PENGALAMAN DI MASJID.
Rosman Omar
Wife saya cerita katanya viral tentang Masjid di TTDI, tentang staf/ajk yang dikatakan sombong ketika beri makanan berbuka. Saya harap ia sekadar naratif, bukan realiti.
.
Tapi cerita itu tiba-tiba buat saya teringat kembali sekitar zaman 2007/08. Masjid masa tu sunyi, satu setengah saf sahaja waktu maghrib, parking banyak, ramai orang tua.
.
Masa itu, Dr. Maza baru nak terkenal, baru lepas debat dengan Astora Jabat. Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Kazim belum dikenali ramai.
.
Saya masih terpengaruh dengan imej rock, rambut panjang sikit, t-shirt, jeans, kadang malas buka gelang terus je masuk saf solat. selalu kena tegur dengan seorang pakcik ni.
.
Ada sekali saya tergesa-gesa parking, masuk masjid, sebab dah azan, tapi zaman tu parking kereta memang kosong, pakcik tu tegur dengan kuat katanya saya bawa laju dalam masjid semua pandang.
.
Saya rasa malu, rasa berat hati nak ke masjid tu. Tapi entah kenapa saya tiada pikiran kalau tak selesa boleh pergi masjid lain waktu tu. Saya tetap datang dengan rasa sedih cuba elak bertembung pakcik tu dan bercampur dengan kesedaran memang salah saya.
.
Lebih jauh lagi, satu hari masa moreh selepas terawikh, saya pernah beratur ambil kuih, tapi kerana lupa buka gelang dan t-shirt masih rock, pakcik itu tegur lagi, kali ni betul-betul marah dia ungkit semua kesalahan saya lepas-lepas yang dia tegur.
.
Semua nampak, saya rasa rendah diri rasa malu. Entah kenapa la susah sangat saya nak pakai baju melayu elok-elok, kain pelekat, kan cantik pakai begitu. Kurta Jubah memang takde orang pakai lagi masa tu jarang nampak.
.
Hari ini, bila dengar cerita Masjid TTDI, saya teringat pengalaman sendiri. Moga kisah di TTDI tu semua tak benar hanya naratif.
.
Kita belajar bahawa setiap generasi ada cabarannya, yang muda faham cara berbeza, yang tua ada tanggungjawab membimbing.
.
Semoga kita semua, sama ada staf, jemaah, atau anak muda, dapat menzahirkan akhlak terbaik, menahan hati dari prasangka, dan memahami Ramadan sebagai bulan latihan jiwa, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.
MASA PERINTAH DULU BEEBONDING BONDONG KELUARKAN KWSP. BILA UMUR MENINGKAT AKAN MENYUSAHKAN PARA PENCARUM JIKA TIDAK BERINGAT
Che Ibrahim
Pembangkang amat gemar mainkan sentimen rakyat. Padahal bukan dia tak tahu apa tujuan kwsp diperkenalkan.
Sikit lagi bukan setakat belanja raya, belanja awal persekolahan, nak sunat anak, nak kahwin, semua minta kwsp benarkan keluar caruman mereka.
DAH LAMA INYA BERLAKU.
Ramai terkejut dengan pendedahan Rafizi Ramli bahawa Azmin Ali kerap berjumpa Anwar Ibrahim.
DrAA langsung tak terkejut sebab ia berada dalam radar DrAA.
Dulu DrAA pernah tulis mengenai fail hasil siasatan video hotel sandakan Azmin Ali yang telah siap dipenghujung zaman Hamzah Zainuddin jadi Menteri Dalam Negeri. Hamzah sempat baca. Sebelum kerajaan bertukar. 😎😎
Sebab tu serangan keatas Hamzah berlaku. Dia mesti dikeluarkan sebab dia seorang je dalam Bersatu pernah baca hasil siasatan polis terhadap video kabur hotel sandakan.
DrAA juga pernah tulis mengenai serbuan SPRM keatas safe house Azmin Ali. Sampai sekarang tak kena dakwa kan?
DrAA juga pernah tulis pasal kes Hilman yang bawa seorang perempuan mabuk masuk bilik hotel. DrAA taknak ulas panjang sebab dalam bulan Ramadhan. Kes tu pun senyap kan?
Semua kes ini keputusannya dah dibuat semasa Langkah Jepun. Apa dia Langkah Jepun ni? Azmin Ali bertemu dengan PMX di Jepun. Dalam pertemuan ini, Azmin Ali dijanjikan tiada pendakwaan. Syaratnya,
(1) Azmin kena pastikan Bersatu porak peranda.
(2) Azmin kena pastikan PN lemah.
(3) Azmin kena pastikan sebelum berakhir tahun ini PMX boleh bubar Parlimen dengan yakin.
(4) Azmin kena pastikan PMX berjaya menang dalam PRU16.
(5) Kalau perlu, PN perlu beri sokongan kepada PMX untuk bentuk kerajaan selepas PRU16.
Sekarang Azmin Ali sedang melaksanakan perkara itu. Sebagai Trojan Horse kepada PMX dalam Bersatu maka dia telah berjaya menyebabkan Bersatu porak peranda. Hamzah yang cuba sekat Azmin Ali telah berjaya dibuang.
Kini tugas Azmin Ali fokus kepada mengagalkan DrSam untuk pimpin Perikatan Nasional. Tugas DrSam tidak mudah. Dia baru selesai dilantik Pengerusi PN. Selepas ini perlantikan jawatankuasa PN.
Nak lantik Setiausaha, nak lantik Ketua Penerangan. Nak lantik Pengarah Pilihanraya. Semua ni Azmin Ali akan buat kacau. Bersama si Ketua Ceplos Bersatu yang menjadi peliharaan Azmin.
DrAA harap DrSam jelas dengan perkara ini dan jangan lantik langsung Azmin Ali dalam PN. Nanti belum abis Mesyuarat MT PN, maklumat dah sampai kepada PMX.
Macam maklumat ketika nak tukar kerajaan beberapa tahun dahulu, Kerajaan PAS, Bersatu, UMNO. Beberapa hari sebelum pelaksanaan pelan, Azmin Ali bocorkan kepada PMX. Sehingga PMX sempat pintas.
Kepada TSMY, bukalah mata. You are being played by Azmin Ali. Dia pandai beri harapan kepada Tan Sri untuk jadi Perdana Menteri akan datang, tetapi hakikatnya Azmin Ali berkerja secara loyal kepada PMX.
Dr Arman Ashaari (DrAA)
SEWA BELI HELI UNTUK TUDM.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan telah memperuntukkan kontrak bernilai RM16.5 bilion untuk 28 buah helikopter baharu bagi agensi keselamatan, termasuk ATM, bagi menggantikan aset lama seperti Super Lynx.
Kontrak 15 tahun ini disifatkan sebagai strategi mengurangkan perbelanjaan modal awal, menjamin tahap kesiapsiagaan melebihi 85%, dan merangkumi pakej latihan serta penyelenggaraan.
28 buah helikopter untuk menggantikan helikopter lama bagi memastikan operasi udara harian berjalan lancar.
Nilai kontrak RM16.5 bilion untuk tempoh 15 tahun, dengan pembayaran hanya bermula selepas helikopter dihantar sepenuhnya.
Tujuan untuk meningkatkan kadar kesiapsiagaan aset (sasaran 85% ke atas) berbanding pembelian terus yang sebelum ini rendah.
Tentera Darat Malaysia juga difahamkan sedang berusaha memperoleh 12 buah helikopter baharu (seperti Black Hawk atau AW) untuk memperkukuh keupayaan udara mereka.
Rujukan pelbagai,
Oleh Salman Al Farisy
#uniformsoriginal
#salmanalfarisy
#aviationnavalarmour
#UOCG
SPRM BURU 4 ANAK DAIM.
Rojak Malaya
Adakah ini yang dimaksudkan pihak PDRM tentang ada usaha untuk sabotaj kerajaan dengan berpakat bersama media luar untuk mencemar imej Malaysia?
Isteri Daim tengok ja macam tu. Tapi licikkkkkk
PARTI BAGI SURAT TUNJUK SEBAB....GLUUUPP...,
Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini memberi tempoh sehingga esok kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli untuk menjawab isu berhubung dakwaan beliau mengisytiharkan keluar parti.
Surat tunjuk sebab itu dikeluarkan pada 23 Februari lalu, dengan tempoh lima hari diberikan kepada bekas Timbalan Presiden PKR itu bagi mengemukakan penjelasan rasmi mengenai pendirian sebenar beliau.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, kenyataan Rafizi yang membayangkan kemungkinan bertanding pada PRU16 tanpa tiket PKR boleh menimbulkan persepsi bahawa sudah wujud niat untuk meninggalkan parti.
Menurutnya, walaupun ia mungkin sekadar kenyataan bersyarat, persepsi awam tetap memberi kesan kepada imej dan kestabilan parti.
Fuziah menegaskan, surat tunjuk sebab itu bukan bertujuan menghukum, sebaliknya memberi ruang kepada Rafizi untuk menjelaskan keadaan sebenar selaras dengan perlembagaan parti.
Beliau merujuk Fasal 9.1 (c) yang menyentuh mengenai pengisytiharan anggota keluar parti, sambil menekankan bahawa sebarang tindakan perlu dibuat secara tertib dan berlandaskan undang-undang parti.
Tambahnya lagi, tempoh yang diberikan adalah adil dan bertujuan mengelakkan keputusan tergesa-gesa tanpa penjelasan menyeluruh.
Sebarang perkembangan lanjut akan dibincangkan dalam mesyuarat MPP yang dijadualkan pada 1 Mac ini satu tarikh yang kini menjadi tumpuan pemerhati politik.
Terdahulu, dalam temu bual bersama media Cina tempatan, Rafizi membayangkan hasrat mempertahankan kerusi Parlimen Pandan pada PRU16 walaupun bukan atas tiket PKR.
Kenyataan itu mencetuskan gelombang spekulasi dan perdebatan hangat, dengan ramai tertanya-tanya adakah ini sekadar salah faham persepsi, atau petanda retakan besar dalam parti menjelang pilihan raya akan datang?
F18 KUWAIT DIBATALKAN
Ketetapan pembatalan perolehan F/A-18 Hornet dari Kuwait telah dicapai secara rasmi dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang bersidang pada 6 Februari 2026.
Pembatalan ini dibuat bersandarkan hasil laporan teknikal yang komprehensif oleh pasukan penilai TUDM yang telah dihantar ke negara Teluk berkenaan pada hujung tahun lalu.
Penilaian teknikal tersebut mendapati perolehan armada Hornet dari Kuwait akan mendatangkan risiko dan cabaran logistik jangka panjang kepada TUDM.
Sumber :- AirTimes Malaysia
Ulasan :
Program pengantian jet pejuang lama kepada jet pejuang generasi ke-5 memerlukan banyak penilaian dan 'expectation" tentang keadaan geopolitik masa depan.
Nak beli pesawat ni bukannya mudah. Kena fikir tentang 'price tag', kemampuan sistem avionik, radar dan persenjataan untuk tempoh masa yang panjang.
Secara mudahnya perolehan jet pejuang generasi ke-5 akan mengambil masa yang panjang untuk ianya sampai dan boleh digunakan oleh tentera udara kita.
Setakat hari ini jet pejuang generasi ke-5 yang ada dan bakal ada adalah agak terhad.
1️⃣ F-35 buatan Amerika - Jet ni kita boleh lupakan, memang takkan dijual kepada kita. Sebabnya kita bukan sekutu kuat US dan kita juga antara negara islam yang paling tegas dengan Israel. Singapura juga pastinya tidak 'happy' jika US jual F-35 kepada kita.
2️⃣ SU-57 - Pesawat ini dengarnya ada banyak 'kekangan' kalau beli nanti. Spart part dan perolehan teknologinya dikatakan bakal memeningkan pembelinya kelak. Senang cakap banyak isu² belakang tabir kalau beli pesawat dari Rusia ni.
Dari sumber yang 'leak', dengarnya pesawat yang dah delivery ke Algeria tu ada sistem yang tak 'complete" lagi rupanya. Disebabkan oleh sekatan yang dikenakan oleh negara Barat.
3️⃣ KAAN Turki - Pesawat ini masih lagi dalam mode protype. Masih dalam ujikaji dan test. Pengeluaran pertama dijangka pada 2029/2030.
Kalau order sekarang, lepas tahun 2035 jangka baru dapat. Itu pun tak pasti bila...
Buat masa ini tidak dapat dipastikan enjin dan sistem avioniknya dibuat oleh siapa. Samada ia diimport dari syarikat di US atau pun ianya dihasilkan sendiri oleh Turki
4️⃣ KF-21 Block 3 Baromae Korea Selatan - Isunya lebih kurang sama macam KAAN Turki. Kalau Malaysia 'order' sekarang, lepas tahun 2035 baru depa boleh delivery kat kita.
Berkenaan enjin dan sistem avioniknya juga masih misteri. Tidak dapat dipastikan samada dihasilkan sepenuhnya oleh Korea atau pun ada yang diimport dari Amerika juga.
Berkenaan missile dan persenjataan, setakat ini dikhabarkan datangnya dari eropah, bukan dikeluarkan oleh Korea.
Ada yang kata, perlukan kelulusan mereka kalau nak gunakan dalam perang... Bab ni tak pastilah betul atau pun cuma khabar angin saja.
5️⃣ Akhir sekali jet pejuang dari China. Yang ni rasanya memang tak sesuai untuk kita guna. Sebabnya adalah kerana isu pertikaian di Laut China Selatan.
Takkan nak guna kapal 'made in China' untuk 'confront' dengan China. Memang mudahlah depa nak kesan dan 'ayam²'kan kita.
Kesimpulannya, kita cuma ada pilihan dari 2 - 4 sahaja. Masing² ada isunya yang perlu dinilai dan diambil kira secara spesifik sebelum pembelian jet pejuang generasi ke-5 itu dimuktamadkan.
Rafale, Eurofighter Typhoon, Gripen dan segala F siri (kecuali F-22 Raptor) buatan US tu kita tak payah ceritalah... Sebab tu semua jet pejuang jenis generasi ke-4 dan 4.5
Lagi 9 tahun, silap² US dan China dah pakai jet pejuang generasi ke-6 dah rasanya. Kita baru nak guna jet dari generasi ke-5.
Tapi takpalah, atleast taklah jauh sangat kena tinggal banding dengan jet dari generasi ke-4 masa tu.
Begitulah... Susah nak pilih sebenarnya.
#MERZ
FB : Mohd Ezairol Rezan Zainol
PMX MERAIKAN 7 PEMUDA BERANI
Saya telah mengundang tujuh pemuda yang bertindak pantas dan penuh keberanian menyelamatkan seorang ibu bersama dua anak kecil dalam nahas di Kundang baru-baru ini untuk berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana hari ini.
Tindakan mereka yang tanpa ragu mempertaruhkan keselamatan diri demi menyelamatkan nyawa insan lain adalah cerminan nilai kemanusiaan yang luhur serta semangat ihsan yang amat tinggi. Keberanian dan keprihatinan sebegini wajar dihargai serta dijadikan teladan oleh seluruh masyarakat.
Saya juga menyampaikan sedikit saguhati sebagai tanda penghargaan atas jasa dan keberanian mereka. Sesungguhnya, tujuh pemuda ini bukan sahaja wira kepada keluarga yang diselamatkan, malah lambang kemuliaan akhlak, keinsanan dan semangat solidariti rakyat Malaysia yang sentiasa bersedia membantu tanpa mengira latar belakang.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#IslahMADANI
CAS: Benarkah FIFA Sentiasa Menang? 🤔
Sejarah menunjukkan bahawa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) pernah membatalkan hukuman besar yang dijatuhkan oleh badan induk sukan dunia. Antara kes ikonik:
✅ Gabigol (Brazil): Menang rayuan penggantungan 24 bulan.
✅ SK Brann: Menang kes kebebasan bersuara menentang UEFA.
✅ Ysaora Thibus: Tuduhan doping dibatalkan kerana bukti pencemaran.
Ini memberi sinar harapan buat 7 pemain warisan Harimau Malaya yang sedang menanti rayuan. Jika prosedur FIFA didapati tidak adil atau bukti dokumen kita cukup kuat, keputusan memihak kepada Malaysia bukanlah sesuatu yang mustahil.
Keadilan sukan harus tegak di atas fakta, bukan sekadar reputasi badan induk. 🇲🇾
#MalaysiaBoleh #UpdateBola #HarimauMalaya #SportLaw #CAS #FIFA













