JOM DENGAR. GEELE DAN TESLA AKAN MELABUR BERBILLION.


 

SANUSI...SEMBANG..TIPU BANYAK DARI BETOI..


 

DI N9 KERAJAAN TAWARKAN HADIAH JIKA RAKYAT BERI MAKLUMAT PEMBALAKAN HARAM ATAU PERLOMBONGAN HARAM


 

SANUSI PEMBOHONG BILA MBI DI SERET TERLIBAT


 

TAK SALAH NAK TAKUT BUAT APA ? ADA CURI DUIT? ADA BUNUH ORANG KAH ? ADA SIMPAN BANYAK HARTA LUAR NEGARA ? ADA AMBIK RASUAH ?

 

Tun M dakwa ramai orang kenamaan dalam ketakutan

oleh FARAH SHAZWANI ALI20 Julai 2023 03:

Description: Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama.

Tun Dr Mahathir Mohamad - Foto Bernama.

SHAH ALAM - Ramai dalam kalangan kenamaan Melayu didakwa berada dalam ketakutan kerana bimbang akan dikenakan tindakan termasuk saman dan pendakwaan di mahkamah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, golongan berkenaan bimbang jika ada orang tertentu akan melaporkan kepada polis dan berdepan siasatan.

"Mereka tidak senang dengan prestasi kerajaan sekarang. Banyaklah sebab kerana berpendapat kerajaan sekarang tidak baik. Mereka menyatakan ini apabila ditemui.

"Tetapi mereka enggan menyertai sebarang gerakan yang memiliki pendapat yang sama. Ini kerana mereka takut jika dikenal pasti oleh kerajaan dan tindakan akan diambil terhadap mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Dr Mahathir turut mendakwa, ada antara kenamaan itu yang takut jawatan mereka ditukar kepada lebih rendah atau dilucut terus.

Malah katanya, ada yang takut kontrak mereka ditarik balik atau diganggu.

"Ada ugutan untuk hantar kereta polis ke hadapan rumah mereka dan takut akan dimasukkan ke dalam tahanan polis.

"Tidak ada caj (pendakwaan) tetapi jika masuk dalam tahanan walaupun hanya beberapa hari sahaja, tekanan jiwa amat teruk," dakwanya.

 

ANWAR TIBA DI VIETNAM

 












Menyambut ketibaan YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta delegasi Malaysia yang lain di Lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai sempena lawatan sulung beliau ke Vietnam.

YAB Perdana Menteri juga dijadualkan untuk bertemu beberapa pemimpin utama Vietnam serta komuniti perniagaan Malaysia-Vietnam dan juga rakyat Malaysia di Vietnam.

Diharapkan lawatan ini akan meningkatkan lagi kerjasama Malaysia-Vietnam dalam pelbagai sektor serta hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

---------------------

Received YAB Prime Minister, Dato’ Seri Anwar Ibrahim and wife, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail as well as Malaysian delegation at Noi Bai, International Airport for his maiden official visit to Vietnam.

YAB Prime Minister is also scheduled for meetings with key leaders of Vietnam and business community as well as Malaysian diaspora in Vietnam.

It is hoped that this visit will enhance further cooperation between Malaysia and Vietnam in multifaceted areas.

#wismaputra

#doczam

#MalaysiaMadani

#MalaysiaVietnam

TEMU ANWAR LAMAN MBPJ 22 JULAI

 




Sesi dialog Temu Anwar diteruskan kali ini di Laman MBPJ, Petaling Jaya, Selangor pada hari Sabtu bersamaan 22 Julai 2023.

Selain memberi fokus kepada isu yang dihadapi anak muda, sesi kali ini akan turut memberi tumpuan kepada segmen penunggang p-hailing di negara ini.

Justeru itu, saya ingin menjemput anak-anak muda serta para penggerak p-hailing negeri Selangor untuk turut sama dalam sesi ini.

Pertanyaan dan pandangan semua pihak amat dialukan untuk kita sama-sama membangunkan Malaysia MADANI.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com.

Kita jumpa Sabtu ini!

#MalaysiaMADANI

 

Starlink dapat lesen daripada kerajaan


FMT REPORTER.



Perkhidmatan kendalian SpaceX akan bermula di institusi pengajian tinggi dan sekolah, menurut Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.


PETALING JAYA: Kerajaan memberikan lesen pemberi kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada Starlink untuk menyediakan perkhidmatan internet satelit di negara ini, terutama di kawasan pedalaman.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, perkhidmatan kendalian SpaceX itu, yang diasaskan oleh usahawan teknologi terkemuka Elon Musk, akan bermula di institusi pengajian tinggi dan sekolah.

 

Perkara ini diumumkan seminggu selepas pertemuan maya antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Musk tentang pelaburan ke Malaysia.

“Sekarang ini, 97% kawasan berpenduduk mempunyai akses internet. Untuk baki 3% pula, ada isu geografi lokasi seperti kawasan pedalaman atau pulau terpencil yang menjadi cabaran kepada pembinaan rangkaian,” kata Fahmi di Facebook.

Tambahnya, kerajaan sedia bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan internet satelit ke arah 100% akses di kawasan berpenduduk.














ZAMAN AZMIN DULU TERUK BEKALAN AIR BERBANDING ZAMAN AMIRUDIN

 

Dulu Selangor pun ada masalah air. Aku risau juga menjelang PRU14 2018 takut jadi bahan kempen.

Tapi semenjak 2018 ke atas, kurang sangat dengar keluhan isu air di Selangor. Dan sekarang, kalau ada gangguan pun semua scheduled maintenance. Ada notis pemberitahuan.

Itu bukti kecekapan MB Amirudin Shari mentadbir negeri Selangor. Walaupun maju (hasil kecekapan Allahyarham TS Khalid), negeri yang MB Amir warisi tak lekang dari masalah.

Namun dalam 5 tahun, MB Amir berjaya selesaikan isu yang membelenggu negeri itu. Walaupun Amir dipilih oleh Azmin, tapi jelas Amir seribu kali lebih cekap berbanding Azmin.

Kalau Azmin masih MB Selangor waktu ini, mungkin isu air di negeri itu masih belum selesai sampai ke hari ini. Syukurlah Sultan Selangor memilih tokoh sebaik YAB Amir sebagai MB.

Seorang Menteri Besar pasti kreatif dan produktif dalam mentadbir kerajaan. Seorang Menteri Badut pula cukup setakat sembang hebat nak buat itu ini tapi apa pun tak ada. Selangor akan terus hebat di bawah kepimpinan MB Amir. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

JADINYA SANUSI KLUSTER MAHKAMAH BUKAN KERANA POLITIK, MALAH TIADA KAITAN DENGAN POLITIK



 Walaupun telah disebut sebelum ini, malah ramai orang juga sudah menyebutnya, kali ini saya ingin menekankan sekali lagi bahawa pendakwaan di bawah Akta Hasutan terhadap Menteri Besar Besar, Sanusi Md Nor bukanlah bersifat politik dan tiada kaitan sama sekali dengan sebarang unsur politik.

Beliau didakwa di mahkamah adalah kerana memperlekeh dan mempertikaikan Raja – pertama, terhadap Sultan Selangor dalam perlantikan Menteri Besar dan kedua, terhadap Yang Dipertuan Agong berhubung pembentukan kerajaan perpaduan.

Dakwaan mempertikaikan Sultan Selangor dan Agong itu dibuat Sanusi dalam ucapan terbuka yang bererti ia memperlihatkan kecenderungan untuk menghasut dan membangkitkan perasaan tidak setia kepada Raja.

Harus difahami bahawa perlantikan Menteri Besar adalah hak serta budi bicara Sultan sesebuah negeri dan memperlekeh perlantikan yang dibuat Sultan adalah bererti sama seperti memperlekeh kebijaksanan baginda.

Begitu juga dengan penubuhan kerajaan perpaduan, keceluparan Sanusi menuduh Agong tidak pernah menitahkan perkara itu adalah juga keterlaluan, menyeleweng dan seolah-olah merendah-rendahkan kebijaksanaan baginda dalam menyelesaikan kemelut politik negara.

Perkara itu bukan saja difahami memang titah baginda, bahkan Mahiaddin Md Yasin, selepas mengadap Agong sesudah PRU15 lalu juga ada menyebut tentang hasrat penubuhan kerajaan perpaduan oleh baginda itu.

Mahiaddin memberitahu, PN menolak idea penubuhan kerajaan perpaduan atau unity goverment yang dicadangkan Agong itu.


Jika idea menubuhkan kerajaan perpaduan bukan sesuatu yang dititahkan Agong, bagaimana Mahiaddin boleh menyebut mengenainya?

Makna mudahnya, penubuhan kerajaan perpaduan memang merupakan idea serta titah Agong dan bukan direka-reka oleh Anwar sebagai didakwa oleh Sanusi.

Berdasarkan keceluparan Sanusi memperlekeh dan mempertikai dua Raja dengan dua perkara yang berbeza itu, beliau memang sepatutnya didakwa di mahkamah dan kini secara langsung bergelar kluster mahkamah.

Dengan itu, pendakwaan terhadap Sanusi tiada kaitan dengan politik, tidak berunsur politik dan tidak untuk kepentingan politik mana-mana parti dalam kerajaan sebagaimana dituduh oleh pihak-pihak tertentu.

Tindakan yang diambil adalah semata-semata berdasarkan kesalahan atau kebiadapan yang Sanusi lakukan terhadap Raja.

Lebih daripada itu, kalau kita lihat juga, semua laporan polis terhadap Sanusi, termasuk oleh Ahli-Ahli Dewan Diraja Selangor, semunya adalah berkaitan perlekehannya terhadap Sultan Selangor.

Tiada satu pun ada laporan polis terhadap keceluparan Sanusi yang menggelar Amiruddin sebagai Menteri Besar yang “cokia” dan “tak cukup inci”.

Hal yang sama juga dalam konteks istilah kerajaan perpaduan yang Sanusi dakwa hanya rekaan dan gembar-gempur Anwar saja, tiada laporan polis berkaitan tuduhan fitnah yang dibuatnya itu kepada Perdana Menteri.

Meski tidak dapat dipastikan sama ada wujud laporan polis berkaitan tindakan Sanusi mempertikaikan titah Agong berkaitan kerajaan perpaduan itu, tetapi pihak berkuasa barangkali memutuskan ucapan Menteri Besar berkaitan perkara itu adalah merupakan perbuatan melampau serta tidak wajar oleh seorang pemimpin atau ketua kerajaan negeri.


Maka sebab itulah Sanusi akhirnya didakwa di mahkamah berkaitan tuduhan terhadap penubuhan kerajaan perpaduan itu.

Melihat bagaimana kedua-dua isu dijadikan modal oleh Sanusi, persoalan yang timbul – berpolitik parti Islam apa kalau nama Raja sewenang-wenangnya boleh diheret dalam keghairahan untuk memperolehi undi?

Mudah kata, di sinilah perlunya Akta Hasutan untuk terus melindungi kedudukan Raja-Raja sebagai payung kepada rakyat jelata.

Bayangkan kalau ada 10 orang macam Sanusi dan di waktu yang sama tiada Akta Hasutan?

Sebaliknya, orang politik Perdana Menteri dan menteri-menteri tidak memerlukan pun Akta Hasutan kerana jika difitnah, dipertikai dan diperlekeh secara keterlaluan, mereka boleh memfailkan saman atau membuat laporan polis terhadap sesiapa yang menuduh demikian.

Tetapi, atas kedudukan istimewa mereka, Raja mesti sentiasa dilindungi oleh Akta Hasutan. – ShahbudinHusin 20/07/2023.


PRINSIP

 

PRINSIP

Selalu Taksuber akan gelar golongan atas pagar (GAP) atau non-partisan ini, golongan tak berprinsip atau lalang.

Hujahnya simple, kerana kita tak setia pada mana2 orang.

Pada saya, susah kita nak betulkan mereka yang dalam bubble.

Makanya, posting ini untuk GAP, bagi kita fahami PRINSIP kita.

1. Setia kita kepada Raja dan Negara. Bukan kepada parti atau pemimpin berhala.

- GAP tahu dan sedar tiada satu pun parti yang sempurna, tiada seorang pemimpin pun yang maksum. Maka bila menyokong dan mengundi, paksi kita ialah pilih the lesser evil, mana baik untuk negara.

- Sokongan dan dokongan ini bukan selamanya. Kalau parti atau pemimpin yang diundi itu, sesat dan ke laut dalam bina negara, next term, akan wajib ditukar jua.

2. Kita tak sokong membuta sama ada Kerajaan atau Pembangkang. Yang kita sokong Prinsip demokrasi especially dalam Rukun Negara. Contohnya:

Description: ✅Ketika kita all out lawan Kleptokrat ketika kesnya di Mahkamah, bukan sebab kita penyokong tegar Kerajaan TSMY atau Tun M. Tujuan dan niat kita ialah menyokong dan bersoladiriti dengan Institusi Kehakiman, kita sokong prinsip Kedaulatan Undang2 dan Keluhuran Perlembagaan.

Description: ✅Ketika kita bantah PH tebuk atap kembali selepas episod Sheraton Move, bukan juga sebab kita dokong pengkhianatan geng tebuk atap. Tapi sebab runtuhkan Kerajaan pada masa pandemik itu, tak baik untuk rakyat dan negara. Perlulah tunggu PRU15 pula.

Description: ✅Ketika kita menyampah dengan antik Pembangkang, yang kerjanya nak Semak dan Tumbang. Bukan bermakna kita ni Penyokong tegar Kerajaan sedia ada. Kita nak Pembangkang buat kerja. Push Kerajaan kotakan janji mereka. Buat semak dan imbang, sebagaimana prinsip demokrasi. Itulah kerja mereka sebenarnya. Bukannya tak menyempat nak berkuasa semula.

Description: ✅Dan kini, bila kita marah orang politik persendakan Raja. Bukannya sebab kita “in love”dengan Kerajaan sekarang. Mereka pun kita hentam. Tapi kerana mantra “Kesetiaan kepada Raja dan Negara”. Ini yang orang partisan susah nak paham. Yang kita lindungi ialah Institusi, bukan Kerajaan.

3. Bila taksuber berkata mereka pegang pada prinsip perjuangan. Namun, dalam era Fluid Politics di Malaysia ini, jalur perjuangan parti pun sudah kabur. DAP boleh geng dengan UMNO. PAS boleh geng dengan Gerakan. Walhal lain2 garis perjuangan. Makanya prinsip pun dah ke laut, bukan?

4. Kena ingat prinsip orang politik ini “matlamat menghalalkan cara”. Chemeleon yang sentiasa lapar kuasa. Mereka boleh berubah, lawan dan kawan tidak akan kekal lama. Prinsip disesuaikan ikut masa.

Contoh, dulu dia pimpin Kerajaan Berbilang Bangsa, sekarang ia dah jadi di luar Perlembagaan pula.

5. Makanya, kita tanya. Siapa yang lalang sebenarnya?

Salam hormat,

Liyana Marzuki

 

Ok.. PRN nak dekat. 12 Ogos ni ramai akan mengundi.








Ok.. PRN nak dekat. 12 Ogos ni ramai akan mengundi.

Jadi saya akan post report card Kerajaan negeri untuk 5 tahun. Harap set GAP dan geng JPO boleh nilai sendiri. Taksuber kita tahu mereka dah siap2 pilih.

Pertama, saya dapat untuk Negeri Sembilan. YAB Datuk Aminuddin sebagai MB. Dari PH.

MB yang ni senyap2 je buat kerja. Tiada kontroversi mengenainya. Tiada skandal rasuah kita dengar. Cuma nama dia sikit tenggelam.

Itu benefit orang yang senyap buat kerja. Dan tak kacau orang. Orang pun tak kacau dia. Benda buruk kecik2 orang boleh pejam mata.

Apapun, saya lihat berdasarkan data, ada perubahan ekonomi 5 tahun ini, cuma N9 takde wow factor lagi. Mungkin akan improve dalam 5 tahun nanti.

Dari segi politik, N9 stabil sekali. Kombinasi BN dan PH akan bagi jalan sukar untuk PN rampas Kerajaan. Tambah Pengarah Pilihnaraya PN ialah Peja. Saya musykil dan agak ambitious untuk kata Kerajaan PHBN akan tumbang.

But politics is fluid dan kuasa di tangan pengundi. Apapun boleh jadi Description: 😊Description: ✌🏼

Lepas ni, saya kupas negeri lain pula. Siapa wakil MB yang nak pass report card, boleh DM ya?

~LM~

 


TESLA MULA DAPAT TEMPAHAN






Ezreen Muhaizie Marzukhi  · 

Follow

  · 

 

TESLA MODEL Y : 4 HARI 10k BOOKING!

Dalam tempoh 4 hari Tesla sudah dapat 10 juta ringgit.

Sebagai perbandingan, Perodua Ativa yang terpaling on demand pun baru dapat 6 ribu tempahan dalam tempoh 2 minggu pertama.

Tesla tak perlu buat majlis pelancaran grand², takde promosi, takde iklan, tak perlu bayar paid review kepada page² automotif.

Semuanya netizen yang tolong viralkan, termasuk saya Description: 😆

Prinsip Elon Musk ni mudah,

“Great product speak for themselves, and can generate buzz without the need for the traditional advertising.”

Jadi, cipta produk

hebat

. InsyaAllah mudah terjual.

10k ini angka penting, kalau kita pandai lihat.

1. Tenaga elektrik akan guna lebih banyak kerana akan ada lebih banyak EV di atas jalan raya selepas ni. TNB akan lebih untung. Beli saham TNB dan yang berkaitan dengan tenaga.

2. Bengkel² kereta yang nak ride the EV wave bolehla mula upgrade pomen dan knowledge tentang EV dan elektronik.

3. Kalau dulu pomen saja yang kerja di bengkel. Selepas ni akan ada lulusan elektrik dan elektronik dok repair kereta.

Dunia berubah cepat. Cerita bengkel pokok ceri dan pomen takde sijil lagi

hebat

, itu biarkan mereka dengan segmen customer mereka.

Nak cari margin baru dan bisnes baru, EV dah sediakan.

Antara nak atau tidak sahaja untuk berhijrah dan upgrade diri jika rasa bisnes sekarang tak boleh pergi.

Dan untuk anak² muda yang masih belajar, BELAJARLAH.

Jangan drop, please.

Dunia masa depan perlukan orang berpendidikan dan berkemahiran.

#TeslaModelY #teslamalaysia #electricvehicles #elonmusk

 

BOLEH HANG NAK PERBODO RAKYAT TERENGGANU ? AWAT TERUK SANGAT KA PEMIKIRAN ORANG TERENGGANU TU ? ATAU HANG MEMANG BANYAK KALI NAMPAK BODO.

 









Parah exco Terengganu ni kena. Dengan bangganya dia tunjuk gambar kompleks sukan. Sekali netizen belasah ramai-ramai.

Masalah pertama, kompleks sukan apa kalau ada balai macam tu je. Kata seorang netizen tu, macam tempat ternak lembu

Kedua, makan masa sampai 5 tahun. Khemah gitu je 5 tahun? Kalau bagi kontraktor, 2 minggu siap, jawab seorang lagi.

5 tahun pun sebab nak PRN. Kalau PRN tahun 2028, mungkin 2028 baru siap kot. Terpaksalah siapkan takut rakyat tanya.

Ketiga, kosnya sampai RM6.2 juta. Biar betul? Dia punya tiang tu bersalut emas ke apa mahal macam tu? Ini parah ni.

Tapi itulah kehebatan PAS. Ini yang PAS kata boleh jadikan Selangor super state. Tapi rasanya kalau PN dapat Selangor, lebai yang super kaya. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

(Terkini) Saifuddin Nasution: Ucapan Penuh Jelajah Madani Dun Suka Menan...

RAFIZI RESPON PUNCA POLIS TAHAN SANUSI JAM 3 PAGI - CERAMAH MADANI

Kementerian Kewangan sahkan suntikan kewangan Felda bayar sukuk









        DOKUMEN SUNTIKAN DANA  KERAJAAN PERSEKUTUAN KEPADA FELDA



 Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan Kerajaan Persekutuan telah mula menyuntik dana kepada Felda untuk agensi itu membayar kepada pemegang sukuk bagi membolehlah Felda terus beroperasi tanpa gangguan kewangan selepas 80% hutang peneroka yang boleh dikutip dilupus kira.



"Kementerian Kewangan (MOF) ingin mengesahkan bahawa perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) telah ditandatangani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 26 Jun 2023.



"Seperti diumumkan melalui siaran akhbar MOF bertarikh 28 Jun 2023, perjanjian ini melibatkan Jaminan Kerajaan sebanyak RM9.9 bilion kepada Felda untuk menstruktur semula pinjaman agensi tersebut melalui terbitan sukuk dan kredit pusingan dalam usaha memulihkan kedudukan kewangan Felda," kata Kementerian Kewangan dalam kenyataannya.



Menurut Kementerian Kewangan lagi, di bawah perjanjian tersebut, Kerajaan akan membiayai pembayaran balik sukuk melalui peruntukan geran RM990 juta setiap tahun untuk tempoh 10 tahun.



"Sehubungan itu, MOF juga mengesahkan penyaluran pertama RM990 juta telah dilaksanakan pada 18 Julai 2023 selaras dengan peruntukan yang telah disediakan di dalam Belanjawan Madani 2023.



"Penyempurnaan perjanjian jaminan Kerajaan dan penyaluran peruntukan kepada Felda merupakan elemen penting yang dilaksanakan Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kelangsungan Felda antara lain mengambil kira antaranya impak kepada aliran tunai dan kedudukan kewangan Felda berikutan penghapusan hutang peneroka Felda," kata kenyataan itu lagi.



 

Menteri Kewangan dedah dokumen lupus hutang peneroka Felda


 Dokumen skim pengecualian hutang peneroka Felda yang menjadi kontroversi sejak diumumkan ditandangani oleh Menteri Kewangan semasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini sebahagiannya didedahkan kepada umum.


Menurut kenyataan Menteri Kewangan, dokumen berkenaan hanya ditandatangai pada 26 Jun 2023, manakala tuduhan bekas Perdana Menteri Mahiaddin Yassin bahawa pentadbiran beliau telah memansuhkan hutang peneroka pada 2021 adalah tertolak.


Oleh itu, Datuk Seri Anwar menuntut permohonan maaf daripada Mahiaddin yang menuduh beliau berbohong berkenaan penghapusan hutang peneroka tersebut.


"Saya kemukakan sebahagian dokumen perjanjian Assignment for Financial Service Reserve Account (FSRA) terkait Jaminan Kerajaan kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang telah saya tandatangani.


"Justeru itu, saya mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memohon maaf atas fitnah yang dilemparkan kepada saya," katanya.



Pada awal Julai lalu Mahiaddin mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan pembohongan berhubung pelupusan hutang penerokaFelda.


Beliau juga berkata kononnya kekangan aliran tunai Felda pada ketika ini menyebabkan kerajaan PH-BN tidak dapat melaksanakan pelupusan hutang peneroka secara berterusan.


Dokumen yang didedahkan hari ini adalah perjanjian antara Felda dan Kerajaan Malaysia dengan disaksikan oleh Amanah Raya Trustees Berhad: