BIARLAH SI SAMDOL NI BUAT SOQANG SOQANG

 

Tak payah nak bimbang la. Sebab  tu aku cakap untuk PRK Mahkota ni, 𝗣𝗛 𝘁𝗮𝗸 𝗽𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗰𝗮𝗺𝗽𝘂𝗿. Biar je Akmal usaha 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸 𝘂𝗻𝗱𝗶 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗹𝗮𝘆𝘂 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶. Akmal ni kan hero. Dah tentulah dia sorang je pun dah 𝗰𝘂𝗸𝘂𝗽 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗺𝗲𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗨𝗠𝗡𝗢. Lagi pun dia kan memang nak UMNO bergerak solo kan? 𝘚𝘰 bagi je la. Guane boh?



 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.


TAK LEH PAKAI PAS NI..


 Suatu ketika dulu PAS cukup marah kepada DAP bila DAP 𝗽𝘂𝘁𝘂𝘀𝗸𝗮𝗻 𝗵𝘂𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗸𝗲𝗸𝗮𝗹 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦.



Aku sendiri pun tak setuju dengan tindakan DAP masa tu. Suka tak suka, kenalah hormati presiden kerana dia telah 𝗱𝗶𝗽𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗲𝗿𝘄𝗮𝗸𝗶𝗹𝗮𝗻.


Tapi hari ni, Presiden PAS pula membuat perkara yang sama 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗨𝗠𝗡𝗢. Adakan perbincangan dengan UMNO tanpa presiden mereka.


Masa DAP buat kepada PAS dulu pandai marah. Hari ni dia buat kepada UMNO. 𝗗𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗵𝗮𝗹𝗮𝗹 𝗽𝘂𝗹𝗮𝗸 𝘆𝗲? Kira dah tak biadab la buat begitu?


Macam tu la PAS. 𝗦𝗲𝗴𝗮𝗹𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵, 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗣𝗔𝗦 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗲𝘁𝘂𝗹. Serupa perangai 𝗦𝘆𝗶𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗹𝗶𝗯𝗮𝗻 dah PAS ni. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



PESANAN BUAT MAD JARGON, HANG MEMANG KENA SAMAN. BUAT RAFIZI, JANGAN SELWSAI LUAR MAHKAMAH


 𝘉𝘦𝘴𝘵 ni. Rafizi saman. Lepas tu Nazri Hamdan saman. Ikut Bard jual sambal la lepas ni nak bayar saman tu. Eh tapi takpe. Walaun ada boleh tolong bayarkan. Lupa lak. Guane boh?



 

Raja Gelap II 


#BoikotHotFM

#BoikotKJ

#BoikotJohan


.



NAIB KETUA PEMUDA...LAAA ..AWAT LEKEH SANGAT...MAIN SERBU ..


 

DIA NI TAK KETAHUAN DAH...


 

BETOI LA HANG TAK JADI BANDUAN..TAPI HANG ALOQ SETAQ PUN TAK PANDAI JAGA.SEMBANG.


 

NOHHHH...APA PULAK...BAWA HALAL PULAK...AWAT DOK PI MAKAN BENDA TAK HALAL KOT


 

HANTU MEMANG SUKA PURA PURA BIJAK EKONOMI


 

ORANG SOMBONG NI KENA AJAR.... DIA INGAT DIA SAPA... BARU PADAN MUKA KO AKHMAL



 KERANA SIJIL HALAL, TERESA DAN DR AKMAL AKHIRNYA BERENTAP DI MAHKAMAH


Tidak menunggu lama selepas semalam memberi bayangan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh, hari ini Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sudah pun membuktikan kata-katanya itu.


Melalui peguam, Sankara Nair and Partners, Teresa hari ini mengeluarkan surat tuntutan menuntut ganti rugi sebanyak RM25 juta terhadap Dr Akmal.


Dalam notis yang dihantar kepada Dr Akmal, Teresa mendakwa, Ketua Pemuda UMNO itu memutar belit kenyataannya mengenai isu pensijilan halal.


Notis itu menyebut,  kata-kata Dr Akmal telah menggambarkan Teresa sebagai seorang yang bersifat perkauman yang tidak menghormati Islam dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai pensijilan halal.


Kata-kata Dr Akmal juga dikatakan menggambarkan Teresa sebagai seorang yang tidak sensitif dan jahil yang menentang dasar kerajaan mengenai amalan dan agama Islam, serta individu yang merosakkan keamanan dan keharmonian negara, dan “musuh negara” yang tidak setia kepada negara.


“Adalah mengecewakan anak guam kami bahawa walaupun dengan penjelasannya yang telah diterbitkan, Dr Akmal telah cuai, melulu, sengaja, berniat jahat dan telah gagal untuk menurunkan dan/atau menarik balik fitnah yang dipertikaikan dan/atau kata-kata fitnah.


“Akibat daripada kegagalan, kecuaian dan niat jahat anda untuk tidak menarik balik kenyataan berunsur fitnah walaupun selepas anak guam kami mengeluarkan dan/atau menerbitkan penjelasan tersebut, kenyataan Dr Akmal telah menyebabkan anak guam kami menerima tekanan yang ketara dan/atau memalukan daripada masyarakat dan telah menyebabkan anak guam kami dikenakan siasatan oleh polis,” kata notis itu lagi.


Oleh itu, tambah peguam terbabit, Teresa tidak mempunyai pilihan selain memulakan tindakan undang-undang terhadap Dr Akmal untuk mempertahankan reputasinya.


Antara lain, Teresa menuntut Akmal untuk segera dan tanpa ragu-ragu menarik balik kenyataannya, menerbitkan permohonan maaf tanpa syarat dan tidak boleh ditarik balik dalam cara dan medium yang akan diputuskan oleh Kok dan peguamnya, dan membuat akujanji bertulis untuk tidak mengulangi sebarang dakwaan atau komen lanjut seumpamanya.


Semalam, Ahli Parlimen Seputeh itu disoal siasat polis berikutan kenyataannya berkaitan cadangan kerajaan mahu mewajibkan pensijilan halal bagi restoran dan syarikat makanan yang tidak menghidangkan daging babi dan arak di negara ini.


Berikutan kenyataan Naib Pengerusi DAP itu, Dr Akmal menyelar Teresa dengan menggelarnya  sebagai “nyonya tua” yang tidak sepatutnya mencampuri urusan Islam, sambil meminta kerajaan menyediakan logo tidak halal untuk ditampal di dahi pemimpin DAP itu.


Dalam respon segeranya terhadap tuntutan Teresa, Dr Akmal menjawab, beliau sedia untuk ke mahkamah.


“Ok nyonya, kita jumpa di mahkamah.


“No fear no surrender,” tegas Dr Akmal melalui Facebooknya.


Bermakna, tidak dapat dielakkan lagi pemimpin DAP dan UMNO itu akan bertembung di mahkamah selepas ini.


UMNO dan DAP, dua parti yang sama-sama membentuk kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim, tetapi pemimpinnya terlihat begitu kerap berkelahi sesama sendiri dan kini kerana sijil halal, Teresa dan Dr Akmal bakal berentap di mahkamah pula.


Berapa lama lagi hubungan UMNO dan DAP dalam kerajaan perpaduan mampu bertahan? – ShahbudinHusin 11September2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/09/11/kerana-sijil-halal-teresa-dan-dr-akmal-akhirnya-akan-berentap-di-mahkamah.html



MAKI CINA KAPIAQ HARBI BAGAI... CINA ITU INI... HANGPA NAK SOH CINA UNDI? MEMANG DAK LA....

 


PAS AKHIRNYA SEDAR PENTINGNYA UNDI BUKAN MELAYU


Dalam podcast bersama Zaid Ibrahim beberapa hari lalu, kami ada membangkitkan tentang perlunya Pas memperuntukkan sebahagian masanya untuk mula mendapatkan sokongan pengundi bukan Melayu.


Ini kerana kami berpandangan jika Pas hanya bergantung kepada sokongan pengundi Melayu semata-mata, hasrat untuk mereka pergi jauh atau menawan Putrajaya adalah sukar.


Sokongan pengundi Melayu saja tidak cukup, sebaliknya ia mesti dilengkapkan dengan sokongan pengundi bukan Melayu.


Tetapi, di Muktamar Pas yang bermula semalam di Temerloh, ternampak Pas sudah mula berubah sikap ke arah itu dan menyedari kepentingan sokongan pengundi bukan Melayu.


Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man ketika berucap merasmikan Muktamar Pemuda Pas semalam telah mengarahkan sayap parti itu untuk memulakan langkah mendekati pengundi bukan Melayu.


Beliau berkata, untuk menawan Putrajaya, Pas tidak boleh semata-mata mengharapkan undi Melayu.


“Pemuda Pas perlu perbanyakkan penglibatan dengan masyarakat bukan Islam.


“Ini boleh dilakukan dengan misalnya membuat rombongan membawa mereka ke Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis (negeri-negeri yang diterajui Pas), “ ujar beliau.


Menurutnya lagi, masyarakat bukan Islam telah menjauhkan diri daripada Pas akibat pembohongan dan fitnah yang ditaburkan oleh lawan politiknya dan dengan itu sudah tiba masanya untuk menunjukkan kepada mereka realiti kehidupan di bawah pentadbiran Pas.


“Mereka (bukan Islam) merasa takut untuk mendekati kita dan tidak mengenali kita berpunca pada fitnah yang  melampau. 


“Digambarkan Pas parti ekstrem, parti pelampau, digambarkan gelombang hijau membahayakan negara, akan mengganggu kestabilan negara dan hak beragama.


“Mereka (musuh Islam) melakukan pelbagai penipuan pembohongan kepada masyarakat khususnya kalangan masyarkat bukan Islam.


“Lantaran itu perlunya dedahkan realiti pentadbiran di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada masyarakat bukan Islam.


“Maka kerana itu saya mencadangkan supaya Dewan Pemuda memperbanyakkan “engagement” dengan rakan-rakan kita yang bukan Islam, termasuk rakan-rakan daripada badan-badan bukan kerajaan, (buat) rombongan ke negeri Kelantan, dan Terengganu untuk  mereka melihat sendiri bagaimana kehidupan masyarakat bukan Islam di negeri-negeri berkenaan,” kata Tuan Ibrahim lagi.


Dalam responnya berkaitan perkara tersebut, Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menasihatkan anggota sayap terbabit agar memberi kefahaman kepada orang bukan Melayu terhadap perjuangan PAS untuk meningkatkan sokongan.


Beliau mendakwa semakin ramai orang bukan Melayu kini berani berterus-terang mengkritik DAP secara terbuka termasuk di TikTok yang perlu dimanfaatkan PAS.


“Jika perlu ada kelas belajar Mandarin, belajar, kalau perlu bercakap Tamil, silakan,” katanya ketika menyampaikan ucaptama di Muktamar Pemuda Pas.


Dalam hal ini, selain perubahan sikap Pas itu adalah sesuatu yang baik, parti itu juga perlu bersikap lebih lantang dalam menjuarai isu-isu yang berbentuk keadilan dan kemanusiaan sejagat tanpa mengira kaum dan agama.


Tidak kurang pentingnya adalah Pas harus kembali kepada slogan “Pas For All” dan “Negara Berkebajikan” yang pernah mereka bawa sebelum ini.


Pas jangan lagi bermusuh atau terlalu keras dengan bukan Islam, terutama apabila timbul isu-isu berkaitan Melayu dan Islam, tetapi perlu tampil dengan rahmah dan memberi kefahaman yang sebenar berkaitan Islam kepada mereka.


Jika itu dapat dilakukan, dengan sokongan pengundi Melayu sedia ada, ditambah sudah menguasai empat negeri dan mempunyai jumlah Ahli Parlimen teramai ketika ini, laluan untuk menawan Putrajaya pasti akan menjadi lebih mudah bagi Pas. – ShahbudinHusin 12September2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/09/12/pas-akhirnya-sedar-pentingnya-undi-bukan-melayu.html



Siapa agamawan Dan pemimpin zalim itu?

Che Ibrahim. 


 Siapa agamawan Dan pemimpin zalim itu??



Apa agama Allah yang telah diubah itu??


Setahu ambo yang pinda agama Allah ni ialah para padri dan rahib... Adakah agamawan yg dimaksudkan itu setaraf padri atau rahib Dan pemimpinnya setaraf firaun Dan Zamrud??


Meminda agama Allah hukumnya murtad, tidak ada khilaf padanya.



Pemberi dana 20 rumah amal Op Global di siasat AMLA

 

Zuwairi Md Yusof










Pemberi dana 20 rumah amal Op Global di siasat AMLA


 

https://www.kosmo.com.my/2024/09/13/pemberi-dana-20-rumah-amal-op-global-disiasat-amla/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter&utm_campaign=kosmo_online


Siaplah Penderma2 yang bagi pada 20 rumah amal tu berkicap nanti sekor2.AMAN PALESTIN pun bungkus ikat mati bawah MADANI inikan pula MEGAH HOLDINGS macam GLOBAL IKHWAN SENDIRIAN BERHAD HOLDINGS ingat boleh lepaska,jilaker.Sumbat semua dalam penjara dan rampas semua harta mereka dalam dan luar Malaysia.Budak2 dia yang jadi Buruh Paksa ade berapa ribu orang itu kerajaan pusat latih semula melalui IPR Rafizi atau melalui TVET Zahid supaya mereka boleh keja lebih elok dengan masa depan lebih baik mulakan hidup baru masing2.


Apabila pandangan dunia kultus menjadi tumpuan dan mula runtuh mereka akan mula mempamerkan tindak balas normal menafikan dan menyalahkan segala-galanya selain diri mereka sendiri....kultus mula.terbongkar..


#PMXMemimpin

#MADANIMendunia 

#PerpaduanMadani



MAI MINTA BANTUAN KAT MP BUKIT MERTAJAM.


Rosly Yusof

 Pagi ni ada seorang bapa dari Permatang Pauh datang ke Pusat Khidmat kami bersama anaknya untuk minta bantuan pendidikan. 


Saya tanya kenapa tak pi pejabat YB Pas, orang Permatang Pauh dah pilih depa jadi wakil rakyat depa kenalah berkhidmat untuk rakyat Permatang Pauh. 


Dia kata, dah pi tapi tak boleh tolong dan kerani di situ suruh mai minta tolong kat Bukit Mertajam. 


Oo patutlah setiap hari orang Permatang Pauh dok mai pejabat kami minta tolong, rupanya pejabat YB Pas yang dok suruh depa mai untuk lepas tanggungjawab. 


Lagi lucu anak pakcik ni cerita, "Saya pi minta tolong pasal nak belajar tapi depa kempen kat saya suruh masuk pakej kawin ramai-ramai yang depa buat, cuma kena bayar RM3ribu kat depa".



ULASAN INI BOLEH DIBACA WALAU AGAK PANJANG- 3 + 1 isu hangat minggu ni


 3 + 1 isu hangat minggu ni


+++++++


Isu artis dah post, ini kali isu politik dan isu semasa plak.


1. Abang bas

2. Puak-puak falasi GISB

3. Ucop R spy Isr4el kantoi

4. PAS seru kahwin merentasi kaum demi undi


________


1. Saya duk tengah² isu abang bas ni.

Point utama saya kalau seorang tu pedo dia takkan berani tunjuk atau buat perlakuan tu depan orang ramai.


Nampak macam BBNU (Budak Baru Nak Up) yang mencari konten , view,

kerana sekarang bani t1ktok punya penangan terlalu kuat dan lubuk duit.


Ya saya tahu salah tetap salah, menjadi enabler, dan menggalakkan ramai pedo follow dan berani buat kepada anak-anak lain.

Walaupun itu adalah anak sedara atau anak sendiri pun, memang ada akta yang boleh dakwa jika ada maksud seksual.


Maksud seksual ni dari segi caption bangang dia gi tulis "CRUSH", 

"Tunggu dia besar", 

itu bukti kukuh dan pendakwaraya senang-senang je boleh dakwa.


Mungkin dia kekurangan ilmu, tak tahu...

Bagi saya tak perlu lah sabit dia bawah akta pedo.

Phedopile bukan style gitu.


Pedo yang real dia akan ada child p0rn dalam hp, atau gambar budak-budak.

Dan character cium dahi dan sentuh bibir tu memang antara ciri-ciri pedo,

cuma nak dakwa dia bagi maksud seksual tu macam tak adil setakat bukti video saja.


Jangan salah paham, saya bukan nak bela tindakan atau membenarkan perlakuan yang menjurus kepada pedo,

saya doakan hakim zaman roh madani ni adil dan hukum pesalah yang sebenar kat luar sana tu.


Sebab selalunya jenis amang seksual ni macam si Ebit, PU az, ada bukti perbualan whatsapp, log, video, gambar,

saksi yang paling utama untuk wujudkan prima facie.


Untuk kes abang bas ni, siapa yang nak jadi saksi?


Mak bapak budak??


Tengok komen kat bani t1ktok majoriti mak bapak budak yang kenal abang bas tu baik, penyayang,

cuma sesekali terbabas melebihi batas.


Dan derma yang dikumpulkan demi jamin abang bas tu real.


Cuma saya sakit hati si Ebit tak kena gari.

PU az kena gari.

Dua-dua public figure, kes amang seksual.


Abang bas paling kesian, sampai kena botak kepala, masuk lokap.

Cuma roh madani menang, bila PMX tak masuk campur bila ada kes profile tinggi.


Benda ni yang buat penyokong PH terlalu kuat dan jadi hegemoni next 2 tahun lagi.


Ok next..........


+++++++++


2. Paling panas sekali , puak puak falasi GISB


Saya ada dedahkan dalam posting sebelum ni, ritual minum air kaki dan buluh ikhwan itu memang wujud.


Dalam feqah dipanggil tabaruk, memang bukan amalan nabi dan para sahabat.

Takde satu riwayat yang dinukil para sahabat bertabaruk kepada orang selain Nabi.


Ni nak minum air kaki tok syeikh?

Celup guna janggut dan rambut, bla bla bla....


ROSAK !!


Spell yang sama MAHathir Grandmaster Freemas0n guna,

cuma dia ritual letak dalam sintetik(drugs).


Sebab tu mantan ADUN Dengkil dari BERSATU(parti ciptaan Atok)

kantoi mabuk telan dadah kat banglo mewah.


Sebab tu Sarbu bantai ASB Azri Sir Bapok minum koroi dan stone drugs sebelum buat live kencing walaun PAS "sikit lagi guyssssss...."


3. Sebab tu Ucop R spy Isr4el kantoi stone drugs, polis berjaya cekup dia dah dalam keadaan 'sober' beserta pistol dan dadah yang nak diedar.


Edar kepada siapa??


Tu haaa...... hakim, pendakwaraya lantikan Atok atau House of Najib deep state daulah terpendam.


Siap keluar berita tau sek sek ni telan dadah.


Dipaksa atau tidak itu perkara nombor 2.


Tapi benda ni memang wujud dan berlaku.

Yang tahu tu memang tahu sangat.


WR juga ada pecah lobang sebelum ni ketika time sambut new year PMX ucap dari rumah je.


Haaa kes spy isr4el ada peluru hidup dan pistol ni lah.


Bila dalam keadaan ritual kena sumbat drugs dalam badan,

setan dan geng geng azazil akan 99% dapat you punya jasad.


Freemas0n punya kerja ni dari dulu GrandMaster buat,

sebab tu bila minum air bersama dia, terus jadi bangang.


Skang dah paham kan apsal Isham J jadi bangang gi jilat dan kempen PN yang lantik Atok jadi penasihat utama untuk kalahkan Pak Sheikh.


Minum air kaki... simple.


GISB dan Atok memang BFF, isi dengan kuku sihir orang melayu.

Kena haram zaman Atok, dia tukar nama jilat Atok. Kemudian jilat PM seterusnya.

Kantoi tahun ni Alhamdulillah.


2024 End Game.


Skill/spell/sihir ni dorang akan buh dalam makanan dan minuman.


Cara nak elak , pintu depan buang sedikit sisa sebelum makan, minum, guna straw/sudu/tangan.

Atau guna pintu belakang jangan habiskan sisa makanan minuman yang terakhir.


Insya-Allah Pak Syeikh dah lama amal ilmu leluhur orang melayu elak dari disantau atau ilmu penunduk.


Sebab tu time GISB jilat dan jamu Anwar makan, spell itu jadi tak ampuh.


So tak boleh guna cara halus, dia akan gunakan cara kasar, nak bikin nahas jet, tembak macam Trump kena, bla bla bla....


Tak usah khawatir rakan-rakan seperjuangan, Pak Sheikh orang ngaji tasawuf, geng kitab kuning.

Sihir atau spell yang dihantar wahabi mas0n , khawarij melayu , pengkagum MAHathir akan dipatahkan.

Jasad telah dikonkrit kemas dengan majlis ilmu dan doa mufti, ulamak dan roh leluhur melayu nusantara.


Biaq diorang kelupoq buat usul di muktamar desak Anwar Ibrahim PMX letak jawatan.

Walaupun haters PMX(pengundi PN) ada sebanyak 6 juta(PN + PEJUANG) di Malaysia skang ni.

Bak kata Diva AA, lagi ramai lebih 9 juta(team PERPADUAN) yang solid dan sokong Anwar.


Jadi nampak kan puak puak mas0n ni dah kehabisan hujah.

Dorang sanggup hantar KJ supaya turunkan level jadi bodoh,

sebab sakit hati sangat-sangat PMX berjaya selamatkan UMNO dari dibunuh MAHathir, haji hADI dan MAHiaddin. 


__________


Persamaan falasi GISB ni i tengok banyak ikut stail tabligh.


Dorang ni amar makruf saja, tak nak nahi mungkar.


Bila kena cekup, dia guna stail hujah 'falasi' dia bahawa dia sebarkan, buat benda baik.

Sekian dan sekian.


Last last GISB dah terpesong jadi macam Qadiani/Ahmadiyah. Berpusat di Kampung Nakhoda.

Masalah sama je duk taksub ngan tok syeikh, angkat jadi imam mahdi, skang ghaib dan akan muncul nanti.


Sek sek tabligh pun lebih kurang sama, siapa yang dah follow bayan, keluar 3 minggu, 3 bulan.

Ngelast terpesong gi sampai ke India/Pakistan/Bangladesh.

Orang lain sibuk nak ke kota suci Mekah.


ROSAK !!


So kat sini kita kena banyak terima kasih dengan puak puak wahabi salafi yang banyak bongkarkan kejahatan dan kebejatan mereka dalam menyesatkan bani melayu.

Wahabi ni i umpama macam UMNO la. Ciptaan mas0n dan watak penting, perlu dan ada hikmah tersembunyi kenapa dia ada di situ.


Yang dah insaf, dan buka leraian dari ikatan sihir kita kena terima dan raikan.

Sebab tu tak pelik banyak orang UMNO lebih PKR dari PKR,

pengkagum MAHathir sendiri yang pecah lobang siapa culprit.


Haniff K , Raggie blogger, Kak LM, Ustaz Abu H, semua bekas pengkagum MAHathir tu.


Ada yang dah swing habis, ada yang duk tengah-tengah, ada yang kantoikan konco mas0n lain dalam diam

dan ada yang masih setia dengan Atok.


PAS la paling bodoh, ketika semua orang buang dan tinggalkan MAHathir,

walaun dia senang-senang dihadi awangkan dengan "orang jawa makan tempe". :D


Tempe dibuat daripada kacang soya itulah digunakan untuk pajak otak yang diberi oleh Tuhan kepada lebai.

*

*

*

Soalan cepumas? bagaimana dengan PAS, minum air kaki gak ke macam GISB?


Saya jawab mudah, PAS punya spell masuk bukan melalui air kaki(GISB), sintetik(drugs) konco GrandMaster,

tetapi ia masuk dengan "duit derma bukan rasuah tapi sumbangan sodoqah" versi Hadi Awang yang amanatnya difatwakan sesat oleh JAIM.


So lebih mirip dengan spell CASH IS KING dari BlackRose dan BlackRock.

Duit RM90 juta yang dilaba oleh House of Najib jadi senjata makan tuan sampai dia sendiri masuk dalam penjara.

UMNO jadi lemah kerana tangan² Najib. Kesian Zahid dia yang kena pulihkan balik bersama Tok Mat dan MRR

Sebab tu sampai sekarang UMNO dan MRR takkan maafkan dia, deep state H.o.N dalam kerajaan mengamok dan sabotaj roh madani.

Eric See under BlackRose

Mat Jargon under BlackRock.

Klimaks BR ni mintak tolong dengan Li Family mantan PM Singapura.


Yang tolong supply weapon kepada Palestin tu banyak bekas mas0n.

Tuhan telah cerai beraikan kesatuan mereka.

Tikam menikam jatuh menjatuhkan sesa sendiri.


Persis tanah melayu , yang tolong PMX lebih separuh adalah bekas mas0n.

Siapa nak jadi presiden UMNO mesti kena join.

Presiden tak nak dengar kata Atok GrandMaster, siap sedia lah naik turun mahkamah.

Kalau tengok filem John Wick, dorang secret society ni ada kat mana-mana sektor sekalipun.


Tetapi silap besar la, yang dorang nak lawan skang ni Zahid Hamidi "mas0nslayer" .

Ilmu leluhur asli wak dari kejawen punya.

Salah orang beb.

You baca dan cari la artikel yang puji Zahid, takkan jumpa, hanya di page wisata roh saja banyak rahsia pandangan disebalik kasat mata terbukak.


Yeah semua orang benci Zahid.

Tetapi KJ sendiri surrender dengan dia, sampai gelar Thanos.

Sekali petik, habis semua mas0n kena sembelih.


Suka atau tidak, nak terima atau tidak, dialah hero dan penyelamat parti keramat UMNO dan MRR dari diharamkan dan ditukar oleh 2 MAH + 

Hadi tak cukop jomlah.


Walaupun saya dari dulu penyokong tegar PKR, dari sebelum PRU2022 lagi ramalan saya tepat bahawa Anwar akan berjaya juga kalahkan MAHathir,

kerana UMNO dan MRR yang akan tolong dia.


Semuanya bekas mas0n yang telah bertaubat.

Ada roh islam leluhur melayu sufi centrist , 

bawah payung kerajaan PERPADUAN ilham Yang di-Pertuan Agong.


So leluhur melayu akan hajar habis habisan PN mas0n yang derhaka dan khianat dengan raja-raja(baca konco-konco MAHathir).


++++++++++


Dan saya harap jawapan kat bawaqh ni dapat tamatkan terus persoalan yang awak cari sekian lama.


Kenapa Zahid bebas??


Hal ini kerana Anwar takkan boleh menang lawan MAHathir GrandMaster Freemas0n selagi dia(PH) solo. Kena gabung semua parti.

Almarhum Tok Guru Nik Aziz mungkin ada sedikit ilmu kasyaf, dia nampak benda ni, tak Najib,

Zahid la yang akan tolong menangkan Anwar kalahkan

mas0n-mason di tanah melayu , seterusnya nusantara dan bangkit bermula dari timur koordinat Russia. 


Semua rencana Tuhan amatlah teguh tidak satu pun dilupakan.

Najib ditakdirkan kena sumbat masuk jail kerana keserakahan dan tak nak taubat dari menganiaya Anwar.

Dia rasa berbangga jadi rotarian yang dapat troll , PM tepi kan Anwar forever.

Last last dia yang masuk jail.

Rotarian lain MAHiaddin bangga dapat ejek Anwar PM tepi oi sambil juih bibir,

last last dia yang jadi PM tepi sampai kena game dengan Haniff K.


So doa almarhum TGNA makbul, Najib dalam jail, Zahid la yang terbukak hati ,

seorang bekas mas0n spy pak sheikh juga yang tlah insaf ,

akan tolong PMX dakwa 2 Mah dan konco-konconya.


Dah terjawab kan kenapa hikmah Tuhan letak sebegitu??


Dan semua terbukti hari ini blok BN, taikun MAHathir dan Daim Mata Satu lebih 2/3 solid swing ke arah roh madani.


Style Pak Sheikh memang true sigma....


"You are dealing with new prime minister..".


FULL STOP.

*

*

*

Masing-masing paham dah dapat boss baru,

upacara sakau dan kayakan anak isteri, kroni selama ni terpaksa dihentikan.


Syukur Alhamdulillah.


Banyak sihir dan spell terlerai ikatannya zaman roh madani.

Semua kes profil tinggi PMX sendiri siap cakap teruskan,


Jangan takut..!!


Lepas jumpa Putin, Probowo pula jumpa PMX.

Rancangan new union bagi nusantara baru sedang berlaku.


MAHathir dan haji hADI akan lihat satu persatu kejayaan Anwar.


Bermula Nenggiri ditawan, seterusnya Mahkota Hills.

Roh Melayu Johor Riau.

Pak Sheikh dikaruniakan leluhur Taming Sari dari tangan Sultan Perak.


Bak resmi padi makin berisi makin merunduk ;


"Tak apalah, Hadi Awang dia seorang saja yang kuat, biarlah..."


+1 . 

Lepas jerit PMX letak jawatan,

PAS seru kahwin merentasi kaum .

PAS nak jaga hati siapa???


GISB buat solat hajat sekat Anwar

PAS buat doa dan qunut nazilah jatuhkan kerajaan Anwar

Abuya dengan yakin kata Anwar takkan jadi PM.

2 Mah masih yakin kerajaan Anwar ni tak lama


Satu tuju ke orang ,

bertimpa timpa berbalik kepada diri masing-masing.

Semoga pengamal sihir zaman firaun kalah.


Cerita pasal firaun;

Ikutlah cara Nabi Allah Musa,


Lemparkan tongkatmu....


Buangkan segala keakuan,

segala mahabbah, segala tangkal/azimat, segala karomah,

segala kekuatanmu,

sandarkan hanya kepada Allah.


WR



JANGAN KAITKAN DENGAN KAYANGAN.


 Petang semalam, saya menerima panggilan memaklumkan hajat pimpinan JAKIM untuk bersilaturrahim dengan saya. 



Saya sambut dengan baik atas iktikad untuk islah seperti tulisan saya yang meminta reformasi di tubuh JAKIM. 


Hadir ke JAKIM di Putrajaya pagi ini bersama Saudara Faizal Rahman, alhamdulillah pertemuan berjalan ringkas, padat dan mencapai apa yang dihajatkan. 


Kami diterima mesra oleh Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Suhaimee dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Dr. Hj. Ruslan Said. 


Saya pertegas dan jelaskan segala maksud dari tulisan saya. Saya kekal melihat keperluan islah dan reformasi kearah semangat Madani yang dihajatkan. InshaAllah, saya kekal dengan setiap bait coretan saya pada hari semalam. 


Penjelasan saya didengari dan diterima baik oleh dua Timbalan Ketua Pengarah ini dan mereka sangat profesional menanggapi perbincangan tersebut. 


Saya juga ingin nyatakan, mana-mana usaha untuk menghalalkan ajaran al-Arqam atau dalam apa-apa jelmaan lain, wajib ditentang sungguhpun ingin dibawa oleh watak menjaja nama kayangan. InshaAllah itu komitmen saya. 


Dr. Abu Hafiz Salleh Hudin

Putrajaya 


13 September 2024

9 Rabi’ al-Awwal 1446H


KITA ULANG LAGI... SPRM BELUM MASUK SIASAT KAH? ATAU NAK DIAM LAGI.?


 

LAGI KES TERKAIT KERAJAAN NEGERI SELANGOR.


 

SIASAT DENGAN TELITI


 

ULASAN BERKAITAN TANDER TERKAIT VINCEN TAN.


 

SETAKAT INI SSJA BLOG INI ULAS. SELEBIHNYA BIAR PIHAK BERKUASA SIASAT.


 


GERAKAN KHAWARIJ NAK JATUHKAN KERAJAAN.


 

Coretan tentang GISB




1. Setakat aku berkawan dan beberapa kali hadir program makan/rumah terbuka dengan GISB ni..tak nampaklah kesongsangan mereka. Cuma pelik dan eksklusif tu ada.


2. Disebabkan aku sendiri sebagai Pengamal Perubatan Homeopathy..dan GISB ni pun ada grup serta rangkaian Pusat Homeopathy,  maka aku kenal lah beberapa orang Pengamal dari kumpulan mereka.


 Sebab itu aku katakan setakat berkawan dengan mereka, tiada isu. Bahkan mereka baik dengan akhlaknya sekali.


Yang isteri aku risau takut ada tawaran poligami pun tak wujud😝


3. Tuduhan-tuduhan terhadap GISB itu perlu disiasat kerana ia melibatkan pelbagai isu, bukan sahaja akidah. Isu akidah kita bagi pihak lain komen.


4. Cuma kenyataan Media KPN yang ada aktiviti meliw@t tu sebaiknya hanya dinyatakan dengan bukti seperti pemeriksaan klinikal. Bila umum sangat macam tu jadi fitnah pula.


5. Jadi biarlah pihak berkuasa siasat. PDRM, JKM, LHDN ke..KKM ke..JAKIM dan agensi Agama Negeri..KESUMA semua boleh siasat.


6. Eloknya siasatan ni..kalau ada kes, maka ia menyelamatkan yang dizalimi. Jika tiada kes pula.. maka GISB bebas dari fitnah.


7. Ramai juga yang pertahankan GISB ni sebab ekonomi umat islam katanya. 


8. Sedaghe..kalau ekonomi kau utamakan elok kau ikut yahudi atau cina. Mereka kuat dalam ekonomi. 


9. Takkan kita nak biarkan orang lain dizalimi hanya kerana nak kau puas melihat kosmetik luaran mereka.


10. Tunggu sahajalah keputusan siasatan. Ada kes atau tiada. Ini belum apa-apa dah dipertahankan atas alasan ekonomi. 


11. Pada pandangan aku.. GISB ni licik. Sistem dia memerangkap. TV Ikhwan ada buat video pendek tajuk KONGKONG. 


https://www.facebook.com/share/v/YXKgLDbsgT7feFqL/?mibextid=oFDknk


Dari situ kau boleh faham apa idea mereka.


12. Bagi peluang pekerjaan, tapi katanya tiada gaji atau elaun sekadar RM300 (rujukan dari pengakuan pengasuh) dalam video tiada sebut jumlah gaji.


13. Bagi pakaian, makan dan tempat tinggal.


14. Dalam video digambarkan makan 6x sehari dan tinggal di Villa.


15. Diberikan isteri (jodoh disusunkan) dan poligami.


16. Dari segi logik, kos pakaian, makan, tempat tinggal (villa) tu semua dah berapa..jadi disitu pekerja atau ahli GISB 'terperangkap' disitu. Bagaimana perangkap itu, jom baca lagi.


17. Bila dapat anak, anak diasuh di taska mereka dan disekolahkan di sekolah mereka.


18. Dekat sini pekerja tadi dah jimat duit kos upah jaga anak dan yuran sekolah.


19. Poligami digalakkan dan jodoh disusun. Maksudnya walaupun dah berkahwin, digalakkan berpoligami dan ada wanita bujang yang disusun untuk jadi isteri pekerja.


20. Dapat anak lagi dan lalui proses sama.


Anak-anak hanya membesar ditempat dan jemaah yang sama. Sesi doktrinisasi berlaku. 


21. Latihan kemahiran sejak kecil di kilang-kilang GISB. Apabila capai umur remaja dah bekerja dengan rangkaian GISB. 


22. Besar, jadi pekerja dan kahwin dan dapat anak dan masuk dalam pusingan 'hamba moden' GISB. 


23. Kelebihan (jika tiada isu akidah) hidup dalam jemaah bersyariat. 


24. Tidak terpengaruh dengan media sosial ( dari video KONGKONG,  pekerja tak dibenarkan ada handphone dan media sosial)


25. Tidak perlu fikir kos sara hidup. Walaupun dekat luar ramai yang tiada kerja dan kena bayar kos sara hidup yang tinggi.


Masalah.


26. Antara aduan yang diterima ialah Anak-anak dipisahkan dari ibubapa. Ibu bapa kena kerja. Anak-anak dijaga sepenuhnya di taska atau rumah amal mereka. 


27. Ibu bapa sukar untuk jumpa Anak-anak. Ini bertentangan dengan ciri-ciri keluarga dan melawan fitrah.


28. Anak-anak yang dijaga dikatakan anak yatim. Kutip derma untuk 'anak yatim'

Ini memanipulasi masyarakat dan mungkin kesalahan bawah akta lain.


29. Hak untuk memiliki keluarga dan harta dinafikan apabila Anak-anak tidak dapat dijaga sendiri dan menerima elaun yang sangat rendah atau tiada langsung gaji.


30.  Dalam aduan netizen, ada rumah sewa mereka yang tak bayar sebab pekerja tiada gaji.


31. Disebabkan elaun terlalu rendah, tak boleh miliki aset sendiri. GISB kaya, pekerja bagai hamba. Ini tidak selari dengan Islam. Sahabat Nabi Muhammad s.a.w seperti Uthman Affan, Abdul Rahman Auf..mereka boleh bisnes dan kaya.


32. Dalam video KONGKONG kononnya duduk di villa. Dalam serbuan pihak berkuasa tempat tinggal anak yatim mereka teruk, tiada katil dan tilam nipis.


33. Ketua keluarga (lelaki) tidak mampu tinggalkan kumpulan kerana tanggungjawab besar (banyak isteri dan anak) dan mungkin tidak mampu tinggalkan kerana kelebihan berpoligami.


34. Anak-anak dari taska/sekolah/rumah amal mereka didoktrin dengan inilah sistem terbaik dan mesti berada dalam jemaah mereka sahaja.


Kesimpulan


35. Biarlah siasatan telus tanpa niat dengki dan dendam.


36. Membetulkan jangan sampai memusnahkan.


37. GISB perlu dipantau dan dibetulkan. 


38. KESUMA kena pastikan bayaran gaji minimum dilaksanakan. GISB boleh tolak balik berdasarkan kos makan, tempat tinggal dan kos asuhan.


39. Pastikan juga caruman Perkeso dan KWSP serta umur pekerja.


40. Pastikan semua taska mereka berdaftar dengan JKM kerana ada kanak-kanak, dengan KKM untuk isu kesihatan, dengan PBT dan Bomba untuk keselamatan dan KPM untuk silibus pendidikan. 


41. KKM bahagian kualiti makanan perlu pantau kilang-kilang mereka. Dimana ya kilang GISB dengan rangkaian produk yang besar?


42. Halal JAKIM juga mesti pantau kerana mereka isytiharkan produk halal. Memang lah orang Islam buat halal. Tapi tak bermaksud untuk bisnes besar tak perlu pensijilan halal, apatah lagi bila ada keraguan 'air berkat'. Sebab ada akta halal yang boleh didenda sehingga RM5 juta untuk mereka yang mengelirukan soal halal ni.


Akhir sekali, memang sukar untuk kita tentukan cara hidup orang lain selagi tidak salah undang-undang. Ada sahaja yang suka hidup dalam jemaah sendiri dengan semua keperluan dijaga.


Yang penting patuh undang-undang negara dan tiada kezaliman kepada mana-mana pihak serta tiada ancaman dalam apa jua sudut kepada mereka yang memilih untuk keluar dari jemaah.


Sekian.


Fairul al Qasas 

Jengka



40 HARI UNTUK PILIH SISTEM BARU KAKITANGAN KERAJAAN.

 

Ini anda perlu buat kajian sendiri. 



• Berapa tahun lagi anda akan bersara? 


• Adakah kenaikan pangkat sekarang time based? 


• Apakah peluang anda untuk naik Jusa? 


*****************

Pegawai awam mempunyai tempoh opsyen selama 40 hari bermula 21 Okt hingga 30 Nov ini untuk memilih sama ada Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) atau kekal dengan Sistem Saraan Malaysia (SSM), sebelum ia berkuat kuasa 1 Dis ini.


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata pelaksanaan SSPA tidak akan menjejaskan pencen pegawai awam yang berstatus tetap dan pelarasan gaji baru hanya terpakai kepada pegawai awam yang memilih opsyen SSPA sahaja.


"Pelaksanaan dan perincian seperti pelarasan gaji dan urusan perkhidmatan menerusi SSPA akan dimulakan dengan sesi libat urus Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dalam masa terdekat di semua kementerian dan jabatan bagi membolehkan para pengurus sumber manusia mendapat pencerahan sewajarnya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata dengan pelaksanaan SSPA, kerajaan berharap agar aspirasi reformasi perkhidmatan awam akan terus diperkasakan dengan menyemai sikap taat setia dalam kalangan pegawai awam serta mampu memberikan khidmat yang terbaik dalam memacu kesejahteraan negara dan rakyat secara keseluruhannya.


Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 (Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan) boleh diakses melalui portal www.sspa.jpa.gov.my bermula hari ini.

- Bernama



BERITA TIDAK BENAR. CUBA PANGGIL SIASAT. PANDSI TIMBULKAN PERSEPSI TAPI LEPAS TANGAN.





 1.2 Warga China Tiada Rekod Keluar Malaysia Tidak Benar - Menteri KDN Dato Saifuddin Nasution.


Berita benda ini berlegar di media sosial, untuk wujudkan persepsi negatif kepada Kerajaan Madani,


Maka ia tidak boleh dibiarkan lepas tanpa jawapan, habis tersebar dalam media sosial terutamanya wasap Group, 


Walhal ia dari tahun 2018 - 2021 waktu tu Hadi Awang, Muhyiddin, Mahathir, Hamzah Zainuddin, dll dlm Kerajaan. 


PAS dan BERSATU pun ada skali bentuk Kerajaan.


Boleh baca berita ni: https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2022/07/980405/lebih-12-juta-warga-china-tidak-keluar-dari-malaysia


Yang sebetulnya bermula sejak zaman Najib Razak jadi PM, tahun 2016 - 2017 dan disambung pemerhatian hingga zaman Mahathir, Muhyiddin, Ismail Sabri jadi Perdana Menteri hasil pendedahan Ketua Audit Negara berkaitan lemahnya Imegresen Malaysia [tidak boleh jejak].


Baca sini; https://www.bharian.com.my/amp/berita/nasional/2019/12/634825/kesan-pelancong-china-india-tinggal-lebih-masa-muhyiddin


Menteri Dalam Negeri, Dato Saifuddidin Nasution juga sudah jawab ia tidak benar, baca; https://www.hmetro.com.my/amp/mutakhir/2024/03/1069058/saifuddin-nafi-12-juta-warga-china-tinggal-secara-tak-sah


Zaman PMX baru start pembersihan skandal ni habis habisan, boleh tengok beratus ratus tangkapan pegawai penguatkuasa makan rasuah ditahan SPRM.


Baca: https://www.sinarharian.com.my/ampArticle/683842


Anwar brahim

Fahmi Fadzil

Saifuddin Nasution Ismail



PENDERAAN KANAK KANAK.

 

Abu Hafiz Sallehuddin

Tepuklah dada, tanyalah akal & iman. 



Kalau laporan rasmi sebegini tidak menjentik hati nurani kita sebagai manusia apatahlagi sebagai muslim dan mukmin; apalagi yang tinggal pada kita?! 


Kalian boleh bersilat pertahankan aliran dan lain², termasuk ada pengkaji maqasidi yang menyindir orang yang bantu para pengkaji yang mendedahkan kejahatan ini. 


Tapi, hasil kegemparan itu, dapat serba sedikit membantu PDRM menyelamatkan anak-anak kecil itu. 


Kalau tidak ada akal yang menyokong, biarlah bersisa hati yang punya ihsan.



BILA HUTAN DIMUSNAHKAN.

Sham Ghaz


 Haiwan ni muncul sebab manusia (pakai kopiah dan pakai kot) luluskan kawasan hutan simpan kekal untuk pembalakan, ladang hutan dan lombong, ia telah musnahkan habitat mereka secara total.




NAK SURUH PMX LETAK JAWATAN, NEGERI MISKIN PUN PMX BANTU. KEH. KEH. KEH.



Gino Marvela 


Katanya di muktamar lebai pas buat usul & sebulat suara mintak sdra Anwar berundur dari memegang kerajaan. Dan lagi satu...mereka minta ahli kultus mereka ini kawen merentas kaum semata nak undi dari bangsa lain. 


Otak tak fikir lain, anu perempuan...duit, anu perempuan...duit!. Memang patutlah di gelar lebai kelarah.


Dah memerintah kerajaan 33 bulan, satu habuk kerja pun tak buat. Nun di negeri Kelantan, rakyat merintih tak dapat air bersih. Dah berapa lama merintih ? 30 tahun. 


Buat makluman kalian, kerajaan negeri Melaka kini sedang agresif membangunkan negeri. Pendapatan utama, pelancongan + mikro ekonomi. Apakah mereka ada balak ? Bijih timah ? Emas ? REE ? 


Jawapannya, tidak ada. 


Ini yg paling menarik, mereka bakal bangunkan MRT sebagaimana di KL yg bermula dari laluan tol masuk Ayer Keroh. Dan besar kemungkinan juga mereka akan pindahkan lokasi terminal bas di Melaka Central ke kawasan berdekatan dgn tol. Jaluran KTM di kawasan Gemencheh -Tampin juga akan masuk masuk ke Melaka. 


Ini baru boleh di katakan pemodenan dan teknologi prasarana. Sawah di bahagian sempadan Melaka - Tangkak pun kadangkala ada aktiviti masyarakat di anjurkan. Pinggiran kawasan Sg Rambai juga di naik taraf.


Sekali lg, apa yg Melaka ada ? Kawasan pelancongan saja. Tambakan laut di limbongan Melaka tempat letak kapal selam ataih darat, kini dh mula banyak pembangunan. 


Semaksimum mereka tingkatkan ekonomi di sana. 


Ini stesen bas di Kelantan pun dhoif. Rakyat tempatan tunggu 30 tahun cuba dapatkan air bersih. Bila wartawan tanya, di suruh mandi air belakang tesco. Ajergampang betul!!! 


Ni maklumat terkini, lepas perhimpunan muktamar nak buat demo pula. Semata-mata puak PN ni nak lari dari kes pendakwaan & salahguna kuasa. Serampang dua mata nak juai t-shirt. Bila demo, hat ataih masing2 dok hotel...hat pemuda ja yg akan ketuai demo.


Bagi kami dgn apa yg berlaku kpd parti pas yg berahi dgn anu perempuan nih...mereka sedang menuju kehancuran parti mereka sendiri. 


Mereka sebenarnya amat lemah, hanya cuba bergayut di ranting-ranting dahan utk survival. Kerna itulah tiba-tiba suruh Anwar lepas jawatan PM. 😂


Kami hanya ketawa saja, agenda kaki kami sebelah dh masuk dalam bangunan di Jalan Raja Laut tu yg GM pernah menulis sejak 2015 dah berjaya. Kami kocakkan lagi kehancuran mereka dari dalam mengikut halwa telinga mereka. 😊


Ok, selamat malam. Tidoq awai, esok nak ke KLIA. Alamak, dah terbocor pula rahsia org Melaka. 😅



LEBIH BAIK BUAT KERJA DARI DOK GADOH.


Abu Mishkat


 Saya perhati dan nampak kelibat pihak yg nak rebut kredit dlm isu GISB ni. 


Urusan nak jaga akidah / agama dicampur dgn game politik agamawan sejak lama dah sebab nak berebut kedudukan. 


Pasal tindakan utk jaga akidah umat tu semua pihak bertanggungjawab, lebih2 lagi pihak yg diberikan autoriti menjaga agama di negara ini. Ada pihak yang berautoriti dlm penyelarasan, ada yg berautoriti dlm penguatkuasaan. 


Kalau pun rasa sangat berjasa, tak perlulah julang satu nama atau satu pihak sebagai hero dan bantai pihak lain kononnya tak buat apa2 dan wajib dirombak atau dibubarkan.


Cara bercakap atau menulis pun orang sudah tahu kelibatnya. 


Terbaik Kol. Datuk Mohd Ajib dan PKPU


*KENYATAAN PKPU BERHUBUNG KENYATAAN DR. ABU HAFIZ SALLEH HUDIN MENGENAI PERANAN JAKIM DALAM ISU GISBH*


1. Persatuan Kakitangan Perkhidmatan Ugama (PKPU) JAKIM ingin merujuk kenyataan yang dibuat oleh Dr. Abu Hafiz Salleh Huddin melalui media sosial berkenaan peranan JAKIM dalam isu GISBH. Kenyataan tersebut telah menimbulkan kekeliruan dan persepsi negatif di kalangan orang ramai mengenai peranan serta fungsi JAKIM. Justeru, PKPU merasa perlu memberikan penjelasan dan mempertahankan fakta-fakta yang telah dinyatakan. Kami ingin menegaskan bahawa pandangan yang diberikan tidak tepat serta tidak mewakili peranan sebenar JAKIM.


2. Adalah penting untuk difahami bahawa JAKIM adalah sebuah agensi agama persekutuan di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), yang bertindak menyelaras pengurusan hal ehwal Islam dengan mandat daripada Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI). JAKIM juga bertanggungjawab kepada Kabinet dan melaksanakan tugas berdasarkan peruntukan undang-undang serta garis panduan sebagai sebuah agensi kerajaan.


3. JAKIM bukan sebuah agensi yang berperanan dalam penguatkuasaan undang-undang. Oleh itu, isu-isu yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, seperti kes GISBH, bukan di bawah bidang kuasa JAKIM. Walau bagaimanapun, JAKIM sentiasa bekerjasama erat dengan agensi penguatkuasaan seperti PDRM dan pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan segala tindakan yang diambil berlandaskan undang-undang yang berkuat kuasa.


4. PKPU ingin menekankan, dalam konteks isu berkaitan hal ehwal agama Islam, setiap tindakan perlu diambil dengan mematuhi prosedur tertentu, khususnya apabila melibatkan bidang kuasa negeri-negeri. Oleh itu, JAKIM sentiasa mendapatkan nasihat perundangan dan bekerjasama dengan PDRM serta pihak berkuasa yang berkaitan bagi memastikan sebarang tindakan yang diambil adalah selari dengan peruntukan undang-undang.


5. PKPU yakin bahawa di bawah kepimpinan YB Menteri Hal Ehwal Agama, JAKIM sentiasa menjalankan tugas secara profesional dan telus, tanpa sebarang kepentingan peribadi. Kami juga percaya bahawa usaha JAKIM untuk mempertahankan akidah, syariah, dan akhlak Islam akan terus diperkukuhkan melalui pendekatan yang bijaksana dan kerjasama erat dengan agensi-agensi yang berkaitan.


Sekian.


Kolonel Datuk Haji Mohd. Ajib bin Ismail  

Presiden PKPU JAKIM  

12 September 2024




DAH LAMA ADA LAPORAN.


Ahmad Mohammad Hafiz


 Saya amat marah kepada Bahagian Dakwah, Jakim (nak tag JAKIM tak dapat, saya tag bahagian dakwah) kerana lembab menangani isu ini walaupun kajian tentang GISB sudah ada dari tahu 2013.

.


Saya menahan diri dari menulis pasal GISB (walaupun sebenarnya sangat ketar jari nak tulis) sebab nasihat dari sahabat baik saya.

.

Kepada PMX, rombaklah pengurusan Menteri Agama dengan buah mula menukar Menteri Agama itu sendiri.

.

Saya amat takut jika tiba tiba, rakan saya yang bukan Islam melabel Islam di Malaysia ini membenarkan ustaz meliwat budak. Nak jawab apa?

.

Bertahun saya melawan ulama jahat melalui penulisan, ugutan dari pentaksub ulama jahat jangan katalah, tak terkira.

.

Dengan DS Anwar Ibrahim menjadi PMX, saya cuba cuba untuk perlahan kerana akhirnya Malaysia dibawah pentadbiran yang betul.

.

Namun ingin saya sangat sedih dengan isu GISB yang agak lembab diambil tindakan oleh JAKIM. Sampai gemuk seperti badak pemimpin GISB menunggang agama kononnya wakil imam Mahdi.

.

Kerosakan akhlak atas nama agama ini bermula apabila orang baik baik enggan menulis mengutuk perbuatan jahat orang jahat.

.

Sesiapa yang tahu isu GISB tapi memilih untuk diam atas apa alasan sekalipun, moga Allah SWT menyesatkan dia di Mahsyar kelak. Aaminnn.