VIDEO INI BOLEH DIDAKWA SEBAGAI MEMFITNAH - SAMA ADA KAMU MINTA MAAF ATAU DISAMAN TERHADAP KAMU- BEBAS BERCAKAP BUKAN FITNAH DAN AKAN DIAMBIL TINDAKAN


 

KENYATAAN MEDIA BERKAITAN 3 WALAUNTIT MEMFITNAH.

 



KENYATAAN MEDIA:


Kemunculan video fitnah terbaharu ke atas Kerajaan Perpaduan melibatkan tiga siswi propembangkang menunjukkan bahawa pihak berkenaan tidak pernah insaf dan langkah mengatasinya hanya boleh diambil melalui tindakan tegas.


Memberi amaran dan meminta mereka memadamkan hantaran video itu semata-mata bukanlah langkah yang praktikal kerana mereka hanya diam seketika dan akan muncul dengan video yang lebih ekstrim.


Pembangkang tidak akan serik memfitnah malahan menjadikan golongan terpelajar sebagai penyampai kandungan fitnah tersebut tanpa memikirkan kesan ke atas siswi berkenaan sekiranya diheret ke muka pengadilan.


Dalam hal ini, sekurang-kurangnya ada dua sebab besar yang memerlukan pihak berkuasa bertegas - pertama, membendung kegiatan fitnah daripada terus berleluasa agar negara ini terselamat daripada suasana tidak harmoni; kedua, menyelamatkan modal insan terutama golongan terpelajar daripada terjerumus dalam kancah kebencian sebaliknya memupuk mereka menjadi insan yang berguna kepada negara.


Kerajaan dan pihak berkuasa dalam kes penyebaran video fitnah begini perlu bertindak keras dan segera ke atas pemfitnah serta dalang kes itu tanpa ragu-ragu bermula sekarang.


Tidak perlu lagi terlalu lunak dan "besar jiwa" kerana pembangkang tidak pernah menghargainya, malahan lebih "ganas" meracuni fikiran masyarakat tanpa ada sedikit pun perasaan bertanggungjawab.


Bertindaklah dengan tegas dan segera sebelum nasi menjadi bubur. Tidak guna kita hanya baru tengadah setelah teruk terhantuk di  tembok fitnah.


ALIAS ISMAIL,

Ketua Penerangan MPN PKR Terengganu,

10 Februari 2023.




[LANGSUNG] PM tunai solat Jumaat di Islamic Center of Thailand Ramkhamha...


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menunaikan solat Jumaat di Islamic Center of Thailand Ramkhamhaeng Soi 2 Islamic Center of Thailand Ramkhamhaeng Soi 2, Ramkhamhaeng Rd, Khwaeng Suan Luang, Khet Suan Luang, Bangkok.

Tahap kepuasan terhadap Anwar 68 peratus - Kaji Selidik

KETIBAAN PM MALAYSIA! DI SAMBUT MEGA PEMIMPIN NEGARA THAILAND SEMPENA LA...

HOI HOI YA HOI, INI MENANTU SIAPA?

Lebai Parti Pas Perak Tiba² Mohon MAAF Pada Ds Anwar Ibrahim. Fitnah LGBTT

MGNews: PM DS Anwar Solat Jumaat Di Pusat Islam Thailand

VAKSIN DIBELI TANPA KELULUSAN PEGUAM NEGARA?



“Saya tak faham kenapa kabinet seperti yang diumum oleh PMX buat keputusan untuk bentang kertas putih mengenai perolehan vaksin. Kononnya perolehan dibuat dengan tidak teratur tanpa kelulusan Peguam Negara. “Keputusan perolehan vaksin telah dibawa ke kabinet untuk kelulusan. Biasanya agensi-agensi berkaitan beri ulasan terlebih dahulu ke atas Memorandum Jemaah Menteri untuk perolehan vaksin.

RENTASAN 1307 | GEMPAR!! ISU PROJEK JABATAN IMIGRESEN: NIIS SUDAH JADI '...

[LANGSUNG] Sidang media Perdana Menteri sempena lawatan kerja ke Thailan...

NAMPAK GAYANYE ANAK BAPAK BELA BAPAK- JADINYE BAPAK DIA YANG MENANG LA YE...PANDAI KOME KELUARKAN FATWA SONGSANG.



 NI LE ANAK SI LEBAI RAZMAN KASTAM TU. OLAMAK LE KATAKAN...SEBAB TU DIA

 SUKA CAKAP FITNAH MACAM ORANG KENA KETUM JE LAGAKNYE..TAPI PADAN JE

 MUKE TEMAN ..SEBAB SEKALI DIA BUAT  MUKE SEDIH TEMAN KENA MAAFKAN . DOA

 WALAUN DEME TU KENE JAGE JAGE....MUJARAB...INGATAN JUGE BUAT SI NUSI DAN

 MAHIADDIN..NANTI SOH LE LOYA LOYA DEME TU MINTA MAAF

 YE...HAAAA...GITEWWW...JANGAN DEME JADI TENGIN HANGIT.....BIOR JE LOYA LOYA

 DEME RUNDING TERUS- TAK PAYAH NAIK MAHKAMAH...BUAT APE..NANTI MANE NAK

 NYEQOKEH DUIT JOTA JOTA NAK MEMBAYOR NYE.





NGAPE LE KOME NI. INGAT DONIA TAK HABIH HABIH- NAK ORANG NGEJE HAJI UMRAH PUN NAK MENYAKAW BAB TIKET-TAK INGAT NERAKE KE ?

 

SPRM bongkar sindiket rasuah agihan kuota tiket penerbangan umrah.



Sumber SPRM berkata, enam individu terdiri daripada pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan ditahan dalam operasi khas di empat negeri semalam.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar sindiket menentukan pengagihan kuota jumlah tempat duduk penerbangan bagi agensi pembekal perkhidmatan umrah dengan meminta rasuah dikatakan berbentuk komisen.

Menurut sumber SPRM, enam individu terdiri daripada pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan melibatkan enam syarikat ditahan dalam operasi khas di empat Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah semalam.

Semua lelaki berumur 34 hingga 55 tahun itu kemudiannya dibawa ke ibu pejabat SPRM di sini, petang semalam.

Menurut sumber itu, sebuah syarikat terbabit dilantik oleh sebuah syarikat penerbangan antarabangsa sebagai ejen tunggal untuk mengurus dan mengagihkan kuota tempat duduk bagi setiap penerbangan mengerjakan umrah.

Ads by Kiosked

“Modus operandi sindiket ialah mengenakan bayaran rasuah antara RM50 hingga RM250 bagi setiap kuota tiket untuk jemaah umrah.

“Bayaran ini bagi memastikan agensi umrah mendapat kuota tempat duduk dalam setiap penerbangan dijadualkan.”

Sumber berkata, sindiket itu dipercayai menjalankan kegiatan terbabit sejak 2018 dan 216,000 tiket dikatakan diagih dengan bayaran rasuah sekurang-kurangnya berjumlah RM10.8 juta.

Menurutnya, agensi pelancongan umrah dikatakan terpaksa membayar kos tambahan berbentuk rasuah bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapat tempat duduk penerbangan dan ini dipercayai antara faktor harga tiket penerbangan umrah tinggi.

Katanya, semua yang ditahan kini direman empat hari hingga Isnin depan selepas Majistret, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan di Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16 (a) Akta SPRM 2009.

Ads by Kiosked

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang mengesahkan penahanan itu berkata, lebih ramai dijangka ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.


PERTAMA KALI KOME DENGOR PEJA BERI PENDAPAT AGAK BIJAK. TIDAK MEGAPE HANIS SEBABNYE KERAJAAN INI BAIK MENDONIA. HANYA PERMOHONAN MAAF...KIRA OK...

 

Hukuman Hanis peringatan untuk hormat masyarakat majmuk, kata bekas menteri


facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
email sharing button 

Ahmad Faizal Azumu berkata, hukuman ke atas Hanis Nadiah Onn
 merupakan peringatan bahawa komen berbaur perkauman tiada ruang
 dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

PETALING JAYA: Dua bekas menteri belia dan sukan menyambut baik penggantungan ke atas pemain hoki negara, Hanis Nadiah Onn daripada mewakili negara selepas membuat komen rasis baru-baru ini.

Ahmad Faizal Azumu berkata, hukuman itu merupakan peringatan bahawa komen berbaur perkauman tiada ruang dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

“Rasa hormat antara satu sama lain adalah asas paling penting kepada masyarakat kita dan sebagai seorang pemain hoki kebangsaan, Hanis harus bertanggungjawab atas komen tersebut,” katanya dalam kenyataan.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula berkata, hukuman itu perlu dijadikan contoh kepada persatuan dan atlet lain supaya sentiasa menghormati kepelbagaian budaya agama dan bangsa di Malaysia.

“Ia juga untuk pastikan tindakan sebegini tidak berulang lagi,” katanya kepada FMT.

Terdahulu, Hanis hari ini dilaporkan menerima penggantungan itu dengan hati terbuka dan bertekad tidak mengulangi kesilapan sama, selain mengingatkan atlet lain sentiasa berhati-hati membuat sebarang hantaran di media sosial.

Semalam, Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) memutuskan Hanis digantung serta tidak dibenarkan mewakili pasukan kebangsaan ke perlawanan antarabangsa, susulan komen berbaur perkauman berkaitan konsert penyanyi AR Rahman bulan lepas.

Bagaimanapun, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menganggap hukuman itu sangat keras berbanding kesalahan Hanis.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq mempersoalkan sama ada Fadhli tahu selok-belok sukan berbanding keputusan KHM yang sudah lama dalam industri itu.

Beliau mencadangkan Fadhli meneliti keputusan KHM dan permohonan maaf oleh Hanis yang mengakui kesilapannya.

Ads by Kiosked

“Pada masa sama, isu ini bukan isu kecil kerana sukan adalah ejen penyatuan terbaik untuk memberikan contoh terbaik, khususnya apabila dia mewakili nama baik negara di persada antarabangsa,” katanya.


KAMI REDHO KERANA SUKA MEMFITNAH ?


 

BLOG INI AKAN KEMBALI PADA AHAD DIBAWAH PENGURUSAN BARU. SELAIN MENDESAK MENTERI LEMBAB FAHMI MELEPASKAN JAWATAN.



Blog ini akan diaktifkan semula Ahad ini dimana seorang pengurus baru akan mengendalikannya.Walau pun blog ini hanya mengenegahkan berita dari tiktokers dan fbookers tetapi ianya menjadi lidah pennyambung kepada golongan bawahan untuk mendapatkan maklumat dan pendedahan demi menegakkan berita dan bukan fitnah. 

Oleh kerana komitment pengurus lama agak terhad maka pengurus baru dilantik  sebagai pengendali blog ini.

Selain mendesak Menteri Komunikasi dan Multimedia Digital ini melepaskan jawatan kerana gagal dalam tugas beliau sebagai menteri, sebaliknya elok beliau menjadi tukang sorak sahaja.

Bukan sahaja kawasan beliau kurang hadir majlis kenduri kendara ..maklumat yang kami dapat, akhbar parti tidak dapat berfungsi dengan baik..sedangkan parti  PKR adalah  induk kepada pembentukan kerajaan perpaduan ini. Masakan akhbar tidak dapat dihidupkan dengan melantik wartawan dan juga dihidupkan semula akhbar sekurang kurangnya edaran untuk kawasan pedalaman.Selain Suara Keadilan Online sepatutnya setaraf akhbar online yang lain.

Amatlah malang , akhbar Suara Keadilan gagal kerana Menteri lepas dan kini gagal berfungsi dan mengharapkan akhbar lain yang membuat liputan, sedangkan akhbar sendiri sepatutnya di hidupkan di beri nafas baru sesuai Anwar Ibrahim dilantik sebagai PM. Tak rasa malukah anda ?