APA SALAH ANWAR BERCITA CITA MENJÀDI PM ?



Dato Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menghina dan mengeji anda serta keturunan anda, tetapi kenapa anda berbuat demikian kepada nya.


Adakah dia bersalah kerana memasang impian mahu jadi Perdana Menteri dengan rekod kejayaan nya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri yg cukup cemerlang.


Tahukah anda:


1. Jika anda seorang penjawat awam, anda merasai bonus tahunan yang pertama kalinya diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pd tahun 1993, walaupun prestasi perkhidmatan anda sendiri pun tak percaya cukup cemerlang.


2. Jika Anda seorang Ibu Bapa atau pelajar anda diperkenalkan dengan uniform sekolah patuh syariah pada tahun 1987. Dasar Pelajaran baru diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar selaku Menteri Pendidikan dengan menghapuskan unsur khurafat dan pendidikan penjajah. Guru dan pelajar digalakkan untuk membudaya pakaian sopan dan menutup aurat.


3. Jika anda seorang Kontraktor, anda telah merasai sistem pengagihan kerja secara adil melalui sistem undian di Agensi Kerajaan dan Sistem Payung untuk kerja kerja awam swasta. Sebab itu ekonomi berkembang pesat mulai tahun 1992 hingga 1998.


4. Jika anda seorang muslim, berbanggalah anda menikmati sistem kewangan tanpa riba pada masa kini yang diperkenalkan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1993.


5. Jika anda Alumni UIA, tahukah anda sejarah penubuhannya cukup panjang. Tanpa susok insan Anwar Ibrahim, Universiti ini mungkin tidak akan ujud di bumi bertuah ini. 


Sekadar beberapa sumbangannya kepada anda yang menjadi sejarah, tetapi anda membalas nya dengan kejian dan hinaan yang tidak berfakta.


PH TUNTUT REFORMASI INSTITUSI

 

Sejak tahun lalu Pakatan Harapan telah menggariskan dasar-dasar dan langkah-langkah reformasi serta penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan rakyat negara dari wabak COVID-19, krisis ekonomi dan kemelut politik.

Ini termasuklah:

• Reformasi dan penambahbaikan Pelan Pemulihan Negara dengan memastikan pogram saringan ujian awam ”FTTIS+V” (find, test, trace, isolate and support plus vaccinate) dilaksana dan memastikan sokongan tambahan diberi kepada sistem kesihatan awam;

• Reformasi fiskal dengan meningkatkan jumlah bantuan untuk rakyat termasuk suntikan tunai RM45 bilion secara langsung kepada pekerja, perniagaan dan sektor kesihatan, serta melaksana program moratorium pinjaman bank tanpa faedah demi menyelamatkan nyawa dan mata pencarian;

Reformasi institusi dengan memperkasa Parlimen melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Parlimen, memperkukuh fungsi semak imbang Parlimen, serta mengiktiraf peranan Pembangkang dengan benar-benar dilibatkan dalam usaha dan ikhtiar Kerajaan; dan

• Reformasi perundangan, termasuk dengan melaksana Undi 18 dan Akta Anti Lompat Parti.

Memandangkan Kerajaan terdahulu yang dipimpin mantan Perdana Menteri, Tan Sri Mahiaddin Md Yassin, gagal menangani pelbagai masalah termasuk isu COVID-19, dan memandangkan Jemaah Menteri yang baharu bakal dibentuk, Pakatan Harapan berpandangan bahawa Perdana Menteri wajar memberikan pertimbangan terhadap isu-isu yang dibangkitkan di atas demi rakyat dan negara.

Anwar Ibrahim

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Mohamad Sabu

Parti Amanah Negara (AMANAH)

Lim Guan Eng

Parti Tindakan Demokratik (DAP




AKAI TAK DAK.


 

BERITA MASIH KABUR...

 


Terkini! Azmin sah dilantik TPM, kata sumber


Terkini! Azmin sah dilantik TPM, kata sumber


Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kini menjadi pilihan utama dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Menurut satu sumber, faktor utama yang menjadi pertimbangan ialah beliau telah berjaya mendapatkan sokongan ahli-ahli Parlimen kepada Bersatu.

“Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga mempunyai peluang yang sama kerana beliau mempunyai imej yang bersih.

“Namun kelebihan sekarang hanya kepada Mohamed Azmin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Bagaimanapun, sumber itu berkata, Mohamed Azmin yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berhadapan dengan masalah dengan sayap pemuda parti tersebut iaitu Armada.

“Ini kerana Mohamed Azmin mempunyai organisasinya sendiri iaitu Penggerak Komuniti Negara (PKN) yang merupakan jentera untuk beliau,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, peluang untuk Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula amat tipis bagi jawatan tersebut.

Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu beliau akan mengumumkan senarai barisan Kabinet minggu ini.

Beliau berkata, senarai barisan menteri masih dibincangkan dan pihaknya masih membuat pertimbangan berhubung pelantikan tersebut.

Selain itu, senarai tersebut juga perlu mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong terlebih dahulu.

Desakan berundur: Khalid pertahan Anwar

 

Desakan berundur: Khalid pertahan Anwar


Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan terdapat desakan agar Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan, dakwaan itu merupakan fitnah jahat yang cuba memecah-belahkan gabungan tersebut.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya wujud khabar angin itu dan tidak timbul desakan oleh kedua-dua komponen penting Pakatan Harapan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

“Yang kita bincangkan adalah ke depan ini bagaimana kita akan bawa suara rakyat bersama rakan-rakan pembangkang lain yang telah kita tunjukkan semasa pemilihan Perdana Menteri kesembilan.

“Saya percaya ada puak yang tidak senang dengan muafakat ini dan mereka mencipta khabar angin yang berniat jahat dan tentunya perkara ini tidak timbul sama sekali,” jelas beliau kepada Astro AWANI.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad juga menafikan khabar angin itu dan menegaskan Anwar tidak boleh disalahkan ekoran kegagalan mengambil alih kerajaan.

“Suara-suara dari mereka yang rasa kecewa kerana tidak berjaya ambil alih kerajaan tempoh hari. Tidak boleh disalahkanDSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) kerana 220 MP (Ahli Parlimen) yang memilih terdiri dari mereka yang sudah berpihak.

“Paling kurang kita berjaya dapat satu padukan pembangkang dan mendapat 105 undi, walaupun pihak lawan bertungkus lumus ingin melaga-lagakan kita,” katanya kepada Astro AWANI menerusi aplikasi WhatsApp.

Satu sumber yang rapat dengan PH memaklumkan kepada Astro AWANI terdapat desakan supaya Anwar meletak jawatan sebagai pengerusi gabungan tersebut.

Sumber itu memberitahu, desakan itu disuarakan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH yang diadakan pada petang Isnin.

Desakan agar Anwar meletak jawatan itu dibuat selepas pemimpin DAP dan Amanah mahu PH mendapatkan ketua yang baharu dan menjalinkan kerjasama dengan lebih luas dengan parti lain.


Kerajaan Keluarga Malaysia masih belum stabil, Kabinet bersaiz mega mungkin berulang, kata Pemuda AMANAH

 


Kerajaan Keluarga Malaysia masih belum stabil, Kabinet bersaiz mega mungkin berulang, kata Pemuda AMANAH

August 24, 2021 

Meskipun calon Perdana Menteri Malaysia ke-9 selesai mengangkat sumpah, Dato’ Seri Ismail Sabri dilihat masih belum dapat mencari penyelesaian dalam memastikan kerajaan yang stabil dicapai.

Dalam tempoh tidak sampai 24 jam beliau mengangkat sumpah, sudah kedengaran pelbagai permintaan dan perselisihan sesama mereka dalam menentukan bentuk kerajaan yang ingin dibawa.

Tidak kurang juga kenyataan secara terang-terangan mahu nama Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikekalkan bagi memperlihatkan dominasi parti PN dalam kerajaan.

Di samping itu perebutan secara terbuka untuk mndapatkan jawatan Timbalan Perdana Menteri juga disuarakan parti yang berada dalam kerajaan sekarang terutamanya dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Hal ini menunjukkan kerajaan sekarang masih bergelut untuk memenuhi kehendak parti masing-masing melebihi kepentingan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi negara.

Maka tidak hairanlah mengapa Dato’ Seri Ismail Sabri tidak berminat untuk menubuhkan kerajaan perpaduan bersama pembangkang meskipun saranan dari istana supaya membawa polisi ‘yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua”.

Pemuda AMANAH Nasional melahirkan rasa bimbang sekiranya jalan mudah yang diambil oleh Dato’ Seri Ismail Sabri untuk memenuhi kehendak semua parti yang mengangotai kerajaan dengan membentuk saiz kabinet yang besar. Ini sekali lagi bertentangan dengan hasrat rakyat agar perbelanjaan membiayai kabinet dapat dikurangkan dalam kerajaan baru ini.

Justeru Pemuda AMANAH Nasional ingin mengingatkan Dato’ Seri Ismail Sabri agar tidak mengulangi kesilapan dan kegagalan yang sama seperti kerajaan sebelum ini semata-mata memenuhi tuntutan pihak tertentu dalam gabungan.

MUHAMMMAD TAQIUDDIN CHEMAN
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional

24 Ogos 2021
15 Muharam 1443H

KES KLEPTOKRAT Mahkamah | Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah #UsahaWIRA



Turut dibicarakan di Mahkamah Tinggi hari ini Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan terhadap dua pertuduhan iaitu gagal mengisytiharkan RM2 juta diterima daripada Najib Razak kepada LHDN dan beri penyataan palsu kepada SPRM.

ISMAIL PM-9!! - Hidupkan "KLEPTOKRASI" Najib & Zahid | Apa Nasib Muhyiddin?

ISMAIL SABRI PM? APA KOMEN PENDAKWAH TERKENAL DR DANIEL

JEMPUT TETAMU MASUK RUMAH PH? PERKUKUHKAN RUMAH KITA DULU

 

Pakatan Harapan - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Pertamanya, saya bersyukur setakat ini tiada pimpinan utama dalam PH mahu melayan suara2 sumbang yang masih teringin menjemput parti2 lain ke dalam PH. Dalam mesyuarat Majlis Presiden PH baru2 ini, ketegasan dan ketetapan yang diambil adalah untuk perkukuhkan lagi PH.

Selain dari memperkukuhkan PH, Majlis Presiden juga mengulangi ketetapan bahawa PH menyokong penuh Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi PH.

Satu dua langau di luar sana yang masih meratib tentang perlunya menukar Pengerusi PH, kita sudah lama mengenali mereka sebelum ini. Mereka adalah individu yang sering mencari kesalahan Anwar Ibrahim tetapi mereka sendiri tidak nampak ke hadapan di dalam membantu usaha Pengerusi PH ini untuk mengembalikan mandat rakyat. Mereka cuma mahu menumpang tuah jika Anwar berjaya dan akan kecam Anwar jika Anwar gagal.

Mengapa perlu jemput tetamu luar mengisi rumah kita dalam keadaan rumah kita pun belum begitu kukuh? Apatah lagi tetamu yang kita mahu jemput itu kita kenali orang yang selalu memandang negatif terhadap Pengerusi PH? Di antara tetamu yang mahu kita jemput itu adalah pihak yang merencana dan merancang pengkhianatan sehingga kerajaan PH itu tumbang. Mahu terima tetamu pun lihatlah dulu rekod dan perangai mereka. Belum apa2 lagi, sudah umum mahu bertanding 120 kerusi parlimen. Ertinya, mereka pun tidak berminat untuk bersama PH.

Setakat ini, tiada satu pun parti di luar PH memohon untuk sertai PH. Mengapa kita terhegeh2 untuk meminta PH merayu dan menyembah mereka masuk?

Cukuplah untuk merosakkan keharmonian PH dari dalam. Perkuatkan parti masing2 dan kukuhkan PH untuk hadapi PRU15 nanti. Biarlah nanti kita bertanding atas kekuatan parti kita dan dibantu dengan sokongan rakan di dalam PH. Sampai bila mahu berpaut dengan parti rakan?

WFAUZDIN NS

 

DEMIKIANLAH MOPTI SERBA TAHU

 

May be an image of standing, outdoors, tree and text that says "k_rel11 Mereka semakin berani... Dong Zhong angan buat lupa... boleh dengan baru... kasi angan wat eceh... 1d likes tidak Kan? munibah.ahmad Berdiam mereka tulisanj jawi kita. 1d likes nooraziah7406 @munibah.ahmad ya..asalkan Islam tidak terancam.. like asraff94 Minta Dong Zhong DAP haramkar secepat Mungkin.. Selagi 1d like Liked by amin_idris and others drmaza_official Jika merompak dan penyamun ingin kembali muncul di lapangan, apakah pilihan? Membawa diri ke dalam hutan, atau berlawan sehingga ke penghabisan? fakhri_suelong Cakap salah cakap pun salah. DAY AGO this have"


MOHD MUKHLIS

Benda yang paling bias, dia tanya perompak dan penyamun, tapi dia tak tanya pula part pengkhianat al-ghadr yang dia bagi sertu, pengkhianat yang sokong perompak dan penyamun tadi berkuasa.

Demikianlah mopti, ajar anak-anak kita, jangan berkhianat dengan ilmu kalau tak, jadi terompah kayu macam inilah.

Yang komen tak sedap halwa telinga, for sure kena block, tu yang gigih limit komen takut kena tegur secara ilmiah.

 

Tumpukan PRU 15, PH hanya kurang 6 Ahli Parlimen untuk tubuh kerajaan



Pasca pelantikan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pakatan Harapan (PH) sewajarnya tidak perlu lagi melayan politik picisan pergolakan dalam kerajaan BN-Perikatan Nasional.

Sebaliknya, menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, kerja utama PH adalah mengukuhkan gabungan dan merancang strategi menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 yang tidak sampai dua tahun daripada sekarang.

"Blok pembangkang, khususnya PH tidak perlu jadi budak nakal di dalam Parlimen ataupun di luar mengganggu dan menggugat tak tentu hala PM yang baru dilantik ini.

"Biarkan Ismail Sabri menguruskan pentadbiran negara. Jika Ismail Sabri menghadapi asakan atau diganyang oleh saingan politiknya dari Bersatu atau lain-lain parti dalam payung besar PN-BN, ambil sikap, itu urusan dalam klik pemerintah sekarang. Kalau cerita penglipur lara di sebut, “ Biarkan si Luncai, terjun dengan labu-labunya.”

"Jadi apa yang PH perlu lakukan sekarang selepas terlepas peluang untuk kembali jadi kerajaan? Jawapannya mudah. Tumpukan segala tenaga dan fikiran kepada PRU ke-15 yang akan datang dalam tempoh tak sampai dua tahun lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Tegas Hassan, dalam memperkukuh gabungan pembangkang tidak wajar timbul suara-suara yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim

Menurut beliau, pembangkang perlu sedar mereka hanya kekurangan 6 Ahli Parlimen untuk berjaya membentuk kerajaan minggu lalu dan jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang sukar untuk diperolehi dalam PRU ke 15.

"Dalam hal ini jangan campak Anwar ke bawah bas selepas gagal persaingan PM ke-9. PH amat memerlukannya untuk menjadi komander dalam menghadapi PRU akan datang.

"Lupakanlah segala syor dan cadangan supaya Anwar terlibat dalam kerajaan perpaduan ataupun kerjasama bi-partisan. Kalau PH yang memimpin kerajaan, mungkin idea kerajaan perpaduan atau kerjasama bi-partisan itu masuk akal dan berfaedah. Tetapi kalau PH ibarat melukut di tepi gantang, yang tak dijemput, tak diundang, jangan sampai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

"PH bukan satu jenama yang koyak dan kalah. PH adalah jenama politik untuk masa depan. Harapan hanya kurang 6 undi sokongan untuk mendapatkan majoriti membentuk Kerajaan Persekutuan. Itu tak susah diperolehi di dalam PRU akan datang," katanya.

Mengakui beliau beberapa kali pernah berbeza pendapat dengan Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar dan pernah tidak mengikuti arahan Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat, namun katanya beliau tidak sampai ke tahap sanggup meminta Anwar berundur daripada memimpin PH.

"Dalam keadaan sekarang, minta maaf saya cakap, janganlah ada kawan-kawan dalam PH yang suruh Anwar letak jawatan. Saya dengar ada cadangan minta PH pilih pemimpin lain. Mereka berhujah kononnya, Anwar sudah tak diperlukan lagi. Ini semua “nonsense”. Cakap-cakap seperti itu datang dari Deep State, dari musuh yang memang hendak menghancurkan PH dan Anwar Ibrahim terutamanya.

"Anwar sudah jadi Perdana Menteri hari ini jika dia tunduk terhadap tututan Kluster Mahkamah dari Umno. Anwar tidak berkompromi. “Rule of law” atau kedaulatan undang-undang mesti dipelihara, dijunjung dan dihormati. Perjalanan proses keadilan tidak boleh dicemar. Itu sikap Anwar. Apa yang Anwar buat itu betul. Dalam keadaan krisis rebut kuasa, Anwar lulus dalam ujian. Dia tidak gila kuasa, tetap mempertahankan idealisme reformasi yang diketuainya lebih 23 tahun lalu, bukannya kilauan jawatan dan keberahian kuasa Perdana Menteri diutamakan. Anwar memilih kepentingan rakyat dan negara pada jangka panjang

"Anwar juga sudah ada di Pejabat PM hari ini kalau dia menanggih sedekah dari GPS di Sarawak dan tunduk terhadap tekanan dengan berjanji jawatan itu dan ini. Anwar tidak tergoda untuk meraih sokongan seperti pengemis politik. Pengerusi PH dan Presiden KEADILAN ini ada maruah, ada integriti. Dia tetap tenang dan tawakal," katanya.

Hassan mengingatkan rakan sekutu mengenai peristiwa terpenjaranya Anwar buat kali kedua akibat fitnah pada 2015 yang menyebabkan Pakatan Rakyat ketika itu dengan mudah dihancurkan oleh BN secara memujuk Pas menginggalkan gabungan.

Katanya, akaibat yang samaakan berlaku jika Anwar disingkirkan kali ini

"Usah Anwar cuba dipinggirkan. Bayangkan senario yang pernah terjadi. Selepas PRU-13, Anwar dihumban oleh regim Umno-BN Najib ke penjara. Pakatan Rakyat pecah dan hancur.

"Jangan lupa, orang yang bernama Anwar inilah yang bangun dan muncul kembali dari dalam penjara membina semula perpaduan parti-parti pembangkang sehingga PH berjaya menumbangkan Umno-BN dan Najib dalam PRU Mei 2018 lalu.

"Jadi kepada Anwar, saya berharap supaya tenang dan fokus. Ini tugas sejarah anda untuk memimpin rakyat menghadapi PRU ke-15 akan datang supaya kita dapatkan semula mandat rakyat dan bangunkan sebuah negara moden yang progresif, yang adil dan demokratik.

"Sebuah kerajaan rakyat untuk rakyat, semua kamu dan agama dengan berasaskan dasar keadilan untuk semua," katanya lagi.

 

Lawatan PM 9 ke Yan adakah gimik memperkenalkan diri, bakal menteri kabinet?

 

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mempersoalkan lawatan ke kawasan bencana 'kepala air' di Yan yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam bersama sebarisan 'pasukan baharu' beliau.

Menurut Ketua AMK Malaysia, Akmal Nasir, lawatan tersebut mendapat pelabagi reaksi di media sosial dan tidak kurang yang mempertikaikan isu-isu berbangkit, seperti rombongan PM tiada penjarakan sosial serta situasi seolah-olah melobi jawatan di dalam jet eksekutif.

"AMK mempersoalkan tindakan Datuk Seri Ismail, PM dan gerombolan yang dilihat seperti tidak ada perasaan empati dan simpati ketika lawatan ke Kedah yang terjejas akibat banjir lumpur baru-baru ini.

"Sementara kita hargai peruntukan yang disalurkan bagi membaiki kerosakan dan membantu mangsa-mangsa banjir, lawatan beliau semalam seolah-olah tidak memahami derita dan kesengsaraan mangsa-mangsa bencana.

"Adakah benar seperti gambar tular menunjukkan terdapat sekumpulan Ahli-ahli Parlimen Umno seperti YB Pasir Salak, YB Padang Terap, YB Kuala Krau, YB Rompin, YB Lipis dan YB Jempol yang menaiki pesawat eksekutif bersama Perdana Menteri?



Menikmati hidangan dalam jet eksekutif PM

"Tidak hairan terdapat pandangan netizen di laman media sosial menganggap ini sebagai lawatan sambil belajar yang merugikan tanpa menghiraukan kesukaran rakyat.

"Juga terdapat satu rakaman video yang menunjukkan PM dan kumpulannya gagal mematuhi SOP terutamanya penjarakkan fizikal dengan kehadiran yang sangat ramai, malah rombangan kenderaan dikatakan pula melebihi 50 buah kereta?" katanya.

Tambah Akmal, ketidakpatuhan Prosedur Operasi Piawai (SOP) oleh rombongan Ismail mencemar namanya kerana sebelum ini beliau adalah menteri yang mengumumkan SOP dan tindakan kepada sesiapa yang melanggarnya.

"Apakah ini contoh yang baik daripada seorang PM yang sebelum ini ditugas menyediakan serta mengumumkan SOP bagi mengekang penularan wabak Covid-19?

"Selain itu, apakah keperluan didirikan billboard besar yang tertera ayat "selamat datang dan tahniah Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob atas pelantikan sebagai PM Malaysia Ke-9" di tengah-tengah kawasan bencana?

"Adakah ini program ‘gimik’ untuk beliau memperkenalkan diri kepada mangsa bencana yang masih menanggung musibah bahawa beliau adalah PM Malaysia yang baharu?" tanya Akmal lagi.

Tegas Akmal, Ismail perlu menunjukkan sikap lebih bersederhana berbanding Mahiaddin Yassin yang dikritik hebat sebelumnya.

Bukan meneruskan tradisi kepimpinan Umno-BN sebelum ini yang terkenal bermewah-mewah dalam lawatan singkat menjengok kehidupan rakyat.

Akmal berharap, semoga PM baharu berlapang dana menerima teguran anak muda dan menumpukan fokus kepada permasalahan wabak Covid-19 dan suasana ekonomi yang semakin meruncing.

 

SIAPA TPM... BN, BERSATU ATAU GPS?

 

Meeting sana sini panas...


May be an image of 2 people and people sitting


NORMAN RADZUAN


Khabarnya MKT UMNO merasa bimbang apabila meeting MKT ditangguhkan. Ini kerana ada yg berkata MKT bimbang perlantikan Menteri oleh Ismail dipengaruhi Bersatu dan membelakangi MKT. Meeting PH juga berlangsung tadi agak sedikit panas utk pelbagai isu tapi kembali redha.

Bila Muhyiddin letak jawatan tak sampai 1/2 jam ada yg bertanya saya siapa PM9? Bila Ismail Sabri dia anugerahkan jawatan PM tak sampai 1/2 jam mereka bertanya pula siapa bakal TPM? Manalah saya tahu saya bukan Agong dan saya juga bukan org BN....Description: 😂

Kita sebenarnya tak perlu ambil peduli siapa Ismail nak letak. Sebab ini kerajaan mereka iaitu kerajaan 69. Siapa bakal TPM panas kerana dikatakan ia menjadi rebutan pelbagai parti.

Kita hanya boleh membuat andaian. Pendapat saya kemungkinan besar 'Kerajaan 69' ini tidak mewujudkan lantikan TPM utk atasi kemelut perebutan jawatan. Mungkin 5 jawatan Menteri Kanan diwujudkan... 2 UMNO, 2 Bersatu dan 1 GPS. PAS atau pun Tok Peti mungkin dpt Menteri Agama Description: 🙈...andaian saya begitulah.

Wah sibuk PM kita meeting sana sini. Begitulah tugas PM. Selamat berjaya Abg Mail dan jaga negara ini baik2.

 

JUAL LAH KUDA MERAH TU BAYAR BIL LETRIK....BUDAK BUDAK BUKAN MENGAJI FREE

 


W.FAUZIN

Waktu Pandemik Covid ni, ramai yang hilang pekerjaan, ramai susah nak makan dan ada yang bunuh diri akibat tekanan hidup. Kalau ada duit lebih tu eloklah bantu mereka yang susah nak makan.

Tentang bil tertunggak pondok lebai ni, aku sarankan dia jual la kuda mewah dia tu untuk bayar bil letrik. Lagi pun selama ni pelajar di pondok tersebut bukan mengaji free. Tak rugi berkorban jual vellfire atau kuda mewah tu, di syurga nanti boleh naik kuda lagi cantik dan laju siap ada bidadari yg lebih cantik dari fikah atau Leena. Setakat 6 bulan bil letrik tu berapa sangat. Mahal lagi plet kereta lebai....

 May be an image of text that says "Mokhtar Dup Sampai dah bill pemotongan letrik pondok An Nuur untuk 5 bulan sebelum pondok cuti hingga kini). Bill untuk keseluruhan bangunan dlm kawasan Pusat Pendidikan Islam An Nuur. Jika ada sesiapa diluar sana yg berkelapangan rezki dan ingin membantu kami mengelak pemotongan ini boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangam ke akaun pondok an nuur maybank): 556011018085. Mudahan Allah mencahyakan kubur kita dengan asbab kita mencahyakar rumah Allah dan institusi agamaNya. Terima kasih. UMS Kuantan Pagang. Pomdok An Nuur. 23.8.21"

Setelah kerajaan PN tumbang, Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat

 


Setelah kerajaan PN tumbang, Azalina letak jawatan Timbalan Speaker Dewan Rakyat


Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said mengesahkan telah meletak jawatan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Keputusan itu dibuat selaras dengan pelantikan Perdana Menteri baharu dan permintaan rakyat untuk memastikan kerjasama pelbagai pihak.

Dalam satu kenyataan, Azalina berkata, keputusan mengosongkan jawatan itu bagi membolehkan kerajaan dan pembangkang mendapatkan lebih banyak ruang untuk membetulkan semula Dewan Rakyat agar ia benar-benar dapat berfungsi sebagai forum persaingan profesional dan kolaborasi mengenai dasar dan pentadbiran.

“Saya akan menyokong sebarang pembaharuan kerajaan dan pembangkang dalam usaha mencari penyelesaian yang bijak secara kolektif.

“Saya juga berbesar hati dan menganggap ia merupakan suatu penghormatan yang besar untuk diberi peluang berkhidmat sebagai Timbalan Speaker selama 13 bulan yang lalu,” katanya dalam kenyataan media, malam ini.

Azalina turut mengemukakan tiga sebab peletakan jawatannya sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

“Pertama ialah kapasiti moral peribadi sebagai Timbalan Speaker. Terdapat konflik peranan dan tanggungjawab dalam menjadi Ahli Kerja Majlis Tertinggi UMNO dan sebagai Ahli Parlimen dalam gabungan kerajaan yang memerintah.

“Kejadian yang sudah berlaku menunjukkan keputusan yang bertentangan membabitkan UMNO sebagai parti dan Ahli Parlimen kerajaan gabungan.

“Pada masa depan, Speaker dan Timbalan Speaker perlu digantung daripada sebarang jawatan parti untuk memastikan beliau tidak berpihak, yang merupakan elemen utama jawatan berkenaan, seterusnya supaya beliau dapat berfungsi dengan berkesan tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya.

Sebab kedua ialah melibatkan tanggungjawab rasmi sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, katanya.

“Perkembangan dalam masa 17 bulan lalu telah mendorong saya untuk memikirkan kecacatan institusi Parlimen kita dan batasan saya untuk melaksanakan tugas dengan baik tanpa menjejaskan sikap profesional dan integriti saya.

“Sistem nilai peribadi saya berkaitan dengan peraturan undang-undang, demokrasi berparlimen, semak imbang sejak Pengisytiharan Darurat pada bulan Januari 2021 juga konsisten. Kekecewaan saya adalah pengetahuan umum dan alasan yang diketahui,” tambah beliau.

Sebab ketiga pula, katanya ialah kurangnya rundingan dan keputusan bersama yang mempengaruhi prestasinya sebagai Timbalan Yang Dipertua.

“Mengikut Peraturan-peraturan mesyuarat, seorang Timbalan Speaker tidak boleh membuat
keputusannya sendiri di Dewan Rakyat.

“Membuat keputusan secara bersama, tidak memihak, adil, dan saling menghormati adalah elemen utama yang saya mahukan lihat di Parlimen Malaysia,” kata Azalin.

Mahkamah keluar sapina, panggil doktor perjelas keadaan Ahmad Zahid

 

Umavathi Ramayah
Mahkamah keluar sapina, panggil doktor perjelas keadaan Ahmad Zahid
Prosiding ditangguhkan memberi ruang kepada pasukan pembelaan untuk berbincang dengan doktor berkenaan sama ada dapat hadir ke mahkamah hari ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini mengeluarkan sapina ke atas seorang doktor pakar hospital swasta untuk hadir ke mahkamah bagi menjelaskan keadaan kesihatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Perintah itu dikeluarkan selepas Presiden UMNO itu tidak hadir pada perbicaraan kes rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana milik Yayasan Akalbudi yang dihadapinya, pada Selasa.
Hakim Collin Lawrence Sequerah mengeluar sapina itu ke atas Dr Mohd Shahir Anuar dari Hospital Pakar Avisena, Shah Alam untuk hadir ke mahkamah pada pukul 3.30 petang, Rabu.
"Kes ini tidak boleh ditangguh lagi, saya mahu kes ini diselesaikan pada tahun ini juga. Adalah tidak adil bagi tertuduh dan mahkamah untuk terus menangguhkan kes ini terlalu lama.
"Kes ini mula disebut di mahkamah pada 2019," katanya di sini, pada Selasa.
Mahkamah | Ahmad Zahid masuk hospital, perbicaraan ditangguh
Hakim Collin Lawrence turut meminta wakil daripada kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan untuk hadir pada prosiding yang ditetapkan esok.
Terdahulu, prosiding ditangguhkan hampir satu jam bagi memberi ruang kepada pasukan pembelaan untuk berbincang dengan doktor berkenaan sama ada dapat hadir ke mahkamah hari ini.
Sebelum ini, kes Presiden UMNO yang menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram.
Ia melibatkan puluhan juta ringgit dana milik yayasan itu ditangguh beberapa kali termasuk terbaharu tiga minggu lalu selepas pejabat seorang daripada peguamnya terdedah dengan jangkitan COVID-19.

Ismail Sabri bakal pilih Peja sebagai TPM?

 


Panas! Ismail Sabri bakal pilih Peja sebagai TPM?


Pemilihan pemimpin dalam kalangan pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Timbalan Perdana Menteri dilihat langkah terbaik untuk menjamin keharmonian dalam kerajaan.

Penganalisis politik yang juga Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir berkata, tiga nama daripada Bersatu yang dilihat layak dan berpotensi mengisi posisi itu ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu; Setiausaha Agung, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Menurutnya, kelayakan itu berdasarkan pengalaman politik dan kekananan dalam parti serta prestasi dalam kerajaan.

“Walaupun jawatan itu tiada dalam perlembagaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka melantik salah seorang pemimpin kanan daripada Bersatu bagi menjamin keharmonian dalam perikatan itu.

“Saya berpandangan, salah seorang daripada mereka tetapi bergantung kepada Presiden (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Sebelum ini, jawatan Perdana Menteri dipegang oleh Bersatu.

“Walaupun dalam tempoh singkat, UMNO kemudian menjadi timbalan.

“Itu adalah masa untuk UMNO membalas jasa dengan menyeimbangkan kedua-dua jawatan ini. Ia dapat menjamin keharmonian dalam perikatan berkenaan, selain memudahkan Perdana Menteri dalam urusan pentadbiran negara,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Jeniri berkata lagi, memang wajar dan menjadi hak Bersatu untuk menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri atas beberapa justifikasi, antaranya Perdana Menteri sudah menjadi milik UMNO.

Selain itu katanya, Bersatu merupakan parti kedua terbesar dalam blok kerajaan menjadikan ia paling berhak menuntut jawatan berkenaan.

Apa pun katanya, Timbalan Perdana Menteri yang dilantik perlu mudah untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri, selain dapat menguatkan lagi kedudukan kerajaan dalam usaha melaksanakan tugas harian dan dasar yang diputuskan.

“Gandingan di antara PM dan TPM amat penting kerana mereka perlu serasi dan saling membantu dalam urusan dan keputusan besar.

“Hak melantik TPM di tangan Perdana Menteri. Dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini, tiada TPM dan dalam perlembagaan juga tiada, hanya lantikan politik.

“Disebabkan konvensi atau amalan sejak zaman dahulu lagi, boleh untuk kita meneruskan kesinambungan dan kepimpinan dalam kerajaan,” katanya.

Katanya, Ismail Sabri juga harus mempertimbangkan cadangan mewujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri dengan memilih salah seorang dalam kalangan pemimpin dari Sabah dan Sarawak.

Jelasnya, dua nama yang harus dipertimbangkan ialah Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

“Lagi baik kalau dapat wujudkan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri kerana kenapa tidak untuk ambil peranan dengan mengambil orang Borneo?

“Ia sesuai dengan aspirasi asal pejuang kemerdekaan Malaysia,” ujarnya.

Sumber 

Panas! Netizen berang PM langgar SOP

 

Panas! Netizen berang PM langgar SOP


 

Dah jadi PM tak perlu lagi patuh SOP..

Ini kelebihan jadi org nombor satu..!

Ini permulaan kepada kerosakan apabila UMNO kembali ke tahta kerajaan..

Sumber | Facebook Wan Makette