YB YANG BENAR BERKHIDMAT...BUKAN YB TAK GUNA TU..TAKAT VIRAL JA....


 

PUJAAN HATI WALAUN


 

KEH..KEH KEH...APA PUNYA SIOT.


 

NI SEMUA PEROSAK AGAMA YA NI. PATUT HUKUM SEBAT JA.


 

MB KEDAH NI BUKAN CERDIK SANGAT. DIA JA JADI PUJAAN WALAUN


 

JANGGUT PANJANG SEDEPA PUN MAKI JUGA


DKH-KD  HARON




 2 tokoh agamawan ni ada pengikut masing2 dan berasal dari negeri yang sama iaitu terengganu


seorang tu nama dia datuk dr zulkifli al bakri ada tesis phd dari usm..dia lebih disukai orang ramai panggil nama dia dgn dr zul sahaja dan tak suka dipanggil ulamak..pernah menjadi mufti wilayah ke7 dan boleh memberi fatwa dan walaupun kadangkala fatwanya kurang disokong oleh ramai orang tetapi tugasnya sudahpun selesai untuk agamanya..apabila mufti2 atau ustaz2 di negeri lain tak sokong pandangan dr zul,belum pernah lagi kita dengar mulut beliau memerli atau mencaci maki dengan menggunakan perkataan bodo,natang,setang,kafir dan lain2..pernah viral dahulu tentang bahasa pasar terengganu itu dikatakan adalah biasa..ya mungkin untuk orang awam memang biasa tapi untuk seorang yg tahu tentang agama,bila perkataan itu sering diucapkan itu sangat luarbiasa..apabila agama kita sering dijadikan bahan ketawa,adakah kita hidup dalam khayalan lawak jenaka?


seorang lagi kita tahu ialah ustaz azhar idrus..wataknya berlawanan dengan datuk dr zulkifli al bakri walaupun dari negeri yang sama..


buka hati dan minda,adakah agama islam ikut nafsu kita yang suka ketawa dan jenaka??


“Celakalah bagi yang berbicara lantas berdusta hanya karena ingin membuat suatu kaum tertawa. Celakalah dia, celakalah dia.” (HR. Abu Daud no. 4990 dan Tirmidzi no. 3315. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan)


tengah trending sekarang sapa benci ulamak boleh unfriend..begitulah taksubnya seseorang terhadap individu yang disukai..malaysia ni ramai je orang yg pandai agama,jadi tak perlu taksub melampau


anda tak suka saya berkata pasal ulamak anda,anda pun boleh unfriend saya..




Khawarij: Bertindak sebelum terlambat

 

MS0 


Khawarij: Bertindak sebelum terlambat

SUSUPAN PAGI

KEWUJUDAN kumpulan parti politik disebut berfahaman Khawarij, yang mengambil pendekatan kekerasan dan sombong hendaklah diberi perhatian serius. Kumpulan ini sombong, langsung tidak boleh ditegur dan menganggap mereka sahaja Islamik. 
Persidangan Majlis Raja-Raja. Hiasan.

Kumpulan ini hanya mengakui mereka sahaja yang benar,  manakala yang lain terkeluar dari Islam, pihak lain semuanya kafir dan wajar diperangi.

Paling membahayakan sejarah kumpulan ini menganjurkan pembunuhan kepada pihak yang tidak selari dengan pemikiran mereka. Dizaman selepas kewafatan Rasulullah S.a.w kumpulan yang tidak bersetuju dengan para sahabat melancarkan pembunuhan ke atas pemimpin selepas Rasulullah.

Pemahaman ini sedang menyubur di negara kita. Perkara ini "disebutdedahkan" oleh mundir Rafit Al Mustopa Machang Muhaizad Muhammad menerusi satu youtubenya yang boleh diakes dalam medsos.

Menurut Muhaizad kumpulan ini ekstrem dan sangat ego tidak boleh dikritik langsung dan akan menganggap mereka sahaja benar manakala golongan lain sebagai kafir.

"Sesiapa yang mengkritiknya akan dianggap kafir, terkeluar dari Islam" tegas Muhaizad.

Membahayakan fahaman ini kerana ia dipraktikan oleh sebuah kumpulan politik. Muhaizad tidak menyebut kumpulan politik itu, tetapi segala tindak tanduk haraki itu mengarahkan kepada fahaman Khawarij dan Syiah yang telah diketahui umum.
 
Kumpulan Khawarij ini sama dengan fahaman politik Syiah yang mana sanggup mengkafirkan dan membunuh pihak yang tidak selari dengan pemikirannya. Jelas Muhaizab pada mulanya berlaku perbahasan politik untuk merebut kuasa dalam Syiah kemudian ia bertukar menjadi iktikad, akidah.

"Mula perbahasan politik untuk merebut kuasa sahaja tetapi ditukar menjadi iktikad," kata Muhaizab. Inilah yang berlaku dan dilakukan oleh kumpulan berkenaan menjadikan fatwa politik sebagai akidah.
Apa disebutdedahkan Muhaizab itu sesuatu yang sangat bahaya kepada kehormonian hidup ummat dinegara ini jika ia dibiarkan tanpda sebarang tindakan tegas.

Justeru sudah sampai masanya kalau pihak berwajib termasuk Majlis Raja-Raja Melayu sendiri membuat satu "dikrit" agar mana-mana kumpulan politik tidak dibenarkan terjebak dengan fahaman berkenaan, apa lagi mengambil fahaman itu sebagai akidah politik.

Majlis Raja-Raja yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal agama Islam wajar bersidang untuk membuat semakan dan ketatapan, kalau perlu mengharamkan parti yang mengambil fahaman berkenaan, diharam, haramkan.. kerana ia sangat merbahaya.

Terutamanya parti yang bernuansa Islam yang menggunakan Islam sebagai nama parti mungkin boleh dipertimbangkan semula kebenarannya kerana kencenderungan mereka ke atas itu lebih besar. Sekiranya penggunaan nama Islam boleh menimbulkan masalah, menjejaskan kestabilitan kerajaan elok sahaja ia diharamkan.

Adalan sangat bahaya kedudukan dan nama Islam dipakai dalam parti politik apabila ia diguna untuk merancuni dan menuba pemikiran rakyat dengan tujuan memberi gambaran bahawa parti mereka sahaja berhak memperjuangkan Islam, manakala parti lain tidak. 

Rakyat yang tidak berpengetahuan dan taksub akan berpegang parti berkenaan sahaja yang patuh "disujudi".Mengajak rakyat berpegang kepada sesuatu yang karut adalah berdosa dan merugikan negara.
 
Selain daripada itu, Kementerin Dalam Negeri (KDN) juga perlu mengambil langkah pencegahan penyebaran fahaman Khawarij seperti disebutdedah Muhaizad itu. Saifuddin Nasution Ismail boleh meminta mana-mana badan membuat penyedilikan berhubung hal ini untuk diambil tindakan.
Apa-apa peristiwa yang berbau tindakan politik berunsurkan fahaman berkenaan sebelum ini mungkin boleh dijadikan hujah dan alasan untuk bertindak. 

Jangan tunggu terlalu lama untuk mengambil tindakan. Suatu masa dahulu Mahathir Mohamad semasa menjadi PM pernah mencadangkan untuk bertindak ke atas parti menggunakan Islam sebagai nama, tetapi tidak diteruskan. Mungkin Mahathir takut kehilangan kuasa dan tentangan dari puak-puak itu. Anehnya hal sama dilaksanakan ke atas Jemaah Darul Arqam tanpa berhadapan dengan masalah besar. Bukankah ekoran penjernihan ke atas Arqam itu akhirnya menyedarkan ahli jemaah berkenaan yang disesatkan oleh pemimpinnya sebelum ini. 
 
Rasanya tidak perlu takut kepada tentangan balik dari puak-puak itu, melawan musuh untuk menegakkan kebenaran dan melupuskan kekufuran adalah WAJIB. Baik rebah sekali daripada suatu hari rebah tidak boleh bangkit lagi. Baik kalah kerana menegakkan yang haq daripada bersikap tawakus kerana takutkan kepada tindakan musuh. Trims. [wm.kl. 11:17 am 26/12/23]

ASHABUL KAHFI KRISTIAN?

Pencuri tabung dikait dengan PAS?, 'Rakyat ke Exco utama?', Datuk ketua ...

MALAYSIA BOLEH – KAHWIN EMPAT UNTUK BINA EMPAYAR KUASAI TENDER KERAJAAN



Sanggup berkahwin empat untuk menubuhkan kartel syarikat bagi menguasai tender kerajaan, itu antara modus operandi dikesan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) dalam siasatannya terhadap kegiatan tipuan bida.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Iskandar Ismail berkata ketika ini pihaknya menyiasat 500 syarikat dipercayai terbabit dalam kegiatan tipuan bida projek, salah satu bentuk kartel menyebabkan kerugian terhadap dana kerajaan.


Menurutnya, syarikat terbabit berkomplot dengan memasuki tender projek sama dan menentukan pemenang berdasarkan harga telah ditetapkan.

“Macam-macam mereka buat, ada yang kahwin empat supaya boleh bina empayar syarikat…contohnya syarikat A bapa mentua bini nombor satu pegang manakala syarikat B bapa mentua bini nombor dua…begitulah seterusnya.

“Mereka boleh cipta satu empayar 50 syarikat masuk sekali (tender), jadi mereka monopoli tender yang sepatutnya dibuat untuk mendapat syarikat menawarkan perkhidmatan berkualiti pada harga terbaik,” katanya dalam temu bual dengan Astro Awani.

“Tetapi mereka buat satu ilusi bahawa itu yang terbaik, bila menang mereka sub kepada orang lain.”

Ismail berkata MyCC pada masa ini juga memfokuskan kepada komplot bidang makanan dan pertanian yang dapat dilihat menerusi denda berjumlah RM415 juta terhadap lima syarikat kerana membentuk “kartel makanan ayam” untuk menetapkan harga.

Bagi meningkatkan fungsi MyCC dalam mencegah kartel, beliau berkata pihaknya merancang menambah 60 pegawai penyiasat pada tahun depan menerusi peruntukan RM10 juta di bawah Belanjawan 2024.

“Ketika ini hanya ada 17 pegawai penyiasat sahaja yang tidak mampu untuk ke pelbagai lapangan untuk siasatan.

“Fungsi dan peranan MyCC untuk menangani kartel perlu diperhebatkan tahun depan apabila kerajaan laksana kaedah subsidi bersasar,” katanya.



AMK desak AS terima gencatan senjata di Palestin


 Oleh: Abdullah Zaid


Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia hadir dalam perhimpunan anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) malam tadi di luar bangunan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) bagi mendesak kuasa besar dunia itu menerima gencatan senjata di Palestin.


Timbalan Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perhimpunan itu bertujuan menghantar mesej solidariti rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin selain mendesak pembunuhan penduduk Gaza dihentikan.


"Kita mahu menyampaikan mesej bahawa penindasan dan pembunuhan besar-besaran yang dilakukan oleh rejim Zionis perlu segera dihentikan.


"Selain itu, pendirian kita jelas bahawa kita menolak tindakan AS yang menolak gencatan senjata dianjurkan PBB (resolusi Majlis Keselamatan) mengenai kemanusiaan di Gaza.


"Justeru, kita berharap isu Palestin terus dizahirkan oleh semua rakyat Malaysia tidak kira agama mahupun bangsa," katanya kepada Suara Keadilan.

Mohd Izuan Ahmad Kasim

Sementara itu, Ketua AMK Selangor Mohd Izuan Ahmad Kasim yakin penganjuran piket yang bermula malam tadi hingga 31 Disember ini bakal mendapat sambutan orang ramai terutama golongan muda.


Hal itu katanya, selain mendirikan khemah, acara-acara solidariti yang lain juga mampu mengisi kemeriahan penganjuran itu.


"Jika kita lihat pada malam ini pun, ramai anak-anak muda turun bagi memberi sokongan dan solidariti kepada rakyat Gaza.


"Oleh itu, saya yakin penganjuran selama enam hari ini akan lebih ramai yang menyertai terutama anak muda bagi menyatakan solidariti mereka kepada rakyat Palestin," ujarnya lagi.

KAH..KAH ..KAH...MASUK ISTANA BUDAYA DAN FITNAH SERTA KHIANAT , MIMPI BASAH GANG HILANG MODAL ANGKAT SUMPAH DAN KERAJAAN BARU PEMBANGKANG BERMIMPI BASAH!

KONONNYA KERAJAAN TUMBANG--GANG KAKI FITNAH BUAT CERITA .DENGAR RAFIZI JUMPA TUN M & DAIM! WALAUN SEBARKAN berita ini...


Penyokong pembangkang sehingga kini masih lagi menyebarkan propaganda kononnya Kerajaan Perpaduan bakal tumbang dalam masa terdekat walaupun sudah berkali-kali jangkaan mereka meleset. Bahkan timbul dakwaan bahawa Kerajaan Pusat akan bertukar Jumaat ini selepas beberapa kali tarikh yang digembar-gemburkan, tidak berlaku apa-apa. Sudah lebih setahun sejak Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetuai pentadbiran negara, namun ura-ura Perdana Menteri baharu akan mengangkat sumpah cuma dilihat sebagai persepsi yang dimainkan laskar siber. Terbaru, salah satu akaun pro PN mendakwa Rafizi Ramli pada 25 Disember lalu telah bertemu dengan dua orang ‘Tun’ untuk menyelamatkan kedudukan Perdana Menteri. Perkara itu turut menarik perhatian Rafizi yang menganggap propaganda mereka semakin mengarut. “Makin mengarut dah ni. Satu hari 25 Disember aku duduk rumah melayan 11 Tun. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/kerajaan-bak... 2. https://harapandaily.com/patutlah-pas...




RENTASAN 1513 | PANAS!! 'GHANIMAH' EXCO PAS DI TERENGGANU DIPERSOAL?INGAT LAGI KETIKA TERENGGANU DILANDA BANJIR, MB DI NEW ZEALAND. KINI MB HADIAH KERETA.



MENARIK DALAM RENTASAN 1513
1. TULISAN DI DINDING AMANAH 2. KERAJAAN PERPADUAN YANG SENTIASA DIPERKUKUH 3. LESEN YANG DI ‘ALI BABA’ KAN… SIAPA YANG MULA? 4. DI SINI RANCAK, DI SANA RANCAK, 'GHANIMAH' EXCO DI TERENGGANU DIPERSOAL


PILIH PEMIMPIN TIDAK BOLEH AKAL SEPARUH

 


Pemimpin bukan pembaca berita.


Kalau pembaca berita, kerjanya cuma baca teks yang disediakan. Dia tak bertanggungjawab atas teks yang dia baca. Ada unit yang sediakan berita. Pemberita cuma kena belajar sebut istilah atau nama supaya tak kedengaran pelik. Kalau kandungan berita tu salah, tak boleh nak salahkan dia sangat.


Tapi pemimpin tak begitu. Dia kena bertanggungjawab dengan apa yang dia baca. Memanglah ada pegawai yang sediakan teks. Tapi pemimpin tu kena semak dulu apa yang ditulis. Kena selari dengan apa yang dia nak sampaikan. Kalau tak sesuai, kena betulkan. Mana boleh pemimpin main baca je.


Kalau ada pemimpin yang cakap lain tapi buatnya lain, kemudian salahkan orang yang sediakan teksnya tu, memang pemimpin tu cap ayam la. Memang tak layak jadi pemimpin. Layak jadi mat parking je. Kalau ada la pemimpin macam tu. Tapi rasanya takde. Di Malaysia pemimpin semuanya hebat-hebat belaka.


Bukan senang nak jadi pemimpin ni. Tanggungjawab besar. Setiap kata adalah janji. Pemimpin tak boleh tersalah cakap. Tak kiralah kalau pun teks ucapannya orang lain yang sediakan tetap dikira dia yang berjanji. Sebab tu kalau nak lantik pemimpin kena cari orang yang cerdik. Tak boleh jenis akal separuh. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


PMX DAN PM THAI BERTEMU DI PHUKET

 



Berkesempatan bertemu dengan rakan sejawat Srettha Thavisin di Phuket, Thailand semalam.


Dalam pertemuan secara santai ini, perbualan kami sempat menyinggung beberapa perkara penting, antaranya terkait soal pelancongan Malaysia-Thailand.


PM Srettha menyatakan kesediaan Thailand untuk mempromosikan pelancongan di Phuket, Langkawi dan kawasan lain di utara Semenanjung negara secara bersama memandangkan peningkatan mendadak pelancong Malaysia ke Thailand.


Selain itu, kami berdua turut bersetuju untuk menyegerakan Projek Jalan Sadao-Bukit Kayu Hitam serta Projek Jambatan Sungai Golok-Rantau Panjang.


Saya dan PM Srettha juga sepakat untuk bersama-sama membangunkan wilayah selatan Thailand dan utara Semenanjung secara lebih pesat, sekali gus menjamin limpahan ekonomi dan kemakmuran buat rakyat di kedua-dua wilayah ini.


Jawatankuasa khas peringkat tertinggi antara kedua-dua negara perlu melaporkan kemajuan projek dan perkara-perkara yang telah dipersetujui pada pertengahan bulan depan.


Kami juga sempat bicara terkait situasi banjir yang berlaku ketika ini dan Insya-Allah esok saya akan turun ke Kelantan bagi meninjau sendiri situasi yang semakin membimbangkan di sana. Semoga Allah segera mengangkat bencana ini.


#MalaysiaMADANI


Foto: Arkib



GANU KITE


Zaidi Hassan


 Saya mempunyai kawan taulan dari Terangganu dari sekolah menengah, mereka datang dari daerah yang berbeza di Terangganu dan dengan latar belakang keluarga yang beragam. Ada yang datang dari Losong, Tanjong di Kuala Terangganu, ada yang dari Ajil dan Kuala Berang, ada yang dari Dungun dan Kemaman. Tak kiralah yang daripada Besut, kerana slang mereka sama dengan kita di Kelantan.


Dalam pergaulan yang hampir mencecah setengah abad sudah, tidak pula saya perasan yang style percakapan mereka itu kasar mahupun kesat - tidak lah pula membodoh- bodoh orang lain. Laras percakapan mereka sama dengan orang Melayu di negeri-negeri lain - kecuali sebutan 'ng' pada perkataan yang berakhir 'n' mahupun 'm', dan pada perkataan yang hujung dengan 'r' disebut dengan'u'.


Mungkin saja ada golongan kecil dari orang Terangganu yang percakapan mereka itu kasar  dan kesat, mungkin sebahagian kecil anak muda jalanan

yang tidak berpendidikan. Sukar untuk kita bayangkan seorang yang berpendidikan, apa lagi seorang yang melalui pendidikan agama bercakap dengan ratibnya " bodo" kepada orang lain, menyesatkan orang yang berbeza faham dalam soal yang remeh.


Kita semua tahu dan mahu menjunjung perentah Allah dan perentah Saiyyidina Rasulullah sollallahu alaihi wasallam supaya menjaga kata-kata kita, supaya tidak meremeh dan membodohkan orang lain. Kerana perbuatan sedemikian  adalah pembayang sikap sombong bahkan sikap takabbur. 


Islam bukan setakat mengajar kita hukum halal dan haram dalam ibadah bahkan mengajar kita akhlaq dan halal dan haram dalam muamalat sesama manusia.


Semoga kawan kenalan dari Terangganu dapat menjelas perkara ini yakni adalah lafaz-lafaz kesat seperti membodoh dan menyesatkan orang lain itu adakah kebiasaan yang memang diterima oleh orang Terangganu, kalau memang begitu maka saya lah yang naif, tidak mendalami cara percakapan orang Terangganu. Hanya saya yang menyangka saya mengenali orang Terangganu.Saya memohon maaf kepada orang Terangganu


Ada tulisan saya " Catitan Shaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani tentang Terangganu" yang telah dijadikan satu bab dalam buku " Orang Terangganu" yang disunting Prof Dr Muhammad Bakar dan diterbitkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Terangganu


Saya masih teringat ungkapan yg kerap diucap oleh rakan dari Ajil waktu di sekolah dulu : "tang setir baru ye" ( hentam sebutir baru ya [padan]),  atau gurauan kami pada rakan dari Kuala Berang " kaye raje dia, banyak nyalok dia - ceh, embuh, ceh , embuh" - dan kami ketawa bersama




LEBAI SAMPUL


 

ANTARA PENSYARAH UNIVERSITI DAN PENCERAMAH POPULAR


Di universiti, pensyarah dilantik kerana ilmu. Sepopular mana pun seseorang, kalau jahil, tak akan dapat mengajar di universiti. Syarat sekarang, kena ada PhD.


Di masjid lain pula. Penceramah dijemput kerana popular. Sealim mana pun seseorang, kalau tak popular, masjid tak berapa minat nak jemput. Syarat, kena popular.


Pensyarah mengajar sehari paling kurang dua kelas. Kena semak kertas ilmiah pelajar, buat kajian, tulis dalam jurnal, bentang kertas ilmiah dan macam-macam. Habis kelas makan tengahari, bayar sendiri. Ikan temenung dengan sayur kubis goreng campur ikan bilis.


Masuk kelas, keluar kelas anak murid tak cium tangan pun. Kadang-kadang anak murid tak kenal pun. Berselisih bahu di jalan lagilah, anak murid buat tak kisah saja. Silap haribulan anak murid "maki" sebab tak puas hati dengan pensyarah. Dalam kelas, kalau dahaga, carilah air sendiri. Tak ada sesiapa nak layan.


Penceramah popular datang masjid 5 minit sebelum Maghrib. Lepas solat, kuliah. Buat lawak bodoh sikit, cerita hal peribadi sikit, cerita bab rumah tangga sikit, sebut boddo sekali dua, kuliah pun tamat. Makan malam, penganjur sedia. Kadang-kadang, disantun di restoran ada kelas.


Anak murid cium tangan. Selipar mahal pun anak murid susunkan. Diiring sampai ke pintu kereta dan pintu ditolong bukakan. Kereta dah berjalan, anak murid lambai-lambai lagi. 


Dalam kereta, penceramah popular buka sampul atau semak dalam bank secara atas talian. RM1,000 atau RM1,500 dah masuk. Penceramah senyum puas. Penceramah beritahu pemandu Alphadnya, besok pagi jangan lupa, kuliah subuh dan dhuha pula. 


Penceramah popular ulang berceramah perkara yang sama. Berkali-kali isu ceramah sama saja, asalkan tempat ceramah berbeza. Datang kuliah lenggang, keluar kuliah terus dapat duit.


Pensyarah universiti, habis kelas belum dapat duit. Kena tunggu hujung bulan. Berapa? Ya, katakan RM10,000 sebulan. Penceramah popular dapat RM1,000 x 2 kali kuliah x 30 hari. Berapa? Ya, RM60,000 sebulan. 


Tolak pi tolak mai, katakanlah RM30,000 sebulan. Ngaji tak setara mana, mengajar tak setara mana, dapat sebanyak itu. Pensyarah punya teruk, dapat hanya sepertiga pendapatan penceramah popular.


Pelajar keluar universiti dapat ilmu. Jemaah keluar kuliah penceramah popular dapat apa? Dapat modal maki orang? Dapat akal untuk jadi Khawarij? Dapat modal nak sembang lawak di kedai kopi?


Ya, saya mungkin keterlaluan dalam membuat perbandingan. Tapi itulah realiti meskipun tidak tepat sepenuhnya. 


Kita sudah lama "diperbodohkan" oleh penceramah popular. Atau istilah yang lebih kejam, "penceramah cari makan dengan jual agama". Sudah-sudahlah. Carilah pintu keluar untuk masalah ini. Pintu keluarnya sudah banyak terbuka, cuma kita yang masih belum mahu keluar.


Saya bukan pensyarah universiti dan bukan penceramah popular. Saya menulis atas kapasiti sebagai anggota masyarakat yang mahu mengeluarkan masyarakat daripada kebodohan.



JANGAN SALAHGUNA KUASA

 

Larry Jabul


Hidup jika berjiwa besar, pasti tidak akan membawa kegagalan kepada generasi penyambung... Bila Perjuangan dipajakkan maka harus la bersedia berdamai dengan takdir...

KOLEKSI LABU LABI


 

BERSATU GELABAH PASAI PA


 

MATI KATAK


 

KALAU BENCI ,JANGAN SAMPAI TAK JUJUR PADA ILMU

 

Dari semalam banyak aku tengok walaun post artikel yang memuji Azhar Zamrul Idrus. Macam-macamlah diungkit. Sampai kata Azhar yang suburkan budaya belajar agama di Terengganu.


Bagi aku itu cuma damage control. Sebab nak baiki imej Azhar yang tercalar kerana kerana perbuatannya sendiri. Akhirnya tabiatnya yang suka kata orang bodoh dan sesat tu makan diri.


Aku lihat usaha walaun ini bererti mereka mengakui yang perangai Azhar suka bodohkan dan tuduh orang sesat sebagai perbuatan jelek dan tak boleh diterima.


Tapi nasi dah jadi bubur. Bagus walaun ingatkan juga Azhar kalau membenci pun, jangan sampai tak jujur pada ilmu. Semoga dia dapat pengajaran dan perbaiki kesilapan dirinya. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KISAH LEBAI BUAT LAIN AMAL LAIN

 

Ada seorang doktor selalu beri nasihat tentang cara hidup sihat. Ajar cara nak pastikan diri sihat, ajar cara pilih makanan, nasihat itu dan ini tentang kesihatan.


Tapi dia sendiri pun tak buat. Dia makan apa saja yang melintas depan mata. Merokok, pengotor, pendek kata jauh beza la apa yang dia ajar dengan yang dia buat.


Apa pandangan kita dengan doktor yang begini? Dia memang berkelayakan sebagai doktor. Ada sijil yang sah. Cuma amalannya tak sama dengan yang dia ajar.


Mungkin apa yang dia ajar tu betul tapi tak boleh nak salahkan orang kalau ada yang curiga. Sebab perangai dia tak memperlihatkan dia macam orang berilmu.


Sebenarnya itu kisah rekaan. Setahu aku tiada doktor begitu. Tapi kalau ulama yang ajar lain tapi buat lain tu memang wujud. Dalam ceramah ajar suruh ikut sifat Rasullullah saw. Tapi perangainya sendiri tak betul.


Ulama itu dikatakan pewaris Nabi saw. Tapi tak semua boleh mengaku pewaris Nabi saw. Pewaris Nabi saw kenalah punyai akhlak yang mirip dengan Nabi saw.


Tapi kalau sifat ulama tu pun jauh beza dengan sifat Nabi saw, nak kata pewaris Nabi sawnmacamana? Dan bolehkah ulama itu dijadikan ikutan? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

GOLONGAN AGAMAWAN SEOLAH OLAH SEMUANYA SUCI

 

Salah satu masalah dalam masyarakat kita adalah menganggap golongan Agamawan suci dan tidak akan melakukan kesalahan walhal tidak. Mereka adalah manusia biasa dan tetap melakukan kesalahan seperti kita.

.


Benar,ilmu mereka lagi tinggi,sumbangan mereka lagi banyak. Tetapi itu bukanlah pemberat dalam neraca kebenaran. Bila salah,ianya harus ditegur dan diperbaiki.

.


Adakah kita perlu belajar sampai berpulub tahun seperti mereka untuk bagi teguran?

.


Tidak. Dengan hanya tahu satu kebenaran, cukuplah untuk menegur sebarang kesalahan yang berlaku di hadapan kita. Kalau tidak mampu dengan kuasa,tegur dengan lisan. Jika dengan lisan pun tidak mampu,tegur dalam hati.

.


Ada pula yang kata kenapa tidak tegur secara berhadapan?

.


Ada banyak hujah yang boleh digunakan untuk jawab soalan ini tetapi prinsip yang paling jelas adalah segala kesalahan ilmu yang dibuat secara awam, perlu ditegur secara awam. Ianya bukan bertujuan menghina tetapi untuk perbaiki kefahaman orang awam dan damage control.

.


Bagi saya, tidak jatuh sedikit pun maruah seorang Asatizah yang memohon maaf atas khilaf mereka. Sudah ramai yang berbuat hal demikian dan masih lagi dihormati. Terbaru, Ustaz Pahrol memohon maaf atas kekhilafannya dalam Tazkirah harta yang tidak digunakan selama 40 hari akan dihisab. Dia mohon maaf selepas ditegur. Orang makin respek.

.


Kawan, usahlah kita taksub pada tubuh badan manusia. Hebat mana pun dia,tinggi mana pun ilmunya, dia tetap manusia dan pasti dia akan lakukan kesalahan sepertimana kita lakukan. Hormat bukan bererti mengiyakan segala perkata termasuk kesalahan. Hormat adalah apabila orang itu betul,kita sanjungi dan bila dia salah, kita tegur.

.


Selamat pagi.



PUAK PUAK BODO CAM GINI PUN RAKYAT BOLEH PERCAYA KAH ?



Real story, memang dorang buat kerja habis-habisan nak tukar kerajaan. Pengakuan Premier Sarawak, Abang Jo sendiri, memang ada wakil yang berjumpa dengannya baru-baru ini untuk memujuk GPS supaya menyokong PN. Ini memang berlaku.


Tapi Abang Jo dah tegaskan GPS akan terus bersama DS Anwar dalam Kerajaan Perpaduan. Mungkin cerita yang Jumaat kerajaan bakal tumbang tu sebab yakin sangat GPS akan sokong mereka. Mereka rasa GPS akan setuju kalau Samsuri jadi PM.


Kalau mamat ni kata kerajaan dah tumbang, tak apa. Kita tunggu sidang parlimen berikutnya. Ada tak usul undi tak percaya. Kalau tak ada, memang sembang kari la. Sebab PM boleh hilang jawatan cuma dengan usul undi tak percaya je. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KATEGORI MANUSIA BOLEH LIHAT CONTOH


 

WALAUN MENGGELABAH SEMACAM NIH


 

KITA NEGARA BERBAGAI KAUM.


 

TAK TAU NAK CAKAP JUGA


 

ALASAN KONONNYA TV SWASTA TAK BOLEH USIK MEMANG ALASAN LEMAH.


 

Apa guna jadi Menteri Media yang memerintah negara ketika ini. Adakah pihak swasta lebih berkuasa dari kementerian multimedia ini? 

Jika kita ingin menunjukkan bahawa kerajaan Madani ini adalah kerajaan yang bertolak ansur tetapi para lebai walaun yang maki hamun kerajaan hatta PM sendiri dihentam maka itu bukan tolak ansur. Itu bukan kerana pihak swasta, tetapi lemah lembab dan tiada daya usaha untuk mencegah.

Fahmi yang kebanyakkan rakyat sedang menyumpah dengan pretasi beliau masih lagi terhegeh hegeh dalam mengendalikan hal ini dan dilihat lembab serta lemah.

Gagal mengekang serangan tiktokers walaun dan PN dilihat gagal dalam tanggungjawab beliau. Tak malukah kamu bergantung pada probono yang siang malam melawan fitnah pembangkang. Kamu senang senang goyang kaki lagi. Ingat jadi menteri hadap rasmi sana sini kah ?

Kalau dilihat di astro oasis para penceramah termasuk azhar idrus masih lagi bagi ceramah ? Salah kah..tak salah. Tapi masih banyak lagi yang boleh diambik dari walaun lebai yang  maki hamun kerajaan siang malam. Hang jadi menteri . Akai hang letak mana ? Kuasa yang ada kenapa  tak  guna..owh pihak swasta. Kenapa tak runding elok elok. Menteri kot. Banyak lagi penceramah yang boleh diambil oasis. Dato ustaz Samsuri. Dato Ustaz  kazim, Dato Badrol, Banyak lagi yang boleh diambil. Cumanya Oasis suka yang maki kerajaan ? Tak boleh pikir kah bila pegang jawatan Menteri Komunikasi dan Multimedia ,maka tugas memantau dan mengambil tindakan ada tanggungjawab Menteri.


JKOM

Sampai la ni diam. Entah kemana peranan jkom bila diletakkan dibawah menteri tak berfungsi. Senyap..akhbar dibawah menteri juga kah ? Pun diam. Slow tak menarik. 

Patut akhbar tu dijadikan rujukan kepada media lain. Takat keluar berita online 5 story sehari, probono tak berbayar puloh beras ribu pun buat selamba ja...Bila PM ada dari PKR bermakna Suara Keadilan harus digerakkan dengan lebih  agresif dan jadikan ia sumber utama. Nak gerak macamana kalau akhbar online pun sumber terhad dan kakitangan juga  sekadar ada 2@3 orang..kah..kah...memalukan la woiii...


Peranan dan tugas JKOM ni nak kena tangkis peranan puak puak PN yang hari hari sebar fitnah dan persepsi. Kalau harap rakyat jadi cersik ,tapi kerajaan pula ada peranan melalui media masa, selain perlu menangkis serangan puak puak khawarij dan persepsi PN, Jkom perlu punya team yang tahu membalas serangan dan membela kerajaan. Bukan dok diam tak berbuat apa apa. Team pula bukanlah team yang lesu dan nak sakaw duit saja, tapi peranan perlu kepada memperkenalkan kerajaan Madani ini seluruh rakyat. Bila rakyat faham, maka rakyat tak mudah terima propaganda pembangkang.

Malangnya peranan ini tidak menonjol. Sedangkan bagi yang selalu mengikuti dan penyokong faham betapa PMX telah berusaha keras dalam banyak bidang. Bantuan,penambahbaikan pelaburan, bantuan kepada rakyat, pun masih lagi rakyat tak puashati. Sebab apa ? Sebab penyampaian kerajaan lemah.










NAK KENA MAKI PERGI LAH TOLONG

 


Banjir besar melanda kelantan dan trengganu dijangka lebih buruk dari kejadian 2014.


Kita kena bantu.. sediakan 4x4 dan pasukan pembersih dan pemindahan semula.


Tapi kalau kita datang pakai baju PH, PKR dan DAP apakah mereka akan terima bantuan kita? Kenderaan kita juga ada stiker PH DAP sebesar2nya..


 🤣😂🥲😅😆



PENCERAMAH TAK PANDAI BUAT LAWAK, MAKI ORANG, KAPIRKAN ORANG ,BODO KAN ORANG...MANA NAK LAKU.

 

Hapiz Kodiang


Sesetengah masjid memanggil penceramah tersohor dengan memberikan honorarium RM10K. Namun apabila pihak masjid maklumkan pada saya bayaran demikian tiada masalah kerana dengan kehadirannya, kutipan untuk masjid boleh mencecah RM30-RM50K. Ia berbaloi daripada menjemput yang biasa seperti saya, di mana kutipan pun hanya sekadar lepas untuk saguhati pengkuliah yang tidak seberapa. 


Itu yang membezakan penceramah yang boleh menyumbang kepada tabung masjid berbanding orang macam saya yang hanya sekadar untuk memenuhi jadual kuliah bulanan masjid.


Jangan diviral pada amaun honorarium yang besar sahaja. Lihat pada return kepada masjid. Bagi masjid² yang tidak mampu, jemput saja level² macam saya. Jangan bandingkan dengan masjid lain. Hal bayaran besar dalam sesetengah keadaan tidak jadi isu masjid yang ditadbir oleh golongan profesional, bekas teknokrat, businesmen dan hartawan di bandar² besar.


Saya di sini merujuk kepada pengkuliah biasa! Itu kelebihan Ustaz Ustaz Azhar Idrus dan angkatannya... dia ada sumbangannya tersendiri.


Dr HK

27.12.2023




UKWAH AMANAH TEMERLOH

 




Malam semalam berlangsung pertemuan dan majlis ramah mesra diantara Jawatankuasa pimpinan nasional yang baru dipilih,Datuk Sofi Wahab bersama Jawatankuasa pimpinan AMANAH Kawasan Temerloh dan sayap-sayap kawasan.


Semoga ukhuwah diperkukuh dan pertemuan bermanfaat demi kebaikan AMANAH Temerloh khususnya.


#AmanahProgresifPeduli



PMX SENTIASA MENGEKALKAN TRADISI ILMU







*********

𝗖𝗔𝗥𝗔 𝗔𝗡𝗪𝗔𝗥 𝗨𝗦𝗥𝗔𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗜𝗧𝗔 

Oleh : Safwan Mohamad 


Dulu, saya pernah ikuti satu usrah. Naqib saya selalu lontarkan cabaran supaya setiap minggu kena ada pembentangan satu buku yang baru. Setiap ahli usrah akan berlumba-lumba cari buku yang nak dibentangkan.


Kami menggali buku yang pelbagai. Ada yang nakal sikit, diusrahkan kepada kami buku NARUTO. Habis semua hafal jalan cerita Naruto.


Kami sudah mengkhatam beberapa kali buku Fiqh Awlawiyyat karangan Sheikh Yusuf Qaradhawi. Sampai lunyai buku tu, sebab setiap kali ada perdebatan, kami masing-masing akan tegakkan hujah kami menggunakan buku sebagai rujukan.


Saya ingat semasa berusrah di satu IPT, kami buka kepada sesiapa yang nak join untuk masuk sekali dalam usrah tu. Kami mulakan dengan membaca ayat Quran dan membaca kitab tafsir. Seperti biasa, setiap daripada kami 'pegang' kitab tafsir yang berbeza. Ada yang buka Kitab Tafsir Fi Zilalil Quran, ada yang buka kitab Tafsir Azhar, ada yang buka Kitab Tafsir Ibn Kathir... Habis ulasan seorang, orang lain pula baca kupasan ayat yang sama oleh kitab yang berbeza. Akhirnya mereka akan introspeksi apakah yang boleh diambil pengajaran daripada ayat tersebut...


Habis usrah, seorang yang baru join usrah kami tu mendekati saya. katanya, bagus berusrah begini.... sebab kita tidak pandai-pandai mentafsirkan ayat Quran... sebaliknya kita rujuk apa yang ulama tafsirkan...


ANWAR adalah umpama salah seorang grand-master dalam usrah di Malaysia. Saya ingat Almarhum Ustaz Siddiq Fadzil beritahu, dia selalu memperkenalkan pelbagai jenis buku dan kitab kepada rakan-rakannya ketika itu. Malah semasa di penjara, beliau memang mendapat pelbagai koleksi buku yang dihantar oleh rakan-rakannya di serata dunia.


Anwar selalu mencabar rakan-rakan tentang buku apa yang mereka baca. Setiap kali berusrah, mereka akan mendengar kupasan baru dari buku yang berbeza. Jangan lupa, antara guru mereka atau naqib mereka dahulu adalah Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas, yang boleh berkhutbah atau mengupas satu-satu topik sehingga 2-3 jam.


Hari ini Anwar Ibrahim "usrahkan" kita dengan kisah Ashabul Kahfi. maka seluruh rakyat malaysia mula membuka kitab masing-masing untuk sama ada mengkritik mahupun menyokong kenyataan beliau. Kalau dulu saya agak confused tentang tempoh ASHABUL KAHFI tidur. Tapi kini secara yakin saya boleh kata 300 + 9 tahun. Bahkan saya mula mendengar hujah tentang pelbagai pandangan ulama. 


Sebagai contoh, saya baru tahu bahawa ada ulama berpandangan Umat sebelum Nabi Muhammad adalah Muslim, manakala pendapat yang lain pula mengatakan, bukan kaum mereka tetapi hanya Nabi mereka yang Muslim. Ilmu baru bagi saya...


Jika kita mengambil perkara ini secara positif, insyaallah kita akan nampak hikmahnya. ANWAR pula tidak terburu-buru menyekat orang lain daripada bersuara. Semua boleh menyatakan hujah masing-masing, asalkan di dalam adab perbezaan pandangan yang dibenarkan.


Saya ingat ketika kami berbincang tentang buku "Budaya Ilmu" oleh Prof Dr Wan Mohd Nor Wan Daud. Kata beliau: "Budaya ilmu antara lain bermaksud kewujudan satu keadaan yang setiap lapisan masyarakat melibatkan diri, baik secara langsung mahupun tidak langsung. dalam kegiatan keilmuan bagi setiap kesempatan." Hari ini, tukang sapu pun bercakap pasal Surah Al-Kahfi. Tukang cuci pinggan di kedai makan pun buat tiktok pasal Surah Al-Kahfi.


Insyaallah... Budaya Ilmu ini akan semakin berkembang di bawah PMX...


Link asal : https://www.facebook.com/1553243091/posts/10230582863625977/?mibextid=rS40aB7S9Ucbxw6v