𝗡𝗔𝗦𝗜𝗕 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗣𝗛 - 𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭
#Sebarkan
1) 𝗖𝗨𝗕𝗔 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗮𝗽𝗮 𝗱𝗶𝘁𝘂𝗹𝗶𝘀 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗦𝗱𝗿 𝗦𝗵𝗮𝗵𝗯𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗛𝘂𝘀𝗶𝗻. Saya sangat faham apa yg cuba beliau sampaikan sebab sudah berkali-kali saya kritik tentang PH yg tidak peduli akan kebajikan mahu pun peluang kpd penyokong-penyokong di SocMed yg setia bersama PH samada sewaktu jatuh atau bangun.
2) Saya pernah mengkritik dalam artikel : 𝗦𝗜𝗦𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜, 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗡𝗧𝗨𝗡𝗜 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚 𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗠𝗕𝗜𝗟 𝗛𝗔𝗧𝗜 𝗠𝗨𝗦𝗨𝗛 : "𝗥𝗘𝗦𝗘𝗣𝗜" 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗢𝗞𝗢𝗡𝗚𝗔𝗡
Link : https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=331159449778655&id=100086538073514&mibextid=Nif5oz
3) Dato' Lokman Noor Adam dan Tuan Mohd Sayuti Omar II juga pernah mengkritik mengenai sikapMohd Sayuti Omar II tidak hiraukan akan Media parti dan Pengamal SocMed yg setia pada PH sejak dulu lagi tanpa lelah terus menyokong dan menyumbang usaha menyebarkan berita dan info tentang PH.
4) Sebaliknya 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 (𝗠𝗦𝗠) 𝘆𝗴 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔, 𝗟𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗱𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵 𝗮𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗽𝗱 𝘀𝗲𝘀𝗶𝗮𝗽𝗮 𝘀𝗵𝗷 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 pula ditatang bagai minyak yg penuh. Baru-baru ini ada lah sedikit perubahan bila MenKom cuba melibatkan Media Perpaduan dlm mesyuarat Komunikasi Strategik Kerajaan MADANI.
5) Namun, hakikatnya memg begitu, pengamal Media . MSM kemain diberi layanan istimewa walhal di PRU15 dulu puak tu sokong PNyakau Nasional dan kutuk PH dan BN habis-habisan. Jujurnya sejak era Reformasi saya cukup benci dgn puak MSM ni sbb pada saya 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗶𝘁, "𝘀𝗲𝗹𝗹𝗳𝗶𝘀𝗵", 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗷𝗮 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗮𝗹𝗮𝘀𝗮𝗻 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗸𝗻𝗮𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗼𝗸 𝗺𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺 𝗹𝗮. Jika ada yg beretika dan menegakkan kebenaran kira sangat "𝗿𝗮𝗿𝗲" la.
6) 𝗣𝗘𝗥𝗖𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗛 𝗮𝗻𝗱𝗮 𝗷𝗶𝗸𝗮 𝗱𝗶 𝗣𝗥𝗨𝟭𝟲 𝗻𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗣𝗛-𝗕𝗡 𝗸𝗮𝗹𝗮𝗵, 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝗔𝗿𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗱𝗮𝗻𝗮 (𝗠𝗦𝗠) akan bertempiaran lari dan menyokong pemenang? Lepastu 𝗣𝗛 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗲𝗴𝗲𝗵-𝗵𝗲𝗴𝗲𝗵 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗦𝗼𝗰𝗠𝗲𝗱 𝘆𝗴 𝗣𝗥𝗢𝗕𝗢𝗡𝗢 dan tidak pernah diberikan apa-apa peluang pun.
- Zus Din
18012024
**************
𝗦𝗜𝗥𝗜 𝟭 – 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗔𝗥𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗥𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗠𝗘𝗗𝗜𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔
Apabila PH berjaya menjadi kerajaan dan Anwar Ibrahim akhirnya tertabal sebagai Perdana Menteri, terdapat dua kelompok yang paling gembira dengan kejayaan tersebut.
Pertama, pendokong media parti dan mereka yang aktif dalam media sosial, media bebas serta media alternatif yang tidak pernah sama sekali memisahkan diri mereka daripada PH dalam menempuhi krikil-kritil tajam semua fasa perjuangannya.
Kedua, orang-orang parti yang merasakan penat lelah, peluh dan darah mereka yang tercurah selama hampir 25 tahun ini terbalas juga akhirnya.
Tetapi, setelah PH berjaya mengetuai kerajaan perpaduan, apakah nasib kedua-dua golongan itu sekarang ini?
Untuk siri 1 ini, saya ingin menulis berkenaan nasib golongan yang pertama terlebih dahulu.
Amat menyedihkan sebenarnya apabila setelah setahun mengetuai kerajaan, masih kedengaran rungutan serta keluhan bahawa mereka yang menjaga hal ehwal komunikasi dalam kerajaan perpaduan ini lebih mengutamakan media arus perdana berbanding media parti, portal bebas dan media alternatif yang selama ini banyak berjasa kepada PH.
Banyak cerita-cerita tidak enak kedengaran tentang bagaimana media parti dan media bebas lain atau wakil mereka yang dihargai oleh kerajaan semasa ini.
Sebagai sebuah kerajaan, tidak salah untuk kerajaan pimpinan Anwar ini memberi ruang kepada media arus perdana, tetapi janganlah diketepikan sama sekali media kedua itu, tambahan lagi, media kedua tersebutlah yang selama ini menyokong dan menunjangi kekuatan PH sehingga beroleh kejayaan.
Dan janganlah juga media yang ditubuhkan atas nama kerajaan perpaduan turut diketepikan, sedangkan ia mewakili semua parti dalam kerajaan dan mempunyai pelbagai platform yang tidak kurang meluas sebarannya.
Dalam hal ini, penting untuk disedari oleh mereka yang sedang berkuasa atau menjaga media serta komunikasi bahawa media arus perdana bukanlah media yang setia – kesetiaan mereka boleh tertumpah kepada sesiapa saja yang menjadi kerajaan.
Hari ini mereka bersama PH adalah semata-mata kerana ia merupakan kerajaan yang sedang berkuasa.
Jika PH diumumkan kalah pada jam 11.00 malam di malam keputusan diumumkan pada PRU16 akan datang, seminit selepas itu, media arus perdana sudah pergi kepada tuan baru dan tidak lagi memandang kepada PH.
Hakikatnya, media arus perdana bukan saja tidak pernah menyokong perjuangan PH, malah seringkali ketika PH berada di blok pembangkang dahulu, kerja mereka ialah memberi laporan yang berat sebelah serta menyakitkan hati.
Tidak ingatkah PH berapa ramai pemimpin mereka menang saman fitnah terhadap media arus perdana sebelum ini?
Lagi pula, kalau mahu dikira berdasarkan berkembangnya dunia maya sekarang ini, media arus perdana semakin mengecil pembaca serta peminatnya.
Rakyat bukan saja tidak lagi membeli akhbar bercetak dan portal media arus perdana juga jauh lebih ketinggalan berbanding portal alternatif atau media bebas dari segi jumlah pembacanya, bahkan semakin ramai yang tidak lagi mempunyai peti televisyen di rumah.
Kalau ada pun televisyen, ia hanyalah untuk menonton netflix dan acara-acara sukan saja.
Tontonan utama rakyat ketika ini ialah saluran melalui telefon bimbit masing-masing.
Selain itu, rekod media arus perdana kalau dikira berdasarkan dua PRU yang lalu, mereka boleh dianggap media yang tidak membawa tuah kepada kerajaan.
Ketika PRU14, media arus perdana berpihak kepada BN, tetapi BN kalah pada pilihan raya tersebut.
Pada PRU15 lalu, media arus perdana bersama PN, tetapi PN akhirnya tidak cukup kerusi untuk mengekalkan kerajaan dan PH yang memperolehi kerusi terbanyak sekali.
Apakah PH tidak sedar siapa yang menyumbang kepada kejayaannya dan adakah dalam PRU16 akan datang, PH awal-awal lagi mahu menempa kekalahan dengan terlalu bergantung kepada media arus perdana dan mengenepikan media kedua?
Setelah menjadi kerajaan sekarang, adalah lebih baik jika Anwar dan mereka yang berkaitan di PMO atau Kementerian Komunikasi supaya sedia melakukan sedikit reformasi dalam gerakan komunikasi dengan menggabungkan media parti, media arus perdana, media bebas dan media alternatif dalam semua aktiviti dan penyebaran maklumat tentang kerajaan.
Jangan dilupakan mereka yang setia dan media berkaitan parti kerana media inilah nanti yang akan timbul dan tenggelam bersama PH dalam apa jua keadaan.
Media arus perdana sebaliknya hanya timbul bila PH timbul, tetapi bila PH tenggelam, mereka akan timbul bersama parti lain yang timbul sebagai kerajaan.
Dengan itu, berpada-pada dalam memberi manja, takut bila masa tenggelam nanti, toleh kiri toleh kanan, PH hanya tinggal sebatang kara. – ShahbudinHusin 23/12/2023.