BERJUMPA HAJIJI NOOR DAN ABANG JOHARI.

 


Pagi tadi saya sempat bersarapan dan berbincang bersama Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, yang turut ikut serta dalam ALC-27.








Antara yang disentuh termasuk persediaan menjelang Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang akan berlangsung di Kota Kinabalu dalam beberapa minggu lagi.


Kami turut bertukar pandangan terkait beberapa perkembangan mutakhir, selain memberi tumpuan kepada ikhtiar memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan, Sarawak dan Sabah demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan yang lebih adil dan seimbang.


Insya-Allah, hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan saya dengan Kerajaan Sarawak dan Sabah akan terus diperkukuh atas dasar saling menghormati dan kepercayaan. 


#MalaysiaMADANI

#MADANIbekerja

#YakinMADANI





KEH KEH KEH....KAN.....

 


Seorang penyokong PAS/PN di Threads tampil “flex” kelayakan akademiknya selepas mendakwa penyokong gabungan itu sering dilabel tidak berpendidikan.






Dia memperkenalkan dirinya sebagai pemegang ijazah dan sarjana dalam bidang geologi dari UKM, selain bekerja sebagai ahli geologi profesional dan memiliki firma perunding dengan lebih 15 kakitangan.


“Ada yang kata pengundi PAS/PN ni tak well educated. Jom la kita flex sekali sekala. Aku start dulu,” tulisnya.


Namun ruangan komen pantas bertukar menjadi medan sindiran apabila netizen mula mempersoalkan mengapa kepakaran seperti itu tidak digunakan untuk membantu menyelesaikan masalah air di Kelantan.


Seorang pengguna memuat naik gambar air paip berwarna keruh sambil menyindir:


“Sebagai grad geologist, macam mana cara nak bagi air paip di Kelantan ni rasa macam teh tarik sikit?”


Ada juga yang meminta beliau turun membantu negeri Kelantan menyelesaikan masalah bekalan air yang sudah lama menjadi rungutan rakyat.


Netizen lain turut mempersoalkan, jika begitu ramai penyokong PAS mempunyai degree, master dan kelayakan profesional, mengapa masalah asas seperti air bersih masih belum dapat diselesaikan dengan baik.


Akhirnya, perdebatan itu bukan lagi tentang siapa lebih tinggi sijil.


Ada degree.


Ada master.


Ada firma sendiri.


Sekali netizen tanya, kenapa air Kelantan masih macam teh tarik?


#unofficialinfo





PERKUAT TUDM DI SARAWAK



 Helikopter AW-149 akan dihantar ke No.7 Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia di Kuching 







Mengikut kontrak yang telah ditandatangani 12 unit helikopter AW-149 untuk Tentera Udara Diraja Malaysia akan dilengkapi pelbagai sistem untuk misi combat search and rescue (CSAR) dan dilengkapi dengan sistem TRA 6036 airborne radios daripada Thales Perancis 


Tentera Udara Diraja Malaysia dan Pasukan Udara Tentera Darat dijangka menerima kumpulan pertama helikopter AW-149 pada tahun depan 


Selain itu , dalam sisi pembentangan sindiket Panglima Udara Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris menyatakan Tentera Udara Diraja Malaysia sedang rancangan perolehan 3 jenis helikopter ialah AW-149 , Heavy lift helikopter dan Attack helikopter pada masa dekat ini





INI KALAU NAK JADI PRESIDEN MALAYSIA LAH KIRANYA...BOLEH LUNYAI OOOOO......RCI TH dimula zaman Mahiaddin-Pas, hari ini Hadi tanya kenapa TH sahaja disiasat

 


Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mempersoalkan mengapa Tabung Haji (TH) sahaja menjadi tumpuan siasatan, sedangkan terdapat banyak lagi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang menurutnya turut wajar disiasat.

Abdul Hadi berkata, kerajaan tidak sepatutnya hanya menamakan TH dalam isu berkenaan, sambil mempersoalkan sama ada institusi itu diberi perhatian kerana ia berkaitan dengan umat Islam.

“Mengapa namakan TH sahaja sedangkan yang seperti GLC (tidak dilakukan)… sebab TH ini (milik) orang Islam?

“Lepas itu, mengapa (orang) tertentu sahaja (disiasat)? Yang ada kaitan… yang jadi penyumbang, perantara dan banyaklah… tak menyeluruh tindakan ini.

“Apa ia ada tujuan nak jatuhkan imej Islam, nak salahkan Islam… bukan salahkan orang… yang disebut nama saja, orang tak sebut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Konvensyen Pas Johor hari ini.

Abdul Hadi juga mempersoalkan mengapa kerajaan baru sekarang mendedahkan siasatan isu berkaitan TH sedangkan perkara berkenaan sudah lama dibangkitkan.

“Kenapa sekarang baru disiasat? Dekat PRN (Pilihan Raya Negeri) baru nak disebut, dekat PRN Negeri Sembilan baru nak disebut. Lepas ini nak pilihan raya umum pula, lama sangat,” katanya lagi.

Persoalan Abdul Hadi itu agak menghairankan kerana RCI berkaitan TH sebenarnya sudah dimulakan ketika Pas sendiri berada di dalam kerajaan.

Penubuhan RCI berkaitan TH telah dipersetujui Kabinet pada Julai 2021 ketika Tan Sri Mahiaddin Md Yassin menjadi Perdana Menteri. Ketika itu, Pas merupakan sebahagian daripada pentadbiran Perikatan Nasional.

Pada September 2021, Timbalan Menteri Agama ketika itu, Datuk Ahmad Marzuk Shaary daripada Pas, mengesahkan RCI berkenaan akan diteruskan.

Justeru, persoalan mengapa kerajaan “baru sekarang” menyiasat atau mendedahkan isu TH dilihat tidak lengkap tanpa mengambil kira bahawa proses RCI itu sendiri telah diputuskan dan diteruskan ketika Pas masih menjadi sebahagian daripada kerajaan.






‘Mu nok Isleyyy ko pembangunan?’, anak muda Kelantan persoal kemudahan bas

 


Isu kemudahan awam di Kelantan kembali menjadi bahan sindiran netizen apabila perbandingan keadaan Terminal Bas Kota Bharu dengan Terminal Penang Sentral mencetuskan ribuan reaksi di media sosial.

Satu hantaran di Threads yang memaparkan gambar perbandingan dua terminal berkenaan dengan kapsyen sinis berbunyi, “Negeri Pas vs DAP, mu nok isleyyyy ko pembangunan?”

Seorang anak muda menegaskan ramai anak Kelantan menyambung pengajian di luar negeri dan bergantung kepada pengangkutan awam untuk pulang, sekali gus menjadikan terminal yang selesa dan sistematik sesuatu yang sangat dekat dengan kehidupan generasi muda.

Malah, pengguna itu menyindir bahawa untuk ke negeri lain mereka boleh menikmati kemudahan pengangkutan yang lebih baik, tetapi apabila pulang ke Kelantan, pengalaman di terminal masih menjadi perkara yang mengecewakan.

“Ramai anak muda Kelantan menyambung pengajian di luar negeri dan menggunakan bas apabila pulang.

“Sebab itu kemudahan stesen bas yang baik sangat penting, terutama kepada pelajar yang datang dari jauh.

“Kemudahan seperti ini penting sekarang kerana orang sedang bercakap tentang kemudahan, khususnya kemudahan awam.

“Jangan kerana kita sendiri tidak menggunakan bas, kita menolak pembangunan kemudahan awam yang diperlukan orang lain,” tempelaknya dalam loghat Kelantan itu lagi.

Lebih mencuit hati, ada pula netizen membandingkan Terminal Bas Kota Bharu dengan Jengka Sentral di Pahang sambil mengingatkan bahawa Jengka mempunyai jumlah penduduk jauh lebih kecil berbanding Kota Bharu.

Perbandingan itu secara tidak langsung mencetuskan persoalan yang pedih kepada pentadbiran Pas Kelantan, bagaimana sebuah ibu negeri masih boleh menjadi bahan perbandingan dengan terminal di kawasan yang jauh lebih kecil.

Futuristik

Sindiran jadi lebih pedas apabila seorang pengguna memuat naik gambaran futuristik kononnya “Terminal Bas Kota Bharu” yang kelihatan seperti sebuah hab pengangkutan bertaraf antarabangsa sambil menulis, “Tu zaman bila, ni dah siap dah ni.”

Gambar itu jelas dijadikan bahan jenaka untuk menggambarkan betapa jauhnya imaginasi sebuah terminal moden berbanding apa yang diperkatakan pengguna mengenai realiti kemudahan awam di Kota Bharu hari ini.

Seorang lagi pengguna tidak melepaskan peluang menyindir dengan berkata Selangor mungkin akan menjadi “maju gila” sekiranya Pas memerintah sehingga KLIA boleh berubah menjadi lebih hebat daripada Lapangan Terbang Changi di Singapura.

Untuk rekod, Penang Sentral di Butterworth sudah berdiri sebagai hab pengangkutan moden dan tersusun denganmenyepadukan perkhidmatan bas, rel, dan feri.

Berbeza dengan Terminal Bas Kota Bharu di Lembah Sireh yang menjadi bahan sindiran satu Malaysia, itu adalah lokasi terminal sementara sejak lebih sedekad lalu.

Projek pembinaan Terminal Stesen Bas Bersepadu Kota Bharu Sentral (KB Sentral) di Tunjong dijangka siap sekitar tahun 2028.

Sebelum ini, projek terminal tersebut diumumkan bernilai kira-kira RM64 juta dan dijangka siap pada penghujung 2026.

Pada 13 Ogos lalu, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Izani Husin memberitahu bahawa kerja-kerja penambunan tanah akan siap pada Mei 2027.

Izani yang juga Adun Kijang merangkap Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pengkalan Chepa itu berkata, kos tambah tanah berjumlah RM14 juta.






14 pemimpin Melayu, akar umbi DAP pelbagai cawangan tegur Rayer isu kuil Perlis

 


Isu perobohan Kuil Veeramakaliamman di Bukit Lagi, Kangar, Perlis kini mencetuskan perbahasan bukan sahaja di luar DAP, malah dalam kalangan pemimpin dan anggota akar umbi parti itu sendiri.

Seramai 14 pemimpin serta anggota DAP daripada pelbagai cawangan tampil dengan pendirian tegas bahawa prinsip kedaulatan undang-undang mesti menjadi asas dalam menangani isu berkenaan.

Kenyataan bersama mereka dilihat sebagai teguran terhadap kenyataan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, walaupun namanya tidak disebut secara langsung.

Mereka ialah Pengerusi DAP Cawangan Setia Impian, Muhammad Shakir Ameer Mohideen; Ahli DAP Cawangan Alam Jaya, Edry Faizal; Pengerusi DAP Cawangan Bandar Baru Bangi, Farhan Haziq; Setiausaha DAP Cawangan Pekan Paloh, Abdul Majid Abd Aziz; dan Pengerusi DAP Cawangan Pusat Bandar Shah Alam, Nor Miswary Ramli.

Turut menyatakan pendirian ialah Ahli DAP Cawangan Kampung Baru Batu 9 Cheras, Shukri Mokhtar; Ahli DAP Cawangan Taman Kemuncak, Muhammad Najib Anuar dan Muhammad Muzamir Abdul Rahman; Setiausaha DAP Cawangan Taman Kemuncak, Izzul Afiq; serta Pengerusi DAP Cawangan Kampung Tunku SS1, Mohd Aslam Ahmad Ramli.

Empat lagi ialah Ahli DAP Cawangan Bandar Baru Bangi, Muhammad Nurhadi; Pengerusi DAP Cawangan Kampung Baru Pasir Pinji, Aldrin Ng; Naib Ketua DAPSY Selangor, Nur Rahim Nasir; dan Ahli DAP Cawangan Taman Seroja, Azfar Faruqi Mohamad Idris.

Tidak berpihak

Bagi mereka, pemimpin yang bertanggungjawab seharusnya mendidik masyarakat mengenai kepentingan mematuhi undang-undang sekiranya sesuatu isu mempunyai unsur pelanggaran peraturan, bukannya mempertahankan tindakan tersebut.

“Pemimpin mesti menyemak fakta dan mengambil pendirian yang tidak berpihak jika ada kepentingan masyarakat yang dilihat menyalahi perundangan negara,” tegas mereka.

Pendirian itu membawa mesej bahawa kebebasan beragama dan kedaulatan undang-undang tidak seharusnya dipertentangkan.

Hak setiap komuniti perlu dihormati, tetapi undang-undang negara juga mesti ditegakkan secara adil dan konsisten

Mereka turut mengingatkan bahawa prinsip Kedaulatan Undang-Undang dalam Rukun Negara mesti mengatasi kepentingan parti atau individu.

“Konsep ‘rule of law’ inilah menjadi pegangan parti sejak sekian lama,” kata mereka.

Pada masa sama, rundingan bagi mencari penyelesaian terbaik tetap perlu digalakkan.

Namun, ruang perbincangan tidak boleh menjadi alasan untuk membenarkan pelanggaran undang-undang.

Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kenyataan pemimpin mengenai isu sensitif agama perlu dibuat secara berhati-hati dan berasaskan fakta.

Membela hak beragama penting, tetapi mempertahankan kedaulatan undang-undang juga merupakan tanggungjawab yang tidak boleh dikompromi.





Wajar Bagi Malaysia, Brunei Suarakan Kebimbangan Peningkatan Konflik Asia Barat

 


Kenyataan bersama dikeluarkan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencerminkan ketegasan dalam menyuarakan kebimbangan konflik di Asia Barat mesti dihentikan segera. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 23 Ogos – Amat wajar bagi Malaysia dan Brunei sebagai dua negara majoriti umat Islam terus mendesak malah menekankan kepentingan keamanan di Asia Barat yang terus memberi kesan langsung kepada situasi geopolitik rantau ini.

Menurut penganalisis tempatan, situasi di rantau itu tidak boleh dibiarkan berlarutan dan kenyataan bersama oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan solidariti tetapi memperkuat lagi tekanan kepada komuniti antarabangsa.

Kenyataan bersama Brunei-Malaysia yang dikeluarkan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) ke-27 pada 22 Ogos 2026. Foto Wisma Putra

”Isunya bukan setakat pembantaian umat Islam di Asia Barat semata-mata tetapi krisis kemanusiaan global menuntut semua pihak termasuk ketua kerajaan menyuarakan bantahan keras terhadap negara yang melanggar piagam antarabangsa,” katanya.

Kenyataan bersama Brunei-Malaysia yang dikeluarkan sempena Rundingan Tahunan Pemimpin (ALC) ke-27 pada 22 Ogos 2026. Foto Wisma Putra

Terdahulu, gesaan dan kebimbangan mendalam akan peningkatan ketegangan serta konflik yang kembali tercetus di Asia Barat, khususnya membabitkan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran, serta serangan balas ke atas beberapa negara di rantau itu.

Dalam satu kenyataan bersama dikeluarkan susulan Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-27 di Bandar Seri Begawan, Sultan Hassanal serta Anwar berkata, keadaan itu mengakibatkan korban awam, kerosakan infrastruktur dan situasi kemanusiaan yang semakin buruk.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto X Anwar Ibrahim

“Mereka menggesa semua pihak supaya menahan diri, mengelak ketegangan terus meningkat, menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara, serta kembali kepada dialog dan diplomasi bagi menamatkan konflik serta mencapai penyelesaian,” menurut kenyataan itu.

Kedua-dua pemimpin turut mengambil maklum keadaan itu telah mengganggu lalu lintas maritim melalui Selat Hormuz, sekali gus menjejaskan rantaian bekalan global bagi tenaga dan barangan keperluan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, di Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto X Anwar Ibrahim

“Sehubungan itu, mereka menekankan kepentingan mengekalkan keselamatan maritim serta menjunjung kebebasan pelayaran dan penerbangan selaras undang-undang antarabangsa, khususnya Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut 1982 (UNCLOS).

“Mereka menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap sebarang langkah diskriminasi atau unilateral yang tidak selaras undang-undang antarabangsa, serta menggesa laluan transit kapal dan pesawat yang selamat, tanpa halangan serta berterusan di Selat Hormuz dipulihkan selaras UNCLOS 1982,” menurut kenyataan itu lagi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media selepas mengakhiri Rundingan Pemimpin Tahun (ACL) ke-27 di Bandar Seri Begawan pada 22 Ogos 2026. Foto PMO




Kebenaran Sebalik Isu Selat Taiwan: Mengapa Pendirian Malaysia Kekal Konsisten?

 


Malaysia tidak pernah berniat untuk mencetuskan krisis diplomatik yang tidak perlu; sebaliknya, kerangka dasar luar yang kita amalkan pada hari ini telah pun dimuktamadkan di pentas antarabangsa sejak beberapa dekad yang lalu. Foto Andre Lai

PENDAPAT, 23 Ogos – Apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu wawancara bersama stesen penyiaran Al Jazeera baru-baru ini, menegaskan bahawa “saya melihat Taiwan sebagai sebahagian daripada China, titik,” kenyataan tersebut secara dijangka mencetuskan gelombang perdebatan yang hangat.

Kumpulan pengkritik tempatan dengan pantas melabelkan pendirian itu sebagai terburu-buru, sementara Kementerian Luar Taiwan pula segera mengemukakan bantahan rasmi.

Namun, sebelum kita terus hanyut dalam polemik politik yang bersifat sementara ini, adalah wajar untuk kita menyingkap semula fakta-fakta sejarah dan realiti geopolitik global, bukannya sekadar bergantung pada petikan tajuk utama yang sensasi.

Malaysia tidak pernah berniat untuk mencetuskan krisis diplomatik yang tidak perlu; sebaliknya, kerangka dasar luar yang kita amalkan pada hari ini telah pun dimuktamadkan di pentas antarabangsa sejak beberapa dekad yang lalu.

Selari dengan Konsensus Global, Bukan Mencetuskan Ketegangan

Segelintir pihak bertindak seolah-olah Malaysia secara tiba-tiba mengubah pendiriannya kepada dasar pro-Beijing semalaman. Hakikatnya, dasar luar negara diasaskan atas satu tonggak antarabangsa yang sangat kukuh: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasmi mengiktiraf Republik Rakyat China (PRC) sebagai satu-satunya kerajaan yang sah bagi seluruh China.

Pada tahun 1971, Resolusi PBB 2758 telah menyelesaikan isu tersebut di peringkat global dengan mengiktiraf Beijing dan mengetepikan kedudukan Taipei. Ketika Malaysia menjalinkan hubungan rasmi diplomatik dengan Beijing pada tahun 1974, kepimpinan negara ketika itu bertindak atas prinsip menyelaraskan dasar luar dengan kerangka undang-undang antarabangsa serta konsensus global yang menyeluruh.

Sokongan penuh Presiden China Xi Jinping terhadap keanggotaan Malaysia dalam BRICS mengiktiraf peranan penting negara di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jika kita perhatikan landskap di Kuala Lumpur hari ini, Kedutaan Besar Republik Rakyat China teguh berdiri di Jalan Ampang, manakala Taipei hanya mengekalkan sebuah pejabat yang berteraskan perniagaan dan kebudayaan—yakni Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei—bukan sebagai sebuah perwakilan kedutaan berdaulat.

Daripada 193 negara anggota PBB, seramai 181 negara mengiktiraf Beijing. Malaysia telah konsisten mengamalkan dasar “Satu China” ini selama setengah abad; justeru, usaha untuk menuntut kerajaan mengamalkan pendirian “neutral” secara tiba-tiba bermaksud kita menafikan lima dekad kesinambungan dasar luar negara yang konsisten.

Kompleksiti Sejarah Hubungan Rentas Selat

Bagi memahami mengapa pihak luar wajar mengelak daripada campur tangan secara sembrono dalam isu rentas selat, kita perlu meneliti akar umbi sejarah yang mendasarinya:

  • Pra-1894 & 1895: Taiwan berada di bawah pentadbiran empayar China sebelum Dinasti Qing tewas dalam Perang China-Jepun Pertama, yang menyaksikan pulau itu diserahkan kepada pihak Jepun.

  • 1945 & 1949: Berikutan kekalahan Jepun dalam Perang Dunia Kedua, Taiwan dikembalikan kepada Republik China (ROC). Walau bagaimanapun, kancah perang saudara pada tahun 1949 mengakibatkan angkatan Kuomintang berundur ke pulau tersebut, sementara Parti Komunis China menubuhkan Republik Rakyat China di tanah besar.

Selepas itu, Taiwan membangunkan sebuah sistem demokrasi yang berakar umbi daripada evolusi institusi pasca-1949. Sekiranya Beijing pada masa hadapan mempertimbangkan sebarang transformasi politik, Taiwan boleh dijadikan sebagai rujukan budaya yang bernilai.

Usaha untuk menuntut Kerajaan MADANI mengamalkan pendirian “neutral” secara tiba-tiba bermaksud kita menafikan lima dekad kesinambungan dasar luar negara yang konsisten.

Namun begitu, apabila diambil kira pencapaian ekonomi China daratan yang amat luar biasa serta sistem kapitalisme yang berkembang subur di bawah kerangka semasanya, perbezaan politik tersebut sering kali menjadi sekunder berbanding realiti ekonomi harian.

Pemimpin-pemimpin serantau yang berpengalaman luas telah lama memahami hakikat ini: negara-negara kecil di rantau Asia Tenggara tidak akan memperoleh apa-apa keuntungan sekiranya dengan sengaja mencabar garis merah kedaulatan utama Beijing.

Kedaulatan, Pragmatisme, dan Realiti Politik

Terdapat pihak yang mengkritik Perdana Menteri kerana membayangkan bahawa Beijing mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan sekiranya Taiwan mengisytiharkan kemerdekaan, dengan menyamakannya seperti sebuah wilayah domestik yang ingin memisahkan diri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail disambut Presiden China Xi Jinping dan isteri Peng Liyuan pada Majlis Makan Malam Gala sempena SCO di Tianjin pada 31 Ogos 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Jika kita menguji logik ini menggunakan acuan dalaman negara: andainya ada ahli politik asing yang mendakwa Malaysia tidak berhak menggunakan angkatan tentera sekiranya Kedah atau Sabah cuba bertindak keluar secara sepihak, sudah tentu rakyat Malaysia akan bangkit membantah. Integriti wilayah adalah prinsip mutlak yang tidak boleh dikompromi oleh mana-mana kerajaan berdaulat.

Berhubung kebimbangan bahawa Taiwan mungkin bertindak balas dengan menarik keluar pelaburan semikonduktor dari Malaysia, kita harus bersikap lebih realistik. Taikun semikonduktor Taiwan ialah ahli perniagaan pragmatik yang mementingkan keuntungan, dan mereka amat maklum bahawa pasaran China daratan adalah jauh lebih besar serta kritikal kepada kelangsungan perniagaan mereka berbanding retorik politik di Kuala Lumpur. Mereka pastinya tidak akan memusnahkan rantaian bekalan mereka sendiri semata-mata kerana terkesan dengan kenyataan dalam sebuah wawancara.

Renungan Ideologi yang Lebih Luas

Jika kita meneliti dimensi ideologi yang lebih komprehensif, beberapa persoalan penting wajar direnungkan bersama:

  • Bagi para aktivis mahasiswa yang terlibat dalam peristiwa Dataran Tiananmen di Beijing pada tahun 1989 dan pernah melaungkan idealisme kebebasan, mereka wajar menilai sama ada realiti landskap semasa hari ini benar-benar mencerminkan cita-cita perjuangan mereka dahulu.
  • Bagi rakyat Taiwan pula, wajar untuk mereka memikirkan sama ada tindakan mempertaruhkan kestabilan demi naratif kemerdekaan politik berbaloi untuk menghancurkan sebuah ekonomi yang makmur semata-mata demi memenuhi agenda nasionalis tertentu.

Pendirian Tegas, Hala Tuju Jelas

Kenyataan yang diutarakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu provokasi melulu, melainkan satu pengakuan pragmatik terhadap kerangka undang-undang antarabangsa yang telah lama diiktiraf.

Bagi rakyat Malaysia berketurunan Tionghua yang berkongsi ikatan warisan leluhur dengan kedua-dua belah pihak, konflik rentas selat sering kali dirasakan sebagai satu gema yang jauh. Walaupun kita menghargai pertalian kebudayaan dengan kedua-dua pihak di tanah besar dan Taiwan, kesetiaan mutlak dan masa depan kita kekal terpancang kukuh di bumi bertuah Malaysia.

Kesimpulannya, kenyataan yang diutarakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu provokasi melulu, melainkan satu pengakuan pragmatik terhadap kerangka undang-undang antarabangsa yang telah lama diiktiraf. Sebagai sebuah negara perdagangan yang berdepan dengan landskap global yang dinamik, kekuatan utama Malaysia terletak pada konsistensi dasar serta pematuhan terhadap norma antarabangsa.

Sebagai seorang rakyat Malaysia, saya berpandangan bahawa pendirian yang diambil oleh Perdana Menteri dalam wawancara tersebut adalah tepat pada landasannya.

Oleh Lai Chen Heng




FGV tak teruskan, kenapa Felda pula masuk Eagle High? – Radzi

 


Persoalan mengenai keputusan Felda melabur dalam Eagle High Plantations (EHP) kembali dibangkitkan selepas Datuk Dr Radzi Jidin mendedahkan bahawa cadangan pelaburan itu pada asalnya mahu dilakukan oleh FGV Berhad.

Menurut Ahli Parlimen Putrajaya itu, FGV bagaimanapun tidak meneruskan cadangan berkenaan.

Sebaliknya, FELDA pula kemudiannya membuat keputusan untuk melabur dalam EHP dengan membeli 37 peratus saham syarikat perladangan di Indonesia itu sekitar tahun 2016.

Apa yang lebih menjadi persoalan, kata Radzi, FELDA ketika itu tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk membiayai pembelian tersebut.

Disebabkan itu, GovCo Holdings Berhad (GovCo), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan, memberikan pinjaman sebanyak RM2.3 bilion kepada FELDA.

Dana berkenaan kemudiannya digunakan bagi membolehkan FELDA meneruskan pelaburan dalam EHP yang pada asalnya dicadangkan untuk dibuat oleh FGV.

Selepas hampir 10 tahun, Radzi mendakwa saham EHP yang dibeli pada harga 584 rupiah sesaham kini hanya bernilai sekitar 111 rupiah sesaham.

Menurutnya, berdasarkan harga saham semasa serta kejatuhan nilai rupiah, pelaburan yang pada asalnya bernilai sekitar RM2.3 bilion itu kini dianggarkan hanya bernilai kira-kira RM300 juta.

Lebih mengejutkan, Radzi mendakwa FELDA tidak menerima sebarang pulangan daripada pelaburan tersebut sepanjang tempoh berkenaan, sedangkan agensi itu masih perlu menanggung komitmen hutang.

Pendedahan itu sekali gus menimbulkan persoalan besar yang perlu dijawab: Jika FGV sendiri tidak meneruskan cadangan pelaburan EHP, mengapa FELDA pula mengambil keputusan masuk dengan menggunakan pinjaman RM2.3 bilion?





@thekapitanMY HADI DAH TUKAR RASUAH JADI SEDEKAH


 

FELDA UTANG BERBILLION KO BELA RONGHIYA


 

INILAH UMNO YANG DIBANGGAKAN MELAYU JOHOR/NEGERI SEMBILAN


 

Reman CEO Tabung haji ok ja, tapi Reman org UMNO taraf pengerusi GLC bawah Zahid Hamidi lain mcm bai


 

PENYOKONG PAS BERSUARA! TRAGEDI 'LUKA TAKFIRI' & POLITIK PECAH BELAH DAN REALITI KELANTAN!


 

PENDIRIAN PARTI JALANG


 

PADAN MUKA DOK SIMPAN...TANHKAP SAMAN LA..TUNGGU DIA NAIK MEMANG DIA AKAN BALUN PH KAW KAW...


 

Syam Ghaz


Lim Sian See kami nak selamatkan Tabung Haji daripada kaki fitnah, kaki putar belit spt kamu dan geng pengkhianat kepada duit 9.7 juta orang pendeposit Melayu - Islam di Tabung Haji 2014-2017.


Tabung Haji rugi RM12.6 billion!







NAK MUNDUR PILIH LA LEBAI NI....CONTOH LAMA DSN BANYAK DAH.




 Nak bina stesen bas jer pun. Tapi dia punya tempoh lama perancangan tu dah macam nak bina stesen jana nuklear.😜


Tapi tak per laa...dah rakyat Kelate bahagia pilih lobai kan. Jadi kalau korang rasa sanggup sabar tunggu stesen bas tu siap sampai korang ke alam barzakh pun silakan. Tak der siapa nak larang atau marah.😘


Cuma buat rakyat Selangor dan KL, tolong la jangan benarkan lobai tadbir Selangor/KL. Risau nanti nak buat bus stop jer pun makan bertahun. Tak ker haru...🥴




KEH KEH KEH...WARGA FELDA BOLEH BOOO..PMX..NI TENGOK BERAPA JUTA RUGI..MANA TAU HAPA...JAGA ANAK ANAK YA...JANGAN JADI DOKTOR. KALAU LIHAT KOMEN...MEMANG BODO BODO BELAKA...ORANG NAK SIASAT DIKATA MACAM MACAM..

 


KPF: MANGSA AL-RAWDA SEPERTI TABUNG HAJI








1. Ramai yang terkejut apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mendedahkan kerugian yang dialami oleh Tabung Haji.


4. Punca kerugian terbesar yang direkodkan oleh Tabung Haji itu adalah akibat pelaburan dan pajakan hotel di Arab Saudi dengan sebuah syarikat yang bernama Al-Rawda Investment for Real Estate Development & Project Management Ltd.


3. Kita sangka hanya Tabung Haji yang menjadi mangsa. Tetapi hakikatnya, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) yang menjadi kebanggaan dan urat nadi kewangan warga peneroka, kakitangan dan genetasi baru juga turut terpalit dan memberi pembiayaan kepada syarikat yang sama.


4. Jika kita teliti Laporan Kewangan KPF, sejarah telah menunjukkan bahawa pada tahun 2015, jumlah hutang syarikat Al-Rawda kepada KPF direkodkan sebanyak RM9.86 juta. Setahun kemudian pada tahun 2016, angka ini telah melonjak naik secara mendadak kepada RM40.45 juta.


5. Menjelang laporan kewangan tahun 2025, hutang ini bukan sahaja gagal dikutip, malah nilai buku pembiayaannya yang tersangkut terus meruncing kepada angka RM119.38 juta. Wang berjuta ringgit ini tidak dapat dipulangkan dan KPF kini terpaksa mengheret syarikat Al-Rawda ke tribunal timbang tara antarabangsa.


6. Tetapi kemelut KPF tidak terhenti di luar negara. Di dalam negara, didapati wujud amalan pengurusan yang sangat membimbangkan. KPF dilihat secara berterusan membayar jumlah dividen yang jauh melebihi keupayaan keuntungan sebenar yang dijana oleh Kumpulan. Apabila dividen dibayar melebihi untung, ia bermakna kita sedang "memakan" modal asal ahli.


7. Ada juga unsur-unsur "creative accounting" atau perakaunan kreatif yang digunakan. Kelemahan pada kelonggaran perakaunan diambil kesempatan untuk melambatkan pengiktirafan kerugian pelaburan demi memperlihatkan nilai kosmetik pada kedudukan aset, dan menganggapnya sebagai satu keuntungan di atas kertas.


8. Inilah punca utama tunai fizikal koperasi susut teruk, dan apabila ahli ingin menebus syer mereka untuk pelbagai kecemasan, koperasi tiada tunai di tangan lalu ahli terpaksa menunggu 2 hingga 3 tahun untuk mendapat wang mereka sendiri.


9. Warga FELDA dan ahli KPF tidak boleh sekadar berdiam diri dan melihat dari jauh. Semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) kelak, perwakilan mesti berani bangun bersuara. Ahli Lembaga Koperasi dan pemegang saham lain harus mendesak pihak pengurusan supaya berterus-terang, menghentikan penyelewengan, dan memastikan tadbir urus diperketatkan. Jangan hanya angguk dan setuju dan mendesak untuk dapat dividen tinggi.


10. Walaubagaimanapun, membiarkan KPF terkubur bukanlah satu pilihan. Ia adalah warisan ekonomi yang dibina oleh titik peluh peneroka. Penyelesaian jangka panjang untuk menyelamatkan institusi yang hampir 100% MELAYU-ISLAM ini adalah dengan membawa masuk kekuatan baru dan modal baru.


11. KPF perlu dikembangkan semula dengan sasaran menarik lebih 2 juta warga FELDA di seluruh negara, terutamanya generasi baru peneroka, untuk kembali mendaftar dan menyertai koperasi ini.


12. Dengan penyertaan berskala besar ini, dana dan modal KPF akan dapat dikukuhkan kembali. Jika modal yang disuntik ini diurus dan dilaburkan semula dengan berhemah, cekap, dan bebas dari amalan perakaunan yang mengelirukan, ahli KPF perlu yakin bahawa mereka mampu membina semula zaman kegemilangan KPF untuk masa depan bangsa, dan warga FELDA.


Ridhuan Esa 

Generasi ke 2 dan Ke 3 FELDA

23 Ogos 2026




36 unit Meriam Artileri MKE Boran 105mm untuk Rejimen Artileri Diraja , Tentera darat Malaysia ?

 


36 unit Meriam Artileri MKE Boran 105mm untuk Rejimen Artileri Diraja , Tentera darat Malaysia ?








Pada tahun lepas Kementerian Pertahanan telah membuka tender perolehan 36 unit meriam artileri 105mm bernilai RM697.6 juta untuk Rejimen Artileri Diraja 


Tender ditutup pada 27/11/2025 dan masih belum ada keputusan dibuat mengenai pembida yang menang tender tersebut , mengikut maklumat yang kami dapat , 2 calon meriam artileri 105mm Boran dari Turki dan LG-1 dari Perancis telah memasuki tender 


Selain itu syarikat MKE Turki juga telah menandatangani kontrak untuk membina kemudahan di Negeri Melaka