WALLA.....
Bukan nak kempen untuk muktamar...akan tetapi generasi bijak pandai alim ualama dalam PAS harus tahu pendirian dan keberanian sebagai orang cerdik pandai, alim ulama dan juga pejuang. Macamana nak pimpin jemaah jika takut dan tidak pernah turun ke padang.Semua cara telah dilakukan sesuai dengan prinsip negara ini, namun apa yang dilakukan tidak berhasil.Jika anda , sebagai pemimpin, dan rakyat sendiri yang celik akan asam garam politik negara, cara apakah lagi yang sesuai???? menerima takdir semata-mata? Ini orang alim ulama boleh jelaskan.
2 pimpinan PAS yang dihormati ini diletakkan dalam blog ini sebagai contoh sahaja kerana mereka ini bercakap soal menerima hakikat dan menentang proses demokrasi. Belum pun ada yang meninggal akibat keganasan dan tidak pun berlaku keganasan. Sebab itu kenyataan tokoh ini ditentang. Banyak lagi tokoh dalam PAS yang bercakap tetapi tidak di letakkan dalam pos ini, supaya generasi bijak pandai dalam PAS, alim ulama dan pejuang harus tahu memilih akan pimpinan di barisan hadapan. Insyallah bagi yang rasa tidak terpaksa atau mahu bersama pimpinan yang lain, anda di persilakan. Dalam hal ini tiada parti mana-mana yang menghasut.......kecuali tokoh pejuang Mat Sabu sebagai Timbalan Presdiden. Mungkin Presiden tidak mengeluarkan arahan, tetapi Mat Sabu bagi arahan..... (jaga-jaga bang Mat..kot nanti kalah dalam pemilihan sebab tak Walla)
Timbalan
presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan untuk
menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang akan
diadakan pada 15 Jun ini.
Mohamad berkata, jawatankuasa PAS pusat hari ini
sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil bahagian dalam
perhimpunan berkenaan.
Perhimpunan tersebut antara lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi
siri perhimpunan untuk membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam
pilihan raya 5 Mei.
"Ya. Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju
untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di
ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataannya itu menjawab teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua
Dewan Ulama Datuk Harun Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau
mengambil bahagian secara sukarela dalam perhimpunan berkenaan.
Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.
Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang.
Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.