VIDEO ULAR GERGASI DI SHAH ALAM




 

RAKYAT KELANTAN PERLU BERUBAH DAN BOLEH PERCAYAKAN ANWAR.












Anwar Ibrahim


 Sebelum mengakhiri lawatan ke Kelantan, saya sempat menghadiri Jelajah Perpaduan MADANI dan Pelancaran Jentera Perpaduan di Machang.


Di hadapan ribuan hadirin, saya maklumkan 

Kerajaan Perpaduan berazam untuk memajukan Kelantan sekiranya berjaya menawan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos depan.


Sayugia, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan negeri amat penting dalam memastikan kebajikan rakyat terus terjaga dan terbela.


Inilah masanya untuk rakyat Kelantan perlu bangkit, percaya dan yakin dengan hasil kerja yang dilakukan Kerajaan Perpaduan demi kemajuan mereka.


Sampai jumpa lagi Kelantan!


#MalaysiaMADANI



SALAM AKHIR BUAT SAHABAT










Anwar Ibrahim.


 Menyampaikan salam terakhir buat seorang sahabat yang kental dan setia. 


Terima kasih untuk segala jasa dan budimu buat rakyat serta negara.


Akan kami teruskan legasi RAHMAHmu.


Damailah di sana, Al-Fatihah.



BUANG MASA SAJA HAMZAH MAHU DEDAH SURAT SAIFUDDIN KETIKA KEMPEN PRN INI

 

Selain tidak mampu menambah sebarang undi kepada PN, mendedahkan surat itu hanya mendedahkan lemahnya Hamzah ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri….



BUANG MASA SAJA HAMZAH MAHU DEDAH SURAT SAIFUDDIN KETIKA KEMPEN PRN INI 


Walaupun sudah dinafikan, bekas Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin nampaknya tetap berkeras mahu mendedahkan surat daripada Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasition Ismail yang didakwa dihantar kepadanya konon bagi meminta pemilihan PKR yang lalu dibatalkan.


Hamzah memberitahu pemberita di Tanjong Karang malam tadi bahawa beliau akan mendedahkan surat itu dalam kempen PN di Kedah tidak lama lagi.


“Itu tunggu. Saya katakan bersiri.


“Saya cakap dengan orang Kedah bahawa saya akan turun kembali ke Kedah dan saya akan tunjuk surat yang dia hantar pada saya,” katanya lagi.


Berikutan pendedahan Hamzah bahawa Saifuddin pernah menghantar surat kepadanya meminta agar pemilihan PKR dibatalkan, Setiausaha Agung PKR itu yang kini merupakan Menteri Dalam Negeri segera menafikannya dan menyifatkan dakwaan Hamzah terhadapnya tidak lebih hanya sekadar “kenyataan politik” semata-mata.


Saifuddin berkata, jika beliau mahu membatalkan keputusan pemilihan parti tahun lalu itu, beliau boleh melakukannya dalam dua jawapannya kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), apabila badan itu mengeluarkan dua surat tunjuk sebab kepada PKR.


Tentunya kerana tidak puas hati dengan jawapan Saifuddin itu, Hamzah kini memutuskan untuk mendedahkan surat Saifuddin itu?


Perlukah Hamzah berbuat demikian?


Sekarang adalah waktu kempen PRN dan sebarang ucapan atau pendedahahan ketika kempen ini seharusnya boleh membantu PN ke arah memperolehi undi.


Malangnya, tindakan Hamzah membuat dakwaan tentang wujudnya surat Saifuddin kepadanya itu langsung tidak membantu PN memperolehi undi tambahan daripada rakyat Kedah.


Apa kaitan surat itu dengan PRN dan kepada rakyat Kedah?


Hamzah patut mencari isu lain jika ingin menambahkan undi kepada PN yang kini semakin terjejas berikutan onar Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah yang memperlekeh Raja-Raja sehingga didakwa di mahkamah, selain isu nadir bumi yang dijangka lebih banyak tangkapan akan dilakukan oleh pihak berkuasa.


Lagi pula, isu pemilihan dalam PKR telah selesai dan meskipun Saifuddin kalah kepada Rafizi Ramli bagi pemilihan jawatan Timbalan Presiden, kedua-dua pemimpin berkenaan telah memilih untuk bersatu serta sama-sama bekerja keras untuk kemenangan PH pada PRU15 lalu.


Disebabkan kesediaan mereka melupakan isu pemilihan tersebut dan kedua-duanya saling bekerja keras, itulah yang sebahagiannya menyumbang kepada kepada kemampuan PH memenangi 82 kerusi iaitu paling tinggi berbanding PN dan juga BN.


Kini juga, Saifuddin dan Rafizi sama-sama anggota jemaah menteri dan mereka saling fokus serta melengkapi untuk terus memperkukuh parti dan berkhidmat untuk negara.


Maka itu, langsung tidak relevan sebenarnya untuk Hamzah bercakap mengenai surat itu.


Selain tidak relevan, adalah membuang masa juga bagi Hamzah bercakap tentang surat itu pada ketika ini kerana Saifuddin dan Rafizi tidak pernah memanjangkan isu pemilihan itu sebaik ianya berakhir.


Tambahan lagi, yang salahnya dalam hal ini, jika benar Saifuddin ada menulis surat kepadanya meminta pemilihan PKR itu dibatalkan, ialah Hamzah sendiri.


Kenapa beliau tidak membatalkan saja pemilihan PKR kalau benar perkara itu yang diminta oleh Saifuddin?


Bukankah jika pemilihan PKR itu dibatalkannya, parti itu akan jadi lebih berpecah dan PH tidak mungkin mampu menang sehingga 82 kerusi Parlimen pada PRU15 lalu?


Oleh kerana beliau sendiri enggan membatalkan pemilihan PKR, mendedahkan wujud surat berkenaan ketika ini sudah tidak bermakna apa-apa lagi.


Ia malah hanya mendedahkan kelemahan dan ketidakcekapan Hamzah sendiri ketika memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. – ShahbudinHusin 24/07/2023.


https://shahbudindotcom.net/



RAKYAT SELANGOR MARAH SANUSI

 



Rakyat Selangor dah marah! Jangan harap PNgkhianat akan menang di Selangor! 


#PRN2023 

#TolakPN 

#TolakPNDerhaka



#SanusiBiadap


TUUUU DIAAAA...MAULANA MAHATHIR. DOSA HAPUIH .....


 

MUHYIDDIN SEMBANG. YANG KENA LUNAS PMX.


 

TIAP TIAP MALAM MEETING NAK JATUHKAN KERAJAAN. SEBAB APA ? SEBAB TAKUT MASUK JEL.


 

DOSA BUKAN SEBAB SOKONG MANA PARTI SELAIN PAS...DOSA SEBAB HANG BANYAK DOSA


 

'Jelajah Perpaduan luar biasa tanda rakyat Kelantan bangkit'

'4449e2_ef733da0a6af4759b4d652bbddec4ae9_mv2.webp' failed to upload. TransportError: There was an error during the transport or processing of this request. Error code = 103, Path = /_/BloggerUi/data/batchexecute : Incomplete XSS header at end of request (0)

 Oleh: Abdullah Zaid


Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kehadiran ribuan rakyat dalam Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kelantan malam tadi sebagai “amat luar biasa”.


"Saya orang lama dalam politik, saya jalan masuk tadi dari hujung jalan sampai ke sini (pentas ceramah) bukan sahaja orang ramai tetapi sambutannya amat luar biasa," kata beliau semasa berucap di Bukit Tiu Machang, semalam.


Turut hadir Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.


Dalam pada itu, Pengerusi Kerajaan Perpaduan itu juga memberi jaminan untuk menyelesaikan masalah air yang membelenggu sejak puluhan tahun di negeri pantai timur itu.


"Tanpa mengira parti Kerajaan komited untuk menyelesaikan masalah air di Kelantan.


"Kita memberi jaminan untuk tidak membiarkan rakyat Kelantan minum melainkan air bersih.


"Oleh itu, hasil perbincangan dengan Kementerian Kewangan dan Kementerian Ekonomi bersetuju meluluskan peruntukan RM 1.7 bilion dan kita luluskan segera (bantuan tersebut) RM 500 juta (bagi) tahun ini," jelasnya lagi.



Ribuan penyokong BN dan BN Kelantan menghadiri ceramah malam tadi


Pada masa sama, Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Tambun menempelak tindakan gabungan Pas-Bersatu yang mengambil bekas Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohammed menyertai gabungan pembangkang itu bagi menghadapi PRN di enam buah nanti.


"Sekarang mereka bawa Tun M bawa turun kempen, sekarang orang dah panggil dia Lebai Mahathir," sinisnya.

[launtan merah biruh] KELANTAN SEDIA UNTUK BERUBAH!SAMBUTAN HANGAT BERSA...



Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Kelantan Bersama YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, YAB Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain. 23 Julai 2023 (Ahad) Dewan Pusat Transformasi Ilmu Bukit Tiu, Machang Perpaduan demi Kestabilan dan Kemakmuran.


[panas] PENYOKONG PERIKATAN NASIONAL! MENGGANAS MEMBAKAR BENDERA PN!



Berdasarkan foto yang tersebar di Facebook, ahli yang dikatakan tidak berpuas hati telah membakar dan memijak bendera PN. Mereka mendakwa PN telah memilih seorang lagi ahli jawatankuasa pimpinan bahagian Hulu Selangor, yang didakwa bersekutu dengan ketua PN Selangor Azmin Ali, dan bukannya Anuar. Sumber Berita https://www.malaysiakini.com/news/672994





PM Anwar Ibrahim Imamkan Solat Jenazah Allahyarham Salahuddin Ayub Di Ma...



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan sendiri solat jenazah menteri beliau Datuk Seri Salahuddin Ayub yang meninggal dunia malam tadi. Anwar mengimamkan solat jenazah itu di Masjid Noh Gadot, Pontian sebelum jenazah dikebumikan pagi ini. Anwar tiba jam 11 pagi dan masuk ke ruang masjid. Beliau sempat menyaksikan wajah Salahuddin buat kali terakhir sebelum mengimamkan solat itu. Salahuddin yang kini dikenali sebagai Bapa Rahmah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 9.23 malam tadi di Hospital Sultanah Bahiyaah, Alor Setar. Kelmarin, Salahuddin dikejarkan ke wad kecemasan sekitar jam 10.15 malam untuk rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah. Doktor pakar kemudiannya mengesahkan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) itu mengalami pendarahan otak.


WAN SAIFUL KEKAL KLUSTER MAHKAMAH




 

Hakim, Rozina Ayob memutuskan demikian selepas mendengar hujahan tambahan daripada peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dan responden oleh Timbalan Pendakwa Raya, Rasyidah Murni Azmi dan Mohd ‘Afif Ali.

“Permohonan pihak pembelaan ditolak, maka prosiding seterusnya dijalankan sebagaimana yang dijadualkan sebelum ini.

“Mahkamah menetapkan perbicaraan kes dibuat selama lapan hari, bermula 25 hingga 27 Mac; 29 serta 30 April tahun depan dan 20 hingga 22 Mei tahun depan,” kata Rozina.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

 

KINI DIA PILIH TOPI BAHARU-BIARKAN DIA ....SEPATUTNYA DIA DIHORMATI. TAPI KINI DIA DINGAT SEBAGAI SEORANG YANG PENDEDAM DALAM HATI.





LEVEL BAWAH CAM WALAUN JUGA




Akan lahir apa! Dah lahir dah Sanusi baru! Bukan puluh tapi beratus. Tu walaun semua tu kira Sanusi la tu. Sama je level otak. Nak apa lagi? Guane boh?

Raja Gelap

 

ORANG YANG ORANG MELUAT KENA HATI HATI SIKIT. SEBAB BAGI BANYAK ORANG SAKIT HATI

 




Masa aku dalam union dulu, pernah ada court case dengan majikan. Peguam kami masa tu Sivarasa. Dia YB masa tu.

Aku jumpa dia datang tanpa bodyguard. Aku pelik juga. Aku tanya dia, kenapa tak ada bodyguard? Tak risau ke?

Jawapan dia aku ingat sampai hari ni. "Kita orang baik-baik. Kita tolong orang. Siapa mau bunuh kita? Kita tak ada musuh.

Lain kalau kita curi duit rakyat, selalu dengki orang lain, memanglah kita takut. Masa tu mungkin kena ada bodyguard."

Aku fikir itu jawapan yang sangat baik. Betul. Kalau kita baik, nak takut apa? Gambar sekadar hiasan. Guane boh?

Raja Gelap

 

AYUH ANAK MUDA . SUPPORT PMX KITA.


 

TAPI AUN SELALU KATA DAP HINA SULTAN


 

PAS DIAMBANG KEHANCURAN.PIMPINAN LEKEH.


 

ARWAH SALEHUDSIN SEPERTI TAHU AKAN PEMERGIANNYA


 

REE EKSPOLASI ATAU CURI



 

INILAH HASIL KERAJAAN MADANI DI RANTAU PANJANG


 

Al-kisah YB yang tersingkir