MGNews : Anwar Sokong Hukuman Mati Mandatori Dimansuhkan


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bersetuju dan menyokong bahawa hukuman mati mandatori dimansuhkan di negara ini kerana boleh memberi ruang yang kepada hakim tertakluk dengan budi bicara.


MGNews: Jangan ‘Downgrade’ Penghuni Flat Kampung Sungai Baru!- Khalid



Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, yang juga Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mempersoalkan jumlah pampasan lebih RM200,000 yang ditawarkan kepada penghuni flat Kampung Sungai Baharu adalah rendah dan akan merendahkan taraf hidup mereka selepas berpindah. Begitu juga dengan penghuni rumah teres, mereka meminta menjadi pemaju bersama, bukan setakat dibayar pampasan.


MGNews : Isu Kampung Baru: Tidak Mustahil Ada Unsur-Unsur Rasuah.Tanya sama Nuar Musa ,Najib dan Mail Sabri yang kata tanah di situ rm3k sekaki



Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad tidak menolak kemungkinan keghairahan pihak tertentu memajukan Kampung Baru mempunyai unsur-unsur rasuah. Tegasnya satu laporan polis akan dibuat berhubung dakwaan itu.

MGNews : Isu Perkauman : Tommy Thomas Kena Tengok Cermin



Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan kepada Tommy Thomas bahawa seharusnya beliau melihat ke cermin dahulu sebelum untuk menyerang sesiapa sahaja tanpa bukti dan beliau sebagai bekas Peguam Negara harus tahu peranan beliau sebelum untuk menentukan atau menyerang sesiapa sahaja.



MGNews : Saya Dinasihat Tidak Membuat Kenyataan Yang Menyinggung Pemilih...


Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan apa-apa kenyataan mengenai pemilihan parti itu akan dibuat selepas pengumuman Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP). Bagaimanapun, Anwar berkata beliau sudah menghubungi Rafizi Ramli mengenai keputusan tidak rasmi yang mengangkat bekas Ahli Parlimen Pandan itu sebagai Timbalan Presiden PKR.

RAFIZI RAMLI! BUAT RAMAI YANG KEPANASAN DARI DULU SAMPAI SEKARANG!



RAFIZI RAMLI DARI DAHULU SAMPAI KEMBALINYA BELIAU SEMULA DALAM ARENA POLITIK MLAYSIA MEMBUATKAN RAMAI YANG MULA KEPANASAN DANTIDAK SENANG DUDUK!! MARI TONTON HUJAH INI PASTI TERKEJUT SETALAH SEMUANYA TERBUKTI PADA MASA KINI!!


Pengambilan tanah oleh kerajaan di Kg Sg Baru duluan merbahaya - Khalid Samad

 


TANYA PIMPINAN UMNO- MEREKA KATA BOLEH JUAL 3K SKAKI...MANA DIA TAK TAU...DENGAR MACAM SUARA PM...DENGAR JUGA SUARA NUAR MUSA...DENGAR JUGA..HAHHH....NAJIK....NAJIK...MANA PEE....




Pengambilan tanah oleh kerajaan untuk diserahkan kepada pemaju swasta sebagaimana yang berlaku di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur merupakan duluan yang merbahaya sekiranya diterima pakai sebagai cara bertindak kerajaan.


Hal itu dinyatakan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Ir Khalid Samad dalam sidang medianya di Kampong Bharu tengah hari tadi.


Menurut Khalid, jika pengambilalihan ini selesai dengan jayanya maka tidak mustahil pemaju yang menghadapi kesukaran berunding dengan penduduk di kawasan lain akan meminta kerajaan mengambilalih tanah untuk mereka.


"Kalau kita benarkan ini (berlaku, ia) satu precedent (duluan) merbahaya. Mana mana pemaju kalau nak keluarkan penduduk, penduduk tak setuju, dia runding dengan kerajan guna Akta Pengambilan Tanah untuk pemaju. Ini tak munasabah," katanya.


Oleh itu, Khalid mengesa agar Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri meninjau ke bawah melihat cara 'anak anak buahnya' menjalankan tugas sebagai menteri.


Begitu juga, katanya, Menteri Wilayah pada era kerajaan Perikatan Nasional dan BN seharusnya membela penduduk bukannya berdiam diri.


"Saya nak merayu kepada PM Ismial Sabri dalam Keluarga Malaysia yang poster merata, tunjuk prihatin, campurtanganlah (dalam hal ini).


"Menteri Wilayah sama ada yang sebelum ini (PN), dua dua tidak menunaikan tanggungjawab mereka terhadap penduduk. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu pun tidak menunaikan tanggungjawab kepada penduduk. Jadi kita minta PM sendiri terlibat


"Saya juga akan bentuk jawatankuasa dari para peguam yang akan kaji dari sudut undang undang apa tindakan yang boleh diambil untuk menghalang dan mencabar keputusan ini.


"Termasuk prosedur bagaimana surat minta keluar (pengusiran) itu dihasilkan dalam masa begitu singkat. Kita akan cuba membantu supaya pemilik diberikan hak mereka.


"Biar perundingan dijalankan secara biasa. Kita minta tarik semula warta (pengambilan tanah) ini. Biar pemaju runding dengan pemilik seperti biasa," katanya.


Khalid juga mempertikaikan di manakah kumpulan kumpulan pembela Melayu yang menyerang habis habisan kerajaan Pakatan Harapan ketika mahu membangunkan Kampong Bharu 2 tahun lalu, tetapi tidak timbul pada waktu rumah orang Melayu di Kampung Sungai Baru dirampas


Beliau juga kesal dengan pampasan yang diberikan dalam pengambilan paksa tersebut yang jauh lebih rendah daripada harga ditawarkan oleh kerajaan PH yang lalu.


"Kerajaan ambil dengan paksa, dan tawaran penduduk tak terima kerana nilai terlalu rnedah. Dulu kita tawar RM1,000 sekaki, kita dikutuk kata rendah, sekarang lagi rendah," katanya lagi.


Untuk rekod, penduduk sebelum ini mengadu pampasan untuk mengambilalih unit kediaman flat mereka hanya sekitar RM250,000 dan tidak memadai untuk membeli kediaman baharu sama ada di Kuala Lumpur atau Selangor.






PULAK...BARU TADI AKU INGAT BERITA PELESU.....?????



Kalau bukan anda, siapa? DAP soal DBKL projek RM30 juta ganti tiang lampu






Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng mempersoalkan sama ada DBKL dan
 Suruhanjaya Sekuriti ada mendapatkan SCIB bagi penjelasan lanjut.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Penafian Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang, menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan, kata Ahli Parlimen DAP.

Dalam kenyataannya, DBKL menafikan laporan pihaknya memberikan kontrak bernilai RM30.75 juta kepada SCIB, melalui Ennova Sdn Bhd.

Kenyataan itu dikeluarkan walaupun SCIB dalam makluman kepada Bursa Malaysia, menyatakan syarikat itu diberikan kontrak berkenaan.

DBKL berkata, pihaknya tidak memberi kebenaran kepada mana-mana pihak ketiga untuk melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL.

Bercakap kepada FMT, Pengerusi Biro Aduan Awam DAP Lim Lip Eng, mempersoalkan pihak mana yang membayar RM30.75 juta itu dan siapa pula penerimanya.

“Adakah DBKL menafikan berlaku proses kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pelaksanaan kontrak bernilai RM30.75 juta bagi penggantian 200 tiang lampu di Lembah Klang?

“Adakah DBKL dan Suruhanjaya Sekuriti mendapatkan maklum balas lanjut daripada SCIB, syarikat senaraian awam bagi penjelasan?”

Semalam, Lim yang juga Ahli Parlimen Kepong, menyatakan kebimbangan berhubung kos kontrak terbabit yang dianggap terlalu besar bagi menggantikan 200 tiang lampu.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, SCIB berkata kontrak itu untuk perkhidmatan kejuruteraan projek bagi penggantian jumlah unit lampu berkenaan.

Dalam pada itu, DBKL dalam kenyataannya, hari ini, berkata pihaknya melantik secara berperingkat 29 syarikat panel yang mempunyai lesen ‘network facilities provider’ (NFP) sejak 2013, bagi melaksanakan penggantian tiang lampu sedia ada kepada tiang lampu berintegrasi sistem pemancar telekomunikasi, di sekitar Kuala Lumpur.

“Dan segala kos penggantian tiang lampu ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat panel tersebut.”

Katanya, tiang lampu dwifungsi itu merupakan tiang lampu jalan diintegrasikan dengan pemancar telekomunikasi.

“Rasional pembinaan tiang lampu dwifungsi ini adalah untuk meningkatkan perkhidmatan telekomunikasi di Kuala Lumpur kepada rangkaian 5G selaras dengan hasrat Kerajaan untuk menyiapkan infrastruktur ini di Kuala Lumpur secepat mungkin,” katanya.


MMM..MEMANG HANG KURANG BIJAK SEBAB YANG LANTIK HANG ADALAH PERANCANG SEJAK AWAL LAGI NAK BAGI KECOH. AKHIRNYA DIA KHIANAT LETAK JAWATAN

 

‘Kamu pun kurang bijak, perlu juga lihat cermin’, Anwar bidas Thomas

289Shares
facebook sharing button 217
twitter sharing button 71
whatsapp sharing button
email sharing button

Anwar Ibrahim berkata beliau menerima kritikan Tommy Thomas yang
 memintanya melihat cermin berikutan kegagalannya menjadi perdana
 menteri.

KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim membidas Tommy Thomas apabila meminta bekas peguam negara itu juga melihat cermin.

Presiden PKR itu berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Thomas pada 8 Jun lalu seperti dilapor China Press, mengapa beliau masih belum menjadi perdana menteri.

Thomas yang berkhidmat sebagai pendakwa raya tertinggi negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan berkata, beliau berasa sedih bagi pihak presiden PKR itu.

Anwar berkata, ketika Thomas menjadi peguam negara, ada juga tindakannya yang disifatkan “kurang bijak”.

“Tommy Thomas juga harus lihat cermin kerana dalam bidang masa (menjadi peguam negara) dia ada jalankan tugas dan dalam buku dia unsur-unsur perkauman tebal.

“Unsur hina keupayaan penjawat awam, termasuk (yang di) Jabatan Peguam Negara keseluruhannya. Tak boleh kata begitu,” katanya pada sidang media selepas menghadiri peluncuran kombo merdeka di pentas utama Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,  pusat dagangan dunia (WTC).

Ketua Pembangkang turut membidas kritikan Thomas berhubung kenyataannya terhadap bekas perdana menteri Abdul Razak Hussein sebelum ini yang dikatakan menjadi punca rusuhan 13 Mei 1969.

Anwar berkata, begitu juga tindakan Thomas mengulas mengenai kes bunuh yang masih dalam perbicaraan di mahkamah.

“Jadi, ada juga kurang kebijaksanaan yang memerlukan dia melihat ke cermin,” katanya.

Pada masa sama, Anwar berkata beliau menerima krtikan Thomas yang memintanya melihat cermin berikutan kegagalannya menjadi perdana menteri.

Bagaimanapun, Anwar mempersoalkan adakah sebab beliau enggan bertolak ansur dalam rasuah dan campur tangan kes mahkamah beberapa pemimpin politik dianggap kegagalannya menjadi perdana menteri.

“Saya boleh beritahu dia, saya akan jadi perdana menteri jika saya bertolak ansur kepada rasuah dan campur tangan dalam mahkamah, maka saya akan menjadi perdana menteri. Tada siapa boleh mempertikaikannya tetapi saya enggan.

“Adakah itu satu kegagalan,” soalnya.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata buat masa ini beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai pemilihan PKR.

“Saya buat kenyataan rasmi setelah Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) buat pengumuman rasmi. Saya dinasihat jangan buat apa-apa kenyataan yang menyinggung pemilihan, tetapi pemilihan dan semangat perubahan sesuatu positif untuk parti,” katanya.

BAGUS JUGA SAJAK NI...


 

BIOR BETOI YEOP....


 

TUUU DIA AIHHHHH...AWAT LA HANGPA BUAT LEKEH GUNA PENYODOK SAMPAH....KAH..KAH...KAH....LUCU SEBENARNYA MALAYSIA NI...



SELAIN DARI BEBERAPA PERKARA YANG HEBAT...MALAYSIA AGAK LUCU

1. ADA ORANG BUKAN ISLAM MENGAKU BERMIMPI NABI MUHAMMAD

2. PARTI AGAMA YANG MELAUNGKAN ISLAM ..TETAPI BILA DIHINA TAK MAHU BUAT DEMONTRASI BANTAHAN

3. DAP MERUPAKAN SEBUAH PARTI BERBILANG BANGSA, TETAPI PARTI AGAMA TAK MENGAKU CINA DAN MENGIKTIRAH MCA PARTI BANGSA CINA.

4. PENYAMUN YANG MENYAMUN DI NOBATKAN SEBAGAI BOOSKU.

5. WALAU PUN SUDAH DIJATUHKAN HUKUMAN, ADA YANG MUKA TAK MALU MEMUSING SATU NEGARA MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH.

6. DAPAT DUIT RM 30K SEBULAN TANPA MESYUARAT DAN DUDUK SAJA

7. DULU SEBUAH PARTI AGAMA, SERINGKALI MENGKAFIRKAN MUSUHNYA, TAPI KINI MENYONDOL UNTUK BERSAMA WALAU DITOLAK.IANYA UMPAMA MUKA TAK MALU JUGA.

8. BANYAK LAGI...SILA SAMBUNG SENDIRI




 

Steady brader Bala ni... ngaku dah banyak kali mimpi jumpa Nabi Muhammad...STEADY ...MASA NI WALAUN SAHIH BERTAKBIR

TARIAN TRADISI DAN UPACARA SEMBAHAN

JAMZURI ARDANI



Kalau kita fahami sejarah lampau, saya fikir boleh dikatakan hampir semua bentuk tarian tradisional dari pelbagai bangsa di seluruh dunia ini pada asalnya adalah suatu bentuk sembahan ... samada sembah 'Tuhan', atau sembah 'roh nenek moyang', atau sembah 'Raja'.

Tidak kiralah tarian tradisi itu berasal dari Eropah, India, China, Afrika, Jepun, New Zealand, atau Nusantara.

Manusia zaman dulu tidak akan saja-saja cipta pelbagai bentuk gerak tarian sekadar untuk suka-suka tidak macam manusia zaman ini. Semuanya pasti ada 'punca kuasa' yang menyuruh, mengatur, dan akhirnya mengesahkan tarian tersebut untuk kemudiannya ditiru dan diperturunkan ke generasi seterusnya. Punca kuasa itu pada zaman tersebut hanya boleh datang dari dua sumber; kepercayaan (agama) atau feudalisma (istana).

Tarian-tarian ini kemudiannya menjadi budaya walaupun pada asalnya adalah suatu bentuk sembahan.

Jadi, kalau kita mahu berhujjah samada halal atau haram hukum sesuatu tarian tergantung samada ianya budaya atau agama, garis pemisahnya mungkin tidak begitu jelas kerana asalnya dulu semuanya adalah suatu bentuk sembahan.

 

KIRANYA DBKL MENAFIKAN. KIRA BERITA PELESU LA NI YA...MMMMM..PISHANGGGG

 

DBKL nafi beri projek RM30 juta ganti tiang lampu kepada syarikat Sarawak






SCIB berkata, kontrak diberikan kepadanya adalah bagi perkhidmatan
 kejuruteraan projek penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah
 Klang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan melantik Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) untuk menggantikan 200 tiang lampu di Lembah Klang seperti yang didakwa.

Kenyataan ini dibuat susulan laporan bahawa kontrak untuk projek itu, bernilai RM30.75 juta, diberikan kepada pembuat produk konkrit yang berpangkalan di Sarawak, melalui Ennova Sdn Bhd.

“Kami ingin merujuk kepada artikel di beberapa media yang menyatakan Sarawak Consolidated Industries Bhd (SCIB) akan melaksanakan kerja-kerja untuk DBKL.

“Pihak DBKL tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak untuk melantik SCIB atau mana-mana anak syarikatnya untuk melaksanakan apa-apa kerja bagi pihak DBKL,” katanya dalam kenyataan.

DBKL mendapat kecaman daripada DAP dan warganet berhubung projek itu kerana kosnya dikatakan terlalu tinggi hanya untuk menggantikan 200 tiang lampu.

“Orang ramai tertanya-tanya, adakah kontrak bernilai RM30.75 juta itu semata-mata hanya untuk membina 200 tiang lampu?” soal Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng dalam kenyataan semalam.

“Adakah ini bermaksud pembinaan satu tiang lampu perlu menelan kos bernilai sebanyak RM153,750?”

Lim, yang juga pengerusi biro aduan awam DAP, menuntut DBKL turut menjelaskan sama ada kerja itu diberikan melalui tender terbuka, dan mengapa ia diberikan melalui pihak ketiga (Ennova).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, SCIB berkata, kontrak itu adalah untuk perkhidmatan kejuruteraan projek bagi penggantian 200 unit tiang lampu di Lembah Klang.