Alif Jamil
Baru 33 bulan pegang kuasa, BERSATU dah kantoi RM500 juta masuk akaun parti. Ini bukan fitnah.
Ini fakta mahkamah.
Mahkamah benarkan 7 pertuduhan keatas Muhyiddin Yassin digabungkan. Ini bukan teori konspirasi.
Ini kes SPRM dan ianya bukti sah yg sedang dibicarakan dalam mahkamah.
Dan ya , duit itu masuk ke akaun rasmi parti BERSATU, bukan akaun tabung Kohilal tapi akaun parti politik dgn bukti transaksi bank yang jelas.
Kita pun pernah tertanya jugak masa PRU15 macam mana PAS dan BERSATU boleh berkempen macam parti kaya raya ? Billboard gergasi bersepah, konvoi macam VIP, kempen besar²an seluruh negara, bendera macam ribut taufan.
Rupanya, jawapan ada di mahkamah.
RM500 juta deposit masuk akaun BERSATU hasil skim Jana Wibawa atas nama bantu bumiputera tapi yg kenyang kroni dan inner circle.
Fakta kes :
a. SPRM sahkan lebih RM300 juta masuk akaun BERSATU dari syarikat kontraktor.
b. Akaun BERSATU dibekukan bawah Akta AMLA (Anti Money Laundering).
c. pertuduhan rasmi terhadap Muhyiddin dibacakan di mahkamah.
d. Pertuduhan melibatkan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.
Tapi yang paling ironinya depalah yang terpaling Islam, paling suci.
Kononnya PH ni proksi Yahudi, Anwar ejen Amerika & IMF, DAP musuh Islam.
Padahal..
Depa lah yg rompak atas nama Islam, tipu atas nama Melayu, sakau atas nama bangsa dan agama.
Apa beza kalau kroni yang sapu?
Jenayah tetap jenayah.
Dan saya berasa jijik bila penyokong Tun dan PEJUANG pula pandai² sindir PH kononnya hipokrit sebab kerjasama dengan BN.
Siap bahan PH sebab lantik "Presiden 47 kes” jadi TPM.
Tapi bila PN baru 33 bulan memerintah dah kena siasat atas skandal RM500 juta semua pakat simpan otak dalam mangkuk jamban.
Hello? Sepenggal pun belum dah ada kes sampai 500juta.
Bukan setakat tebuk atap tapi tebuk poket rakyat.
Ini kerja gila.
Yang lawaknya bila PEJUANG yg takde kerusi satu pun, harini nampak berjinak² dgn geng pengkhianat yang depa dulu maki tak cukup tanah.
Main play safe konon, takut nampak macam khianat terang² lah tu.
Tapi rakyat dah lama baca tari klentong ampa tu.
Nak main politik tapi takut kena kecam.
Nak kekal relevan tapi tak berani ambil pendirian.
PH dan BN boleh duduk semeja demi kestabilan dan reform seperti yg disarankan Yang Dipertuan Agong.
Prinsip PH jelas , kerjasama harus berpaksikan keadilan rakyat dan reform.
Berbanding dgn kamu yg nak duduk semeja dgn PN yg menunggang agama, sakau dana dan tikam belakang rakyat ,
Itu bukan demi agama bangsa , itu jenayah.
Fikir-fikirkan. Selagi ada akal , guna akal tu dgn elok.
Jangan simpan otak dalam tandas.