SAMY VELLU BERI AMARAN:70 KERUSI UMNO DALAM BAHAYA TANPA SOKONGAN BUKAN MELAYU
TERJEMAHAN/CARIAN SUMBER :WRLR
Samy Vellu: 70 kerusi UMNO berisiko tanpa dukungan bukan -Melayu
Dengan Manimaran G. dan Melissa Chi
30 Oktober 2010
SUNGAI Siput, 30 Oktober - Datuk Seri S Samy Vellu telah memperingatkan UMNO bahawa ia tidak boleh menangi minima 70 kerusi federal tanpa dukungan non-Melayu dalam pemilihan umum berikutnya, bertentangan dengan pendapat seorang pemimpin Melayu.
Reaksi marah Presiden MIC datang setelah ucapan yang disampaikan oleh Ketua UMNO Titiwangsa's Datuk Johari Abdul Ghani mengatakan pihak yang dominan dalam Barisan Nasional (BN) tidak memerlukan dukungan dari pemilih China dan India.
"Bagaimana dia boleh mengatakan bahawa UMNO tidak memerlukan dukungan Cina dan India. Tanpa Cina dan India mendukung BN tidak boleh menang di hampir 70 konstituensi, "kata bekas wakil Parlimen Sungai Siput MP (gambar), yang juga menyoroti fakta bahawa ia telah memenangkan kurusi pada tahun 1990 karena dukungan dari pemilih Melayu.
Sammy mengatakan Johari tidak sensitif, menamb
bahkan pemimpin UMNO seharusnya tidak mengeluarkan ucapan sedemikian kerana ianya amat sensitif.
"Bahkan, suara kaum India akan sangat penting untuk BN di GE berikutnya," katanya kepada wartawan di sini.
Dalamucapannya yang disiarkan di YouTube.com, Johari dilaporkan mengatakan bahawa UMNO Titiwangsa tidak perlu suara Cina dan India jika 70 persen dari pemilih Melayu mahu menyokong Umno.
Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek juga menuntut pemimpin UMNO Titiwangsa untuk melewpaskan jawatannya dari politik.
Beberapa pemimpin UMNO lain, terutama dari Wilayah Persekutuan , telah sepakat bahawa komentar Johari boleh mempengaruhi dukungan dari pemilih China dan India terhadap BN di masa depan.
Mereka mengatakan ini berarti bahawa BN akan sulit untuk memenangkan daerah di mana pemilih non-Melayu mempunyai sampai sekitar 20 sampai 30 persen dari pemilih.
Mereka juga mengakui bahawa tidak semua pemilih Melayu akan memilih BN atau UMNO sebagai suara Melayu sekarang kerana terbahagi antara UMNO, PAS dan PKR.
"Orang-orang Indian yang kembali ke BN, jadi jangan meremehkan kekuatan mereka dan dukungan untuk BN. Ia menyebabkan mereka marah besar kerana budaya baru politik PM menyatukan semua ras di belakang BN.
"Kita tidak perlu politikus yang berfikir bahawa BN boleh menang hanya dengan suara Melayu. Saya terkejut untuk mengetahui bahawa seseorang dalam BN boleh memberi komentar seperti itu , "kata Samy Vellu.
Pilihanraya lalu 20o8 yang menyaksikan berlakunya Tsunami politik,5 buah negeri telah di tawan dan termasuk juga di Wilayah Persekutuan di mana beberapa negeri lagi hampir-hampir kecundang terutamanya di Negeri Sembilan di mana hanya memerlukan 4 kerusi lagi.Sementara di Wilayah Johor Bahru puyla beberapa kersusi telah di tawan.
Jika trend ini berterusan dan memihak kepada Pakatan Rakyat, kita percaya bahawa dalam pemilihan ke 13 nanti, Bn/Umno akan menjadi sejarah politik negara jika kerusi di Terenganu, Negeri Sembilan, Sabah, dan berlakunya perubahan di Johor,Perlis, dan Sarawak.
Apa yang perlu ialah Pakatan Harus menyakinkan rakyat bahawa mereka bersedia menjadi pemerintah dalam pilihanraya yang akan datang. Dengan sokongan dan dokongan golongan profesional yang ada di dalam Pakatan Rakyat, rakyat di jangka akan memberikan sokongan dengan melihat beberapa contoh positif pemerintahan dalam negeri Pakatan Rakyat.
LIHAT LIDAH PENGARANG UTUSAN / DAN CYBER UMNO YANG BERBELIT
• Lawatan Hillary gambarkan hubungan AS-Malaysia kian akrab
(TAJUK BARU UTUSAN DI ATAS MINGUAN MALAYSIA 31 OKT 2010-NAK TENGOK BEZANYA TIDAK TUNGU PILIHANRAYA KE 13 NANTI.TAJUKNYA MACAM DIBAWAH INI. APA YANG BENGONGNYA NYA UMNO INI IALAH, ISU SEPERTI INI DAH TIDAK MEMBERI KESAN DI KAWASAN KAMPUNG....DI KAWASAN BANDAR LAGI LA TAK LAKU.)
Anwar Ibrahim : TQ Al Gore & Paul Wolfowitz (DARI DR BANGANG DI TANJUNG)
Sudah terang lagi bersuluh, siapa barua Yahudi !
Kes Anwar: Gore, Wolfowitz mahu US campurtangan
Bukannya apa..bila aku melihat akan tajuk yang aku meluat untuk membacanya, aku tahu ini semua adalah satu langkah hipokrit yang di lakukan kerajaan. Apa yang tidak di katakan dengan hubungan Anwar dengan Amerika. Bila sahaja wakil Amerika datang, wah bukan main lagi. hubungan Malaysia akhrab dengan Amerika...Ha..ha...ha Rakyat Malaysia dah cerdik...
Antara yang menjadi sasaran dan juga balaci tukang karut ialah bekas pembantu beliau Mat Ezam...biasa la dengan kotak-kotaknya....jadi nilaikan sendiri ..dan fikirkan apakah idea busuk ini akan digunapakai dalam pilihanraya akan datang?? dan akhirnya akan muncul pula isu yang masih tak siap-siap sampai umno berkubur..
Selamatkan Selangor
Jimadie Shah Othman
Jul 24, 10
2:26am
Kongsi 21Jelajah pertama 'Selamatkan Selangor' bermula dengan siri menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dan portal berita Malaysiakini, terutama oleh bekas 'ayam tambatan' ketua pembangkang itu, Ezam Mohd Noor.
Di pentas Sekretariat Selamatkan Darul Ehsan (SSDE) di Shah Alam malam tadi, kira-kira 250 penyokong BN turut dihidangkan dengan tayangan video 'Tak Nak AI' (Anwar Ibrahim).
Ia antaranya cuba membandingkan sikap Anwar melalui ucapannya semasa masih menjadi timbalan perdana menteri dan selepas menjadi penasihat PKR - parti dominan dalam Pakatan Rakyat.
Menurut video itu, Anwar digambarkan sebagai pengkianat, tidak setia pada perjuangan Melayu dan 'memuja' DAP yang suatu ketika dahulu pernah dikritiknya.
Tidak terkecuali, petikan ucapan Zulkifli Noordin - bekas peguamnya dan ahli parlimen yang keluar PKR - yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar turut disiarkan.
Ezam yang berkongsi pentas dengan pemimpin utama Umno negeri - antaranya timbalan pengerusi perhubungan Datuk Seri Noh Omar dan timbalan Ketua Pembangkang Datuk Satim Diman - mengaitkan Anwar dengan Yahudi.
Bersumpah demi Allah
Ezam antaranya mengulangi dakwaan bahawa Anwar pro-Yahudi, yang boleh dibuktikan dengan tindakan cuba memujuk kumpulan itu di Amerika Syarikat, seperti dilaporkan Washington Post.
Bagaimanapun, menurut Ezam lagi, tindakan itu tidak boleh disamakan dengan tindakan kerajaan pusat yang mendapatkan khidmat perunding antarabangsa Apco Worldwide.
"Bezanya Apco ini kerja untuk kita," katanya yang mengaku pernah mendapat layanan istimewa daripada negara kuasa besar dunia itu semasa menjadi "jeneral" Anwar.
Beberapa kali menegaskan masuk Umno tidak melibatkan wang, Ezam juga menceritakan perjuangan dan jasanya "mempertahankan prinsip" bersama PKR suatu masa dahulu, termasuk merengkok di penjara dan menjana penubuhan parti itu di peringkat Selangor.
"Saya tinggalkan PKR dan Anwar tidak melibatkan satu sen (wang) pun, demi Allah!" katanya.
Menyentuh soal Malaysiakini, beliau mendakwa portal berita bebas itu sebagai alat kepada Anwar, antaranya kerana laporannya berhubung 'persaingan' antara Noh dan bekas menteri besar Datuk Seri Dr Khir Toyo.
Jenakakan KSSB, ejek Khalid 'gagap'
"Kenapa lapor Umno Selangor nak gaduh pasal isu pasir? Sebab tuan dia (Malaysiakini) sama kepala dengan Anwar Ibrahim," katanya sambil mengaitkan Malaysiakini dengan George Soros.
Turut berucap dalam program di perkarangan Tabika Kemas di Seksyen 17, Noh, Satim dan ketua penerangan Umno negeri Shukor Idrus.
Bagaimanapun, ucapan ketiga-tiga pemimpin tersebut banyak menyentuh isu pentadbiran pasir di negeri itu melalui penubuhan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) oleh kerajaan Selangor.
Bukan sahaja KSSB dijenakakan sebagai singkatan kepada 'Korek Selangor Sampai Berlubang dan Kebas Sebelum Selangor Berubah', Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim juga diejek sebagai gagap.
Malah Satim dan Shukor dalam ucapannya dilihat meniru gaya 'gagap' Khalid sambil disambut gelak ketawa hadirin.
Malam tadi, program SSDE itu turut diadakan di Klang dan bakal disusuli 17 siri ceramah lagi di seluruh negeri Pakatan itu sehingg 8 Ogos ini.
Nazri: Malaysia tiada halangan Clinton jumpa Anwar
Ini biasa kita dengar.Tetapi kemudiannya akan di cop sebagai egen Yahudi, Egen CIA, Egen Amerika oleh mereka-mereka yang berkepentingan dalam politik yang dayus.
Anwar egen Yahudi????? Ini adalah salah satu contoh bagaimana blog penyokong umno yang menulis tentang Anwar egen Yahudi ,Amerika dan juga CIA.
Sebaliknya rakyat melihat bahawa kedatangan ini bukan sahaja bertujuan bagi mendengar sendiri keadaan dalam negara dan laporan antarabangsa mengenai apa yang berlaku.Semoga kedatangan ini tidak diputarbelitkan dengan isu kedatangan wakil khas Amerika berjumpa ketua Pembangkang, sebaliknya jangan pula menjadi lidah bercabang menjaja kesana sini Anwar egen Amerika, kelak rakyat sedar bahawa isu ini adalah mainan politik yang tidak punya idea dan ketandusan isu.
LENGGONG, 30 Okt — Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Malaysia tidak menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika lawatannya ke negara ini bermula Selasa ini.
Nazri memberitahu, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi Malaysia tidak mempunyai masalah jika Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu berhasrat menemui Anwar.
Seperti pemimpin dunia yang lain, Clinton yang mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia minggu depan boleh menemui Anwar atas sifatnya sebagai Ketua Pembangkang.
“Permintaan itu pun bukan nak jumpa Anwar, tapi nak jumpa ketua pembangkang... ini biasa macam kita pun kalau pergi ke Amerika Syarikat pun di antara orang yang kita berjumpa selain Presiden, kita juga berjumpa dengan ‘Majority Leader’... Senat, ‘Minority Leader’... itu biasa.
“Jadi, kita tak ada apa-apa halangan untuk dia nak berjumpa dengan Anwar tapi jumpa Anwar bukan kerana peribadi tapi kerana sebagai ketua pembangkang, kerana ketua pembangkang merupakan jawatan yang diiktiraf dan dibayar gaji dalam ‘Standing Order’ kita,” kata beliau selepas menyampaikan hadiah dan sijil sempena Hari Kokurikulum Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Abdul Aziz di sini hari ini.
Nazri (gambar) berkata Malaysia tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pemimpin yang mahu mengadakan lawatan rasmi ke negara ini termasuk mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang di Parlimen.
Beliau berkata sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dan negara berdaulat Malaysia tidak perlu takut dengan sesiapa.
Lagipun kata beliau, Malaysia tidak ada apa-apa yang perlu disembunyikan daripada pengetahuan mana-mana pemimpin dunia termasuk Clinton.
Justeru kata Nazri, sebarang kenyataan yang menghalang Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu mahu berjumpa Anwar, yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, bukannya datang dari Malaysia.
Nazri diminta mengulas kenyataan Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore yang menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya itu.
DeVore dalam portalnya mendakwa Setiausaha Negara Amerika Syarikat itu tidak perlu menemui Anwar yang mendakwa dirinya
sering menerima tekanan daripada kerajaan.
Menurut DeVore yang mewakili Parti Republikan, Malaysia tidak seburuk Myanmar dan Anwar tidak mengalami nasib sama seperti Aung San Suu Kyi.
Ia merupakan lawatan sulung Clinton ke Malaysia sejak dilantik sebagai Setiausaha Negara di bawah pentadbiran Presiden Barack Obama.
Amerika Syarikat merupakan rakan dagang dan niaga Malaysia ketiga paling utama, dengan jumlah eksport negara melebihi AS$25 bilion (RM77.5 bilion) setahun.