaya, jisimnya akan meningkat, dan ini memerlukan tenaga yang semakin banyak secara eksponen untuk terus memecut. Untuk mencapai kelajuan cahaya, ia akan memerlukan jumlah tenaga yang tidak terhingga, sesuatu yang mustahil. 


Akhirnya, setelah meneliti segala data saintifik ini, saya hanya mampu berkata:


Wallahu’alam - Allah knows best.  


Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 

FB: Zainuddin Omar


Nota Tambahan:

 • Voyager 1 kini berada sejauh 23.8 bilion kilometer dari Bumi, dan mengambil masa 14.3 jam untuk menghantar isyarat pada kelajuan cahaya.


 • Ia merupakan objek buatan manusia yang paling jauh daripada Bumi, dan masih bergerak ke luar sistem suria.


* saya dan Bima Sakti.



MENARIK UNTUK DIBACA- TANPA MENYEBUT NAMA NEGARA TETAPI YANG SEDANG BERPERANG KINI

 

Nik Hasyuddin. 


Taktik di sebalik penutupan lapangan terbang


Kita semua tahu bahawa lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion ditutup. Kapalterbang milik negara itu pula dipindahkan ke Greece agar tidak dimusnahkan disebabkan peperangan.


Bagi saya itu tidak merupakan gambaran yang sepenuhnya. Ada satu lagi sebab mengapa lapangan terbang itu ditutup.


Ramai rakyat negara ini bukannya lahir di situ. Malah, ramai yang memiliki 2 kerakyatan dan 2 paspot. Jadi apabila ada perkara yang meresahkan mereka, mereka boleh cabut ke negara kedua dengan cepat.


Bayangkan sekiranya lapangan terbang Ben Gurion dibuka sekarang. Berapa panjang agaknya orang-orang di sana akan beratur untuk cabut ke luar negara?


Selama ini mereka mengancam dan menyerang orang lain kerana mereka berasa mereka selamat di negara sendiri. Ada pelbagai sistem pertahanan yang didakwa tidak dapat ditembusi. Akhirnya fatamorgana ini hilang disebabkan cahaya letupan dari misil-misil negara terbaharu yang mereka serang.


Maka ratus ribu manusia yang selama ini bersorak dan menari-nari apabila ada manusia-manusia lain dibom dan ditembak terpaksa bersembunyi di bawah tanah. Letupan-letupan yang sebelum ini berlaku di negara orang kita berlaku di atas kepala mereka sendiri. 


Jika tidak disebabkan penapisan perkongsian foto dan video oleh kerajaan yang kejam di sana, tentu kita boleh tengok banyak lagi lokasi-lokasi strategik lain yang berjaya diserang. Ini tentunya akan mengoyak rabakkan jantung hati manusia-manusia yang hanya berani berperang dengan orang perempuan dan anak-anak kecil sahaja selama ini.


Justeru, video manusia-manusia pengecut ini bersesak-sesak nak meninggalkan negara mereka adalah senario yang bukan sahaja menggambarkan kerapuhan jiwa bangsa jelek ini malah akan menghapuskan imej Abang Long kawasan yang selama ini bebas menampar dan memukul sahaja sesiapa yang dia tak suka. Hari ini bukan sahaja muka Abang Long kena tampar, seluar dia juga dilondehkan dan kemaluannya yang kecil itu akhirnya terserlah.


Ini mengingatkan saya kepada surah An-Nasr dimana apabila Islam menang, berbondong-bondong manusia akan memasukinya. Jika maksud ayat ini diterbalikkan, musuh-musuh agama akan bertempiaran lari apabila mereka mula merasai kekalahan.


Satu perkara yang perlu diingatkan ialah ini masih peringkat awal peperangan yang disengajakan ini. Banyak lagi “plot twist” yang boleh berlaku.


Apa yang menggelakkan hati saya ialah sikap manusia-manusia yang suka menerakan sesama manusia. “Musuh-musuh Allah sedang berperang sesama sendiri” ujar mereka. Naratif sektarian tetap segar di jantunghati.


Betul ke kita ni dah dijamin selamat dengan sikap dan perangai kita selama ini?



ANWAR DEDAH SKANDAL SENJATA.


 

CALON PM PAS UNDUR DIRI YDP PAS MARANG.

 Bangkitlah ahli PAS ..!!! Ayuh kita anjurkan Himpunan Solidariti bersama Dr Sam.. !! Jika bukan kita siapa..?? Jika bukan sekarang.. Bila..??




PERUNTUKAN UNTUK TLDM LUMUT



 📌 Peruntukan RM65 juta bina Kompleks Klinik Pakar dan naik taraf Hospital Angkatan Tentera Malaysia Lumut 




📌 Penggantian tangki operasi BFI di TLDM Lumut dengan peruntukan RM23.3 juta antara projek diluluskan tahun ini 


📌 Kerajaan lulus projek naik taraf Jeti Operasi Tambatan Pangkalan TLDM Lumut dengan peruntukan RM66.5 juta


📌 Kerajaan lulus projek naik taraf sistem agihan bekalan voltan tinggi (33kV) di TLDM Lumut dengan peruntukan RM100 juta


-- PM Anwar Ibrahim


#BernamaNews



DATA YANG HILANG ?


Cikgu Sazana


 DATA NI KA YANG HILANG DARI DATA ? LAJU SETAN BUAT KERJA.








KERAH TENTERA UNTUK SAMBUTAN HARI JADI.

RMS


 Protes dikebanyakan negeri diAmerika membantah askar dikerahkan untuk sambutan Hari jadi Trump.






ZUHDI JANGAN BUSUK HATI. CARI IDEA LAIN DAN JAGA NEGERI YANG KAMU SOKONG. KIOK.


 

DS WAN AZIZAH TERIMA ANUGERAH ANUGERAH TERKAIT BIDANG PERUBATAN.

 


Saya telah berkesempatan menghadiri Istiadat Penganugerahan Keahlian Inaugural Royal College of Physicians (MRCP) serta penyampaian sijil Program Latihan Parallel Pathway anjuran College of Physicians Malaysia.







Majlis ini diadakan bagi menghargai kejayaan para graduan dalam bidang Perubatan Dalaman menerusi Program Parallel Pathway yang merupakan inisiatif penting yang digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam usaha memperkasa latihan pakar perubatan.


Menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Al-Maghfur Lah diatas perkenan mencemar duli untuk menyampaikan anugerah kepada para graduan.


Tahniah diucapkan buat para graduan dan penerima anugerah. Semoga kejayaan ini dapat memastikan rakyat Malaysia terus menerima rawatan yang berkualiti tinggi daripada tenaga pakar yang terlatih dan bertauliah.


Saya ingin merakamkan penghargaan juga buat College of Physicians Malaysia atas penganugerahan Eminent Educator Award yang telah diberikan.


Turut hadir bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar serta Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab.



TAK BUAT APA PUN MASA BERKUASA...NI KES NIK ELIN.


 

NAK JATUH KERAJAAN TUNGGU PILIHANRAYA LA.


 

SIGNAL JELAS DARIPADA PM


MSO





Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kesekian kalinya menegaskan beliau tidak akan berkompromi sama sekali dengan perasuah dan penyangak wang negara.


Beliau tidak akan menghalang tindakan SPRM menyiasat sesiapa saja yang didapatI melakukan penyelewengan dan rasuah termasuk kes kes membabitkan pemimpin lama.


"siasat dan tanggkap mereka jangan kira siapa dan saya tidak akan menghalangnya waima dia pemimpin pembangkang atau kerajaan", tegasnya ketika berucap diprogram Madani Rakyat Perak 2025 di Lumut.


Beliau mahu pastikan wang yang dicuri dan disangak dikembalikan.


Memahami isi hati Anwar itu beliau semacam memberi signal tegas dan jelas kepada SPRM agar bertindak ke atas beberapa pemimpin negara sebelum ini dan pembangkang yang terlibat rasuah diambil tindakan. 


Difahami ada berberapa kes rasuah membabitkan pemimpin pembangkang terlibat dengan rasuah semasa mereka jadi kerajaan beberapa tahun lalu. Difahamkan sebahagjan fail siasat sudah dibuka. Trims.



WOIII BALIK PI TOLONG BANGSA MELAYU DI SG4...WOIII BAWA USUL MACAMANA NAK MAJUKAN ANAK MUDA.

 


ANAK WALAUN MANA NIH...WOIII PI SELAMAT DARI PENYAKAW.